shoutul islam dari meja editor laman puisi...

20

Upload: others

Post on 29-Aug-2019

20 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islamjheains.sabah.gov.my/images/soutulislam/pdf/SI27.pdf · di sini ti ka malam... Bagaimana harus singkirkan ego dan takbur bersarang
Page 2: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islamjheains.sabah.gov.my/images/soutulislam/pdf/SI27.pdf · di sini ti ka malam... Bagaimana harus singkirkan ego dan takbur bersarang

DICETAK OLEH PENCETAK KERAJAAN,POLITIN @ WENEN BIN MOBIJI, A.S.D.K., A.D.K., B.S.K., JABATAN CETAK KERAJAAN,

SABAH, MALAYSIA.2019.

Menghadiri Town Hall Rahmatan Li ‘Alimin yang dianjurkan oleh Kor Agama Anggota Tentera Malaysia, JabatanKemajuan Islam Malaysia dan agensi-agensi agama yang lain merupakan satu kesempatan bagi mendengar sendiritentang konsep Rahmatan Lil ‘Alamin yang disampaikansendiri oleh YB. Datuk Seri Dr. Muhajid bin Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri di Wilayah Persekutuan Labuan baru-baru ini.

Beliau menjelaskan bahawa apa yang penti ng dalam banyak perkara ialah kembali kepada ajaran yang diti nggalkan Nabi Muhammad SAW. Ini kerana ramai yang melihat Islamsecara literal dan liberal dan kita ti dak boleh menerima pandangan sedemikian. Tambahnya Allah SWT telah meletakkan ‘rahmatan lil alamin’ sebagai keutamaan.Apabila kita memahami apa yang diti nggalkan RasulullahSAW usaha kita mesti berdasarkan kepada konsep itu.

Menegakkan Islam atas teras dan landasan Rahmatan lil ‘alamin, dirangkum dalam kerangka Maqasid Syariah dan diterjemahkan melalui Model Malaysia perlu sama-sama dihayati dalam mengurus hal ehwal Islam di negara yang berbilang kaum, bangsa dan agama ini. Islam itu adalah rahmat dari Allah SWT kepada seluruh alam, tanpa batasan kaum, bukan eksklusif kepada sesuatu bangsa dan ti dakterhad kepada pengamal budaya tertentu. Kepentingan dan kebajikan rakyat perlu dipelihara bagi memastikan kelangsungan hidup sentiasa berpijak atas landasan keharmonian, keamanan dan kemakmuran. Meskipun terdapat perbezaan dan kepelbagaian, perlu diserasi dan jalinkan dalam manhaj kita yang tersendiri.

Firman Allah SWT dalam surah al-An'am 6: 12 yangbermaksud: “Katakanlah, kepunyaan siapakah apa yangada di langit dan di bumi? Katakanlah: Kepunyaan Allah. Dia telah menetapkan atas diri-Nya kasih sayang. Dia sungguh-sungguh akan menghimpun kamu pada harikiamat, yang ti dak ada keraguan terhadapnya. Orang-orang yang merugikan dirinya, mereka itu ti dak beriman.”

Terdapat sebuah hadis yang menggambarkan akan luasnya rahmah Allah sehingga satu peratus daripada rahmah yang dimiliki oleh Allah itu dapat dibahagikan di antara makhluk- makhluknya di bumi. Hadis diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

Dari Abu Hurairah, dari Nabi SAW bersabda “Sesungguhnya Allah mempunyai seratus rahmah. Allah hanya menurunkan satu rahmah untuk dibahagikan di antara jin dan manusia serta semua binatang. Maka dengan sebab satu itulah mereka saling mengasihani dan berkasih sayang, dandengan sebabnya binatang buas mengasihi anaknya. Dan Allah menunda (pemberian) sembilan puluh sembilanrahmah lagi yang akan mengasihi hamba-hamba-Nya pada hari Kiamat.” (Hadis riwayat Muslim).

Wallahu a'lam.

MOHAMAD SIDIK BIN AWANG ADI

SIDANG REDAKSIPENAUNG

Yang Berbahagia Datuk Seri PanglimaDr. Haji Hasbullah Haji Mohd. Taha

Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)PENASIHAT

YBhg. Ustaz Haji Saifulzaman bin SangulPengarah

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri SabahKETUA EDITOR

Ustaz Mohamad Sidik Haji Awang AdiTimbalan Pengarah (Hal Ehwal Islam), JHEAINS

TIMBALAN KETUA EDITORUstaz Abd. Razak Hamdin

EDITOR/KETUA PENYELARASUstaz Asmuni Ali

([email protected])SIDANG PENGARANG

Adi Pitang([email protected])

Ustaz Asmuni Ali([email protected])

Ustaz Abd. Rahman Tajudin (Emang)([email protected])

Ustaz Abdillah Haji Nanun([email protected])

Puan Siti Imrah bte Lenas([email protected])Ustaz Awang Juri Ag. Tahir([email protected])Tuan Haji Nordin Lossin

([email protected])Encik Abdu Khalil bin Hassan

Ustaz Mohd Azlan bin Haji BakriEncik Mohammad Sya�iq Ismail

Ustaz Amiruddin Mohd RosdiEncik Ahmad Syarifuddin Syahmi bin Muhamad Najib

Neng Athirah Malinda binti JoslanSyuhada Aspar

PENGURUSANEncik Daut Haji Insun

GRAFIKEncik Azmi bin Hashim

JURUTAIPBahagian Penyelidikan & Informasi, JHEAINS

JURUFOTOEncik Jamiun Osman

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri SabahBeg Berkunci 103, Tingkat 9, Blok B, Wisma MUIS

88737 KOTA KINABALUTel.: 088-522222

Faks: 088-253449

KELIRU

Kebas kakiku menyusurilorong-lorong hitamperjalanan makin jauhkhuati r tak teraba jalan pulangaku bingung... hilang jejakdi sini ti ka malam...

Bagaimana harus singkirkanego dan takburbersarang di hati ...akulah yang terkeliruoleh deti k kealpaandi liring kebinasaansemakin jauh menghayun langkahrasa kosong...

Ya Allah aku ingin bertakarubdi rumah-Musucikan hati dari kealpaaanyang mengunci kemerdekaan bati n inimenghadap kiblat-Mu penuh kesyukuran.

Oleh:DeeKee15082019

222 Zulhijah 1440H/23 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 22 Zulhijah 1440H/23 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 19

Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam

Page 3: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islamjheains.sabah.gov.my/images/soutulislam/pdf/SI27.pdf · di sini ti ka malam... Bagaimana harus singkirkan ego dan takbur bersarang

KESALAHAN JURUNIKAH TANPA KEBENARANOleh:

Puan Siti Imrah bte Lenas

Maksudnya: “Katakanlah: Al-Quran itu bagi orang-orang yang beriman menjadi petunjuk dan juga ubat penyembuh.” (Surah Fussilat ayat 44).

Konsep perubatan menggunakan ayat-ayat suci al-Quran merupakan satu ibadah. Sesungguhnya kesakitan bukanlah alasan untuk kita menjauhi diri daripada Allah SWT. Kesakitan juga bukanlah alasan untuk kita meninggalkan ibadah sama ada wajib ataupun sunat. Falsafah kesakitan menurut Islam adalah sebagai wahana untuk Allah SWT menghapuskan dosa-dosa kita yang terdahulu dan meningkatkan darjat kita di sisi-Nya.

Berdoa ketika sakit lebih dipandang Allah SWT berbanding ketika sihat. Hal ini berikutan ketika seseorang itu sihat, dia akan berdoa dan beramal dengan sambil lewa. Ini kerana dia belum merasakan peritnya sebuah musibah kesakitan. Apabila seseorang itu sakit misalnya, dia akan berdoa kepada Allah SWT dengan penuh khusyuk, tawaduk serta penuh pengharapan supaya Allah SWT memakbulkan doa dan menyembuhkan penyakitnya.

Perlu diletakkan keyakinan yang penuh kepada mukjizat yang diberikan kepada Rasulullah SAW serta rahmat sekalian alam ini. Al-Quran bukan sekadar bacaan. Ia sumber panduan. Ia juga medium penyembuhan. Moga kita dikurniakan kesembuhan.Rawatan dengan ayat-ayat Al-QuranMukjizat al-Quran mengurangkan stress, menguatkan sistem imunisasi serta sistem imunisasi melemahkan atau mematikan sel-sel kanser. Bacaan al-Quran memliki gelombang suara yang berfrekuensi tertentu dan ‘wavelength’ tertentu. Gelombang mempengaruhi otak secara positif dan mengembalikan keseimbangan seluruh tubuh manusia dan memberi ketenteraman. Ini meningkatkan sistem imuniti tubuh untuk melawan penyakit seperti kanser.

Kesan membaca al-Quran Memberi ketenteraman dan ketenangan kepada pesakit1. Meningkatkan kekuatan antibodi dalam tubuh pesakit2. Menyekat pembiakan virus, kuman dan sel kanser3. Meningkatkan pertumbuhan sel-sel yang sihat serta memberi kekuatan untuk melawan virus, kuman dan sel-sel kanser

Berdoa“Hai manusia, tenangkanlah diri kamu. Sesungguhnya, kalian bukanlah berdoa kepada yang tuli dan tidak pula kepada yang ghaib. Sesungguhnya kamu sedang berdoa kepada Tuhan yang Maha Mendengar lagi Maha Dekat, Dia selalu bersama kamu…” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim melalui Abu Musa RA).

Doa boleh dilakukan di mana sahaja dan bila-bila masa sahaja, kecuali ketika berada di dalam tandas ataupun sedang membuang air. Berdoalah kepada Allah SWT. Doa itu tidak semestinya dalam bahasa Arab. Berdoalah dalam apa jua bahasa. Berdoa dalam bahasa yang kita fahami. Apabila kita memahami doa yang dibaca, kita dapat menjiwai doa-doa tersebut. Fokus dalam berdoa dan spesifikkan apa yang kita minta kepada Allah SWT. Khusyuk, tawaduk dan fokus semasa berdoa. Seiringkan hati, minda dan lisan kita dalam doa itu. Sesungguhnya Allah SWT dapat melihat dan mendengar rintihan hati hamba-hamba-Nya. Berdoalah dari hati dan lisan serta tangan yang menadah mengharapkan perkenan daripada Allah SWT. Dalam rawatan kanser, doa adalah ‘ubat’ terpenting selepas bacaan rangkaian ayat-ayat syifa.

Solat Tahajud“Sesungguhnya bangun (sembahyang) pada waktu malam adalah lebih memperkuat (jiwa) dan bacaan pada waktu itu lebih berkesan. (Surah al-Muzammil ayat 6).

Kajian menunjukkan bahawa solat tahajud diamalkan secara konsisten berupaya meningkatkan sistem pertahanan diri (immunity). Hal ini berikutan kualiti oksigen sangat segar pada waktu awal pagi.

Bersambung... dengan solat tahajud, solat taubat, solat hajat, zikir

KANSER DAN RAWATAN(BAHAGIAN 9)

Oleh:Tuan Haji Nordin Lossin

FASAKH ATAUPUN PEMBUBARAN PERKAHWINAN(BAHAGIAN 2)

Oleh:Puan Siti Imrah bte Lenas

(i) bahawa walaupun empat bulan berlalu tetapi isteri masih belum disetubuhi oleh kerana suami bersengaja enggan mensetubuhinya;

(j) bahawa isteri tidak izin akan perkahwinan itu atau izinnya tidak sah, sama ada oleh sebab paksaan, kesilapan, ketidaksempurnaan akal atau hal keadaan lain yang diakui oleh Hukum Syarak;

(k) bahawa pada masa perkahwinan itu isteri, sungguhpun berkebolehan memberi izin yang sah, adalah seorang yang sakit otak, sama ada berterusan atau berselangan, dalam erti Ordinan Orang Gila 1951 [Bab 74 Sabah] dan sakit otaknya adalah dari suatu jenis atau setakat yang menjadikannya tidak layak untuk berkahwin; atau

(l) apa-apa alasan lain yang diiktiraf sebagai sah bagi membubarkan perkahwinan atau bagi fasakh di bawah Hukum Syarak.

(2) Mana-mana orang yang berkahwin mengikut Hukum Syarak adalah berhak mendapatkan perintah bagi pembubaran perkahwinan atau fasakh atas alasan bahawa isteri menjadi tak upaya yang menghalang persetubuhan.

(3) Tiada sesuatu perintah boleh dibuat atas alasan dalam perenggan (1)(c) dalam sehingga hukuman itu telah dikemukakan dan suami atau isteri telahpun menjalani satu tahun dari hukuman itu.

(4) Sebelum membuat suatu perintah atas alasan dalam perenggan (1)(e) Mahkamah hendaklah, atas permohonan suami, membuat suatu perintah menghendaki suami memuaskan hati Mahkamah dalam tempoh satu tahun dari tarikh perintah itu bahawa dia tidak lagi mati pucuk, dan jika suami memuaskan hati Mahkamah sedemikian dalam tempoh itu, tiada sesuatu perintah boleh dibuat atas alasan itu.

(5) Tiada sesuatu perintah boleh dibuat atas mana-mana alasan dalam subseksyen (1) jika suami memuaskan hati Mahkamah bahawa isteri, dengan mengetahui bahawa adalah terbuka kepadanya untuk mendapatkan perkahwinan itu ditolak, telah bertingkahlaku terhadap suaminya dengan cara yang menyebabkan suami mempercayai dengan munasabah bahawa isteri tidak akan menolak perkahwinan itu, dan bahawa adalah tidak adil kepada suami jika dibuat perintah itu.

Di antara kesan-kesan fasakh disebabkan kecacatan ialah jika fasakh berlaku sebelum persetubuhan, mas kahwin tidak dikenakan dan tidak akan ada bayaran mutaah untuk isteri. Ini kerana jika kecacatan itu berlaku kepada suami, isteri yang akan meminta fasakh. Oleh sebab itu, dia tidak akan mendapat apa- apa. Dan jika kecacatan itu berlaku kepada isteri, isteri tidak akan mendapat apa-apa kerana perceraian itu berlaku disebabkan kecacatan yang ada pada dirinya dan seolah-olah dia yang melakukan fasakh.

Jika fasakh berlaku selepas persetubuhan dan kecacatan berlaku sebaik sahaja selesai akad nikad ataupun berlaku di antara akad dan persetubuhan dan suami tidak menyedarinya, maka isteri wajib mendapat mahar misil. Dan jika menfasakhkan nikah dengan sebab berlaku kecacatan selepas persetubuhan, maka isteri wajib mendapat semua mas kahwin yang telah disebutkan semasa akad nikah. Ini kerana mas kahwin mesti dibayar dengan berlakunya persetubuhan sebelum wujudnya sebab- sebab fasakh dan jika berlaku kecacatan selepas persetubuhan ia tidak akan merubah hakikat tersebut.

1822 Zulhijah 1440H/23 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 22 Zulhijah 1440H/23 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 3

Islam dan Perubatan Enakmen Kita

Page 4: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islamjheains.sabah.gov.my/images/soutulislam/pdf/SI27.pdf · di sini ti ka malam... Bagaimana harus singkirkan ego dan takbur bersarang

Penulis menerima kit PRODAKSI dariYB Menteri Semasa program Town Hall

Rahmatan Lil ‘Alamin

TOWN HALL RAHMATAN LIL 'ALAMINOleh:

Adi Pitang

Jam menunjukkan pukul 7.15 pagi ketika kami sampaidi Lapangan Terbang Labuan. Pejalanan dari Kota Kinabalumenggunakan penerbangan Malaysia Airlines System pukul6.40 pagi itu berjalan seperti yang dijadualkan. Ada banyakwaktu terluang sebelum program Town Hall Rahmatan lil ’Alaminyang dijadualkan bermula pukul 2.00 petang. Hmmm… “Kita pergi minum dulu Min”, Ajakku kepada Ustaz Alamin Majok,Penolong Pengarah Kanan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Sabah yang datang bersamaku dari Kota Kinabalu. Aku menjadi penunjuk arah jalan pagi itu kerana Labuan memangsering ku kunjungi, apatah lagi aku pernah bertugas sebagai

guru sandaran hampir setahun di pulau ini. Kereta yang kami sewa yang dipandu oleh Alaminmemudahkan kami bergerak di pulau ini.

9.30 pagi, Ustaz Norjeli Hj Dais, Pengarah JAKIM Sabah menyertai kami minum pagi bersama seorangpegawai Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) Labuan yang mengambilnya di Lapangan Terbang Labuan. Sempat kami membeli coklat Labuan yang terkenal murah dan banyak pilihan itu di Ujana KewanganShoping Complex, hahaha. Buat anak-anak jelas ustaz Norjeli. Tidak banyak yang ada logo halal. Hmmm…kebanyakannya dari luar Negara.

1.24 petang, kami sudah berada di Kompleks Darul Kifayah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan(MAWIP), tempat berlangsungnya progam Town Hall Rahmatan Lil ‘Alamain. Kompleks yang mula beroperasi pada Januari 2018 ini merupakan sebuah institusi yang memberi perlindungan dan penempatan sementara kepada anak-anak yatim, fakir, miskin dan anak-anak saudara baru yang berumur 11 hingga 17 tahun. Dewan tempat berlangsungnya program ini boleh menampung 1,000 orang dalam satu-satu masa.

2.00 petang, YB Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof (Nin), Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkapMenteri Hal Ehwal Agama tiba di kompleks Darul Kifayah MAWIP. Sesi bergambar dengan agensi-agensiIslam yang terlibat dalam penganjuran program ini dan Program Dakwah Kawasan Operasi (PRODAKSI)dibuat sebelum YB Menteri memasuki dewan. Istilah “Town Hall” adalah istilah yang digunakan untukacara pertemuan umum dan bersifat tidak formal yang dibuat bagi menyampaikan sesuatu dengan memberiruang pertanyaan dan menyuarakan pendapat atau pandangan.

Dalam program town hall ini YB Menteri telah menjelaskan bahawa prinsip Rahmatan Lil ‘Alamin bukanlahsuatu perkara yang baharu. Ia merupakan suatu asas atau perinsip yang dipetik daripada al-Quranberpandukan kepada surah Al-Anbiya’ ayat 107 yang bermaksud:

“Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (Wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagisekalian alam.” Ayat ini jelasnya menjadi bukti bahawa tujuan utama kedatangan junjungan SAW adalahuntuk membawa mesej yang besar kepada dunia, iaitu Rahmatan Lil ‘Alamin. Beliau juga menyatakanbahawa 3 teras pentadbiran menuju Malaysia Negera Rahmah ialah pertama: Islam sebagai rahmat bagi sekelian alam, membawa keamanan dan kemakmuran dalam masyarakat. Kedua: Pertadbiran berasaskan maqasaid syariah yang menekankan aspek penjagaan agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Ketiga: Tampil dengan model Malaysia yang sesuai dengan keadaan (wadi’), adat dan budaya bangsa Malaysiatanpa meninggalkan asas-asas Islam. Dalam melaksanakan konsep ini, YB Menteri berpendirian tegasbahawa tidak ada kompromi dalam perkara-perkara yang menyentuh soal hukum Syarak.

Moga konsep Rahmatan Lil ‘Alamin ini difahami oleh semua pihak.

KETABAHAN DAN KEMULIAAN BILAL BIN RABAHOleh:

Ahmad Syarifuddin Syahmi bin Muhamad NajibAkademi Pengajian Islam Kontemporari Universiti Teknologi Mara, Samarahan II

Bilal bin Rabah ataupun Bilal Habashi, lahir sekitar tahun 23 sebelum hijrah di Kota Mekah, dikenaliberdasarkan sifat yang wujud di dalam dirinya iaitu seorang yang patuh dan rajin terhadaptanggungjawabnya, ikhlas, amanah, berani, tabah, dan sanggup menghadapi risiko demimempertahankan kebenaran.

Diarahkan oleh Umaiyyah iaitu penyeksanya untuk keluar daripada Islam, Bilal berkata “Fikiranku, imankudan kepercayaanku bukan milikmu” lalu Umaiyyah bertekad untuk menyeksanya kerana ingkar denganarahan yang diberi. Penyeksaan Bilal bin Rabah sungguh teruk, dan dikatakan beliau dipukul olehmenyeksa dan kumpulannya, diheret sekitar bukit dan jalan di Kota Mekah pada lehernya, dibiarkan tanpa makanan dan minuman pada jangka masa yang lama hanya disebabkan ingkar pada arahan Umaiyyah.Tetapi tidak kira betapa sakitnya penderitaan Bilal, beliau tegap tenguh dengan kepercayaannya terhadap Islam, dan hanya menyebut “Ahad” iaitu bermaksud, “Allah yang Maha Esa” berulang-ulang kali.

Setelah Abu Bakar r.a telah memerdekakan beliau daripada majikan lamanya, Bilal sering berada di sisi Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melantik Bilal Bin Rabah untuk menjadi Muadzin pertama dalam Islamsehingga kini namanya di gunakan untuk menunjukkan tukang adzan. Pertama kali adzannyadikumandangkan di kota Mekah, ribuan penduduk keluar dan memandang ke arah laungan adzantersebut sambil membalas kalimat adzan yang dikumandangkan. Kelantangan dan kenyaringan suaralantangan Bilal Bin Rabah juga telah memmbuatkan musuh kaum-kaum Tauhid berasa risau dan terganggudi dalam hati mereka saat pada kalimat “Asyhadu anna muhammadan rasuulullaahi” (Aku bersaksi bahawaMuhammad adalah utusan Allah SWT) dikumandangkan. Beliau menjadi muadzin yang tetap dalamsehinggalah pemergian Rasulullah SAW ke Rahmatullah.

Tugas muadzin diserahkan kepada Abu Bakar, kerana beliau tidak mampu melaungkan azan lebih daripadakalimat “Asyhadu anna muhammadan rasuullullahi” kerana tidak mampu menahan kesedihan tentangpemergian Rasulullah SAW, dan meminta izin untuk keluar dari Kota Madinah untuk berjihad denganmengatakan “Jika dulu engkau membeliku untuk kepentingan dirimu sendiri, maka engkau berhakmenahanku, tetapi jika engkau memerdekakan kerana Allah, maka biarkanlah aku bebas menujukepada-Nya” untuk menunjukkan kenekatan beliau. Lalu Abu Bakar mengatakan “Demi Allah, aku benar-benar membelimu untuk Allah” lalu Bilal meninggalkan Madinah untuk berjihad bersama pasukannya, yang dikirim Abu Bakar. Setelah kian lama berpisah dan enggan melaungkan azan sejak pemergian RasulullahSAW, beliau ditemui kedatangan Umar Ibnul Khaththab dan sejumlah sahabat berkesempatan untukmendesak Bilal untuk melaungkan azan di hadapan al-Faruq Umar Ibnul Khaththab. Suara Bilal telahmembangkitkan kerinduan kehidupan mereka ketika bersama dengan Rasulullah SAW sehingga sahabatdan juga Umar menangis tersedu-sedu sehingga membasahi janggut mereka dengan air mata.

Sehingga ke hari ini Islam mengakuinya sebagai orang yang besar nilainya dan terhormat dalam kalangan tokoh Islam. Tidak kira besar mana pun penyeksaan dan jasa beliau, Bilal Bin Rabah tidak pernah berasa sombong dan sentiasa teguh imannya dan merendah diri dan sehingga kini namanya digunakan kepada mereka yang menjadi muadzin.

422 Zulhijah 1440H/23 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 22 Zulhijah 1440H/23 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 17

Iktibar Kisah Bicara Kita

Page 5: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islamjheains.sabah.gov.my/images/soutulislam/pdf/SI27.pdf · di sini ti ka malam... Bagaimana harus singkirkan ego dan takbur bersarang

“Jika saya dikurniakan seribu jiwa, saya akan korbankan kesemuanya untuk menegakkan undang-undang Islam.’’ - Syeikh Badiuzzaman Said Nursi.

Gelaran Badiuzzaman atau Keagungan Zaman, pertama kali diberikan kepada Said Nursi ketika berumur15 tahun. Ketika itu beliau sudah menghafal 80 buah kitab. Kelebihan beliau apabila membaca terusmelekat dalam ingatannya. Dengan kelebihan itu beliau dapat menamatkan pengajiannya dalam masa tiga bulan sahaja sedangkan orang lain mengambil masa selama 15 tahun. Malah ada sejarawan mengatakanbahawa Said Nursi telah dianugerahkan oleh Allah SWT dengan “photographic mind” iaitu minda yang mampu merekodkan apa jua yang dibaca dan mengingatinya semula sebagaimana asalnya tanpasebarang masalah atau tertinggal mana-mana bahagian atau satu huruf sekalipun.

Syeikh Said Nursi dilahirkan pada tahun 1877 di kampung Nurs, di Wilayah Bitlis, Turki. Hidup pada erakejatuhan Khilafah Islam yang terakhir (Uthmaniyah). Beliau ialah seorang ulama, pemikir agung danpejuang Islam yang gigih, menjadi penyuntik semangat kebangkitan umat di Turki sejak dari zamannyasehingga ke hari ini. Islam dan umat Islam di Turki menghadapi tamparan yang amat hebat dari gerakansekular yang dipimpin oleh Mustafa Kemal Atatuk. Kerajaan Islam bukan sahaja berjaya dijatuhkan, malahumat Islam cuba dimurtadkan, sekolah-sekolah agama ditutup, tulisan-tulisan Arab dihapuskan dan akidah tauhid kepada Allah cuba digantikan dengan akidah Darwinisme. Namun para ulama telah menjadibenteng kepada agama dan ummah. Secara terang atau tersembunyi mereka melancarkan gerakanmempertahankan Islam dan menyedarkan umat sekalipun ramai yang dipenjara, diseksa dan dibunuh.

Dalam kesibukannya, Said Nursi tetap meneruskan tradisi ulama-ulama silam yang membuktikankemantapan ilmu dan daya intelek, iaitu menghasilkan karya-karya penulisan yang dibaca oleh umatpada zaman mereka dan zaman-zaman berikutnya. Beliau telah mengarang tafsir al-Quran yang diberinama Rasail al-Nur (Risale-i Nur) yang terdiri daripada 130 risalah dan terbahagi kepada; Sozler (al-Kalimat) yang terdiri daripada 33 risalah, Mektubat, terdiri daripada 50 risalah, Lem’at, terdiri daripada 15 risalahdan juzuk tambahan kepada Rasail al-Nur iaitu Lahika Kastamonu, Lahika Emirdag dan Lahika Barla.

Sukran Vahide, penulis buku Biografi Badiuzzaman Said Nursi, dalam catatan akhirnya, menyebutkanbahawa sang ulama ini adalah seorang sayyid, yakni keturunan langsung dari Nabi Muhammad SAW.Ibunya adalah seorang Husaini dan ayahnya Hasani.

Syeikh Badiuzzaman Said Nursi kembali ke pangkuan Ilahi pada hari Rabu, 23 Mac 1960 bersamaan 25 Ramadan 1379 ketika berumur 83 tahun di Urfa, Timur Turki. Hari ini, Risalah al-Nur telah berkembangke seluruh dunia dan telah dicetak dengan pelbagai bahasa di samping telah memperbaharui imanribuan umat Islam, dan telah mengislamkan ribuan bukan Islam.

SYEIKH BADIUZZAMAN SAID NURSIOleh:

Ustaz Amiruddin Mohd RosdiGuru, SK Tombovo, Penampang

ILMU TASAWWUF DAN METODOLOGI TARIQATDIGERUNI MUSUH (BAHAGIAN 4)

Oleh:Abd. Rahman Tajudin @ Emang Galileo

Fellow CONCAVE-ISSI (Islamic & Strategic Studies Institute)

Ahli Tasawwuf merupakan jemaah yang mengutamakan aspek zikir dalam kehidupan seharian.Bagi Ahli Tasawwuf, punca asal kehidupan ini daripada Allah SWT, bertujuan kerana Allah SWT dan akhirnyakembali jua kepada Allah SWT.Maka kehidupan ini semestinya berfokuskan kepadaAllah SWT semata-mata. Kehidupan di alam ini mestiberpusatkan kepada Tuhan pencipta sekalian alam iaitu Allah SWT melalui Zikrullah.Zikrullah dilantunkan sebagai memperingati aspek Keagungan Jalalullah, Kesempurnaan Kamalullah,Keindahan Jamalullah dan Keperkasaan Jabarullah.Maka dengan ini ahli Tasawwuf yang merupakan jemaah zikir digeruni oleh Syaitan dan kuncu-kuncunyatermasuk dajjal serta pengikutnya daripada kalangan manusia dan jin yang sedaya upaya melupakanmanusia daripada mengingati Allah SWT.Hal ini kerana nusrah Allah SWT (pertolongan) akan sentiasa bersama ahli Zikir. Ini selaras dengan fi rman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah:

“Maka ingatlah kepada Ku (Zikrullah), nescaya Aku akan ingat kepada kamu (membantu kamu), Bersyukurlah kepadaKu,Dan janganlah kamu ingkar kepadaKu." (Al Baqarah: 152).Pertolongan dan nusrah Allah akan sentiasa bersama kepada manusia yang berzikir dan muraqabahkepada-Nya. Rahmat, taufi k, hidayah dan kasih sayang Ilahi sentiasa melingkari kepada hati yang berzikir kepada Allah SWT.Lantaran daripada hal sedemikian, wujud satu usaha untuk menjauhkan manusia daripada berzikir dan mengingati Allah SWT.Pihak syaitan melalui jentera Dajjal serta pertubuhan underground seperti Illuminati daripada kalanganmanusia berusaha keras untuk menghapuskan Ilmu Tasawwuf dan metodologi Tariqat daripada sanubari umat Islam.Namun selama lebih ratusan tahun, usaha mereka tidak berjaya kerana ada sahaja di kalangan manusia yang terus menyambung tradisi zikir dan legasi tariqat ini untuk pengekalan aspek Ihsan dalam Arkanun Din.Akhirnya mereka sedar yang jemaah tasawwuf yang terdiri daripada ahli-ahli sufi yang suci tidak bolehdihapuskan dengan fi zikal dan ketenteraan sepertimana mereka tidak boleh menghapuskan generasi para sahabat Rasulullah SAW dengan fi zikal kerana kekuatan hati sanubari.Mereka menemui jalan menghancurkan kekuatan umat Islam dengan menghilangkan ilmu Tasawwuf dan menjauhkan mereka daripada tradisi Tariqat yang menjaga hal ehwal hati sanubari, tempat pusat kekuatan sebenar.Hal ini kerana ilmu tasawuf dan metodologi tariqat mendidik pusat kepada sistem tubuh manusia itu sendiri iaitu Hati Sanubari.

1622 Zulhijah 1440H/23 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 22 Zulhijah 1440H/23 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 5

Jejak UlamaTasawwur

Page 6: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islamjheains.sabah.gov.my/images/soutulislam/pdf/SI27.pdf · di sini ti ka malam... Bagaimana harus singkirkan ego dan takbur bersarang

TETAMU DI WAKTU MALAMOleh:

Ustaz Abdillah bin Haji Nanun

SOALANAssalamualaikum ustaz. Berkenaan tetamu yang menziarahi kita pada waktu malam. Sedangkan waktu malam adalah kesempatan kita untuk berehat setelah penat bekerja di siang hari. Tidakkah kunjungan mereka ini menggaggu waktu rehat kita? Adakah kita dikira tidak memuliakan tetamu jika kita menghadkan waktu ziarah ke rumah kita? Mohon pencerahan ustaz.

JAWAPANWaalaikumussalam. Alhamdulillah. Memuliakan tetamu adalah akhlak yang mulia. Di dalam al-Quran menceritakan bagaimana para Nabi dengan kemuliaan hati mereka menerima, menyambut dan melayan tetamu. Di antaranya ialah Nabi Ibrahim ‘alaihissalam. Allah merakamkan perkara ini di dalam al-Quran. Firman Allah SWT:

Maksudnya: "Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal tetamu Nabi Ibrahim yang dimuliakan? Ketika mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam dengan berkata: "Salam sejahtera kepadamu!" Ia menjawab: Salam sejahtera kepada kamu! "(Sambil berkata dalam hati): mereka ini orang-orang yang tidak dikenal. Kemudian ia masuk mendapatkan ahli rumahnya serta dibawanya keluar seekor anak lembu gemuk (yang dipanggang). Lalu dihidangkannya kepada mereka sambil berkata: "Silalah makan." (Surah Az-Zaariyaat: 24 - 27).

Ayat ini merakamkan perbuatan Nabi Ibrahim AS menyambut dan melayan tetamu yang hadir ke rumahnya walaupun Baginda tidak mengenali orang yang datang ke rumahnya itu. Baginda tidak tahu yang datang itu adalah malaikat namun Baginda tetap melayannya.

Kata Sheikh Amin Al-Syanqiti di dalam kisah Nabi Ibrahim ini ada beberapa pengajaran yang boleh diambil di antaranya:1. Segera menghidangkan makanan dan minuman untuk tetamu2. Hidangkan apa yang terbaik yang ada di dalam rumah3. Mendekatkan makanan kepada tetamu4. Bercakap dengan lemah lembut dengan tetamu

(Rujuk Adhwa’ al-Bayan Fi Idhoh Al-Qur’an Bi al-Quran (2/297)).

Secara ringkasnya, menyambut dan melayan tetamu adalah sunnah Nabi SAW. Inilah pandangan jumhur para ulama. Imam Al-Nawawi berkata:

“Melayan tetamu adalah sunnah. Jika seseorang bertandang ke rumahnya dan tidak ada mudarat baginya, sunat baginya untuk melayan tetamu tersebut.” (Rujuk Al-Majmuk Syarh Al-Muhazzab (9/57)).

Kesimpulannya, melayan dan menyambut tetamu yang datang rumah adalah merupakan akhlak yang mulia dan satu amalan yang sangat dianjurkan oleh Islam.Tuan rumah juga mempunyai hak untuk menghadkan waktu ziarah ke rumahnya.Ini adalah kerana tuan rumah mempunyai hak privasi dan juga hak untuk berehat bersama keluarga tanpa diganggu oleh sesiapapun. Bagi yang datang bertandang, hormatilah hak tuan rumah dengan datang pada waktu yang sesuai melainkan jika ada kecemasan atau ingin meminta bantuan maka pada keadaan seperti itu dibenarkan dengan sekadarnya.

Semoga ianya memberi pencerahan kepada persoalan yang dikemukakan. Wallahu a’lam.

PANAS DEMAM YANG DIRASAKAN RASULULLAH SAW DUA KALI GANDA

Oleh:Mohd Azrul Nizam bin Junaidi

Fakulti Dakwah dan Komunikasi Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati Bandung, Indonesia

REMAJA HARI INI PEMIMPIN HARI ESOKOleh:

Neng Athirah Malinda binti JoslanAkademi Pengajian Islam Kontemporari Universiti Teknologi Mara, Samarahan II

Khalifah Umar Al Khattab pernah berpesan bahawa apabila kita ingin melihat kejayaan negara pada masa hadapan, maka lihatlah generasi remaja pada masa kini. Daripada kata-kata Saidina Umar, kita dapat simpulkan bahawa kita perlulah mengambil berat lagi akan remaja masa kini agar mereka terus berusaha untuk membentuk diri sendiri sebagai pewaris lapisan pemimpin pada masa akan datang kerana jatuh dan bangunnya negara pada masa hadapan bersumberkan daripada remaja pada hari ini.

Menjadikan diri sebagai pemimpin adalah sukar terutamanya bagi seorang remaja kerana banyak cabaran yang bakal dihadapi diusia muda seperti budaya barat dan ideologi barat yang mampu merosakkan akidah tetapi itulah salah satu jawatan yang perlu dibiasakan dalam diri seorang muslim kerana ia akan membentuk diri yang bertanggungjawab dan adil dalam menjalankan segala amanah yang diberikan kepada diri sendiri. Allah SWT berfirman dalam surah An-Nisa ayat 58 yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala amanah kepada ahlinya, dan apabila kamu menjalankan hukum antara manusia, supaya kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.”

Untuk menjadi seorang pemimpin yang diredhai Allah SWT dan berwibawa di sisi Islam, seseorang itu perlulah mengikuti beberapa perkara yang disyariatkan dalam islam termasuklah mentaati Allah SWT dan rasul-Nya, menghormati orang lain dan mempunyai sifat adil dan amanah dalam pengurusan. Sifat-sifat mahmudah perlulah dipupuk dalam diri pada usia awal agar ia menjadi kebiasaan dan akhlak yang baik dalam diri. Apabila sudah menjadi kebiasaan, sifat mahmudah itu sendiri akan menjadi tarikan kepada orang ramai untuk mengikuti jejak langkah pemimpin tanpa memerlukan sebarang paksaan.

Justeru itu, seorang remaja yang ingin mendidik diri sendiri sebagai seorang pemimpin yang najah perlulah menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang mampu memberikan impak negatif terhadap diri sendiri dan orang sekeliling iaitu dengan berusaha mengelakkan diri daripada melakukan dosa sama ada kecil atau besar, bersikap mementingkan diri dan tidak menjaga hubungan diantara manusia terhadap Allah SWT, manusia sesama manusia dan manusia dengan alam kerana perkara-perkara sebegini mampu menjerat diri kedalam sifat yang tidak diredhai Allah SWT.

Menjadi seorang pemimpin bukanlah mudah kerana harus memikul tanggungjawab yang berat tetapi itulah hakikat yang perlu diterima oleh manusia terutama mereka yang mengetahui akan hukum agama. Remaja yang berkualiti adalah mereka yang mampu menjalankan amanah dengan adil dan saksama tanpa melanggar syariat yang telah ditetapkan oleh Allah SWT dan ianya hanya boleh dicapai apabila seseorang itu mebiasakan dirinya dalam mendalami ilmu duniawi dan ukhrawi yang berpandukan al-Quran dan As-Sunnah.

622 Zulhijah 1440H/23 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 22 Zulhijah 1440H/23 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 15

Remaja Kemusykilan Agama

Page 7: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islamjheains.sabah.gov.my/images/soutulislam/pdf/SI27.pdf · di sini ti ka malam... Bagaimana harus singkirkan ego dan takbur bersarang

Maksudnya: “Dan tidaklah sama (kesannya dan hukum-Nya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat.Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikianmaka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olahseorang sahabat karib.”

Istilah jiwa besar diceduk dari konsep ‘akhlaqul kibar’ dalam bahasa Arab meskipun makna asalnya mencapaiumur tua tetapi ia lebih cenderung sebagai ashaabun nufuus al kabirah atau orang yang memiliki jiwa besar,bukannya yang berjiwa kerdil hanya senang jika dipuji dan marah bila dicela.

Orang yang berjiwa besar adalah orang yang memiliki misi dan visi besar bukan sahaja untuk kerohanian dirinya bahkan untuk kemaslahatan ummah dan Islam tanpa didasari kepentingan pribadi duniawi.

Orang yang berjiwa besar adalah orang yang berusaha merungkaikan simpulan keji yang membelenggu jiwadengan melepaskan diri dari kongkongan hawa nafsunya seperti tamak haloba, cemburu iri hati, dendam kesumat, pemalas, bergantung harap dengan orang lain, berakhlak buruk, suka mereka-reka fi tnah dan mengadu domba.

Salah satu sifat orang yang berjiwa besar ialah sering berlapang dada dan memaafkan kesalahan orang lain.Sifat ini adalah salah satu sifat yang sangat mulia. Sukanya Allah SWT pada sifat ini kerana Allah SWT sentiasamembuka pintu taubat untuk hamba-Nya kembali fi trah kepada-Nya.

Allah SWT sentiasa sudi untuk mendengar permohonan penghapusan dosa-dosa hamba-Nya lalu dengankerahiman-Nya mengampuni mereka serta tidak menimpakan sebarang azab ke atas mereka. Manusia darimula lahir ke dunia ini sehingga ke saat kematiannya semuanya diurus selia oleh Allah SWT, namun bila manusiadiberikan sedikit nikmat duniawi, seperti jawatan, kekuasaan, kekayaan dan sebagainya, tiba-tiba menjadisombong dan angkuh, mula sudah memandang rendah pada diri orang lain, terasa diri jauh lebih baik daripadaorang lain, agak sukar untuk memaafkan kesalahan orang bila berlaku sedikit pergeseran kecil lalu dibesar-besarkan dan yang lebih buruk lagi sentiasa mencari-cari kesalahan dan kelemahan orang lain, walaupun orangitu mungkin bergelar sahabat, guru, ketua, orang bawahan atau adik beradik.

Lantaran itu ajaran Islam memberikan penekanan awal dalam mengenal keindahan Islam iaitu dengan pendidikantaharah atau kebersihan. Kebersihan dalam erti kata sebenarnya di dalam Islam ialah kebersihan luar dan dalam,zahir dan batin, rohani dan jasmani. Kebersihan hanya akan dinilai sempurna di sisi kaca mata Islam apa bila kedua-dua faktor ini saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Kerana kebersihan luaran jasmaniseseorang muslim itu adalah gambaran kebersihan yang ada dalam diri dan kerohaniannya.

Di dalam dada yang lapang dan hati yang bersih tempat bersemayamnya iman dan takwa. Orang yang bersih hati dan lapang dadanya adalah individu yang mampu menekan secara maksima kecenderungan negatifyang ada dalam dirinya, dengannya ia mampu dan berhasil mengembangkan potensi diri menjadi insan berjiwa besar melengkapkan pakej sebagai Khalifah Allah SWT di muka bumi.

Realitinya orang yang berjiwa besar akan berlapang dada menerima ujian yang didatangkan Allah SWTkepadanya. Jika sentiasa pasrah kepada Allah SWT dengan kebesaran jiwa yang dianugerahi menjadikanmasalah sebesar mana pun yang dihadapi pasti akan tampak kecil dan menemui jalan penyelesaian.

AYAT AL-QURAN SURAH FUSSILAT : 34“SIFAT PEMAAF CIRI-CIRI INSAN BERJIWA BESAR”

Oleh:Awang Juri bin Ag. Tahir @ AJAT

Islam datang untuk mengatur fitrah, dan bukan mengubahnya.Mengatur realiti, dan bukan melawan realiti. Menemukan manusiadengan kebahagiaan hakikinya yang diperlukannya dan bukansemata-mata yang dimahukannya. Termasuklah cinta, yang diciptakan Allah SWT di dalam naluri manusia.

Makna ini amat jelas dirasakan di dalam karya Syeikh al-Buti berjudul ‘Agama dan Cinta’, di mana beliau berusahamengingatkan umat Islam khasnya, bahawa Islam tidak menafikan cinta sesama lelaki-wanita, tetapi mengkehendakicinta itu diurus sebaiknya sesuai syariat Allah SWT. Yang akan membawa ke syurga, menggapai mardhatillah.

Berikut ini merupakan cebisan terjemahan bagi buku ini yang telah kita laksanakan alhamdulillah dan kita sajikanbuat sidang pembaca sebagai bahan renungan bersama.

“Rasa cinta, dan perasaan halus di dalam diri manusia, bolehlah diumpamakan seperti sebuah pelita yang menyaladi dalam sebuah bilik di waktu malam. Sekiranya dikau mematikan pelita, sudah tentulah kawasan itu akan berubahmenjadi gelap nan meresahkan. Sekiranya dikau terlajak pula memanjangkan sumbunya dan meninggikan lidah api,nescaya pelita yang mencerahkan itu akan berubah menjadi api yang membakar dan mungkin saja mengubahseluruh bilik itu menjadi lidah api (yang menjalar)!

Adapun cinta di dalam hati manusia, umpama pelita yang mencerahkan kerana Islam telah melatih dirinya, danmenegakkannya pada jalan yang lurus yang disyariatkan Allah SWT buatnya. Dia tidaklah memaksa dirinya kepadapelarangan (daripada cinta) dan berlaku keras (terhadap hati yang jatuh cinta), yang kedua-duanya ini pula amatjauh daripada hidayat Islam. Tidak pula dia memanjangkan tangan dan matanya pada seluruh apa saja manifestasikenikmatan dan hawa nafsu yang terlintas di hadapannya yang akhirnya dia menjerumuskan dirinya ke lembahkekecewaan.

Hanysanyalah, sekiranya masyarakat yang berada di sekitarnya terdidik dengan adab akhlak Islam sudah tentulahpelita yang mencerahkan di dalam hatinya ini, menjadi bukti kepada kebahagiaan yang sebenarnya, yang berterusan menebarkan wangi bebunga dan raihan (tumbuhan wangi), ia tidak dicemari sebarang duri yang melukakan dan tidakpula sakit yang memedihkan.

Sesungguhnya Islam hanya menginginkan daripada pensyariatannya yang mengatur individu dan masyarakat untuk mewujudkan kebahagiaan ini yang mustahil terwujudkan melainkan dengan mengikuti metodnya dan hukum-hakamnya.

Adapun sekiranya masyarakat sekelilingnya tidak berakhlak dengan adab akhlak Islam dan (tidak) mematuhi hukum-hakamnya; sesungguhnya akidah yang teguh di dalam hatinya dan ibadatnya yang mengisi ruang rasanyadapat menjamin kedudukannya yang tinggi, melebihi seluruh perkara-perkara yang melalaikan dan merosakkan yangada pada masyarakatnya dan demikian (akidah dan ibadat itu) membantunya untuk berpaut pada peraturan Islamdan hukum-hakamnya.

Sesungguhnya pelita yang marak di belakang rangka rusuknya sekali-sekala boleh tertiup padanya nyalaan api yang membakar dan keperihan yang zahir (dari luar) yang terkadang pula menyebabkan degupan jantungnya (menderas)menghapus lena matanya dan ketenangan fikirannya.

Akan tetapi, ketahuilah wahai sang penyoal, bahawa semisal cinta ini, yang bertamu di hati, bersama akidah Islamyang jujur. Hanyasanya, pemiliknya keduanya (cinta dan akidah) itu, memiliki paduan antara ketinggian rohani yangmenakjubkan yang menjadikannya tenang dan pasrah, yang keduanya (tenang dan pasrah) itu pula ditemuinya melalui air matanya yang hangat, serta yang dirasakannya di dalam keluhannya yang memuncak. Tiadalah yang lebih mampu mendidik manusia semisal cinta ini. Tiadalah yang lebih mampu membuatnya mengetahui rahsia-rahsia rohani semisal keperihan (cinta) dan apinya yang membara!

Berapalah pula manusia yang hampa, kerana terhalang daripada mendapatkan cintanya. Akan tetapi, mereka meskipun dalam keadaan demikian, hidup bahagia, dengan cinta itu sendiri!”

AGAMA DAN CINTA:PERSPEKTIF SYEIKH AS-SYAHIDAL-BUTI RAHIMAHULLAHOleh: Mohammad Syafi q Ismail Exco Penyelidikan ABIM Sabah

1422 Zulhijah 1440H/23 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 22 Zulhijah 1440H/23 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 7

Inti Sari Ayat Al-QuranTinta Ilmiah

Page 8: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islamjheains.sabah.gov.my/images/soutulislam/pdf/SI27.pdf · di sini ti ka malam... Bagaimana harus singkirkan ego dan takbur bersarang

PEMBACAAN AL-QURAN KETIKA BERADA DALAM KEADAAN HAID

Oleh:Ahmad Syarifuddin Syahmi bin Muhamad Najib

Akademi Pengajian Islam Kontemporari Universiti Teknologi Mara, Samarahan II

Kaum wanita dikurniakan fi zikal dan ciri-ciri yang berbeza dengan kaum lelaki sebagai contoh mereka perlu menghadapi sesuatu proses kitaran haid ataupun lebih dikenali sebagai “datang bulan”. Sebab mengapa kaum wanita perlu manghadapi perkara ini adalah kerana ia adalah lumrah mereka dimana fungsinya adalahuntuk menghasilkan ovum yang matang daripada ovari dan menyediakan lapisan dalam rahim untukpenampalan embrio. Dan sekiranya persenyawaan tidak berlaku, ovum akan mengalami kemerosotan dan dibuang bersama bahan-bahan lain yang keluar daripada tubuh wanita melalui faraj.

Ketika mengahadapi haid, wanita tidak digalakkan untuk melakukan sesuatu ibadah sebagai contoh solat, puasa dan membaca al-qur’an kerana mereka dianggap berada dalam keadaan yang tidak suci. Tetapibangkit isu tentang perkara berkenaan mereka yang menghafi z al-Quran ketika haid, dan menimbulkanpersoalan tentang apakah hukumnya untuk membaca ataupun melafazkan ayat-ayat al-Quran ketikaberada dalam keadaan haid.

Berdasarkan perkara tersebut, terdapat dua pandangan yang dikemukakan disebabkan pertembungan nas, dimana pandangan pertama mennyatakan bahawa ianya adalah haram secara mutlak bagi mereka untuk membaca Al-Qur’an dalam keadaan haid dalam semua keadaan sekalipun. Dikaitkan dengan hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar, Rasulullah SAW bersabda:

“Janganlah membaca sesuatu pun daripada Al-Qur’an semasa haid dan junub.” (Riwayat al-Tirmidhi).

Berkenaan hadis yang diberikan, Rasulullah SAW mengingatkan kepada kaum wanita untuk tidakmembaca ataupun memegang kitab al-Quran ketika berada dalam keadaan haid tanpa sekiranya tidak ada keperluan. Hal ini kerana, demi memelihara kesucian ayat al-Qur’an sama ada secara umum ataupunkhusus.

Pandangan kedua adalah berbeza kerana ia akan melihat situasi tertentu, sebagai contoh bagi mereka yang mengajar, guru ataupun penghafal al-Quran dibenarkan untuk mereka membaca dan melafazkan ayatal-Quran ketika berada dalam keadaan haid. Sedemikian pula, sebab mengapa ia dibenarkan ialah keranatujuan mereka adalah untuk memenuhi keperluan mendidik ummah yang lebih besar maslahatnya. Sama juga kepada mereka yang menghafaz ayat-ayat al-Quran untuk mengulang ayat tersebut untukmengelakkan diri daripada melupainya.

Berdasarkan dua pendapat itu, pembacaan al-Quran ketika haid akan dilihat dengan keadaan ataupunsituasi niat mereka ingin membaca atau melafazkan ayat al-Quran. Daripada itu ianya jelas mengatakanhanya mereka yang menghafal al-Quran dan guru yang mengajar sahaja dibenarkan untuk membacaal-Quran ketika haid dan selainnya tidak dibenarkan.

KURNIAAN DAN KELUASAN RAHMAT ALLAH SWTOleh:

Ustaz Mohd Azlan bin Haji Bakri Pensyarah Institut Tahfi z Al-Quran Negeri Sabah (ITQAS)

MAKSUD HADISDaripada Abu Zar RA (beliau meriwayatkan): Sesungguhnya terdapat beberapa orang dalam kalangan sahabatRasulullah SAW berkata kepada Rasulullah SAW: "Wahai Rasulullah! Orang-orang kaya telah pergi denganmembawa banyak yang pahala. Mereka solat sebagaimana kami solat, mereka berpuasa sebagaimana kamiberpuasa dan mereka bersedekah dengan lebihan harta mereka (sedang kami tidak dapat melakukannya)."Baginda SAW bersabda: "Bukankah Allah telah menjadikan bagi kamu sesuatu yang kamu boleh bersedekahdengannya? Sesungguhnya dengan setiap kali tasbih itu adalah sedekah, setiap kali takbir itu adalah sedekah,setiap kali tahmid itu adalah sedekah, setiap kali tahlil itu adalah sedekah, menyuruh kepada yang ma’rufitu sedekah, mencegah perkara yang mungkar itu sedekah dan pada kemaluan seseorang kamu pun adalah sedekah." Mereka bertanya: "Wahai Rasulullah! Adakah apabila salah seorang kami melepaskan syahwatnyapun dia beroleh pahala?" Baginda bersabda: "Bagaimana pandangan kamu kalau dia melepaskan syahwatnya pada tempat haram, adakah dia berdosa? Maka demikian jugalah apabila dia melepaskannya pada tempat yang halal, dia akan mendapat pahala." (Riwayat Muslim).

HURAIAN HADISHadis ini membawa pengertian yang amat bernilai dalam urusan bersedekah. Lazimnya ramai orang menilaibahawa hanya orang kaya dan berharta sahaja yang boleh bersedekah, manakala bagi orang miskin tidakberpeluang untuk melakukan amal ibadah bersedekah. Sebenarnya penilaian seperti ini adalah salah dan tidaktepat. Sedekah tidak hanya dinilai dari segi pemberian kebendaan atau harta benda semata-mata, namunpenilaiannya meliputi setiap perkara yang baik seperti zikrullah, menyuruh perkara yang baik, melarang perkara yang mungkar dan malah menyalurkan syahwat kepada yang halal juga mendapat pahala sedekah.

PENGAJARAN HADIS1. Bersedekah ialah amalan untuk meraih ganjaran pahala daripada Allah SWT dan bukan untuk memperolehi

sesuatu balasan daripada manusia. 2. Setiap amalan soleh yang kita lakukan mempunyai nilaiannya yang tersendiri di sisi Allah SWT.3. Seorang kaya yang suka bersedekah dan rajin pula melakukan ibadat sunat seperti berzikir, sudah tentu

akan mendapat ganjaran dan darjat yang lebih tinggi di sisi Allah SWT.4. Jadilah kita sebagai orang kaya yang bersyukur dan orang miskin yang sabar.

RUJUKAN:● Al-Kafi Syarah 40 Hadis, Dr Zulkifl i Mohammad Al-Bakri, Pustaka Cahaya Kasturi Sdn Bhd, Cetakan Pertama, 2016.● Al-Wafi Syarah Hadith 40 Imam Nawawi, Dr Mustafa Al-Bugha, Muhyiddin Misto, Al-Hidayah Publication, 2016.

822 Zulhijah 1440H/23 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 22 Zulhijah 1440H/23 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 13

Sentuhan HadisFiqh Wanita

Page 9: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islamjheains.sabah.gov.my/images/soutulislam/pdf/SI27.pdf · di sini ti ka malam... Bagaimana harus singkirkan ego dan takbur bersarang

KONSEP AL-BA'TH (KEBANGKITAN SETELAH KEMATIAN)(BAHAGIAN 2)

Oleh:Abdu Khalil bin Hassan

Golongan dan kelompok yang menafikan adanya al-ba’th (kebangkitan setelah kematian) adalah kerana akal pemikiran mereka telah diresapi keraguan disebabkan lojik akal mereka mendapati bahawa mereka hidup dalam keadaan lembap dan panas sedangkan mati adalah sejuk dan kering iaitu tabi’at tanah, maka mereka mempersoalkan kemungkinan dihimpunkan semula, iaitu tanah, tulang belulang yang reput sehingga menjadi makhluk yang hidup sedangkan “dua yang bertentangan tidak akan berhimpun”. Sesungguhnya prinsip ‘dua yang bertentangan tidak akan berhimpun’ pada satu tempat, pada satu sudut dan pada satu maujud di lokasi tertentu tetapi kemungkinan kedua-dua yang bertentangan ini wujud pada dua tempat secara berdekatan atau berjiran. Maka Allah menghujjahkan kepada mereka yang mengingkari al-ba’th (kebangkitan setelah kematian) dengan alasan prinsip “dua yang bertentangan tidak akan berhimpun” dengan firman Allah SWT: "Tuhan yang telah menjadikan api (boleh didapati)dari pohon-pohon yang hijau basah untuk kegunaan kamu, maka kamu pun selalu menyalakan api dari pohon- pohon itu." (ayat 80 Surah Yaasin).

Ayat ini menurut Imam Abu Hassan Al-Ash’ari membuktikan bahawa bolehnya keluar api yang panas dan kering daripada kayu yang masih hijau dan lembab. Ini bererti, bahawa bolehnya kejadian pertama menunjukkan bolehnya kejadian yang kedua. Realiti ini menurut Imam Abu Hassan Al-Ash’ari sebagai bukti atas bolehnya dicantum antara hidup, tanah, tulang-belulang yang reput dan kemudian dijadikan daripadanya semua makhluk. Itulah makna daripada ayat al-Quran. “Kami Telah memulai penciptaan pertama begitulah kami akan mengulanginya. Itulah suatu janji yang pasti kami tepati; Sesungguhnya kamilah yang akan melaksanakannya.” (Risalat fi istihsan al-khaud fi ‘ilm al-kalam).

Sehubungan dengan itu, Imam al-Baqillani menegaskan bahawa manusia tidak dilepaskan begitu sahaja ke dunia ini tanpa sebarang amanah dan tanggungjawab. Sebaliknya, mengikut beliau, manusia harus dipertanggungjawabkan atas segala perbuatannya itu kepada Allah SWT kelak, sama ada perbuatan baik ataupun perbuatan jahat yang telah dilakukannya semasa hidup. (al-Tamhid).

Golongan manusia yang meyakini dan mempercayai kepada hari kebangkitan ini, bolehlah dipecahkan kepada tiga kategori iaitu yang Pertama, adalah manusia yang tidak percaya kepada hari akhirat, dan memandang kehidupan di dunia ini sebagai satu-satunya kehidupan. Kedua, adalah manusia yang tidak menafikan hari akhirat, namun masih bergantung kepada campur tangan atau bantuan pihak lain untuk mensucikan diri dan menebus dosa-dosanya. Ketiga, adalah manusia-manusia yang yakin pada hari akhirat sebagaimana diterangkan dalam ajaran Islam. (Muhammad Daud Ali, Pendidikan Agama Islam).

Salah satu hikmah daripada beriman kepada hari kebangkitan adalah orang yang yakin akan adanya hari kebangkitan dan yakin bahawa ia bertanggungjawab terhadap segala perbuatan yang dilakukannya, akan mendapat peringatan dalam dirinya setiap kali ia menyimpang dari jalan yang benar, yang natijahnya akan membentuk keperibadian yang unggul dalam menghadapi pelbagai ujian dan dugaan hidup. Ia akan berusaha melaksanakan segala kewajipannya dengan jujur dan ikhlas serta tidak suka kepada perbuatan yang dilarang. Seandainya pula ia tergelincir dengan dosa dan melanggar perintah Allah, maka ia sentiasa bersedia untuk bertaubat dan kembali kepada jalan Allah SWT.

Imam al-Haramayn al-Juwayni menyatakan berkenaan “hari kebangkitan” merupakan perkara yang selain bersesuaian dengan hujah logik akal , ia juga bersesuaian dengan petunjuk al-Quran dan Hadis. Secara logik mengikut al-Juwayni; “Setiap sesuatu yang lenyap, maka mengembalikannya adalah boleh, sama ada yang lenyap itu carad ataupun jawhar”. (al-Irshad).

GURU PELITA HIDUP REMAJAOleh:

Syuhada AsparAkademi Pengajian Islam Kontemporari Universiti Teknologi Mara, Samarahan II

Sejajar dengan pembangunan era masa kini, masalah akhlak dikalangan pelajar juga semakin meningkat hari demi hari terutama akhlak mereka terhadap guru-guru yang mendidik mereka.Isu ini malahan dianggap enteng oleh sesetengah masyarakat malah sesetengah dari ibu bapa masa kini menganggap bahawa sekiranya berlaku apa-apa permasalahan di sekolah, guru harus dipersalahkan dan perlu bertanggungjawab. Bagi mengelakkan masalah ini dari terus berlarutan,Islam telah lama mengajar kita beberapa adab pelajar terhadap guru antaranya ialah menghormati guru. Guru wajib dihormati kerana kedudukannya yang menyampaikan ilmu kepada pelajar. Pelajar juga wajib menghormati guru kerana kedudukan pelajar yang menerima ilmu darinya.

Daripada Abu Hurairah bahawasanya Rasulullah Salallahu’alaihiwasallam pernah bersabda bermaksud: “Pelajarilah ilmu, pelajarilah ilmu ketenangan dan kesopanan dan rendahkanlah dirimu terhadap orang yang kamu ambil ilmunya.” (Riwayat Ath-Thabrani).

Saidina Ali Radhiallahu‘anhu pernah memberi pesanan dalam soal menghormati guru dengan berkata, bermaksud: “Hak seorang alim (guru) yang wajib atas dirimu ialah: memberi salam kepada semua orang yang berada dalam majlisnya dan mengkhususkannya dengan berjabat tangan. Hendaklah duduk berhadapan dengannya, tidak boleh menunjuk jari di hadapannya, tidak boleh mengerling mata dengan orang lain di hadapannya, tidak menyebut kata-kata orang lain di hadapannya, tidak boleh mencaci orang di hadapannya dan sekiranya dia melakukan kesilapan hendaklah maafkannya. Muliakanlah dirinya kerana Allah Subhanahuwata’ala, dan kiranya dia memerlukan sesuatu, hendaklah segera menghulurkan bantuan kepadanya, jangan memuji-muji orang lain di dalam majlisnya, jangan menarik bajunya, jangan memaksanya jika dia keberatan, jangan merasa jemu duduk bersamanya. Anggap dia laksana lebah dan dirimu menunggu sesuatu yang akan jatuh daripadanya pada bila-bila masa sahaja”

Berhubung dengan hadis tersebut dan pesanan Saidina Ali Radhiallahu‘anhu, Dr. Abdullah Nasih Ulwan telah membuat beberapa kesimpulan mengenai adab yang perlu ada pada pelajar ketika menuntut ilmu;

Pertama, pelajar haruslah memandang tinggi terhadap gurunya dan meyakini gurunya memiliki darjat yang tinggi. Imam Syafi’i ada menyatakan: “Pernah aku menyimbak (membuka) lembaran kertas di depan Malik dengan lembut kerana kewibawaannya, agar dia tidak mendengar gemerisiknya”.Ini menunjukkan betapa para ilmuwan terdahulu sangat menghormati guru ketika menuntut ilmu.

Seterusnya, penuntut ilmu seharusnya merendahkan diri dihadapan gurunya kerana ia adalah satu kemuliaan dan ketinggian.Imam Ghazali pernah berkata “Ilmu itu hanya akan diperolehi dengan merendahkan diri dan memperhatikannya”.

Para penuntut ilmu juga seharusnya mengetahui hak-hak terhadap gurunya dan meningati jasa gurunya hingga ke akhir hayat.Sebaik-baik pelajar adalah yang mengingati dan mendoakan gurunya hingga ke akhir hayat dan apabila gurunya telah wafat,dia mengambil tahu hal-hal keturunan dan yang mencintai gurunya. Syu’bah berkata: “Apabila aku mendengar hadis Rasulullah Sallahu’alaihiwasallam daripada seseorang, selama itulah aku menghormatinya”.

Ketika menuntut ilmu juga, pelajar perlulah duduk dengan sopan dan menumpukan sepenuh perhatiannya terhadap apa yang hendak disampaikan oleh gurunya.Perbuatan yang kurang sopan juga sebolehnya dielakkan oleh pelajar ketika berhadapan dengan gurunya kerana dikhuatiri menyinggung perasaan gurunya.

Akhir sekali,hendaklah seorang penuntut ilmu mendengar dengan penuh perhatian seolah-olah dia belum pernah mendengar perkara tersebut ketika gurunya sedang menyampaikan sesuatu berita atau mengemukakan sesuatu hukum dan dalil.

Itulah adab-adab penting yang harus diamalkan oleh para pelajar dalam usaha menjadi pelajar yang berilmu, beradab dan bertaqwa kepada Allah Subhanahuwata’ala.

RUJUKAN:● Ihya`Ulumuddin,Imam AlGhazali,Astuti Ariaji (2011).

1222 Zulhijah 1440H/23 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 22 Zulhijah 1440H/23 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 9

Akidah Artikel Pilihan

Page 10: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islamjheains.sabah.gov.my/images/soutulislam/pdf/SI27.pdf · di sini ti ka malam... Bagaimana harus singkirkan ego dan takbur bersarang

Program Haji Cilik Tadika JHEAINS Peringkat Negeri anjuran Bahagian Pendidikan JHEAINS yang dirasmikan oleh Ustaz Haji Saifulzaman bin Sangul,

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabahpada 3 Ogos 2019 di Masjid Negeri Kota Kinabalu

Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Syariah JHEAINS bersama JHEAINS Bandaraya membuat operasi menyerahkan/menggantung notis larangan berjudi bagi

umat Islam di premis-premis perjudian seluruh Bandaraya Kota Kinabalu

Peristiwa

1022 Zulhijah 1440H/23 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 22 Zulhijah 1440H/23 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 11

Peristiwa

Page 11: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islamjheains.sabah.gov.my/images/soutulislam/pdf/SI27.pdf · di sini ti ka malam... Bagaimana harus singkirkan ego dan takbur bersarang

Program Haji Cilik Tadika JHEAINS Peringkat Negeri anjuran Bahagian Pendidikan JHEAINS yang dirasmikan oleh Ustaz Haji Saifulzaman bin Sangul,

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabahpada 3 Ogos 2019 di Masjid Negeri Kota Kinabalu

Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Syariah JHEAINS bersama JHEAINS Bandaraya membuat operasi menyerahkan/menggantung notis larangan berjudi bagi

umat Islam di premis-premis perjudian seluruh Bandaraya Kota Kinabalu

Peristiwa

1022 Zulhijah 1440H/23 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 22 Zulhijah 1440H/23 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 11

Peristiwa

Page 12: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islamjheains.sabah.gov.my/images/soutulislam/pdf/SI27.pdf · di sini ti ka malam... Bagaimana harus singkirkan ego dan takbur bersarang

KONSEP AL-BA'TH (KEBANGKITAN SETELAH KEMATIAN)(BAHAGIAN 2)

Oleh:Abdu Khalil bin Hassan

Golongan dan kelompok yang menafikan adanya al-ba’th (kebangkitan setelah kematian) adalah kerana akal pemikiran mereka telah diresapi keraguan disebabkan lojik akal mereka mendapati bahawa mereka hidup dalam keadaan lembap dan panas sedangkan mati adalah sejuk dan kering iaitu tabi’at tanah, maka mereka mempersoalkan kemungkinan dihimpunkan semula, iaitu tanah, tulang belulang yang reput sehingga menjadi makhluk yang hidup sedangkan “dua yang bertentangan tidak akan berhimpun”. Sesungguhnya prinsip ‘dua yang bertentangan tidak akan berhimpun’ pada satu tempat, pada satu sudut dan pada satu maujud di lokasi tertentu tetapi kemungkinan kedua-dua yang bertentangan ini wujud pada dua tempat secara berdekatan atau berjiran. Maka Allah menghujjahkan kepada mereka yang mengingkari al-ba’th (kebangkitan setelah kematian) dengan alasan prinsip “dua yang bertentangan tidak akan berhimpun” dengan firman Allah SWT: "Tuhan yang telah menjadikan api (boleh didapati)dari pohon-pohon yang hijau basah untuk kegunaan kamu, maka kamu pun selalu menyalakan api dari pohon- pohon itu." (ayat 80 Surah Yaasin).

Ayat ini menurut Imam Abu Hassan Al-Ash’ari membuktikan bahawa bolehnya keluar api yang panas dan kering daripada kayu yang masih hijau dan lembab. Ini bererti, bahawa bolehnya kejadian pertama menunjukkan bolehnya kejadian yang kedua. Realiti ini menurut Imam Abu Hassan Al-Ash’ari sebagai bukti atas bolehnya dicantum antara hidup, tanah, tulang-belulang yang reput dan kemudian dijadikan daripadanya semua makhluk. Itulah makna daripada ayat al-Quran. “Kami Telah memulai penciptaan pertama begitulah kami akan mengulanginya. Itulah suatu janji yang pasti kami tepati; Sesungguhnya kamilah yang akan melaksanakannya.” (Risalat fi istihsan al-khaud fi ‘ilm al-kalam).

Sehubungan dengan itu, Imam al-Baqillani menegaskan bahawa manusia tidak dilepaskan begitu sahaja ke dunia ini tanpa sebarang amanah dan tanggungjawab. Sebaliknya, mengikut beliau, manusia harus dipertanggungjawabkan atas segala perbuatannya itu kepada Allah SWT kelak, sama ada perbuatan baik ataupun perbuatan jahat yang telah dilakukannya semasa hidup. (al-Tamhid).

Golongan manusia yang meyakini dan mempercayai kepada hari kebangkitan ini, bolehlah dipecahkan kepada tiga kategori iaitu yang Pertama, adalah manusia yang tidak percaya kepada hari akhirat, dan memandang kehidupan di dunia ini sebagai satu-satunya kehidupan. Kedua, adalah manusia yang tidak menafikan hari akhirat, namun masih bergantung kepada campur tangan atau bantuan pihak lain untuk mensucikan diri dan menebus dosa-dosanya. Ketiga, adalah manusia-manusia yang yakin pada hari akhirat sebagaimana diterangkan dalam ajaran Islam. (Muhammad Daud Ali, Pendidikan Agama Islam).

Salah satu hikmah daripada beriman kepada hari kebangkitan adalah orang yang yakin akan adanya hari kebangkitan dan yakin bahawa ia bertanggungjawab terhadap segala perbuatan yang dilakukannya, akan mendapat peringatan dalam dirinya setiap kali ia menyimpang dari jalan yang benar, yang natijahnya akan membentuk keperibadian yang unggul dalam menghadapi pelbagai ujian dan dugaan hidup. Ia akan berusaha melaksanakan segala kewajipannya dengan jujur dan ikhlas serta tidak suka kepada perbuatan yang dilarang. Seandainya pula ia tergelincir dengan dosa dan melanggar perintah Allah, maka ia sentiasa bersedia untuk bertaubat dan kembali kepada jalan Allah SWT.

Imam al-Haramayn al-Juwayni menyatakan berkenaan “hari kebangkitan” merupakan perkara yang selain bersesuaian dengan hujah logik akal , ia juga bersesuaian dengan petunjuk al-Quran dan Hadis. Secara logik mengikut al-Juwayni; “Setiap sesuatu yang lenyap, maka mengembalikannya adalah boleh, sama ada yang lenyap itu carad ataupun jawhar”. (al-Irshad).

GURU PELITA HIDUP REMAJAOleh:

Syuhada AsparAkademi Pengajian Islam Kontemporari Universiti Teknologi Mara, Samarahan II

Sejajar dengan pembangunan era masa kini, masalah akhlak dikalangan pelajar juga semakin meningkat hari demi hari terutama akhlak mereka terhadap guru-guru yang mendidik mereka.Isu ini malahan dianggap enteng oleh sesetengah masyarakat malah sesetengah dari ibu bapa masa kini menganggap bahawa sekiranya berlaku apa-apa permasalahan di sekolah, guru harus dipersalahkan dan perlu bertanggungjawab. Bagi mengelakkan masalah ini dari terus berlarutan,Islam telah lama mengajar kita beberapa adab pelajar terhadap guru antaranya ialah menghormati guru. Guru wajib dihormati kerana kedudukannya yang menyampaikan ilmu kepada pelajar. Pelajar juga wajib menghormati guru kerana kedudukan pelajar yang menerima ilmu darinya.

Daripada Abu Hurairah bahawasanya Rasulullah Salallahu’alaihiwasallam pernah bersabda bermaksud: “Pelajarilah ilmu, pelajarilah ilmu ketenangan dan kesopanan dan rendahkanlah dirimu terhadap orang yang kamu ambil ilmunya.” (Riwayat Ath-Thabrani).

Saidina Ali Radhiallahu‘anhu pernah memberi pesanan dalam soal menghormati guru dengan berkata, bermaksud: “Hak seorang alim (guru) yang wajib atas dirimu ialah: memberi salam kepada semua orang yang berada dalam majlisnya dan mengkhususkannya dengan berjabat tangan. Hendaklah duduk berhadapan dengannya, tidak boleh menunjuk jari di hadapannya, tidak boleh mengerling mata dengan orang lain di hadapannya, tidak menyebut kata-kata orang lain di hadapannya, tidak boleh mencaci orang di hadapannya dan sekiranya dia melakukan kesilapan hendaklah maafkannya. Muliakanlah dirinya kerana Allah Subhanahuwata’ala, dan kiranya dia memerlukan sesuatu, hendaklah segera menghulurkan bantuan kepadanya, jangan memuji-muji orang lain di dalam majlisnya, jangan menarik bajunya, jangan memaksanya jika dia keberatan, jangan merasa jemu duduk bersamanya. Anggap dia laksana lebah dan dirimu menunggu sesuatu yang akan jatuh daripadanya pada bila-bila masa sahaja”

Berhubung dengan hadis tersebut dan pesanan Saidina Ali Radhiallahu‘anhu, Dr. Abdullah Nasih Ulwan telah membuat beberapa kesimpulan mengenai adab yang perlu ada pada pelajar ketika menuntut ilmu;

Pertama, pelajar haruslah memandang tinggi terhadap gurunya dan meyakini gurunya memiliki darjat yang tinggi. Imam Syafi’i ada menyatakan: “Pernah aku menyimbak (membuka) lembaran kertas di depan Malik dengan lembut kerana kewibawaannya, agar dia tidak mendengar gemerisiknya”.Ini menunjukkan betapa para ilmuwan terdahulu sangat menghormati guru ketika menuntut ilmu.

Seterusnya, penuntut ilmu seharusnya merendahkan diri dihadapan gurunya kerana ia adalah satu kemuliaan dan ketinggian.Imam Ghazali pernah berkata “Ilmu itu hanya akan diperolehi dengan merendahkan diri dan memperhatikannya”.

Para penuntut ilmu juga seharusnya mengetahui hak-hak terhadap gurunya dan meningati jasa gurunya hingga ke akhir hayat.Sebaik-baik pelajar adalah yang mengingati dan mendoakan gurunya hingga ke akhir hayat dan apabila gurunya telah wafat,dia mengambil tahu hal-hal keturunan dan yang mencintai gurunya. Syu’bah berkata: “Apabila aku mendengar hadis Rasulullah Sallahu’alaihiwasallam daripada seseorang, selama itulah aku menghormatinya”.

Ketika menuntut ilmu juga, pelajar perlulah duduk dengan sopan dan menumpukan sepenuh perhatiannya terhadap apa yang hendak disampaikan oleh gurunya.Perbuatan yang kurang sopan juga sebolehnya dielakkan oleh pelajar ketika berhadapan dengan gurunya kerana dikhuatiri menyinggung perasaan gurunya.

Akhir sekali,hendaklah seorang penuntut ilmu mendengar dengan penuh perhatian seolah-olah dia belum pernah mendengar perkara tersebut ketika gurunya sedang menyampaikan sesuatu berita atau mengemukakan sesuatu hukum dan dalil.

Itulah adab-adab penting yang harus diamalkan oleh para pelajar dalam usaha menjadi pelajar yang berilmu, beradab dan bertaqwa kepada Allah Subhanahuwata’ala.

RUJUKAN:● Ihya`Ulumuddin,Imam AlGhazali,Astuti Ariaji (2011).

1222 Zulhijah 1440H/23 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 22 Zulhijah 1440H/23 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 9

Akidah Artikel Pilihan

Page 13: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islamjheains.sabah.gov.my/images/soutulislam/pdf/SI27.pdf · di sini ti ka malam... Bagaimana harus singkirkan ego dan takbur bersarang

PEMBACAAN AL-QURAN KETIKA BERADA DALAM KEADAAN HAID

Oleh:Ahmad Syarifuddin Syahmi bin Muhamad Najib

Akademi Pengajian Islam Kontemporari Universiti Teknologi Mara, Samarahan II

Kaum wanita dikurniakan fi zikal dan ciri-ciri yang berbeza dengan kaum lelaki sebagai contoh mereka perlu menghadapi sesuatu proses kitaran haid ataupun lebih dikenali sebagai “datang bulan”. Sebab mengapa kaum wanita perlu manghadapi perkara ini adalah kerana ia adalah lumrah mereka dimana fungsinya adalahuntuk menghasilkan ovum yang matang daripada ovari dan menyediakan lapisan dalam rahim untukpenampalan embrio. Dan sekiranya persenyawaan tidak berlaku, ovum akan mengalami kemerosotan dan dibuang bersama bahan-bahan lain yang keluar daripada tubuh wanita melalui faraj.

Ketika mengahadapi haid, wanita tidak digalakkan untuk melakukan sesuatu ibadah sebagai contoh solat, puasa dan membaca al-qur’an kerana mereka dianggap berada dalam keadaan yang tidak suci. Tetapibangkit isu tentang perkara berkenaan mereka yang menghafi z al-Quran ketika haid, dan menimbulkanpersoalan tentang apakah hukumnya untuk membaca ataupun melafazkan ayat-ayat al-Quran ketikaberada dalam keadaan haid.

Berdasarkan perkara tersebut, terdapat dua pandangan yang dikemukakan disebabkan pertembungan nas, dimana pandangan pertama mennyatakan bahawa ianya adalah haram secara mutlak bagi mereka untuk membaca Al-Qur’an dalam keadaan haid dalam semua keadaan sekalipun. Dikaitkan dengan hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar, Rasulullah SAW bersabda:

“Janganlah membaca sesuatu pun daripada Al-Qur’an semasa haid dan junub.” (Riwayat al-Tirmidhi).

Berkenaan hadis yang diberikan, Rasulullah SAW mengingatkan kepada kaum wanita untuk tidakmembaca ataupun memegang kitab al-Quran ketika berada dalam keadaan haid tanpa sekiranya tidak ada keperluan. Hal ini kerana, demi memelihara kesucian ayat al-Qur’an sama ada secara umum ataupunkhusus.

Pandangan kedua adalah berbeza kerana ia akan melihat situasi tertentu, sebagai contoh bagi mereka yang mengajar, guru ataupun penghafal al-Quran dibenarkan untuk mereka membaca dan melafazkan ayatal-Quran ketika berada dalam keadaan haid. Sedemikian pula, sebab mengapa ia dibenarkan ialah keranatujuan mereka adalah untuk memenuhi keperluan mendidik ummah yang lebih besar maslahatnya. Sama juga kepada mereka yang menghafaz ayat-ayat al-Quran untuk mengulang ayat tersebut untukmengelakkan diri daripada melupainya.

Berdasarkan dua pendapat itu, pembacaan al-Quran ketika haid akan dilihat dengan keadaan ataupunsituasi niat mereka ingin membaca atau melafazkan ayat al-Quran. Daripada itu ianya jelas mengatakanhanya mereka yang menghafal al-Quran dan guru yang mengajar sahaja dibenarkan untuk membacaal-Quran ketika haid dan selainnya tidak dibenarkan.

KURNIAAN DAN KELUASAN RAHMAT ALLAH SWTOleh:

Ustaz Mohd Azlan bin Haji Bakri Pensyarah Institut Tahfi z Al-Quran Negeri Sabah (ITQAS)

MAKSUD HADISDaripada Abu Zar RA (beliau meriwayatkan): Sesungguhnya terdapat beberapa orang dalam kalangan sahabatRasulullah SAW berkata kepada Rasulullah SAW: "Wahai Rasulullah! Orang-orang kaya telah pergi denganmembawa banyak yang pahala. Mereka solat sebagaimana kami solat, mereka berpuasa sebagaimana kamiberpuasa dan mereka bersedekah dengan lebihan harta mereka (sedang kami tidak dapat melakukannya)."Baginda SAW bersabda: "Bukankah Allah telah menjadikan bagi kamu sesuatu yang kamu boleh bersedekahdengannya? Sesungguhnya dengan setiap kali tasbih itu adalah sedekah, setiap kali takbir itu adalah sedekah,setiap kali tahmid itu adalah sedekah, setiap kali tahlil itu adalah sedekah, menyuruh kepada yang ma’rufitu sedekah, mencegah perkara yang mungkar itu sedekah dan pada kemaluan seseorang kamu pun adalah sedekah." Mereka bertanya: "Wahai Rasulullah! Adakah apabila salah seorang kami melepaskan syahwatnyapun dia beroleh pahala?" Baginda bersabda: "Bagaimana pandangan kamu kalau dia melepaskan syahwatnya pada tempat haram, adakah dia berdosa? Maka demikian jugalah apabila dia melepaskannya pada tempat yang halal, dia akan mendapat pahala." (Riwayat Muslim).

HURAIAN HADISHadis ini membawa pengertian yang amat bernilai dalam urusan bersedekah. Lazimnya ramai orang menilaibahawa hanya orang kaya dan berharta sahaja yang boleh bersedekah, manakala bagi orang miskin tidakberpeluang untuk melakukan amal ibadah bersedekah. Sebenarnya penilaian seperti ini adalah salah dan tidaktepat. Sedekah tidak hanya dinilai dari segi pemberian kebendaan atau harta benda semata-mata, namunpenilaiannya meliputi setiap perkara yang baik seperti zikrullah, menyuruh perkara yang baik, melarang perkara yang mungkar dan malah menyalurkan syahwat kepada yang halal juga mendapat pahala sedekah.

PENGAJARAN HADIS1. Bersedekah ialah amalan untuk meraih ganjaran pahala daripada Allah SWT dan bukan untuk memperolehi

sesuatu balasan daripada manusia. 2. Setiap amalan soleh yang kita lakukan mempunyai nilaiannya yang tersendiri di sisi Allah SWT.3. Seorang kaya yang suka bersedekah dan rajin pula melakukan ibadat sunat seperti berzikir, sudah tentu

akan mendapat ganjaran dan darjat yang lebih tinggi di sisi Allah SWT.4. Jadilah kita sebagai orang kaya yang bersyukur dan orang miskin yang sabar.

RUJUKAN:● Al-Kafi Syarah 40 Hadis, Dr Zulkifl i Mohammad Al-Bakri, Pustaka Cahaya Kasturi Sdn Bhd, Cetakan Pertama, 2016.● Al-Wafi Syarah Hadith 40 Imam Nawawi, Dr Mustafa Al-Bugha, Muhyiddin Misto, Al-Hidayah Publication, 2016.

822 Zulhijah 1440H/23 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 22 Zulhijah 1440H/23 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 13

Sentuhan HadisFiqh Wanita

Page 14: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islamjheains.sabah.gov.my/images/soutulislam/pdf/SI27.pdf · di sini ti ka malam... Bagaimana harus singkirkan ego dan takbur bersarang

Maksudnya: “Dan tidaklah sama (kesannya dan hukum-Nya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat.Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikianmaka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olahseorang sahabat karib.”

Istilah jiwa besar diceduk dari konsep ‘akhlaqul kibar’ dalam bahasa Arab meskipun makna asalnya mencapaiumur tua tetapi ia lebih cenderung sebagai ashaabun nufuus al kabirah atau orang yang memiliki jiwa besar,bukannya yang berjiwa kerdil hanya senang jika dipuji dan marah bila dicela.

Orang yang berjiwa besar adalah orang yang memiliki misi dan visi besar bukan sahaja untuk kerohanian dirinya bahkan untuk kemaslahatan ummah dan Islam tanpa didasari kepentingan pribadi duniawi.

Orang yang berjiwa besar adalah orang yang berusaha merungkaikan simpulan keji yang membelenggu jiwadengan melepaskan diri dari kongkongan hawa nafsunya seperti tamak haloba, cemburu iri hati, dendam kesumat, pemalas, bergantung harap dengan orang lain, berakhlak buruk, suka mereka-reka fi tnah dan mengadu domba.

Salah satu sifat orang yang berjiwa besar ialah sering berlapang dada dan memaafkan kesalahan orang lain.Sifat ini adalah salah satu sifat yang sangat mulia. Sukanya Allah SWT pada sifat ini kerana Allah SWT sentiasamembuka pintu taubat untuk hamba-Nya kembali fi trah kepada-Nya.

Allah SWT sentiasa sudi untuk mendengar permohonan penghapusan dosa-dosa hamba-Nya lalu dengankerahiman-Nya mengampuni mereka serta tidak menimpakan sebarang azab ke atas mereka. Manusia darimula lahir ke dunia ini sehingga ke saat kematiannya semuanya diurus selia oleh Allah SWT, namun bila manusiadiberikan sedikit nikmat duniawi, seperti jawatan, kekuasaan, kekayaan dan sebagainya, tiba-tiba menjadisombong dan angkuh, mula sudah memandang rendah pada diri orang lain, terasa diri jauh lebih baik daripadaorang lain, agak sukar untuk memaafkan kesalahan orang bila berlaku sedikit pergeseran kecil lalu dibesar-besarkan dan yang lebih buruk lagi sentiasa mencari-cari kesalahan dan kelemahan orang lain, walaupun orangitu mungkin bergelar sahabat, guru, ketua, orang bawahan atau adik beradik.

Lantaran itu ajaran Islam memberikan penekanan awal dalam mengenal keindahan Islam iaitu dengan pendidikantaharah atau kebersihan. Kebersihan dalam erti kata sebenarnya di dalam Islam ialah kebersihan luar dan dalam,zahir dan batin, rohani dan jasmani. Kebersihan hanya akan dinilai sempurna di sisi kaca mata Islam apa bila kedua-dua faktor ini saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Kerana kebersihan luaran jasmaniseseorang muslim itu adalah gambaran kebersihan yang ada dalam diri dan kerohaniannya.

Di dalam dada yang lapang dan hati yang bersih tempat bersemayamnya iman dan takwa. Orang yang bersih hati dan lapang dadanya adalah individu yang mampu menekan secara maksima kecenderungan negatifyang ada dalam dirinya, dengannya ia mampu dan berhasil mengembangkan potensi diri menjadi insan berjiwa besar melengkapkan pakej sebagai Khalifah Allah SWT di muka bumi.

Realitinya orang yang berjiwa besar akan berlapang dada menerima ujian yang didatangkan Allah SWTkepadanya. Jika sentiasa pasrah kepada Allah SWT dengan kebesaran jiwa yang dianugerahi menjadikanmasalah sebesar mana pun yang dihadapi pasti akan tampak kecil dan menemui jalan penyelesaian.

AYAT AL-QURAN SURAH FUSSILAT : 34“SIFAT PEMAAF CIRI-CIRI INSAN BERJIWA BESAR”

Oleh:Awang Juri bin Ag. Tahir @ AJAT

Islam datang untuk mengatur fitrah, dan bukan mengubahnya.Mengatur realiti, dan bukan melawan realiti. Menemukan manusiadengan kebahagiaan hakikinya yang diperlukannya dan bukansemata-mata yang dimahukannya. Termasuklah cinta, yang diciptakan Allah SWT di dalam naluri manusia.

Makna ini amat jelas dirasakan di dalam karya Syeikh al-Buti berjudul ‘Agama dan Cinta’, di mana beliau berusahamengingatkan umat Islam khasnya, bahawa Islam tidak menafikan cinta sesama lelaki-wanita, tetapi mengkehendakicinta itu diurus sebaiknya sesuai syariat Allah SWT. Yang akan membawa ke syurga, menggapai mardhatillah.

Berikut ini merupakan cebisan terjemahan bagi buku ini yang telah kita laksanakan alhamdulillah dan kita sajikanbuat sidang pembaca sebagai bahan renungan bersama.

“Rasa cinta, dan perasaan halus di dalam diri manusia, bolehlah diumpamakan seperti sebuah pelita yang menyaladi dalam sebuah bilik di waktu malam. Sekiranya dikau mematikan pelita, sudah tentulah kawasan itu akan berubahmenjadi gelap nan meresahkan. Sekiranya dikau terlajak pula memanjangkan sumbunya dan meninggikan lidah api,nescaya pelita yang mencerahkan itu akan berubah menjadi api yang membakar dan mungkin saja mengubahseluruh bilik itu menjadi lidah api (yang menjalar)!

Adapun cinta di dalam hati manusia, umpama pelita yang mencerahkan kerana Islam telah melatih dirinya, danmenegakkannya pada jalan yang lurus yang disyariatkan Allah SWT buatnya. Dia tidaklah memaksa dirinya kepadapelarangan (daripada cinta) dan berlaku keras (terhadap hati yang jatuh cinta), yang kedua-duanya ini pula amatjauh daripada hidayat Islam. Tidak pula dia memanjangkan tangan dan matanya pada seluruh apa saja manifestasikenikmatan dan hawa nafsu yang terlintas di hadapannya yang akhirnya dia menjerumuskan dirinya ke lembahkekecewaan.

Hanysanyalah, sekiranya masyarakat yang berada di sekitarnya terdidik dengan adab akhlak Islam sudah tentulahpelita yang mencerahkan di dalam hatinya ini, menjadi bukti kepada kebahagiaan yang sebenarnya, yang berterusan menebarkan wangi bebunga dan raihan (tumbuhan wangi), ia tidak dicemari sebarang duri yang melukakan dan tidakpula sakit yang memedihkan.

Sesungguhnya Islam hanya menginginkan daripada pensyariatannya yang mengatur individu dan masyarakat untuk mewujudkan kebahagiaan ini yang mustahil terwujudkan melainkan dengan mengikuti metodnya dan hukum-hakamnya.

Adapun sekiranya masyarakat sekelilingnya tidak berakhlak dengan adab akhlak Islam dan (tidak) mematuhi hukum-hakamnya; sesungguhnya akidah yang teguh di dalam hatinya dan ibadatnya yang mengisi ruang rasanyadapat menjamin kedudukannya yang tinggi, melebihi seluruh perkara-perkara yang melalaikan dan merosakkan yangada pada masyarakatnya dan demikian (akidah dan ibadat itu) membantunya untuk berpaut pada peraturan Islamdan hukum-hakamnya.

Sesungguhnya pelita yang marak di belakang rangka rusuknya sekali-sekala boleh tertiup padanya nyalaan api yang membakar dan keperihan yang zahir (dari luar) yang terkadang pula menyebabkan degupan jantungnya (menderas)menghapus lena matanya dan ketenangan fikirannya.

Akan tetapi, ketahuilah wahai sang penyoal, bahawa semisal cinta ini, yang bertamu di hati, bersama akidah Islamyang jujur. Hanyasanya, pemiliknya keduanya (cinta dan akidah) itu, memiliki paduan antara ketinggian rohani yangmenakjubkan yang menjadikannya tenang dan pasrah, yang keduanya (tenang dan pasrah) itu pula ditemuinya melalui air matanya yang hangat, serta yang dirasakannya di dalam keluhannya yang memuncak. Tiadalah yang lebih mampu mendidik manusia semisal cinta ini. Tiadalah yang lebih mampu membuatnya mengetahui rahsia-rahsia rohani semisal keperihan (cinta) dan apinya yang membara!

Berapalah pula manusia yang hampa, kerana terhalang daripada mendapatkan cintanya. Akan tetapi, mereka meskipun dalam keadaan demikian, hidup bahagia, dengan cinta itu sendiri!”

AGAMA DAN CINTA:PERSPEKTIF SYEIKH AS-SYAHIDAL-BUTI RAHIMAHULLAHOleh: Mohammad Syafi q Ismail Exco Penyelidikan ABIM Sabah

1422 Zulhijah 1440H/23 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 22 Zulhijah 1440H/23 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 7

Inti Sari Ayat Al-QuranTinta Ilmiah

Page 15: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islamjheains.sabah.gov.my/images/soutulislam/pdf/SI27.pdf · di sini ti ka malam... Bagaimana harus singkirkan ego dan takbur bersarang

TETAMU DI WAKTU MALAMOleh:

Ustaz Abdillah bin Haji Nanun

SOALANAssalamualaikum ustaz. Berkenaan tetamu yang menziarahi kita pada waktu malam. Sedangkan waktu malam adalah kesempatan kita untuk berehat setelah penat bekerja di siang hari. Tidakkah kunjungan mereka ini menggaggu waktu rehat kita? Adakah kita dikira tidak memuliakan tetamu jika kita menghadkan waktu ziarah ke rumah kita? Mohon pencerahan ustaz.

JAWAPANWaalaikumussalam. Alhamdulillah. Memuliakan tetamu adalah akhlak yang mulia. Di dalam al-Quran menceritakan bagaimana para Nabi dengan kemuliaan hati mereka menerima, menyambut dan melayan tetamu. Di antaranya ialah Nabi Ibrahim ‘alaihissalam. Allah merakamkan perkara ini di dalam al-Quran. Firman Allah SWT:

Maksudnya: "Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal tetamu Nabi Ibrahim yang dimuliakan? Ketika mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam dengan berkata: "Salam sejahtera kepadamu!" Ia menjawab: Salam sejahtera kepada kamu! "(Sambil berkata dalam hati): mereka ini orang-orang yang tidak dikenal. Kemudian ia masuk mendapatkan ahli rumahnya serta dibawanya keluar seekor anak lembu gemuk (yang dipanggang). Lalu dihidangkannya kepada mereka sambil berkata: "Silalah makan." (Surah Az-Zaariyaat: 24 - 27).

Ayat ini merakamkan perbuatan Nabi Ibrahim AS menyambut dan melayan tetamu yang hadir ke rumahnya walaupun Baginda tidak mengenali orang yang datang ke rumahnya itu. Baginda tidak tahu yang datang itu adalah malaikat namun Baginda tetap melayannya.

Kata Sheikh Amin Al-Syanqiti di dalam kisah Nabi Ibrahim ini ada beberapa pengajaran yang boleh diambil di antaranya:1. Segera menghidangkan makanan dan minuman untuk tetamu2. Hidangkan apa yang terbaik yang ada di dalam rumah3. Mendekatkan makanan kepada tetamu4. Bercakap dengan lemah lembut dengan tetamu

(Rujuk Adhwa’ al-Bayan Fi Idhoh Al-Qur’an Bi al-Quran (2/297)).

Secara ringkasnya, menyambut dan melayan tetamu adalah sunnah Nabi SAW. Inilah pandangan jumhur para ulama. Imam Al-Nawawi berkata:

“Melayan tetamu adalah sunnah. Jika seseorang bertandang ke rumahnya dan tidak ada mudarat baginya, sunat baginya untuk melayan tetamu tersebut.” (Rujuk Al-Majmuk Syarh Al-Muhazzab (9/57)).

Kesimpulannya, melayan dan menyambut tetamu yang datang rumah adalah merupakan akhlak yang mulia dan satu amalan yang sangat dianjurkan oleh Islam.Tuan rumah juga mempunyai hak untuk menghadkan waktu ziarah ke rumahnya.Ini adalah kerana tuan rumah mempunyai hak privasi dan juga hak untuk berehat bersama keluarga tanpa diganggu oleh sesiapapun. Bagi yang datang bertandang, hormatilah hak tuan rumah dengan datang pada waktu yang sesuai melainkan jika ada kecemasan atau ingin meminta bantuan maka pada keadaan seperti itu dibenarkan dengan sekadarnya.

Semoga ianya memberi pencerahan kepada persoalan yang dikemukakan. Wallahu a’lam.

PANAS DEMAM YANG DIRASAKAN RASULULLAH SAW DUA KALI GANDA

Oleh:Mohd Azrul Nizam bin Junaidi

Fakulti Dakwah dan Komunikasi Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati Bandung, Indonesia

REMAJA HARI INI PEMIMPIN HARI ESOKOleh:

Neng Athirah Malinda binti JoslanAkademi Pengajian Islam Kontemporari Universiti Teknologi Mara, Samarahan II

Khalifah Umar Al Khattab pernah berpesan bahawa apabila kita ingin melihat kejayaan negara pada masa hadapan, maka lihatlah generasi remaja pada masa kini. Daripada kata-kata Saidina Umar, kita dapat simpulkan bahawa kita perlulah mengambil berat lagi akan remaja masa kini agar mereka terus berusaha untuk membentuk diri sendiri sebagai pewaris lapisan pemimpin pada masa akan datang kerana jatuh dan bangunnya negara pada masa hadapan bersumberkan daripada remaja pada hari ini.

Menjadikan diri sebagai pemimpin adalah sukar terutamanya bagi seorang remaja kerana banyak cabaran yang bakal dihadapi diusia muda seperti budaya barat dan ideologi barat yang mampu merosakkan akidah tetapi itulah salah satu jawatan yang perlu dibiasakan dalam diri seorang muslim kerana ia akan membentuk diri yang bertanggungjawab dan adil dalam menjalankan segala amanah yang diberikan kepada diri sendiri. Allah SWT berfirman dalam surah An-Nisa ayat 58 yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala amanah kepada ahlinya, dan apabila kamu menjalankan hukum antara manusia, supaya kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.”

Untuk menjadi seorang pemimpin yang diredhai Allah SWT dan berwibawa di sisi Islam, seseorang itu perlulah mengikuti beberapa perkara yang disyariatkan dalam islam termasuklah mentaati Allah SWT dan rasul-Nya, menghormati orang lain dan mempunyai sifat adil dan amanah dalam pengurusan. Sifat-sifat mahmudah perlulah dipupuk dalam diri pada usia awal agar ia menjadi kebiasaan dan akhlak yang baik dalam diri. Apabila sudah menjadi kebiasaan, sifat mahmudah itu sendiri akan menjadi tarikan kepada orang ramai untuk mengikuti jejak langkah pemimpin tanpa memerlukan sebarang paksaan.

Justeru itu, seorang remaja yang ingin mendidik diri sendiri sebagai seorang pemimpin yang najah perlulah menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang mampu memberikan impak negatif terhadap diri sendiri dan orang sekeliling iaitu dengan berusaha mengelakkan diri daripada melakukan dosa sama ada kecil atau besar, bersikap mementingkan diri dan tidak menjaga hubungan diantara manusia terhadap Allah SWT, manusia sesama manusia dan manusia dengan alam kerana perkara-perkara sebegini mampu menjerat diri kedalam sifat yang tidak diredhai Allah SWT.

Menjadi seorang pemimpin bukanlah mudah kerana harus memikul tanggungjawab yang berat tetapi itulah hakikat yang perlu diterima oleh manusia terutama mereka yang mengetahui akan hukum agama. Remaja yang berkualiti adalah mereka yang mampu menjalankan amanah dengan adil dan saksama tanpa melanggar syariat yang telah ditetapkan oleh Allah SWT dan ianya hanya boleh dicapai apabila seseorang itu mebiasakan dirinya dalam mendalami ilmu duniawi dan ukhrawi yang berpandukan al-Quran dan As-Sunnah.

622 Zulhijah 1440H/23 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 22 Zulhijah 1440H/23 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 15

Remaja Kemusykilan Agama

Page 16: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islamjheains.sabah.gov.my/images/soutulislam/pdf/SI27.pdf · di sini ti ka malam... Bagaimana harus singkirkan ego dan takbur bersarang

“Jika saya dikurniakan seribu jiwa, saya akan korbankan kesemuanya untuk menegakkan undang-undang Islam.’’ - Syeikh Badiuzzaman Said Nursi.

Gelaran Badiuzzaman atau Keagungan Zaman, pertama kali diberikan kepada Said Nursi ketika berumur15 tahun. Ketika itu beliau sudah menghafal 80 buah kitab. Kelebihan beliau apabila membaca terusmelekat dalam ingatannya. Dengan kelebihan itu beliau dapat menamatkan pengajiannya dalam masa tiga bulan sahaja sedangkan orang lain mengambil masa selama 15 tahun. Malah ada sejarawan mengatakanbahawa Said Nursi telah dianugerahkan oleh Allah SWT dengan “photographic mind” iaitu minda yang mampu merekodkan apa jua yang dibaca dan mengingatinya semula sebagaimana asalnya tanpasebarang masalah atau tertinggal mana-mana bahagian atau satu huruf sekalipun.

Syeikh Said Nursi dilahirkan pada tahun 1877 di kampung Nurs, di Wilayah Bitlis, Turki. Hidup pada erakejatuhan Khilafah Islam yang terakhir (Uthmaniyah). Beliau ialah seorang ulama, pemikir agung danpejuang Islam yang gigih, menjadi penyuntik semangat kebangkitan umat di Turki sejak dari zamannyasehingga ke hari ini. Islam dan umat Islam di Turki menghadapi tamparan yang amat hebat dari gerakansekular yang dipimpin oleh Mustafa Kemal Atatuk. Kerajaan Islam bukan sahaja berjaya dijatuhkan, malahumat Islam cuba dimurtadkan, sekolah-sekolah agama ditutup, tulisan-tulisan Arab dihapuskan dan akidah tauhid kepada Allah cuba digantikan dengan akidah Darwinisme. Namun para ulama telah menjadibenteng kepada agama dan ummah. Secara terang atau tersembunyi mereka melancarkan gerakanmempertahankan Islam dan menyedarkan umat sekalipun ramai yang dipenjara, diseksa dan dibunuh.

Dalam kesibukannya, Said Nursi tetap meneruskan tradisi ulama-ulama silam yang membuktikankemantapan ilmu dan daya intelek, iaitu menghasilkan karya-karya penulisan yang dibaca oleh umatpada zaman mereka dan zaman-zaman berikutnya. Beliau telah mengarang tafsir al-Quran yang diberinama Rasail al-Nur (Risale-i Nur) yang terdiri daripada 130 risalah dan terbahagi kepada; Sozler (al-Kalimat) yang terdiri daripada 33 risalah, Mektubat, terdiri daripada 50 risalah, Lem’at, terdiri daripada 15 risalahdan juzuk tambahan kepada Rasail al-Nur iaitu Lahika Kastamonu, Lahika Emirdag dan Lahika Barla.

Sukran Vahide, penulis buku Biografi Badiuzzaman Said Nursi, dalam catatan akhirnya, menyebutkanbahawa sang ulama ini adalah seorang sayyid, yakni keturunan langsung dari Nabi Muhammad SAW.Ibunya adalah seorang Husaini dan ayahnya Hasani.

Syeikh Badiuzzaman Said Nursi kembali ke pangkuan Ilahi pada hari Rabu, 23 Mac 1960 bersamaan 25 Ramadan 1379 ketika berumur 83 tahun di Urfa, Timur Turki. Hari ini, Risalah al-Nur telah berkembangke seluruh dunia dan telah dicetak dengan pelbagai bahasa di samping telah memperbaharui imanribuan umat Islam, dan telah mengislamkan ribuan bukan Islam.

SYEIKH BADIUZZAMAN SAID NURSIOleh:

Ustaz Amiruddin Mohd RosdiGuru, SK Tombovo, Penampang

ILMU TASAWWUF DAN METODOLOGI TARIQATDIGERUNI MUSUH (BAHAGIAN 4)

Oleh:Abd. Rahman Tajudin @ Emang Galileo

Fellow CONCAVE-ISSI (Islamic & Strategic Studies Institute)

Ahli Tasawwuf merupakan jemaah yang mengutamakan aspek zikir dalam kehidupan seharian.Bagi Ahli Tasawwuf, punca asal kehidupan ini daripada Allah SWT, bertujuan kerana Allah SWT dan akhirnyakembali jua kepada Allah SWT.Maka kehidupan ini semestinya berfokuskan kepadaAllah SWT semata-mata. Kehidupan di alam ini mestiberpusatkan kepada Tuhan pencipta sekalian alam iaitu Allah SWT melalui Zikrullah.Zikrullah dilantunkan sebagai memperingati aspek Keagungan Jalalullah, Kesempurnaan Kamalullah,Keindahan Jamalullah dan Keperkasaan Jabarullah.Maka dengan ini ahli Tasawwuf yang merupakan jemaah zikir digeruni oleh Syaitan dan kuncu-kuncunyatermasuk dajjal serta pengikutnya daripada kalangan manusia dan jin yang sedaya upaya melupakanmanusia daripada mengingati Allah SWT.Hal ini kerana nusrah Allah SWT (pertolongan) akan sentiasa bersama ahli Zikir. Ini selaras dengan fi rman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah:

“Maka ingatlah kepada Ku (Zikrullah), nescaya Aku akan ingat kepada kamu (membantu kamu), Bersyukurlah kepadaKu,Dan janganlah kamu ingkar kepadaKu." (Al Baqarah: 152).Pertolongan dan nusrah Allah akan sentiasa bersama kepada manusia yang berzikir dan muraqabahkepada-Nya. Rahmat, taufi k, hidayah dan kasih sayang Ilahi sentiasa melingkari kepada hati yang berzikir kepada Allah SWT.Lantaran daripada hal sedemikian, wujud satu usaha untuk menjauhkan manusia daripada berzikir dan mengingati Allah SWT.Pihak syaitan melalui jentera Dajjal serta pertubuhan underground seperti Illuminati daripada kalanganmanusia berusaha keras untuk menghapuskan Ilmu Tasawwuf dan metodologi Tariqat daripada sanubari umat Islam.Namun selama lebih ratusan tahun, usaha mereka tidak berjaya kerana ada sahaja di kalangan manusia yang terus menyambung tradisi zikir dan legasi tariqat ini untuk pengekalan aspek Ihsan dalam Arkanun Din.Akhirnya mereka sedar yang jemaah tasawwuf yang terdiri daripada ahli-ahli sufi yang suci tidak bolehdihapuskan dengan fi zikal dan ketenteraan sepertimana mereka tidak boleh menghapuskan generasi para sahabat Rasulullah SAW dengan fi zikal kerana kekuatan hati sanubari.Mereka menemui jalan menghancurkan kekuatan umat Islam dengan menghilangkan ilmu Tasawwuf dan menjauhkan mereka daripada tradisi Tariqat yang menjaga hal ehwal hati sanubari, tempat pusat kekuatan sebenar.Hal ini kerana ilmu tasawuf dan metodologi tariqat mendidik pusat kepada sistem tubuh manusia itu sendiri iaitu Hati Sanubari.

1622 Zulhijah 1440H/23 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 22 Zulhijah 1440H/23 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 5

Jejak UlamaTasawwur

Page 17: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islamjheains.sabah.gov.my/images/soutulislam/pdf/SI27.pdf · di sini ti ka malam... Bagaimana harus singkirkan ego dan takbur bersarang

Penulis menerima kit PRODAKSI dariYB Menteri Semasa program Town Hall

Rahmatan Lil ‘Alamin

TOWN HALL RAHMATAN LIL 'ALAMINOleh:

Adi Pitang

Jam menunjukkan pukul 7.15 pagi ketika kami sampaidi Lapangan Terbang Labuan. Pejalanan dari Kota Kinabalumenggunakan penerbangan Malaysia Airlines System pukul6.40 pagi itu berjalan seperti yang dijadualkan. Ada banyakwaktu terluang sebelum program Town Hall Rahmatan lil ’Alaminyang dijadualkan bermula pukul 2.00 petang. Hmmm… “Kita pergi minum dulu Min”, Ajakku kepada Ustaz Alamin Majok,Penolong Pengarah Kanan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Sabah yang datang bersamaku dari Kota Kinabalu. Aku menjadi penunjuk arah jalan pagi itu kerana Labuan memangsering ku kunjungi, apatah lagi aku pernah bertugas sebagai

guru sandaran hampir setahun di pulau ini. Kereta yang kami sewa yang dipandu oleh Alaminmemudahkan kami bergerak di pulau ini.

9.30 pagi, Ustaz Norjeli Hj Dais, Pengarah JAKIM Sabah menyertai kami minum pagi bersama seorangpegawai Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) Labuan yang mengambilnya di Lapangan Terbang Labuan. Sempat kami membeli coklat Labuan yang terkenal murah dan banyak pilihan itu di Ujana KewanganShoping Complex, hahaha. Buat anak-anak jelas ustaz Norjeli. Tidak banyak yang ada logo halal. Hmmm…kebanyakannya dari luar Negara.

1.24 petang, kami sudah berada di Kompleks Darul Kifayah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan(MAWIP), tempat berlangsungnya progam Town Hall Rahmatan Lil ‘Alamain. Kompleks yang mula beroperasi pada Januari 2018 ini merupakan sebuah institusi yang memberi perlindungan dan penempatan sementara kepada anak-anak yatim, fakir, miskin dan anak-anak saudara baru yang berumur 11 hingga 17 tahun. Dewan tempat berlangsungnya program ini boleh menampung 1,000 orang dalam satu-satu masa.

2.00 petang, YB Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof (Nin), Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkapMenteri Hal Ehwal Agama tiba di kompleks Darul Kifayah MAWIP. Sesi bergambar dengan agensi-agensiIslam yang terlibat dalam penganjuran program ini dan Program Dakwah Kawasan Operasi (PRODAKSI)dibuat sebelum YB Menteri memasuki dewan. Istilah “Town Hall” adalah istilah yang digunakan untukacara pertemuan umum dan bersifat tidak formal yang dibuat bagi menyampaikan sesuatu dengan memberiruang pertanyaan dan menyuarakan pendapat atau pandangan.

Dalam program town hall ini YB Menteri telah menjelaskan bahawa prinsip Rahmatan Lil ‘Alamin bukanlahsuatu perkara yang baharu. Ia merupakan suatu asas atau perinsip yang dipetik daripada al-Quranberpandukan kepada surah Al-Anbiya’ ayat 107 yang bermaksud:

“Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (Wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagisekalian alam.” Ayat ini jelasnya menjadi bukti bahawa tujuan utama kedatangan junjungan SAW adalahuntuk membawa mesej yang besar kepada dunia, iaitu Rahmatan Lil ‘Alamin. Beliau juga menyatakanbahawa 3 teras pentadbiran menuju Malaysia Negera Rahmah ialah pertama: Islam sebagai rahmat bagi sekelian alam, membawa keamanan dan kemakmuran dalam masyarakat. Kedua: Pertadbiran berasaskan maqasaid syariah yang menekankan aspek penjagaan agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Ketiga: Tampil dengan model Malaysia yang sesuai dengan keadaan (wadi’), adat dan budaya bangsa Malaysiatanpa meninggalkan asas-asas Islam. Dalam melaksanakan konsep ini, YB Menteri berpendirian tegasbahawa tidak ada kompromi dalam perkara-perkara yang menyentuh soal hukum Syarak.

Moga konsep Rahmatan Lil ‘Alamin ini difahami oleh semua pihak.

KETABAHAN DAN KEMULIAAN BILAL BIN RABAHOleh:

Ahmad Syarifuddin Syahmi bin Muhamad NajibAkademi Pengajian Islam Kontemporari Universiti Teknologi Mara, Samarahan II

Bilal bin Rabah ataupun Bilal Habashi, lahir sekitar tahun 23 sebelum hijrah di Kota Mekah, dikenaliberdasarkan sifat yang wujud di dalam dirinya iaitu seorang yang patuh dan rajin terhadaptanggungjawabnya, ikhlas, amanah, berani, tabah, dan sanggup menghadapi risiko demimempertahankan kebenaran.

Diarahkan oleh Umaiyyah iaitu penyeksanya untuk keluar daripada Islam, Bilal berkata “Fikiranku, imankudan kepercayaanku bukan milikmu” lalu Umaiyyah bertekad untuk menyeksanya kerana ingkar denganarahan yang diberi. Penyeksaan Bilal bin Rabah sungguh teruk, dan dikatakan beliau dipukul olehmenyeksa dan kumpulannya, diheret sekitar bukit dan jalan di Kota Mekah pada lehernya, dibiarkan tanpa makanan dan minuman pada jangka masa yang lama hanya disebabkan ingkar pada arahan Umaiyyah.Tetapi tidak kira betapa sakitnya penderitaan Bilal, beliau tegap tenguh dengan kepercayaannya terhadap Islam, dan hanya menyebut “Ahad” iaitu bermaksud, “Allah yang Maha Esa” berulang-ulang kali.

Setelah Abu Bakar r.a telah memerdekakan beliau daripada majikan lamanya, Bilal sering berada di sisi Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melantik Bilal Bin Rabah untuk menjadi Muadzin pertama dalam Islamsehingga kini namanya di gunakan untuk menunjukkan tukang adzan. Pertama kali adzannyadikumandangkan di kota Mekah, ribuan penduduk keluar dan memandang ke arah laungan adzantersebut sambil membalas kalimat adzan yang dikumandangkan. Kelantangan dan kenyaringan suaralantangan Bilal Bin Rabah juga telah memmbuatkan musuh kaum-kaum Tauhid berasa risau dan terganggudi dalam hati mereka saat pada kalimat “Asyhadu anna muhammadan rasuulullaahi” (Aku bersaksi bahawaMuhammad adalah utusan Allah SWT) dikumandangkan. Beliau menjadi muadzin yang tetap dalamsehinggalah pemergian Rasulullah SAW ke Rahmatullah.

Tugas muadzin diserahkan kepada Abu Bakar, kerana beliau tidak mampu melaungkan azan lebih daripadakalimat “Asyhadu anna muhammadan rasuullullahi” kerana tidak mampu menahan kesedihan tentangpemergian Rasulullah SAW, dan meminta izin untuk keluar dari Kota Madinah untuk berjihad denganmengatakan “Jika dulu engkau membeliku untuk kepentingan dirimu sendiri, maka engkau berhakmenahanku, tetapi jika engkau memerdekakan kerana Allah, maka biarkanlah aku bebas menujukepada-Nya” untuk menunjukkan kenekatan beliau. Lalu Abu Bakar mengatakan “Demi Allah, aku benar-benar membelimu untuk Allah” lalu Bilal meninggalkan Madinah untuk berjihad bersama pasukannya, yang dikirim Abu Bakar. Setelah kian lama berpisah dan enggan melaungkan azan sejak pemergian RasulullahSAW, beliau ditemui kedatangan Umar Ibnul Khaththab dan sejumlah sahabat berkesempatan untukmendesak Bilal untuk melaungkan azan di hadapan al-Faruq Umar Ibnul Khaththab. Suara Bilal telahmembangkitkan kerinduan kehidupan mereka ketika bersama dengan Rasulullah SAW sehingga sahabatdan juga Umar menangis tersedu-sedu sehingga membasahi janggut mereka dengan air mata.

Sehingga ke hari ini Islam mengakuinya sebagai orang yang besar nilainya dan terhormat dalam kalangan tokoh Islam. Tidak kira besar mana pun penyeksaan dan jasa beliau, Bilal Bin Rabah tidak pernah berasa sombong dan sentiasa teguh imannya dan merendah diri dan sehingga kini namanya digunakan kepada mereka yang menjadi muadzin.

422 Zulhijah 1440H/23 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 22 Zulhijah 1440H/23 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 17

Iktibar Kisah Bicara Kita

Page 18: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islamjheains.sabah.gov.my/images/soutulislam/pdf/SI27.pdf · di sini ti ka malam... Bagaimana harus singkirkan ego dan takbur bersarang

KESALAHAN JURUNIKAH TANPA KEBENARANOleh:

Puan Siti Imrah bte Lenas

Maksudnya: “Katakanlah: Al-Quran itu bagi orang-orang yang beriman menjadi petunjuk dan juga ubat penyembuh.” (Surah Fussilat ayat 44).

Konsep perubatan menggunakan ayat-ayat suci al-Quran merupakan satu ibadah. Sesungguhnya kesakitan bukanlah alasan untuk kita menjauhi diri daripada Allah SWT. Kesakitan juga bukanlah alasan untuk kita meninggalkan ibadah sama ada wajib ataupun sunat. Falsafah kesakitan menurut Islam adalah sebagai wahana untuk Allah SWT menghapuskan dosa-dosa kita yang terdahulu dan meningkatkan darjat kita di sisi-Nya.

Berdoa ketika sakit lebih dipandang Allah SWT berbanding ketika sihat. Hal ini berikutan ketika seseorang itu sihat, dia akan berdoa dan beramal dengan sambil lewa. Ini kerana dia belum merasakan peritnya sebuah musibah kesakitan. Apabila seseorang itu sakit misalnya, dia akan berdoa kepada Allah SWT dengan penuh khusyuk, tawaduk serta penuh pengharapan supaya Allah SWT memakbulkan doa dan menyembuhkan penyakitnya.

Perlu diletakkan keyakinan yang penuh kepada mukjizat yang diberikan kepada Rasulullah SAW serta rahmat sekalian alam ini. Al-Quran bukan sekadar bacaan. Ia sumber panduan. Ia juga medium penyembuhan. Moga kita dikurniakan kesembuhan.Rawatan dengan ayat-ayat Al-QuranMukjizat al-Quran mengurangkan stress, menguatkan sistem imunisasi serta sistem imunisasi melemahkan atau mematikan sel-sel kanser. Bacaan al-Quran memliki gelombang suara yang berfrekuensi tertentu dan ‘wavelength’ tertentu. Gelombang mempengaruhi otak secara positif dan mengembalikan keseimbangan seluruh tubuh manusia dan memberi ketenteraman. Ini meningkatkan sistem imuniti tubuh untuk melawan penyakit seperti kanser.

Kesan membaca al-Quran Memberi ketenteraman dan ketenangan kepada pesakit1. Meningkatkan kekuatan antibodi dalam tubuh pesakit2. Menyekat pembiakan virus, kuman dan sel kanser3. Meningkatkan pertumbuhan sel-sel yang sihat serta memberi kekuatan untuk melawan virus, kuman dan sel-sel kanser

Berdoa“Hai manusia, tenangkanlah diri kamu. Sesungguhnya, kalian bukanlah berdoa kepada yang tuli dan tidak pula kepada yang ghaib. Sesungguhnya kamu sedang berdoa kepada Tuhan yang Maha Mendengar lagi Maha Dekat, Dia selalu bersama kamu…” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim melalui Abu Musa RA).

Doa boleh dilakukan di mana sahaja dan bila-bila masa sahaja, kecuali ketika berada di dalam tandas ataupun sedang membuang air. Berdoalah kepada Allah SWT. Doa itu tidak semestinya dalam bahasa Arab. Berdoalah dalam apa jua bahasa. Berdoa dalam bahasa yang kita fahami. Apabila kita memahami doa yang dibaca, kita dapat menjiwai doa-doa tersebut. Fokus dalam berdoa dan spesifikkan apa yang kita minta kepada Allah SWT. Khusyuk, tawaduk dan fokus semasa berdoa. Seiringkan hati, minda dan lisan kita dalam doa itu. Sesungguhnya Allah SWT dapat melihat dan mendengar rintihan hati hamba-hamba-Nya. Berdoalah dari hati dan lisan serta tangan yang menadah mengharapkan perkenan daripada Allah SWT. Dalam rawatan kanser, doa adalah ‘ubat’ terpenting selepas bacaan rangkaian ayat-ayat syifa.

Solat Tahajud“Sesungguhnya bangun (sembahyang) pada waktu malam adalah lebih memperkuat (jiwa) dan bacaan pada waktu itu lebih berkesan. (Surah al-Muzammil ayat 6).

Kajian menunjukkan bahawa solat tahajud diamalkan secara konsisten berupaya meningkatkan sistem pertahanan diri (immunity). Hal ini berikutan kualiti oksigen sangat segar pada waktu awal pagi.

Bersambung... dengan solat tahajud, solat taubat, solat hajat, zikir

KANSER DAN RAWATAN(BAHAGIAN 9)

Oleh:Tuan Haji Nordin Lossin

FASAKH ATAUPUN PEMBUBARAN PERKAHWINAN(BAHAGIAN 2)

Oleh:Puan Siti Imrah bte Lenas

(i) bahawa walaupun empat bulan berlalu tetapi isteri masih belum disetubuhi oleh kerana suami bersengaja enggan mensetubuhinya;

(j) bahawa isteri tidak izin akan perkahwinan itu atau izinnya tidak sah, sama ada oleh sebab paksaan, kesilapan, ketidaksempurnaan akal atau hal keadaan lain yang diakui oleh Hukum Syarak;

(k) bahawa pada masa perkahwinan itu isteri, sungguhpun berkebolehan memberi izin yang sah, adalah seorang yang sakit otak, sama ada berterusan atau berselangan, dalam erti Ordinan Orang Gila 1951 [Bab 74 Sabah] dan sakit otaknya adalah dari suatu jenis atau setakat yang menjadikannya tidak layak untuk berkahwin; atau

(l) apa-apa alasan lain yang diiktiraf sebagai sah bagi membubarkan perkahwinan atau bagi fasakh di bawah Hukum Syarak.

(2) Mana-mana orang yang berkahwin mengikut Hukum Syarak adalah berhak mendapatkan perintah bagi pembubaran perkahwinan atau fasakh atas alasan bahawa isteri menjadi tak upaya yang menghalang persetubuhan.

(3) Tiada sesuatu perintah boleh dibuat atas alasan dalam perenggan (1)(c) dalam sehingga hukuman itu telah dikemukakan dan suami atau isteri telahpun menjalani satu tahun dari hukuman itu.

(4) Sebelum membuat suatu perintah atas alasan dalam perenggan (1)(e) Mahkamah hendaklah, atas permohonan suami, membuat suatu perintah menghendaki suami memuaskan hati Mahkamah dalam tempoh satu tahun dari tarikh perintah itu bahawa dia tidak lagi mati pucuk, dan jika suami memuaskan hati Mahkamah sedemikian dalam tempoh itu, tiada sesuatu perintah boleh dibuat atas alasan itu.

(5) Tiada sesuatu perintah boleh dibuat atas mana-mana alasan dalam subseksyen (1) jika suami memuaskan hati Mahkamah bahawa isteri, dengan mengetahui bahawa adalah terbuka kepadanya untuk mendapatkan perkahwinan itu ditolak, telah bertingkahlaku terhadap suaminya dengan cara yang menyebabkan suami mempercayai dengan munasabah bahawa isteri tidak akan menolak perkahwinan itu, dan bahawa adalah tidak adil kepada suami jika dibuat perintah itu.

Di antara kesan-kesan fasakh disebabkan kecacatan ialah jika fasakh berlaku sebelum persetubuhan, mas kahwin tidak dikenakan dan tidak akan ada bayaran mutaah untuk isteri. Ini kerana jika kecacatan itu berlaku kepada suami, isteri yang akan meminta fasakh. Oleh sebab itu, dia tidak akan mendapat apa- apa. Dan jika kecacatan itu berlaku kepada isteri, isteri tidak akan mendapat apa-apa kerana perceraian itu berlaku disebabkan kecacatan yang ada pada dirinya dan seolah-olah dia yang melakukan fasakh.

Jika fasakh berlaku selepas persetubuhan dan kecacatan berlaku sebaik sahaja selesai akad nikad ataupun berlaku di antara akad dan persetubuhan dan suami tidak menyedarinya, maka isteri wajib mendapat mahar misil. Dan jika menfasakhkan nikah dengan sebab berlaku kecacatan selepas persetubuhan, maka isteri wajib mendapat semua mas kahwin yang telah disebutkan semasa akad nikah. Ini kerana mas kahwin mesti dibayar dengan berlakunya persetubuhan sebelum wujudnya sebab- sebab fasakh dan jika berlaku kecacatan selepas persetubuhan ia tidak akan merubah hakikat tersebut.

1822 Zulhijah 1440H/23 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 22 Zulhijah 1440H/23 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 3

Islam dan Perubatan Enakmen Kita

Page 19: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islamjheains.sabah.gov.my/images/soutulislam/pdf/SI27.pdf · di sini ti ka malam... Bagaimana harus singkirkan ego dan takbur bersarang

DICETAK OLEH PENCETAK KERAJAAN,POLITIN @ WENEN BIN MOBIJI, A.S.D.K., A.D.K., B.S.K., JABATAN CETAK KERAJAAN,

SABAH, MALAYSIA.2019.

Menghadiri Town Hall Rahmatan Li ‘Alimin yang dianjurkan oleh Kor Agama Anggota Tentera Malaysia, JabatanKemajuan Islam Malaysia dan agensi-agensi agama yang lain merupakan satu kesempatan bagi mendengar sendiritentang konsep Rahmatan Lil ‘Alamin yang disampaikansendiri oleh YB. Datuk Seri Dr. Muhajid bin Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri di Wilayah Persekutuan Labuan baru-baru ini.

Beliau menjelaskan bahawa apa yang penti ng dalam banyak perkara ialah kembali kepada ajaran yang diti nggalkan Nabi Muhammad SAW. Ini kerana ramai yang melihat Islamsecara literal dan liberal dan kita ti dak boleh menerima pandangan sedemikian. Tambahnya Allah SWT telah meletakkan ‘rahmatan lil alamin’ sebagai keutamaan.Apabila kita memahami apa yang diti nggalkan RasulullahSAW usaha kita mesti berdasarkan kepada konsep itu.

Menegakkan Islam atas teras dan landasan Rahmatan lil ‘alamin, dirangkum dalam kerangka Maqasid Syariah dan diterjemahkan melalui Model Malaysia perlu sama-sama dihayati dalam mengurus hal ehwal Islam di negara yang berbilang kaum, bangsa dan agama ini. Islam itu adalah rahmat dari Allah SWT kepada seluruh alam, tanpa batasan kaum, bukan eksklusif kepada sesuatu bangsa dan ti dakterhad kepada pengamal budaya tertentu. Kepentingan dan kebajikan rakyat perlu dipelihara bagi memastikan kelangsungan hidup sentiasa berpijak atas landasan keharmonian, keamanan dan kemakmuran. Meskipun terdapat perbezaan dan kepelbagaian, perlu diserasi dan jalinkan dalam manhaj kita yang tersendiri.

Firman Allah SWT dalam surah al-An'am 6: 12 yangbermaksud: “Katakanlah, kepunyaan siapakah apa yangada di langit dan di bumi? Katakanlah: Kepunyaan Allah. Dia telah menetapkan atas diri-Nya kasih sayang. Dia sungguh-sungguh akan menghimpun kamu pada harikiamat, yang ti dak ada keraguan terhadapnya. Orang-orang yang merugikan dirinya, mereka itu ti dak beriman.”

Terdapat sebuah hadis yang menggambarkan akan luasnya rahmah Allah sehingga satu peratus daripada rahmah yang dimiliki oleh Allah itu dapat dibahagikan di antara makhluk- makhluknya di bumi. Hadis diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

Dari Abu Hurairah, dari Nabi SAW bersabda “Sesungguhnya Allah mempunyai seratus rahmah. Allah hanya menurunkan satu rahmah untuk dibahagikan di antara jin dan manusia serta semua binatang. Maka dengan sebab satu itulah mereka saling mengasihani dan berkasih sayang, dandengan sebabnya binatang buas mengasihi anaknya. Dan Allah menunda (pemberian) sembilan puluh sembilanrahmah lagi yang akan mengasihi hamba-hamba-Nya pada hari Kiamat.” (Hadis riwayat Muslim).

Wallahu a'lam.

MOHAMAD SIDIK BIN AWANG ADI

SIDANG REDAKSIPENAUNG

Yang Berbahagia Datuk Seri PanglimaDr. Haji Hasbullah Haji Mohd. Taha

Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)PENASIHAT

YBhg. Ustaz Haji Saifulzaman bin SangulPengarah

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri SabahKETUA EDITOR

Ustaz Mohamad Sidik Haji Awang AdiTimbalan Pengarah (Hal Ehwal Islam), JHEAINS

TIMBALAN KETUA EDITORUstaz Abd. Razak Hamdin

EDITOR/KETUA PENYELARASUstaz Asmuni Ali

([email protected])SIDANG PENGARANG

Adi Pitang([email protected])

Ustaz Asmuni Ali([email protected])

Ustaz Abd. Rahman Tajudin (Emang)([email protected])

Ustaz Abdillah Haji Nanun([email protected])

Puan Siti Imrah bte Lenas([email protected])Ustaz Awang Juri Ag. Tahir([email protected])Tuan Haji Nordin Lossin

([email protected])Encik Abdu Khalil bin Hassan

Ustaz Mohd Azlan bin Haji BakriEncik Mohammad Sya�iq Ismail

Ustaz Amiruddin Mohd RosdiEncik Ahmad Syarifuddin Syahmi bin Muhamad Najib

Neng Athirah Malinda binti JoslanSyuhada Aspar

PENGURUSANEncik Daut Haji Insun

GRAFIKEncik Azmi bin Hashim

JURUTAIPBahagian Penyelidikan & Informasi, JHEAINS

JURUFOTOEncik Jamiun Osman

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri SabahBeg Berkunci 103, Tingkat 9, Blok B, Wisma MUIS

88737 KOTA KINABALUTel.: 088-522222

Faks: 088-253449

KELIRU

Kebas kakiku menyusurilorong-lorong hitamperjalanan makin jauhkhuati r tak teraba jalan pulangaku bingung... hilang jejakdi sini ti ka malam...

Bagaimana harus singkirkanego dan takburbersarang di hati ...akulah yang terkeliruoleh deti k kealpaandi liring kebinasaansemakin jauh menghayun langkahrasa kosong...

Ya Allah aku ingin bertakarubdi rumah-Musucikan hati dari kealpaaanyang mengunci kemerdekaan bati n inimenghadap kiblat-Mu penuh kesyukuran.

Oleh:DeeKee15082019

222 Zulhijah 1440H/23 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 22 Zulhijah 1440H/23 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 19

Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam

Page 20: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islamjheains.sabah.gov.my/images/soutulislam/pdf/SI27.pdf · di sini ti ka malam... Bagaimana harus singkirkan ego dan takbur bersarang