shoutul islam dari meja editor laman puisi...

10

Upload: others

Post on 10-Sep-2019

30 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islamjheains.sabah.gov.my/images/soutulislam/pdf/SI12.pdf · hilang akal Oleh: Tuan Haji Nordin Lossin Pengenalan Seorang pelajar, kisah
Page 2: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islamjheains.sabah.gov.my/images/soutulislam/pdf/SI12.pdf · hilang akal Oleh: Tuan Haji Nordin Lossin Pengenalan Seorang pelajar, kisah

Dicetak oleh pencetak kerajaan,politin @ wenen bin mobiji, a.S.D.k., a.D.k., b.S.k., jabatan cetak kerajaan,

Sabah, malaySia.2019.

Berkesempatan merasmikan Ihtifal Kecemerlangan Sekolah Toh Puan Hajah Rahmah Kinarut, Papar minggu lalu. Majlis ini memberi pengiktirafan kepada para pelajar yang mencapai tahap pencapaian yang cemerlang khusus dalam bidang akademik dan kurikulum sepanjang tahun 2018. Sesungguhnya majlis ini merupakan kesinambungan tradisi sekolah sejak sekian lama dan memiliki signifikan yang tersendiri kepada seluruh warga sekolah. Majlis seumpama ini akan meningkatkan lagi semangat warga sekolah untuk terus mencatat kejayaan yang membanggakan.

Dalam konteks pendidikan, fungsi utama sekolah ialah bagi memupuk pembelajaran. Dengan perubahan persekitaran pendidikan yang penuh dengan ketidaktentuan, sukar diramalkan dan sentiasa terdedah kepada penambahbaikan, proses pembelajaran tidak lagi tertumpu kepada akses pengetahuan semata-mata, bahkan lebih menjurus kepada proses persediaan menghadapi cabaran yang berbeza pada masa hadapan. Sejajar dengan Misi Nasional dan perakuan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2013 - 2025, salah satu teras utamanya ialah menjana modal insan minda kelas pertama. Maka, SMAN Toh Puan ini tidak boleh terkecuali daripada menyediakan peluang pembelajaran yang berkualiti dan bertaraf dunia supaya pada akhirnya pelajar yang menerima pendidikan di sekolah ini dapat menyumbang terhadap jati diri dan daya saing negara.

Pengiktirafan yang diberi kepada pelajar berpencapaian cemerlang seharusnya tidak dibataskan kepada bidang akademik semata-mata. Domain kognitif atau minds-on memang masih unggul. Namun kebolehan psikomotor atau hands-on, ciri efektif seperti kepimpinan dan sahsiah mesti berjalan seiringan. Kini, definisi kepandaian atau kepintaran telah diberi dimensi yang baru. Akses kepada maklumat dan kemahiran tidak lagi bergantung kepada individu yang dianggap genius, tetapi lebih kepada kekuatan pasukan dan data dalam talian. Aspek kecerdasan emosi (EQ), serta kecerdasan spiritual dan sosial (SQ) akan menjadi lebih dominan. Mahu tidak mahu, kita harus menerima hakikat bahawa ketaksuban atau fokus yang berlebihan terhadap pencapaian peperiksaan mungkin akan berakhir.

Apa yang penting majlis seumpama ini akan memberi semangat kepada para pelajar. Nilai kebendaan hadiah dan sijil bukanlah menjadi ukuran. Yang penting, pengiktirafan kepada kejayaan itu. Semoga para pelajar ini akan terus melakar kejayaan yang bakal membanggakan diri sendiri, keluarga, sekolah, masyarakat, bangsa dan negara.

MohaMad Sidik bin awang adi

sidang redaksiPENAUNG

Yang Berbahagia datuk seri Panglimadr. Haji Hasbullah Haji Mohd. Taha

Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)

PENASIhAtYBhg. Ustaz Haji saifulzaman bin sangul

PengarahJabatan hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah

kEtUA EDItorUstaz Mohamad sidik Haji awang adi

timbalan Pengarah (hal Ehwal Islam), JhEAINS

EDItor/kEtUA PENYElArASUstaz asmuni ali

([email protected])

SIDANG PENGArANGadi Pitang

([email protected])Ustaz asmuni ali

([email protected])Ustaz abd. rahman Tajudin (emang)

([email protected])Ustaz abdillah Haji nanun

([email protected])Puan siti imrah bte Lenas([email protected])Ustaz awang Juri ag. Tahir([email protected])Tuan Haji nordin Lossin

encik abdu khalil bin Hassanencik Mohd alwie noorbaki

Ustaz Mohd azlan bin Haji BakriEncik Mohammad Syafiq Ismail

encik Mohd azrul nizam bin JunaidiPuan Rashiqah Mardhiyyah binti Jasri

Puan azmalina kamarul Jamal

PENGUrUSANencik daut Haji insun

GrAfIkencik azmi bin Hashim

JUrUtAIPBahagian Penyelidikan & informasi, JHeains

JUrUfotoencik Jamiun Osman

Jabatan hal Ehwal Agama Islam Negeri SabahBeg Berkunci 103, tingkat 9, Blok B, Wisma MUIS

88737 kotA kINABAlUtel.: 088-522222

faks: 088-253449

takdir

Aku sedar diri tidak punya jasauntuk dikenang atauuntuk diceritakan...kerana itu baik melangkah pergi

Jangan berpura engkau bersedihmerasa gelisah ditinggal jauhaku tahu saat berpisahsetelah pengembaraan panjangbenyisih duri nan lukabersama resah alamAku tidak kesalnasib tidak berpihak padakubiarlah lepas... biarlah hanyutdibawa arus...anggaplah semua ini adalah takdir.

Oleh:deekeeBPI: 04042019

213 Syaaban 1440H/19 April 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 13 Syaaban 1440H/19 April 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 19

Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam

Page 3: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islamjheains.sabah.gov.my/images/soutulislam/pdf/SI12.pdf · hilang akal Oleh: Tuan Haji Nordin Lossin Pengenalan Seorang pelajar, kisah

hilang akalOleh: Tuan Haji Nordin Lossin

PengenalanSeorang pelajar, kisah benar. Di sekolah, dia asyik mendiamkan diri. Kekadang pandai menangis sendiri. Suka menyendiri. Tanya nama, namanya sendiri pun tidak tahu. Pelajarannya? PT3 tidak boleh ambil. Kenapa? Hilang data ingatannya. Sehingga rakan karibnya pun tidak dikenalinya. Guru-guru hanya mampu memanggil ibu-bapanya ke sekolah dan membawanya pulang.

Di rumahApa dia buat? Suka menyendiri di dalam bilik, bilik gelap lagi dia suka. Bila masuk ke dalam bilik air, dia tidak buang air kecil atau air besar. Apa dia buat? Berbaring dan tidur dalam bilik air. Kekadang dia suka bersolek, senyum sendiri, bercakap seolah ada kawannya berbual. Tidakkah ini merunsingkan kita sebagai ibu bapa? Bagaimanakah kerangka rawatannya?

Kaedah RawatanIbn Qayyim al-Jawziyyah dalam at-Tibb an-Nabawi telah menyatakan bahawa manusia menghadapi dua penyakit iaitu penyakit jasmani (kesan terhadap tuhuh manusia) seperti asma, sakit jantung dan penyakit rohani (penyakit dalaman atau jiwa) seperti gangguan emosi-marah, gila meroyan, gangguan makhluk halus.

Rawatan ModenBagi ubat penenang atau ubat tidur, dia akan tenang atau tidur dan rehat, tidak agresif. Kita tidak susah menjaganya tapi penyakit yang dihidapinya tidak sembuh. Dia masih tidak mengenali dirinya, masih tidak normal. Ini bukan penyelesaiannya.

PenyelesaiannyaSyaitan berupaya memasuki tubuh manusia menerusi aliran darahnya sebagaimana dinyatakan dalam hadis Rasulullah SAW:

“Sesungguhnya syaitan berlari pada anak Adam mengikuti aliran darah.”

Gangguan Makhluk halusSemua manusia percaya adanya makhluk halus dengan istilah yang berbeza mengikut budaya seperti hantu, bunian, jembalang, langsuir, balan-balan dan sebagainya. Makhluk halus ialah makhluk-makhluk yang dicipta oleh Allah SWT dengan jisim yang sangat halus

yang pada kebiasaannya tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Ada yang asalnya daripada cahaya seperti malaikat, daripada api seperti jin, iblis, syaitan.

(Surah Al-Baqarah ayat 2 - 3)

Terjemahannya: “Al-Quran itu tidak ada keraguan padanya, menjadi petunjuk bagi mereka yang bertakwa, iaitu mereka yang beriman kepada perkara ghaib…”

(Surah Fathir ayat 6)

Terjemahannya: “Sesungguhnya syaitan adalah musuh kamu, maka jadikanlah dia sebagai musuh. Adapun syaitan itu mengajak pengikutnya agar semuanya manjadi ahli neraka.”

Kesimpulan - Rawatan Alternatif

Dengan izin Allah SWT, anak ini telah sembuh sepenuhnya dan baru-baru ini telah melulusi peperiksaan SPM dengan baik.RuJuKAN:● Rawatan Penyakit Jasmani (I), Dato, Dr Haron Din, muka surat 14 - 34.● Rawatan Penyakit Jasmani (II), Dato, Dr Haron Din, muka surat

104 - 109.● Tafsir Al-Quran, Ahmad Sonhadji, Juz 22, muka surat 175.● Amalan Perubatan Islam, ustaz Mat Nawi bin Mat Jusoh, muka surat

29 - 38.

urusan mayatOleh: Puan Siti Imrah bte Lenas

Isu mengenai pertikaian pengurusan mayat atau jenazah di antara keluarga Islam dan yang bukan Islam sering kali timbul apabila si mati telah memeluk Islam di akhir hayatnya dan tanpa pengetahuan keluarganya. Kesahihan agama seseorang boleh diketahui dengan merujuk ke Jabatan Agama Islam negeri atau dengan pengesahan saksi yang telah menyaksikan lafaz syahadah seseorang itu.

Sekiranya berlaku pertikaian atau perebutan terhadap jenazah, Mahkamah Tinggi Syariah berhak memutuskan status jenazah Saudara Baru yang menjadi rebutan di antara keluarga asal yang bukan Islam dengan Pihak Berkuasa Agama Islam negeri. Pengurusan jenazah hendaklah disempurnakan mengikut keputusan yang diputuskan oleh pihak Mahkamah Tinggi Syariah.

Terdapat garis panduan pengurusan Saudara Baru yang telah disediakan bagi tujuan rujukan Saudara Baru, keluarga dan sesiapa yang berkenaan. Dalam garis panduan berkenaan urusan pengkebumian jelas dinyatakan hak-hak keluarga asal dalam memberikan penghormatan kepada jenazah dan juga perkara-perkara yang berkaitan dengan hubungan kekeluargaan. Mereka boleh melakukan semua perkara yang membawa kebaikan kecuali jika perkara itu bertentangan dengan hukum syarak yang telah ditetapkan di dalam Islam.

Keluarga asal Saudara Baru yang bukan Islam dibenarkan memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Saudara Baru seperti mencium jenazah bagi ayah, ibu, datuk, nenek, adik-beradik, menziarahinya ataupun melakukan apa-apa bentuk penghormatan dengan menjaga adab-adab berikut: (i) Tidak melakukan upacara keagamaan lain

seperti membakar colok dan memukul gendang. (ii) Tidak berlebih-lebihan dalam kesedihan dengan

meratap. (iii) Tidak memburuk-burukkan jenazah di hadapan

orang ramai. (iv) Tidak menampar-nampar pipi dan memukul

badan.

(v) Tidak mengoyakkan baju. (vi) Tidak membuat bising dan mengganggu

pengurusan jenazah. (vii) Tidak memakai pakaian yang menjolok mata. (viii) Tidak melakukan apa-apa perkara yang

bertentangan dengan ajaran Islam.

Mereka juga dilarang melakukan sembahyang mengikut upacara agama dan adat mereka di hadapan jenazah, akan tetapi mereka dibenarkan melihat jenazah disembahyangkan sekiranya tidak dibuat di dalam masjid. Jika diadakan solat jenazah di dalam masjid, mereka hanya dibenarkan melihat dari luar masjid sahaja.

Merujuk seksyen 98, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah negeri Sabah tahun 1995:

(1) Sesiapa dengan sengaja menguruskan mayat sama ada memandikan atau mengkafankan atau menyembahyangkan atau menguburkannya menyalahi Hukum Syarak adalah melakukan suatu kesalahan.

(2) Sesiapa dengan sengaja mengebumikan mayat orang Islam di tempat kuburan bukan Islam adalah melakukan suatu kesalahan.

(3) Mahkamah hendaklah memerintahkan supaya mayat itu dikorek, dipindah dan diuruskan mengikut cara Islam.

(4) Sesiapa yang disabitkan kesalahan di bawah subseksyen (1) atau (2) boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Pengetahuan mengenai hak-hak Saudara Baru ini perlu dipergiat dengan memperbanyakkan aktiviti dakwah ke luar daerah dalam memberi pencerahan kepada orang ramai agar tidak berlakunya pertikaian di antara keluarga Islam dan keluarga asal yang bukan Islam. Saudara Baru juga hendaklah bertanggungjawab memaklumkan kepada keluarga asal yang bukan Islam mengenai status agamanya bagi memudahkan keluarganya memahami keadaan sebenar dan seterusnya menghormati keputusannya untuk menganut agama Islam.

Wallahualam.

hilAnG AKAl

BIl. AYAT/SuRAH CATATAN 1. Al-Fatihah Mukadimah dalam semua rawatan 2. Asma ul-husna Kekuatan pujian kepada Allah SWT 3. Solawat Syifa Komponen utama 4 Solawat Tafrijiyyah Merungkai semua jenis penyakit 5. Azan Sebaiknya di telinga sebelah kiri 6. Al-Baqarah 1. Mukasurat 1 - 49 2. Ayat 1 - 286 3. Tempoh bacaan: 1 jam 4. Kekerapan: 10 kali

7. Solawat kepada Nabi SAW Syarat untuk dimakbulkan doa

8. Tiga Qul (al-Mu’awwizat) Penutup

1813 Syaaban 1440H/19 April 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 13 Syaaban 1440H/19 April 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 3

Islam dan Perubatan Enakmen Kita

Page 4: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islamjheains.sabah.gov.my/images/soutulislam/pdf/SI12.pdf · hilang akal Oleh: Tuan Haji Nordin Lossin Pengenalan Seorang pelajar, kisah

Mohammad Aliff Bin Justin,penerima Anugerah Pelajar Terbaik 2018

bersama ibu bapanya

Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa umar bin Khattab pergi menuju Syam (Palestin). Ia ingin mengetahui keadaan rakyatnya. Ketika umar sampai di Sargh, ia dijemput oleh para pembesar tenteranya. Sargh adalah sebuah wilayah yang terletak dekat dengan Tabuk. Pemimpin tentera itu adalah Abu ubaidah bin Al-Jarrah. Mereka memberitahukan kepada umar bahawa di Syam timbul wabah penyakit tha,un (kolera) dan banyak membunuh warga. Jumlah yang meninggal di Jazirah Arab sekitar 25,000 jiwa. Kemudian, umar berkata kepada Abdullah bin Abbas, “Panggilkan untukku kaum muhajirin yang pertama, iaitu orang- orang yang solat menghadap dua kiblat. Aku ingin meminta pandangan dari mereka.” umar memanggil mereka dan memberitahukan kepada mereka bahawa wabah tha,un telah menyebar ke Syam. Apakah patut tetap memasukinya? Dalam masalah ini mereka berselisih pendapat.

Sebahagian mereka berkata, “Engkau telah keluar kerana suatu urusan maka kami tidak memandang engkau akan mengurungkan niatmu.”

Sebahagian mereka berkata, “Bersamamu ada orang-orang yang terpandang dari sahabat Rasulullah SAW, maka kami tidak memandang engkau harus menjerumuskan mereka pada wabak penyakit tersebut. Jika engkau terus bergerak maju, engkau akan binasa dan mereka juga binasa bersamamu.”

umar berkata, “Baiklah, aku sudah mendengar pendapat kalian. Kita akan dengarkan pendapat lainnya.” Kemudian ia memanggil sahabat dari kalangan Anshar. Mereka pun datang menghadap lalu umar meminta saranan mereka tentang keinginannya masuk ke Syam. Mereka pun berbeza pendapat seperti perbezaan pendapat kaum Muhajirin. lalu umar menyuruh mereka pergi dari perkhemahannya. Ia kemudian memanggil kaum Muhajirin yang dahulu masuk Islam dan meminta saranan mereka. Mereka semua sepakat menyarankan agar kembali ke Madinah sehingga tidak menjerumuskan pada wabah penyakit itu.

umar berkata, “Pendapat ini meyakinkan diriku.” lalu seseorang menyeru di tengah khalayak, “Sesungguhnya Amirul Mukminin bertekad kembali ke Madinah. Maka bersiaplah kalian untuk kembali. Beliau mengambil keputusan ini kerana banyak sahabat yang menyarankan agar kembali ke Madinah.”

Akan tetapi, keputusan ini tidak membuat pemimpin tentera Islam kagum, Abu ubaidah bin Al-Jarrah. Kerana itu, ia mengingatkan umar, “Wahai Amirul Mukminin, apakah kita hendak lari dari takdir Allah?!”

umar berasa tidak setuju dengan bantahan Abu ubaidah. lalu berkata: "Aku tidak boleh mengingkari pendapat orang ramai. Aku senang jika engkau bersama mereka. Inilah pendapat yang kuat dan keputusan yang benar, kita akan lari dari takdir Allah untuk menuju takdir Allah yang lain.”

umar kemudian menjelaskannya seraya memberikan tamsil, “Ya Aba ubaidillah, bagaimana menurutmu, seandainya engkau memiliki unta yang turun ke lembah yang memiliki dua sisi: yang satu subur dan yang satu lagi gersang? Bukankah jika engkau menggembalakannya di tempat yang subur, bererti engkau menggembalakannya dengan takdir Allah. Dan jika engkau pun menggembalakannya di tempat yang gersang, engkau pun menggembalakannya dengan takdir Allah.”

Demikian ijtihad umar bin Khattab. Allah SWT telah menguatkan keputusannya dengan kehadiran Abdurrahman bin Auf. Ketika ia mengetahui persoalan yang sedang dibahas oleh mereka, ia pun berkata, “Aku memiliki ilmu tentang ini. Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, ‘Apabila kalian mendengar bahawa di suatu tempat terdapat wabah penyakit, janganlah datang ke sana. Apabila di suatu tempat terkena wabah dan kalian sedang berada di sana, janganlah kalian keluar untuk lari darinya.”umar pun memuji Allah SWT, kemudian ia kembali pulang.

wabah tha,un amawasOleh:

Mohd Alwie NoorbakiFakulti Dakwah dan Komunikasi Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati Bandung, Indonesia

Pagi itu mewakili Pengarah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) merasmikan program Ihtifal Kecemerlangan Sekolah Menengah Agama Toh Puan Hajah Rahmah (SMATPHR), Kinarut, Papar bagi tahun 2018. Ketika sampai di halaman sekolah, guru-guru dan para pelajarnya sudah siap menunggu dengan jubah konvokesyen. Sempat dipakaikan baju konvo sebelum majlis perasmian. Kelihatan dalam majlis itu para ibu bapa pelajar yang hadir mengiringi anak-anak mereka yang menerima hadiah kecemerlangan.

SMATPHR ini adalah sekolah agama yang cukup berprest i j yang telah melahirkan ramai tokoh pemimpin dalam pelbagai bidang di negeri ini. Sekolah yang ditubuhkan pada tahun 1975 ini, adalah sebuah sekolah pilihan ibu bapa untuk anak-anak belajar di tingkatan satu. Sekolah yang penuh dengan warna warni gemilang ini, dulunya terletak di Sembulan, Kota Kinabalu sebelum berpindah ke Kinarut Papar pada tahun 2012.

Dalam ucapan alu-aluan ustaz Saifulzaman bin Sangul dalam buku Aturcara Iht i fal ini bel iau mengucapkan tahniah dan syabas kerana penganjuran ihtifal ini dapat menghimpunkan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum. Tanpa kesungguhan dan komitmen yang tinggi pelajar, sudah pasti suatu kejayaan itu tidak akan datang mengolek dengan mudah. Kejayaan hanya boleh diperolehi dengan usaha yang terancang serta

sekolahku yanggemilangOleh: Adi Pitang

keazaman yang kuat. Hanya mereka yang berusaha gigih sahaja akan berjaya. Beliau pasti dan percaya bahawa seorang pelajar yang cemerlang telah menggunakan semaksima masa yang terluang untuk membaca dan mengulang kaji pelajaran, di samping mengambil bahagian dalam kokurikulum yang dilaksanakan oleh pihak sekolah.

Katanya lagi, pelajar yang berjaya dan cemerlang mempunyai sikap yang positif, yang mendorong mereka mendengar dengan teliti apa yang diarah dan diajarkan oleh para guru. Ini berkait rapat dengan kepercayaan dan keyakinan diri seseorang pelajar itu. Kepercayaan diri akan terus mendorong mereka ist iqamah dan berusaha gigih bagi mencapai kejayaan yang besar. Ini ditambah dengan keazaman atau determination yang kuat yang mendorong pelajar berusaha dengan lebih tekun. Pelajar yang mempunyai keazaman tinggi sering menganggap bahawa kegagalan itu sebagai cabaran dan akan berusaha lebih giguh sehingga mencapai kejayaan.

Tambahnya lagi pelajar juga harus memiliki semangat yang tinggi dalam meninggatkan prestasi diri baik dalam akademik atau kokurikulum. Semangat yang tinggi akan meningkatkan kerajinan pelajar. Dengan semangat yang tinggi pelajar akan berusaha dan terus berusaha, sehingga matlamat kejayaan akan dicapai. Dan sebagai sebuah sekolah yang telah melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam arus kerjaya negeri, tentunya tanggungjawab pelajar-pelajar yang ada kini untuk meneruskan tradisi kecemerlangan ini. Dalam mencapai matlamat ini, maka usaha yang gigih dan pengorbanan yang tinggi diperlukan kepada setiap pelajar dan warga pendidik sekolah ini.

Dalam ucapan Puan Jonisah binti Harimin, Pengetua sekolah ini menegaskan bahawa usaha mencapai kejayaan dan kecemerlangan, kesepakatan dan kerjasama semua pihak amat diperlukan. Peranan dan tanggungjawab ibu bapa, ke luarga dan masyarakat juga amat ditagih demi melahirkan pelajar yang cemerlang yang beragama dan berakhlak mulia.

Semoga SMATPHR akan lebih cemerlang dan gemilang, sesuai dengan lagu tema sekolah yang dinanyikan oleh warga sekolahnya dengan penuh semangat dalam majlis ini iaitu “Warga Gemilang”.

413 Syaaban 1440H/19 April 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 13 Syaaban 1440H/19 April 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 17

Iktibar Kisah Bicara Kita

Page 5: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islamjheains.sabah.gov.my/images/soutulislam/pdf/SI12.pdf · hilang akal Oleh: Tuan Haji Nordin Lossin Pengenalan Seorang pelajar, kisah

Imam Muhyiddin Abu Zakaria Yahya bin Syaraf bin Muri Muri bin Hasan bin Husin bin Muhammad bin Jum’at bin Hizam an-Nawawi atau lebih dikenali dengan gelaran Imam Nawawi adalah seorang tokoh ulama bermazhab syafie. Beliau dilahirkan pada pertengahan bulan Muharram 631H di pinggir daerah Hauran, Nawa, Syria.

Ketika kanak-kanak lain seusianya sibuk bermain, Imam Nawawi yang berusia 10 tahun ketika itu mengelak. Walaupun diajak kawan- kawannya itu, beliau tetap menolak, sebaliknya beliau sibuk membaca al-Quran. Melihat tingkah lakunya, seorang alim, Syeikh Yasin Yusuf Marakashi memberitahu gurunya agar menjaga Imam Nawawi sebaik mungkin kerana dia bakal menjadi seorang ulama besar dan ahli ibadah.

Imam Nawawi telah belajar membaca dan menghafal al-Quran di Nawa sebelum berpindah ke Damsyik ketika berusia 18 tahun pada tahun 649H. Ketika di Damsyik, Imam Nawawi telah berjumpa dengan imam Masjid al-umawi Syeikh Jamaluddin Abdul Kafi yang membawanya berjumpa Mufti Syam Tajuddin Abdul Rahman bin Ibrahim yang dikenali sebagai al-Farkah. Imam Nawawi berguru dengannya. Beliau begitu gigih menuntut ilmu dan tinggal di madrasah al-Ruwahiyah. Al-Zahabi menceritakan tentang kegigihan Imam Nawawi menuntut ilmu dengan menyebutkan dan dijadikan contoh dalam ketekunannya menuntut ilmu siang dan malam, dia tidak akan tidur kecuali memang sudah tidak dapat ditahan lagi.

Setiap hari, Imam Nawawi akan mempelajari 12 subjek daripada guru-gurunya dalam pelbagai bidang ilmu Islam. Di antara guru-guru beliau adalah seperti berikut:1. Dalam bidang ilmu fekah ialah Abu Ibrahim Ishaq bin Ahmad bin uthman al-Maghribi, Abu Muhammad Abdul

Rahman bin Nuh dan Abu al-Hasan al-Sallar bin al-Hasan al-Irbili.2. Dalam bidang hadis ialah Ibrahim bin Isa al-Muradi al-Andalusi, Abdul Aziz bin Muhamad bin Abdul Muhsin

al-Humawi dan Jamaluddin Abdul Rahman bin Salim al-Anbari.3. Dalam bidang ilmu usul ialah Abu al-Fath umar bin Ibn umar al-Taflisi. 4. Dalam bidang ilmu nahu dan bahasa ialah Ahmad bin Salim al-Masri, Muhammad bin Abdullah dan al-Fakhr

al-Maliki.

Selain itu beliau juga banyak menghasilkan karya ilmiah yang terkenal dan memberi manfaat yang besar untuk umat di seluruh dunia diantaranya ialah:1. Dalam bidang hadis: Arba’in Nawawi, Riyadus Shalihin, Al-Minhaj (Syarah Sahih Muslim), At-Taqrib wat Taysir

fi Ma’rifat dan syarah sunan Abi Daud.2. Dalam bidang fekah: Minhaju Thalibin, Raudhatu Thalibin dan Al-Majmu’.3. Dalam bidang bahasa: Tahdzibul Asma’ wal Lughat.4. Dalam bidang akhlak: At-Tibyan fi Adab Hamalatil Qur’an, Bustanul Arifin dan Al-Azkar.

Selepas mengabdikan dirinya selama 28 tahun kepada ilmu, khususnya di Damsyik, Imam Nawawi kembali ke kampungnya di Nawa. Beliau kemudian jatuh sakit dan wafat pada 24 Rejab 676 Hijrah dalam usia 45 tahun dan dimakamkan di Nawa. Namun sehingga hari ini, Imam Nawawi seolah-olah masih hidup disebabkan hasil karyanya yang tidak ternilai masih menjadi rujukan umat Islam di seluruh dunia.

SuMBER:● lembaran Hidup ulama, Muhammad Abdulloh Surad, Hijjaz Records Publishing, Cetakan kedua 2018.● Biografi Gemilang Imam Muslim, Dr Muhammad Taufiq Abu Ali, Jasmin Publications, Cetakan Pertama 2011.

imam muhyyiddin abu zakaria yahya an-nawawiOleh:

Ustaz Mohd Azlan bin Haji Bakri PensyarahInstitutTahfizAl-QuranNegeriSabah(ITQAS)

islam agama keamanan dan kestabilan tamadun dunia (bahagian 4)Oleh: Abd. Rahman Tajudin @ Emang Galileo FellowCONCAVE-ISSI(Islamic& StrategicStudiesInstitute)

Seorang mukmin yang sememangnya telah aman daripada menyakiti insan lain perlu melaksanakan Syariat Islam secara keseluruhannya.

Mengikuti Syariat Islam dapat mengekang hasutan dan tipu daya syaitan yang sememangnya mahu manusia hancur dan binasa.

Dengan mengikuti Syariat Islam secara penuh, kestabilan dan keamanan global dapat dicapai.

Hal ini berdasarkan dengan firman Allah SWT agar mukmin memasuki Syariat Islam secara keseluruhanya dan tidak mengikuti jejak langkah syaitan yang mendorong ke arah keganasan:

"Wahai orang-orang yang beriman. Masuklah kamu ke dalam Agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya, dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata." (Al-Baqarah: 208).

Ayat ini jelas menyatakan bahawa musuh sebenar yang nyata bagi manusia adalah syaitan.

Syaitan akan sedaya upaya memporak-porandakan manusia dengan menghasut dan mendistortasi amalan songsang sehingga menimbulkan fahaman bathil yang memecahkan kesatuan ummah Islamiah.

Syaitan juga akan membuat ketidakstabilan dan kekacauan melalui bisikan dan hasutan kepada kuncu-kuncunya yang terdiri daripada manusia di mana sahaja untuk menimbulkan tragedi berdarah.

Bisikan dan hasutan tersebut boleh mendorong manusia ganas untuk melakukan tindakan radikalisme. Ia boleh mencapai ke satu tahapan yang ekstrem dengan aktiviti bunuh-membunuh sesama manusia.

Maka dengan inilah syaitan akan sedaya upaya menjauhkan manusia daripada Agama Islam yang penuh keamanan ini.

Agama Islam adalah satu-satunya agama yang aman dan diredhai oleh Allah SWT. Perlaksanaan Syariah Islam

dapat mengekang gejala hasutan dan bisikan syaitan yang direjam.

Tidak ada yang agama yang serupa dengan agama Islam di dalam menjaga ketamadunan umat manusia berlandaskan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Malah tidak ada juga agama yang mampu menyaingi apatah lagi melebihi kesempurnaan dalam agama yang penuh aman ini yang menjaga kestabilan tamadun dunia.

Allah SWT adalah tuhan sekalian alam pencipta kehidupan ini tidak akan menerima amalan jikalau tidak memasuki agama Islam secara penuh. Firman Allah SWT:

"Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi." (Al-Imran: 85).

Sebuah tamadun, negara dan bangsa akan tenggelam atau musnah akibat kekufuran yang didorong oleh syaitan.

Hal ini kerana makna kufur itu adalah hapus, terpadam dan punah. Melakukan kekufuran akan menyebabkan tamadun itu hancur lebur dan hilang terhapus.

Kekufuran adalah kemusnahan sedangkan Ketauhidan adalah satu-satunya faktor pembina tamadun umat manusia.

Maka umat Islam perlu kembali kepada Islam sepenuhnya dengan mengukuhkan kesatuan Islamiah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Wujudnya kesatuan Islam ini kerana hubungan akidah Tanzih dan rohani ukhuwwah Islamiah yang bertariqat.

Ikatan ukhuwwah persaudaraan juga boleh merentasi sempadan geografi, bangsa, warna kulit dan keturunan yang menjangkau hampir keseluruhan umat manusia yang berada di dunia ini.

Keimanan kepada Allah SWT menjadi ikatan persaudaraan yang kukuh dalam kalangan umat Islam hingga ke hari ini untuk membentuk suasana yang aman, tenteram dan selamat sepanjang zaman dengan pelaksanaan Syariat Islamiah secara sempurna.

1613 Syaaban 1440H/19 April 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 13 Syaaban 1440H/19 April 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 5

Jejak UlamaTasawwur

Page 6: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islamjheains.sabah.gov.my/images/soutulislam/pdf/SI12.pdf · hilang akal Oleh: Tuan Haji Nordin Lossin Pengenalan Seorang pelajar, kisah

Apabila kita berbicara kepada seseorang atau kelompok yang ramai, bicara kita haruslah jelas agar apa yang dibicarakan sampai kepada mereka yang mendengar dan dapat difahami. Nabi mengajarkan kita ketika berbicara harus tenang dan tidak terlalu cepat. Kerana berbicara terlalu cepat akan menyebabkan orang yang diajak berbicara sukar memahami apa yang ingin kita sampaikan. Disebabkan itulah Nabi ketika berbicara beliau dalam keadaan tenang sehingga dapat difahami oleh para sahabat atau orang-orang yang duduk bersama beliau.

Diriwayatkan dari ibunda ‘Aisyah radhiyallahu ‘anhu, beliau mengatakan:

“Sesungguhnya yang menjadi kebiasaan Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam ketika berbicara adalah jika seandainya ada orang yang menghitungnya, nescaya dia akan mampu menghitungnya.” (HR. Bukhari no. 3567 dan Muslim no. 2493).

Dalam riwayat Muslim disebutkan:

“Sesungguhnya Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam tidaklah berbicara dengan cepat seperti kalian.” (HR. Muslim no. 2493).

Ini bermaksud, jika seseorang berusaha menghitung kata-kata yang Nabi sampaikan, maka dia akan mampu menghitungnya kerana jumlahnya yang tidak banyak dan berbicara dalam keadaan tenang tidak terlalu cepat.

Pada situasi lainnya pula ada sesetengah orang yang ketika berbicara ia berbicara yang banyak kemudian sentiasa menyambung setiap isi pembicaraanya sehingga menjadi berangkai dan sukar difahami. Dalam hal ini An-Nawawi rahimahullahu Ta’ala mengatakan:

“Memperbanyak (isi pembicaraan) dan menyambungnya.” (Syarh Shahih Muslim).

Ibnu Hajar Al-Asqalani rahimahullahu Ta’ala berkata:

“Maksudnya adalah (tidak) menyambung isi pembicaraan dengan cepat (tergesa-gesa) dan saling menyambung, supaya tidak menjadi semakin sukar untuk difahami oleh pendengar.” (Fathul Baari)

Kebiasaan seseorang itu kadang berbicara terlalu cepat dan memang dikenali karakternya seperti itu. Dan ada pula yang ketika berbicara suka memasukkan antara isi pembicaraan yang satu dengan isi pembicaraan lainnya sehingga menjadi sukar difahami. Oleh yang demikian, dari beberapa hadis ini dapatlah dihadam dalam diri agar mengubah sedikit demi sedikit cara kita berbicara supaya menjadi lebih baik seperti Rasulullah . Dan tidak hairanlah mengapa para sahabat dahulu sangat mudah sekali menghafal apa yang keluar dari mulut beliau. Bukan hanya kerana ingatan yang kuat, tetapi juga kerana cara Rasulullah yang berbicara dalam keadaan tenang.

berbicaralah dengan tenangOleh:

Mohd Azrul Nizam bin JunaidiFakulti Dakwah dan Komunikasi Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati Bandung, Indonesia

penghinaan terhadap rasulullah saw danummul mukminin sayyidatina aisyah r. anha

(bahagian akhir)Oleh:

Ustaz Abdillah bin Haji Nanun

Kerajaan Berhak Menangkap dan Menghukum Pencela RasulullahIni menunjukkan betapa seriusnya kesalahan menghina Rasulullah . Kesimpulannya, pihak pemerintah mempunyai hak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang menimbulkan fitnah dalam masyarakat dengan menghina Rasulullah sehingga boleh merosakkan kerukunan masyarakat. Berkata para pengarang kitab al-Fiqh al-Manhaji (8/142) berkenaan tanggungjawab orang bukan Islam di dalam negara Islam: “Mereka hanya dibenarkan memperkatakan perkara yang baik tentang agama Islam. Jikalau mereka memburuk-burukkan al-Quran, Rasulullah SAW atau mencaci undang-undang Allah, mereka akan dihukum ta’zir.”

Hukuman ta`zir itu pada asalnya bermaksud ta`dib (mendidik) penjenayah dan masyarakat. Oleh itu, pihak pemerintah perlu menggunakan kuasa yang diberikan dalam Hukum Syarak ini dengan kebijaksanaan supaya kes-kes seperti ini tidak berulang lagi. Selain hukuman, perkara yang paling penting yang perlu dilakukan pemerintah dan umat Islam, ialah menyampaikan fakta yang sebenar tentang Rasulullah dan menghilangkan syubhat tentang peribadi baginda. Boleh jadi mereka menghina dan mencaci kerana tidak pernah mengetahui ajaran sebenar Islam dan mendapat berita palsu. Memikirkan kesan atau natijah dari sesuatu pendekatan dakwah atau yang kita sebut sebagai Fiqh al-Ma’al dalam pendekatan hukuman dan dakwah adalah sangat penting. Antaranya, firman Allah SWT:

Maksudnya: “Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan.” (Surah al-An’am: Ayat 108).

Ibn Kathir berkata: “Allah melarang rasul-Nya dan orang yang beriman memaki tuhan kaum Musyrikin meskipun adanya maslahat. Ini kerana boleh menimbulkan mafsadah yang jauh lebih besar kerana mereka pasti memaki Tuhan orang yang beriman padahal Allah adalah Rabb yang tiada Tuhan selain Dia.” (Lihat Tafsir Ibn Kathir: 3/272).

Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

“Supaya orang ramai tidak bercakap bahawa Muhammad membunuh sahabatnya sendiri.” (Riwayat al-Bukhari (4905)).

Hadis ini berkenaan isu orang-orang munafik yang dikepalai oleh Abdullah bin Ubai yang berkata: “Demi Allah jika kami pulang ke kota Madinah, nescaya akan mengeluarkan orang yang mulia daripadanya orang-orang yang hina.” Ini menyebabkan Saidina Umar meminta izin Rasulullah SAW untuk memenggal leher si munafik ini. lantas Nabi SAW bersabda dengan hadis ini.

Al-Hafiz Ibn Hajar berkata: “Ini kerana dibimbangi boleh membawa sebab pembunuhan kepada fitnah atau menjadikan orang ramai liar dan takut untuk memeluk Islam.” Lihat Fath al-Bari (3/392).

KesimpulanOleh itu, dalam konteks Malaysia di mana kita memiliki sistem undang-undang untuk mengekang perlakuan menghina agama Islam, hendaklah kita melaporkan kepada pihak berkuasa apa-apa ucapan, perlakuan dan tindakan yang boleh ditafsirkan sebagai menghina Rasulullah upaya mereka diambil tindakan mengikut laras undang-undang. Tidak boleh kita mengambil tindakan sendiri untuk menghukum jika tidak mengikut tindakan undang-undang, apatahlagi dengan kekerasan, kerana boleh mendatangkan bahaya kepada imej Islam, umat Islam dan keharmonian negara, seperti yang disebut “boleh membawa sebab pembunuhan kepada fitnah atau menjadikan orang ramai liar dan takut untuk memeluk Islam".

613 Syaaban 1440H/19 April 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 13 Syaaban 1440H/19 April 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 15

Remaja Kemusykilan Agama

Page 7: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islamjheains.sabah.gov.my/images/soutulislam/pdf/SI12.pdf · hilang akal Oleh: Tuan Haji Nordin Lossin Pengenalan Seorang pelajar, kisah

Maksudnya: "Wahai ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani)! Janganlah kamu melampaui batas dalam perkara ugama kamu, dan janganlah kamu mengatakan sesuatu terhadap Allah melainkan yang benar.”

Pada permulaan ayat ini, Allah SWT memperingatkan ahli Kitab dari perbuatan “ghuluw” dalam beragama, tindakan yang merupakan pangkal dari berbagai kesesatan, kerosakan dan kekufuran serta kesyirikan. Makna asal “ghuluw”, melampaui batas-batas yang telah ditentukan. Dengan demikian yang dimaksudkan dengan ghuluw dalam beragama iaitu bersikap berlebihan serta melampaui batasan dari apa yang telah ditetapkan oleh syariat.

larangan pada ayat di atas ditujukan kepada kaum Nasrani termasuklah juga kaum Yahudi kerana telah melampaui batas dalam memuji dan mengagungkan nabi Isa dan uzair hingga ke tahap menjadikan keduanya sebagai tuhan. Pada masa yang sama larangan Allah SWT ini menjadi sindiran kepada umat Nabi SAW kerana ianya terdapat di dalam kitab al-Quran yang dibaca dan dihayati agar tidak terpesong akidah menjadikan sesuatu sembahan selain Allah SWT lantaran sikap fanatik menghilangkan pertimbangan waras manusiawi.

Sejarah Islam sering dicemari dengan pengalaman pahit perbuatan fanatik yang dilakukan oleh golongan pelampau Islam. Pada zaman perkembangan awal Islam, aliran Khawarij adalah pelopor kelompok fanatik. Fahaman Khawarij yang menyesatkan itu antara lain bahawa orang Islam yang berbuat dosa besar hukumnya kafir dan orang kafir halal dibunuh. Dengan falsafah fanatik demikian maka banyak terjadi korban pembunuhan atas nama agama.

Prof Dr Jamal Farouq Al-Daqqaq mentakrifkan fanatik sebagai kecenderungan yang disertai hawa nafsu untuk memenangkan sesebuah mazhab, atau pandangan yang dipeganginya atas pandangan lain yang berbeza, serta berusaha menjatuhkan pandangan yang berlainan itu.

Fanatik pula dari sudut pandangan falsafah merupakan salah satu daripada hujung spektrum yang melambangkan ekstremisme, di mana semua pandangan yang menjadi teras pegangan seseorang diterima bulat-bulat tanpa sebarang kritikan atau syak.

Fanatik ada dua kategori, yang pertama fanatik kepada individu manakala yang kedua adalah fanatik kepada kelompok. Fanatik kepada individu boleh berlaku dalam dua bentuk, samada fanatik seseorang individu pada pandangannya sendiri atau fanatik terhadap individu lain seperti alim ulama, guru tasawuf, pemimpin jemaah dan lain-lain individu. Fanatik kelompok boleh dimisalkan seperti fanatik tareqat, fanatik jemaah ataupun apa-apa jenis kelompok yang lain.

Fanatik individu dalam bentuknya yang pertama (fanatik dengan diri sendiri) bermula dengan rasa ujub dengan ilmu dan kebolehan diri sendiri, manakala fanatik terhadap individu bermula dengan rasa hormat, cinta dan kagum dengan peribadi serta ilmu yang dimiliki oleh individu tesebut.

Rasa hormat dan cinta pada ulama’ ini, tidaklah salah di sisi syarak, bahkan sangat digalakkan dalam tradisi agama Islam. Terlalu banyak ayat-ayat al-Quran, hadis-hadis sahih, serta aqwal ulama silam tentang kelebihan dan kemuliaan ulama namun apa yang nak diperjelaskan oleh syarak adalah jangan sampai meletakkan mereka ke darjat maksum sehingga ia terkeluar dari batas-batas manusiawi.

Perbalahan yang berpunca dari fanatik ini akan mengundang perpecahan dalam medan ukhuwah Islamiah, mencacatkan proses dakwah yang sepatutnya diarusperdanakan dalam jaringan masyarakat. Hakikatnya, kepelbagaian jemaah seharusnya menjadi tonggak amal jamie ketika berhadapan dengan musuh Islam.

ayat al-Quran surah an-nisa: 171"islam menolak fanatik"

Oleh:Awang Juri bin Ag. Tahir @ AJAT

Adab al-Mu'allimin (Adab Para Guru), buah tangan Imam Muhammad Ibn Sahnun Rahimahullah (w256H), merupakan himpunan fatwa beliau, dan juga soaljawab antara beliau dengan bapanya Imam Sahnun rahimahullah (w240H), seputar isu Perguruan dan Pendidikan.

Isu Pendidikan sememangnya mendapat perhatian terutama dalam tamadun Islam. Bagaimana tidak, tradisi perguruannya dimulakan oleh nabinya sendiri Muhammad cinta hati kita Sallallah 'Alaihi Wasallam? Baginda sendirilah yang bersabda, "Daku diutuskan sebagai guru." (HR Ibn Majah).

Melalui cara perguruan, dan adanya hubungan multilateral (Guru<>Allah<>Murid), sistem Tarbiah dalam Islam itu bergerak, mengurniakan kesempurnaan manusia, dan kesolehannya.Hal ini difahami daripada makna kata Tarbiah itu sendiri. Ibn Asyur (w1393H) mengatakan dalam tafsirnya at-Tahrir wa at-Tanwir, bahawa at-Tarbiah, “Menyampaikan sesuatu kepada kesempurnaannya, secara berperingkat.” Di tempat lain beliau mengatakan, at-Tarbiah, “Penyempurnaan kepada kewujudan.”Tidak hairanlah, dalam umat Iqra ini, yang paling mulia dalam kalangannya ialah para ulama, mereka yang berilmu tinggi. Kerana dengan ilmulah manusia menjadi sempurna. Merekalah penyambung tugas kenabian. Atas sebab itulah, mereka mendapat perhatian istimewa dalam agama (bukan kasta tapi tingkatan kurnia Allah SWT yang boleh diberi-Nya dan diambil-Nya semula); begitu juga guru-guru lainnya.literatur berkenaan pendidikan dan perguruan itu memang ada sejak awal, namun tidaklah dikhususkan dalam sebuah risalah khas. Dengan izin Allah SWT, Ibn Sahnun antara ulama yang terawal tergerak mengkhususkan persoalan-persoalan fiqh bagi profesi perguruan ini, menuruti jejak langkah bapanya Sahnun yang telah mengarangkan buku khas Mudawwanah berkenaan fiqh secara amnya pula.Sekitar 150++ persoalan fiqh yang dibawakan beliau, lengkap dengan dalil dan cara penghujahannya. Hal ini kembali kepada nature penulisan pada zaman itu, yang meskipun ringkas, namun penuh dengan isyarat- isyarat para ulama yang difahami oleh sesama mereka -pada kebanyakan keadaannya. Begitu juga, ia bukanlah semata-mata buku fiqh yang bebas daripada dalil, bahkan beserta dengan dalil. Berupa hadis-hadis nabawi, dan fatwa para ulama berkenaan hukum-hakam guru. Buku ini telah diadaptasi dan diolah semula oleh Imam al-Qabisi dalam ar-Risalah al-Mufassolah.Terjemahannya dalam bahasa Melayu juga alhamdulillah telah tersedia, julung kali dilaksanakan dalam bahasa Melayu oleh kita (terbitan ABIM Press 2019). Kita sertakan beberapa nota kaki yang memudahkan pembaca untuk memahami apa yang dimaksudkan oleh Imam, serta beberapa persoalan fiqhnya yang dijamin rumit sekiranyalah tanpa nota kaki tersebut.Namun apa yang kita usahakan ini, kita harap Allah SWT menerimanya dengan penerimaan yang baik. Berkhidmat kepada turats Ibn Sahnun yang mewakili perguruan Ahli Sunnah wal Jamaah, dan kepada bangsa Melayu yang memerlukan kepada panduan-panduan sebegini yang bisa saja terhalang kerana kekangan bahasa.Antara hal yang menyeru kita kepada melaksanakan penterjemahannya juga ialah kerana kita melihat, betapa pemain peran dalam sistem pendidikan kita, daripada guru, murid, dan selainnya, seakan semakin jauh daripada nilai-nilai Islami. Maka dengan penterjemahan ini, dapatlah tokoh-tokoh dijadikan suri tauladan terbaik ke arah tarbiah dan pendidikan misali nan Islami.

Semoga Allah SWT merahmati Ibn Sahnun, dan Sahnun, atas segala usaha mereka berdua dalam memartabatkan Islam dan Muslimin, khasnya yang melibatkan perguruan.

renungan buku adab para guru karangan imam ibn sahnun (w256h)Oleh:MohammadSyafiqIsmail ExcoPenyelidikanABIMSabah

1413 Syaaban 1440H/19 April 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 13 Syaaban 1440H/19 April 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 7

Inti Sari Ayat Al-QuranTinta Ilmiah

Page 8: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islamjheains.sabah.gov.my/images/soutulislam/pdf/SI12.pdf · hilang akal Oleh: Tuan Haji Nordin Lossin Pengenalan Seorang pelajar, kisah

darah haidOleh:

Azmalina Kamarul Jamal

ISU-ISU BIASA MENGENAI DARAH HAIDBilakah darah haid bermula?Imam Syafi’I, Hanafi dan Hambali berpendapat, umur wanita mula keluar darah haid ialah sekurang- kurangnya sembilan tahun qamariah.

Pendapat ini berdasarkan pada kata-kata Aishah R.ha.:

Ertinya: “Apabila kanak-kanak perempuan genap umur sembilan tahun, dia dianggap wanita.” (Riwayat Abdullah Ibn umra secara marfu’).

umur sembilan tahun sudah sesuai bagi wanita untuk mengandung, melahirkan anak serta mendidiknya. Imam Syafi’i berkata “Secepat-cepat wanita datang haid yang aku dengar ialah wanita Tihamah, mereka ini dating haid pada umur sembilan tahun”.

Oleh itu, apabila didapati darah pada kemaluan kanak-kanak perempuan yang sudah genap sembilan tahun Hijriyah (8 tahun 21 hari Masihi), itu adalah dianggap darah haid dan secara automatik dia baligh. Sekiranya didapati darah keluar dari kemaluan kanak-kanak perempuan bawah umur sembilan tahun, itu tidak dianggap darah haid tetapi dianggap darah istihadah atau darah penyakit.

Ada sesetengah wanita pula, tidak datang darah haid sehingga umur 18 tahun, 20 tahun atau tidak datang haid seumur hidup. Dalam masalah ini, jumhur ulama telah menentukan umur baligh bagi mereka ialah apabila cukup umur 15 tahun.

Bilakah wanita menopaus?Para fuqaha berselisih pendapat dalam menentukan umur wanita menopaus. Hal ini demikian tidak ada nas syarak yang menentukan umur tersebut.

Ayat Al-Quran hanya memahamkan bahawa ada wanita tidak datang darah haid seumur hidup, malah haid akan datang pada masa tertentu. Firman Allah SWT:

Ertinya: "Dan perempuan-perempuan dari kalangan kamu yang putus asa dari kedatangan haid, jika kamu menaruh syak (terhadap tempoh idah mereka) maka idahnya ialah tiga bulan; dan (demikian) juga idah perempuan-perempuan yang tidak berhaid. Dan perempuan-perempuan mengandung, tempoh idahnya ialah hingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya. Dan (ingatlah), sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah memudahkan baginya segala urusannya." (Surah Ath-Thalaq 65:4).

Pegangan ulama dalam menentukan batas umur wanita menopaus didasarkan pada penelitian dan pengalaman di tempat mereka.

RuJuKAN:● Dr. Anisah Ab. Ghani. Darah Wanita (Pandangan ulama dan Pakar Perubatan). Telaga Biru.

kesempurnaan islam seseorangOleh:

Ustaz Mohd Azlan bin Haji Bakri PensyarahInstitutTahfizAl-QuranNegeriSabah(ITQAS)

MAKsuD hADisDaripada Abu Hurairah RA beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: "Sebahagian daripada tanda keelokan seorang mukmin ialah meninggalkan sesuatu yang tidak berfaedah(manfaat) bagi dirinya." (Ini adalah hadis hasan dan diriwayatkan oleh At-Tirmizi dan selain beliau seumpama ini).

huRAiAn hADisHadis ini adalah perkataan yang menghimpunkan banyak makna yang agung

meskipun ungkapannya ringkas. Ia senada dengan perkataan Abu Zar: “Sesiapa yang menganggap perkataannya sebagai sebahagian daripada amalannya, maka dia kan kurang berbicara kecuali dalam hal yang memberi manfaat kepada dirinya. Hadis ini mengandungi himpunan adab yang baik. Seorang muslim dikehendaki untuk memelihara adab dan akhlaknya sesuai dengan tuntutan agama.

Hadis ini juga adalah berkaitan dengan meninggalkan perkara yang tidak bermanfaat apabila seseorang muslim menyedari kewajipan dan tanggungjawabnya maka dia akan sibuk dengan dirinya dan memberi perhatian kepada perkara yang akan memberi manfaat di dunia dan di akhirat. Dia juga akan menjauhi perkara yang sia-sia, menjauhkan daripada perkara keji dan memberi perhatian kepada perkara yang bermanfaat berkaitan dengan dirinya.

Hadis ini sangat penting untuk kita fahami dan praktikkan dalam kehidupan seharian. Kerana di akhir zaman ini terlampau banyak cubaan dan halangan untuk kita meninggalkan perkara yang tidak bermanfaat. Contohnya, kita mudah leka bermain dengan media sosial, menonton drama atau hiburan di televisyen, melepak di kedai makan dan sebagainya. Namun, walaupun kita tahu tidak ada faedahnya semua ini, kita masih juga melakukannya. Dalam hadis ini terdapat petunjuk kepada kita agar sentiasa mendidik jiwa supaya tidak terjerumus ke dalam perkara- perkara keji dan mungkar dan meninggalkan segala yang tidak memberi manfaat untuk diri kita di dunia dan di akhirat.

PEnGAJARAn hADis1. Antara sifat-sifat yang baik seorang muslim adalah dia sentiasa menyibukkan dirinya dengan perkara-perkara

yang mulia dan bermanfaat serta menjauhkan perkara-perkara yang keji dan rendah moral.2. Hendaklah kita mendidik diri kita dan merawatannya dengan meninggalkan perkara-perkara yang tidak

bermanfaat didalamnya.3. Menyibukkkan diri dengan sesuatu yang tidak bermanfaat adalah kerja yang sia-sia dan merupakan pertanda

lemahnya iman seseorang.4. Agama Islam mengajar kepada kita untuk memanfaatkan waktu yang dilalui dengan sesuatu yang manfaatnya

kembali kepada diri sendiri bagi dunia ataupun akhirat.5. Ikut campur terhadap sesuatu yang bukan urusannya dapat mengakibatkan kepada perpecahan dan pertikaian

di antara manusia. 6. Sekiranya semua umat lslam meninggalkan perkara yang tidak berfaedah dan yang tidak ada kena mengena

dengan dirinya, nescaya mereka mampu mencipta kejayaan dan kemajuan serta menghasilkan produktiviti yang berkualiti.

RuJuKAN:● Al-Kafi Syarah 40 Hadis, Dr Zulkifli Mohammad Al-Bakri, Pustaka Cahaya Kasturi Sdn. Bhd., Cetakan Pertama, 2016.● Al-Wafi Syarah Hadith 40 Imam Nawawi, Dr Mustafa Al-Bugha, Muhyiddin Misto, Al-Hidayah Publication, 2016.

813 Syaaban 1440H/19 April 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 13 Syaaban 1440H/19 April 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 13

Sentuhan HadisFiqh Wanita

Page 9: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islamjheains.sabah.gov.my/images/soutulislam/pdf/SI12.pdf · hilang akal Oleh: Tuan Haji Nordin Lossin Pengenalan Seorang pelajar, kisah

doa sebelum memasuki hutanOleh:

RashiqahMardhiyyahbintiJasri

Kes kehilangan salah seorang peserta larian Gopeng Ultra Trail, Mohamad Ashraf Hassan sejak 23 Mac 2019 yang lalu telah menjadi bualan netizen yang mengikuti perkembangannya melalui media sosial dan juga berita semasa. Kes ini menjadi semakin serius apabila sehingga kini tidak ada lagi khabar berita tentang penemuannya setelah menyertai program tersebut. Walaupun ada khabar angin yang menyatakan bahawa Mohamad Ashraf ataupun lebih dikenali dengan gelaran ‘Acap’ ini sudah ditemui, namun pihak polis telah menyangkal dakwaan tersebut dan mengingatkan masyarakat agar tidak mempercayai berita palsu yang tular di media sosial.

Menurut polis, program larian tersebut melibatkan kawasan di sekitar Gua Tempurung, Perak dan merupakan kawasan hutan belukar. Sehubungan dengan itu, aktiviti lasak seperti mendaki gunung dan bukit serta meredah hutan juga kini menjadi kegemaran anak-anak muda dan golongan dewasa. Seperti firman Allah SWT dalam surah Al-An’am, ayat 11 yang mana Allah menggalakkan manusia untuk menerokai alam ciptaan-Nya agar kita mengambil ibrah daripadanya. Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad): Mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat buruk (yang menimpa) orang-orang yang mendustakan (Rasul-Rasul) itu.”

Namun begitu, kes-kes yang melibatkan sebahagian peserta yang hilang daripada radar tatkala memasuki hutan belukar ini mungkin menimbulkan kerisauan dan ketakutan kepada mereka yang berkeinginan untuk menyertai aktiviti tersebut. Secara umumnya, kita juga mengetahui bahawa tempat-tempat seperti hutan belukar, bukit dan gunung-ganang ini juga turut didiami oleh penghuni yang tidak mampu dilihat dengan mata kasar. Maka, langkah-langkah keselamatan dan doa pendinding adalah penting sebelum memasuki kawasan- kawasan seperti ini. Oleh itu, wajarlah bagi kita untuk mengetahui dan mengamalkan adab-adab sebelum memasuki kawasan hutan atau tempat-tempat asing yang dikunjungi.

Bagi mereka yang beragama Islam, adalah dituntut ke atas mereka untuk membaca doa ringkas sebelum memasuki kawasan hutan. Contohnya dengan membaca:

Maksudnya: “Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang di bumi dan yang di langit (selagi) bersama dengan nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

Doa ini dapat diamalkan sebelum mengikuti aktiviti mendaki bukit atau meredah hutan bagi memohon perlindungan kepada Allah SWT agar dihindari daripada gangguan perkara-perkara ghaib. Selain itu, para pendaki juga boleh membaca doa di bawah untuk memohon perlindungan daripada binatang buas.

Maksudnya: “Salam sejahtera ke atas Nabi Nuh, ke seluruh alam, sesungghnya Engkau ya Allah yang memiliki segala kepujian.”

Secara kesimpulannya, kita sebagai umat Islam wajib percaya akan kewujudan perkara-perkara yang ghaib di dunia ini dan sentiasa menjaga adab ketika memasuki suatu kawasan hutan dengan menjaga percakapan dan tingkah laku, tidak meludah di merata-rata tempat, tidak bercakap besar serta tidak bergurau secara berlebih-lebihan. Dengan izin Allah SWT, dengan mengamalkan bacaan doa-doa yang memohon perlindungan daripada Allah SWT serta menjaga adab ketika berada di dalam hutan, dapat melindungi kita daripada gangguan makhluk ghaib serta terselamat daripada ancaman binatang buas.

Akhir kata, sentiasalah mengenang Allah SWT dalam setiap tindak tanduk kita seharian. Semoga Allah SWT melindungi kita semua dan semoga saudara kita ditemukan semula. Insya-Allah, amin.

menghayati erti keimananOleh:

Abdu Khalil bin Hassan

Memahami hakikat iman adalah sangatlah penting kerana tersalah dalam memahaminya boleh mengakibatkan kesan yang amat besar bukan sekadar dalam kehidupan di dunia ini malahan kehidupan di akhirat kelak yang mana tidak lagi bermanfaat harta dan keturunan kecuali orang yang bertemu tuhannya dengan “qolbun salim” (jiwa yang tenang).

Maksud iman dari segi bahasa adalah at-tashdiiq iaitu membenarkan manakala dari sudut istilah adalah pembenaran di dalam hati, berikrar dengan lisan dan beramal dengan anggota tubuh.

Pengertian iman ini disepakati secara Jumhur di kalangan ulama mazhab seperti Al-Imam Malik, Al-Imam Asy-Syafi’i, Al-Imam Ahmad bin Hanbal, Al-Imam Al-Auza’i, Al-Imam Ishaq bin Rohuyah, seluruh imam ahlul hadith, ahlul Madinah dan jama’ah dari ahlul kalam.

Kalimah suci ini banyak disebut di dalam al-Quran dan al-Hadith kerana keutamaan dan kepentingan iman dalam kehidupan seseorang mukmin. Antaranya terakam di dalam Surah Al-Hujurat Ayat 15 yang bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah, mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya)”.

Manakala ayat sebelumnya, Allah SWT menegur betapa keimanan itu hendaklah dibenarkan dan meresap di dalam hati sebagaimana dalam ayat 14 Surah Al-Hujurat yang membawa maksud:

“Orang-orang "A'raab" berkata: ‘Kami telah beriman’. Katakanlah (wahai Muhammad): ‘Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: 'kami telah Islam'. Dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah Rasul-Nya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

Al-Imam Ibnu Katsir dalam kitab tafsirnya menyebut bahawa: Telah berkata Ali bin Abu Tholhah, daripada Ibnu Abbas R.Anhum, dalam firman Allah SWT: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang apabila disebut nama Allah maka gementarlah hati mereka”, dia berkata: Orang-orang munafiq tidak masuk sesuatu pun kedalam hati mereka dari zikir kepada Allah ketika menunaikan kewajiban- kewajibannya, tidak beriman sedikitpun dari ayat-ayat Allah, tidak bertawakkal, tidak melaksanakan Solat ketika mereka tidak bersama manusia, tidak menunaikan zakat harta-harta yang mereka miliki, maka Allah SWT menyatakan bahawa mereka bukanlah orang-orang yang beriman, kemudian Allah SWT menyebut sifat orang yang beriman melalui firman-Nya: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama Allah maka gementarlah hati-hati mereka”, maka mereka pula menunaikan kewajipan-kewajipan yang diperintahkan ke atas mereka.

Kewajipan-kewajipan kepada Allah SWT ini ada yang bersifat “Qalbiyyah” (keyakinan hati) dan ada yang bersifat “’Amaliyyah” (amal perbuatan). Di antara misal kewajipan keyakinan hati berupa takut kepada Allah SWT, pembenaran dan meyakini-Nya serta tawakkal kepada-Nya. Keyakinan ini akan melahirkan perbuatan nyata dan zahir seperti melaksanakan ibadah solat dan mengeluarkan zakat namun kewajipan berupa amal perbuatan ini bukan hanya sekadar solat dan zakat sahaja, akan tetapi seluruh syari’at Islam adalah kewajipan yang harus dan wajib ditunaikan sebagaimana Allah SWT jelaskan dalam surah Al-Mu’minun daripada ayat 1 hingga ayat ke-10. Maka menjadi mukmin yang sebenar tidaklah semudah membuat pengakuan seperti oleh kebanyakan manusia.

1213 Syaaban 1440H/19 April 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 13 Syaaban 1440H/19 April 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 9

Akidah Artikel Pilihan

Page 10: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islamjheains.sabah.gov.my/images/soutulislam/pdf/SI12.pdf · hilang akal Oleh: Tuan Haji Nordin Lossin Pengenalan Seorang pelajar, kisah

seminar pemantapan akidah ahlus sunnah wal Jamaahpada 6 dan 7 april 2019 di masjid datuk hj. pg. galpam, sandakan

tuan yang terutama tun datuk seri panglima (dr) haji Juhar bin datuk haji mahiruddin, yang di-pertua negeri sabah menunaikan solat Jumaat pada 12 april 2019di masjid bukit padang, kota kinabalu diiringi oleh pengarah Jheains

Peristiwa

1013 Syaaban 1440H/19 April 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 13 Syaaban 1440H/19 April 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 11

Peristiwa