shoutul islam dari meja editor laman puisi...

10

Upload: others

Post on 23-Sep-2019

30 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Dicetak oleh pencetak kerajaan,politin @ wenen bin mobiji, a.S.D.k., a.D.k., b.S.k., jabatan cetak kerajaan,

Sabah, malaySia.2019.

Alhamdulillah, Program Satu Masjid Satu Polis (1M1P) telah berjaya dilancar pada 19 Februari 2019 di Dewan Sa'adah Wisma MUIS, Kota Kinabalu. Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Haji Aidi bin Haji Moktar, Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri.

Program 1M1P ini adalah satu program yang diurusetiakan oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM), yang bukan sahaja dilaksanakan di Sabah tetapi juga di negeri-negeri lain di Malaysia. Sebanyak 664 buah masjid telah dipilih di seluruh negeri untuk menempatkan Pegawai Perhubungan Masjid dari kalangan anggota PDRM. Program ini adalah usaha berterusan ke arah jalinan kerjasama yang lebih rapat di antara pengurusan masjid dengan Jabatan Jenayah Komuniti Polis di negeri ini.

Program ini juga sebagai medium perhubungan di antara PDRM dan juga ahli jemaah masjid dalam menyalurkan maklumat untuk tindakan segera. Kerjasama ini juga akan memantapkan lagi dan membantu jawatankuasa masjid dalam menjaga keselamatan harta benda dan juga jemaah masjid. Ini dapat dilihat dari komitmen yang ditunjukkan oleh pihak PDRM sendiri yang mewajibkan Pegawai Perhubungan Masjid untuk melawat masjid dua kali sebulan bagi mendapatkan sebarang maklumat dan aduan.

Kita mengharapkan kolaborasi ini dapat mengekang kegiatan jenayah di kawasan masjid sekali gus menimbulkan rasa selamat dalam kalangan pengunjung rumah ibadat. Walau bagaimanapun, program ini tidak akan berjaya tanpa penglibatan semua lapisan masyarakat bagi menyalurkan sebarang aktiviti jenayah yang berlaku di sekitar kawasan masing-masing kepada pihak polis.

JHEAINS dan PDRM juga telah menandatangani Pernyataan Kerjasama (MoU) dalam meningkatkan tahap keselamatan komuniti dalam kariah masjid. Di antara isi kandungan MoU ini ialah pihak PDRM akan melawat dan berjumpa AJK Masjid sekerap mungkin atau minimum 2 kali sebulan. Lawatan yang dibuat adalah secara berkala di antara solat 5 waktu dan ketika solat Jumaat. Di pihak Jawatankuasa (JHEAINS) menyediakan Peti Surat dan Papan Kenyataan mengikut syarat-syarat ditetapkan oleh PDRM, menyerahkan apa-apa maklumat berkaitan organisasi, Ahli Jawatankuasa Masjid dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan. JHEAINS juga akan melantik Pegawai Penyelaras Masjid ini sebagai Ahli Tetap.

Kerjasama ini suatu yang memberi faedah besar kepada kariah masjid kerana keterlibatan terus pihak PDRM dalam keselamatan masjid. Semoga keselamatan masjid dan jemaahnya akan lebih terjaga dan dijaga dengan kerjasama semua pihak. Terima kasih PDRM.

MohaMad Sidik bin awang adi

sidang redaksiPENAUNG

Yang Berbahagia datuk seri Panglimadr. Haji Hasbullah Haji Mohd. Taha

Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)

PENASIhAtYBhg. Ustaz Haji saifulzaman bin sangul

PengarahJabatan hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah

kEtUA EDItorUstaz Mohamad sidik Haji awang adi

timbalan Pengarah (hal Ehwal Islam), JhEAINS

EDItor/kEtUA PENYElArASUstaz asmuni ali

([email protected])

SIDANG PENGArANGadi Pitang

([email protected])Ustaz asmuni ali

([email protected])Ustaz abd. rahman Tajudin (emang)

([email protected])Ustaz Mohd. arif Hairal([email protected])

Ustaz abdillah Haji nanun([email protected])

Puan siti imrah bte Lenas([email protected])Ustaz awang Juri ag. Tahir([email protected])

encik aldi althafTuan Haji nordin Lossin

encik abdu khalil bin HassanUstaz Mohd azlan bin Haji Bakri

Ustazah norlela bt. Lakibulencik Mohd azrul nizam bin Junaidi

encik Mohd alwie noorbaki

PENGUrUSANencik daut Haji insun

GrAfIkencik azmi bin Hashim

JUrUtAIPBahagian Penyelidikan & informasi, JHeains

JUrUfotoencik Jamiun Osman

Jabatan hal Ehwal Agama Islam Negeri SabahBeg Berkunci 103, tingkat 9, Blok B, Wisma MUIS

88737 kotA kINABAlUtel.: 088-522222

faks: 088-253449

Riadah ke mahua

Berkat muafakattermeterai jalinan janjitelusuri tropika Banjaran Crockerkhatulistiwa memukau lubuk mindagundah kota terleraipada halaman redup, sepoi angin dingindi ranting bunga tinggi,nyanyian burung girangbisik ikan di balik buih,desis jeram, dentum Mahuaadalah irama muzik bertingkah riariadah tidak akan sia-siakeajaiban flora dan faunakhazanah warisan terpeliharaadalah kebanggaan bangsa kitabiarkanlah debu dukahanyut di muara senimelukis karangan bahagia.

Oleh:duliam suarikota kinabalu

224 Jamadilakhir 1440H/1 Mac 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 24 Jamadilakhir 1440H/1 Mac 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 19

Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam

berwuduk dalam perubatanOleh:

Tuan Haji Nordin Lossin

Mengambil wuduk merupakan langkah awal dan langkah bijak dalam dunia perubatan Islam. Ianya merupakan kaedah utama dalam menyembuhkan setiap penyakit. Berbanding sekiranya tidak mempunyai wuduk, usaha untuk kesembuhan berada dalam paras minimum.

Wuduk menunjukkan kebersihan dan kemurnian. Sewajarnya kita perlu berada dalam keadaan suci sebelum berdoa dan membaca al-Quran. Sebelum mengambil ubat seperti yang diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW, ambil wuduk terlebih dahulu. Ini penting kerana rawatan kenabian juga adalah satu jenis doa. Wuduk adalah suatu bentuk perlindungan daripada kejahatan syaitan yang terkutuk.

“Wahai orang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang, maka basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali. Dan sekiranya kamu junub maka bersucilah, dan sekiranya kamu sakit, ataupun dalam pelayaran, ataupun salah seorang daripada kamu datang dari tempat buang air, ataupun kamu sentuh perempuan sedang kamu tidak mendapat air, maka bertayamumlah dengan debu yang bersih, sapulah muka kamu dan kedua tangan kamu dengan tanah itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung kepayahan tetapi Dia berkehendakkan membersihkan kamu dan hendak menyempurnakan nikmat-Nya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.” (Surah Al-Maidah ayat 6).

“Wahai orang beriman janganlah kamu hampiri sembahyang sedangkan kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar apa yang kamu katakan. Dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan junub kecuali kamu hendak melintas sahaja hingga kamu bersuci. Dan jikalau kamu sakit, ataupun sedang dalam musafir, ataupun salah seorang antara kamu datang dari tempat buang air, ataupun kamu bersentuh dengan perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air, maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah yang suci, iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua tangan kamu. Sesungguhnya, Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun.” (Surah An-Nisa ayat 43).

PenutupSekiranya kita mahu menjadi murni, bersih, diberkati dan dilindungi daripada kejahatan, ambil wuduk sekarang. Berwuduk bukan sahaja sebagai satu peraturan dalam pengambilan ubat tetapi juga ia menjaga ritma (denyut jantung) untuk tetap stabil. Seterusnya organ jantung akan terlindung dan aliran darah juga akan lancar. Di samping itu, di saat berwuduk, boleh meningkatkan ketenangan pada sel-sel otak. Ambil wuduk, duduk, menghadap kiblat, baca bismillah, baru telan ubat.

rujukAN:● Al-Qurannul Karim, Al-Khoir, muka surat 85, 108.● Tafsir Al-Quran, Ahmad Sonhadji Mohamad, Juz. 6, muka surat 85 - 86.● Rasulullah is my Doctor, Jerry D Gray, muka surat 15 - 17.

muhallil danmuhallalah: punca dan solusiOleh: Puan Siti Imrah bte Lenas

Kahwin cina buta adalah istilah yang tidak asing lagi di kalangan masyarakat Melayu khususnya kepada mereka yang telah bercerai dengan talak tiga. Ianya adalah perkahwinan antara seorang lelaki dengan seorang wanita secara bersyarat untuk tempoh tertentu sebelum wanita tersebut diceraikan dengan tujuan membolehkan dia berkahwin semula dengan suami terdahulu yang telah menjatuhkan talak tiga kepadanya dengan ganjaran tertentu. Istilah Arab bagi perkahwinan ini ialah muhallil. Perkataan muhallil daripada kata dasar ‘halal’, maksudnya bagi menghalalkan suami pertama berkahwin semula dengan bekas isteri yang sudah ditalak tiga.Asal usul pemakaian istilah ‘Cina Buta’ bermula daripada sejarah amalan orang Melayu terdahulu yang ramai mengambil jalan mudah dengan menggunakan Mualaf (saudara baru Islam yang berbangsa Cina) untuk berkahwin dengan bekas isteri yang telah diceraikan dengan talak tiga. Dikatakan buta kerana ditipu oleh bekas suami mengenai hukum-hakam perkahwinan dalam Islam. Antara punca berlakunya situasi cina buta adalah kerana penyesalan bekas suami yang telah menceraikan isteri dengan talak tiga menyebabkan bekas suami tidak keruan kerana tidak boleh merujuk semula dengan bekas isteri melainkan isteri berkahwin dengan orang lain dan kemudian isteri tersebut diceraikan maka perkahwinan cina buta amatlah diperlukan oleh bekas suami. Situasi bekas suami yang terdesak ini dipanggil suami yang gila talak kerana ingin menebus semula talak tiga yang pernah dilafazkannya dahulu. Talak tiga berlaku dalam dua keadaan iaitu:1. Suami melafazkan cerai dengan talak tiga. 2. Suami menceraikan isteri kali ketiga.Islam meletakkan 3 syarat kepada bekas suami yang ingin kembali kepada isterinya seperti berikut:1. Bekas isteri mestilah bernikah dengan lelaki lain dengan

akad nikahnya yang sempurna selepas selesai tempoh iddah.

2. Bekas isteri sudah disetubuhi oleh suami baharu.3. Bekas isterinya itu diceraikan oleh suami baharu ataupun

suami baharunya meninggal dunia. Dalam hal ini tiada cara lain untuk kembali dengan bekas isteri kecuali 3 syarat di atas dipenuhi.Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 230 yang bermaksud: “kemudian jika si suami mentalaknya (sesudah talak yang kedua), maka perempuan itu tidak lagi halal baginya hingga dia kahwin dengan suami yang lain. kemudian jika suami yang lain itu menceraikannya, maka tidak ada dosa bagi keduanya (bekas suami pertama dan isteri) untuk kahwin kembali jika keduanya berpendapat akan dapat menjalankan hukum-hukum Allah. Itulah hukum-hukum Allah, diterangkan-Nya kepada kaum yang (mahu) mengetahui.”

Para pakar perundangan Islam membahagikan kes kahwin cina buta ini kepada beberapa keadaan:(1) Pernikahan Tidak Sah - Jika dinyatakan dalam majlis akad nikah syarat ‘suami baharu kena menceraikan isterinya itu bagi membenarkan wanita itu dapat berkahwin semula dengan bekas suaminya yang sudah menceraikannya dengan talak tiga, maka pernikahan tersebut adalah tidak sah dan pihak yang terlibat berdosa.(2) Perbezaan Pendapat - Jika syarat tersebut dinyatakan sebelum majlis akad, lalu ketika akad nikah itu suami baharu berniat ‘selepas berkahwin nanti dia akan menceraikan isterinya itu agar dia boleh kembali semula berkahwin dengan bekas suami pertamanya’, maka para pakar berbeza pendapat. Atau syarat tersebut tidak ditetapkan, tetapi suami baharu itu dengan rela hati berniat begitu.Para pakar bermazhab Maliki dan Hanbali menjelaskan, nikah tersebut tidak sah. Manakala menurut Imam Abu Hanifah dan Imam Syafii, nikah tersebut sah, kerana syarat itu tidak dinyatakan dalam majlis akad. Hujah mereka, niat suami baharu itu tidak menjejaskan kesahan akad nikah itu dengan syarat segala rukun dan syarat nikah dipenuhi. (3) Pernikahan Sah - Jika isteri atau walinya yang berniat agar suami baharu menceraikan si isteri itu bagi dia dapat kembali kepada suami pertamanya, maka akad nikah tersebut sah. Sebagaimana dalam hadis Rasulullah SAW yang maksudnya: "Allah melaknat orang yang melakukan muhallil (cina buta) dan orang yang menyuruhnya." (Hadis riwayat Imam Ahmad). Malahan niat isteri atau wali itu tidak mempunyai apa-apa kesan, kerana hak menceraikan adalah berada di tangan suami baharu. Menurut seksyen 75 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Tahun 1995:(1) Sesiapa lelaki berkahwin dengan janda yang ditalak tiga sama ada melakukan persetubuhan atau tidak dengan janda yang menjadi isterinya dengan tujuan menghalalkan janda berkenaan berkahwin semula dengan bekas suami janda itu adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali. (2) Seseorang lelaki yang bersubahat melakukan kesalahan di bawah subseksyen (1) dengan tujuan menghalalkan perkahwinan dengan bekas isterinya adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.Hukuman berat dikenakan kepada muhallil dan muhallalah kerana menjadikan isteri seperti barang dagangan yang tidak mempunyai maruah. Sedangkan isteri berfungsi sebagai teman dalam melayari bahtera hidup rumah tangga. Oleh yang demikian, para suami hendaklah berfikir dengan waras dan menggunakan kuasa talak yang ada padanya dengan bijaksana tanpa ada penyesalan kerana apabila memilih cina buta sebagai solusi, ianya perkahwinan yang penuh dengan penipuan dan kebatilan sedangkan Islam amat membenci dan mengejinya kerana hikmah pensyariatan perkahwinan adalah untuk memelihara maruah diri dan mengikuti sunnah Rasulullah SAW.

1824 Jamadilakhir 1440H/1 Mac 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 24 Jamadilakhir 1440H/1 Mac 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 3

Islam dan Perubatan Enakmen Kita

Majlis Menandatangani Pernyataan Kerjasama (MoU)di antara PDRM Sabah dan JHEAINS

“Apa khabar puan?” Sapaku pada DSP Hajah Kalsom Haji Idris, Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, seorang pegawai Polis wanita yang bertugas di IPD Karamunsing, Kota Kinabalu semasa Konvensyen Al-Quran dan Majlis Pelancaran Satu Masjid Satu Polis (1M1P) sempena Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Sabah 1440H/2019M. “Alhamdulillah baik." Jawabnya sambil tersenyum. “Akhirnya terlaksana juga…” Tambahnya dengan gembira. Sebenarnya beliaulah yang awalnya memaklumkan tentang Program 1M1P ini pada tahun lepas. Hasratnya pada mulanya mahu membuat pelancaran program ini untuk masjid-masjid sekitar daerah Kota Kinabalu sahaja. Tetapi bila ku maklumkan bahawa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) tidak pernah dimaklumkan secara rasmi tentang program ini walau ia telah dilaksanakan di beberapa daerah, timbul cadangan beliau untuk membuatnya di peringkat negeri melalui Ibu Pejabat Polis Kepayan. Setelah beberapa siri perbincangan, akhirnya program ini telah dilancarkan oleh YB Datuk Haji Aidi bin Haji Moktar, Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri pada 19 Februari 2019 di Dewan Sa'adah Wisma MUIS, Kota Kinabalu.

Dalam hal ini Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah bertindak proaktif menjalinkan kerjasama dengan pengurusan masjid di negeri ini melalui program komuniti kepolisan dalam usaha mencegah dan membanteras aktiviti jenayah secara menyeluruh termasuklah di kawasan masjid. Dalam ucapan DSP Datuk Zaini Jass, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah menyatakan bahawa Pegawai Perhubungan Masjid di kalangan anggota polis ini akan ditugaskan memberi khidmat nasihat dari segala aspek keselamatan kepada pihak masjid. Katanya Program Satu Masjid Satu Polis ini amat baik dalam mencegah jenayah dan mengeratkan hubungan Ahli Jawatankuasa Kariah Masjid dengan polis, yang seterusnya menyampaikan aduan dan maklumat kepada pihak polis. Tambahnya lagi Pegawai Perhubungan Masjid ini akan diwajibkan melawat masjid dua kali sebulan bagi mendapatkan sebarang maklumat dan aduan. Hanya 664 buah masjid

sahaja yang terlibat dalam penempatan Pegawai Perhubungan Masjid pada tahun ini.

YB Datuk Haji Aidi dalam ucapannya mengharapkan agar program ini dapat memberi kesan baik kepada keselamatan persekitaran masjid. Menteri Undang- Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri berkata langkah itu akan meningkatkan kesedaran masyarakat berhubung kegiatan jenayah yang berlaku dalam kawasan masjid. Menurutnya, di Sabah kes jenayah yang berlaku di masjid hanya melibatkan jenayah kecil dan ia tidak berada pada tahap yang serius. YB Datuk Haji Aidi juga berharap agar Program 1M1P ini dapat diperluaskan lagi di masjid-masjid kariah lain di masa-masa akan datang. Pada majlis itu, YB Datuk Haji Aidi turut menyaksikan Majlis Menandatangani Pernyataan Kerjasama (MoU) di antara PDRM Sabah dan JHEAINS yang menguatkan kerjasama program ini.

“Tahniah tuan atas kelancaran program ini…” ucap ACP Saman bin Kasiran, Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti IPK Sabah, yang sama-sama bertungkus lumus memastikan pelaksanaan majlis pelancaran ini. “Tahniah juga atas idea gimik majlis ini...” Jawabku. Gimik yang cukup menarik dengan sang 'kuda putih' (motor rasmi polis) yang cukup ikonik memasuki Dewan Sa'adah Wisma MUIS diikuti dengan beberapa anggota polis mempertahankan kotak polis untuk disampaikan kepada YB perasmi. Suatu yang sangat ku kagumi dalam majlis pelancaran ini ialah sikap yang ditunjukkan oleh pelbagai pangkat anggota beruniform ini yang memberikan komitmen seratus peratus terhadap majlis pelancaran ini. Moga pengurusan masjid akan lebih berwibawa.

satu masjid satu polis (1m1p)Oleh: Adi Pitang

Anas bin Malik meriwayatkan bahawa ada seorang lelaki Nasrani masuk Islam, lalu membaca surah Al-Baqarah dan Ali-Imran bahkan mampu menghafalnya. Ia biasa menulis, maka Rasulullah SAW menyuruhnya menulis surat-surat Baginda. Akan tetapi, ia bernasib buruk kerana memilih murtad lalu memburuk-burukkan Islam dan Nabinya. Ia didakwa telah menuruti kemahuannya sendiri ketika mencatat ayat-ayat al-Quran dan menuruti kemahuannya sendiri ketika tidak mencatatnya. Sementara Rasulullah SAW sangat peduli dalam menjaga ayat-ayat al-Quran. Hal ini sebagaimana Firman Allah SWT: “janganlah kamu gerakkan lidahmu untuk membaca al-Quran kerana hendak cepat-cepat menguasainya. Sesungguhnya atas tanggungan kamilah mengumpulkannya di dadamu dan membuatmu pandai membacanya. Apabila kami telah selesai membacakannya maka ikutlah bacaannya itu. kemudian sesungguhnya atas tanggungan kamilah penjelasannya." (Surah Al-Qiyamah: 16 - 19).

Allah SWT kemudian mencabut nyawa lelaki itu dalam keadaan murtad. Adapun tempat kembalinya di akhirat adalah neraka jahanam. Adapun di dunia, ketika teman-temannya menguburkan jasadnya, kemudian mereka kembali ke rumahnya masing-masing, tiba-tiba jasadnya muncul ke permukaan bumi. Bumi telah memuntahkannya dan tidak menerimanya. Bagaimana bumi dapat menerima seorang pendusta agama?

Apa kata keluarganya dan teman-temannya?

Mereka berkata, “Ini pasti perbuatan Muhammad dan sahabat-sahabatnya kerana teman kita ini berpaling dari agama mereka, lalu mereka membongkarkan kuburnya dan mencampakkannya.”

Maka mereka kembali menguburkannya dan menggali lubangnya lebih dalam. Namun keesokan harinya, mereka melihat jasadnya di atas bumi. Bumi telah memuntahkannya kembali kerana benci dan marah kepadanya. Untuk kedua kalinya mereka berkata, “Ini pasti perbuatan Muhammad dan sahabat- sahabatnya kerana teman kita ini berpaling dari agama mereka, lalu mereka membongkar kuburannya dan mencampakkannya.” Maka mereka kembali menggali lubang lebih dalam lagi sebatas yang mereka mampu kemudian menguburkannya. Namun keesokan harinya, mereka melihat jasadnya di permukaan bumi. Untuk ketiga kalinya bumi telah memuntahkannya kembali. Mereka pun menyedari bahawa kejadian itu bukan perbuatan manusia, tapi atas kehendak Allah SWT. Akhirnya mereka mencampakkannya begitu saja dan tidak menguburkannya lagi. Bau busuk jasadnya menusuk-nusuk hidung, sebagaimana dusta dan perbuatan dosanya yang menusuk-nusuk hati manusia.

Kata penyair:

Sabda Baginda kami rasulullahAdalah benar bagi orang-orang yang berakalAdil seluruh perilakunya jujur semua perkataannya.

nasib orang nasrani yang memeluk islam kemudian murtad

Oleh:Mohd Alwie Noorbaki

Fakulti Dakwah dan Komunikasi Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati Bandung, Indonesia

424 Jamadilakhir 1440H/1 Mac 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 24 Jamadilakhir 1440H/1 Mac 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 17

Iktibar Kisah Bicara Kita

biografi al-ijiOleh:

Mohammad Syafiq Ismail

Beliau bernama Abd ar-Rahman bin Ahmad bin Abd al-Ghaffar al-Iji (nisbah kepada Daerah Ij, Negeri Shiraz, Iran). Digelar dengan laqab Ad-hud ad-Din dan Qadhi Qudhat as-Syarq (Ketua Hakim di Timur). Digelar dengan kuniah Abu al-Fadhl. Dikatakan memiliki nasab yang bersambung dengan Abu Bakar as-Siddiq, demikian menjadikannya seorang bersuku Quraisy juga. Lahir selepas 708H, beliau merupakan seorang ulama besar dan memiliki kepakaran dalam pelbagai bidang. As-Subki dalam tabaqatnya menyifatkan beliau sebagai imam ketua dalam ilmu-ilmu aqliyah (seperti mantiq/logik, ilmu kalam dan sebagainya), memiliki ilmu yang luas berkenaan al-Quran dan Sunnah, memiliki kepakaran juga dalam ilmu balaghah/retorik Arab, ilmu nahu dan demikian juga dalam Fiqh, khasnya Fiqh mazhab Syafi’ie, mazhab yang dianutinya.

Beliau melazimi Syekh Zainuddin al-Hanaki, anak murid kepada Qadhi Nasiruddin al-Baidhawi, pengarang Tafsir al-Baidhawi yang masyhur. Beliau juga melazimi ulama lainnya, sehinggalah beliau mencapai mercu puncaknya dan dilantik sebagai hakim bagi kerajaan Mamalik, di Madinah Sultaniyah, Iran, pada pemerintahan Khalifah Abu Said. Di samping tugas rasmi, beliau juga mengisi waktunya dengan mengadakan pengajian-pengajian yang akhirnya melahirkan ulama-ulama agung sesudahnya. Di antara alumni madrasah tarbiah al-Iji ini ialah Syamsuddin al-Kirmani pengarang Syarah Sahih al-Bukhari, Dhiyauddin al-Afifi imam dalam bidang Bahasa Arab, dan Sa’duddin at-Taftazani ulama besar yang mewarisi bakat ilmu Kalam daripada gurunya al-Iji.

Beliau dipindahkan bertugas sebagai hakim ke Ij. Beliau menikmati kesenangan yang banyak, kekayaan dan pengaruh yang kuat. Harta- hartanya dibelanjakan di jalan Allah SWT dan untuk membantu orang-orang susah. Namun, hidup ini umpama roda. Tidak selamanya seseorang berada di atas, pasti akan ada saat jatuhnya. Beliau diuji di akhir hayatnya, tatkala beliau dimurkai oleh pemerintah negeri Kirman ketika itu, menyebabkan kepada penahanannya dan dipenjara di kubu Daraimiyan, berhampiran Ij. Beliau wafat dalam penjara pada tahun 756H. Semoga Allah SWT merahmatinya.

Beliau telah mengarang pelbagai karangan yang tersohor, yang rata- ratanya dijadikan rujukan utama dalam ilmu yang menjadi perbahasannya, bukti kepengarangan beliau dan ketajaman fikiran beliau. Kita senaraikan di sini sebilangan karya-karya beliau: ● al-Mawaqif, ensiklopedia ilmu Kalam yang agung, menurut tradisi Asyairah.● Jawahir al-Kalam, ringkasan kepada al-Mawaqif (az-Zirkili mengatakan bahawa ia masih dalam bentuk manuskrip).● al-Aqaid al-Adhudiyah, dalam ilmu Kalam.● ar-Risalah al-Adhudiyah dalam ilmu al-Wadh’.● Syarah Mukhtasar Ibn al-Hajib, dalam ilmu Usul al-Fiqh.● al-Fawaid al-Ghiyatsiyah, dalam ilmu Balaghah.● Asyraf at-Tawarikh (az-Zirkili mengatakan bahawa ia hilang belum ditemui).● al-Madkhal fi ilm al-Ma’ani wa al-Bayan wa al-Badi’ (masih dalam bentuk manuskrip).● al-Mukhtasar fi ilm al-Akhlaq atau ar-Risalah as-Syahiyah fi ilm al-Akhlaq atau al-Akhlaq al-Adhudiyah (yang telah

diterjemahkan penulis ke dalam Bahasa Melayu dengan judul ‘Ringkasan Ilmu Akhlak’, terb. ABIM Press 2018M).

Semoga Allah SWT merahmati al-Iji, dan mengurniakannya sebaik-baik balasan, atas kurniaan ilmu yang tak terbilang, dan usahanya memartabatkan agama dalam pelbagai bidang; dakwah, perundangan dan pendidikan. Semoga Allah SWT menjadikan kita turut terinspirasi menuruti jejak langkah al-Iji, dan para ilmuan lainnya, bersemangat menyiapkan ilmu di dada, dan berusaha menjadi sebaik-baik penyampai rahmat Allah SWT bagi alam ini.

rujukAN:● Al-A’lam karangan az-Zirkili.● At-Tabaqat as-Syafi’iyah al-Kubra, karangan as-Subki.● At-Tabaqat as-Syafi’iyah, karangan Ibn Qadhi Syahbah.

penghinaan kepadarasulullah saw adalahsuatu kebiadaban yang sukar dimaafkan (bahagian 1)Oleh: Abd. Rahman Tajudin @ Emang Galileo Fellow CONCAVE-ISSI (Islamic & Strategic Studies Institute)

Manusia dilarang menghina sesama insan kerana Allah SWT telah mengangkat darjat insan sebagai sebaik-baik makhluk di atas muka bumi ini.Lebih-lebih lagi manusia sangat ditegah dan dilarang sama sekali menghina insan yang paling agung di dunia iaitu Nabi Muhammad SAW yang sangat berjasa kepada seluruh insan serta alam.Hal ini kerana kedatangan Baginda SAW ke atas muka bumi ini adalah merupakan rahmat kasih sayang kepada seluruh alam.Keberadaan Baginda SAW di alam ini telah membawa kejayaan, kesejahteraan, kesentosaan dan kedamaian kepada semua insan, ribuan mergastua serta haiwan dan tumbuhan sekali gus.Malah Baginda SAW merupakan "Sayyidul Khalq", penghulu serta ketua kepada semua makhluk di alam jagatraya ini.Hal ini kerana Baginda SAW merupakan gambaran "Insan Kamil" yang memiliki sifat yang termanifestasi Asma' Was Sifat Ilahi pencipta alam serwajagat ini.Maka dengan sebab itulah, kesan penghinaan ini boleh membawa kemurtadan/kekufuran dan ia boleh dihukum bunuh.Suatu kebiadaban melampau yang sukar dimaafkan apabila seseorang dengan sengaja menghina Rasulullah SAW.Malah ia telah mengganggu urusan dalaman agama lain yang boleh mengakibatkan kemarahan umat keseluruhannya.Jika seseorang muslim itu telah menghina Rasulullah SAW, ia boleh jatuh murtad dan sangat jauh daripada rahmat Ilahi.Manakala jika seseorang kafir yang menghina Rasulullah SAW, ia boleh dibunuh. Gejala menghina Rasulullah SAW hendaklah diperangi secara total dan habis-habisan.Penghinaan ini pasti akan mendapat azab dan kemurkaan Allah SWT, seperti di dalam beberapa riwayat hadith.

“Dari Ali rA bahawa salah seorang wanita Yahudi mencela menghina Nabi SAW. kemudian ada salah seorang yang mencekik wanita itu sampai mati, dan Nabi SAW tidak menuntut darahnya (ertinya tidak diqishah).” (HR. Abu Daud, no; 4362).Hadith ini jelas menerangkan bolehnya membunuh seseorang kerana telah menghina Nabi SAW yang merupakan utusan Allah SWT di atas muka bumi ini.Ini diperkukuhkan lagi dengan ayat al-Quran yang menandakan cerminan hati mereka yang sangat rosak dalam menghina Rasulullah SAW. Firman Allah SWT:

“Orang-orang yang munafik itu takut akan diturunkan terhadap mereka sesuatu surat yang menerangkan apa yang tersembunyi dalam hati mereka. katakanlah kepada mereka: “Teruskanlah ejekan-ejekanmu (terhadap Allah dan rasul-Nya).” Sesungguhnya Allah akan menyatakan apa yang kamu takuti itu. Dan jika kamu tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu), tentulah mereka akan menjawab: “Sesungguhnya kami hanyalah bersenda gurau dan bermain-main saja.” katakanlah: “Apakah dengan Allah, ayat-ayat-Nya dan rasul-Nya kamu selalu berolok-olok?” Tidak usah kamu minta maaf, kerana kamu kafir sesudah beriman.” (At-Taubah: 64 - 66).Ayat ini jelas dan menjadi satu dalil bahawa menghina (istihza’) Allah SWT, ayat dan Rasul-Nya adalah tergolong di kalangan munafik.Malah mereka yang mencela Rasulullah SAW dengan sengaja dikategorikan sebagai kafir (musuh) sama ada ia bermain-main kata atau bersungguh-sungguh dalam ucapan niatnya.

1624 Jamadilakhir 1440H/1 Mac 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 24 Jamadilakhir 1440H/1 Mac 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 5

Jejak UlamaTasawwur

Waktu. Hal yang tersangat berharga sehingga jika ianya sudah diambil takkan bisa untuk mendapatkannya semula. Kerugian yang didapatkan disebabkan mensia-siakan waktu juga amatlah besar malah mendatangkan bahaya. Bahayanya pula lebih berbahaya dari kematian.

Berkata Ibnul Qayyim Al-Jauziyah rahimahullah:

“Mensia-siakan waktu lebih berbahaya dari kematian, kerana mensia-siakan waktu akan memutuskanmu dari Allah dan negeri akhirat, sedangkan kematian hanya memutuskan dirimu dari dunia dan penduduknya.” (Al-Fawaid hal. 44).

Jika waktu terus disia-siakan, untuk apa kita hidup? Waktu akan menjadi tidak bermanfaat baik untuk diri sendiri mahupun untuk orang lain. Bukanlah waktu itu digunakan hanya untuk bermain- main dan bergurau senda saja.

Ketika Allah SWT bersumpah dengan salah satu makhluk-Nya dalam al-Quran, hal ini menunjukkan makhluk tersebut memiliki keistimewaan. Allah SWT bersumpah dengan waktu dalam al-Quran dalam beberapa ayat. Misalnya “wal-ashri” (demi masa), “wad-dhuha” (demi waktu dhuha), “wal-lail” (demi waktu malam) dan lain-lainnya. Waktu memang sangat berharga dan harus digunakan dengan sebaiknya untuk hal-hal yang bermanfaat. Bahkan manusia sendiri mengakui bahawa waktu adalah hal yang sangat berharga seperti yang diungkapkan dalam Bahasa Melayu, “Masa itu emas”.

Orang Barat mengatakan, “Time is money”. Orang Arab mengatakan, “Waktu adalah nafas yang tidak mungkin akan kembali”. Ibnu Mas’ud radhiallahu ‘anhu berkata:

“Tiada yang pernah aku sesali selain keadaan ketika matahari tenggelam, ajalku berkurang, namun amalanku tidak bertambah.”

Cuba kita amati pula kata-kata emas yang dinukil oleh Ibnu Qayyim Al-Jauziyah rahimahullah:

“jika dirimu tidak disibukkan dengan hal-hal yang baik, pasti akan disibukkan dengan hal-hal yang bathil.”

Sebenarnya ini adalah salah satu panduan cara hidup. Jika waktu tak diisi dengan kegiatan positif, maka pasti akan terisi dengan kegiatan negatif. Paling kurang terisi dengan hal yang sia-sia dan tidak bermanfaat. Buatlah target hidup yang baik untuk ke depannya dan merancang jalan untuk mencapainya agar hari-hari kita selalu terisi oleh hal-hal dan kegiatan yang bermanfaat. Hendaklah kita perhatikan dan kita atur dengan baik, waktu dan umur yang telah Allah SWT berikan kepada kita agar kita tidak tergolong dalam orang-orang yang lalai dan mensia-siakan waktu. Nabi bersabda:

“Ada dua kenikmatan yang banyak manusia tertipu, iaitu nikmat sihat dan waktu senggang.” (HR. Bukhari no. 6412).

jangan sia-siakan waktumuOleh:

Mohd Azrul Nizam bin JunaidiFakulti Dakwah dan Komunikasi Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati Bandung, Indonesia

mimpi baik, mimpi burukDisusun oleh:

Ustaz Abdillah bin Haji Nanun

soalanUstaz, saya sering bermimpi pada waktu tidur, ada kalanya mimpi itu baik yakni yang menyenangkan hati, tetapi kebanyakannya buruk yakni tidak menyenangkan hati. Saya ingin tahu apa sebenarnya mimpi itu dan apa yang patut kita baca kalau bermimpi yang tidak menyenangkan hati itu?

jawaPanTerima kasih atas pertanyaan ini. Sebenarnya menurut dari sumber yang pernah saya baca bahawa mimpi itu memang ada dua macam iaitu, ada mimpi yang menyenangkan hati itulah mimpi baik. Mimpi yang baik itu datangnya dari Allah SWT. Dan satu lagi mimpi yang tidak menyenangkan hati, itulah mimpi buruk. Dalam sebuah hadis ada diterangkan cara menghadapi mimpi itu, sabda Nabi SAW:

Maksudnya: “Dari Qatadah dari Nabi SAW sesungguhnya Baginda bersabda: Mimpi yang baik itu dari Allah SWT dan mimpi yang buruk itu dari syaitan. Maka apabila seseorang kamu melihat sesuatu yang dibencinya (dalam mimpi), maka hendaklah ia meludah ke kirinya tiga kali dan hendaklah ia berlindung dengan Allah dari kejahatannya, sesungguhnya syaitan itu tidak dapat memudaratkannya." (HR: At Tirmizi dan ia berkata: Hadis ini Hasan lagi sahih).

Difahamkan dari hadis ini bahawa mimpi yang baik itu datangnya dari Allah SWT sebagai suatu petunjuk yang baik dan sebaliknya mimpi yang buruk itu datangnya dari syaitan, yakni syaitan itulah yang mengkhayalkannya kepada manusia perkara yang tidak disenangi itu dan pada ketika itu jika tersedar dari tidurnya itu maka sunat ia membaca:

Maksudnya: “Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam dan dari keburukan apa yang telah aku lihat (dalam mimpi).”

Semoga keterangan ini memberikan kefahaman dan panduan yang baik kepada kita semua.

Wallahu a’lam.624 Jamadilakhir 1440H/1 Mac 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 24 Jamadilakhir 1440H/1 Mac 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 15

Remaja Kemusykilan Agama

Maksudnya: “Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.”Ibnu Katsir rahimahullah dalam mentafsirkan ayat ini, “Allah tidak melarang kalian berbuat baik kepada bukan muslim yang tidak memerangi kalian seperti berbuat baik kepada wanita dan orang yang lemah di antara mereka. Hendaklah berbuat baik dan adil kerana Allah menyukai orang yang berbuat adil.” Ibnu Jarir Ath Thobari rahimahullah pula mengatakan dalam tafsirnya bahawa bentuk berbuat baik dan adil di sini berlaku kepada setiap agama.Ayat ini mengajarkan umat Islam falsafah toleransi, iaitu hendaklah setiap muslim bersikap baik terhadap orang lain meskipun berbeza agama selagi mana tidak berkait soal agama.Rasulullah SAW menjadi contoh toleransi terbaik bagaimana menghargai dan menghormati pemeluk agama lain. Rasulullah SAW pernah menjenguk orang Yahudi yang sedang sakit, melakukan urusan jual beli dengan peniaga yang bukan beragama Islam serta amat menyantuni jiran tetangga meskipun belum memeluk Islam. Negara Islam Madinah berjaya dibangunkan dengan cemerlang oleh Rasulullah SAW meskipun berlatar- belakangkan masyarakat majmuk, namun mereka hidup makmur dan harmoni di bawah naungan pemerintahan Islam.Inti pati kejayaan Rasulullah SAW ialah Islam adalah agama yang membawa kehidupan manusia menuju kehidupan yang sempurna lagi komprehensif dari sekecil-kecil hingga sebesar-besar perkara. Hakikatnya Islam bukan hanya membahas satu dimensi kehidupan sahaja, tetapi memperkenalkan multi- dimensi kehidupan manusia seperti dimensi teologi, ibadah, muamalah, moral, falsafah, hukum dan sebagainya.Toleransi, dicedok dari Bahasa Arab iaitu “tasamuh” bermaksud, saling berlaku baik, lemah lembut, timbang rasa dan saling pemaaf. Dalam pengertian istilah umum, “tasamuh” adalah sikap akhlak terpuji dalam pergaulan yang menghargai antara sesama manusia dalam batas-batas yang digariskan oleh ajaran Islam.Jika kita amati ayat di atas, jelaslah bahawa toleransi yang diajarkan Islam bukanlah toleransi yang pasif, sekadar berlapang dada dan hidup berdampingan secara damai tetapi lebih bersifat aktif dan positif, yakni untuk melakukan kebaikan dan keadilan di muka bumi.Sejarah telah membuktikan bagaimana Islam menterjemahkan toleransi di bawah pemerintahan kerajaan Islam terdahulu seperti Kerajaan Bani Ummaiyah menguasai Sepanyol selama hampir 700 tahun, memperlakukan penduduk yang beragama Nasrani mahupun Yahudi dengan adil dan baik.Begitu juga sewaktu Kesultanan Islam Humayun Kabir memerintah India, terutama pada era Sultan Akbar, kaum Hindu hidup dalam keadaan aman dan sejahtera.Seorang Orientalis British TW Arnold menulis dalam bukunya The Preaching of Islam: A History of the Propagation of the Muslim Faith 1896: Perlakuan terhadap warga Kristian oleh pemerintahan Khilafah Turki Utsmani selama dua abad setelah penaklukan Yunani telah memberikan contoh toleransi keyakinan yang sebelumnya tidak dikenal di daratan Eropah.Islam sebagai agama yang sering menekankan kehidupan yang harmoni terhadap sesama manusia mampu membangun masyarakat dunia dengan toleransi.

ayat al-Quran surah al-mumtahinah': 8"toleransi"

Oleh:Awang Juri bin Ag. Tahir @ AJAT

dakwah dan hikmahOleh:

Sainuri Yahmin

As-Shahid Sayyid Qutb berpendapat yang dimaksudkan dengan hikmah adalah melihat situasi dan kondisi sasaran dakwah. Mesej atau bahan yang mahu disampaikan tersebut mesti tidak membebankan sasaran. Metode dakwah mesti pelbagai hingga dapat memenangi hati sasaran dan tidak menggugah perasaan, tidak memancing kemarahan dan penolakan.

Manakala Quraish Shihab dalam Tafsir al Mishbah menjelaskan hikmah itu sebagai sesuatu yang digunakan untuk mendatangkan kemaslahatan yang besar dan mengelak daripada kemudaratan atau kesulitan yang besar.

As-Shahid Sayyid Qutb menyatakan dakwah dengan al mujadalah bi allatiy hiya ahsan ialah dakwah yang tidak mengandung unsur pertikaian, kejelekan dan kelicikan sehingga mendatangkan ketenangan dan kelegaan bagi pihak pendakwah.

Pendakwah mesti mengambil kira kepelbagaian budaya dalam masyarakat yang menjadi sasaran dakwah. Pendekatan dakwah merentasi budaya dan bangsa. Dakwah mesti dilakukan secara ramah dan mesra. Ia selari dengan Islam sebagai agama yang menganjurkan perdamaian, keamanan dan kesejahteraan sesuai dengan maksud dan pengertiannya. Islam perlu disampaikan kepada masyarakat dengan perasaan kasih sayang, menjunjung tinggi perdamaian, toleransi dan penuh penghargaan. Bagi memastikan dakwah disampaikan dengan baik dan penuh hikmah, pemilihan pendekatan mestilah sesuai dan bertepatan. Justeru, pendekatan yang terbaik ialah mengenali dahulu budaya dan cara hidup masyarakat yang dijadikan sasaran.

Dakwah mempunyai kaitan dengan kepakaran komunikasi antara budaya. Oleh itu, interaksi antara pendakwah dengan sasaran melibatkan suku, etnik dan budaya (Jemkhairil: 2010: 88).

Tentunya, apabila kita membincangkan soal dakwah, ia merupakan suatu proses untuk menyampaikan atau menjemput masyarakat untuk mengenali Islam dengan lebih dekat. Oleh sebab sasaran dakwah itu adalah masyarakat itu sendiri, justeru memahami masyarakat dan budayanya menjadi satu kemestian. Tambahan pula pendekatan dakwah Islam adalah pendekatan yang bersifat budaya sama ada dalam bentuk individu mahupun kelompok masyarakat. Fokusnya pula merangkumi semua aspek kehidupan manusia termasuklah sistem kepercayaan, adat, norma-norma kehidupan dan pemikiran (Jaffary Awang, 2003: 205 - 206).

Hanya dengan mengenali budaya masyarakat maka kita dapat memahami bahasa masyarakat dengan lebih baik sama ada bahasa itu adalah bahasa lisan atau bahasa bukan lisan. Hal ini kerana dalam budaya mengandungi pemikiran dan nilai, ia merupakan aspek utama dalam proses komunikasi. Kegagalan memahami sesuatu budaya akan menyebabkan seseorang pendakwah itu tidak dapat memahami mesej yang disampaikan kepadanya atau membuat tanggapan yang kurang tepat (Hashim Fauzy, 2010: 312 - 322).

Dapatan yang telah dibuat oleh Kajian Pembangunan Rakyat Sabah: 2008 - 2009 menunjukkan beberapa perkara menarik berhubung kait dengan penerimaan Islam. Kajian tersebut memberi indikasi bahawa faktor penerimaan agama Islam oleh saudara baharu di Sabah berlaku menerusi dakwah yang tidak formal. Kajian tersebut menunjukkan lebih 50% daripada saudara baru menganut Islam adalah melalui interaksi tidak formal.

Kajian tersebut juga memaparkan bahawa dakwah secara hikmah adalah dakwah yang paling berkesan. Dakwah melalui sentuhan kemanusiaan yang tinggi, seperti bersua muka, kekerapan pertemuan, sopan santun, tolong-menolong dan akhlakul karimah amat berkesan.

1424 Jamadilakhir 1440H/1 Mac 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 24 Jamadilakhir 1440H/1 Mac 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 7

Inti Sari Ayat Al-QuranTinta Ilmiah

larangan yang perlu dihindari ketika berhiasOleh: Azmalina Kamarul Jamal

Alhamdulillah, insya-Allah hari ini kita akan berkongsi lagi tentang fiqh wanita yang berkaitan dengan larangan yang perlu untuk dihindari. Terdapat beberapa larangan yang wajib dielakkan oleh golongan wanita agar kita tidak tersesat dalam lembah kemaksiatan dan bertentangan dengan syariat Islam. Adapun larangan tersebut adalah seperti berikut:1. Mengikir Gigi Mengikir gigi adalah menjarangkan antara gigi seri dan gigi taring. Tujuannya adalah agar kelihatan lebih muda dan

giginya elok. Perbuatan seperti ini adalah dilarang kerana termasuk mengubah ciptaan Allah SWT, serta mengandungi unsur penipuan dan pemalsuan.

2. Menampal Gigi Menggunakan Emas Menampal gigi menggunakan emas dilarang apabila tujuannya hanya untuk berhias dan kecantikan. Ini dibenarkan

jika digunakan untuk tujuan perubatan dan bukan untuk menunjukkan kekayaan. Dalam suatu hadis, Imam Ibnu Qudamah menceritakan bahawa Imam Ahmad berkata: “Menampal gigi menggunakan

emas kerana bimbang giginya tercabut biasa dilakukan oleh ramai orang. Perkara itu dibenarkan apabila berada dalam keadaan darurat.”

3. Memakai Pewarna Kuku dan Memanjangkan Kuku sebagai Perhiasan Terbukti, ramai dalam kalangan kaum wanita yang mewarnakan kukunya menggunakan pewarna kuku (cat/pewarna

kuku). Wanita yang memakai pewarna kuku dianggap melakukan perbuatan yang bukan ringan kerana ini boleh menghalang sampainya air wudhu pada kuku dan seringkali memperlihatkannya kepada lelaki yang bukan mahramnya.

Memanjangkan kuku bagi wanita juga adalah dilarang apabila menggunakan kuku buatan yang lebih panjang dan lebih elok dari kuku aslinya. Tidak ragu lagi, ini merupakan kebiasaan wanita kafir yang perlu dijauhi oleh semua muslimah. Perbuatan tersebut boleh menjadi mereka hanyut dan menuju pada jurang kesesatan.

4. Memakai susuk Zaman sekarang, ramai wanita yang berlumba-lumba mencantikkan diri dengan cara yang tidak wajar. Di antaranya

adalah dengan menggunakan susuk pada tubuh mereka. Padahal, memakai susuk merupakan perbuatan yang dilarang oleh agama kerana beberapa perkara, iaitu:

(a) Susuk menggunakan amalan jin. (b) Untuk mencantikkan diri agar orang lain berasa iri dan takjub. (c) Percaya dan yakin pada perkara musyrik.5. Tatu pada anggota Badan Sekarang ini, ramai sekali golongan wanita yang mentatu sebahagian atau seluruh anggota badan. Menurut

pendapat mereka, dengan adanya tatu, mereka berasa sempurna dan seksi padahal, perbuatan tersebut menyakiti dan menyeksa badan (iaitu menusukkan jarum pada sebahagian anggota tubuh mahupun seluruh tubuh). Perbuatan ini merupakan perbuatan yang tidak disukai oleh Allah SWT bahkan haram hukumnya dan dilaknat.

6. Mewarnakan Rambut Dalam konteks ini yang dimaksudkan adalah mewarnakan rambut kepala yang telah beruban dengan warna hitam.

Dalam ajaran Islam, hukumnya adalah haram. Alasannya, mewarna rambut mengubah penampilan agar kelihatan lebih muda daripada usia yang sebenarnya. Dalam suatu riwayat dijelaskan bahawa orang Yahudi dan Nasrani tidak membenarkan mewarnakan rambut dan mengubahnya dengan alasan bahawa berhias dan mencantikkan diri boleh melenyapkan makna beribadah dan agama, sebagaimana yang dilakukan oleh para rahib dan ahli zuhud yang berlebihan.

Bagi orang yang belum begitu, disarankan mewarnakan rambutnya bahkan tidak berdosa bagi yang melakukannya. Diriwayatkan dalam suatu hadis bahawa Az-Zuhri pernah berkata, “Kami mewarnakan rambut dengan warna hitam apabila wajah masih kelihatan muda. Akan tetapi, jika wajah sudah berkedut dan gigi telah goyah, kami tinggalkan warna hitam tersebut.”

7. Menyambung Rambut Menyambung rambut dengan rambut lain tidak dibenarkan di dalam Islam dan merupakan perbuatan yang dilarang oleh

agama. Menyambung rambut boleh disamakan dengan penggunaan rambut palsu. Perkara ini juga dilarang dalam agama.8. Mencabut dan Menipiskan alis Dalam era sekarang, ramai golongan wanita yang mahu tampil sempurna, baik wajah mahupun tubuh mereka. Itulah

sebabnya, banyak tempat kecantikan yang menawarkan khidmat penjagaan tubuh dan wajah. Biasanya, kebanyakan mereka membentuk alis dengan cara mencabut dan menipiskannya agar kelihatan lebih cantik. Dan sesungguhnya, perbuatan itu adalah dilarang sama sekali dalam Islam.

rujukAN:● Buku Panduan lengkap ibadah wanita (Disunting pada 25 Februari 2019/ jam 9.30 pm).

amalan yang tertolakOleh:

Ustaz Mohd Azlan bin Haji BakriPensyarah Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sabah (ITQAS)

MaKsud Hadis Daripada Ummu al-Mukminin Ummu Abdullah 'Aisyah RA beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: "Barang siapa yang mengada-adakan sesuatu perkara yang baru dalam urusan (agama) kami ini, amalan yang bukan bahagian daripadanya, maka ianya tertolak." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Manakala dalam riwayat Muslim:"Barang siapa yang beramal dengan suatu amalan yang tidak ada asal usul dengan agama kita, maka ianya tertolak (tidak diterima)."

HuRaian HadisHadis ini merupakan salah satu pedoman penting dalam agama Islam dan kalimah pendek yang penuh pengertian yang dikurniakan kepada Nabi SAW. Hadis ini dengan tegas menolak setiap perkara bid’ah yang tidak bersumber daripada ajaran Islam dan tidak memiliki landasan yang jelas. Setiap perbuatan ibadah yang tidak bersandar pada dalil syar’i ditolak daripada pelakunya. Islam adalah agama yang berdasarkan dalil dan agama Islam ialah agama yang sempurna dan tidak ada kekurangan padanya. Rasulullah SAW telah memelihara Islam dari sikap berlebih-lebihan dan mengada-adakan. Walaupun amalan baik banyak dilakukan tetapi jika tidak berasaskan kepada peraturan syara’, amalan tersebut adalah sia-sia dan tetap ditolak. Perlu untuk kita ketahui bahawa amalan yang dinilai bukan kualiti ataupun kuantiti tetapi sejauh mana kesesuaiannya menurut ajaran Allah SWT dan Rasul-Nya.PEnGajaRan Hadis1. Perkara baru yang diada-adakan dan tiada sandaran di dalam syariat mestilah ditolak.2. Bid’ah dari segi istilah syara’ bermaksud mencipta sesuatu amalan ibadah yang tidak wujud pada zaman

Rasulullah SAW. Bid’ah terbahagi kepada dua iaitu bid’ah yang baik dan bid’ah yang keji.3. Antara contoh bid’ah yang baik ialah solat tarawih secara berjemaah yang dilakukan pada zaman pemerintahan

Saidina Umar Al-Khattab dan pengumpulan al-Quran dalam satu mushaf yang dilakukan oleh Saidina Usman Al-Affan.

4. Antara contoh bid’ah buruk yang berlaku di kalangan manusia umum ialah mengagungkan benda-benda tertentu dan mengambil berkat serta beritikad bahawa ia boleh memberi manfaat seperti mengagungkan pokok, batu dan kubur.

5. Setiap amal ibadat yang dilakukan tidak diterima melainkan dengan niat yang ikhlas dan bertepatan dengan al-Quran dan as-Sunnah.

6. Amalan baik yang dilakukan tetapi tidak memenuhi syarat perlaksanaannya maka amalan tersebut tidak mendatangkan pahala.

7. Perkara prinsip dalam agama Islam telah sempurna dan lengkap. Oleh yang demikian, tidak perlu sesiapa pun menyempurnakannya atau memperbaharuinya lagi.

8. Sesiapa yang melakukan bid’ah yang keji bertentangan dengan syara’ maka ia berdosa dan mendapat amaran yang keras.

rujukAN:● Al-Kafi Syarah 40 Hadis, Dr Zulkifli Mohammad Al-Bakri, Pustaka Cahaya Kasturi Sdn Bhd, Cetakan Pertama, 2016.● Al-Wafi Syarah Hadith 40 Imam Nawawi, Dr Mustafa Al-Bugha, Muhyiddin Misto, Al-Hidayah Publication, 2016

824 Jamadilakhir 1440H/1 Mac 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 24 Jamadilakhir 1440H/1 Mac 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 13

Sentuhan HadisFiqh Wanita

ahlul ba it dan land below the wind (bahagian 1)Land Below the Wind berasal daripada perkataan Arab tahta’l-rih yang selalu digunakan

dalam istilah pelayaran seperti Ahmad ibn Majid pada abad ke-15 (1462M).Oleh: Tuan Haji Sainuri bin Yahmin

Secara umum sejarah kedatangan Islam ke Kepulauan Melayu dikaitkan dengan pedagang India dan Parsi. Maka bolehlah dikatakan penyebaran Islam ke alam Melayu adalah secara kebetulan, iaitu melalui pertemuan pedagang luar dan tempatan dan juga masyarakat setempat yang mempunyai hubungan perdagangan. Itulah yang telah ditulis oleh orientalis dan pelbagai ahli sejarah yang boleh didapati dalam buku-buku sejarah di peringkat sekolah dan universiti.

Prof Muhamad Naquib al-Attas (Prof SMNA) pula dalam buku beliau yang bertajuk Historical Fact and Fiction (HFAF) telah membongkar berbagai penemuan baru tentang penyebaran Islam di Kepulauan Melayu. Berlainan dengan Prof Syed Muhamad Naquib, orientalis dan ahli sejarah menganggap bahawa maklumat yang terdapat dalam Hikayat Merah Silau adalah mitos. Lantas mereka juga tidak menerima Hikayat Raja Pasai dan Sejarah Melayu. Padahal penulisan-penulisan dalam teks Melayu tersebut terdapat banyak maklumat terperinci tentang nama-nama orang yang datang, begitu juga gambaran tentang kapal-kapal yang menuju ke Sumatra dan Pasai, dan singgah di beberapa pelabuhan dalam perjalanan tersebut. Dalam buku HFAF, Prof SMNA mempunyai pandangan yang berbeza tentang pendakwah yang datang ke alam Melayu.

“From my interpretation of the way in which the first establishment of an Islamic kingdom in the Malay world as derived from the earliest Malay sources, it becomes clear that in contradiction to the position taken by European and other like-minded historians, Islam was introduced at a very early date in a manner planned directly from its land of origin, and not from India or Persia. Its first king received his instruments of office and legitimation (alat perkakas – T.D.) from the Sharif of Makkah as instructed by Caliph. It was NOWHErE reported in the Hikayat raja Pasai that Indians or Persians were the missionaries that spread Islam in the Malay world. Moreover, the Islam that was brought and disseminated was the OrIGINAL “Arab” Islam and not a “transformed” Islam that had first to pass through the sieve of Indian and Persian (i.e. shi’ite) culture and interpretation. I am not denying that there had been Indian and persian influence involved in the process of Islamization in the Archipelago, especially in activities having to do with trade and literary and artistic creations. Traders and transmitters of literary and artistic creations were NOT MISSIONArIES OF THE rELIGION. The initial missionaries were from the noble families (ashraf) among the Arabs, learned men of spiritual discernment, some of whom had directly from Arabia, some from Persia, and some via India and Indo-China, and some looked and dressed like Indians and Persians, being easily mistaken for them; and the spread of Islam by these Arab missionaries in the Malay World was not a haphazard matter, a disorganized sporadic affair carried on by merchants and traders and port authorities, and even by Sufi orders conceived somewhat as trade guilds, whose role have been exaggerated. It was a gradual prosses, but it was planned and organized and executed in accordance with the timeliness of the situation”.

Prof SMNA berpandapat bahawa kebanyakan kesalahfahaman yang terdapat dalam kajian sejarah Islam Melayu yang ditulis oleh para orientalis dan para ahli sejarah tempatan yang ikut pandangan para orientalis tersebut muncul kerana pengarang-pengarangnya menggunakan kaedah kajian yang tidak sesuai atau menggunakannya secara tidak betul. Misalnya mereka menggunakan sumber sejarah (teks-teks lama, batu-batu nisan atau laporan para pengembara) yang ditulis pada zaman yang lain, lazimnya ratusan tahun selepas peristiwa berlaku pada sejarah sebenar. Misalnya untuk menentukan sejarah penubuhan Melaka dan riwayat hidup Parameswara biasanya digunakan karangan Tome Pires “Suma Orientalis” yang dikarang pada kurun ke-16. Dalam kajian mengenai Malik as-Salih dan sejarah Kerajaan Pasai lazimnya dirujuk kepada karangan Ibn Batutta, yang dikarang pada tahun 1345, iaitu selepas Malik as-Salih itu sudah meninggal dunia.

“It is strange that true facts have not been bring to light, and this shows that the historians have been relying only on documents written much later that what had actually happened, indicating that they have not examined the inscription cut in the stone itself.”

"saat sang ateis bersoal jawab tentangkewujudan allah"

Oleh:Abdu Khalil bin Hassan

Kewujudan golongan ateis di Malaysia bukanlah satu perkara baharu namun kini golongan tersebut dilihat lebih berani menonjolkan diri terutama dalam media sosial. Lebih menyedihkan apabila golongan muda ini bangga dengan ideologi yang pada hakikatnya menjurus kepada gejala murtad khususnya bagi yang beragama Islam kerana menafikan kewujudan Allah SWT iaitu Pencipta dan Pemilik Alam Semesta ini.Menurut laporan Utusan Malaysia pada Julai 2018, pelajar pusat pengajian tinggi tempatan merupakan golongan paling ramai terjebak fahaman ateis dengan 55 kes yang dirujuk kepada Yayasan Maklumat dan Khidmat Islamik sejak 2008, tidak termasuk ratusan kes yang dipercayai wujud.Menurut pendakwah yayasan itu, 60 peratus daripada kes melibatkan golongan muda iaitu pelajar universiti. Lebih mengejutkan, fahaman itu juga sudah mula menular dalam kalangan murid di sekolah.Sebenarnya, al-Quran telah menyediakan satu kerangka falsafah yang sangat ampuh bagi membuktikan kewujudan Allah SWT. Ia juga boleh difahami secara logik (aqli) oleh golongan ateis tanpa perlu merujuk kepada al-Quran sendiri. Firman Allah SWT:Maksudnya: “(Mengapa mereka tidak beriman?) Adakah mereka telah tercipta dengan tiada yang menciptanya, atau adakah mereka yang mencipta diri mereka sendiri? Adakah mereka yang mencipta langit dan bumi itu? (Sudah tentu tidak!) Bahkan mereka adalah orang-orang yang tidak meyakini (kebenaran apa yang mereka pernah mengakuinya).” (Surah al-Tur: 35 - 36).Logikkah jika dikatakan sesuatu itu diciptakan oleh sesuatu yang tiada? Sama juga jika kita menyatakan bahawa seekor kucing telah melahirkan dirinya sendiri. Untuk berpendirian sebegini, semestinya kita perlu meyakini bahawa kucing itu telah wujud sebelum ia lahir lagi. Memahami konsep penciptaan membuatkan kita mengetahui bahawa sesuatu itu mustahil untuk wujud dan tidak wujud dalam satu masa yang sama.

Sekiranya kita katakan “Ya. Mungkin kita diciptakan oleh sesuatu yang diciptakan.” Maka, timbul persoalan, “Siapa pula yang menciptakan pencipta berkenaan?” Ia adalah kenyataan yang tidak berpenghujung sama sekali (infinite regress). Hanya ada satu “kemungkinan” yang pasti iaitu, sesuatu yang wujud itu diciptakan oleh sesuatu yang tidak diciptakan. Oleh itu, ia juga bermaksud “sesuatu” itu sentiasa wujud sifatnya dan tidak ada permulaan daripada tiada kepada ada. “Sesuatu” itu juga semestinya tidak ada pengakhiran. Dialah Allah SWT yang mana di luar kemampuan akal manusia untuk ditanggapi hakikat zat-Nya yang Maha Tinggi. Firman Allah SWT:"Yang demikian (sifat-sifat-Nya dan kekuasaan-Nya) ialah Allah Tuhan kamu, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, maka beribadatlah kamu kepada-Nya. Dan (ingatlah) Dialah yang mentadbirkan segala-galanya. Ia tidak dapat dilihat dan diliputi oleh penglihatan mata, sedang Ia dapat melihat (dan mengetahui hakikat) segala penglihatan (mata), dan Dialah Yang Maha Halus (melayan hamba-hamba-Nya dengan belas kasihan), lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya." (Surah al-An’am: 102 - 103).Dr Yusof Al Qaradhawi menyebut di dalam Kitab Wujudullah, ada seorang pemuda bertanya kepada Imam Ja’far Sadiq: "Apakah bukti terhadap wujud Allah." Lalu Imam Ja’far bertanya: "Pernahkah kamu naik kapal mengharungi lautan?" Pemuda itu menjawab: "Ya." Beliau bertanya: "Adakah pernah kamu merasai angin yang bertiup kencang sampai kamu takut tenggelam?" Pemuda itu mengiakan. Beliau berkata lagi: "Sehingga satu saat kamu putus pengharapan terhadap para pelaut yang menolong dan kapal (yang menyelamat)?" Pemuda itu mengiakan lagi. Tanya Imam Ja'far: "Maka adakah ketika itu, terlintas dalam kepala kamu, ada sesuatu yang boleh menyelamatkanmu?" Kata pemuda tadi: "Ya." Ja’far menjawab: "Itulah Allah."

1224 Jamadilakhir 1440H/1 Mac 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 24 Jamadilakhir 1440H/1 Mac 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 9

Akidah Artikel Pilihan

tuan yang terutama tun datuk seri panglima (dr) haji juhar bin datukhaji mahiruddin, yang di-pertua negeri sabah menunaikan solat jumaatdi masjid bukit padang, kota kinabalu diiringi oleh pengarah jheains

saringan akhir majlis tilawah al-Quran peringkat negeri sabah 1440h/2019mpada 17 dan 18 februari 2019

di dewan sa'adah, wisma muis, kota kinabalu

Peristiwa

1024 Jamadilakhir 1440H/1 Mac 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 24 Jamadilakhir 1440H/1 Mac 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 11

Peristiwa