shoutul islam dari meja editor laman puisi...

10

Upload: others

Post on 12-Sep-2019

10 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islamjheains.sabah.gov.my/images/soutulislam/pdf/SI6.pdf · menyedari tentang haramnya persetubuhan tersebut maka perbuatannya dianggap
Page 2: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islamjheains.sabah.gov.my/images/soutulislam/pdf/SI6.pdf · menyedari tentang haramnya persetubuhan tersebut maka perbuatannya dianggap

Dicetak oleh pencetak kerajaan,politin @ wenen bin mobiji, a.S.D.k., a.D.k., b.S.k., jabatan cetak kerajaan,

Sabah, malaySia.2019.

Alhamdulillah, program Pengajian Fiqh Manhaji Imam Syafie yang diadakan di seluruh negeri Sabah adalah satu program yang dirancang bagi mendedahkan para imam mengenai kitab al-Fiqh al-Manhaji ‘ala Mazhab al-Imam as-Syafi’i. Kitab ini adalah kitab feqah yang mengikut sistem atau manhaj atau acuan Mazhab as-Syafie. Kitab ini adalah sebuah kitab susunan baharu dalam Mazhab as-Syafie.

Kitab ini merupakan sebuah karya fiqh aliran Mazhab as-Syafie yang kontemporari, yang disusun oleh tiga tokoh ulama terkenal dari Syria, iaitu al-‘Allamah Dr. Mustafa al-Khin, Syaikh Dr. Mustafa Dib al-Bugha dan Dr. Al i al-Syarbaji . Kitab ini sangat masyhur di kalangan pengikut Mazhab Syafie masa kini. Kitab ini telah diterjemahkan dalam berbagai bahasa dunia, termasuklah dalam Bahasa Melayu dan Indonesia.

Kursus pengajian fiqh ini di antara lain bertujuan memberi fahaman dan amalan yang betul dalam perkara ibadah, mendedah kepada peserta buku rujukan dalam perkara-perkara ibadah dan menambah keyakinan dalam menyampaikan ilmu kepada anak kariah. Ini tentunya memerlukan komitmen yang berterusan kepada peserta dalam menghabiskan siri kursus yang sebanyak 4 siri ini.

Kursus setengah hari pada setiap sesi ini dikendalikan oleh 32 orang tenaga pengajar yang diberi taklimat dan maklumat tentang buku ini bagi tujuan penyampaian yang seragam. Dalam menentukan keberkesanan atau kejayaan program latihan ini, penilaian dan pandangan dari peserta juga diminta selepas tiap sesi pembentangan bagi mengukur darjah perubahan pelat ih dalam aspek i lmu pengetahuan, reaks i , tingkah laku dan prestasi. Di mana proses penilaian ini akhirnya menyediakan maklumat-maklumat penting berkaitan kursus ini dan kesan kepada peserta setelah menghabiskan kursus ini.

Kursus ini juga adalah satu cara pembudayaan ilmu yang cuba diterapkan kepada para imam. Ia juga sebagai satu motivasi baharu kepada imam-imam untuk lebih bersedia menjawab persoalan-persoalan hukum yang merujuk kepada manhaj Imam as-Syafie. Merujuk kepada firman Allah SWT yang bermaksud:

“Oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah)." (Surah at-Taubah ayat 122). Imam Al-Ghazali memetik satu hadis riwayat Imam Muslim: “Barang siapa melalui suatu jalan untuk menuntut ilmu, maka dianugerahkan Allah kepadanya jalan ke syurga.”

Semoga kita semua mendapat keberkatan dalam apa jua penganjuran majlis ilmu.

MohaMad Sidik bin awang adi

sidang redaksiPENAUNG

Yang Berbahagia datuk seri Panglimadr. Haji Hasbullah Haji Mohd. Taha

Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)

PENASIhAtYBhg. Ustaz Haji saifulzaman bin sangul

PengarahJabatan hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah

kEtUA EDItorUstaz Mohamad sidik Haji awang adi

timbalan Pengarah (hal Ehwal Islam), JhEAINS

EDItor/kEtUA PENYElArASUstaz asmuni ali

([email protected])

SIDANG PENGArANGadi Pitang

([email protected])Ustaz asmuni ali

([email protected])Ustaz abd. rahman Tajudin (emang)

([email protected])Ustaz Mohd. arif Hairal([email protected])

Ustaz abdillah Haji nanun([email protected])

Puan siti imrah bte Lenas([email protected])Ustaz awang Juri ag. Tahir([email protected])

encik aldi althafTuan Haji nordin Lossin

encik abdu khalil bin HassanUstaz Mohd azlan bin Haji Bakri

Ustazah norlela bt. Lakibulencik Mohd azrul nizam bin Junaidi

encik Mohd alwie noorbaki

PENGUrUSANencik daut Haji insun

GrAfIkencik azmi bin Hashim

JUrUtAIPBahagian Penyelidikan & informasi, JHeains

JUrUfotoencik Jamiun Osman

Jabatan hal Ehwal Agama Islam Negeri SabahBeg Berkunci 103, tingkat 9, Blok B, Wisma MUIS

88737 kotA kINABAlUtel.: 088-522222

faks: 088-253449

"rawan dianiaya"

Kepulan awan berarak gemalaimalap lingkaran cahaya bulanmendung hitam pekat belum sirnaberat sungguh beban gerhana di jiwa

Bicara tidak sekatadiracuni tuduhan berbisatiba-tiba pandangan berkacaampangan ceria dicemari cuka

Mengapa berdengkur di saat aku berjaga?kenapa aku kau aniaya?

Pahlawan pantang menyerahberani menjulang maruah menepis tikaman fitnahkerana tidak berdosa rela bersumpahsegala madahku benar belakahidup mati ku serahke hadrat-Nya

Bijaksana pembela kebenaransimpati rawan dan kemaafanbersatu dalam kesyukuran

Pesalah tetap direjamtunduk menutup keaibanpanahan sinar mata setia para saksikearifan-Nya mengadili angkaramelebur keangkuhankembali ke pangkal imanmuhasabah berbuat kebaikan

Oleh:duliam suarithailand

21 Rejab 1440H/8 Mac 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 1 Rejab 1440H/8 Mac 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 19

Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam

Page 3: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islamjheains.sabah.gov.my/images/soutulislam/pdf/SI6.pdf · menyedari tentang haramnya persetubuhan tersebut maka perbuatannya dianggap

faraq perkahwinanOleh: Puan Siti Imrah bte Lenas

Faraq bermaksud perkahwinan yang dibubarkan atau dipisahkan. Dalam sistem perundangan Islam di Malaysia, istilah faraq digunakan bagi merujuk kepada pembubaran perkahwinan yang bukan melalui talak. Perkahwinan akan dibubarkan sekiranya ianya tidak memenuhi rukun pernikahan dan tidak sah dari sudut hukum syarak. Dalam hal faraq hanya mahkamah yang boleh menentukan kesahihan suatu perkahwinan. Mahkamah akan mengeluarkan perintah faraq sekiranya mahkamah mendapati pernikahan tersebut tidak sah. Syarat sah pernikahan adalah dengan memenuhi rukunnya iaitu:1. Lelaki yang hendak berkahwin 2. Wanita yang hendak berkahwin 3. Wali 4. Saksi nikah 2 orang 5. Lafaz nikah ijab dan Kabul Sekiranya kesemua rukun di atas dipenuhi maka perkahwinan itu adalah sah dan mempunyai kesan bagi semua perkara yang berkaitan dengan suami isteri seperti bayaran mahar (mas kahwin) kepada pihak isteri, nafkah isteri, nasab terhadap anak yang dilahirkan serta pengharaman berkahwin kerana wujudnya kaitan perkahwinan.Perkahwinan menjadi tidak sah sekiranya tidak melengkapi kelima-lima rukun nikah tersebut. Bagi perkahwinan yang tidak sah, Imam Abu Hanifah, Imam Abu Yusuf dan Imam Muhammad mengatakan bahawa perkahwinan yang bathil (batal/tidak sah) tidak mempunyai kesan undang-undang sebagaimana yang berlaku ke atas perkahwinan yang sah. Oleh itu. tidak halal bagi suami melakukan persetubuhan dengan perempuan yang dikahwininya. Dari segi yang lain pula perempuan yang dikahwini tidak berhak mendapat nafkah dan mahar, juga tidak diwajibkan beriddah. Selain itu, isteri tersebut juga tidak terlibat dengan pengharaman musoharah (pengharaman berkahwin disebabkan wujud kaitan perkahwinan) dengan mana-mana lelaki dari kalangan keluarga suami. Sekiranya persetubuhan telah berlaku, qadi ataupun hakim hendaklah memfaraqkan mereka secara paksa. Perpisahan yang berlaku bagi perkahwinan yang bathil tidak dikenakan iddah menurut Imam Abu Hanifah. Bagi Ulamak Maliki perkahwinan yang perlu difaraqkan adalah tidak kira perkahwinan itu bathil (batal) atau fasid (cacat/tidak sempurna) kerana Ulamak Maliki tidak membezakan di antara perkahwinan yang fasid dengan yang batil. Ulamak Maliki menyatakan beberapa hukum yang terbit daripada perkahwinan yang fasid atau bathil antaranya ialah: (i) Haram dan diwajibkan faraq dengan serta-merta. Tujuan faraq di sini adalah untuk menghalang daripada berlanjutannya maksiat yang mereka lakukan. Kedudukan faraq sebelum persetubuhan di sini berbeza dengan talak biasa sebelum persetubuhan yang mana faraq sebelum berlaku persetubuhan adalah terlepas daripada bayaran mahar.

(ii) Diwajibkan membayar mahar dengan berlakunya persetubuhan. (iii) Sekiranya akad itu dipertikaikan atau disepakati tentang fasadnya maka anak yang dilahir hasil daripada akad tersebut tetap dinasabkan kepada bapanya. Persetubuhan yang berlaku antara mereka berdua tidak dianggap zina dengan syarat pihak suami tidak menyedari bahawa persetubuhan itu adalah haram. Sebaliknya jika suami menyedari tentang haramnya persetubuhan tersebut maka perbuatannya dianggap zina dan dikenakan hukuman had.Merujuk kepada seksyen 68 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Tahun 1995, menyatakan: (1) Sesiapa mengupacarakan perkahwinan yang tidak memenuhi syarat atau rukun menyebabkan perkahwinan itu tak sah di sisi Hukum Syarak adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.(2) Sesiapa bersubahat melakukan kesalahan di bawah sub seksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.(3) Mahkamah boleh memerintahkan supaya difaraqkan perkahwinan yang tak sah itu, dan boleh, dengan persetujuan kedua pihak, memerintahkan bernikah semula.Contoh kes faraq nikah yang berlaku di Terengganu, kes Hashim bin Mohamad lawan Syed Yusof bin Syed Mohamad dan Suryani binti Hashim yang mana seorang bapa telah memohon daripada mahkamah untuk memfaraqkan perkahwinan anak perempuannya yang dijalankan di Thailand. Hakim yang membicarakan kes tersebut telah memutuskan beberapa perkara iaitu: i. Sabit akad nikah perkahwinan antara lelaki dan perempuan sebagai akad nikah bagi perkahwinan yang fasid (cacat) kerana wali yang digunakan dalam perkahwinan adalah wali am dan bukannya seseorang yang diistikhlafkan sebagai wali hakim. ii. Mahkamah tidak dapat memberikan pengiktirafan undang-undang terhadap akad nikah pasangan tersebut. iii. Sabit persetubuhan yang telah berlaku sebelum ini sebagai persetubuhan syubhat. Oleh kerana pernikahan itu adalah fasid maka mahkamah mengarahkan kedua-dua pasangan suami dan isteri itu difaraqkan.Islam amat menitikberatkan pernikahan yang sah kerana ianya dapat menghalalkan hubungan lelaki dan perempuan dan menjauhkan dari berlakunya maksiat serta dapat memelihara nasab keturunan. Sepertimana dalam firman Allah SWT dalam surah Ar-Rum ayat 30: "Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Allah menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir."

Tajuk ?Oleh:

Tuan Haji Nordin Lossin

Rawatan secara MawasMawas bermakna perawat atau bomoh akan datang ke rumah pesakit dan menyediakan persediaan rawatan seperti kemenyan, beras, keris dan lain-lain. Bomoh akan berhubung dengan jin di mana ia akan mengasapkan sekeliling rumah dengan kemenyan dan akan menerima petanda atau alamat dengan ada tiupan angin yang menggetarkan pokok-pokok di sekeliling rumah pesakit. Bomoh akan mendapat petanda jika ia ternampak binatang kecil seperti cicak dan sebagainya, yang cacat anggota atau dalam keadaan hampir mati dan seterusnya mati, ini petanda pesakit yang berada di dalam rumah akan meninggal dunia.

Tilikan dan KutikaSituasi atau keadaan begini masih berlaku di kampung- kampung yang masyarakatnya masih belum terdedah dengan ilmu al-Quran. Mereka masih dibelenggu oleh cara rawatan tersebut. Bomoh masih tempat bergantung yang memang telah jelas mensyirikkan Allah SWT. Sehinggakan jika mereka sakit, mereka akan berjumpa dengan bomoh dan bomoh tersebut akan melakukan “tilikan” atau “kutika”. Tilikan bermakna bomoh tersebut boleh memberitahu mereka (pesakit) apa punca sakitnya seperti terkena perbuatan orang dan sebagainya. “Kutika” pula, bomoh akan menggunakan kapak atau parang untuk menunjukkan siapa boleh “diundi” untuk mengubati pesakit tersebut. Parang atau kapak tersebut akan berpusing apabila dijampi oleh bomoh tersebut (penggunaan jin) dan akan menunjukkan mana satu individu atau rumah yang boleh merawati si pesakit. Bayangkan, rumah atau individu yang diundi, memang bukanlah pengamal perubatan Islam atau memang tidak boleh membaca dan menulis.

Kebergantungan kepada Allah SWT

“Engkaulah sahaja (Ya Allah) yang kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.” (Surah al-Fatihah, ayat 5).

“Kitab al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa.” (Surah al-Baqarah, ayat 2).

“Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) solat, sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar.” (Surah al-Baqarah, ayat 153).

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (Surah al-Baqarah, ayat 186).

Al-Quran sebagai penawar

“Dan kami menurunkan daripada al-Quran yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.” (Surah al-Isra, ayat 82).

KesimpulanJelas, al-Quran tidak ada keraguan padanya. Kita tidak boleh bergantung atau berkawan dengan jin atau syaitan dalam usaha untuk mendapatkan kesembuhan yang hakiki. Hanya Allah SWT wajib kita sembah dan kepada- Nyalah tempat kita memohon pertolongan.

Al-Quran sebagai mukjizat yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW, merupakan kitab rujukan atau kitab yang digunakan dalam rawatan kerana banyak ayat-ayat penyembuh di dalamnya. Dalam era moden hari ini, dalam era gadget, dalam era kecanggihan hari ini, kita jangan leka, mari kita terus mempelajari ilmu tajwid yang akan menjana bacaan al-Quran kita berkualiti dan terbaik.

rujuKAN:● Rasulullah is my Doctor, Jerry D. Gray, muka surat 25.● Pengantar Perubatan Islam, Dato Dr. Haron Din, muka surat 3.● Tafsir Al-Quran, Ahmad Sonhadji Mohamad, - Juz. 1, muka surat 33, 37. - Juz 2, muka surat 29, 66 - 67.● Al-Quranul Karim, Al-Khoir, muka surat 1.

181 Rejab 1440H/8 Mac 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 1 Rejab 1440H/8 Mac 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 3

Islam dan Perubatan Enakmen Kita

Page 4: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islamjheains.sabah.gov.my/images/soutulislam/pdf/SI6.pdf · menyedari tentang haramnya persetubuhan tersebut maka perbuatannya dianggap

Caption.....???

“Pukul 7.00 pagi kita gerak ke Pulau Banggi, ikut bot Jabatan Perikanan.” Maklumku pada Mansor, Ali dan Syafik yang bersamaku untuk program Audit Kariah dan Program Pengajian Kitab Fiqh Imam Syafie, Negeri Sabah di Pulau Banggi. Program pengajian yang menggunakan kitab Fiqh Manhaji Imam As-Syafie Jilid 1 ini adalah program yang dijalankan secara serentak di 31 buah daerah untuk seramai 1,842 orang imam di seluruh negeri Sabah. Program ini dikendalikan oleh 42 orang fasilitator yang terdiri daripada pegawai-pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan seorang pegawai dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Cawangan Sabah.

Cuaca pagi itu amat cerah ketika kami sampai di Jeti Marina, Kudat. Bot yang membawa kami ke Pulau Banggi telah sedia menunggu. Perjalanan bot yang menggunakan 2 buah enjin 250 kuasa kuda itu cuma memakan masa 35 minit sahaja, berbanding menggunakan feri yang memakan masa lebih kurang 1 jam 20 minit. Kami sampai di Jeti Pulau Banggi kira-kira pukul 7.45 pagi, disambut ramah oleh Maslan, staf JHEAINS di pulau itu. Pulau Banggi merupakan sebuah pulau yang terletak di timur laut Kudat. Pulau berkeluasan kira-kira 440.7 kilometer persegi ini, merupakan pulau yang terbesar di Malaysia dan mempunyai kira-kira 22,000 orang penduduk yang terdiri daripada 6 suku kaum utama iaitu suku Bonggi, Ubian, Suluk, Kagayan, Bajau dan Balabak. Sebahagian kawasan di pulau ini adalah

masih hutan dan sebahagian lagi telah pun dimajukan dengan tanaman kelapa sawit dan ladang getah yang diusahakan oleh syarikat swasta. Pulau ini juga telah dibangunkan oleh FELCRA semenjak tahun 2005 dengan konsep pembangunan Agropolitan.

“Ustaz mau tinggal di mana?” Tanya Maslan yang bertugas sebagai Pembantu Dakwah di daerah kecil itu. “Resortlah Lan.” Jawabku melalui whatsapp sehari sebelum bertolak ke Banggi. Resort yang ku maksudkan resort lama yang berhampiran dengan pekan Kerakit. Rupanya Banggi telah mempunyai hotel penginapan di pekan Kerakit dan 2 buah resort yang terletak di Pulau Patanunan dan Kg. Perpaduan. Agak lama juga tidak mengunjungi pulau ini setelah program Ziarah Kariah di perkampungan saudara baru di kampung Kapitangan pulau itu 4 tahun lepas. Tidak banyak yang berubah tentang pulau ini kecuali jalan-jalan yang menghubungkan kampung-kampung utamanya telah bertar, bangunan dan jeti baharu tersergam menandakan semakin ramai pelancong berkunjung ke pulau yang nama asalnya Ba Ngie yang bererti tempat orang Bangie ini.

Bertemu dan berdiskusi dengan imam-imam di pulau ini yang seramai 20 orang itu, memberi suatu persepsi bahawa jangan terlalu lama bertangguh untuk berubah, takut ia akan menjadi kebiasaan yang terlalu biasa. Islam mengajar kita untuk melakukan perubahan diri sebelum melakukan perubahan pada yang lain. Seorang pemikir pernah mengucapkan bahawa konsep terbaik dalam upaya membangun peradaban adalah dengan membangun individu- individu yang baik (soleh). Bukan dengan membangun komuniti, kerana komuniti itu adalah kumpulan individu. Sekiranya majoriti individunya baik maka baiklah komuniti itu. Teori perubahan diri inilah yang digunakan para pemimpin Islam sejak awal. Orang bijak berkata, “Everyone thinks of changing the world, but no one thinks of changing himself.”

“Ya.., kalau bukan kita, siapa lagi..” Akui seorang imam muda yang bersetuju dengan kata-kataku bahawa orang luar tidak mungkin punya waktu banyak untuk memberi kefahaman beragama kepada masyarakat Banggi kecuali imam-imam pulau ini. Ya! Kita harus berubah untuk melihat suatu perubahan itu.

banggiOleh: Adi Pitang

Di sebuah perkampungan yang aman dan terletak di seberang Ghor, terdapat 3 orang yang buta. Suatu hari, seorang raja telah melalui perkampungan tersebut bersama tenteranya, lalu berehat sebentar di sana dan meninggalkan gajahnya berdekatan khemah yang dipasang tenteranya. Tanpa disedari, ia telah menimbulkan ketakjuban dan persoalan kepada 3 orang buta tersebut.Disebabkan perasaan ingin tahu yang membuak-buak di sanubari mereka, lalu masing-masing mereka menghampiri gajah tersebut dan meraba-raba bahagian badan gajah tersebut dengan tangan masing- masing. Sesudah itu, setiap seorang daripada mereka dengan yakinnya telah berfikir yang mereka telah menemui jawapannya dan merasakan betapa hebatnya diri mereka.Kemudian, mereka pun kembali ke kampung mereka dan saling berdebat siapa di antara mereka yang paling bijak dan punya deria rasa yang sangat tajam. Dan hal ini dihakimi oleh seorang tua yang bijak. Maka, bermulalah perdebatan di mana orang pertama yang tangannya menyentuh telinga gajah mengatakan, “Gajah itu lebar, kasar, besar dan luas sama seperti karpet.” Kemudian, orang kedua yang tangannya meraba belalai gajah itu tadi berkata: “Tidak. Saya lebih tahu akan perihal gajah itu sebenar-benarnya. Gajah itu bagaikan satu paip yang lurus dan kosong. Ianya dahsyat dan suka menghancurkan sesuatu.”Dan seterusnya disahut pula oleh orang terakhir iaitu orang yang menyentuh kaki gajah gajah. Kemudian ia berkata:“Kedua-dua mereka tidak memberi jawapan yang tepat. Gajah itu bukan seperti karpet dan bukan juga seperti paip. Akan tetapi gajah itu bagaikan tiang yang perkasa dan kukuh sekali.”Namun, setelah mendengarkan jawapan daripada ketiga-tiga mereka, maka orang tua yang bijak itu pun terus tersenyum sambil berkata:“Jawapan yang diberikan orang pertama itu tepat dan sesungguhnya yang kamu pegang itu adalah telinganya. Manakala, jawapan yang diberi orang kedua juga tepat, dan ia itulah yang dipanggil sebagai belalai gajah. Dan jawapan yang diberikan oleh orang terakhir juga tepat kerana yang dipegang itulah merupakan kaki gajah. Kesimpulannya, setiap apa yang kalian pegang itu hanyalah sebahagian anggota tubuh badan gajah tersebut dan bukanlah keseluruhan dari tubuhnya.”Lalu, dengan jawapan yang diberikan orang tua tersebut, mereka pun tertunduk malu dan menyedari kesilapan masing-masing.Oleh yang demikian, dapat disimpulkan bahawa naluri ingin tahu itu amatlah penting sebagai jambatan yang mendorong kita untuk mempelajari suatu ilmu yang baharu. Kemudian, hendaklah sentiasa diingat bahawa ilmu yang kita miliki di saat ini amatlah terhad. Jadi, janganlah mendabik dada berbangga diri dengan ilmu yang dimiliki kerana hakikatnya yang kita miliki itu hanya sebahagian dan bukan keseluruhannya. Dan akhir sekali, kita dinasihatkan untuk tidak memperlekehkan pandangan yang diajukan oleh orang lain kerana ianya tidak digalakkan di dalam Islam. Jadi, marilah kita bersama- sama renungkan semula, adakah kita juga tergolong di dalam golongan seperti kisah di atas?Wallahu a’lam.

rujuKAN:● Kisah Orang-Orang Buta dan Gajah: Thinker’s Library Sdn. Bhd., Selangor Darul Ehsan.

kisah Tiga orang buTa dan seekor gajahOleh:

Rashiqah Mardhiyyah binti Jasri

41 Rejab 1440H/8 Mac 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 1 Rejab 1440H/8 Mac 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 17

Iktibar Kisah Bicara Kita

Page 5: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islamjheains.sabah.gov.my/images/soutulislam/pdf/SI6.pdf · menyedari tentang haramnya persetubuhan tersebut maka perbuatannya dianggap

penghinaan kepadarasulullah saw adalahsuaTu kebiadaban yang sukar dimaafkan (bahagian 2)Oleh: Abd. Rahman Tajudin @ Emang Galileo Fellow CONCAVE-ISSI (Islamic & Strategic Studies Institute)

Sesungguhnya orang yang menghina Rasulullah SAW adalah orang-orang munafik yang tersimpan di hatinya suatu kejahatan yang besar.

Apa yang diluahkannya sama ada melalui tulisan, percakapan mahupun tindakan adalah sebahagian kecil sahaja kejahatan yang sebenarnya lebih besar lagi kemunafikannya yang bersarang di dalam lubuk hatinya.

Sebab itulah kesan terhadap pelaku yang menghina Rasulullah SAW adalah dijatuhi hukuman bunuh.

Ulama sepakat menjatuhkan hukuman bunuh kepada penghina Rasulullah SAW. Qadhi Iyadh menyebut dalam as-Syifa jilid 2 muka 211 menyatakan hukuman bunuh kepada penghina Rasulullah SAW yang mulia bertepatan bagi menghalang fitnah yang lebih besar.

Hukuman berat tersebut juga merupakan pendapat Malik bin Anas, al-Laith, Ahmad, Ishaq dan pendapat mazhab Syafi'e. Ia boleh diteliti dengan lebih mendalam dalam kitab al-Iqna’, al-Isyraf ‘ala mazahib ahlil ilm dan al-Ijma’.

Bagi mereka yang telah menghina Rasulullah SAW dengan sengaja secara automatik telah menempah satu tiket ke dalam azab api neraka yang dahsyat. Hal ini kerana Rasulullah SAW merupakan utusan Allah SWT di atas muka bumi ini.

Baginda SAW merupakan cerminan Insan Kamil yang termanifestasi akhlak mulia dan contoh terbaik kepada seluruh insan. Maka dengan sebab itulah hukuman berat kepada orang munafik yang melakukan penghinaan dan cercaan ini.

Firman Allah SWT:

Maksudnya: "Dan di antara mereka (yang munafik itu) ada orang-orang yang menyakiti Nabi (menghina Nabi) sambil mereka berkata: "Bahawa dia (Nabi Muhammad) orang yang suka mendengar (percaya terus kata-kata)." Katakanlah: "Dia mendengar (dan percaya) apa yang baik bagi kamu, ia beriman kepada Allah dan percaya kepada orang mukmin, dan ia pula menjadi rahmat bagi orang-orang yang beriman di antara kamu." Dan orang-orang yang menyakiti Rasulullah itu, bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya." (Surah al-Taubah, 9: 61).

Dalam ayat ini jelas menunjukkan penghinaan terhadap Rasulullah SAW itu pasti mendapat azab yang sangat dahsyat di akhirat kelak.

Ini diperkukuhkan lagi di dalam surah al-Ahzab bahawa mereka yang menghina Allah SWT dan Rasul-Nya pasti mendapat azab yang pedih lantas mereka akan terhina buat selama-lamanya. Ketika di dunia pula pasti mendapat laknat yang berterusan dan tidak akan pernah hidup aman damai.

Firman Allah SWT:

Maksudnya: "Sesungguhnya orang-orang yang menghina Allah dan Rasul-Nya, Allah melaknatkan mereka di dunia dan di akhirat, dan menyediakan untuk mereka azab seksa yang menghina." (Surah al-Ahzab, 33: 57).

Semoga dengan ayat-ayat ini menjadi satu ancaman/kecaman yang berat kepada orang munafik agar terus berhenti secara total dalam menghina Rasulullah SAW yang memiliki kedudukan tertinggi dan terpuji di kalangan semua makhluk yang ada di atas muka bumi ini.

imam bukhariOleh:

Nurudin bin Habeed Mohammad Abd Settar

Nama: Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Al-Mughirah bin Bardizbah Al-Bukhari Al-Ju’fiyu.

Kelahiran dan Kewafatan: Lahir pada 194H dan wafat pada 256H.

Gelaran: Amir Al-Mukminin Fi Al-Hadith yang membawa maksud Ketua Kaum Muslimin di dalam Bidang Hadith.

Karangan:(A) Bidang Hadith ● Al-Jami Shahih#

● Al-Jami As-Shaghir# ● Al-Musnad Al-Kabir#

● Al-Mabsuth#

● Al-Wuhdan#

● Al-Fawaid#

● Al-Ilal# ● Al-Intiqan#

● Masyakhat#

● Al-Jami Al-Musnad Al-Shahih Al-Mukhtasar Min Umuri Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam wa Sunanihi wa Ayyamihi atau lebih dikenali dengan Shahih Bukhari*

(B) Bidang Sejarah ● Tarikh Al-Kabir* ● Tarikh Al-Ausath* ● Tarikh As-Shaghir* ● Al-Kuna* ● Asami As-Sahabah#

● Ad-Dhuafa Al-Kabir#

● Ad-Dhuafa As-Shaghir*

(C) Bidang Fiqh ● Al-Hibah#

● Al-Asyribah#

● Raf'a Al-Yadain Fi As-Salah* ● Khair Al-Kalam fi Al-Qiraah Khalf al-Imam* ● Al-Qadaya As-Sahabah wa Al-Tabiin#

(D) Bidang Tafsir ● Tafsir Al-Kabir#

(E) Bidang Adab ● Birru Al-Walidain* ● Al-Adab Al-Mufrad* ● Al-Raqaiq#

(F) Bidang Aqidah ● Khalqu Af'al al-'Ibad wa Al-Radd Alal

Jahmiyyah wa Ashab At-Ta’til*

# - masih di dalam bentuk manuskrip atau hilang.* - sudah diterbitkan.

Guru: Beliau mempunyai ramai guru, namun antara guru-guru beliau yang terkenal adalah:● Imam Ahmad bin Hanbal● Imam Ali Al-Madini ● Ishak bin Rahawih

Murid: Imam Bukhari juga mempunyai ramai murid, namun antara murid beliau yang masyhur adalah:● Imam Muslim bin Hajjaj● Imam Termidzi● Imam An-Nasa’i● Imam Ibnu Khuzaimah

Penutup: Imam Bukhari merupakan seorang ulama yang serba boleh. Karangan beliau tidak hanya terhad kapada hadith sahaja, bahkan karangan beliau merentas dari pelbagai bidang lain, meskipun beliau lebih terkenal dengan kitab Shahih Bukhari beliau dan tidak salah untuk saya katakan jika Imam Bukhari hanya mengarang kitab Shahih Bukhari semata-mata nescaya ianya sudah cukup menunjukkan kehebatan beliau, disebabkan hampir Ijma Ulama Shahih Bukhari merupakan kitab paling shahih selepas al-Quran. Bahkan beliau antara ulama yang pertama mengarang kitab shahih sehingga menjadi ikutan ulama-ulama selepas beliau. Maka dapat dilihat bahawa Imam Bukhari bukan sahaja seorang ulama yang alim dalam banyak bidang bahkan cara penulisannya juga cuba diikuti oleh ulama- ulama setelah beliau.

Wallahu a’lam.

161 Rejab 1440H/8 Mac 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 1 Rejab 1440H/8 Mac 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 5

Jejak UlamaTasawwur

Page 6: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islamjheains.sabah.gov.my/images/soutulislam/pdf/SI6.pdf · menyedari tentang haramnya persetubuhan tersebut maka perbuatannya dianggap

Ada beberapa hal yang harus kita ingat agar tidak ada dendam yang berkembang dalam hati jika ada orang melakukan sesuatu yang buruk pada kita sehingga kita merasa sangat sakit hati yang melampau. Antaranya ialah:● Ingatlah dosa-dosa kita. Kerana tidaklah

keburukan menimpa kita melainkan kerana dosa-dosa kita. Oleh itu, sibuklah dengan taubat dan istighfar daripada sibuk mencari cara untuk membalasnya.

● Ingatlah pahala yang sungguh besar bagi orang yang mahu memaafkan dan bersabar. “Barang siapa yang memberi maaf dan melakukan kebaikan, maka pahalanya di sisi Allah.” (QS. Asy Syuuraa: 40).

● Ingatlah bahawa memaafkan dan berbuat baik akan membuat hati kita bersih dari keinginan buruk, hasad dan dendam.

● Ingatlah bahawa dendam akan membuat jiwa menjadi hina, sedangkan memaafkan akan membuat jiwa menjadi mulia. “Tidaklah Allah menambah kepada seorang hamba dengan sikap memaafkan melainkan kemuliaan.” (HR Muslim).

● Ingatlah bahawa balasan yang kita akan dapatkan sesuai dengan perbuatan yang kita lakukan. Kita pun pasti pernah berbuat zalim. Jika kita memaafkan, Allah SWT pun akan memaafkan kita.

● Ingatlah bahawa menyibukkan diri dengan dendam akan menghabiskan waktu dan membuat hati menjadi tidak fokus. Sehingga banyak hal bermanfaat kita tinggalkan.

● Ingatlah bahawa Rasulullah tidak pernah sekali pun dendam kerana urusan peribadinya. Jika itu terjadi kepada orang yang paling mulia, bagaimana dengan kita?

● Ingatlah bahawa sabar adalah sebahagian dari keimanan. Jika kita bersabar, bererti kita sedang menjaga iman kita.

● Ingatlah bahawa jika kita bersabar, maka Allah SWT pasti akan menolong kita.● Ingatlah boleh jadi jika kita membalas perbuatan buruknya akan membuatkan keadaan bertambah

buruk.● Ingatlah bahawa kesabaran itu akan menjadi penggugur dosa kita. Dan itu tidak akan kita

dapatkan jika kita tidak bersabar apatah lagi jika dendam dilampiaskan.● Ingatlah bahawa sabar dan tidak membalas adalah kebaikan yang akan melahirkan kebaikan

yang lain, dan kebaikan itu akan melahirkan kebaikan lagi dan begitu seterusnya. Kerana di antara balasan kebaikan itu adalah kebaikan berikutnya.

● Ingatlah jika kita bersabar, maka itu akan menjadi sebab orang yang telah berbuat zalim kepada kita menyesal dengan tindakannya, malu dan boleh jadi akan mencintai kita kerana kesabaran kita. “Balaslah keburukan itu dengan yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang tadinya antara kamu dan dia ada permusuhan, menjadi seolah-olah seperti teman yang dekat.” (QS. Fushilat: 34).

jika masih ada dendam, ingaTlah!Oleh:

Mohd Azrul Nizam bin JunaidiFakulti Dakwah dan Komunikasi Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati Bandung, Indonesia

bersumpah dengan meminum air "yaasiin"Disusun oleh:

Ustaz Abdillah bin Haji Nanun

SoAlANSeorang hamba Allah SWT bertanya suatu kemusykilan mengenai sumpah iaitu:

Adakah dikira sumpah seorang yang berjanji hendak melakukan sesuatu dengan bersumpah meminum air “Yaasiin”?

jAWAPANSeorang yang berjanji hendak melakukan sesuatu dengan bersumpah meminum air ”Yaasiin” tidaklah dinamakan sumpah menurut Islam. Sebab sumpah yang dibenarkan oleh Islam ialah: Bersumpah dengan menyebut nama Allah SWT atau dengan menyebut nama sifat-sifat-Nya dengan menggunakan huruf Qasam (Huruf Sumpah). Huruf-huruf Qasam itu ada tiga iaitu Wawul Qasam, Baaul Qasam dan Taaul Qasam. Misalnya:

Yang ertinya: “Demi Allah”

TUjUAN SUMPAHSumpah yang diucapkan oleh orang yang bersumpah itu adalah meliputi dua tujuan iaitu:1. Memastikan sesuatu yang masih belum pasti kebenarannya.

2. Menolak sesuatu tuduhan yang dilemparkan tuduhan oleh orang yang menuduh. Maka orang yang dituduh boleh menolak tuduhan itu dengan bersumpah.

Oleh itu, sumpah itu tidak boleh dipermain-mainkan, apatah lagi dipalsukan.

Berdusta pada sumpah atau bersumpah palsu adalah tergolong dalam melakukan dosa besar. Nabi SAW menyatakan dalam hadisnya:

Maksudnya: “Dari Abdullah bin umar rA dari Nabi SAW sabdanya: Dosa-dosa besar iaitu: mensyirikkan Allah, durhaka kepada kedua ibu bapa, membunuh diri dan bersumpah dusta.” (HR: Bukhari).

Semoga dapat difahami dan mengambil iktibar daripadanya.

Wallahu a’lam.

61 Rejab 1440H/8 Mac 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 1 Rejab 1440H/8 Mac 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 15

Remaja Kemusykilan Agama

Page 7: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islamjheains.sabah.gov.my/images/soutulislam/pdf/SI6.pdf · menyedari tentang haramnya persetubuhan tersebut maka perbuatannya dianggap

Maksudnya: “Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.”

Imam Al-Qurtubi dalam tafsirnya “Ayat ini diturunkan di Makkah ketika Nabi SAW diperintahkan untuk bersikap damai kepada kaum Quraisy. Beliau diperintahkan untuk menyeru pada agama Allah SWT dengan lembut (talathuf), layyin, tidak bersikap kasar (mukhasanah) dan tidak menggunakan kekerasan (ta’nif). Orang-orang Islam juga disarankan agar mengguna pakai konsep tersebut jika ingin berjaya di lapangan dakwah.

Kata hikmah di dalam al-Quran disebutkan sebanyak 20 kali dalam 19 ayat dan 12 surah. Allah SWT telah mengajarkan hikmah kepada para Nabi kerana tugasan besar mereka di lapangan dakwah. Pengurniaan hikmah inilah yang menyebabkan mereka menjadi istimewa dan yang paling berilmu. Oleh itu, hikmah dalam bidang dakwah adalah sesuatu yang amat perlu dalam diri seseorang daie.

Para daie mungkin akan menghadapi pelbagai kerenah manusia yang berbeza dari segi latar belakang, ilmu dan perangai. Kepelbagaian ini harus ditangani dengan kesesuaian kecerdasan, kecenderungan, budaya dan tabiat masing-masing.

Dalam konteks dakwah, hikmah harus sesuai dengan realiti setempat. Dakwah mesti membumi di tempat mana ia berpijak, bukan melangit sehingga tidak dapat diamalkan di dalam kehidupan manusia seharian.

Kata "Hikmah" itu kadang-kadang membawa erti falsafah meskipun inti patinya lebih mendalam dari falsafah. Falsafah hanya dapat difahami oleh orang-orang yang telah terlatih fikirannya dan tinggi pendapat logikalnya. Sebaliknya hikmah dapat menarik orang yang pintar kerana kekuatan dalil ketika berhujah. Kebijaksanaan itu bukan sahaja dinilai melalui bicara, namun ada masa tertentu diam juga boleh menterjemahkan sesuatu keputusan.

Al-Mau'izhatul Hasanah, yang membawa pengertian pendidikan yang baik, atau pesanan yang elok yang disampaikan sehingga menjadi nasihat dan bimbingan yang berguna menerobos hati naluri insan.

Adapun "Jadilhum billati hiya ahsan" yang bermaksud berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik”. Ini merupakan fasa terakhir dalam metode dakwah jika berlaku perdebatan, namun harus mengekalkan konsep kasih sayang dan tidak tenggelam dalam perasaan kebencian ketika sesi dialog.

Seorang daie hendaklah sentiasa mengungkapkan sesuatu yang mampu menjadi pentunjuk ke jalan Allah SWT, bukan untuk membela dirinya atau mempertahankan pendapatnya lantaran inginkan kemasyhuran. Jika seorang daie memahami tugasannya hanyalah menyampai manakala pemberi hidayah adalah hak mutlak Allah SWT maka dia akan berlapang dada jika dakwahnya ditolak.

Justeru, kuasai medan dakwah dengan ilmu hikmah kerana ia adalah pelengkap seorang daie, mafhum hadis Nabi SAW “Hikmah itu adalah umpama suatu barang yang hilang (kepunyaan) orang yang beriman. jikalau dia menjumpai barang hilang itu, maka dia lebih berhak mengambil barang itu.”

ayaT al-quran surah an-nahl: 125"hikmah" (perkongsian buaT para daie)

Oleh:Awang Juri bin Ag. Tahir @ AJAT

ahlul ba iT dan land below the wind (bahagian 2)Land Below the Wind berasal daripada perkataan Arab tahta’l-rih yang selalu digunakan

dalam istilah pelayaran seperti Ahmad ibn Majid pada abad ke-15 (1462M)Oleh:

Tuan Haji Sainuri bin Yahmin

Prof SMNA kurang bersetuju untuk mengambil bulat-bulat bahan penulisan sejarah oleh Chau Ju-Kua dan Marco Polo. Ini adalah kerana kecederungan mereka adalah kepada perihal perdagangan dan pedagang sahaja. Pengamatan mereka tentang kehidupan penduduk hanya berkisar di kawasan pesisiran pantai di mana para pedagang berkumpul.

Prof SMNA menyarankan agar pengkaji-pengkaji sejarah lebih komprehensif dalam menggunakan metologi pengkajian. Walaupun data-data yang terdapat dalam sumber tersebut lazimnya susah ditentukan dari segi tarikhnya atau masa, seorang pengkaji masih boleh menggunakan kaedah-kaedah induktif supaya membina semula sejarah sebenar berasaskan ilmu, logik dan falsafah atau konsep sejarah.

Due to the lack of documents, manuscripts, stone inscriptions, and dates as well as the perplexing problems of interpretation and explanation, historians’ resort to inductive methods of reasoning in their setting forth conjectures and their arrival at conclusions. The problem of chronology and the lack of information which they can interpret and explain without doubt and vacillation have been their excuse for the neglect and suspension of Islamic history in their writing and investigations.

Prof al-Attas merumuskan secara jelas makna dan subjek sejarah sebagai bidang ilmu yang terpenting. Beliau menulis:

“History is not only a recital of dates by which some historians believe they could begin to establish valid accounts of events related to interpretation and explanation. No doubt chronology is one of the basic elements of history. Knowledge of precise dates on which momentous events take their proper places is certainly important in arriving at explanation of when they occur, but not necessarily how and why they occur then. … the lack of materials of the past and the absence of dates should not deter the historian from being able to put forward reasonable estimation of not only when a particularly important event has taken place, but also how and why it has taken place then.

Dalam buku HFAF melalui kajian yang tidak stereotaip, Prof al-Attas menemukan bahawa penyebaran Islam ke alam Melayu adalah melalui perancangan yang teratur oleh ahli keluarga Rasulullah SAW. Berakar daripada cucu Baginda al-Husayn satu usaha besar-besaran telah digembleng menyebarkan Islam ke seluruh pelosok dunia termasuk alam Melayu. Dikenali sebagai Bani Alawi, mereka telah secara besar-besaran berhijrah ke Afrika, Madagascar, Andalusia, Iraq, Syria dan Persia. Ada juga ke Turki, Asia Tengah, ke Sind dan India, sehingga ke Kepulauan Melayu.

Sehingga abad ke-14 keluarga Bani Alawi ini telah mempunyai penempatan di Ray, Naishapur, Isfahan, Qazwin, Hamadan, Khurasan, Marw, Bukhara, Oman, Yaman, Sham, Tarabulus, Jurjan, Tabaristan, Baghdad, Istanbul, Qonya, Gujerat, Surat, Hydrabad, Konur, Canton, Cambodia, Annam, Siam, Sumatra, Semenanjung Tanah Melayu, Jawa, Ternate, Timor, Makassar, Brunei, Sambas, Sabah, Sarawak, Sulu dan Midanao.

Di Indonesia sahaja terdapat 1.5 juta sayyid-sayyid keturunan Bani Alawi yang telah menjadi rakyat Indonesia. Mereka bermazhab Imam Syafie, beraqidah al-Ash’ari dan mengamalkan tarekat al-Junayd dan al-Ghazali.

141 Rejab 1440H/8 Mac 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 1 Rejab 1440H/8 Mac 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 7

Inti Sari Ayat Al-QuranTinta Ilmiah

Page 8: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islamjheains.sabah.gov.my/images/soutulislam/pdf/SI6.pdf · menyedari tentang haramnya persetubuhan tersebut maka perbuatannya dianggap

menghias diri dengan wangianOleh: Azmalina Kamarul Jamal

Daripada Abu Hurairah RA beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Mana-mana wanita yang memakai (bau harum) dupa, maka janganlah solat Isyak yang akhir bersama kami.”

Daripada Zainab isteri Abdullah RA. Beliau berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW kepada kami: “Apabila seseorang di antara kamu memasuki masjid, maka janganlah memakai minyak wangi.”

(HR Muslim).

Aroma harum yang datang dari wangi-wangian mampu mengurangkan ketegangan minda, memberikan kesegaran pada badan dan menceriakan personaliti seseorang. Ia juga merupakan sunnah para rasul sebagaimana sabda Rasulullah SAW.

“Empat perkara daripada sunnah para rasul: memakai wangian, berkahwin, bersiwak dan perasaan malu." (HR Tirmizi dan Ahmad).

Berwangian sememangnya sunnah apabila ia dipakai sesuai pada tempatnya. Berwangian juga merupakan suatu bentuk terapi kesihatan. Namun, di sebalik wangian yang mempesona ini terdapat haruman beracun yang mampu membunuh rohani seseorang wanita, lantas menjerumuskannya ke dalam api neraka yang marak menyala.

Kedua-dua hadis di atas menjelaskan larangan Rasulullah SAW kepada para wanita daripada berwangi-wangian ketika keluar ke masjid untuk mengerjakan solat secara berjemaah. Larangan ini sekali gus menunjukkan keharusan wanita untuk keluar rumah bagi tujuan solat berjemaah di masjid. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa pendapat yang menyatakan makruh bagi wanita solat di masjid kerana kefasadan yang lebih besar bagi mereka. Dalam sebuah hadis lain yang seumpamanya, Rasulullah SAW bersabda:

Sesungguhnya Zainab al-Thaqafiyyah RA pernah membicarakan tentang Rasulullah SAW bahawa Baginda bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu ikut solat Isyak, maka janganlah memakai minyak wangi pada malam itu." (HR Muslim).

Dalam menghuraikan hadis di atas, Imam al-Nawawi menyatakan bahawa perkara-perkara yang dilarang bagi wanita ketika keluar rumah meliputi beberapa sudut: “Iaitu daripada semua bentuk perhiasan, wangian dan pakaian yang cantik." Maka, memakai wangian ketika keluar dari rumah merupakan salah satu larangan agama yang khusus terhadap para muslimah.

rujuKAN:● Rahsia wanita syurga (disunting pada 3 Mac 2019/9.40 malam).

halal dan haram iTu jelasOleh:

Ustaz Mohd Azlan bin Haji BakriPensyarah Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sabah (ITQAS)

MAKSUd HAdiS Daripada Abu Abdullah al-Nu'man Ibn Basyir RA beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barang siapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barang siapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara yang diharamkan-Nya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati." (Riwayat al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud).

HURAiAN HAdiSHadis ini merupakan salah satu asas syariat Islam. Ulama mengatakan hadis ini adalah satu per tiga daripada agama. Hadis ini memberi banyak pedoman kepada kita dalam melayari bahtera kehidupan dengan mengenal pasti perkara yang halal dan haram, begitu juga cuba menjarakkan perkara syubhat yang menjadi kesamaran. Halal itu jelas dan nyata, tidak tersembunyi akan kehalalannya seperti kehalalan memakan roti, berkata-kata yang baik dan selainnya. Manakala haram itu juga jelas dan nyata, seperti meminum arak, mencuri dan seumpama dengannya. Perkara halal dan haram itu merangkumi aspek makan minum, pakaian, pekerjaan, muamalah dan segala aspek kehidupan.

Hadis ini juga menerangkan peranan hati terhadap tingkah laku manusia. Kebaikan jasad bergantung kepada kebaikan hati yang menjadi anggota terpenting di dalam tubuh manusia. Oleh itu, hati perlu sentiasa dijaga dan dirawatkan dengan iktikad dan amalan yang benar. Sekiranya hati itu baik ia akan mempengaruhi tingkah laku yang baik dan sekiranya hati itu rosak ia akan mempengaruhi perangai yang buruk.

PENGAjARAN HAdiS1. Syubhat ertinya perkara yang berada dalam kesamaran, tidak jelas hukumnya sama ada halal atau haram,

disebabkan oleh faktor pertentangan dua dalil ataupun tiada dalil yang jelas.2. Sifat warak adalah meninggalkan perkara-perkara syubhat (kesamaran) kerana ditakuti akan terjerumus

kepada perkara yang diharamkan. 3. Sebab-sebab berlakunya kekeliruan atau syubhat ialah kurangnya ilmu, kefahaman dan kecuaian dalam

pemerhatian serta kajian.4. Perkara yang dinaskan oleh Allah SWT dan Rasul-Nya sebagai halal, maka ianya tetap halal dan perkara yang

dinaskan oleh Allah SWT dan Rasul-Nya sebagai haram, maka ia tetap haram.5. Perlu bagi kita untuk menjaga hati kerana ia adalah punca tingkah laku seseorang.6. Hati yang baik ialah hati yang sentiasa ingat kebesaran Allah SWT, mematuhi larangan-Nya dan menghindari

perkara syubhat.

rujuKAN:● Al-Kafi Syarah 40 Hadis, Dr Zulkifli Mohammad Al-Bakri, Pustaka Cahaya Kasturi Sdn Bhd, Cetakan Pertama, 2016.● Al-Wafi Syarah Hadith 40 Imam Nawawi, Dr Mustafa Al-Bugha, Muhyiddin Misto, Al-Hidayah Publication, 2016.

81 Rejab 1440H/8 Mac 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 1 Rejab 1440H/8 Mac 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 13

Sentuhan HadisFiqh Wanita

Page 9: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islamjheains.sabah.gov.my/images/soutulislam/pdf/SI6.pdf · menyedari tentang haramnya persetubuhan tersebut maka perbuatannya dianggap

islamophobiaOleh:

Tuan Haji Sainuri bin Yahmin

Mungkinkah penghinaan atas nama agama yang berleluasa di Malaysia sekarang ini didorong oleh gerakan Islamophobia? Sikap tidak menghormati penganut agama lain boleh mengakibatkan berlaku salah faham dan pergeseran kaum dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia. Isu agama dan ras adalah dua isu yang amat sensitif. Gejala demikian tidak boleh dibiarkan berkembang kerana ianya boleh membawa implikasi negatif kepada keamanan dan keharmonian kaum dan agama.

Definisi kamus bagi kosa “phobia” ialah “ketakutan atau kebencian yang keterlaluan: ketakutan tidak rasional atau amat kuat dan benci terhadap sesuatu”. Secara mudahnya berdasarkan definisi ini, Islamophobia ialah ketakutan tidak rasional atau amat kuat atau benci terhadap Islam. Namun, Islamophobia lebih dari sekadar makna ini dan ia turut menggabungkan kebencian kaum, sikap tidak bertoleransi, prejudis, diskriminasi dan stereotaip. Fenomena Islamophobia pada asasnya ialah kebencian berasaskan agama. Ia mempunyai dua aspek berbeza: (1) dari sudut protagonis Islamophobia dan (2) dari sudut mangsa Islamophobia.

Berdasarkan sorotan literatur, istilah Islamophobia ini telah mula digunakan di Perancis oleh Etienne Dinet dan Slima Ben Ibrahim pada 1925 di dalam bukunya “Acces De Delire Islamophobe”. Istilah Islamophobia ini walau bagaimanapun tidak popular dan ianya juga sama sekali tidak menjadi isu pada waktu itu. Namun slogan ini diangkat semula selepas peristiwa 11 September 2001. Peristiwa pengeboman ke atas World Trade Center di New York.

Bertitik tolak dari 11 September, Gerakan Islamophobia mendapat pembiayaan yang lumayan oleh pihak-pihak tertentu. 'The Center for American Progress’ melaporkan terdapat tujuh yayasan yang telah membayar sebanyak USD42 juta untuk menanamkan ketakutan dan kebimbangan serta kebencian kepada Muslim di Amerika. Di antara badan yang membiayai gerakan Islamophobia ini ialah ‘Donors Capital Fund’, ‘Richard Mellon Scaife Foundations’, ‘Lynde and Harry Bradley Foundation’, ‘Newton D. dan Rochelle F. Becker Foundations’ dan ‘Charitable Trust’, 'Russell Berrie Foundation’, 'Anchorage Charitable Fund’, 'William Rosenwald Family Fund’ dan 'Fairbrook Foundation’.

Media Barat juga memainkan peranan dalam mempromosi Islamophobia ke seantero dunia. Di Amerika terdapat pelbagai stesen TV menyajikan program yang anti Islam. Christian Broadcasting Network (CBN), FOX, CBS, dan CNN adalah di antara media yang sangat aktif dalam usaha tersebut. Pat Robertson melalui CBN yang mendapat liputan 97 peratus masyarakat Kristian Amerika dan dapat ditonton oleh 200 buah negara seluruh dunia menyatakan,

“Islam is a bloody, brutal type of religion, and its followers only deal with history and the truth with violence and don’t understand what reasoned dialogue is.”

Di samping itu, terdapat juga penulis-penulis Barat yang terus-menerus meletakkan Islam sebagai pesaing tamadun Barat. Nama-nama seperti Raffles, Marsden, Winstedt, Bernard Lewis dan Samuel Huntingto konsisten dalam tulisan mereka menjadikan Islam sebagai agama yang mesti dicurigai, dengan alasan kerana hanya tamadun Islam yang mempunyai kekuatan dan keupayaan untuk berhadapan dengan tamadun Barat.

Dalam konteks Malaysia, kebebasan yang diberikan kepada rakyat sepatutnya semaksimumnya digunakan untuk menyuburkan rasa hormat-menghormati dan kasih sayang di kalangan rakyat. Kebebasan ini janganlah digunakan untuk menyemai bibit kebencian dan menyebar fahaman-fahaman phobia. Kebebasan dalam melayari media sosial tidak boleh dijadikan lesen untuk menghina atau memperlekehkan agama lain. Janganlah kita menjadi penyambung lidah stigma phobia Barat yang berniat jahat untuk memporak-perandakan negara tercinta ini.

kewajiban muslim Terhadap nabi muhammadsallallah alaihi wasallam

Oleh:Mohammad Syafiq Ismail

Sempurnanya Islam seseorang tertakluk kepada penunaian hak yang wajib kepada Nabi Muhammad SAW yang tercinta. Justeru, mempelajari kewajiban ini adalah kewajiban juga, yang darinya terbitlah seluruh amal berkenaannya, dan wajib disebarkan kepada seluruh umat.1. Menghayati makna ‘Saya naik saksi bahawa Muhammad itu Utusan Allah' yang dizahirkan dalam empat syarat:(1.1) Mentaati apa yang diperintahkan Baginda.(1.2) Meninggalkan apa yang dilarang Baginda.(1.3) Mengiakan seluruh apa yang dikhabarkan oleh Baginda.(1.4) Tidak beribadat kepada Allah SWT melainkan dengan apa yang disyariatkan Baginda.Seluruh makna ini terhimpun pada firman Allah SWT, “Wahai orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah rasul-Nya, dan juga para pemimpin kamu...” (an-Nisa’: 59). Kesemua syarat ini dilaksanakan dengan keredhaan mutlak, bahawa ia adalah ketaatan yang dituntut Allah SWT dan wajib ke atas setiap muslim.2. Mengenali sifat-sifat yang wajib, mustahil dan harus (dengan dalil akal) bagi Baginda Sallallah Alaihi Wasallam.(2.1) Sifat wajib bagi Baginda; Sidq/Jujur, Amanah, dan Tabligh/Menyampaikan ajaran Allah SWT kepada semua.(2.2) Sifat mustahil bagi Baginda; Bohong, Khianat, dan Kitman/Menyimpan dan tidak menyampaikan.(2.3) Sifat harus bagi Baginda; seluruh sifat-sifat kemanusiaan seperti sakit dan meninggal dunia.Demikian itu, menjadikan iman kita sangat mantap tentang kebenaran risalah Islam yang disampaikan Baginda ini.3. Mencintai Baginda, demi Allah SWT.Firman Allah: “Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara- saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk ugama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).” (at-Taubah: 24).Cara mencintai Baginda, ialah mengikuti teladan Baginda. Ia merupakan alamat kesempurnaan iman, seperti sabda Baginda: “Belum sempurna iman kamu, hinggalah daku ini lebih dicintainya berbanding bapanya, atau anaknya, atau seluruh manusia lain (termasuklah dirinya sendiri).” (HR al-Bukhari & Muslim).4. Memuliakan Baginda, mengagungkan Baginda dan menghormati Baginda.Cara menghormati Baginda di antaranya ialah menumpukan perhatian saat mendengar bacaan hadis Baginda, dan hormat saat mendengar nama Baginda dan sirah Baginda disebut. Begitu juga menzahirkan kemarahan apabila Baginda dihina dan dilecehkan dan membela kemuliaan Baginda daripada sebarang usaha jahat musuh-musuh Islam.5. Memperbanyakkan selawat dan salam ke atas Baginda dan mengetahui fadilat-fadilatnya.Baginda Sallallah Alaihi Wasallam bersabda: “Sesiapa yang selawat kepadaku sekali, Allah akan membalasnya kerananya (selawat yang sekali itu) dengan keampunan-Nya sebanyak sepuluh kali.” (HR Muslim).Dalam hadis lain, “Sesungguhnya Allah memiliki malaikat-malaikat khas yang bertebaran di muka bumi, yang menyampaikan salam kepadaku daripada umatku.” (HR an-Nasa’ie). Baginda akan menjawab salam setiap seorang daripada kita yang masih hidup, di mana saja kita berada dan akan disampaikan kepada Baginda di alam barzakh, dengan cara yang dikehendaki Allah Ta’ala.Demikianlah bagi seorang Muslim yang patuh, pasti akan berusaha menunaikan kewajiban-kewajiban ini sesempurnanya.

121 Rejab 1440H/8 Mac 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 1 Rejab 1440H/8 Mac 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 9

Akidah Artikel Pilihan

Page 10: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islamjheains.sabah.gov.my/images/soutulislam/pdf/SI6.pdf · menyedari tentang haramnya persetubuhan tersebut maka perbuatannya dianggap

Tinjauan dan Ziarah yb datuk haji aidi bin haji moktar, menteri undang-undang dan hal ehwal anak negeri merangkap pengerusi jawatankuasa induk majlis Tilawah dan

menghafaz al-quran peringkat negeri sabah 1440h/2019m ke bilik jemaah hakim mTq yang diadakan pada 17 - 21 februari 2019 di dewan sa'adah, wisma muis, kota kinabalu

lawatan kerja jabatan agama islam wilayah persekutuan kejabatan hal ehwal agama islam negeri sabah

pada 4 mac 2019 di bilik hijrah, Tingkat 2, blok b, wisma muis, kota kinabalu

Peristiwa

101 Rejab 1440H/8 Mac 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 1 Rejab 1440H/8 Mac 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 11

Peristiwa