shoutul islam dari meja editor laman puisi islam · 2019-10-29 · di kampung ini hanya berjumlah...

20

Upload: others

Post on 26-Feb-2020

18 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam · 2019-10-29 · di kampung ini hanya berjumlah kira-kira 500 orang sahaja, sedangkan syarat permohonan penurapan jalan sekurangnya
Page 2: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam · 2019-10-29 · di kampung ini hanya berjumlah kira-kira 500 orang sahaja, sedangkan syarat permohonan penurapan jalan sekurangnya

DICETAK OLEH PENCETAK KERAJAAN,POLITIN @ WENEN BIN MOBIJI, A.S.D.K., A.D.K., B.S.K., JABATAN CETAK KERAJAAN,

SABAH, MALAYSIA.2019.

Peribahasa ada mengatakan bahawa lain ladang lain belalangnya. Memang tepat bidalan itu bila kami yang seramai 15 orang dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) melangkah masuk ke kampung-kampung yang berada di sepanjang sungai Kinabatangan. Suatu yang pasti, menghormati orang lain adalah perkara yang terbaik bila kita berkunjung ke dalam masyarakat yang barukita kenali. Adat resam dan amalan tradisi dalam masyarakat berbeza mengikut suku kaum.

Adat resam merupakan sebahagian daripada budaya bangsa atau etnik yang melambangkan identi ti komuniti tersebut. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, isti lah “budaya” merujuk tamadun, peradaban, kemajuanfikiran dan akal budi. Budaya merupakan indikatorpenti ng yang mencerminkan jati diri seseorang individuitu sebagai sebahagian daripada anggota sesuatukelompok masyarakat tertentu. Walaupun perbezaan itu agak ketara dalam budaya suatu kaum di negeri ini, iatidak menghalang untuk hubungan persaudaraan itu dijalinkan.

Setiap individu seharusnya peka dengan kewujudan budaya yang pelbagai di negeri in i dan t idakmenggunakan alasan perbezaan budaya sebagai punca yang menghalang pergaulan antara kaum. Apatah lagi dalam Islam sangat menggalakkan menjalin persaudaraan sesama insan. Dalam surah Ali Imran ayat 103, AllahSWT berfirman yang bermaksud; “Dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliah) bermusuh-musuhan, maka Allahmempersatukan hati mu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara.”

Persaudaraan adalah benteng paling kukuh dalam mempertahankan sebarang serangan emosi akibatfi tnah, salah sangka, mengadu domba dan sebagainya. Kekuatan itu akan lebih bersemarak sekiranya disirami dengan perasaan kasih sayang. Rasulullah SAW bersabda; "Engkau (Nukman bin Basyir) melihat orang-orang iman saling menyayangi mereka, saling menyenangi mereka, dan saling mengasihi mereka sebagaimana satu tubuh, keti ka satu anggota badannya sakit maka seluruh tubuh ikut merasakan sakit dengan ti dak bisa ti dur dan demam.”(Hadis riwayat Al-Bukhari).

Andai apa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW ini dijiwai dengan nur iman dan Islam, akan ada kehidupan yang harmonis yang ti dak saling mengkhianati , ti dak saling berdusta, tidak menjatuhkan, tidak menfitnah, tidak menghinakan, tidak saling membenci, malah saling mencintai, menghargai dan menghormati sesama Islam dan warga.

MOHAMAD SIDIK BIN AWANG ADI

SIDANG REDAKSIPENAUNG

Yang Berbahagia Datuk Seri PanglimaDr. Haji Hasbullah Haji Mohd. Taha

Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)PENASIHAT

YBhg. Datuk Ustaz Haji Saifulzaman bin SangulPengarah

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri SabahKETUA EDITOR

Ustaz Mohamad Sidik Haji Awang AdiTimbalan Pengarah (Hal Ehwal Islam), JHEAINS

TIMBALAN KETUA EDITORUstaz Abd. Razak Hamdin

EDITOR/KETUA PENYELARASUstaz Asmuni Ali

([email protected])SIDANG PENGARANG

Adi Pitang([email protected])

Ustaz Asmuni Ali([email protected])

Ustaz Abd. Rahman Tajudin (Emang)([email protected])

Ustaz Abdillah Haji Nanun([email protected])

Puan Siti Imrah bte Lenas([email protected])Ustaz Awang Juri Ag. Tahir([email protected])Tuan Haji Nordin Lossin

([email protected])Encik Abdu Khalil bin Hassan

Ustaz Mohd Azlan bin Haji BakriEncik Mohammad Sya�iq Ismail

Encik Mohd Azrul Nizam bin JunaidiEncik Mohd Alwie Noorbaki

Encik Mohd Fauzee bin HarithCik Nursyuhada Aspar

Cik Fatin Adilah Haji Saufee

PENGURUSANEncik Daut Haji Insun

GRAFIKEncik Azmi bin Hashim

JURUTAIPBahagian Penyelidikan & Informasi, JHEAINS

JURUFOTOEncik Jamiun Osman

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri SabahBeg Berkunci 103, Tingkat 9, Blok B, Wisma MUIS

88737 KOTA KINABALUTel.: 088-522222

Faks: 088-253449

ANTROPOLOGI KASIH KUAMUT

Dimensi dalam adaptasi realiti terobos sungai dalam menyapa insansangka amazon rupanya kita pun adaseakan Terbuai pada ciptaan yang Maha Esa.

Pepohon nan menghijausinonim buaya pada alurnyamungkin belantaranya masih berkisahterbius rasa pada perjalanan yang jauhterubat pilu pada sesuatu yang baruikan lais seakan anugerahdengan khabar durian yang merahdicicah meresap pada igauan.

Terjaga rapi mengulit suasana mimpieksplorasi tanpa eksploitasijujur insani mahkota sejati amanah diri bekalan pada yang menyantuni.

Jauh dari kota tapi rapi pada ukhuwahterurai budi seguni kasihmereka satu bangsatetap berlapik pada agamaperinti s Rahmah harmoni tercipta.

Oleh:Adiyat Chimera

226 Safar 1441H/25 Oktober 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 26 Safar 1441H/25 Oktober 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 19

Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam

Page 3: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam · 2019-10-29 · di kampung ini hanya berjumlah kira-kira 500 orang sahaja, sedangkan syarat permohonan penurapan jalan sekurangnya

KESALAHAN JURUNIKAH TANPA KEBENARANOleh:

Puan Siti Imrah bte Lenas

PENGAKUAN TIDAK BOLEH DIBATALKANOleh:

Puan Siti Imrah bte Lenas

Dalam artikel sebelum ini telah dijelaskan mengenai pengakuan yang mensabitkan nasab. Yang mana ianya pengakuan pihak-pihak terhadap anak yang dilahirkan membolehkan anak tersebut dinasabkan kepada bapa dan dikategorikan sebagai anak sah taraf apabila pengakuan itu telah memenuhi syarat- syarat yang ditetapkan sebagaimana peruntukan di bawah seksyen 115 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Sabah tahun 2004 iaitu:

Jika seseorang lelaki mengaku seorang lain, sama ada dengan nyata atau dengan tersirat, sebagai anaknya yang sah, lelaki itu hendaklah disifatkan sebagai bapa anak itu jika, syarat-syarat yang berikut dipenuhi, iaitu:

(a) tiada seseorang lain disifatkan sebagai bapa anak itu;

(b) perbezaan antara umur lelaki itu dengan umur anak itu memunasabahkan pertalian antara mereka sebagai bapa dan anak;

(c) jika anak itu telah akil baligh, di mana dia boleh membuat keputusan, anak itu telah mempersetujui tentang dia diakui sebagai anak;

(d) lelaki dan ibu anak itu mungkin boleh disatukan dengan sah dalam perkahwinan pada masa pembenihan;

(e) pengakuan itu bukannya cuma mengakui anak itu sebagai anaknya, bahkan mengakui anak itu sebagai anak sah tarafnya;

(f) lelaki itu adalah berkeupayaan membuat kontrak;

(g) pengakuan itu dibuat dengan tujuan semata-mata untuk memberi taraf kesahtarafan; atau

(h) pengakuan itu adalah jelas maksudnya dan anak itu adalah diakui sebagai anak kandungnya.

Jika mana-mana orang telah membuat pengesahan mengenai pertalian sebagai bapa atau anak atau tentang perkeluargaan atau persaudaraan maka merujuk seksyen 120 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Sabah tahun 2004: Sesudah sahaja pengakuan atau pengesahan dibuat tentang pertalian sebagai bapa dan anak atau tentang perkeluargaan atau persaudaraan, maka pengakuan atau pengesahan itu tidak boleh dibatalkan.

Peruntukan ini dibuat bagi menjaga kebajikan anak yang telah dinasabkan itu daripada terbiar dan tidak mendapat perlindungan daripada ibu bapa atau orang yang telah membuat pengakuan sebagai ibu atau bapa anak tersebut.

Sebagai kesimpulan, sesuatu pengakuan yang telah dibuat di mahkamah adalah mengikat seseorang itu untuk menyempurnakan apa-apa kesan hasil daripada pengakuan tersebut. Dalam konteks pengakuan yang mensabitkan nasab ini, bapa kepada anak tersebut hendaklah bertanggungjawab memberikan nafkah dan keperluan yang selayaknya bagi anak itu.

Terdapat dua jenis cas elektrik iaitu cas positif (+) dipanggil proton dan cas negatif (-) dipanggil elektron. Bahan- bahan yang mempunyai jumlah proton dan elektron yang sama dikelaskan sebagai neutral.Cas NegatifCas Negatif adalah elektron yang sentiasa bergerak mengelilingi nukleus. Cas negatif bersifat aktif dan inilah yang dimaksudkan sebagai tenaga. Tenaga yang mengalir adalah menunjukkan elektron yang bergerak aktif. Saiz cas negatif (elektron) ini sangat halus, lebih halus dari saiz atom dan lebih halus dari saiz cas positif (proton). Cas negatif akan tertarik kepada cas positif.Cas PositifCas positif, hanya bergetar pada kedudukannya sahaja dan bersifat pasif. Proton (+) ini sentiasa melekat bersama neutron. Pasif bermaksud ianya sentiasa bersedia untuk menerima kedatangan cas negatif.Tubuh badan manusiaJutaan atom akan membentuk sel. Justeru, sel yang stabil (sihat) mestilah mempunyai jumlah atom negatif dan atom positif yang sama banyak.Kebiasaannya, cas negatif yang berlebihan dari tubuh badan seseorang manusia akan disingkirkan dan ditolak keluar dari badan supaya tidak terbentuk jumlah atom negatif yang berlebihan dari jumlah atom positif yang diperlukan oleh setiap sel. Sehubungan itu, cas negatif dan atom negatif yang tiada pasangan, akan tersingkir dari badan manusia melalui sistem perkumuhan dalam badan dan luar badan manusia. Jutaan atom yang tersingkir ini akan membentuk sel mati. Sel mati akan dikeluarkan dari badan seseorang melalui air kencing, najis, peluh dan pada kulit di tubuh badan.Badan manusia yang terdedah kepada asap kenderaan, radiasi telefon pintar, kepanasan matahari, cahaya lampu dan sebagainya akan menyebabkan badan manusia memiliki cas positif yang tinggi.Cas yang tinggi dalam badan manausia akan menyebabkan pengaliran darah yang tidak seimbang dan tidak teratur. Ianya perlu dikeluarkan atau dialirkan cas dengan kaedah yang tepat. Seringkali kita merasa sakit di bahagian bahu, belakang, kaki dan sebagainya. Ini adalah disebabkan oleh pengaliran cas positif yang tidak seimbang. Badan kita memerlukan cas negatif untuk menyeimbangkannya.KilatIalah nyahcas elektrik di ruang atmosfera yang sering berlaku ketika ribut petir dan kadangkala semasa letusan gunung berapi atau ribut debu. Kilat sering diiringi oleh guruh. Dalam nyahcas keelektrikan atmosfera, perintis kilat mampu bergerak selaju 60,000 meter per detik dan mencapai suhu sekitar 30,000 darjah selsius (54,000 darjah Fahrenheit), cukup panas bagi melakur pasir silika kepada kilat membatu, dikenali secara saintifiknya sebagai fulgurit yang lazimnya berongga dan boleh memanjang seberapa jauh ke dalam tanah. Terdapat kira- kira 16 juta ribut petir setiap tahun. Terjahan petir ke tanah iaitu bumi akan menyebabkan bumi bercas negatif.Berjalan di atas rumput (bumi)Bumi memiliki jutaan cas negatif dan badan memiliki cas positif. Untuk menyeimbangkan atau meneutralkan kadar pengaliran darah di dalam tubuh manusia, manusia perlu untuk berjalan di atas rumput atau bumi tanpa beralaskan kasut atau selipar. Kaedah ini amat membantu dalam menghadiahkan manusia kesihatan yang baik. Apa tidaknya, cas positif yang berkumpul di dalam badan manusia yang mempengaruhi pengaliran darah di dalam sistem badan memerlukan cas negatif. Pengaliran cas positif ke bumi akan meneutralkan cas di dalam badan manusia dan pengaliran darah menjadi stabil. Manusia sihat!.

RUJUKAN:● Mohd Solleh Ab Razak, Mendampingi Al-Quran, Telaga Biru, 2019,● Tafsir Al-Quran, Ahmad Sonhadji Mohamad.● Rawatan Penyakit Jasmani (II), Tuan Guru Dato Dr. Haron Din.

BUMI DAN BADAN MANUSIAOleh:

Tuan Haji Nordin Lossin

1826 Safar 1441H/25 Oktober 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 26 Safar 1441H/25 Oktober 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 3

Islam dan Perubatan Enakmen Kita

Page 4: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam · 2019-10-29 · di kampung ini hanya berjumlah kira-kira 500 orang sahaja, sedangkan syarat permohonan penurapan jalan sekurangnya

Penulis dan rakan-rakan bersama pendudukSg. Lokan, Kinabatangan

SUNGAI LOKANOleh: Adi Pitang

Pagi ini seawal 4.40 pagi kami telah bersiap bangun untuk ke Masjid Al-Mubarak Kampung Sungai Lokanyang terletak 2 kilometer dari tempat penginapankami. Cikgu Latip yang juga pengerusi Jawatankuasa Masjid Al-Mubarak telah menunggu dengan kenderaanToyota Vigo Hilux. Jalan berbatu memang sesuaidengan jenis kereta 4×4 itu.

“Mengapa tidak mohon penurapan jalan”? Tanyaku pada cikgu Latip. “Susah sikit” Katanya. “Masyarakatdi kampung ini hanya berjumlah kira-kira 500 orang sahaja, sedangkan syarat permohonan penurapanjalan sekurangnya seramai 1000 orang penduduk”, Jelasnya seolah kecewa. Aku turut bersimpati. Terasa ketika di kampung dulu tahun 80-an jalan masih tidak berturap. Kalau kemarau berhabuk, musim hujanberlumpur dan becak.

Sesampai di masjid, kelihatan kelibat ketua kampung Encik Awang Kecil di dalam masjid. Kami solatberjemaah bersama dan tazkirah subuh oleh ustaz Mohd. Hadi bin Mohd Said, Pegawai Dakwah kami.Hari ini adalah hari terakhir kami berada di Sungai Lokan. Setelah program sukaneka pada sebelahpetangnya. Sempat aku mengikuti larian dalam guni kategori “bapa-bapa” bersama bapa-bapadi kampung itu, berlari dengan sorakan dan tawa lucu dari orang kampung dan rakan-rakan. Di sampingperlawanan bola tampar, tiup belon dan lari dalam guni untuk kaum ibu dan kanak-kanak. Sebelahmalamnya diadakan majlis perasmian/penangguhan program. Agak ramai juga yang hadir padamalam itu, komen ketua kampung. Mungkin disebabkan oleh perasminya, katanya bergurau. Perasmi?Siapa lagi kalau bukan ustaz yang awet muda itu, hahaha.

Kampung Sungai Lokan adalah salah sebuah kampung yang terletak di daerah Kinabatangan. Kampungini boleh dimasuki sama ada mengunakan jalan darat atau sungai. Kedua laluan ini memakan masa lebih1 jam. Penduduknya yang seramai 500 orang itu kebanyakanya bekerja sendiri. Sekolah SK Kg. Lokandi mana kami tinggal mengandungi 2 buah blok bangunan. Sekolah itu mempunyai 45 orang pelajar dan9 orang guru. Sekolah ini terkenal dengan permainan caturnya. Di mana pelajar sekolah ini seringmemenangi pertandingan catur peringkat daerah dan negeri selama 6 tahun berturut-turut. “Sekurang-kurangnya 3 dari 6 peserta yang mewakili negeri ke peringkat Kebangsaan adalah dari sekolah ini”. Jelas cikgu Latif bangga. Aku turut bangga dengan pencapaian catur sekolah ini kerana aku sendiri pemain catur yang baik juga sewaktu belajar di Universiti Malaya dulu (ehem!).

Perjalanan bersama rakan-rakan JHEAINS, Mardi, Hadi, Tompo, Islah, Ali, Sharil, Mazlin, Rosimi, Asmi dan2 sahabat dari Angkatan Belia Islam Sabah (ABIM) iaitu Mohd Fahmi Syamsudin (Naib Presiden ABIMMalaysia) dan Sarif Suhaimi Sarif Mayasin (Ketua ABIM Beluran) memberi satu ruang untuk kami saling meimba pengalaman baru. Lebih-lebih lagi ini kali pertama kami menjejaki kampung Sungai Lokan ini.Kami mengunakan bot kampung melalui jeti Kampung Penggalan untuk sampai ke kampung ini, yangmemakan masa lebih 1 jam melalui sungai Kinabatangan yang penuh mencabar itu. Lebih-lebih lagidi papan tanda jeti Penggalan tertulis amaran bahawa sungai ini ada buaya. Berdebar dalam hatisepanjang perjalanan, hahaha.

Pagi selepas subuh itu, perjalanan kami diteruskan menuju ke kampung Kuamut yang mengambil masakira-kira 4 jam perjalanan megunakan bot. Ada sesuatu di sana yang mungkin memberi makna dalampencarian ini.

KUNJUNGAN MALAM HARIOleh:

Mohd Alwie NoorbakiFakulti Dakwah dan Komunikasi Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati Bandung, Indonesia

Ummul Mukminin Shafi yyah binti Huyay telah berkata: saat itu Rasulullah SAW sedang beriktikafdi masjid. Aku datang mengunjunginya di malam hari. Aku duduk bersama baginda dan aku berbicaradengannya. Aku pun berdiri kerana aku hendak pulang sendirian di malam hari. Baginda pun berdiribersamaku kemudian mengantarkan aku pulang. Inilah yang harus dilakukan oleh seorang muslim.Gelapnya malam telah menarik minat orang-orang jahat dan pengumbar syahwat untuk melancarkan aksi kejahatan.

Lalu lewatlah dua orang Anshar, iaitu Usaid bin Hudhair dan Ibad bin Bisyr. Ketika mereka berdua melihatRasulullah SAW sedang bersamaku, keduanya mempercepatkan jalannya, “Jalanlah perlahan-lahan.Di sini tak ada perkara yang kalian benci. Aku berdiri di sini bersama ibunda kalian, Shafi yyah binti Huyay bin Akhtab”.

Kedua orang itu berkata, “Ya Rasulullah, Subhanallah. Tak seorang pun berperasangka kepadamu kecuali baik. Kami berlindung kepada Allah dari berprasangka buruk kami kepada Rasulullah.”

Semoga Allah SWT memberkati kalian berdua. Aku melihat kalian berdua termasuk orang-orang soleh.Akan tetapi, syaitan itu mengalir pada diri anak Adam seperti mengalirnya darah. Aku khuatir syaitan akan melontarkan keburukan pada hati kalian berdua,” kata Rasulullah SAW.

“Ya Rasulullah, engkau bagi kami sangat agung daripada hal tersebut,” ujar kedua orang itu.

“Aku beritahu kalian berdua walaupun kalian orang-orang soleh, tetapi kalian berdua bukanlah orangyang dijaga dari dosa. Boleh jadi kalian menuduhku sesuatu sehingga kalian berdua menjadi kafi rkembali, maka aku mahu untuk menjaga kalian,” ucap Rasulullah SAW.

“Ya Rasulullah, apa yang harus kami lakukan dalam keadaan seperti ini bila terjadi dengan orang lain?”tanya kedua orang itu.

“Katakan saja seperti yang aku katakan kepada kalian berdua. Menjelaskan dalam setiap persoalanakan menghilangkan keraguan, menepis tuduhan, dan mencegah rintangan.”

“Sebaik-baik guru adalah engkau, ya Rasulullah.”

“Seorang guru yang menjadi panutan harus dapat menghilangkan keraguan dalam hati diri murid-muridnya sehingga keraguan dalam hati mereka masih tersedia penghormatan dan tidak sembarangan menuduh. Jika ia telah melakukan hal itu, maka ia layak ditiru dan diikuti jejaknya oleh murid-muridnyasehingga mereka memperolehi banyak manfaat darinya,” pungkas Rasulullah SAW.

(Riyahus Shalihin, al-Mantsurat Wal-Malh).

426 Safar 1441H/25 Oktober 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 26 Safar 1441H/25 Oktober 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 17

Iktibar Kisah Bicara Kita

Page 5: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam · 2019-10-29 · di kampung ini hanya berjumlah kira-kira 500 orang sahaja, sedangkan syarat permohonan penurapan jalan sekurangnya

Haji Zaini Palembang tiba di Sabah kira-kira tahun 1905 melalui pantai timur Sabah iaitu sewaktu umurnyamasih remaja. Berasal dari Palembang, Sumatera Selatan, Indonesia dan dilahirkan pada tahun sekitar1885-1890, nama penuh tokoh ini ialah Zaini bin Haji Arif ibni al-Marhum Pangeran Yamin al-Din ibnal-Marhum Pangeran Temenggung. Haji Zaini bukanlah pendakwah pertama yang datang danmengislamkan penduduk di Sabah tetapi beliau adalah diantara generasi awal yang datang danmenyebarkan Islam di Sabah.

Walaupun Islam direkodkan telah sampai ke Sabah sejak abad ke-10 Masihi, namun perkembangannyaagak perlahan jika dibandingkan dengan perkembangan Islam di Tanah Melayu. Faktor muka bumi yang berbukit bukau dan mencabar, serta keadaan masyarakatnya yang pelbagai menjadi cabaran besar buatpara pendakwah pada waktu itu yang memerlukan tekad yang tinggi dan usaha keras secara berterusan agar survival Islam terus berlangsung. Melalui dakwah Haji Zaini yang berhikmah, amalan paganismedan animisme yang begitu menebal dalam masyarakat dapat dihapuskan secara bertahap.

Haji Zaini tidak membuka institusi pengajian agama sama ada pondok atau pesantren. Fokus beliauadalah lebih kepada dakwah di tengah-tengah kehidupan bermasyarakat seperti yang dilakukan di Ranau, Kota Belud, Kota Marudu dan Kudat dengan menarik mereka agar meninggalkan amalan paganisme danadat nenek moyang yang bertentangan dengan Islam. Melalui minatnya terhadap metode dakwah yangbertemakan Tauhid, Haji Zaini dilihat cenderung kepada ilmu usuluddin dan tasawuf. Ini berdasarkan kitab yang disimpan dan dipelajari oleh beliau iaitu kitab Futuh al-Ghayb, karya Abd al-Qadir Jilani; Hidayatal-Salikin, karya Imam al-Ghazali dan Kitab Kasy al-Ghayb, karya Zainal Abidin al-Fatani. Sewaktu HajiZaini berada di Haramain (Makkah dan Madinah) beliau sempat berguru dengan ulama-ulama Melayu termasuklah ulama Patani. Ini terbukti melalui kajian ke atas manuskrip peninggalan beliau yang banyakmenggunakan istilah yang digunakan ulama Patani. Seperti perkataan ‘bang’ untuk azan dan iqamatdengan ‘qamat’.

Manuskrip yang ditulis oleh beliau merangkumi fiqh, falak, dan panduan kehidupan seharian seseorangMuslim. Namun begitu, kecenderungan penulisannya lebih kepada usuluddin dan tasawuf. Melaluimanuskrip yang ditulis, beliau mengatakan wajib bagi setiap Muslim yang akil baligh untuk mengetahui20 sifat Allah SWT. Manuskrip ini menjadi kegunaan para pelajar beliau. Beliau adalah seorang yangtekun menulis dan mempunyai bakat seni khat tulisan jawi dan arab.

Haji Zaini banyak memanfaatkan masjid dan surau untuk mengajar agama. Antara kesan positif yangketara adalah ramai yang sudah mampu membaca kitab jawi dan aktiviti berunsurkan Islam semakinmendapat sambutan. Haji Zaini kerap berulang alik dari Kota Belud ke Ranau untuk tujuan ini danmemberi perhatian yang lebih kepada golongan saudara baharu. Kisah pendakwah dan ulama di Sabahyang tabah, gigih dan berhikmah ini harus kita telusuri dan sebarkan agar menjadi ilham dan penyuntiksemangat kepada para pendakwah yang bertebaran di seluruh pelosok bumi Sabah.

RUJUKAN:● Ulama dan Perkembangan Islam di Sarawak dan Sabah, Farid Mat Zain & Anwar Fakhri Omar, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

PENDAKWAH DI PEDALAMAN SABAH:HAJI ZAINI PALEMBANG

Oleh:Fatin Adilah Haji Saufee

Bahagian Dakwah, JHEAINS

WAHABI MEMBAWA FAHAMANMUJASSIMAHOleh: Abd. Rahman Tajudin @ Emang Galileo Fellow CONCAVE-ISSI (Islamic & Strategic Studies Institute)

Mujassimah merupakan suatu fahaman sesat dan songsangyang menyatakan bahawa Allah SWT mempunyai jisim dan jirim iaitu mempunyai anggota badan seperti tangan, kaki, wajah, mata dan sebagainya.Fahaman ini juga mengatakan bahawa Allah SWT mempunyaiarah yang enam iaitu atas, bawah, depan, belakang, kiri dan kanan. Menurut fahaman ini, Allah SWT memasuki ruang alamini kerana terdiri daripada jisim dan jirim.Fahaman ini telah terkeluar daripada akidah Ahli Sunnah WalJama'ah. Fahaman ini telah merosakkan akidah umat Islamyang berakidah Allah SWT tidak menyerupai apa sahaja makhluk.Fahaman mujassimah ini dipegang oleh fi rqah Wahabi yangsememangnya telah menelan bulat-bulat sesuatu nas al-Qurandan As-Sunnah sehingga menerima tekstual ayat mutasyabihat tanpa tafsiran dan takwilan.Sesungguhnya tafsiran dan takwilan itu merupakan metodologiulama silam muktabar yang sememangnya terkandung di dalam nas Lughatul Arabiyyah yang tinggi.Wahabi yang mengakui hanya mengikuti hadis sahaja tanpatafsiran ulama muktabar telah beranggapan bahawa Allah SWT mempunyai kaki, tangan, wajah dan sebagainya.Ini menyebabkan fahaman mujassimah yang teruk kerana tidak memahami kontekstual makna sesebuah ayat Al-Quran danAl-Sunnah dengan mengabaikan metodologi ulama silam.Dengan hal sedemikian, Wahabi yang mengaku salaf telahterjatuh ke lembah akidah yang merosakkan sehinga benar-benar menjadi seorang yang berfi krah Mujassimah, menjisimkan Allah SWT.Tanpa disedari, wahabi yang mentah telahpun menjisimkan Allah SWT. Walaupun pandangan mereka bahawa kaki, tangan, wajahAllah tidak sama dengan kaki, tangan, wajah makhluk, tetapitetap telah tergelincir dalam menjisimkan Allah SWT.Tetap juga makna 'menjisimkan sesuatu' kerana ia telahmenisbahkan berbentuk kepada Allah SWT.Walaupun Wahabi beranggapan bahawa Allah SWT berbezarupa bentuk sahaja dengan makhluk, tetap tergelincir dalamlembah menjisimkan Allah SWT kerana menetapkan bentuk bagi Allah SWT.Fahaman ini sangat jauh dengan pandangan ulama Salaf yang mentafwidhkan (menyerahkan sepenuhnya tanpa ta'yin) ayatmutasyabihat.Sesungguhnya Allah SWT maha sempurna tidak memerlukanapapun termasuk anggota badan yang berjisim dan berjirim.Mempunyai anggota badan adalah sifat khas makhluk yangtidak sempurna, maka dengan sebab itu memerlukan anggotatubuh badan kerana ketidakupaya melakukan sesuatu halkeadaan.Akidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah adalah mensucikan Allah SWT daripada berbentuk sama ada jirim ataupun jisim. Imam Abu

Jaafar ath-Thahawi berkata:

“Maha suci Allah dari batas-batas (bentuk kecil mau pun besar,jadi Allah tidak mempunyai ukuran sama sekali), batas akhir,sisi-sisi, anggota badan yang besar mahu pun anggota badanyang kecil. Dia tidak diliputi oleh satu mahu pun enam arahpenjuru (atas, bawah, kanan, kiri, depan dan belakang) tidakseperti makhluk-Nya yang diliputi enam arah penjuru tersebut.”(Al-Aqidah ath-Thahawiyyah: 38).Imam Abu Hanifah RA pernah berkata: "Allah SWT adalahsesuatu yang tidak sama seperti sesuatu yang lain. Maknasesuatu itu adalah (Dia) wujud tanpa jisim, tanpa jauhar dantanpa ardh." (Al-Fiqh Al Akbar).Sayyidina Ali Ibn Abi Thalib RA berkata: "Sebahagian golongan dari umat Islam ketika kiamat telah dekat akan kembali menjadikafi r. Mereka menjadi kafi r kerana pengingkaran. Merekamengingkari Pencipta mereka (Allah SWT) dan mensifati-Nya dengan sifat-sifat benda dan anggota-anggota badan." (ImamIbn Al-Mu'allim Al-Qurasyi (w. 725H) dalam Kitab NajmAl-Muhtadi Wa Rajm Al-Mu'tadi).Punca fahaman Mujassimah yang terkandung dalam fi rqahWahabi terjadi disebabkan kesilapan memahami Ayat Al-Qurandan Al-Hadith yang mutasyabihat.Daripada Aisyah RA:

Rasulullah SAW bersabda, “Jika kamu menyaksikan orang-orang yang mengikut ayat-ayat mutasyabihat, mereka inilah yang disebutkan oleh Allah (sebagai Sesat dalam surah Al-Imranayat 7), maka waspadalah terhadap mereka.” (H.R Bukhari 4547 & Muslim 2665).Al Imam Ahmad ar-Rifa'i (W. 578 H) dalam al Burhan al-Mu-ayyad berkata:

"Jagalah aqidah kamu sekalian dari berpegang kepada maknazahir ayat al Qur'an dan hadits Nabi Muhammad SAW yangMutasyabihat sebab hal ini merupakan punca kekufuran."Imam As-Suyuti pula berkata:

Kaedah: Imam As-Syafi 'e berkata: "Tidak boleh mengkafi rkanseseorang pun dari ahli kiblat melainkan mujassimaah dan orang yang mengingkari ilmu Allah terhadap perkara-perkara juz'iyyat." (As Asybah wa An Nazho'ir m/s 488).Maka jelas kepada kita bahawa Wahabi telah menjadiMujassimah dengan slogan kembali kepada hadith yanghakikatnya kembali kepada hakikat teks zahir hadith yangmutasyabihat.

1626 Safar 1441H/25 Oktober 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 26 Safar 1441H/25 Oktober 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 5

Jejak UlamaTasawwur

Page 6: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam · 2019-10-29 · di kampung ini hanya berjumlah kira-kira 500 orang sahaja, sedangkan syarat permohonan penurapan jalan sekurangnya

HUKUM MENGHADIRI UPACARA PENGEBUMIAN JIRAN YANG BUKAN BERAGAMA ISLAM

Oleh:Ustaz Abdillah bin Haji Nanun

SOALANApakah hukum menghadiri majlis pengebumian jiran yang bukan beragama Islam?

JAWAPANAlhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Para ulama’ berbeza pandangan dalam menentukan hukum mengiringi jenazah bukan Muslim ke perkuburan mereka.

1. HarusDiriwayatkan daripada Saidina ‘Ali bin Abi Talib, beliau mengkhabarkan:

Maksudnya: “Aku berkata kepada Nabi SAW: Sesungguhnya, bapa saudaramu yang tua dan sesat telah meninggal dunia. Baginda bersabda: ‘Pergilah dan kuburkanlah bapamu. Dan, jangan lakukan sesuatu sehinggalah aku sampai.’ Maka aku pun pergi, menguburkannya dan pergi kembali kepada Baginda. Lalu Baginda memerintahkan aku untuk mandi dan Baginda mendoakanku.” (Riwayat Abu Daud, no. 3214) .

Menurut Imam al-Nawawi: “Tidak mengapa seorang Muslim mengiringi jenazah kerabat bukan Muslim.” (Lihat Minhaj al-Talibin, ms. 62).

Menurut Imam Syamsuddin al-Ramli, tidak mengapa untuk mengiringi jenazah kaum kerabat bukan Muslim dengan berhujahkan hadith di atas. Kerabat di sini adalah yang hampir menurut al-Azra’ie seperti isteri dan tawanan, begitu juga hamba dan jiran tetangga. (Lihat Nihayat al-Muhtaj, 3/187).

Dibolehkan bagi Muslim untuk melihat jenazah bukan Muslim dan mengiringinya ke kuburan sekiranya jenazah itu adalah yang hampir kepada seperti ibu, bapa atau saudara atau yang mempunyai hubungan kerabat dengannya.

2. HaramBerdasarkan kisah kematian Abu Talib, bapa saudara Nabi yang meninggal dunia dan Baginda SAW bersabda kepada Ali RA:

Maksudnya: "Pergilah dan kuburkanlah bapamu. Dan, jangan lakukan sesuatu sehinggalah aku sampai." (Riwayat Abu Daud, no. 3214 & al-Nasa’ie, no. 2006).

Rasulullah SAW hanya mengarahkan Ali RA untuk mengebumikan bapanya (Abu Talib) bahkan Rasulullah SAW tidak pula hadir untuk mengiringi jenazah bapa saudaranya itu dan tidak pula hadir pada hari pengebumiannya. Seterusnya disebutkan: “Tidaklah dikafankan mereka, tidak disolatkan mereka dan tidak juga mengiringi jenazah mereka”. (Lihat Syarh al-Muntaha al-Iradat, 1/347).

KesimpulanBerdasarkan hujah-hujah di atas, kecenderungan kita adalah kepada pandangan mazhab Syafie yang mengharuskan Muslim untuk mengiringi jenazah orang kafir ke kuburan. Jiran juga dikategorikan sebagai kerabat sebagaimana yang dinukilkan oleh al-Azra’ie. Maka, hukum bagi Muslim menghadiri majlis pengebumian jenazah jiran bukan Muslim adalah harus.

Wallahu a’lam.

GUNAKANLAH KATA-KATA YANG BAIK KETIKAMEMBERIKAN NASIHAT

Oleh:Mohd Azrul Nizam bin Junaidi

Fakulti Dakwah dan Komunikasi Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati Bandung, Indonesia

Agama Islam adalah agama nasihat. Semua sendi dalam agama Islam adalah nasihat. Dan setiap kita dalam agama ini, akan sentiasa menasihati dan dinasihati.

Sebagaimana dalam hadith dari Tamim Ad-Dariy Radhiallahu’anhu, Rasulullah Shallallahu ’Alaihi Wasallam bersabda:

“Agama adalah nasihat.” Para sahabat bertanya: “Untuk siapa?”. Beliau menjawab: “Untuk Allah, kitab-Nya, Rasul-Nya, para pemimpin kaum muslimin dan umat muslim seluruhnya.” (HR. Muslim).

Namun menyampaikan nasihat tidak boleh sembarangan. Ada adab-adab yang perlu diperhatikan ketika menyampai nasihat kepada orang lain.

Dalam menyampaikan nasihat hendaklah menggunakan kata-kata yang baik, iaitu kata-kata yang penuh kelembutan dan hikmah. Lihat bagaimana Allah Ta’ala perintahkan Nabi Musa dan Nabi Harun ‘alaihimassalam ketika akan memberi nasihat kepada Fir’aun, Allah SWT berfirman:

“Hendaknya kalian berdua ucapkan perkataan yang lemah lembut, mudah-mudahan ia akan ingat atau takut kepada Allah.” (QS. Thaha: 44).

Padahal Fir’aun jelas kekafirannya dan kezalimannya. Bahkan ia mengatakan: “Aku adalah Tuhan kalian yang Maha Tinggi”. Namun tetap diperintahkan untuk memberi nasihat yang lemah lembut. Maka bagaimana lagi jika yang dinasihati adalah seorang muslim yang beriman kepada Allah SWT?

Celaan dan hinaan tidak menjadi halal ketika memberi nasihat kepada orang yang bersalah atau yang melakukan kesilapan. Celaan dan kata-kata kotor bukanlah akhlak seorang mu’min. Dari Abdullah bin Mas’ud radhiallahu’anhu, Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda:

“Seorang mu’min bukanlah orang yang suka mencela, suka melaknat, suka bicara kotor dan suka bicara jijik.” (HR. Tirmidzi, dishahihkan Al-Albani dalam Silsilah Ash Shahihah).

Dan janganlah menganggap remeh perkataan yang buruk dan menyakiti hati orang lain. Kerana boleh jadi perkataan itu akan menyeret kita ke dalam neraka yang sangat dalam. Dari Abu Hurairah Radhiallahu’ anhu, Nabi Shallallahu’ Alaihi Wasallam bersabda:

“Sesungguhnya seorang hamba ketika berbicara dengan perkataan yang dianggap biasa, namun akan menyebabkan ia masuk neraka 70 tahun.” (HR. Tirmidzi, dishahihkan oleh Albani dalam Shahih At-Tirmidzi).

Maka hindarilah perkara yang berupa mencela, menghina atau segala ucapan yang buruk ketika menasihati sesama muslim. Gunakanlah cara-cara yang baik dan yang mendekatkan bukan membuat permusuhan.

626 Safar 1441H/25 Oktober 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 26 Safar 1441H/25 Oktober 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 15

Remaja Kemusykilan Agama

Page 7: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam · 2019-10-29 · di kampung ini hanya berjumlah kira-kira 500 orang sahaja, sedangkan syarat permohonan penurapan jalan sekurangnya

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidakmenyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; danjanganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang.”

Dalam ayat ini menekankan suruhan agar menghindari sebarang berprasangka, kerana sebahagian perbuatanberprasangka itu akan menjerumus kepada perbuatan dosa. Dalam ayat ini juga terdapat larangan perbuatan tajassus. Tajassus ialah mencari-cari kesalahan atau keburukan orang lain yang merupakan kelangsungan dari prasangka buruk.

Rasulullah SAW memperingatkan kita dalam sabdaannya yang bermaksud: “Berhati-hatilah kalian dari tindakan berprasangka buruk, kerana prasangka buruk adalah sedusta-dusta ucapan. Janganlah kalian saling mencariberita keburukan orang lain, saling mengintai, saling mendengki, saling membelakangi dan saling membenci. Jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara.”

Abu Hatim bin Hibban Al-Busti berkata dalam kitab Raudhah Al-‘Uqala (hal. 131), "Orang yang berakal wajibmencari keselamatan untuk dirinya dengan meninggalkan perbuatan tajassus dan senantiasa sibuk memikirkankelemahan dirinya sendiri. Sesungguhnya orang yang sibuk memikirkan kelemahan dirinya sendiri danmelupakan kelemahan orang lain, maka hatinya akan tenteram dan tidak akan merasa letih. Sementara orangyang sentiasa sibuk memperhatikan keburukan dan kelemahan orang lain dan melupakan kelemahan dirinyasendiri, maka hatinya akan buta, badannya akan merasa letih dan akan sukar baginya meninggalkan sifatnegatif yang ada dalam dirinya.”

Beliau menambah lagi, “Tajassus adalah cabang dari kemunafi kan, sebagaimana sebaliknya prasangka yangbaik merupakan cabang dari keimanan. Orang yang berakal akan berprasangka baik kepada saudaranya, dan tidak mau membuatnya sedih dan berduka. Sedangkan orang yang bodoh akan selalu berprasangka burukkepada saudaranya dan tidak segan silu berbuat jahat dan membuatnya menderita.”

Islam merupakan agama yang sempurna dan amat menitikberatkan hak dalam bersaudara dan bersahabatsesama manusia. Kerana itu, Islam melindungi hak-hak setiap individu mahupun masyarakat dan menegahperbuatan yang boleh merobek perihal peribadi apa tah lagi aib seseorang individu.

Dalam realiti kehidupan seharian kita sering menemui orang yang suka mencari kesalahan dan kelemahanorang lain. Senario negatif ini bukan sahaja berlaku dalam konteks kejiranan tetapi turut didapati dalampersekitaran alam pekerjaan. Rasa tidak senang yang didorong oleh sikap dengki dan iri hati boleh menjadikan seseorang kawan atau sesama penjawat melakukan di luar batas-batas kemanusiaan. Dan yang lebih parahlagi sanggup memfi tnah dan memburuk-burukkan prestasi kerjaya kawan sejawat demi untuk menjayakanagenda untuk menjatuhkan kawan atau dalam istilah lain “berdiri di atas kubur kawan."

Jangan kerana terlalu sibuk memperhatikan kerja orang lain dan menganggap diri lebih jauh baik daripadaorang lain sehingga kita lupa kelemahan dan keburukan karektor kita yang amat perlu diperbaiki.

Sudah masanya kita sebagai penjawat awam yang dikurniakan nikmat Iman dan Islam menghentikan sikapnegatif ini, lalu mencari titik persefahaman di kalangan warga kerja untuk sama-sama bergembleng tenaga, masa, idea dan kepakaran ke arah menjayakan misi dan visi kecemerlangan Jabatan. Keunggulan sebuah organisasiatau jabatan itu bukanlah diukur dengan berapa banyak program dilaksanakan tetapi sejauh mana kesatuandalam kerja berpasukan dapat direalisasikan dalam setiap program yang dirancang.

AYAT AL-QURAN SURAH AL-HUJURAAT : 12“HENTIKAN BERPANDANGAN NEGATIF CARI TITIK

PERSEFAHAMAN”Oleh:

Awang Juri bin Ag. Tahir @ AJATKekasih kita berpesan:

"Janganlah kalian membenci anak-anak perempuan. Sesungguhnya merekalah penemanyang amat bernilai." (HR Ahmad).Untuk lebih memahami hadis ini, marilah kita sama-sama menyoroti latar belakang kehidupan baginda, dan umat Arabsebelum kedatangan Islam.Secara amnya, sikap bangsa Arab sebelum kedatangan Islam kepada anak-anak perempuan amatlah negatif. Mereka menganggap kurnia anak perempuan sebagai sesuatu yang merendahkan martabat, dan memberatkan tanggungannyadi samping menanggung ibunya, serta terdedah pula kepada serangan musuh. Ia sepertimana yang dirakam Allah SWTdi dalam al-Quran:

“Dan apabila dikhabarkan kepada seseorang dari mereka bahawa ia beroleh anak perempuan, muramlah mukanyasepanjang hari (kerana menanggung dukacita), sedang ia menahan perasaan marahnya dalam hati."

"Ia bersembunyi dari orang ramai kerana (merasa malu disebabkan) berita buruk yang disampaikan kepadanya (tentang iaberoleh anak perempuan; sambil ia berfikir): adakah ia akan memelihara anak itu dalam keadaan yang hina, atau ia akanmenanamnya hidup-hidup dalam tanah? Ketahuilah! Sungguh jahat apa yang mereka hukumkan itu.” (an-Nahl, 58 - 59).

Hal membunuh anak-anak perempuan ini adalah benar, dan bukan setakat lintasan fikiran mereka. Allah SWT memberitakan:

“Dan apabila anak perempuan yang ditanam hidup-hidup itu ditanya (Allah di Hari Kiamat) * Atas dosa apakah ia dibunuh?” (at-Takwir, 8 - 9).

Hal ini diamalkan oleh majoriti golongan kabilah Arab berkasta rendah. Sementara kabilah-kabilah yang berdarjat tinggi,dari kerana keistimewaan yang dimiliki mereka, maka kebanyakan anak-anak perempuannya mendapat perlindungan yang sewajarnya, bahkan berstatus tinggi; sepertimana kisahnya ibu kita Siti Khadijah Radiallah Anha.Islam datang membawa pencerahan kepada semua; yang berkasta rendah mahupun berdarjat tinggi, dan mengajarkanhak asasi manusia yang hakiki, mengembalikan manusia kepada karomah insaniahnya kurniaan Ilahi, kepada setiap yangberakal. Termasuklah anak-anak perempuan ini. Semua manusia, lelaki dan perempuan, berhak untuk hidup di muka bumiAllah SWT ini, sebagai makhluk yang bermaruah.Maka, kritikan yang dirakam di dalam al-Quran tentang sikap jahiliyah Arab itu, yang membenci anak-anak perempuanmereka, harus dibacakan bergandingan dengan nas (teks wahyu) yang memuliakan darjat anak perempuan. Demikian,pentafsiran yang wajar dan menyeluruh akan terhasil.Demikian, akan menjadikan kita faham kepada larangan Nabi Sallallah Alaihi Wasallam, agar jangan membenci anakperempuan, ditujukan kepada sikap jahiliyah itu. Menekankan yang anak perempuan adalah manusia, sama juga sepertianak lelaki. Sama-sama berpotensi untuk berjaya mencapai impian mereka dan berpotensi memakmurkan dunia.Ditambah lagi baginda, bahawa adanya sifat naluri khas yang ada pada anak perempuan dan jarang ada pada anaklelaki; Peneman kepada bapanya yang amat bernilai! Sifat yang amat benar, sekiranya kita lihat di sekeliling kita; anak lelakiakan berkeluarga dan berdikari daripada ibubapanya, sementara anak perempuan meskipun sudah berkeluarga, tetapprihatin dan menjaga ibubapanya, sesibukmanapun dia. Anak perempuan lebih memahami ibu bapanya berbanding anaklelaki.Justeru kita sedih, kerana melihat sikap jahiliah Arab itu ada dalam masyarakat kita di Malaysia dinihari, di abad 21 ini. Favoritism/Memilih anak lelaki berbanding anak perempuan, dengan pelbagai alasan dibuat-buat. Tanpa menyedari,bahawa satu-satunya anak Nabi Sallallah Alaihi Wasallam yang bersama baginda hinggalah ke hari baginda wafat,bersama baginda dalam susah senangnya, ialah Fatimah Radiallah Anha, anak perempuan Rasulullah SAW yangamat dikasihinya.

(dikarang sempena Hari Kanak-Kanak Perempuan Sedunia, 11 Oktober).

ANAK PEREMPUAN: PENEMAN YANG AMAT BERNILAIOleh: Mohammad Syafi q Ismail Exco Dakwah dan Tarbiah ABIM Sabah

1426 Safar 1441H/25 Oktober 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 26 Safar 1441H/25 Oktober 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 7

Inti Sari Ayat Al-QuranTinta Ilmiah

Page 8: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam · 2019-10-29 · di kampung ini hanya berjumlah kira-kira 500 orang sahaja, sedangkan syarat permohonan penurapan jalan sekurangnya

KHUNSA DAN KERAGUAN WUDHUOleh:

Nursyuhada AsparAkademi Pengajian Islam Kontemporari Universiti Teknologi Mara, Samarahan II

khunsa atau hermafrodit merujuk kepada organisma yang memiliki kedua-dua jenis alat kelamin yangmembolehkan seseorang bertindak sebagai lelaki atau wanita dalam waktu yang sama. Fiqh Islam membahagikan khunsa kepada dua keadaan, iaitu khunsa wadih dan khunsa musykil. Khunsa wadih adalah keadaan di manaindividu mempunyai dua alat kelamin (zakar dan faraj) dan bagi sesetengah khunsa, salah satu alat kelaminberkenaan berfungsi. Manakala bagi khunsa musykil pula, seorang individu tidak dapat menentukan jantinanya kerana kedua-dua alat kelamin yang kurang jelas fungsinya. Keadaan khunsa musykil berlaku apabila seorang individu itu hanya mempunyai lubang untuk membuang air kecil sahaja dan tidak langsung mempunyai mana-mana alat kelamin.

Dalam menentukan jantina Khunsa sama ada lelaki mahupun wanita para ilmuwan membahagikannya kepada2 bahagian iaitu sebelum dan selepas baligh. Profesor di Universiti al-Qassim, Arab Saudi, Abdul bin Mohamadbin Ahmad al-Tayyar menggariskan, bagi golongan khunsa yang belum mencapai umur baligh, ia dapat dilihatdaripada cara mereka kencing. Jika khunsa itu kencing dan airnya keluar daripada faraj (kemaluan) dan diadidatangi haid, maka ditentukan jantinanya sebagai seorang perempuan dan begitu juga sebaliknya. Jantinakhunsa dewasa pula dapat dikenal pasti melalui perubahan dialami, seperti tumbuh janggut, halkum dan misaibagi lelaki. Dalam menentukan jantina perempuan pula, antara tanda yang dapat dikenal pasti sepertikedatangan haid, tumbuh buah dada dan hamil. Namun yang demikian, sekiranya jika tidak terdapat sebarang tanda maka boleh dilihat dari segi pergaulannya, jika dia cenderung kepada wanita maka dia adalah lelaki dan begitulah sebaliknya.

Imam al-Baihaqi di dalam Kitab Sunan Al-Baihaqi meriwayatkan: Hussin bin Kathir mendengar daripada bapanya yang menyatakan bahawa: “Aku melihat Saidina Ali dalam menentukan jantina khunsa, di mana beliau berkata: Lihatlah kepada jalan keluarnya air kencing, maka ditentukan jantinanya daripada itu.”

Dalam satu riwayat lain, Ali RA berkata: “Sekiranya air kencing itu keluar melalui zakarnya, maka dia adalahlelaki. Dan sekiranya ia keluar dari faraj (kemaluan), maka ia adalah perempuan.”

Persoalan yang meniti di bibir masyarakat, “adakah batal wudhu lelaki mahupun wanita sekiranya tersentuhgolongan Khunsa?”

Tidak batal wudhu seseorang itu sekiranya bersentuhan dengan Khunsa kerana dalam surah Al-Maidah: 06(…atau kamu menyentuh perempuan) terjemahnya. Ayat ini dengan jelas hanya menyebut perempuan. Lagipun maksud menyentuh perempuan menurut jumhur (kecuali Syafi ’iy) ialah menyentuh dengan syahwat, manakala menurut Hanafi menyentuh itu bermaksud jima’ (hubungan seks). Walau bagaimanapun, ia berbalik pada hukum asal iaitu perlu dikenal pasti sama ada Khunsa tersebut cenderung ke arah lelaki atau perempuan. Jika timbulnafsu syahwatnya ketika bersama lelaki, maka batallah wudhu lelaki tersebut sekiranya bersentuh dan begitujuga sebaliknya. Akhir sekali, perlulah dijelaskan bahawa perbuatan mengubah ciptaan Tuhan dengan caramenukar jantina adalah haram lagi berdosa besar. Ia tidak boleh sama sekali disamakan dengan khunsamusykil kerana golongan transeksual ini pada asal kejadiannya adalah seorang lelaki atau perempuan, tetapi mengubah jantinanya kepada yang berlawanan. Manakala khunsa musykil pula memang pada asalkejadiannya mempunyai dua kemaluan. Semoga dengan pencerahan ini dapat memberikan kefahaman yangjelas kepada kita.

ASAS-ASAS KEHAKIMAN DALAM ISLAMOleh:

Ustaz Mohd Azlan bin Haji Bakri Pensyarah Institut Tahfi z Al-Quran Negeri Sabah (ITQAS)

MAKSUD HADISDaripada lbnu Abbas R.Anhuma, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Sekiranya manusiadiberikan (dipenuhi) setiap tuntutan dan dakwaan mereka, nescaya ramai orang akan menuntutharta benda menjadi miliknya dan darah kaum lain (iaitu menuntut bunuh balas), akan tetapimestilah tuntutan itu mempunyai bukti keterangan bagi pihak yang mendakwa dan sumpah bagi orang yang tidak mengaku (mengingkari dakwaan).

(Hadis ini hadis Hasan diriwayatkan oleh al-lmam al-Baihaqi dan lain-lain sedemikian dan sebahagiannya terdapat dalam kitabsahih Bukhari dan Muslim).

HURAIAN HADISHadis ini menjelaskan kepada kita satu kaedah yang penting dalam menentukan satu-satu hukum atau keputusan danmerupakan sumber pegangan yang terpenting ketika terjadinya perselisihan dan permusuhan antara orang-orang yangbersengketa. Suatu perkara tidak boleh diputuskan semata-mata berdasarkan pengakuan atau tuntutan daripada seseorang.Agama Islam mempunyai sistem hidup yang sempurna dan menyeluruh. Islam mengajarkan kepada penganutnya aqidahyang bersih, ibadah yang benar, akhlak yang mulia, hukum yang menjamin setiap hak dan melindungi nyawa, harta dankehormatan setiap individu.

Hadis tersebut juga menerangkan tentang sikap dan tabiat buruk kebanyakan manusia, di mana mereka gemar mendakwasesuatu yang bukan hak milik mereka. Sekiranya semua dakwaan mereka dipenuhi, nescaya akan rosaklah sistemkehidupan manusia. Secara tidak langsung ia juga membayangkan bahawa banyak terjadi persengketaan, pergaduhan,pembunuhan dan peperangan berlaku di kalangan manusia yang membabitkan soal harta benda dan kekayaan. Untukmenghadapi kes tuntutan dan dakwaan seumpama ini, lslam membawa suatu kaedah kehakiman yang bijaksana iaitusetiap orang yang mendakwa sebarang tuntutan mestilah mengemukakan bukti keterangan yang menyokong dakwaannyasementara orang yang didakwa pula mestilah bersumpah menafi kan tuduhan tersebut.

PENGAJARAN HADIS1. Agama lslam adalah agama yang adil dan menyelesaikan masalah umatnya secara adil dan saksama. Syariat Islam

juga memelihara darah, harta dan kehormatan setiap individu.2. Agama Islam melarang umatnya mendakwa tanpa bukti atau menganggu individu lain dengan sesuka hati.3. Seorang hakim harus meminta dari kedua orang yang bersengketa, sesuatu yang dapat menguatkan pengakuan mereka

seperti saksi yang cukup syarat-syaratnya.4. Seorang hakim tidak boleh memutuskan sebuah perkara dengan menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.5. Seorang hakim harus berusaha keras untuk mengetahui permasalahan sebenarnya dan menjelaskan hukumnya

berdasarkan apa yang tampak baginya.6. Pada dasarnya seseorang bebas dari tuduhan hingga terbukti perbuatan jahatnya.7. Sekiranya orang yang terdakwa tidak mahu bersumpah, maka orang yang mendakwa hendaklah bersumpah. Bersumpah

hanya diperbolehkan atas nama Allah SWT sahaja.

RUJUKAN:● Al-Kafi Syarah 40 Hadis, Dr Zulkifl i Mohammad Al-Bakri, Pustaka Cahaya Kasturi Sdn Bhd, Cetakan Pertama, 2016.● Al-Wafi Syarah Hadith 40 Imam Nawawi, Dr Mustafa Al-Bugha, Muhyiddin Misto, Al-Hidayah Publication, 2016.

826 Safar 1441H/25 Oktober 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 26 Safar 1441H/25 Oktober 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 13

Sentuhan HadisFiqh Wanita

Page 9: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam · 2019-10-29 · di kampung ini hanya berjumlah kira-kira 500 orang sahaja, sedangkan syarat permohonan penurapan jalan sekurangnya

KEYAKINAN KEPADA QADA' DAN QADAR(BAHAGIAN 1)

Oleh:Abdu Khalil bin Hassan

Keyakinan dan kepercayaan kepada qada’ dan qadar adalah rukun Iman yang keenam iaitu mempercayai bahawa segala yang berlaku adalah ketentuan Allah SWT semata-mata. Imam Ibnu Hajar al-Asqalaniberkata, “Mereka, yakni para ulama mengatakan, ‘Qadha’ adalah ketentuan yang bersifat umum dan globalsejak zaman azali, sedangkan qadar adalah bahagian-bahagian dan perincian-perincian dari ketentuantersebut. (Al-Asqalani Fathul Bari).

Sebagai seorang Muslim, maka wajiblah ke atas kita untuk meyakini bahawa segala apa yang kita hendaklaksanakan tidak mampu untuk kita buat melainkan dengan adanya izin Allah SWT. Seseorang yanghendak berbuat baik atau buruk ataupun apa yang dirancang hanya akan terlaksana jika ditakdirkan olehAllah SWT. Ada takdir yang mana tidak sesuai dengan kehendak kita. Ada takdir yang selari dengankehendak kita. Lahir di perut siapa, keturunan apa dan sebagainya bukanlah sesuatu yang tergantung ataspilihan kita.

Daripada Abdullah bin Abbas R.anhuma meriwayatkan bahawasanya Jibril AS bertanya kepada BagindaRasulullah SAW: "apakah itu iman? Baginda menjawab; Iman itu ialah kamu beriman kepada Allah SWT,kepada Hari akhirat, kepada malaikat-malaikat, kepada kitab-kitab, kamu beriman dengan adanya matidan kehidupan setelah mati, beriman dengan syurga dan neraka, Hisab dan timbangan serta berimandengan takdir yang berlaku sama ada baik atau buruk. Jibrail AS bertanya jika aku buat demikian adakahaku beriman? Rasulullah SAW menjawab "jikalau kamu berbuat sedemikian maka kamu sudah beriman."(Hadith Musnad Ahmad).

Al-Quran menyebut berkenaan Kalimah Qada’ sebagaimana dalam Surah Al-Ahzab ayat 36 yangbermaksud: "Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allahdan Rasul-Nya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyaihak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukumAllah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata."

Begitu juga dengan Kalimah Qadar yang disebut di dalam Surah Al-Qamar ayat 49:

Bermaksud: "Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan)."

Di dalam sejarah Islam, perkataan qada’ dan qadar disebut sebagai takdir dalam perbualan harian, malahan pernah menimbulkan polemik dan salah faham di kalangan penganut Islam itu sendiri kerana perkataantakdir ada yang memberi pengertian sebagai suatu sikap pasrah kepada nasib tanpa sebarang usaha dan ikhtiar. Untuk menghindari kesalahfahaman pengertian tersebut, maka ia perlu difahami dengan perspektif yang benar mengikut pandangan Ulama’ Ahlus Sunnah Wal Jama’ah.

Dalam meyakini Rukun Iman yang keenam ini, ada beberapa hal yang perlu dijelaskan. Di antaranya yang terpenting adalah hubungan takdir dengan kehendak bebas atau free will manusia.. Untuk itu perludikemukakan persoalan berikut: Dalam meyakini takdir Ilahi apakah manusia mempunyai kehendak bebasdalam mengatur perbuatannya? menjawab pertanyaan ini, ada dua teori yang berbeza yang bolehdiketengahkan. Perbezaan itu disebabkan kerana perbezaan pendapat mengenai kekuatan Tuhan yangmutlak dan keadilan Tuhan mengenai perbuatan manusia.

SIFAT AMANAH SEBAGAI NILAI TERAS INTEGRITIOleh:

Mohd Fauzee bin HarithUnit Integriti Negeri Sabah

Amanah dalam bahasa Arab membawa maksud aman, tenteram dan terselamatyang merangkumi ketaatan, keimanan, ibadah, kepimpinan, perjanjian, perniagaandan sebagainya. Ia memberi makna yang begitu besar terhadap integriti. Amanahmerupakan tanggungjawab yang amat besar, diterima oleh seseorang yangmemberikan kepercayaan sepenuhnya untuk dilaksanakan sebagaimana yangdituntut tanpa mengabaikannya. Melaksanakan amanah ertinya aman dantenteramlah individu yang diberikan kepercayaan itu dan terselamatlah ia dariunsur khianat, rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan, pecah amanah sertapenipuan.

Faktor nilai merupakan elemen terpenting dalam membina pengurusan serta pentadbiran yang mantapdan berintegriti. Fenomena amalan tidak beretika dan kroniknya kepimpinan global dalam pengurusanpentadbiran yang acap kali berlaku mutakhir ini merupakan bukti lemahnya keprihatinan amalan kepadanilai agamanya. Nilai “teras” membawa pengaruh yang amat besar kerana ianya membentuk motivasidalaman yang mampu menolak, mendorong dan menggerakkan seseorang itu dalam mengamalkan sikap berintegriti. Nilai “teras” itulah yang akan membentuk dan memandu perilakunya mencapai objektif, dasarserta hala tuju organisasi dengan jelas dan mantap.

Nilai amanah bersifat universal dan diterima oleh semua fahaman agama. Contohnya agama Hindu melaluiprinsip moral yang menjadi amalan penganutnya dengan menyebut nilai amanah dengan nama “Asteya”.Penganut Konfusianisme pula menyebut “Ren” sebagai nilai amanah dengan mengamalkan prinsip “Xin” (Ikhlas)dan “Cheng” (Jujur) dalam setiap pegangan tradisinya. Begitu juga dengan ajaran Buddha dengan falsafah“sila”nya yang bermaksud kebaikan akhlak dan moral yang mampu memupuk keharmonian serta kesejahteraansejagat. Seterusnya di dalam Bible yang merupakan kitab teragung bagi penganut Kristian, terdapat tidakkurang dari 99 ayat “honesty” atau nilai amanah dihurai mengikut tajuknya yang tersendiri. Dengan ini tidakketerlaluan jika kita mengatakan bahawa kesemua agama di dunia ini berpaksikan nilai-nilai dan etika yangmantap khususnya nilai amanah, demi memastikan pembangunan masyarakat penganut itu hidup denganpenuh pedoman dan teratur. Kepentingan amanah ditegaskan oleh Allah SWT di dalam fi rman-Nya yangbermaksud:

“Sesungguhnya Kami telah menawarkan amanah (tanggungjawab) kepada langit, bumi dan gunung-ganangtetapi mereka enggan untuk memikulnya dan takut terhadapnya.” (Surah Al-Ahzab 33: 72) .

Firman-Nya lagi yang mafhumnya:

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menunaikan segala amanah kepada ahlinya dan apabila kamumenghukum di antara manusia hendaklah menghukum dengan adil.” (Surah An-Nisa’ 4:58).

Nilai amanah dari perspektif al-Quran ini merupakan “taklif” (penyerahan beban tugas dan pekerjaan) yang perlu dipikul umat manusia setelah semua makhluk lain enggan untuk mengambilnya. Ulama Hadith pula mentafsirkan taklif amanah dengan maksud tugas dan tanggungjawab yang dipikulkan kepada bahu manusia seperti halnya dengan iman, sehingga Nabi SAW sendiri bersabda “tidak ada iman bagi sesiapa yang tidak amanah” (Hadith Riwayat Imam Ahmad). Islam amat mementingkan amanah kerana ia membentuk kestabilan masyarakat. Orang yang amanah atau al-Amin akan mendapat kepercayaan dan penghormatan dari masyarakat. Sebaliknya bagi orang yang khianat (al-Kha’in) pula akan menjadi sasaran kemarahan dan kehinaan. Kesannya, kejayaan padasifat yang pertama dan kegagalan pada sifat kedua. Kesimpulannya, jika kita ingin berjaya dalam bidang yang diceburi, usahalah dalam membangun kepercayaan dan dikenali sebagai seseorang yang dapat dipercayadalam memegang amanah. Money is not number one capital in business. The number one capital is trust.Wallahu a’lam bissowab.

1226 Safar 1441H/25 Oktober 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 26 Safar 1441H/25 Oktober 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 9

Akidah Artikel Pilihan

Page 10: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam · 2019-10-29 · di kampung ini hanya berjumlah kira-kira 500 orang sahaja, sedangkan syarat permohonan penurapan jalan sekurangnya

Bengkel Penulisan Kreatif Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabahdirasmikan oleh Ustaz Mohammad Sidik Haji Ag. Adi, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Islam

di Bilik Hijrah Wisma MUIS pada 25 September 2019

Majlis Sambutan Ma'al Hijrah Peringkat Daerah Beluran dirasmikan olehYang Berbahagia Datuk Ustaz Haji Saifulzaman bin Sangul, Pengarah Jabatan Hal Ehwal

Agama Islam Negeri Sabah seterusnya menyampaikan Anugerah Tokoh Ma'al Hijrahkategori lelaki dan wanita di Dewan Serbaguna Pekan Beluran pada 14 Oktober 2019

Peristiwa

1026 Safar 1441H/25 Oktober 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 26 Safar 1441H/25 Oktober 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 11

Peristiwa

Page 11: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam · 2019-10-29 · di kampung ini hanya berjumlah kira-kira 500 orang sahaja, sedangkan syarat permohonan penurapan jalan sekurangnya

Bengkel Penulisan Kreatif Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabahdirasmikan oleh Ustaz Mohammad Sidik Haji Ag. Adi, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Islam

di Bilik Hijrah Wisma MUIS pada 25 September 2019

Majlis Sambutan Ma'al Hijrah Peringkat Daerah Beluran dirasmikan olehYang Berbahagia Datuk Ustaz Haji Saifulzaman bin Sangul, Pengarah Jabatan Hal Ehwal

Agama Islam Negeri Sabah seterusnya menyampaikan Anugerah Tokoh Ma'al Hijrahkategori lelaki dan wanita di Dewan Serbaguna Pekan Beluran pada 14 Oktober 2019

Peristiwa

1026 Safar 1441H/25 Oktober 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 26 Safar 1441H/25 Oktober 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 11

Peristiwa

Page 12: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam · 2019-10-29 · di kampung ini hanya berjumlah kira-kira 500 orang sahaja, sedangkan syarat permohonan penurapan jalan sekurangnya

KEYAKINAN KEPADA QADA' DAN QADAR(BAHAGIAN 1)

Oleh:Abdu Khalil bin Hassan

Keyakinan dan kepercayaan kepada qada’ dan qadar adalah rukun Iman yang keenam iaitu mempercayai bahawa segala yang berlaku adalah ketentuan Allah SWT semata-mata. Imam Ibnu Hajar al-Asqalaniberkata, “Mereka, yakni para ulama mengatakan, ‘Qadha’ adalah ketentuan yang bersifat umum dan globalsejak zaman azali, sedangkan qadar adalah bahagian-bahagian dan perincian-perincian dari ketentuantersebut. (Al-Asqalani Fathul Bari).

Sebagai seorang Muslim, maka wajiblah ke atas kita untuk meyakini bahawa segala apa yang kita hendaklaksanakan tidak mampu untuk kita buat melainkan dengan adanya izin Allah SWT. Seseorang yanghendak berbuat baik atau buruk ataupun apa yang dirancang hanya akan terlaksana jika ditakdirkan olehAllah SWT. Ada takdir yang mana tidak sesuai dengan kehendak kita. Ada takdir yang selari dengankehendak kita. Lahir di perut siapa, keturunan apa dan sebagainya bukanlah sesuatu yang tergantung ataspilihan kita.

Daripada Abdullah bin Abbas R.anhuma meriwayatkan bahawasanya Jibril AS bertanya kepada BagindaRasulullah SAW: "apakah itu iman? Baginda menjawab; Iman itu ialah kamu beriman kepada Allah SWT,kepada Hari akhirat, kepada malaikat-malaikat, kepada kitab-kitab, kamu beriman dengan adanya matidan kehidupan setelah mati, beriman dengan syurga dan neraka, Hisab dan timbangan serta berimandengan takdir yang berlaku sama ada baik atau buruk. Jibrail AS bertanya jika aku buat demikian adakahaku beriman? Rasulullah SAW menjawab "jikalau kamu berbuat sedemikian maka kamu sudah beriman."(Hadith Musnad Ahmad).

Al-Quran menyebut berkenaan Kalimah Qada’ sebagaimana dalam Surah Al-Ahzab ayat 36 yangbermaksud: "Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allahdan Rasul-Nya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyaihak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukumAllah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata."

Begitu juga dengan Kalimah Qadar yang disebut di dalam Surah Al-Qamar ayat 49:

Bermaksud: "Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan)."

Di dalam sejarah Islam, perkataan qada’ dan qadar disebut sebagai takdir dalam perbualan harian, malahan pernah menimbulkan polemik dan salah faham di kalangan penganut Islam itu sendiri kerana perkataantakdir ada yang memberi pengertian sebagai suatu sikap pasrah kepada nasib tanpa sebarang usaha dan ikhtiar. Untuk menghindari kesalahfahaman pengertian tersebut, maka ia perlu difahami dengan perspektif yang benar mengikut pandangan Ulama’ Ahlus Sunnah Wal Jama’ah.

Dalam meyakini Rukun Iman yang keenam ini, ada beberapa hal yang perlu dijelaskan. Di antaranya yang terpenting adalah hubungan takdir dengan kehendak bebas atau free will manusia.. Untuk itu perludikemukakan persoalan berikut: Dalam meyakini takdir Ilahi apakah manusia mempunyai kehendak bebasdalam mengatur perbuatannya? menjawab pertanyaan ini, ada dua teori yang berbeza yang bolehdiketengahkan. Perbezaan itu disebabkan kerana perbezaan pendapat mengenai kekuatan Tuhan yangmutlak dan keadilan Tuhan mengenai perbuatan manusia.

SIFAT AMANAH SEBAGAI NILAI TERAS INTEGRITIOleh:

Mohd Fauzee bin HarithUnit Integriti Negeri Sabah

Amanah dalam bahasa Arab membawa maksud aman, tenteram dan terselamatyang merangkumi ketaatan, keimanan, ibadah, kepimpinan, perjanjian, perniagaandan sebagainya. Ia memberi makna yang begitu besar terhadap integriti. Amanahmerupakan tanggungjawab yang amat besar, diterima oleh seseorang yangmemberikan kepercayaan sepenuhnya untuk dilaksanakan sebagaimana yangdituntut tanpa mengabaikannya. Melaksanakan amanah ertinya aman dantenteramlah individu yang diberikan kepercayaan itu dan terselamatlah ia dariunsur khianat, rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan, pecah amanah sertapenipuan.

Faktor nilai merupakan elemen terpenting dalam membina pengurusan serta pentadbiran yang mantapdan berintegriti. Fenomena amalan tidak beretika dan kroniknya kepimpinan global dalam pengurusanpentadbiran yang acap kali berlaku mutakhir ini merupakan bukti lemahnya keprihatinan amalan kepadanilai agamanya. Nilai “teras” membawa pengaruh yang amat besar kerana ianya membentuk motivasidalaman yang mampu menolak, mendorong dan menggerakkan seseorang itu dalam mengamalkan sikap berintegriti. Nilai “teras” itulah yang akan membentuk dan memandu perilakunya mencapai objektif, dasarserta hala tuju organisasi dengan jelas dan mantap.

Nilai amanah bersifat universal dan diterima oleh semua fahaman agama. Contohnya agama Hindu melaluiprinsip moral yang menjadi amalan penganutnya dengan menyebut nilai amanah dengan nama “Asteya”.Penganut Konfusianisme pula menyebut “Ren” sebagai nilai amanah dengan mengamalkan prinsip “Xin” (Ikhlas)dan “Cheng” (Jujur) dalam setiap pegangan tradisinya. Begitu juga dengan ajaran Buddha dengan falsafah“sila”nya yang bermaksud kebaikan akhlak dan moral yang mampu memupuk keharmonian serta kesejahteraansejagat. Seterusnya di dalam Bible yang merupakan kitab teragung bagi penganut Kristian, terdapat tidakkurang dari 99 ayat “honesty” atau nilai amanah dihurai mengikut tajuknya yang tersendiri. Dengan ini tidakketerlaluan jika kita mengatakan bahawa kesemua agama di dunia ini berpaksikan nilai-nilai dan etika yangmantap khususnya nilai amanah, demi memastikan pembangunan masyarakat penganut itu hidup denganpenuh pedoman dan teratur. Kepentingan amanah ditegaskan oleh Allah SWT di dalam fi rman-Nya yangbermaksud:

“Sesungguhnya Kami telah menawarkan amanah (tanggungjawab) kepada langit, bumi dan gunung-ganangtetapi mereka enggan untuk memikulnya dan takut terhadapnya.” (Surah Al-Ahzab 33: 72) .

Firman-Nya lagi yang mafhumnya:

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menunaikan segala amanah kepada ahlinya dan apabila kamumenghukum di antara manusia hendaklah menghukum dengan adil.” (Surah An-Nisa’ 4:58).

Nilai amanah dari perspektif al-Quran ini merupakan “taklif” (penyerahan beban tugas dan pekerjaan) yang perlu dipikul umat manusia setelah semua makhluk lain enggan untuk mengambilnya. Ulama Hadith pula mentafsirkan taklif amanah dengan maksud tugas dan tanggungjawab yang dipikulkan kepada bahu manusia seperti halnya dengan iman, sehingga Nabi SAW sendiri bersabda “tidak ada iman bagi sesiapa yang tidak amanah” (Hadith Riwayat Imam Ahmad). Islam amat mementingkan amanah kerana ia membentuk kestabilan masyarakat. Orang yang amanah atau al-Amin akan mendapat kepercayaan dan penghormatan dari masyarakat. Sebaliknya bagi orang yang khianat (al-Kha’in) pula akan menjadi sasaran kemarahan dan kehinaan. Kesannya, kejayaan padasifat yang pertama dan kegagalan pada sifat kedua. Kesimpulannya, jika kita ingin berjaya dalam bidang yang diceburi, usahalah dalam membangun kepercayaan dan dikenali sebagai seseorang yang dapat dipercayadalam memegang amanah. Money is not number one capital in business. The number one capital is trust.Wallahu a’lam bissowab.

1226 Safar 1441H/25 Oktober 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 26 Safar 1441H/25 Oktober 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 9

Akidah Artikel Pilihan

Page 13: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam · 2019-10-29 · di kampung ini hanya berjumlah kira-kira 500 orang sahaja, sedangkan syarat permohonan penurapan jalan sekurangnya

KHUNSA DAN KERAGUAN WUDHUOleh:

Nursyuhada AsparAkademi Pengajian Islam Kontemporari Universiti Teknologi Mara, Samarahan II

khunsa atau hermafrodit merujuk kepada organisma yang memiliki kedua-dua jenis alat kelamin yangmembolehkan seseorang bertindak sebagai lelaki atau wanita dalam waktu yang sama. Fiqh Islam membahagikan khunsa kepada dua keadaan, iaitu khunsa wadih dan khunsa musykil. Khunsa wadih adalah keadaan di manaindividu mempunyai dua alat kelamin (zakar dan faraj) dan bagi sesetengah khunsa, salah satu alat kelaminberkenaan berfungsi. Manakala bagi khunsa musykil pula, seorang individu tidak dapat menentukan jantinanya kerana kedua-dua alat kelamin yang kurang jelas fungsinya. Keadaan khunsa musykil berlaku apabila seorang individu itu hanya mempunyai lubang untuk membuang air kecil sahaja dan tidak langsung mempunyai mana-mana alat kelamin.

Dalam menentukan jantina Khunsa sama ada lelaki mahupun wanita para ilmuwan membahagikannya kepada2 bahagian iaitu sebelum dan selepas baligh. Profesor di Universiti al-Qassim, Arab Saudi, Abdul bin Mohamadbin Ahmad al-Tayyar menggariskan, bagi golongan khunsa yang belum mencapai umur baligh, ia dapat dilihatdaripada cara mereka kencing. Jika khunsa itu kencing dan airnya keluar daripada faraj (kemaluan) dan diadidatangi haid, maka ditentukan jantinanya sebagai seorang perempuan dan begitu juga sebaliknya. Jantinakhunsa dewasa pula dapat dikenal pasti melalui perubahan dialami, seperti tumbuh janggut, halkum dan misaibagi lelaki. Dalam menentukan jantina perempuan pula, antara tanda yang dapat dikenal pasti sepertikedatangan haid, tumbuh buah dada dan hamil. Namun yang demikian, sekiranya jika tidak terdapat sebarang tanda maka boleh dilihat dari segi pergaulannya, jika dia cenderung kepada wanita maka dia adalah lelaki dan begitulah sebaliknya.

Imam al-Baihaqi di dalam Kitab Sunan Al-Baihaqi meriwayatkan: Hussin bin Kathir mendengar daripada bapanya yang menyatakan bahawa: “Aku melihat Saidina Ali dalam menentukan jantina khunsa, di mana beliau berkata: Lihatlah kepada jalan keluarnya air kencing, maka ditentukan jantinanya daripada itu.”

Dalam satu riwayat lain, Ali RA berkata: “Sekiranya air kencing itu keluar melalui zakarnya, maka dia adalahlelaki. Dan sekiranya ia keluar dari faraj (kemaluan), maka ia adalah perempuan.”

Persoalan yang meniti di bibir masyarakat, “adakah batal wudhu lelaki mahupun wanita sekiranya tersentuhgolongan Khunsa?”

Tidak batal wudhu seseorang itu sekiranya bersentuhan dengan Khunsa kerana dalam surah Al-Maidah: 06(…atau kamu menyentuh perempuan) terjemahnya. Ayat ini dengan jelas hanya menyebut perempuan. Lagipun maksud menyentuh perempuan menurut jumhur (kecuali Syafi ’iy) ialah menyentuh dengan syahwat, manakala menurut Hanafi menyentuh itu bermaksud jima’ (hubungan seks). Walau bagaimanapun, ia berbalik pada hukum asal iaitu perlu dikenal pasti sama ada Khunsa tersebut cenderung ke arah lelaki atau perempuan. Jika timbulnafsu syahwatnya ketika bersama lelaki, maka batallah wudhu lelaki tersebut sekiranya bersentuh dan begitujuga sebaliknya. Akhir sekali, perlulah dijelaskan bahawa perbuatan mengubah ciptaan Tuhan dengan caramenukar jantina adalah haram lagi berdosa besar. Ia tidak boleh sama sekali disamakan dengan khunsamusykil kerana golongan transeksual ini pada asal kejadiannya adalah seorang lelaki atau perempuan, tetapi mengubah jantinanya kepada yang berlawanan. Manakala khunsa musykil pula memang pada asalkejadiannya mempunyai dua kemaluan. Semoga dengan pencerahan ini dapat memberikan kefahaman yangjelas kepada kita.

ASAS-ASAS KEHAKIMAN DALAM ISLAMOleh:

Ustaz Mohd Azlan bin Haji Bakri Pensyarah Institut Tahfi z Al-Quran Negeri Sabah (ITQAS)

MAKSUD HADISDaripada lbnu Abbas R.Anhuma, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Sekiranya manusiadiberikan (dipenuhi) setiap tuntutan dan dakwaan mereka, nescaya ramai orang akan menuntutharta benda menjadi miliknya dan darah kaum lain (iaitu menuntut bunuh balas), akan tetapimestilah tuntutan itu mempunyai bukti keterangan bagi pihak yang mendakwa dan sumpah bagi orang yang tidak mengaku (mengingkari dakwaan).

(Hadis ini hadis Hasan diriwayatkan oleh al-lmam al-Baihaqi dan lain-lain sedemikian dan sebahagiannya terdapat dalam kitabsahih Bukhari dan Muslim).

HURAIAN HADISHadis ini menjelaskan kepada kita satu kaedah yang penting dalam menentukan satu-satu hukum atau keputusan danmerupakan sumber pegangan yang terpenting ketika terjadinya perselisihan dan permusuhan antara orang-orang yangbersengketa. Suatu perkara tidak boleh diputuskan semata-mata berdasarkan pengakuan atau tuntutan daripada seseorang.Agama Islam mempunyai sistem hidup yang sempurna dan menyeluruh. Islam mengajarkan kepada penganutnya aqidahyang bersih, ibadah yang benar, akhlak yang mulia, hukum yang menjamin setiap hak dan melindungi nyawa, harta dankehormatan setiap individu.

Hadis tersebut juga menerangkan tentang sikap dan tabiat buruk kebanyakan manusia, di mana mereka gemar mendakwasesuatu yang bukan hak milik mereka. Sekiranya semua dakwaan mereka dipenuhi, nescaya akan rosaklah sistemkehidupan manusia. Secara tidak langsung ia juga membayangkan bahawa banyak terjadi persengketaan, pergaduhan,pembunuhan dan peperangan berlaku di kalangan manusia yang membabitkan soal harta benda dan kekayaan. Untukmenghadapi kes tuntutan dan dakwaan seumpama ini, lslam membawa suatu kaedah kehakiman yang bijaksana iaitusetiap orang yang mendakwa sebarang tuntutan mestilah mengemukakan bukti keterangan yang menyokong dakwaannyasementara orang yang didakwa pula mestilah bersumpah menafi kan tuduhan tersebut.

PENGAJARAN HADIS1. Agama lslam adalah agama yang adil dan menyelesaikan masalah umatnya secara adil dan saksama. Syariat Islam

juga memelihara darah, harta dan kehormatan setiap individu.2. Agama Islam melarang umatnya mendakwa tanpa bukti atau menganggu individu lain dengan sesuka hati.3. Seorang hakim harus meminta dari kedua orang yang bersengketa, sesuatu yang dapat menguatkan pengakuan mereka

seperti saksi yang cukup syarat-syaratnya.4. Seorang hakim tidak boleh memutuskan sebuah perkara dengan menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.5. Seorang hakim harus berusaha keras untuk mengetahui permasalahan sebenarnya dan menjelaskan hukumnya

berdasarkan apa yang tampak baginya.6. Pada dasarnya seseorang bebas dari tuduhan hingga terbukti perbuatan jahatnya.7. Sekiranya orang yang terdakwa tidak mahu bersumpah, maka orang yang mendakwa hendaklah bersumpah. Bersumpah

hanya diperbolehkan atas nama Allah SWT sahaja.

RUJUKAN:● Al-Kafi Syarah 40 Hadis, Dr Zulkifl i Mohammad Al-Bakri, Pustaka Cahaya Kasturi Sdn Bhd, Cetakan Pertama, 2016.● Al-Wafi Syarah Hadith 40 Imam Nawawi, Dr Mustafa Al-Bugha, Muhyiddin Misto, Al-Hidayah Publication, 2016.

826 Safar 1441H/25 Oktober 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 26 Safar 1441H/25 Oktober 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 13

Sentuhan HadisFiqh Wanita

Page 14: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam · 2019-10-29 · di kampung ini hanya berjumlah kira-kira 500 orang sahaja, sedangkan syarat permohonan penurapan jalan sekurangnya

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidakmenyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; danjanganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang.”

Dalam ayat ini menekankan suruhan agar menghindari sebarang berprasangka, kerana sebahagian perbuatanberprasangka itu akan menjerumus kepada perbuatan dosa. Dalam ayat ini juga terdapat larangan perbuatan tajassus. Tajassus ialah mencari-cari kesalahan atau keburukan orang lain yang merupakan kelangsungan dari prasangka buruk.

Rasulullah SAW memperingatkan kita dalam sabdaannya yang bermaksud: “Berhati-hatilah kalian dari tindakan berprasangka buruk, kerana prasangka buruk adalah sedusta-dusta ucapan. Janganlah kalian saling mencariberita keburukan orang lain, saling mengintai, saling mendengki, saling membelakangi dan saling membenci. Jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara.”

Abu Hatim bin Hibban Al-Busti berkata dalam kitab Raudhah Al-‘Uqala (hal. 131), "Orang yang berakal wajibmencari keselamatan untuk dirinya dengan meninggalkan perbuatan tajassus dan senantiasa sibuk memikirkankelemahan dirinya sendiri. Sesungguhnya orang yang sibuk memikirkan kelemahan dirinya sendiri danmelupakan kelemahan orang lain, maka hatinya akan tenteram dan tidak akan merasa letih. Sementara orangyang sentiasa sibuk memperhatikan keburukan dan kelemahan orang lain dan melupakan kelemahan dirinyasendiri, maka hatinya akan buta, badannya akan merasa letih dan akan sukar baginya meninggalkan sifatnegatif yang ada dalam dirinya.”

Beliau menambah lagi, “Tajassus adalah cabang dari kemunafi kan, sebagaimana sebaliknya prasangka yangbaik merupakan cabang dari keimanan. Orang yang berakal akan berprasangka baik kepada saudaranya, dan tidak mau membuatnya sedih dan berduka. Sedangkan orang yang bodoh akan selalu berprasangka burukkepada saudaranya dan tidak segan silu berbuat jahat dan membuatnya menderita.”

Islam merupakan agama yang sempurna dan amat menitikberatkan hak dalam bersaudara dan bersahabatsesama manusia. Kerana itu, Islam melindungi hak-hak setiap individu mahupun masyarakat dan menegahperbuatan yang boleh merobek perihal peribadi apa tah lagi aib seseorang individu.

Dalam realiti kehidupan seharian kita sering menemui orang yang suka mencari kesalahan dan kelemahanorang lain. Senario negatif ini bukan sahaja berlaku dalam konteks kejiranan tetapi turut didapati dalampersekitaran alam pekerjaan. Rasa tidak senang yang didorong oleh sikap dengki dan iri hati boleh menjadikan seseorang kawan atau sesama penjawat melakukan di luar batas-batas kemanusiaan. Dan yang lebih parahlagi sanggup memfi tnah dan memburuk-burukkan prestasi kerjaya kawan sejawat demi untuk menjayakanagenda untuk menjatuhkan kawan atau dalam istilah lain “berdiri di atas kubur kawan."

Jangan kerana terlalu sibuk memperhatikan kerja orang lain dan menganggap diri lebih jauh baik daripadaorang lain sehingga kita lupa kelemahan dan keburukan karektor kita yang amat perlu diperbaiki.

Sudah masanya kita sebagai penjawat awam yang dikurniakan nikmat Iman dan Islam menghentikan sikapnegatif ini, lalu mencari titik persefahaman di kalangan warga kerja untuk sama-sama bergembleng tenaga, masa, idea dan kepakaran ke arah menjayakan misi dan visi kecemerlangan Jabatan. Keunggulan sebuah organisasiatau jabatan itu bukanlah diukur dengan berapa banyak program dilaksanakan tetapi sejauh mana kesatuandalam kerja berpasukan dapat direalisasikan dalam setiap program yang dirancang.

AYAT AL-QURAN SURAH AL-HUJURAAT : 12“HENTIKAN BERPANDANGAN NEGATIF CARI TITIK

PERSEFAHAMAN”Oleh:

Awang Juri bin Ag. Tahir @ AJATKekasih kita berpesan:

"Janganlah kalian membenci anak-anak perempuan. Sesungguhnya merekalah penemanyang amat bernilai." (HR Ahmad).Untuk lebih memahami hadis ini, marilah kita sama-sama menyoroti latar belakang kehidupan baginda, dan umat Arabsebelum kedatangan Islam.Secara amnya, sikap bangsa Arab sebelum kedatangan Islam kepada anak-anak perempuan amatlah negatif. Mereka menganggap kurnia anak perempuan sebagai sesuatu yang merendahkan martabat, dan memberatkan tanggungannyadi samping menanggung ibunya, serta terdedah pula kepada serangan musuh. Ia sepertimana yang dirakam Allah SWTdi dalam al-Quran:

“Dan apabila dikhabarkan kepada seseorang dari mereka bahawa ia beroleh anak perempuan, muramlah mukanyasepanjang hari (kerana menanggung dukacita), sedang ia menahan perasaan marahnya dalam hati."

"Ia bersembunyi dari orang ramai kerana (merasa malu disebabkan) berita buruk yang disampaikan kepadanya (tentang iaberoleh anak perempuan; sambil ia berfikir): adakah ia akan memelihara anak itu dalam keadaan yang hina, atau ia akanmenanamnya hidup-hidup dalam tanah? Ketahuilah! Sungguh jahat apa yang mereka hukumkan itu.” (an-Nahl, 58 - 59).

Hal membunuh anak-anak perempuan ini adalah benar, dan bukan setakat lintasan fikiran mereka. Allah SWT memberitakan:

“Dan apabila anak perempuan yang ditanam hidup-hidup itu ditanya (Allah di Hari Kiamat) * Atas dosa apakah ia dibunuh?” (at-Takwir, 8 - 9).

Hal ini diamalkan oleh majoriti golongan kabilah Arab berkasta rendah. Sementara kabilah-kabilah yang berdarjat tinggi,dari kerana keistimewaan yang dimiliki mereka, maka kebanyakan anak-anak perempuannya mendapat perlindungan yang sewajarnya, bahkan berstatus tinggi; sepertimana kisahnya ibu kita Siti Khadijah Radiallah Anha.Islam datang membawa pencerahan kepada semua; yang berkasta rendah mahupun berdarjat tinggi, dan mengajarkanhak asasi manusia yang hakiki, mengembalikan manusia kepada karomah insaniahnya kurniaan Ilahi, kepada setiap yangberakal. Termasuklah anak-anak perempuan ini. Semua manusia, lelaki dan perempuan, berhak untuk hidup di muka bumiAllah SWT ini, sebagai makhluk yang bermaruah.Maka, kritikan yang dirakam di dalam al-Quran tentang sikap jahiliyah Arab itu, yang membenci anak-anak perempuanmereka, harus dibacakan bergandingan dengan nas (teks wahyu) yang memuliakan darjat anak perempuan. Demikian,pentafsiran yang wajar dan menyeluruh akan terhasil.Demikian, akan menjadikan kita faham kepada larangan Nabi Sallallah Alaihi Wasallam, agar jangan membenci anakperempuan, ditujukan kepada sikap jahiliyah itu. Menekankan yang anak perempuan adalah manusia, sama juga sepertianak lelaki. Sama-sama berpotensi untuk berjaya mencapai impian mereka dan berpotensi memakmurkan dunia.Ditambah lagi baginda, bahawa adanya sifat naluri khas yang ada pada anak perempuan dan jarang ada pada anaklelaki; Peneman kepada bapanya yang amat bernilai! Sifat yang amat benar, sekiranya kita lihat di sekeliling kita; anak lelakiakan berkeluarga dan berdikari daripada ibubapanya, sementara anak perempuan meskipun sudah berkeluarga, tetapprihatin dan menjaga ibubapanya, sesibukmanapun dia. Anak perempuan lebih memahami ibu bapanya berbanding anaklelaki.Justeru kita sedih, kerana melihat sikap jahiliah Arab itu ada dalam masyarakat kita di Malaysia dinihari, di abad 21 ini. Favoritism/Memilih anak lelaki berbanding anak perempuan, dengan pelbagai alasan dibuat-buat. Tanpa menyedari,bahawa satu-satunya anak Nabi Sallallah Alaihi Wasallam yang bersama baginda hinggalah ke hari baginda wafat,bersama baginda dalam susah senangnya, ialah Fatimah Radiallah Anha, anak perempuan Rasulullah SAW yangamat dikasihinya.

(dikarang sempena Hari Kanak-Kanak Perempuan Sedunia, 11 Oktober).

ANAK PEREMPUAN: PENEMAN YANG AMAT BERNILAIOleh: Mohammad Syafi q Ismail Exco Dakwah dan Tarbiah ABIM Sabah

1426 Safar 1441H/25 Oktober 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 26 Safar 1441H/25 Oktober 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 7

Inti Sari Ayat Al-QuranTinta Ilmiah

Page 15: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam · 2019-10-29 · di kampung ini hanya berjumlah kira-kira 500 orang sahaja, sedangkan syarat permohonan penurapan jalan sekurangnya

HUKUM MENGHADIRI UPACARA PENGEBUMIAN JIRAN YANG BUKAN BERAGAMA ISLAM

Oleh:Ustaz Abdillah bin Haji Nanun

SOALANApakah hukum menghadiri majlis pengebumian jiran yang bukan beragama Islam?

JAWAPANAlhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Para ulama’ berbeza pandangan dalam menentukan hukum mengiringi jenazah bukan Muslim ke perkuburan mereka.

1. HarusDiriwayatkan daripada Saidina ‘Ali bin Abi Talib, beliau mengkhabarkan:

Maksudnya: “Aku berkata kepada Nabi SAW: Sesungguhnya, bapa saudaramu yang tua dan sesat telah meninggal dunia. Baginda bersabda: ‘Pergilah dan kuburkanlah bapamu. Dan, jangan lakukan sesuatu sehinggalah aku sampai.’ Maka aku pun pergi, menguburkannya dan pergi kembali kepada Baginda. Lalu Baginda memerintahkan aku untuk mandi dan Baginda mendoakanku.” (Riwayat Abu Daud, no. 3214) .

Menurut Imam al-Nawawi: “Tidak mengapa seorang Muslim mengiringi jenazah kerabat bukan Muslim.” (Lihat Minhaj al-Talibin, ms. 62).

Menurut Imam Syamsuddin al-Ramli, tidak mengapa untuk mengiringi jenazah kaum kerabat bukan Muslim dengan berhujahkan hadith di atas. Kerabat di sini adalah yang hampir menurut al-Azra’ie seperti isteri dan tawanan, begitu juga hamba dan jiran tetangga. (Lihat Nihayat al-Muhtaj, 3/187).

Dibolehkan bagi Muslim untuk melihat jenazah bukan Muslim dan mengiringinya ke kuburan sekiranya jenazah itu adalah yang hampir kepada seperti ibu, bapa atau saudara atau yang mempunyai hubungan kerabat dengannya.

2. HaramBerdasarkan kisah kematian Abu Talib, bapa saudara Nabi yang meninggal dunia dan Baginda SAW bersabda kepada Ali RA:

Maksudnya: "Pergilah dan kuburkanlah bapamu. Dan, jangan lakukan sesuatu sehinggalah aku sampai." (Riwayat Abu Daud, no. 3214 & al-Nasa’ie, no. 2006).

Rasulullah SAW hanya mengarahkan Ali RA untuk mengebumikan bapanya (Abu Talib) bahkan Rasulullah SAW tidak pula hadir untuk mengiringi jenazah bapa saudaranya itu dan tidak pula hadir pada hari pengebumiannya. Seterusnya disebutkan: “Tidaklah dikafankan mereka, tidak disolatkan mereka dan tidak juga mengiringi jenazah mereka”. (Lihat Syarh al-Muntaha al-Iradat, 1/347).

KesimpulanBerdasarkan hujah-hujah di atas, kecenderungan kita adalah kepada pandangan mazhab Syafie yang mengharuskan Muslim untuk mengiringi jenazah orang kafir ke kuburan. Jiran juga dikategorikan sebagai kerabat sebagaimana yang dinukilkan oleh al-Azra’ie. Maka, hukum bagi Muslim menghadiri majlis pengebumian jenazah jiran bukan Muslim adalah harus.

Wallahu a’lam.

GUNAKANLAH KATA-KATA YANG BAIK KETIKAMEMBERIKAN NASIHAT

Oleh:Mohd Azrul Nizam bin Junaidi

Fakulti Dakwah dan Komunikasi Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati Bandung, Indonesia

Agama Islam adalah agama nasihat. Semua sendi dalam agama Islam adalah nasihat. Dan setiap kita dalam agama ini, akan sentiasa menasihati dan dinasihati.

Sebagaimana dalam hadith dari Tamim Ad-Dariy Radhiallahu’anhu, Rasulullah Shallallahu ’Alaihi Wasallam bersabda:

“Agama adalah nasihat.” Para sahabat bertanya: “Untuk siapa?”. Beliau menjawab: “Untuk Allah, kitab-Nya, Rasul-Nya, para pemimpin kaum muslimin dan umat muslim seluruhnya.” (HR. Muslim).

Namun menyampaikan nasihat tidak boleh sembarangan. Ada adab-adab yang perlu diperhatikan ketika menyampai nasihat kepada orang lain.

Dalam menyampaikan nasihat hendaklah menggunakan kata-kata yang baik, iaitu kata-kata yang penuh kelembutan dan hikmah. Lihat bagaimana Allah Ta’ala perintahkan Nabi Musa dan Nabi Harun ‘alaihimassalam ketika akan memberi nasihat kepada Fir’aun, Allah SWT berfirman:

“Hendaknya kalian berdua ucapkan perkataan yang lemah lembut, mudah-mudahan ia akan ingat atau takut kepada Allah.” (QS. Thaha: 44).

Padahal Fir’aun jelas kekafirannya dan kezalimannya. Bahkan ia mengatakan: “Aku adalah Tuhan kalian yang Maha Tinggi”. Namun tetap diperintahkan untuk memberi nasihat yang lemah lembut. Maka bagaimana lagi jika yang dinasihati adalah seorang muslim yang beriman kepada Allah SWT?

Celaan dan hinaan tidak menjadi halal ketika memberi nasihat kepada orang yang bersalah atau yang melakukan kesilapan. Celaan dan kata-kata kotor bukanlah akhlak seorang mu’min. Dari Abdullah bin Mas’ud radhiallahu’anhu, Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda:

“Seorang mu’min bukanlah orang yang suka mencela, suka melaknat, suka bicara kotor dan suka bicara jijik.” (HR. Tirmidzi, dishahihkan Al-Albani dalam Silsilah Ash Shahihah).

Dan janganlah menganggap remeh perkataan yang buruk dan menyakiti hati orang lain. Kerana boleh jadi perkataan itu akan menyeret kita ke dalam neraka yang sangat dalam. Dari Abu Hurairah Radhiallahu’ anhu, Nabi Shallallahu’ Alaihi Wasallam bersabda:

“Sesungguhnya seorang hamba ketika berbicara dengan perkataan yang dianggap biasa, namun akan menyebabkan ia masuk neraka 70 tahun.” (HR. Tirmidzi, dishahihkan oleh Albani dalam Shahih At-Tirmidzi).

Maka hindarilah perkara yang berupa mencela, menghina atau segala ucapan yang buruk ketika menasihati sesama muslim. Gunakanlah cara-cara yang baik dan yang mendekatkan bukan membuat permusuhan.

626 Safar 1441H/25 Oktober 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 26 Safar 1441H/25 Oktober 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 15

Remaja Kemusykilan Agama

Page 16: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam · 2019-10-29 · di kampung ini hanya berjumlah kira-kira 500 orang sahaja, sedangkan syarat permohonan penurapan jalan sekurangnya

Haji Zaini Palembang tiba di Sabah kira-kira tahun 1905 melalui pantai timur Sabah iaitu sewaktu umurnyamasih remaja. Berasal dari Palembang, Sumatera Selatan, Indonesia dan dilahirkan pada tahun sekitar1885-1890, nama penuh tokoh ini ialah Zaini bin Haji Arif ibni al-Marhum Pangeran Yamin al-Din ibnal-Marhum Pangeran Temenggung. Haji Zaini bukanlah pendakwah pertama yang datang danmengislamkan penduduk di Sabah tetapi beliau adalah diantara generasi awal yang datang danmenyebarkan Islam di Sabah.

Walaupun Islam direkodkan telah sampai ke Sabah sejak abad ke-10 Masihi, namun perkembangannyaagak perlahan jika dibandingkan dengan perkembangan Islam di Tanah Melayu. Faktor muka bumi yang berbukit bukau dan mencabar, serta keadaan masyarakatnya yang pelbagai menjadi cabaran besar buatpara pendakwah pada waktu itu yang memerlukan tekad yang tinggi dan usaha keras secara berterusan agar survival Islam terus berlangsung. Melalui dakwah Haji Zaini yang berhikmah, amalan paganismedan animisme yang begitu menebal dalam masyarakat dapat dihapuskan secara bertahap.

Haji Zaini tidak membuka institusi pengajian agama sama ada pondok atau pesantren. Fokus beliauadalah lebih kepada dakwah di tengah-tengah kehidupan bermasyarakat seperti yang dilakukan di Ranau, Kota Belud, Kota Marudu dan Kudat dengan menarik mereka agar meninggalkan amalan paganisme danadat nenek moyang yang bertentangan dengan Islam. Melalui minatnya terhadap metode dakwah yangbertemakan Tauhid, Haji Zaini dilihat cenderung kepada ilmu usuluddin dan tasawuf. Ini berdasarkan kitab yang disimpan dan dipelajari oleh beliau iaitu kitab Futuh al-Ghayb, karya Abd al-Qadir Jilani; Hidayatal-Salikin, karya Imam al-Ghazali dan Kitab Kasy al-Ghayb, karya Zainal Abidin al-Fatani. Sewaktu HajiZaini berada di Haramain (Makkah dan Madinah) beliau sempat berguru dengan ulama-ulama Melayu termasuklah ulama Patani. Ini terbukti melalui kajian ke atas manuskrip peninggalan beliau yang banyakmenggunakan istilah yang digunakan ulama Patani. Seperti perkataan ‘bang’ untuk azan dan iqamatdengan ‘qamat’.

Manuskrip yang ditulis oleh beliau merangkumi fiqh, falak, dan panduan kehidupan seharian seseorangMuslim. Namun begitu, kecenderungan penulisannya lebih kepada usuluddin dan tasawuf. Melaluimanuskrip yang ditulis, beliau mengatakan wajib bagi setiap Muslim yang akil baligh untuk mengetahui20 sifat Allah SWT. Manuskrip ini menjadi kegunaan para pelajar beliau. Beliau adalah seorang yangtekun menulis dan mempunyai bakat seni khat tulisan jawi dan arab.

Haji Zaini banyak memanfaatkan masjid dan surau untuk mengajar agama. Antara kesan positif yangketara adalah ramai yang sudah mampu membaca kitab jawi dan aktiviti berunsurkan Islam semakinmendapat sambutan. Haji Zaini kerap berulang alik dari Kota Belud ke Ranau untuk tujuan ini danmemberi perhatian yang lebih kepada golongan saudara baharu. Kisah pendakwah dan ulama di Sabahyang tabah, gigih dan berhikmah ini harus kita telusuri dan sebarkan agar menjadi ilham dan penyuntiksemangat kepada para pendakwah yang bertebaran di seluruh pelosok bumi Sabah.

RUJUKAN:● Ulama dan Perkembangan Islam di Sarawak dan Sabah, Farid Mat Zain & Anwar Fakhri Omar, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

PENDAKWAH DI PEDALAMAN SABAH:HAJI ZAINI PALEMBANG

Oleh:Fatin Adilah Haji Saufee

Bahagian Dakwah, JHEAINS

WAHABI MEMBAWA FAHAMANMUJASSIMAHOleh: Abd. Rahman Tajudin @ Emang Galileo Fellow CONCAVE-ISSI (Islamic & Strategic Studies Institute)

Mujassimah merupakan suatu fahaman sesat dan songsangyang menyatakan bahawa Allah SWT mempunyai jisim dan jirim iaitu mempunyai anggota badan seperti tangan, kaki, wajah, mata dan sebagainya.Fahaman ini juga mengatakan bahawa Allah SWT mempunyaiarah yang enam iaitu atas, bawah, depan, belakang, kiri dan kanan. Menurut fahaman ini, Allah SWT memasuki ruang alamini kerana terdiri daripada jisim dan jirim.Fahaman ini telah terkeluar daripada akidah Ahli Sunnah WalJama'ah. Fahaman ini telah merosakkan akidah umat Islamyang berakidah Allah SWT tidak menyerupai apa sahaja makhluk.Fahaman mujassimah ini dipegang oleh fi rqah Wahabi yangsememangnya telah menelan bulat-bulat sesuatu nas al-Qurandan As-Sunnah sehingga menerima tekstual ayat mutasyabihat tanpa tafsiran dan takwilan.Sesungguhnya tafsiran dan takwilan itu merupakan metodologiulama silam muktabar yang sememangnya terkandung di dalam nas Lughatul Arabiyyah yang tinggi.Wahabi yang mengakui hanya mengikuti hadis sahaja tanpatafsiran ulama muktabar telah beranggapan bahawa Allah SWT mempunyai kaki, tangan, wajah dan sebagainya.Ini menyebabkan fahaman mujassimah yang teruk kerana tidak memahami kontekstual makna sesebuah ayat Al-Quran danAl-Sunnah dengan mengabaikan metodologi ulama silam.Dengan hal sedemikian, Wahabi yang mengaku salaf telahterjatuh ke lembah akidah yang merosakkan sehinga benar-benar menjadi seorang yang berfi krah Mujassimah, menjisimkan Allah SWT.Tanpa disedari, wahabi yang mentah telahpun menjisimkan Allah SWT. Walaupun pandangan mereka bahawa kaki, tangan, wajahAllah tidak sama dengan kaki, tangan, wajah makhluk, tetapitetap telah tergelincir dalam menjisimkan Allah SWT.Tetap juga makna 'menjisimkan sesuatu' kerana ia telahmenisbahkan berbentuk kepada Allah SWT.Walaupun Wahabi beranggapan bahawa Allah SWT berbezarupa bentuk sahaja dengan makhluk, tetap tergelincir dalamlembah menjisimkan Allah SWT kerana menetapkan bentuk bagi Allah SWT.Fahaman ini sangat jauh dengan pandangan ulama Salaf yang mentafwidhkan (menyerahkan sepenuhnya tanpa ta'yin) ayatmutasyabihat.Sesungguhnya Allah SWT maha sempurna tidak memerlukanapapun termasuk anggota badan yang berjisim dan berjirim.Mempunyai anggota badan adalah sifat khas makhluk yangtidak sempurna, maka dengan sebab itu memerlukan anggotatubuh badan kerana ketidakupaya melakukan sesuatu halkeadaan.Akidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah adalah mensucikan Allah SWT daripada berbentuk sama ada jirim ataupun jisim. Imam Abu

Jaafar ath-Thahawi berkata:

“Maha suci Allah dari batas-batas (bentuk kecil mau pun besar,jadi Allah tidak mempunyai ukuran sama sekali), batas akhir,sisi-sisi, anggota badan yang besar mahu pun anggota badanyang kecil. Dia tidak diliputi oleh satu mahu pun enam arahpenjuru (atas, bawah, kanan, kiri, depan dan belakang) tidakseperti makhluk-Nya yang diliputi enam arah penjuru tersebut.”(Al-Aqidah ath-Thahawiyyah: 38).Imam Abu Hanifah RA pernah berkata: "Allah SWT adalahsesuatu yang tidak sama seperti sesuatu yang lain. Maknasesuatu itu adalah (Dia) wujud tanpa jisim, tanpa jauhar dantanpa ardh." (Al-Fiqh Al Akbar).Sayyidina Ali Ibn Abi Thalib RA berkata: "Sebahagian golongan dari umat Islam ketika kiamat telah dekat akan kembali menjadikafi r. Mereka menjadi kafi r kerana pengingkaran. Merekamengingkari Pencipta mereka (Allah SWT) dan mensifati-Nya dengan sifat-sifat benda dan anggota-anggota badan." (ImamIbn Al-Mu'allim Al-Qurasyi (w. 725H) dalam Kitab NajmAl-Muhtadi Wa Rajm Al-Mu'tadi).Punca fahaman Mujassimah yang terkandung dalam fi rqahWahabi terjadi disebabkan kesilapan memahami Ayat Al-Qurandan Al-Hadith yang mutasyabihat.Daripada Aisyah RA:

Rasulullah SAW bersabda, “Jika kamu menyaksikan orang-orang yang mengikut ayat-ayat mutasyabihat, mereka inilah yang disebutkan oleh Allah (sebagai Sesat dalam surah Al-Imranayat 7), maka waspadalah terhadap mereka.” (H.R Bukhari 4547 & Muslim 2665).Al Imam Ahmad ar-Rifa'i (W. 578 H) dalam al Burhan al-Mu-ayyad berkata:

"Jagalah aqidah kamu sekalian dari berpegang kepada maknazahir ayat al Qur'an dan hadits Nabi Muhammad SAW yangMutasyabihat sebab hal ini merupakan punca kekufuran."Imam As-Suyuti pula berkata:

Kaedah: Imam As-Syafi 'e berkata: "Tidak boleh mengkafi rkanseseorang pun dari ahli kiblat melainkan mujassimaah dan orang yang mengingkari ilmu Allah terhadap perkara-perkara juz'iyyat." (As Asybah wa An Nazho'ir m/s 488).Maka jelas kepada kita bahawa Wahabi telah menjadiMujassimah dengan slogan kembali kepada hadith yanghakikatnya kembali kepada hakikat teks zahir hadith yangmutasyabihat.

1626 Safar 1441H/25 Oktober 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 26 Safar 1441H/25 Oktober 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 5

Jejak UlamaTasawwur

Page 17: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam · 2019-10-29 · di kampung ini hanya berjumlah kira-kira 500 orang sahaja, sedangkan syarat permohonan penurapan jalan sekurangnya

Penulis dan rakan-rakan bersama pendudukSg. Lokan, Kinabatangan

SUNGAI LOKANOleh: Adi Pitang

Pagi ini seawal 4.40 pagi kami telah bersiap bangun untuk ke Masjid Al-Mubarak Kampung Sungai Lokanyang terletak 2 kilometer dari tempat penginapankami. Cikgu Latip yang juga pengerusi Jawatankuasa Masjid Al-Mubarak telah menunggu dengan kenderaanToyota Vigo Hilux. Jalan berbatu memang sesuaidengan jenis kereta 4×4 itu.

“Mengapa tidak mohon penurapan jalan”? Tanyaku pada cikgu Latip. “Susah sikit” Katanya. “Masyarakatdi kampung ini hanya berjumlah kira-kira 500 orang sahaja, sedangkan syarat permohonan penurapanjalan sekurangnya seramai 1000 orang penduduk”, Jelasnya seolah kecewa. Aku turut bersimpati. Terasa ketika di kampung dulu tahun 80-an jalan masih tidak berturap. Kalau kemarau berhabuk, musim hujanberlumpur dan becak.

Sesampai di masjid, kelihatan kelibat ketua kampung Encik Awang Kecil di dalam masjid. Kami solatberjemaah bersama dan tazkirah subuh oleh ustaz Mohd. Hadi bin Mohd Said, Pegawai Dakwah kami.Hari ini adalah hari terakhir kami berada di Sungai Lokan. Setelah program sukaneka pada sebelahpetangnya. Sempat aku mengikuti larian dalam guni kategori “bapa-bapa” bersama bapa-bapadi kampung itu, berlari dengan sorakan dan tawa lucu dari orang kampung dan rakan-rakan. Di sampingperlawanan bola tampar, tiup belon dan lari dalam guni untuk kaum ibu dan kanak-kanak. Sebelahmalamnya diadakan majlis perasmian/penangguhan program. Agak ramai juga yang hadir padamalam itu, komen ketua kampung. Mungkin disebabkan oleh perasminya, katanya bergurau. Perasmi?Siapa lagi kalau bukan ustaz yang awet muda itu, hahaha.

Kampung Sungai Lokan adalah salah sebuah kampung yang terletak di daerah Kinabatangan. Kampungini boleh dimasuki sama ada mengunakan jalan darat atau sungai. Kedua laluan ini memakan masa lebih1 jam. Penduduknya yang seramai 500 orang itu kebanyakanya bekerja sendiri. Sekolah SK Kg. Lokandi mana kami tinggal mengandungi 2 buah blok bangunan. Sekolah itu mempunyai 45 orang pelajar dan9 orang guru. Sekolah ini terkenal dengan permainan caturnya. Di mana pelajar sekolah ini seringmemenangi pertandingan catur peringkat daerah dan negeri selama 6 tahun berturut-turut. “Sekurang-kurangnya 3 dari 6 peserta yang mewakili negeri ke peringkat Kebangsaan adalah dari sekolah ini”. Jelas cikgu Latif bangga. Aku turut bangga dengan pencapaian catur sekolah ini kerana aku sendiri pemain catur yang baik juga sewaktu belajar di Universiti Malaya dulu (ehem!).

Perjalanan bersama rakan-rakan JHEAINS, Mardi, Hadi, Tompo, Islah, Ali, Sharil, Mazlin, Rosimi, Asmi dan2 sahabat dari Angkatan Belia Islam Sabah (ABIM) iaitu Mohd Fahmi Syamsudin (Naib Presiden ABIMMalaysia) dan Sarif Suhaimi Sarif Mayasin (Ketua ABIM Beluran) memberi satu ruang untuk kami saling meimba pengalaman baru. Lebih-lebih lagi ini kali pertama kami menjejaki kampung Sungai Lokan ini.Kami mengunakan bot kampung melalui jeti Kampung Penggalan untuk sampai ke kampung ini, yangmemakan masa lebih 1 jam melalui sungai Kinabatangan yang penuh mencabar itu. Lebih-lebih lagidi papan tanda jeti Penggalan tertulis amaran bahawa sungai ini ada buaya. Berdebar dalam hatisepanjang perjalanan, hahaha.

Pagi selepas subuh itu, perjalanan kami diteruskan menuju ke kampung Kuamut yang mengambil masakira-kira 4 jam perjalanan megunakan bot. Ada sesuatu di sana yang mungkin memberi makna dalampencarian ini.

KUNJUNGAN MALAM HARIOleh:

Mohd Alwie NoorbakiFakulti Dakwah dan Komunikasi Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati Bandung, Indonesia

Ummul Mukminin Shafi yyah binti Huyay telah berkata: saat itu Rasulullah SAW sedang beriktikafdi masjid. Aku datang mengunjunginya di malam hari. Aku duduk bersama baginda dan aku berbicaradengannya. Aku pun berdiri kerana aku hendak pulang sendirian di malam hari. Baginda pun berdiribersamaku kemudian mengantarkan aku pulang. Inilah yang harus dilakukan oleh seorang muslim.Gelapnya malam telah menarik minat orang-orang jahat dan pengumbar syahwat untuk melancarkan aksi kejahatan.

Lalu lewatlah dua orang Anshar, iaitu Usaid bin Hudhair dan Ibad bin Bisyr. Ketika mereka berdua melihatRasulullah SAW sedang bersamaku, keduanya mempercepatkan jalannya, “Jalanlah perlahan-lahan.Di sini tak ada perkara yang kalian benci. Aku berdiri di sini bersama ibunda kalian, Shafi yyah binti Huyay bin Akhtab”.

Kedua orang itu berkata, “Ya Rasulullah, Subhanallah. Tak seorang pun berperasangka kepadamu kecuali baik. Kami berlindung kepada Allah dari berprasangka buruk kami kepada Rasulullah.”

Semoga Allah SWT memberkati kalian berdua. Aku melihat kalian berdua termasuk orang-orang soleh.Akan tetapi, syaitan itu mengalir pada diri anak Adam seperti mengalirnya darah. Aku khuatir syaitan akan melontarkan keburukan pada hati kalian berdua,” kata Rasulullah SAW.

“Ya Rasulullah, engkau bagi kami sangat agung daripada hal tersebut,” ujar kedua orang itu.

“Aku beritahu kalian berdua walaupun kalian orang-orang soleh, tetapi kalian berdua bukanlah orangyang dijaga dari dosa. Boleh jadi kalian menuduhku sesuatu sehingga kalian berdua menjadi kafi rkembali, maka aku mahu untuk menjaga kalian,” ucap Rasulullah SAW.

“Ya Rasulullah, apa yang harus kami lakukan dalam keadaan seperti ini bila terjadi dengan orang lain?”tanya kedua orang itu.

“Katakan saja seperti yang aku katakan kepada kalian berdua. Menjelaskan dalam setiap persoalanakan menghilangkan keraguan, menepis tuduhan, dan mencegah rintangan.”

“Sebaik-baik guru adalah engkau, ya Rasulullah.”

“Seorang guru yang menjadi panutan harus dapat menghilangkan keraguan dalam hati diri murid-muridnya sehingga keraguan dalam hati mereka masih tersedia penghormatan dan tidak sembarangan menuduh. Jika ia telah melakukan hal itu, maka ia layak ditiru dan diikuti jejaknya oleh murid-muridnyasehingga mereka memperolehi banyak manfaat darinya,” pungkas Rasulullah SAW.

(Riyahus Shalihin, al-Mantsurat Wal-Malh).

426 Safar 1441H/25 Oktober 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 26 Safar 1441H/25 Oktober 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 17

Iktibar Kisah Bicara Kita

Page 18: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam · 2019-10-29 · di kampung ini hanya berjumlah kira-kira 500 orang sahaja, sedangkan syarat permohonan penurapan jalan sekurangnya

KESALAHAN JURUNIKAH TANPA KEBENARANOleh:

Puan Siti Imrah bte Lenas

PENGAKUAN TIDAK BOLEH DIBATALKANOleh:

Puan Siti Imrah bte Lenas

Dalam artikel sebelum ini telah dijelaskan mengenai pengakuan yang mensabitkan nasab. Yang mana ianya pengakuan pihak-pihak terhadap anak yang dilahirkan membolehkan anak tersebut dinasabkan kepada bapa dan dikategorikan sebagai anak sah taraf apabila pengakuan itu telah memenuhi syarat- syarat yang ditetapkan sebagaimana peruntukan di bawah seksyen 115 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Sabah tahun 2004 iaitu:

Jika seseorang lelaki mengaku seorang lain, sama ada dengan nyata atau dengan tersirat, sebagai anaknya yang sah, lelaki itu hendaklah disifatkan sebagai bapa anak itu jika, syarat-syarat yang berikut dipenuhi, iaitu:

(a) tiada seseorang lain disifatkan sebagai bapa anak itu;

(b) perbezaan antara umur lelaki itu dengan umur anak itu memunasabahkan pertalian antara mereka sebagai bapa dan anak;

(c) jika anak itu telah akil baligh, di mana dia boleh membuat keputusan, anak itu telah mempersetujui tentang dia diakui sebagai anak;

(d) lelaki dan ibu anak itu mungkin boleh disatukan dengan sah dalam perkahwinan pada masa pembenihan;

(e) pengakuan itu bukannya cuma mengakui anak itu sebagai anaknya, bahkan mengakui anak itu sebagai anak sah tarafnya;

(f) lelaki itu adalah berkeupayaan membuat kontrak;

(g) pengakuan itu dibuat dengan tujuan semata-mata untuk memberi taraf kesahtarafan; atau

(h) pengakuan itu adalah jelas maksudnya dan anak itu adalah diakui sebagai anak kandungnya.

Jika mana-mana orang telah membuat pengesahan mengenai pertalian sebagai bapa atau anak atau tentang perkeluargaan atau persaudaraan maka merujuk seksyen 120 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Sabah tahun 2004: Sesudah sahaja pengakuan atau pengesahan dibuat tentang pertalian sebagai bapa dan anak atau tentang perkeluargaan atau persaudaraan, maka pengakuan atau pengesahan itu tidak boleh dibatalkan.

Peruntukan ini dibuat bagi menjaga kebajikan anak yang telah dinasabkan itu daripada terbiar dan tidak mendapat perlindungan daripada ibu bapa atau orang yang telah membuat pengakuan sebagai ibu atau bapa anak tersebut.

Sebagai kesimpulan, sesuatu pengakuan yang telah dibuat di mahkamah adalah mengikat seseorang itu untuk menyempurnakan apa-apa kesan hasil daripada pengakuan tersebut. Dalam konteks pengakuan yang mensabitkan nasab ini, bapa kepada anak tersebut hendaklah bertanggungjawab memberikan nafkah dan keperluan yang selayaknya bagi anak itu.

Terdapat dua jenis cas elektrik iaitu cas positif (+) dipanggil proton dan cas negatif (-) dipanggil elektron. Bahan- bahan yang mempunyai jumlah proton dan elektron yang sama dikelaskan sebagai neutral.Cas NegatifCas Negatif adalah elektron yang sentiasa bergerak mengelilingi nukleus. Cas negatif bersifat aktif dan inilah yang dimaksudkan sebagai tenaga. Tenaga yang mengalir adalah menunjukkan elektron yang bergerak aktif. Saiz cas negatif (elektron) ini sangat halus, lebih halus dari saiz atom dan lebih halus dari saiz cas positif (proton). Cas negatif akan tertarik kepada cas positif.Cas PositifCas positif, hanya bergetar pada kedudukannya sahaja dan bersifat pasif. Proton (+) ini sentiasa melekat bersama neutron. Pasif bermaksud ianya sentiasa bersedia untuk menerima kedatangan cas negatif.Tubuh badan manusiaJutaan atom akan membentuk sel. Justeru, sel yang stabil (sihat) mestilah mempunyai jumlah atom negatif dan atom positif yang sama banyak.Kebiasaannya, cas negatif yang berlebihan dari tubuh badan seseorang manusia akan disingkirkan dan ditolak keluar dari badan supaya tidak terbentuk jumlah atom negatif yang berlebihan dari jumlah atom positif yang diperlukan oleh setiap sel. Sehubungan itu, cas negatif dan atom negatif yang tiada pasangan, akan tersingkir dari badan manusia melalui sistem perkumuhan dalam badan dan luar badan manusia. Jutaan atom yang tersingkir ini akan membentuk sel mati. Sel mati akan dikeluarkan dari badan seseorang melalui air kencing, najis, peluh dan pada kulit di tubuh badan.Badan manusia yang terdedah kepada asap kenderaan, radiasi telefon pintar, kepanasan matahari, cahaya lampu dan sebagainya akan menyebabkan badan manusia memiliki cas positif yang tinggi.Cas yang tinggi dalam badan manausia akan menyebabkan pengaliran darah yang tidak seimbang dan tidak teratur. Ianya perlu dikeluarkan atau dialirkan cas dengan kaedah yang tepat. Seringkali kita merasa sakit di bahagian bahu, belakang, kaki dan sebagainya. Ini adalah disebabkan oleh pengaliran cas positif yang tidak seimbang. Badan kita memerlukan cas negatif untuk menyeimbangkannya.KilatIalah nyahcas elektrik di ruang atmosfera yang sering berlaku ketika ribut petir dan kadangkala semasa letusan gunung berapi atau ribut debu. Kilat sering diiringi oleh guruh. Dalam nyahcas keelektrikan atmosfera, perintis kilat mampu bergerak selaju 60,000 meter per detik dan mencapai suhu sekitar 30,000 darjah selsius (54,000 darjah Fahrenheit), cukup panas bagi melakur pasir silika kepada kilat membatu, dikenali secara saintifiknya sebagai fulgurit yang lazimnya berongga dan boleh memanjang seberapa jauh ke dalam tanah. Terdapat kira- kira 16 juta ribut petir setiap tahun. Terjahan petir ke tanah iaitu bumi akan menyebabkan bumi bercas negatif.Berjalan di atas rumput (bumi)Bumi memiliki jutaan cas negatif dan badan memiliki cas positif. Untuk menyeimbangkan atau meneutralkan kadar pengaliran darah di dalam tubuh manusia, manusia perlu untuk berjalan di atas rumput atau bumi tanpa beralaskan kasut atau selipar. Kaedah ini amat membantu dalam menghadiahkan manusia kesihatan yang baik. Apa tidaknya, cas positif yang berkumpul di dalam badan manusia yang mempengaruhi pengaliran darah di dalam sistem badan memerlukan cas negatif. Pengaliran cas positif ke bumi akan meneutralkan cas di dalam badan manusia dan pengaliran darah menjadi stabil. Manusia sihat!.

RUJUKAN:● Mohd Solleh Ab Razak, Mendampingi Al-Quran, Telaga Biru, 2019,● Tafsir Al-Quran, Ahmad Sonhadji Mohamad.● Rawatan Penyakit Jasmani (II), Tuan Guru Dato Dr. Haron Din.

BUMI DAN BADAN MANUSIAOleh:

Tuan Haji Nordin Lossin

1826 Safar 1441H/25 Oktober 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 26 Safar 1441H/25 Oktober 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 3

Islam dan Perubatan Enakmen Kita

Page 19: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam · 2019-10-29 · di kampung ini hanya berjumlah kira-kira 500 orang sahaja, sedangkan syarat permohonan penurapan jalan sekurangnya

DICETAK OLEH PENCETAK KERAJAAN,POLITIN @ WENEN BIN MOBIJI, A.S.D.K., A.D.K., B.S.K., JABATAN CETAK KERAJAAN,

SABAH, MALAYSIA.2019.

Peribahasa ada mengatakan bahawa lain ladang lain belalangnya. Memang tepat bidalan itu bila kami yang seramai 15 orang dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) melangkah masuk ke kampung-kampung yang berada di sepanjang sungai Kinabatangan. Suatu yang pasti, menghormati orang lain adalah perkara yang terbaik bila kita berkunjung ke dalam masyarakat yang barukita kenali. Adat resam dan amalan tradisi dalam masyarakat berbeza mengikut suku kaum.

Adat resam merupakan sebahagian daripada budaya bangsa atau etnik yang melambangkan identi ti komuniti tersebut. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, isti lah “budaya” merujuk tamadun, peradaban, kemajuanfikiran dan akal budi. Budaya merupakan indikatorpenti ng yang mencerminkan jati diri seseorang individuitu sebagai sebahagian daripada anggota sesuatukelompok masyarakat tertentu. Walaupun perbezaan itu agak ketara dalam budaya suatu kaum di negeri ini, iatidak menghalang untuk hubungan persaudaraan itu dijalinkan.

Setiap individu seharusnya peka dengan kewujudan budaya yang pelbagai di negeri in i dan t idakmenggunakan alasan perbezaan budaya sebagai punca yang menghalang pergaulan antara kaum. Apatah lagi dalam Islam sangat menggalakkan menjalin persaudaraan sesama insan. Dalam surah Ali Imran ayat 103, AllahSWT berfirman yang bermaksud; “Dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliah) bermusuh-musuhan, maka Allahmempersatukan hati mu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara.”

Persaudaraan adalah benteng paling kukuh dalam mempertahankan sebarang serangan emosi akibatfi tnah, salah sangka, mengadu domba dan sebagainya. Kekuatan itu akan lebih bersemarak sekiranya disirami dengan perasaan kasih sayang. Rasulullah SAW bersabda; "Engkau (Nukman bin Basyir) melihat orang-orang iman saling menyayangi mereka, saling menyenangi mereka, dan saling mengasihi mereka sebagaimana satu tubuh, keti ka satu anggota badannya sakit maka seluruh tubuh ikut merasakan sakit dengan ti dak bisa ti dur dan demam.”(Hadis riwayat Al-Bukhari).

Andai apa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW ini dijiwai dengan nur iman dan Islam, akan ada kehidupan yang harmonis yang ti dak saling mengkhianati , ti dak saling berdusta, tidak menjatuhkan, tidak menfitnah, tidak menghinakan, tidak saling membenci, malah saling mencintai, menghargai dan menghormati sesama Islam dan warga.

MOHAMAD SIDIK BIN AWANG ADI

SIDANG REDAKSIPENAUNG

Yang Berbahagia Datuk Seri PanglimaDr. Haji Hasbullah Haji Mohd. Taha

Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)PENASIHAT

YBhg. Datuk Ustaz Haji Saifulzaman bin SangulPengarah

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri SabahKETUA EDITOR

Ustaz Mohamad Sidik Haji Awang AdiTimbalan Pengarah (Hal Ehwal Islam), JHEAINS

TIMBALAN KETUA EDITORUstaz Abd. Razak Hamdin

EDITOR/KETUA PENYELARASUstaz Asmuni Ali

([email protected])SIDANG PENGARANG

Adi Pitang([email protected])

Ustaz Asmuni Ali([email protected])

Ustaz Abd. Rahman Tajudin (Emang)([email protected])

Ustaz Abdillah Haji Nanun([email protected])

Puan Siti Imrah bte Lenas([email protected])Ustaz Awang Juri Ag. Tahir([email protected])Tuan Haji Nordin Lossin

([email protected])Encik Abdu Khalil bin Hassan

Ustaz Mohd Azlan bin Haji BakriEncik Mohammad Sya�iq Ismail

Encik Mohd Azrul Nizam bin JunaidiEncik Mohd Alwie Noorbaki

Encik Mohd Fauzee bin HarithCik Nursyuhada Aspar

Cik Fatin Adilah Haji Saufee

PENGURUSANEncik Daut Haji Insun

GRAFIKEncik Azmi bin Hashim

JURUTAIPBahagian Penyelidikan & Informasi, JHEAINS

JURUFOTOEncik Jamiun Osman

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri SabahBeg Berkunci 103, Tingkat 9, Blok B, Wisma MUIS

88737 KOTA KINABALUTel.: 088-522222

Faks: 088-253449

ANTROPOLOGI KASIH KUAMUT

Dimensi dalam adaptasi realiti terobos sungai dalam menyapa insansangka amazon rupanya kita pun adaseakan Terbuai pada ciptaan yang Maha Esa.

Pepohon nan menghijausinonim buaya pada alurnyamungkin belantaranya masih berkisahterbius rasa pada perjalanan yang jauhterubat pilu pada sesuatu yang baruikan lais seakan anugerahdengan khabar durian yang merahdicicah meresap pada igauan.

Terjaga rapi mengulit suasana mimpieksplorasi tanpa eksploitasijujur insani mahkota sejati amanah diri bekalan pada yang menyantuni.

Jauh dari kota tapi rapi pada ukhuwahterurai budi seguni kasihmereka satu bangsatetap berlapik pada agamaperinti s Rahmah harmoni tercipta.

Oleh:Adiyat Chimera

226 Safar 1441H/25 Oktober 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 26 Safar 1441H/25 Oktober 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 19

Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam

Page 20: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam · 2019-10-29 · di kampung ini hanya berjumlah kira-kira 500 orang sahaja, sedangkan syarat permohonan penurapan jalan sekurangnya