seni sem. 6

13
PENGHARGAAN Alhamdulillah hirabbil alamin, saya merafakkan sepenuhnya kesyukurann kehadrat ilahi dengan limpah dan kurnianya, dapat saya menyelesaikan tugasan kerja kursus ini dengan penuh jayanya. Saya menjulang sepenuh penghargaan kepada Encik Razali Bin Jaafar, Pensyarah Matapelajaran Corak dan Rekaan (HBAE2103), di atas kesudiaan beliau membimbing sepanjang saya menyiapkan tugasan ini. Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu saya secara langsung dan tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini. Pelbagai ilmu yang dapat saya rungkai sepanjang menyiapakan tugasan ini. Jutaan terima kasih juga diucapakan kepada isteri tercinta yang banyak membantu dan memahami tugas saya sebagai pelajar jarak jauh. Sejajar dengan anjakan aradigma dalam era globalisasi ini, begitulah domainnya peranan mahasiswa khususnya untuk bangsa,agama dan negara. Sebelum saya mengundur diri terimalah serangkap pantun dari saya sebagai renung-renungan dan selamat beramal. Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus” 1 | Page

Upload: ezzani82

Post on 02-Oct-2015

63 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

seni

TRANSCRIPT

PENGHARGAANAlhamdulillah hirabbilalamin, saya merafakkan sepenuhnya kesyukurann kehadrat ilahi dengan limpah dan kurnianya, dapat saya menyelesaikan tugasan kerja kursus ini dengan penuh jayanya. Saya menjulang sepenuh penghargaan kepada Encik Razali Bin Jaafar, Pensyarah Matapelajaran Corak dan Rekaan (HBAE2103), di atas kesudiaan beliau membimbing sepanjang saya menyiapkan tugasan ini. Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu saya secara langsung dan tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini. Pelbagai ilmu yang dapat saya rungkai sepanjang menyiapakan tugasan ini. Jutaan terima kasih juga diucapakan kepada isteri tercinta yang banyak membantu dan memahami tugas saya sebagai pelajar jarak jauh.Sejajar dengan anjakan aradigma dalam era globalisasi ini, begitulah domainnya peranan mahasiswa khususnya untuk bangsa,agama dan negara. Sebelum saya mengundur diri terimalah serangkap pantun dari saya sebagai renung-renungan dan selamat beramal.Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus

1.0 PengenalanPendidikan Seni Visual merupakan nama Pendidikan Seni yang terdahulu. Perubahan ini dirasakan lebih sesuai kerana dalam hubungan seni di sekolah, Pendidikan Seni Visual lebih menjurus kepada seni tampak atau visual, dan tidak merujuk kepada seni lain seperti seni muzik, seni sastera, seni tari dan seni mempertahankan diri.Tugasan Corak Dan Rekaan (HBAE 2103) merupakan salah satu kursus yang wajib kepada pelajar di Open Universiti Malaysia yang mengambil opsyen Pendidikan Seni Visual. Kursus ini merangkumi teori pembelajaran, pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual berdasarkan kurikulum PSV KBSR, perancangan dan persediaan mengajar, pengajaran mikro dan makro, dan sumber pengajaran dan pembelajaran.Kursus ini bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk minat memperkembangkan keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain. Murid di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan aktif. Pendidikan Seni Visual memainkan peranan memperkembang sifat ini melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran.Melalui pedagogi juga, guru dapat membuat menyarankan strategi pembelajaran yang bersepadu dalam mata pelajaran ini dan antara mata pelajaran lain. Pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan dengan aktiviti kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK). Selain itu, kursus mengajar para guru membentuk dan melatih murid membuat analisis, sintesis dan refleksi terhadap pembelajarannya untuk manfaat mereka sendiri.Penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) juga merupakan salah satu elemen yang diterapkan dalam dalam pedagogi Pendidikan Seni Visual. Melalui penggunaan BBM, pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik di samping dapat mengelakkan murid daripada kebosanan. Pemilihan BBM yang bersesuaian dan mengikut tema pengajaran amat penting supaya pengajaran dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.Di peringakat sekolah rendah, setiap murid mempunyai pelbagai kecerdasan seperti ruang visual, kinestetik, interpersonal dan intrapersonal. Sifat ini amat penting untuk membantu murid berkarya, berkomunikasi dan mengukuh koordinasi pancaindera secara seimbang. Proses ini menjadikan pembelajaran lebih berkesan dan bermakna.2.0 Kaedah Pengumpulan DataKaedah yang digunakan dalam kajian secara keseluruhannya ialah kaedah kepustakaan dan kaedah tinjauan. Kolaborasi dengan pensyarah dilakukan secara berkala agar tugasan dapat dilaksanakan berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan dan dikehendaki. Di samping itu, pusat sumber dijadikan sebagai punca utama sumber rujukan untuk mencari buku-buku rujukan yang berkaitan dengan kajian. Selain itu, rujukan daripada buku yang dibeli juga adalah salah satu cara untuk mendapatkan maklumat tambahan dan juga input yang jelas. Penggunaan Internet juga diaplikasikan dalam pencarian bahan tambahan berkaitan dengan HBAE 2103. Perbincangan bersama-sama rakan-rakan sekelas juga merupakan salah satu kaedah yang telah digunakan sebagai penambahan ilmu.

3.0 Pendidikan Seni Visual Di MalaysiaSistem pendidikan di Malaysia berkembang sejajar dengan perubahan masa dan keperluan masyarakat serta negara. Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah garis panduan yang digubal dan perlu diikuti oleh semua warganegara dalam merealisasikan usaha kerajaan bagi meningkatkan kualiti pendidikan dan taraf hidup rakyat (Yahya Don, 2005). Sejajar dengan usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu, Kurikulum Pendidikan Seni Visusl bertujuan membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya kesenian.Dalam konteks Pendidikan Seni Visual sekolah rendah menyarankan strategi pembelajaran bersepadu dalam mata pelajaran ini dan antara mata pelajaran lain. Dari segi kandungan, pengetahuan asas dalam seni visual mencakupi bidang menggambar, membuat rekaan dan corak, membentuk dan membuat binaan, kraf tradisional manakala asas seni reka meliputi aspek unsur, prinsip dan struktur. Antara lain, subjek ini menegaska kegiatan dalam proses penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Murid-murid perlu kreatif dalam pembelajaran mereka. Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (2000) pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan dengan aktiviti kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK).Oleh yang demikian, peranan guru haruslah berkesan ke arah merancang, menyampai dan menilai pengajarannya dengan lebih berkesan lagi. Dalam konteks ini, guru akan dapat mengaplikasikan kemahiran yang ada bagi membentuk pelajar yang celik seni dan menghargai budaya warisan bangsa.3.1 Pengajaran Guru berkaitan Corak dan Rekaan Dalam bidang corak dan rekaan memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain. Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada mana- mana hasil daripada bidang kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya. Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara. Antaranya melalui kegiatan seperti corak tidak terancang secara dan corak terancang. Corak tidak terancang meliputi pualaman, tiupan, titisan, ikatan dan celupan, renjisan dan percikan. Corak terancang pula meliputi lukisan, cetakan, capan, lipatan dan guntingan, resis, kolaj, kaligrafi dan catan.Bidang ini membolehkan murid mengenali dan mengkaji pelbagai corak dalam alam dan kehidupan seharian. Bahagian ini menegaskan kegiatan mengenal motif dan olahannya untuk menghasilkan rekaan corak tertentu. Kegiatan ini memberi peluang kepada murid membuat rekaan corak tidak terancang, corak terancang dan juga corak tradisional dengan teknik tertentu. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pergerakan, peragaan dan lakonan. Berkenaan dengan tujuan membuat corak dan rekaan, selalunya guru akan mempertimbangkan aspek perlakuan, persepsi dan pengetahuan budaya. Dari segi perlakuan, kriteria pemilihan warna untuk tujuan tertentu amat penting supaya bentuk asas yang dihasilkan memperlihatkan perbezaan yang jelas.Hal sedemikian selaras dengan matlamat seni dalam pendidikan sekolah rendah iaitu untuk membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.3.2 Peranan Guru SeniSeorang guru memiliki peranan yang penting dalam proses pembelajaran seni visual. Guru dituntut untuk bertanggungjawab membimbing murid dan memberikan motivasi kepada murid ketika proses pembelajaran berlangsung. Peranan guru seni tidak hanya mengajarkan kepada murid cara-cara menggambar, atau memberikan contoh gambar untuk ditiru mereka, tetapi guru seni juga menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi murid dan memahami karakteristik murid sebagai anak didik di kelasnya. Selain itu guru seni juga memiliki tanggung jawab untuk merancang, memotivasi dan membimbing. Dalam melaksanakan kegiatan kelas guru harus menjadi pengelola, perencana, penyuluh dan perancang program yang baik dan cekap. Guru yang simpatik, imajinatif, kreatif dan luas pengetahuannya merupakan prasarat mutlak bagi guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.Di samping itu, peranan guru juga melibatkan memperkembangkan sifat-sifat yang merangkumi aspek-aspek emosi, kreativiti, nilai, estetik dan etika tertentu. Dengan penglibatan pelajar secara aktif dalam kegiatan seni visual, mereka akan dapat membina pertumbuhan dan perkembangan fizikal, emosi, mental dan sosial mereka sendiri. Selain itu, pengalaman menjalankan aktiviti seni corak dan rekaan yang menarik akan membantu meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran yang dipelajari.Dalam kegiatan seni dalam bidang corak dan rekaan, elemen yang terdapat dalam seni mampu memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka pelbagai sudut yang mereka dengar, lihat, sentuh dan berfikir dalam aktiviti pembelajaran. Selain itu, kanak-kanak juga perlu menangani sumber imaginasi, kreativiti, pemikiran serta emosi secara proaktif.Hasilan karya seni seseorang pelajar boleh diterjemahkan melalui ketelitian dan kepekaan pengamatannya dalam menghasilkan karya seni. Aspek ketelitian dan kepekaan yang tinggi bagi seseorang pengkarya seni dapat ditonjolkan melalui pengamatan yang tinggi ke atas aspek seperti garisan, warna, jalinan, rupa, bentuk dan ruang. Dalam bidang seni visual kepentingan membuat corak dan rekaan adalah perkara yang sewajarnya berlaku. Secara prinsipnya, kepentingan aspek ini adalah bersandarkan citarasa dan keinginan seseorang pelajar ingin melihat hasil seninya cantik dan menarik. Sebagai seorang manusia biasa, kita suka akan sesuatu yang cantik, menarik dan mengiburkan. Begitu jugalah hakikatnya dengan hasil seni yang akan bakal kita hasilkan. Mengikut Mohd. Zaihidee (2007), dalam modul kepentingan membuat corak dan rekaan adalah bertujuan mencantikkan bahagian atau permukaan luar sesuatu objek. Kedua, corak yang dihasilkan turut bertindak sebagai elemen hiasan yang menarik. Ketiga, corak disifatkan sebagai nilai estetik yang tidak ada tolok bandingnya dalam hasil karya seni.Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semulajadi proses tumbesaran mereka. Hasil karya seni lukis yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak. Kepentingan pengajaran mata pelajaran Pendidikan Seni Visual kepada kanak-kanak terbahagi kepada aspek kognitif, psikomotor, kreativiti, dan afektif.

3.2.1 Kognitif Kepentingan mempelajari corak dan rekaan dari segi kognitif sememangnya perkara yang sangat penting. Pada peringkat kanak-kanak tahap kognitif pelajar mudah diasuh dan senang meniru serta akur dengan arahan. Melalui pendekatan teori-teori seperti Teori Gestalt dan Teori Sosial-Interaksi Piaget berhubung dengan kognitif kanak-kanak menunjukkan proses dalaman minda kanak-kanak mudah memahami sesuatu objek atau material yang seterusnya mempengaruhi kapasiti mereka mempelajari sesuatu. Dalam bidang seni visual, teori gestalt bukan sahaja meliht kepada produk atau hasil kerja kanak-kanak tetapi memberikan penekanan yang tinggi ke atas proses penghasilan produk (hasil seni) itu sendiri.Dalam seni visual, elemen ini amat penting kerana aplikasi proses mestilah betul untuk sampai kepada penghasilan hasil seni yang baik. Oleh itu, guru haruslah memberi penekanan kepada proses di dalam pengajaran dan haruslah menggalakkan para pelajar agar tidak mementingkan hasil kerja seni semata-mata. Penilaian kerja para pelajar (kanak-kanak) juga harus dimasukkan elemen proses dan bukannya hanya menilai hasil karya yang sudah siap sahaja. Dalam konteks pengajaran, guru harus lah sedar bahawa setiap rangsangan yang diperkenalkan mungkin akan mendapat penerimaan yang berbeza daripada para pelajar.Proses perkembangan kognitif kanak-kanak sememangnya berkembang. Teori Sosial-Interaksi Piaget yang mengkategorikan perkembangan kognitif kanak-kanak kepada peringkat-peringkat seperti Peringkat Deria-Pergerakan, Peringkat Pra-Olahan, Peringkat Pengolahan Konkrit dan Peringkat Pengolahan Formal.Berkenaan dengan pendekatan konstruktivis dalam pengajaran, guru berupaya memahamkan para pelajarnya dalam menguasai kemahiran mencorak dan rekaan dengan menekankan perbezaan iaitu melatih para pelajar agar bijak membezakan jenis dan sifat maklumat yang diterima oleh mereka. Kedua, kanak-kanak sewajarnya berupaya menstrukturkan maklumat agar lebih mudah diterima dan difahami. Ketiga, guru-guru sebolehnya menyampaian pengajaran mereka secara tertib di samping disokong material pengajaran yang sesuai. Seterusnya, sifat dan bentuk ganjaran atau hukuman yang akan dikenakan sekiranya pelajar berjaya atau gagal melakukan sesuatu bakal mewujudkan suasana pembelajaran yang selamat dan kondusif.

3.2.2 KreativitiMenurut Ensiklopedia Malaysiana (1996), kreativiti membawa maksud kemampuan mencipta atau menghasilkan sesuatu. Dalam kes ini, kreativiti kanak-kanak akan dilihat dari segi menghasilkan hasil seni mereka. Kebolehan murid-murid menggembangkan kemahiran mencipta, menghasilkan sesuatu yang baru berdasarkan idea yang baru dan asli amat digalakkan. (Kamus Dewan, Edisi 3, 2000) Menurut June King McFee pula, kreativiti ialah keupayaan mencipta perlambangan dan ideayang baru bagi mengemaskinikan perlambangan yang sedia ada, menyusun dan mengolah semula organisasi yang sedia ada dan mantap kepada sesuatu organisasi yang baru yang dapatmenyatukan idea baru. Kreativiti juga bermaksud kebolehan mewujudkan sesuatu yang baru. Pengalaman dalam melakukan aktiviti seni secara berkesan membolehkan kanak-kanak meluahkan keinginan dan keperluan mereka. Lazimnya mereka dapat membina pengalaman baru hasil daripada beberapa penerokaan dalam kehidupan seharian dan akan berasa seronok apabila dapat mencipta sesuatu yang baru. Bagi meluahkan rasa hati, kanak-kanak akan dapat mencipta sesuatu dengan menggunakan kaedah dan cara tersendiri dalam pelbagai caradan bentuk. Cara yang unik inilah yang mencerminkan kreativiti kanak-kanak dan mereka akan menggunakan pengalaman serta kreativiti untuk memanipulasikan alatan dan bahan yang mereka gunakan. Aktiviti dan projek dalam pendidikan seni visual yang bersifat terbuka dapat membantu murid-murid mengembangkan aspek kreativiti mereka.Bagi Mclnerney & Mclnerney (1994) pula menyatakan bahawa aspek kreativiti berkaitan dengan personaliti, ada yang memberi tumpuan kepada proses pemikiran dan juga penekanan kepada hasil usaha mereka sebagai kriteria kreativiti. Dalam konteks kemahiran seni mencorak dan mereka, keupayaan mencipta perlambangan dan idea baru kepada bentuk organisasi baru bakal memberi nafas baru kepada idea-idea mereka yang bersifat kreatif. Kreativiti merupakan suatu konsep yang bersifat multi dimensi dan inter disiplin bagi semua bidang yang berkaitan dengan ilmu. Perkembangan bidang kreativiti di kalangan manusia [pelajar] kian menyerlah dewasa kini hasil penemuan dan penyelidikan yang berterusan oleh pakar yang terlibat. Dalam konteks seseorang individu seperti pelajar di sekolah rendah, kreativiti dalam membuat corak dan rekaan disifatkan sebagai organisasi memahami, mengetahui dan mampu mengaplikasikan daya kreativiti bagi menghasilkan sesuatu kerja projek. Menurut Mohd. Azhar (2003) literasi kreatif menekankan kefahaman individu terhadap persoalan know-what ; know-why ; dan know-how dalam konteks pengetahuan dan pengaplikasiannya. Atau paling tidak, pada tahap sederhana individu mengetahui dan faham akan konsep kreativiti serta tahu bagaimana untuk berkreativiti dalam pelbagai keadaan dan suasana.Di samping itu, Amabile (1992) menyifatkan institusi sekolah merupakan tempat paling sesuai untuk memupuk alam kreativiti di kalangan kanak-kanak, khususnya dalam konteks prasekolah. Dengan perkataan lain, usia awal kana-kanak sangat mudah menerima pelbagai bentuk pembelajaran yang berkaitan dengan mereka.Mempelajari corak dan rekaan adalah salah satu cabang Pendidikan Seni Visual (PSV) yang berkaitan aktiviti-aktiviti perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri. Kegiatan ini merangkumi penerokaan kesan seni dalam kehidupan dengan alat-alat yang sesuai. Kegiatan ini berkait rapat dengan kemahiran mereka cipta hasil karya seni. Fokus kegiatan seni mereka akan memperkembangkan persepsi visual murid dan kesedaran terhadap unsur-unsur seni seperti warna, garisan, susunan dan kesannya.

3.2.3 PsikomotorDomain psikomotor dalam Pendidikan Seni Visual adalah merujuk kepada ketrampilan dan kemampuan seseorang kanak- kanak itu bertindak setelah menerima pengalaman belajar. Dalam mata pelajaran pendidikan seni visual, kanak- kanak diajar untuk mengawal dan melatih psikomotor mereka dalam menghasilkan karya seni. Ini kita dapat lihat dalam aktiviti seni dalam bidang yang diajar seperti aktiviti melukis, menganyam, membentuk dan membuat binaan, membuat corak dan pelbagai lagi.Aktiviti- aktiviti seni dalam ke empat- empat bidang banyak menggunakan psikomotor dalam penghasilan seni. Kita ambil contoh aktiviti membina kad ucapan. Melukis pada kad dengan teknik tulisan yang pelbagai dan dilukis berbunga adalah menunjukkan perkembangan Psikomotor yang positif. Menurut Ibrahim Hassan (2001) Pendidikan Seni Visual sekolah rendah memupuk pertumbuhan kemahiran dalam pergerakan atau gerak balas yang boleh terbentuk melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran, meningkatkan meningkatkan kualiti koordinasi antara mata, tangan, otot dan mental.Domain Psikomotor ini adalah selaras dengan matlamat Pendidikan Seni Visual ke arah pembangunan diri dan objektif Pendidikan Seni Visual yang ke empat iaitu menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi untuk mereka cipta barangan kraf dan produk seni visual yang berkualiti. Kemahiran psikomotor menunjukkan perkembangan kecergasan, bersedia menjalankan amalan menggunakan masa lapang secara berfaedah, memperolehi kemahiran-kemahiran asas praktik dalam kehidupan seharian dan mempunyai asas kemahiran vokasional.3.2.4 AfektifMenurut Kamus Dewan Edisi Keempat, afektif berkaitan dengan sikap, nilai, minat, perasaan dan emosi dan bukannya fikiran atau daya berfikir untuk memperkembangkan minatdan motivasi membaca, alam kanak-kanak haruslah berkembang serentak dengan alam-alamkognitif mereka. Aspek afektif pula merupakan satu aspek yang dirancang untuk mengajar pelajar berbakat tentang emosi, harga diri, dan kemahiran sosial.Moholy Nagey menyatakan, satu cara untuk menggambarkan emosi adalah dengan menggunakan seni untuk merangsangdan menyatakan emosi itu. Sebenarnya melalui aktiviti-aktiviti seni kesan emosi diri akanmerasakan kepuasan, lega, lapang perasaan, stabil emosi, dan ketenangan dari tekanan perasaan. Ini terbukti dengan membuat aktiviti melukis, kraf atau apa-apa kegiatan seni akan menimbulkan kesan kelegaan dengan meluahkan perasaan dalam hasil karya yang dibuat itu.Dalam Pendidikan Seni Visual, aspek afektif ini mencakupi perasaan, minat, sikap, emosi dan nilai. Dalam penghasilan karya, murid di sekolah rendah tidak kira peringkat umur akan mempunyai perasaan terhadap sesuatu yang ingin dihasilkan. Minat akan menjadi fokus utama jenis karya yang bakal dihasilkan. Manakala emosi pula banyak mempengaruhi semasa proses kerja karya tersebut dan nilai yang dapat ditunjukkan adalah nilai menghargai warisan, sahsiah yang baik dan rasa kesyukuran. Ini jelas menunjukkan bahawa domain afektif ini menekankan kepada kepentingan emosi dan perasaan.Justeru itu, seseorang murid yang mempunyai domain afektif yang tinggi dalam Pendidikan Seni Visual akan dapat dilihat menerusi berbagai tingkah laku. Antaranya adalah seperti, pemerhatian murid tersebut terhadap mata pelajaran Pendidikan Seni Visual, disiplinnya dalam menyediakan bahan seni yang diperlukan, mempunyai motivasi yang tinggi terhadap mata pelajaran seni dan penghargaan terhadap alam sekitar dan kesyukuran ditunjukkan dalam karya yang dihasilkan. Fokus utama murid-murid dalam aktiviti- aktiviti seni adalah meluahkan perasaan dalam karya dan memiliki motivasi yang sangat tinggi sehingga tumpuan diberikan seratus peratus terhadap karya yang ingin dihasilkan. Ini mempunyai perkaitan dengan matlamat Pendidikan Seni Visual iaitu menghargai keindahan seni dan objektif kurikulum Pendidikan Seni Visual menunjukkan penghargaan terhadap keindahan dan menjadikan bidang seni visual sebagai prospek kerjaya.Melalui elemen-elemen yang dinyatakan jelas ia menepati saranan yang telah terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu:-Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."4.0 Kesimpulan

Sebenarnya tugas dan tanggungjawab guru pendidikan seni semakin mencabar. Namun demikian bagi guru pendidikan seni yang aktif dan cemerlang, cabaran dan rintangan yang berat dapat dipikul dengan mudah. Kerja-kerja yang ada kaitan dengan tugas dan dan ada kaitan dengan pendidikan seni merupakan kerja yang menyeronokkan bagi guru pendidikan seni yang cemerlang. Kebiasaannya guru cemerlang ini mahukan setiap kerjanya dilakukan dengan kualiti yang tinggi. Indikator utama guru pendidikan seni yang cemerlang ialah sikap amanah dan bertanggungjawaban.Tahap kesempurnaan tugas datang dari diri yang ikhlas dan sentiasa mahu mengingkatkan pengetahuan, menguasai kemahiran, sikap terbuka, berfikiran secara fleksibel, kreatif dan inovatif. Sesungguhnya guru yang cemerlang itu sentiasa menjadi guru 'popular' disekolah. Seperti kata Ketua Pengarah Pendidikan dalam kertas kerjanya bertajuk Keguruan Menjelang Abad ke-21: Cabaran dan Harapan, menyatakan bahawa untuk menjamin kualiti perkhidmatan dalam profesion keguruan pada abad ke -21 merupakan satu cabaran. Stakeholders dan juga pelanggan pendidikan pasti akan membuat tuntutan peningkatan mutu pendidikan. Sejauh mana sesorang guru atau kakitangan pendidikan dapat memuaskan tuntutan dan keperluan stakeholders dan pelanggan bergantung kepada sejauh mana tingginya kualiti perkhidmatan yang dicurahkan. ( Wan Zahid. ms 121).

(2830 Patah Perkataan)

5.0 BibliografiClark BoardmanMunandar, Prof. Dr. S. C. Utami.(1989). Kreativitas Sepanjang Masa, Jakarta., Pustaka Sinar Harapan. Clark G., Day, M. and Greer, D. (1987). Discipline-based art education : becoming students of art. The Journal of Aesthetic Education, (21)2Kementerian Pendidikan Malaysia (1985). Buku Panduan Khas Pendidikan Seni Visual, KBSR.KL., DBP.Kementerian Pendidikan Malaysia (1998). Buku Sumber Guru Pendidikan Seni Visual, KBSR.KL.,DBP.Kementerian Pendidikan Malaysia (2000) Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah ,2000) Kuala Lumpur. DBP.Kintner,Earl W. dan Jack Lahr. 1983. An Intellectual Property Law Primer. NewYork: Open University Malaysia, (2006). HBAE1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual, UNITEM Sdn.Bhd.Open University Malaysia, (2007). HBAE3503 Perkembangan Seni dan Kanak-Kanak, UNITEM Sdn.Bhd.Open University Malaysia, (2007). HBEF1403 Seni dan Dalam Pendidikan, UNITEM Sdn.Bhd12 | Page