aseimen sintaksis sem 6

27
A. Pendahuluan Sintaksis merupakan bidang bahasa yang dapat dibuktikan secara empirikal, iaitu menerusi kajian- kajian yang dijalankan. Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua (2008), sintaksis merupakan ilmu atau kajian tentang susunan kata dalam ayat. Setelah membuat fahaman menerusi sumber-sumber sahih yang diperoleh, saya mendapati kebanyakan pakar memberikan pelbagai takrifan tentang sintaksis dengan menggunakan gaya bahasa yang tersendiri tetapi tetap menghala ke arah maksud yang sama. Contohnya, menurut Nik Safiah Karim (2008), sintaksis ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Menurut beliau, sintaksis juga dikenal sebagai kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa. Tatabahasa ialah peraturan-peraturan bagaimana sesuatu perkataan dibentuk dan bagaimana perkataan itu bergabung dengan perkataan-perkataan lain untuk menghasilkan ayat-ayat yang gramatis (Siti Hajar Abdul Aziz, 1996). Selain itu, pakar bahasa yang lain turut memberikan takrifan tentang sintaksis. Menurut Abdullah Hassan (1980:164), sintaksis merupakan istilah untuk mengkaji pembentukan ayat, iaitu bagaimana morfem dan kata disusun menjadi klausa dan ayat merupakan unit terbesar. Menurut beliau, yang dibincangkan dalam pembahasan sintaksis ialah struktur frasa, klausa dan ayat. Hal ini bermakna bahawa satuan yang paling kecil dikaji dalam sintaksis ialah frasa, manakala satuan yang paling besar ialah ayat. Beberapa orang pakar telah memberikan definisi tentang frasa yang dilihat tidak jauh berbeza antara satu sama lain. Contohnya, menurut Asmah Omar (1968) menyatakan frasa adalah unit yang terletak di atas kata dan di bawah klausa. Definisi ini mempunyai persamaan dengan kajian yang dilaksanakan oleh Abdullah Hassan dan Ainon Mohamad (1995) yang mengatakan frasa sebagai unit yang wujud dalam sistem tatabahasa dan merupakan unit terkecil dalam sintaksis yang terletak di bawah klausa. Kedua-dua definisi ini jelas menjurus kepada satu maksud, iaitu unit frasa yang terletak antara klausa dan kata. Kesimpulannya, berdasarkan sumber yang diperoleh tentang takrifan bidang bahasa sintaksis daripada pendapat pakar bahasa yang banyak serta kolaborasi ilmu daripada pensyarah pembimbing sendiri semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kuliah, dapatlah dirumuskan bahawa sintaksis merupakan ilmu linguistik yang menjurus kepada kajian tentang ayat secara khususnya sama ada dari segi struktur, bentuk, binaan atau konstruksi ayat. Dan untuk menguji sejauh manakah penguasaan saya sebagai bakal guru bahasa Melayu tentang ilmu sintaksis ini, maka saya berusaha menjelmakannya dalam pelaksanaan tugasan ini. Tugasan ini mengcakupi penjelasan tentang proses pembentukan frasa dan klausa serta tugas-tugasnya dan disertai oleh penganalisisan penggunaan frasa dan klausa berdasarkan sepuluh ayat yang disediakan. Kerja Kursus Projek Sintaksis BMM3110 1

Upload: sharifah-nur-rasyidah

Post on 24-Sep-2015

55 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

1

TRANSCRIPT

A. Pendahuluan Sintaksis merupakan bidang bahasa yang dapat dibuktikan secara empirikal, iaitu menerusi kajian- kajian yang dijalankan. Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua (2008), sintaksis merupakan ilmu atau kajian tentang susunan kata dalam ayat. Setelah membuat fahaman menerusi sumber-sumber sahih yang diperoleh, saya mendapati kebanyakan pakar memberikan pelbagai takrifan tentang sintaksis dengan menggunakan gaya bahasa yang tersendiri tetapi tetap menghala ke arah maksud yang sama. Contohnya, menurut Nik Safiah Karim (2008), sintaksis ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Menurut beliau, sintaksis juga dikenal sebagai kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa. Tatabahasa ialah peraturan-peraturan bagaimana sesuatu perkataan dibentuk dan bagaimana perkataan itu bergabung dengan perkataan-perkataan lain untuk menghasilkan ayat-ayat yang gramatis (Siti Hajar Abdul Aziz, 1996). Selain itu, pakar bahasa yang lain turut memberikan takrifan tentang sintaksis. Menurut Abdullah Hassan (1980:164), sintaksis merupakan istilah untuk mengkaji pembentukan ayat, iaitu bagaimana morfem dan kata disusun menjadi klausa dan ayat merupakan unit terbesar. Menurut beliau, yang dibincangkan dalam pembahasan sintaksis ialah struktur frasa, klausa dan ayat. Hal ini bermakna bahawa satuan yang paling kecil dikaji dalam sintaksis ialah frasa, manakala satuan yang paling besar ialah ayat. Beberapa orang pakar telah memberikan definisi tentang frasa yang dilihat tidak jauh berbeza antara satu sama lain. Contohnya, menurut Asmah Omar (1968) menyatakan frasa adalah unit yang terletak di atas kata dan di bawah klausa. Definisi ini mempunyai persamaan dengan kajian yang dilaksanakan oleh Abdullah Hassan dan Ainon Mohamad (1995) yang mengatakan frasa sebagai unit yang wujud dalam sistem tatabahasa dan merupakan unit terkecil dalam sintaksis yang terletak di bawah klausa. Kedua-dua definisi ini jelas menjurus kepada satu maksud, iaitu unit frasa yang terletak antara klausa dan kata.Kesimpulannya, berdasarkan sumber yang diperoleh tentang takrifan bidang bahasa sintaksis daripada pendapat pakar bahasa yang banyak serta kolaborasi ilmu daripada pensyarah pembimbing sendiri semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kuliah, dapatlah dirumuskan bahawa sintaksis merupakan ilmu linguistik yang menjurus kepada kajian tentang ayat secara khususnya sama ada dari segi struktur, bentuk, binaan atau konstruksi ayat. Dan untuk menguji sejauh manakah penguasaan saya sebagai bakal guru bahasa Melayu tentang ilmu sintaksis ini, maka saya berusaha menjelmakannya dalam pelaksanaan tugasan ini. Tugasan ini mengcakupi penjelasan tentang proses pembentukan frasa dan klausa serta tugas-tugasnya dan disertai oleh penganalisisan penggunaan frasa dan klausa berdasarkan sepuluh ayat yang disediakan.

B. Proses Pembentukan Frasa dan Klausa serta Tugas-tugasnya.Proses Pembentukan Empat Jenis Frasa dan Tugasnya.Menurut Asraf (2007), frasa ialah sepatah kata atau lebih daripada sepatah kata yang dapat bertugas sebagai subjek atau predikat atau objek dalam sesuatu ayat. Subjek ialah kata atau kata-kata yang merupakan frasa nama yang diceritakan dalam sesuatu ayat sementara predikat merupakan kata atau kata-kata dalam bentuk frasa yang menerangkan sesuatu tentang subjek ayat (Kamus Pelajar Edisi Kedua, 2008). Objek pula ialah frasa nama yang wujud selepas frasa kerja transitif atau frasa sendi dalam sesuatu ayat.Binaan frasa dalam bahasa Melayu terdiri daripada empat jenis frasa, iaitu frasa nama frasa sendi, frasa adjektif dan frasa kerja (Nik Safiah Karim, 2008). Proses pembentukan keempat-empat jenis frasa tersebut terbentuk daripada empat pola ayat seperti yang berikut, iaitu:i. Pola 1: (FN + FN)ii. Pola 2: (FN + FS)iii. Pola 3: (FN + FA)iv. Pola 4: (FN + FK)Pola 1: (FN + FN)Frasa nama ialah kata nama atau sekumpulan kata yang kata utamanya kata nama dan dapat bertugas sebagai subjek, atau objek, atau predikat dalam ayat (Abdullah Hassan, 2007). Menurut Asraf (2008: 195), jika subjek ayat itu frasa nama dan predikatnya frasa nama, maka ayat itu mempunyai pola FN + FN. Contohnya:No.SUBJEK (FN)PREDIKAT (FN)

1.Sharifah guru pelatih.

2.Dia jurutera.

Semua kata nama yang dapat bertugas sebagai subjek atau predikat dalam sesuatu ayat merupakan frasa nama. Daripada contoh ayat (1) hingga (2) di atas, dapat dinyatakan bahawa semua kata tersebut termasuk dalam kelas kata nama. Pola 2: (FN + FS)Frasa sendi ialah sekumpulan kata yang terdiri daripada kata sendi serta frasa nama sebagai objek kata sendi itu (Asraf, 2007). Secara mudahnya, frasa sendi merupakan gabungan kata sendi dengan frasa nama sebagai objek. Jika subjek ayat itu frasa nama dan predikatnya frasa sendi, maka ayat itu mempunyai pola FN + FS. Contohnya:No.SUBJEK (FN)PREDIKAT (FS)

3.Pelajar itudari Kelantan.

4.Ahmad ke kedai.

Frasa nama bertugas sebagai subjek dalam ayat (3) hingga (4) sementara frasa sendi bertugas sebagai predikat ayat. Frasa sendi sebagai predikat ayat terdiri daripada kata sendi dari, dan ke, dan disertai oleh frasa nama sebagai objek. Frasa sendi boleh didahului oleh kata bantu seperti akan, belum, boleh, dapat dan sebagainya. Contohnya, ayat 4 : Ahmad akan ke kedai.

Pola 3: (FN + FA)Frasa adjektif ialah kata adjektif yang dapat bertugas sebagai predikat dalam ayat (Asraf, 2007). Jika subjek ayat itu frasa nama dan predikatnya frasa adjektif, maka ayat itu mempunyai pola FN + FA. Contohnya:No.SUBJEK (FN)PREDIKAT (FA)

5.Kedai itujauh.

6.Pemuda itu berani.

Frasa nama bertugas sebagai subjek dalam ayat (6) hingga (6) sementara frasa adjektif bertugas sebagai predikat dalam ayat-ayat ini. Frasa adjektif sebagai predikat ayat terdiri daripada kata adjektif jauh, dan berani. Frasa adjektif yang bertugas sebagai predikat boleh disertai kata penguat seperti amat, sangat, agak, paling, dan terlalu. Kata penguat yang boleh diletakkan di depan kata adjektif seperti agak, paling dan terlalu. Kata penguat seperti nian, sekali boleh diletakkan di belakang kata adjektif sementara kata penguat yang bebas, yakni boleh diletakkan di belakang atau di depan adjektif seperti amat, sangat, dan sungguh. Contoh frasa adjektif berdasarkan contoh ayat (5) hingga (6) yang diletakkan kata penguat ialah seperti yang berikut:

No.SUBJEK (FN)PREDIKAT (FA)

7.Kedai itu(agak) jauh.

8.Pemuda itu berani (sekali).

Selain itu, frasa adjektif juga boleh disertai kata bantu yang letaknya di depan seperti akan, belum, masih, sedang, sudah dan kata bantu yang lain. Namun demikian, kata bantu mestilah diletakkan sebelum kata penguat. Selain itu, frasa adjektif juga boleh diluaskan dengan cara menambahkan frasa sendi. Contohnya:No.SUBJEK (FN)PREDIKAT (FA)

(FA)(FS)

9.Kedai itu(agak) jauhdari sini.

10.Pemuda itu beranibagaikan singa.

Pola 4: (FN + FK)(a) : FN + FKTTr (Tak Transitif)Frasa kerja tak transitif terdiri daripada kata kerja tanpa objek yang dapat bertugas sebagai predikat dalam ayat atau sekumpulan kata yang mempunyai kata kerja sebagai kata utamanya. Menurut Asraf (2008: 195), jika subjek ayat itu frasa nama dan predikatnya frasa kerja tak transitif, maka ayat itu mempunyai pola FN + FK. Contohnya:No.SUBJEK (FN)PREDIKAT (FK)

11.Asyraf(masih) lena.

12.Ibu tersenyum.

Daripada contoh ayat (11) hingga (12) di atas, dapat dinyatakan bahawa semua kata yang bertugas sebagai predikat ayat terdiri daripada kata kerja tak transitif. Kata kerja tak transitif dapat berdiri sendiri dengan maknanya yang lengkap tanpa objek kecuali yang berapitan ber-kan. Kerja tak transitif terbahagi kepada bentuk-bentuk yang berikut:(a) Asal(b) Berawalan ber-(c) Berapitan ber..an(d) Berapitan ber..kan(e) Berawalan me-(f) Berawalan terKata kerja tak transitif dalam ayat-ayat di atas boleh disertai kata bantu (misalnya: belum, masih, hendak, sudah) dan diletakkan sebelum kata kerja tak transitif. Contohnya, dalam ayat (11).(b): FN + FK (Tak Transitif) + (Keterangan)No.SUBJEK (FN)PREDIKAT (FK)

(FK)Keterangan (FS, KN, KA)

13.Asyraf(masih) lenadi situ.

14.Ibu tersenyummanis.

15.Anak-anak itumenderitakelaparan.

Frasa kerja yang bertugas sebagai predikat dalam ayat (13) hingga (15) terdiri daripada kata bantu bagi ayat (13) dengan kata kerja tak transitif dan disertai oleh frasa sendi atau kata nama atau kata adjektif yang bertugas sebagai keterangan.Ayat 13: FN + KB+ KKTTr + FS (Keterangan)Ayat 14: FN + KKTTr + KA (Keterangan)Ayat 15: FN + KKTTr + KN (Keterangan)(c): FN + FKTr (Transitif) Frasa kerja transitif ialah kata kerja yang mesti disertai objek untuk menjadi frasa kerja yang dapat bertugas sebagai predikat ayat. Objek yang wujud selepas kata kerja transitif mestilah terdiri daripada frasa nama. Menurut Asraf (2008: 205), jika subjek ayat itu frasa nama dan predikatnya frasa kerja transitif, maka ayat itu mempunyai pola FN + FK. Contohnya:No.SUBJEK (FN)PREDIKAT (FK)

Kata kerja transitifFrasa nama

16.Ismailmembacabuku.

17.Pesakit itumenemuidoktor.

18.Matahari menyinarkan cahaya.

Kata kerja transitif terbahagi kepada bentuk-bentuk yang berikut:(a) Berawalan me-(b) Berapitan me..kan(c) Berapitan me..i(d) Berapitan memper..kan(e) Berapitan memper..i (d): FN + FKTr (Transitif) + (Keterangan)No.SUBJEK (FN)PREDIKAT (FK)

(FK)(Keterangan)

19.Ismailmembaca bukudi beranda.

20.Pesakit itumenemui doktorsemalam.

21.Matahari menyinarkan cahayaterik.

Frasa kerja bertugas sebagai predikat (kb) + KK + FN + (keterangan)Kata kerja transitif tidak boleh dipisahkan daripada frasa nama sebagai objeknya. Semua ayat di atas diperluas dengan frasa sendi atau kata adjektif atau kata nama sebagai keterangan.Ayat 19: FN + KKTr + FS (Keterangan)Ayat 20: FN + KKTr + KN (Keterangan)Ayat 21: FN + KKTr + KA (Keterangan)Proses Pembentukan Klausa dan Tugasnya.Menurut Asraf (2007: 286), klausa ialah sekelompok kata yang terdiri daripada subjek dan predikat seperti ayat juga. Klausa juga boleh ditakrifkan sebagai ayat kecil yang mempunyai subjek dan predikatnya sendiri dan menjadi sebahagian daripada ayat yang lebih besar (Kamus Pelajar Edisi Kedua, 2008). Klausa mesti wujud dalam ayat majmuk. Secara umumnya, ayat dapat diluaskan dengan memancangkan ayat tambahan yang lain pada ayat utama, iaitu dikenal sebagai klausa. Klausa boleh ditentukan menggunakan kata hubung atau kata tanya.Klausa terbahagi kepada dua jenis, iaitu klausa bebas dan klausa tak bebas (Siti Hajar Abdul Aziz, 2008). Klausa bebas ialah klausa yang boleh berdiri dengan sendiri dan apabila diucapkan dengan intonasi yang sempurna, klausa bebas ini akan menjadi ayat yang lengkap. Klausa tak bebas pula ialah klausa yang tidak dapat berdiri sendiri dan dalam ayat majmuk, klausa tak bebas ini dipancangkan ke dalam klausa bebas atau klausa utama. Contohnya:Ayat: Dia lulus dalam ujian kerana belajar bersungguh-sungguh.1. Dia lulus dalam ujian (klausa utama/klausa bebas)2. Kerana belajar bersungguh-sungguh (klausa tak bebas)Menurut Nik Safiah Karim (et al., 1993), pengetahuan mengenai klausa amat penting dalam membina dan menganalisis ayat majmuk gabungan, ayat majmuk pancangan dan ayat campuran. Hal ini kerana ayat-ayat ini mempunyai dua atau lebih klausa, iaitu terdapat klausa bebas dan klausa tak bebas (Goay Teck Chong, et al, 2008). Pembahagian tugas klausa-tugas klausa adalah seperti yang berikut, iaitu:i. Klausa sebagai subjekii. Klausa sebagai predikatiii. Klausa sebagai objek

iv. Klausa sebagai pelengkapv. Klausa sebagai penerangvi. Klausa sebagai keterangan

(i) Klausa Sebagai SubjekKlausa sebagai subjek ialah klausa yang bertugas sebagai subjek dalam ayat pancangan. Contohnya, ayat-ayat di bawah ini ayat-ayat pasif yang menunjukkan bahawa subjeknya terdiri daripada klausa dan predikatnya terdiri daripada frasa kerja pasif.No.SUBJEK (Klausa)PREDIKAT (Frasa Kerja Pasif)

22.Bagaimana cantiknya gadis itutidak dapat saya ceritakan.

23.Apakah yang terjadimasih belum diketahui oleh masyarakat.

Subjek dalam ayat (22) hingga (23) terdiri daripada klausa dalam bentuk ayat tanya, iaitu Bagaimana cantiknya gadis itu, dan Apakah yang terjadi. Manakala, ayat-ayat di bawah dapat juga menunjukkan bahawa klausa boleh bertugas sebagai subjek. Contohnya:No.PREDIKAT (Frasa)SUBJEK (Klausa)

24.Tidak dapat saya katakanbahawa hal itu tidak benar.

25.Memang benarbahawa lelaki itu penyanyi.

Ayat-ayat di atas adalah ayat-ayat songsang kerana predikatnya di depan dan subjeknya di belakang. Subjek ayat-ayat tersebut adalah klausa dan predikatnya frasa, iaitu frasa kerja pasif bagi ayat (24) dan frasa adjektif bagi ayat (25). Setiap klausa dalam semua ayat di atas dikenal sebagai klausa kerana terdiri daripada sekelompok kata yang ada subjek dan predikat ayat. Contohnya:Ayat 24: bahawa hal itu tidak benar Subjek : hal itu Predikat : tidak benar

(ii) Klausa Sebagai PredikatKlausa ini bertugas sebagai predikat dalam ayat pancangan. Contohnya:No.SUBJEK (Frasa Nama)PREDIKAT (Klausa)

Predikat Subjek

26.Cincin ini mahalharganya.

27.Guru itusiapanamanya.

Frasa nama bertugas sebagai subjek dalam ayat (26) hingga (27) sementara predikatnya terdiri daripada klausa dalam bentuk songsang, iaitu predikatnya di depan dan subjeknya di belakang.

(iii) Klausa Sebagai ObjekMenurut Asraf (2007: 286), klausa sebagai objek ialah klausa yang bertugas sebagai objek kepada kata kerja transitif dalam ayat pancangan. Objek terdiri daripada frasa nama. Contohnya:No.SUBJEK (Frasa Nama)PREDIKAT (Frasa Kerja Transitif + Objek)

28.Saya masih belum mengetahui apakah yang terjadi.

29.Sharifah mengatakan bahawa dia tidak pasti tentang hal itu.

Frasa nama bertugas sebagai subjek dalam ayat (28) hingga (29) sementara predikatnya terdiri daripada kata kerja transitif yang diikuti oleh frasa nama sebagai objek. Yang bercetak condong dalam semua ayat di atas ialah klausa yang bertugas sebagai objek kerana wujud selepas kata kerja transitif, iaitu mengetahui, dan mengatakan.

(iv) Klausa Sebagai PelengkapMenurut Asraf (2007: 286), klausa sebagai pelengkap ialah klausa bawahan yang bertugas sebagai pelengkap selepas kata kerja tak transitif dalam ayat pancangan. Pelengkap ialah kata nama yang bertugas untuk melengkapi kata kerja tak transitif atau kata adjektif. Contohnya:No.SUBJEK (Frasa Nama)PREDIKAT (Frasa Kerja Tak Transitif + Pelengkap)

30.Latifah berkata bahawa bibirnya kering.

31.Saya yakin bahawa tuduhan itu fitnah semata-mata.

Frasa nama bertugas sebagai subjek dalam ayat (30) hingga (31) sementara predikatnya terdiri daripada kata kerja tak transitif yang diikuti oleh frasa nama sebagai pelengkap. Yang bercetak condong dalam semua ayat di atas ialah klausa yang bertugas sebagai pelengkap kerana wujud kata nama seperti bibirnya, dan tuduhan untuk melengkapi kata kerja tak transitif dan kata adjektif, iaitu berkata (kata kerja tak transitif), dan yakin (kata adjektif).

(v) Klausa Sebagai PenerangMenurut Asraf (2007: 286), klausa sebagai penerang ialah klausa bawahan yang bertugas sebagai penerang selepas kata nama dalam ayat pancangan. Contohnya:No.SUBJEK (Frasa Nama)PREDIKAT (Kata Nama + Penerang)

32.Zakiahmendapat berita bahawa hal itu tidak benar.

33.Mereka mendapat pengesahan bahawa lelaki itu tidak bersalah.

Frasa nama bertugas sebagai subjek dalam ayat (32) hingga (33). Semua klausa bawahan yang bertugas sebagai penerang dalam ayat-ayat di atas terletak selepas frasa nama seperti yang terdapat dalam perkataan yang dicetak tebal.

(vi) Klausa Sebagai KeteranganKlausa sebagai keterangan ialah klausa bawahan yang bertugas sebagai keterangan, iaitu kata, atau frasa, atau klausa tambahan kepada predikat ayat dalam ayat pancangan. Contohnya: No.SUBJEK (Frasa Nama)PREDIKAT (kluasa sebagai Keterangan)

34.Hujan turun dengan lebatnya sehingga kampung kami kebanjiran.

35.Ayah Menggali lubang dengan (dia) menggunakan cangkul.

Frasa nama bertugas sebagai subjek dalam ayat (34) hingga (35). Bahagian yang dicetak dengan bentuk condong dalam semua ayat di atas ialah klausa bawahan yang bertugas sebagai keterangan. Klausa utama dengan klausa bawahan dihubungkan dengan menggunakan kata hubung seperti sehingga, dan dengan.

C. Penganalisisan Penggunaan Frasa dan Klausa. Bagi membincangkan penganalisisan penggunaan frasa dan klausa dalam bahagian tugasan ini, 10 ayat telah disediakan. Ayat 1 hingga 5 daripada 10 ayat seperti yang disediakan bersama dengan tugasan ini adalah untuk membincangkan penganalisisan penggunaan frasa sementara ayat 6 hingga 10 untuk penganalisisan penggunaan klausa. Sebagai permulaan tugasan untuk bahagian ini, penganalisisan penggunaan frasa akan dibincangkan terlebih dahulu berdasarkan ayat 1 hingga 5 seperti yang disediakan. Ayat 1: Bulan depan daerah kami akan dikunjungi pemimpin parti tersebut.Ayat tersebut mempunyai satu subjek dan satu predikat. Subjeknya terdiri daripada frasa nama daerah kami. Frasa nama daerah kami terbina daripada kata nama daerah yang menjadi inti frasa, iaitu kata nama utama yang membentuk frasa nama sementara kata ganti nama diri pertama kami menjadi kata nama yang bertugas sebagai penerang kepada frasa nama daerah.Walau bagaimanapun, subjek ayat ini tidak terletak pada awal ayat. Hal ini demikian kerana sebahagian predikat ayat wujud pada awal ayat sementara sebahagian lagi diletakkan pada akhir ayat. Subjek ayat tersebut wujud di tengah-tengah ayat. Dan disebabkan frasa nama daerah kami yang bertugas sebagai subjek ayat ini telah dikenai kesan kata kerja pasif dikunjungi, maka ayat ini dikenal sebagai ayat pasif songsang terbahagi. Ayat ini merupakan ayat pasif songsang terbahagi kerana predikat tambahan dalam ayat yang bertugas sebagai keterangan wujud pada awal ayat, iaitu kata nama waktu bulan depan. Predikat tambahan yang bertugas sebagai keterangan ayat ini boleh diletakkan pada awal ayat dalam ayat pasif songsang terbahagi. Seterusnya, predikat utama ayat ini yang wujud pada akhir ayat, iaitu frasa kerja pasif akan dikunjungi pemimpin parti tersebut terdiri daripada lima patah kata. Kata bantu akan merupakan kata keterangan waktu yang bertugas meluaskan frasa kerja pasif tersebut. Kata kerja pasif berimbuhan awalan di, iaitu dikunjungi ialah kata kerja pasif utama yang membentuk frasa kerja pasif akan dikunjungi pemimpin parti tersebut. Pemimpin ialah kata nama manakala parti tergolong dalam kata nama yang berfungsi sebagai penerang kepada kata nama pemimpin. Pemimpin parti ialah kata ganti nama orang ketiga dan diikuti kata penentu tersebut. Frasa nama pemimpin parti tersebut merupakan objek bagi kata sendi nama oleh yang telah digugurkan dalam ayat kerana kata sendi oleh selepas kata kerja pasif yang berawalan imbuhan di tidak wajib digunakan dan boleh digugurkan. Namun demikian, harus memenuhi syarat kata ganti nama diri ketiga selepas kata kerja pasif tersebut. Ayat ini ialah ayat transformasi daripada ayat biasa yang berikut, iaitu Pemimpin parti tersebut akan mengunjungi daerah kami bulan depan. Dalam ayat biasa, pemimpin parti tersebut merupakan frasa nama yang bertugas sebagai subjek dan frasa akan mengunjungi daerah kami

bulan depan ialah predikat ayat. Sementara frasa nama daerah kami bertugas sebagai objek kerana terletak selepas kata kerja transitif mengunjungi. Namun demikian, setelah ayat biasa ini dipasifkan, maka objek dalam ayat biasa boleh ditukar menjadi subjek dalam ayat pasif.Selain itu, ayat transformasi yang boleh dibina selain ayat ini ialah seperti yang berikut, iaitu:Ayat pasif biasaDaerah kami akan dikunjungi pemimpin parti tersebut bulan depan.Ayat pasif songsangAkan dikunjungi pemimpin parti tersebut bulan depanlah daerah kami.Ayat pasif songsang terbahagiAkan dikunjungi pemimpin parti tersebutlah daerah kami bulan depan.

Ayat 2:Hasil padinya berguni-guni di dalam kepuk itu.Ayat tersebut mempunyai satu subjek dan satu predikat. Pola ayat ini terdiri daripada Frasa nama + Frasa kerja. Frasa nama sebagai subjek ayat terdiri daripada frasa nama hasil padinya. Frasa nama hasil padinya terbina daripada kata nama hasil yang menjadi inti frasa, iaitu kata nama utama yang membentuk frasa nama hasil padinya sementara kata nama padi menjadi kata nama sebagai penerang kepada kata nama hasil. Dan kata ganti nama diri ketiga -nya merupakan kata asal dia yang bertugas sebagai penerang kepada kata nama padi.Subjek ayat ini terletak pada awal ayat. Manakala predikat ayat terletak pada akhir ayat selepas subjek ayat. Susunan kata seperti ayat ini dikenal sebagai ayat aktif tak transitif susunan biasa. Frasa kerja berguni-guni di dalam kepuk itu bertugas sebagai predikat ayat. Frasa kerja yang bertugas sebagai predikat ayat ini terdiri daripada frasa kerja dan frasa sendi nama. Frasa kerja terdiri daripada kata kerja tak transitif berguni-guni yang terbentuk daripada kata nama ganda seluruh, iaitu guni-guni yang menerima imbuhan awalan ber, iaitu berguni-guni.Frasa sendi nama di dalam kepuk itu pula bertugas sebagai penerang kepada kata kerja tak transitif berguni-guni. Kata kerja tak transitif berguni-guni terdiri daripada frasa sendi nama, iaitu konstituen kata sendi nama di dengan frasa nama arah dalam diikuti frasa nama kepuk serta disertai oleh kata penentu itu.Predikat utama ayat ini ialah frasa kerja berguni-guni sementara frasa sendi nama di dalam kepuk itu ialah predikat tambahan yang menjadi keterangan kepada frasa kerja berguni-guni.Ayat transformasi yang boleh dibina daripada ayat ini ialah seperti yang berikut, iaitu:Ayat Songsang Berguni-guni di dalam kepuk itulah hasil padinya.Ayat songsang terbahagiDi dalam kepuk itulah hasil padinya berguni-guni.

Ayat 3:Dengan segeranya kami laksanakan perintah yang kami terima itu.Ayat tersebut mempunyai satu subjek dan satu predikat. Subjek ayat terdiri daripada frasa nama perintah yang kami terima itu. Predikat ayat pula terdiri daripada frasa dengan segeranya kami laksanakan.Walau bagaimanapun, subjek ayat ini tidak terletak pada awal ayat. Hal ini demikian kerana predikat ayat diletakkan pada awal ayat sementara subjek ayat wujud pada akhir ayat. Dan disebabkan terdapat frasa kerja laksanakan yang didahului oleh kata ganti diri yang pertama, iaitu kami, maka ayat ini dikenal sebagai ayat pasif songsang terbahagi. Frasa nama perintah yang kami terima itu yang bertugas sebagai subjek terdiri daripada kata nama perintah, kata sandang yang yang berfungsi sebagai kata nama, kata ganti nama diri pertama kami, kata kerja tak transitif terima dan disertai oleh kata penentu itu. Frasa nama yang kami terima itu berfungsi sebagai penerang kepada kata nama perintah. Seterusnya, predikat ayat yang diletakkan pada awal ayat terdiri daripada predikat tambahan, iaitu frasa sendi dengan segeranya dan diikuti predikat utama oleh frasa kami laksanakan. Frasa sendi dengan segeranya merupakan predikat tambahan yang terdiri daripada konstituen kata sendi nama dengan diikuti kata keterangan masa segera serta disertai oleh kata ganti nama diri ketiga -nya. Frasa sendi dengan segeranya merupakan predikat tambahan dalam ayat yang bertugas sebagai keterangan kepada kata kerja pasif laksanakan.Seterusnya, predikat utama ayat dengan frasa kami laksanakan terdiri daripada kata ganti nama diri pertama kami dan diikuti oleh kata kerja pasif laksanakan.Ayat ini ialah ayat transformasi daripada ayat susunan biasa, iaitu Kami melaksanakan perintah yang kami terima itu dengan segeranya. Selain itu, ayat transformasi yang boleh dibina selain ayat ini ialah seperti yang berikut: Ayat pasif biasa Perintah yang kami terima itu kami laksanakan dengan segeranya. Ayat pasif songsang Kami laksanakan dengan segeranya perintah yang kami terima itu.

Ayat 4:Di seluruh negara orang sibuk memperkatakan kenaikan harga barangan.Ayat tersebut mempunyai satu subjek dan satu predikat. Subjeknya terdiri daripada frasa nama orang sementara predikatnya terdiri daripada frasa sibuk memperkatakan kenaikan harga barangan di seluruh negara. Walau bagaimanapun, subjek ayat ini tidak terletak pada awal ayat. Hal ini demikian kerana sebahagian predikat ayat wujud pada awal ayat sementara sebahagian lagi diletakkan pada akhir ayat. Subjek ayat tersebut wujud di tengah-tengah ayat. Dan disebabkan adanya frasa kerja transitif berimbuhan apitan memper_kan, iaitu frasa kerja aktif memperkatakan, maka ayat ini dikenal sebagai ayat aktif songsang terbahagi. Frasa sendi nama di seluruh negara merupakan predikat tambahan yang diletakkan pada awal ayat yang bertugas sebagai penerang kepada frasa nama kenaikan harga barangan. Frasa sendi nama terdiri daripada konstituen kata sendi nama di dengan kata bilangan tak tentu seluruh yang bertindak sebagai kata bantu kepada frasa nama negara dan disertai oleh frasa nama negara.Seterusnya, predikat utama ayat ini yang wujud pada akhir ayat, iaitu frasa kerja sibuk memperkatakan kenaikan harga barangan terdiri daripada frasa adjektif sibuk yang berfungsi sebagai kata bantu yang hadir sebelum kata kerja transitif berimbuhan apitan memper_kan, iaitu memperkatakan diikuti kata nama berimbuhan apitan ke_an, iaitu kenaikan, frasa nama harga dan disertai oleh frasa nama barangan. Frasa nama kenaikan harga barangan berfungsi sebagai objek kepada kata kerja transitif memperkatakan. Frasa nama kenaikan berasal daripada kata kerja naik. Namun demikian, kata kerja naik ditukar menjadi kata nama apabila menerima imbuhan apitan ke-an. Frasa nama harga barangan berfungsi sebagai penerang frasa nama kenaikan manakala frasa nama barangan juga berfungsi sebagai penerang kepada frasa nama harga.Ayat ini ialah ayat transformasi daripada ayat aktif susunan biasa, iaitu Orang sibuk memperkatakan kenaikan harga barangan di seluruh negara. Selain itu, ayat transformasi yang boleh dibina selain ayat ini ialah seperti yang berikut:Ayat aktif songsangSibuk memperkatakan kenaikan harga barangan di seluruh negaralah orang.

Ayat pasif biasa Kenaikan harga barangan sibuk diperkatakan orang di seluruh negara.

Ayat pasif songsang Sibuk diperkatakan orang di seluruh negaralah kenaikan harga barangan.

Ayat 5:Ke mana-mana sahaja pengedar dadah itu terus diburu polis. Ayat tersebut mempunyai satu subjek dan satu predikat. Subjeknya terdiri daripada frasa nama pengedar dadah itu. Frasa nama pengedar dadah itu terbina daripada kata nama pengedar yang menjadi inti frasa, iaitu kata nama utama yang membentuk frasa nama sementara kata nama dadah menjadi kata nama yang bertugas sebagai penerang dan disertai oleh kata penentu itu.Walau bagaimanapun, subjek ayat ini tidak terletak pada awal ayat. Hal ini demikian kerana sebahagian predikat ayat wujud pada awal ayat sementara sebahagian lagi diletakkan pada akhir ayat. Subjek ayat tersebut wujud di tengah-tengah ayat. Dan disebabkan frasa kerja diburu telah dikenai kesan kata kerja pasif berimbuhan awalan di, maka ayat ini dikenal sebagai ayat pasif songsang terbahagi. Predikat ayat yang diletakkan pada awal ayat, iaitu frasa sendi nama, iaitu konstituen kata sendi nama ke dengan kata ganti tak tentu mana-mana dan disertai kata nama sahaja. Frasa sendi nama ke mana-mana sahaja bertugas sebagai penerang kepada kata nama polis.Seterusnya, bahagian predikat yang terletak pada akhir ayat tersebut terdiri daripada frasa kerja pasif yang terbentuk daripada kata bantu terus yang hadir sebelum kata kerja pasif berimbuhan awalan di, iaitu konstituen frasa kerja pasif diburu dengan frasa nama polis yang berfungsi sebagai objek kepada kata kerja pasif diburu.Ayat ini ialah ayat transformasi daripada ayat biasa, iaitu Polis terus memburu pengedar dadah itu ke mana-mana sahaja.Selain itu, ayat transformasi yang boleh dibina selain ayat ini ialah seperti yang berikut, iaitu:Ayat pasif biasa Pengedar dadah itu terus diburu polis ke mana-mana sahaja.

Ayat pasif songsangTerus diburu polis ke mana-mana sahajalah pengedar dadah itu.

Seterusnya, penganalisisan penggunaan klausa akan dibincangkan berdasarkan ayat 6 hingga 10 seperti yang disediakan.

Ayat 6: Saya jelaskan kepadanya bahawa pemimpin itu tidak amanah terhadap rakyatnya.Ayat tersebut mempunyai lebih daripada satu subjek. Oleh sebab itu, ayat tersebut tergolong dalam jenis ayat majmuk. Subjek utama bagi ayat tersebut terdiri daripada klausa yang bertugas sebagai subjek, iaitu klausa bahawa pemimpin itu tidak amanah terhadap rakyatnya. Predikat ayat ini terdiri daripada frasa kerja pasif pelaku diri pertama saya jelaskan dan diikuti oleh frasa sendi nama kepadanya. Frasa kerja pasif pelaku diri pertama terikat dengan hukum aneksi persona, iaitu antara kata ganti nama diri pertama dengan kata kerja pasif tidak boleh hadir perkataan lain. Dalam frasa sendi nama terdiri daripada kata sendi nama kepada dan disertai oleh kata ganti nama diri ketiga -nya. Ayat ini sebenarnya berasal daripada dua ayat tunggal yang berikut, iaitu;(i) Saya jelaskan kepadanya.(ii) Pemimpin itu tidak amanah terhadap rakyatnya.Kedua-dua ayat tersebut digabungkan dengan menggunakan kata hubung bahawa. Konstituen bahawa pemimpin itu tidak amanah terhadap rakyatnya dikenal sebagai klausa tak bebas kerana tidak dapat berdiri sendiri sebagai ayat yang lengkap tetapi berfungsi sebagai subjek kepada kata kerja pasif dijelaskan. Bahawa pemimpin itu tidak amanah terhadap disebut sebagai klausa kerana terdiri daripada sekelompok kata yang ada subjek dan predikat ayat. Subjek ayat bagi klausa tersebut ialah pemimpin itu yang terdiri daripada frasa nama, iaitu konstituen kata nama pemimpin dengan kata penentu itu. Prediket klausa pula terdiri daripada frasa adjektif yang terbina daripada kata nafi tidak dengan kata adjektif amanah dan disertai frasa sendi nama terhadap rakyatnya. Frasa sendi nama terdiri daripada kata sendi nama terhadap dengan frasa kata nama rakyat dan diikuti kata ganti nama diri ketiga -nya. Oleh sebab klausa ini bertugas sebagai subjek dalam ayat majmuk, maka klausa ini dikenal sebagai klausa yang berfungsi sebagai subjek. Ayat pasif songsang ini boleh ditukarkan kepada ayat aktif susunan biasa seperti yang berikut, iaitu:Saya menjelaskan kepadanya bahawa pemimpin itu tidak amanah terhadap rakyatnya.

Ayat 7:Kawasan kediamannya itu bagaimana keadaannya.Ayat tersebut mempunyai lebih daripada satu subjek. Oleh sebab itu, ayat tersebut tergolong dalam jenis ayat majmuk. Subjek utama bagi ayat tersebut terdiri daripada frasa nama, iaitu konstituen kawasan kediamannya itu. Kawasan ialah kata nama sebagai inti frasa sementara kata nama kediamannya berfungsi sebagai penerang dan disertai oleh kata penentu itu. Predikat ayat ini ialah frasa nama bagaimana keadaannya yang merupakan klausa yang berfungsi sebagai predikat. Ayat ini sebenarnya berasal daripada dua ayat tunggal yang berikut, iaitu;(iii) Kawasan kediamannya itu.(iv) Keadaannya bagaimana.Kedua-dua ayat tersebut digabungkan menjadi ayat majmuk dengan menggunakan kata tanya bagaimana. Konstituen bagaimana keadaannya dikenal sebagai klausa tak bebas kerana tidak dapat berdiri sendiri sebagai ayat yang lengkap tetapi berfungsi sebagai predikat selepas frasa nama kawasan kediamannya itu yang bertugas sebagai subjek ayat. Bagaimana keadaannya disebut sebagai klausa kerana terdiri daripada sekelompok kata yang ada subjek dan predikat ayat. Subjek ayat bagi klausa tersebut ialah keadaannya yang terdiri daripada frasa nama, iaitu konstituen kata nama keadaannya dan diikuti oleh kata ganti nama diri ketiga -nya. Prediket klausa pula terdiri daripada frasa nama yang terbina daripada kata nama bagaimana. Oleh sebab klausa ini bertugas sebagai predikat dalam ayat majmuk, maka klausa ini dikenal sebagai klausa yang berfungsi sebagai predikat.Ayat tanya dengan kata tanya susunan biasa ini boleh ditukarkan kepada ayat tanya susunan songsang seperti yang berikut, iaitu:Bagaimanakah keadaannya kawasan kediamannya itu.

Ayat 8:Penduduk di situ berpendapat bahawa kediaman mereka tidak selamat.Ayat tersebut mempunyai lebih daripada satu subjek. Oleh sebab itu, ayat tersebut tergolong dalam jenis ayat majmuk. Subjek utama bagi ayat tersebut terdiri daripada frasa nama, iaitu konstituen Penduduk di situ. Penduduk ialah kata nama sebagai inti frasa sementara kata sendi nama di berfungsi sebagai penerang kata nama penduduk dan disertai oleh kata tunjuk situ yang berfungsi sebagai kata ganti tempat.Predikat ayat ini ialah frasa kerja tak transitif yang terdiri daripada kata kerja tak transitif berpendapat dan diikuti oleh klausa yang berfungsi sebagai pelengkap, iaitu berpendapat bahawa kediaman mereka tidak selamat. Ayat ini sebenarnya berasal daripada dua ayat tunggal yang berikut, iaitu;(i) Penduduk di situ berpendapat.(ii) Kediaman mereka tidak selamat .Kedua-dua ayat tersebut digabungkan menjadi ayat majmuk dengan menggunakan kata hubung bahawa. Konstituen bahawa kediaman mereka tidak selamat dikenal sebagai klausa tak bebas kerana tidak dapat berdiri sendiri sebagai ayat yang lengkap tetapi berfungsi sebagai pelengkap selepas kata kerja tak transitif yang berimbuhan awalan ber, iaitu berpendapat. bahawa kediaman mereka tidak selamat disebut sebagai klausa kerana terdiri daripada sekelompok kata yang ada subjek dan predikat ayat. Subjek ayat bagi klausa tersebut ialah frasa nama kediaman mereka yang terdiri daripada frasa nama, iaitu konstituen kata nama kediaman dan diikuti oleh kata ganti nama diri ketiga mereka sebagai penerang. Prediket klausa pula terdiri daripada frasa nama yang terbina daripada kata nafi tidak dan diikuti oleh kata nama selamat. Oleh sebab klausa ini wujud selepas kata kerja tak transitif yang berimbuhan awalan ber, iaitu berpendapat dalam ayat majmuk, maka klausa ini dikenal sebagai klausa yang berfungsi sebagai pelengkap.Ayat aktif tak transitif susunan biasa ini boleh ditukarkan kepada ayat aktif tak transitif susunan songsang seperti yang berikut, iaitu: Berpendapat bahawa kediaman mereka tidak selamatlah penduduk di situ.

Ayat 9:Pihak polis menerangkan bahawa pendatang asing itu telah melarikan diri.Ayat tersebut mempunyai lebih daripada satu subjek. Oleh sebab itu, ayat tersebut tergolong dalam jenis ayat majmuk. Subjek utama bagi ayat tersebut terdiri daripada frasa nama, iaitu konstituen pihak polis. Pihak ialah kata nama sebagai inti frasa sementara kata nama polis berfungsi sebagai penerang kepada kata nama pihak.Predikat ayat ini ialah frasa kerja transitif yang terdiri daripada kata kerja transitif menerangkan dan diikuti oleh klausa yang berfungsi sebagai objek, iaitu bahawa pendatang asing itu telah melarikan diri. Ayat ini sebenarnya berasal daripada dua ayat tunggal yang berikut, iaitu;(iii) Pihak polis menerangkan sesuatu.(iv) Pendatang asing itu telah melarikan diri.Kedua-dua ayat tersebut digabungkan menjadi ayat majmuk dengan menggunakan kata hubung bahawa sementara kata sesuatu digugurkan kerana kata sesuatu sudah merujuk kepada pendatang asing itu telah melarikan diri.Konstituen pendatang asing itu telah melarikan diri dikenal sebagai klausa tak bebas kerana tidak dapat berdiri sendiri sebagai ayat yang lengkap tetapi berfungsi sebagai objek kepada kata kerja transitif menerangkan. Bahawa pendatang asing itu telah melarikan diri disebut sebagai klausa kerana terdiri daripada sekelompok kata yang ada subjek dan predikat ayat. Subjek ayat bagi klausa tersebut ialah frasa nama pendatang asing itu yang terdiri daripada frasa nama, iaitu konstituen kata nama pedatang dengan kata nama asing sebagai penerang dan diikuti oleh kata penentu itu. Prediket klausa pula terdiri daripada frasa kerja yang terbina daripada kata bantu telah dengan kata kerja transitif berimbuhan apitan me_kan, iaitu melarikan dan disertai oleh kata nama diri sebagai objeknya. Oleh sebab klausa ini wujud selepas kata kerja transitif, iaitu menerangkan, maka klausa ini dikenal sebagai klausa yang berfungsi sebagai objek.Ayat aktif transitif susunan biasa ini boleh ditukarkan kepada ayat aktif transitif susunan songsang seperti yang berikut, iaitu: Bahawa pendatang asing itu telah melarikan diri telah diterangkan oleh pihak polis.

Ayat 10:Kakitangan pejabat itu mendapat pengesahan bahawa pengarah baharu itu bukan orang tempatan.Ayat tersebut mempunyai lebih daripada satu subjek. Oleh sebab itu, ayat tersebut tergolong dalam jenis ayat majmuk. Subjek utama bagi ayat tersebut terdiri daripada frasa nama, iaitu konstituen kakitangan pejabat itu. Kakitangan ialah kata nama sebagai inti frasa sementara kata nama pejabat berfungsi sebagai penerang kepada kata nama kakitangan dan disertai oleh kata penentu itu.Predikat ayat ini ialah frasa kerja transitif yang terdiri daripada kata kerja transitif mendapat dengan frasa nama pengesahan dan diikuti oleh klausa yang berfungsi sebagai penerang, iaitu bahawa pengarah baharu itu bukan orang tempatan. Ayat ini sebenarnya berasal daripada dua ayat tunggal yang berikut, iaitu;(v) Kakitangan pejabat itu mendapat pengesahan.(vi) Pengarah baharu itu bukan orang tempatan.Kedua-dua ayat tersebut digabungkan menjadi ayat majmuk dengan menggunakan kata hubung bahawa.Konstituen pengarah baharu itu bukan orang tempatan dikenal sebagai klausa tak bebas kerana tidak dapat berdiri sendiri sebagai ayat yang lengkap tetapi berfungsi sebagai penerang kepada frasa nama pengesahan. Bahawa pengarah baharu itu bukan orang tempatan disebut sebagai klausa kerana terdiri daripada sekelompok kata yang ada subjek dan predikat ayat. Subjek ayat bagi klausa tersebut ialah frasa nama pengarah baharu itu yang terdiri daripada frasa nama, iaitu konstituen kata nama pengarah dengan kata adjektif baharu sebagai penerang kepada kata nama pengarah dan diikuti oleh kata penentu itu. Prediket klausa pula terdiri daripada frasa nama yang terbina daripada kata nafi bukan dengan kata nama orang dan disertai oleh kata nama tempatan yang bertugas sebagai penerang kepada kata nama orang. Oleh sebab klausa ini wujud selepas frasa nama, iaitu pengesahan, maka klausa ini dikenal sebagai klausa yang berfungsi sebagai penerang.Ayat aktif transitif susunan biasa ini boleh ditukarkan kepada ayat pasif susunan songsang seperti yang berikut, iaitu:Pengesahan bahawa pengarah baharu itu bukanlah orang tempatan didapati oleh kakitangan pejabat itu.

Penulisan ReflektifPada 20 Januari 2014 yang lalu, soalan tugasan kerja kursus bagi kursus BMM 3110, iaitu kursus Sintaksis telah diberikan oleh pensyarah pembimbing kami, iaitu En. Maniyamin bin Ibrahim. Tugasan ini merupakan salah satu tugasan yang wajib dilaksanakan untuk melengkapkan keperluan dalam semester ini. Sewaktu mula mendapat soalan tugasan yang diberikan di dalam bilik kuliah pada tarikh tersebut, saya bersama rakan-rakan sekuliah yang dibimbing oleh pensyarah telah bersama-sama berbincang tentang kehendak tugasan ini. Dalam perbincangan tersebut, pensyarah memberikan huraian dan penjelasan satu persatu. Walaubagamanapun, terdapat sebahagian daripada tugasan ini yang agak mengelirukan saya. Mungkin disebabkan saya sendiri masih belum dapat menguasai sepenuhnya bidang ilmu ini oleh sebab masih pada peringkat untuk memahami pelajaran bidang ilmu ini. Namun demikian, kekeliruan ini bukanlah satu masalah besar oleh sebab saya sendiri dibimbing dengan banyak oleh pensyarah pembimbing yang cukup berpengetahuan tentang bidang ini. Setiap kali sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik kuliah, saya akan berusaha mengambil peluang dan ruang untuk bertanyakan beliau sendiri atau menerusi rakan-rakan. Malahan, saya berasa teruja untuk menyiapkan tugasan ini. Berasa terujalah saya oleh sebab kursus ini adalah antara kursus yang mencabar dan memerlukan penelitian yang rapi. Tambahan lagi, walaupun saya agak cepat dalam memahami sesuatu perkara yang diajarkan berkaitan bidang ini tetapi cepat pula saya tidak mengingati kembali. Namun demikian, saya mengambilnya sebagai satu cabaran yang pastinya dapat memberikan saya pengalaman dan pengetahuan baharu yang banyak sewaktu melaksanakan tugasan ini nanti. Oleh itu, selepas mendapat penjelasan lanjut daripada pensyarah, saya terus memulakan langkah awal dalam pelaksanaan tugasan ini. Salah satunya, setelah saya memahami sepenuhnya skop tugasan yang perlu dilaksanakan, saya mula mengunjungi pusat sumber Institut untuk mendapatkan bahan-bahan rujukan seperti buku-buku yang berkaitan. Selain itu, saya mula membuat carian internet berdasarkan skop dalam kehendak soalan tugasan. Saya berusaha terlebih dahulu membaca dan memahami buku-buku yang berkaitan untuk memudahkan pelaksanaan tugasan berikutnya. Namun demikian, sedikit kerancuan terjadi oleh sebab buku-buku bahasa yang ada mempunyai huraian dan pegangan yang berbeza. Contohnya, huraian dan pegangan yang terdapat dalam buku Tatabahasa Dewan ialah berbeza daripada buku- buku yang lain yang ditulis oleh pakar-pakar bahasa seperti Zaba, Asmah Omar, Asraf dan lain-lain.. Kerancuan ini menyebabkan kekeliruan berlaku oleh sebab ketidakseragaman huraian dari segi ejaan, golongan kata dan tatabahasa. Walaupun kekeliruan berlaku tetapi saya tidak menjadikannya sebagai halangan sebaliknya mematuhi cadangan dan ajaran daripada pensyarah pembimbing yang tidak dapat disangkal lagi kehebatannya ilmu bahasanya. Melihat kepada perkara ini, dapatlah saya membuat sedikit banyak punca mengapa kerancuan ini sendiri berlaku di sekolah dalam pengajaran bahasa Melayu. Hal ini demikian kerana berpunca daripada huraian dan pegangan daripada buku-buku

bahasa yang tidak menunjukkan keseragaman. Perkara ini pernah dibincangkan oleh Awang Sariyan (1994) yang mengatakan antara faktor yang menyebabkan kerancuan bahasa ialah fahaman terhadap buku yang berbeza huraian atau pegangan. Namun demikian, perkara ini memberikan saya pengalaman dan pengetahuan baharu yang cukup banyak membantu saya untuk lebih memahami sedikit banyak mengenai bidang sintaksis sekali gus membantu saya meningkatkan kefahaman dalam kursus ini. Di sinilah, saya dapat melihat kewajaran pelaksanaan tugasan kerja kursus oleh para pelajar dalam meningkatkan kefahaman kami sendiri selain memenuhi keperluan kursus ini. Apa yang pasti, pada awal pelaksanaan tugasan ini sendiri, saya berpeluang meneroka bidang ini dengan lebih baik menerusi kefahaman yang lebih baik daripada sebelumnya. Oleh itu, setelah saya memahami sedikit banyak mengenai kandungan dalam kursus ini, maka berbantukan bahan-bahan rujukan berserta penerangan pensyarah dalam bilik kuliah juga, saya mula melaksanakan tugasan ini secara berperingkat- peringkat. Saya cuba menyiapkan satu bahagian demi bahagian, iaitu bermula dari bahagian a hinggalah bahagian b. Dan setelah melalui pelbagai proses untuk menghasilkan tugasan ini, ternyata saya mendapat pengalaman dan pengetahuan baharu yang banyak terutamanya semasa melaksanakan tugasan bahagian b, iaitu berkaitan penganalisisan penggunaan frasa dan klausa tentang sintaksis secara am dan linguistik secara khusus.Antara pengalaman dan pengetahuan baharu yang saya dapat semasa menghasilkan penganalisisan penggunaan frasa dan klausa termasuklah saya berpeluang untuk memanfaatkan ruang ini bagi mengaplikasikan segala ilmu tentang frasa dan klausa yang dipelajari sama ada secara langsung di bilik kuliah atau diperoleh daripada sumber- sumber lain seperti buku dan carian internet. Di sinilah, saya menyedari bahawa untuk membuat penganalisisan terhadap 10 ayat yang diberikan bersama dengan soalan tugasan ialah bukan perkara yang mudah tetapi tidaklah sesukar mana apabila penggunaannya difahami dengan telitinya. Sebagai contohnya, semasa membuat analisis pembentukan ayat yang menggunakan frasa dengan tugas- tugasnya yang tertentu bagi ayat 1 hingga 5, saya mendapat pengalaman yang cukup berharga. Pengalamannya pastilah melibatkan penggunaan ilmu frasa untuk menganalisis ayat. Frasa seperti yang sedia maklum merupakan sepatah kata atau lebih daripada sepatah kata yang dapat bertugas sebagai subjek atau predikat atau objek dalam sesuatu ayat (Asraf, 2007: 279).Dan untuk menganalisis setiap ayat tersebut, saya akan mencari terlebih dahulu subjek dan predikat ayat. Subjek ayat terletak pada awal ayat bagi ayat inti sementara predikat ayat terletak pada akhir ayat. Namun demikian, subjek ayat dapat juga terletak pada akhir ayat bagi ayat transformasi. Seterusnya, saya akan mengenal pasti jenis ayat tersebut. Mengikut kebiasaanya, inilah antara perkara yang menyukarkan saya dalam menganalisis jenis sesuatu ayat sekiranya ayat tersebut merupakan ayat transformasi. Begitu juga, apabila hendak membina ayat transformasi daripada ayat yang bersusunan biasa. Akan mengambil masa yang banyaklah untuk saya mengenal pastinya. Walau bagaimanapun, perkara ini adalah antara perkara yang menyeronokkan semasa

melakukan tugasan oleh sebab saya akan berusaha mendapatkan jawabannya sehinggalah mendapat jawabannya yang tepat setelah membuat semakan daripada rakan-rakan yang lebih berpengetahuan. Bukan sahaja pengalaman menganalisis penggunaan ayat dalam frasa yang saya dapat, malahan saya juga mendapat pengetahuan baharu seperti formula untuk membina ayat transformasi dari satu langkah ke satu langkah sehingga dapat membina beberapa ayat transformasi yang betul. Sebagai contohnya, daripada ayat bersusunan biasa, saya jadikannya ayat tranformasi seperti ayat songsang, ayat songsang terbahagi, ayat pasif, ayat pasif songsang, dan ayat pasif songsang terbahagi. Proses percubaan demi percubaanlah yang membuatkan saya lebih teruja. Selain itu, jika terdapat sebarang kekeliruan yang memerlukan penjelasan relevan mengenai sesuatu perkara semasa membuat analisis ayat, dengan segeranya saya akan merujuk kepada mana-mana sumber dan mencari tahu rasionalnya. Sebagai contohnya, bagi ayat 7 yang diberikan, iaitu hasil padinya berguni-guni di dalam kepuk itu. Saya akui saya mengalami kekeliruan untuk mengenal pasti golongan kata bagi setiap perkataan yang membentuk frasa ini, iaitu perkataan berguni-guni. Kerancuan bermula apabila saya keliru dengan golongan kata ini, sama ada golongan kata kerja tak transitif disebabkan adanya imbuhan awalan ber- atau kata ini ialah kata bilangan himpunan. Oleh itu, untuk menyelesaikan kekeliruan ini, saya memanjangkan kekeliruan ini kepada pensyarah pembimbing setelah berasa tidak mendapatkan ulasan secukupnya daripada sumber lain. Di sinilah, pengalaman menganalisis memberikan pengetahuan baharu kepada saya, iaitu setelah saya mendapat jawaban dengan penjelasan yang cukup mantap. Maka, ketahuilah saya bahawa kata berguni-guni adalah kata bilangan himpunan di mana kata dasarnya ialah terdiri daripada kata ganda guni-guni. Dengan ini, mendapat pengetahuan baharulah saya. Walaupun nampak seperti kata remeh yang sepatutnya tidak menimbulkan kekeliruan, tetapi itulah yang berlaku kepada saya. Namun demikian, pengalaman sebeginilah yang membantu saya mendapat pengetahuan baharu.Begitu juga semasa membuat analisis penggunaan klausa bagi ayat 6 hingga 10 yang disediakan. Menurut Abdullah Hassan, Seri Lanang Jaya Rohani, Zulkifli Osman dan Razali Ayob ( 2006) mengatakan klausa ialah ayat dalam ayat yang wujud dalam ayat majmuk. Klausa juga terbentuk daripada kelompok kata dalam frasa (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005). Seperti yang sudah diterangkan dalam huraian bahagian a, klausa dapat berfungsi sebagai klausa subjek, klausa predikat, klausa objek, klausa pelengkap, klausa penerang, dan klausa keterangan berdasarkan sebab-sebab tertentu. Untuk memulakan penganalisisan klausa, saya terlebih dahulu mengenal pasti subjek utama dan predikat utama ayat, kemudian membahagikan ayat tersebut kepada dua pecahan ayat tunggal. Seterusnya, kata hubung atau kata tanya yang digunakan untuk menggabungkan kedua-dua ayat tersebut dikenal pasti. Setelah itu, saya akan mengenal pasti klausa yang berfungsi sebagai tugas yang tertentu berdasarkan sebab-sebab yang dapat dikenal pasti. Untuk ini, saya harus mengaplikasikan semua fahaman saya dalam bidang sintaksis sama ada dalam golongan kata, subjek, predikat, objek dalam ayat, penerang, pelengkap, dan keterangan dan lain-lain yang berkaitan. Setiap kata yang membentuk frasa dalam klausa ini saya amati dengan telitinya.

Tugasan menghasilkan penganalisisan klausa ini memberikan saya pengalaman bagi mendapatkan analisis yang cermat agar fungsi klausa sebagai tugas-tugas tertentu adalah tepat. Perkara ini memberikan saya pengalaman bernilai di mana saya harus memahami dan ari menguasainya terlebih dahulu dahulu sebelum dengan mudahnya dapat mengecamkan fungsi klausa bagi setiap ayat yang diberikan tersebut. Dari segi pengetahuan baharu pula, tidak saya nafikan bahawa setiap kali saya mengalami kekeliruan, saya akan berusaha mendapatkan penyelesaiannya. Dan setiap kali penjelasan yang saya dapat pasti saya turut belajar sesuatu dengan ilmu pengetahuan yang baharu. Sebagai contohnya, sekiranya dalam frasa, setiap ayat yang menggunakan kata tanya seperti bagaimana, siapakah dan lain-lain yang berkaitan wajib meletakkan tanda soal pada akhir ayat. Ini berbeza daripada klausa di mana kata tanya dapat digunakan tanpa meletakkan tanda soal pada akhir ayat. Hal ini demikian kerana kata tanya tanpa tanda soal boleh digunakan oleh sebab wujud dalam ayat majmuk.Begitu juga, kata tanya dapat bertugas sebagai klausa subjek sekiranya terletak pada awal ayat sedangkan sekiranya dalam frasa, kata tanya tidak boleh menjadi subjek sebaliknya menjadi predikat ayat. Mengapakah hal ini berlaku? Hal ini demikian kerana yang dikatakan klausa ialah apabila terdapat kata hubung atau kata tanya yang menggabungkan dua ayat tunggal dalam satu ayat utama. Inilah antara pengetahuan baharu yang saya dapat. Cuba bayangkan situasi di mana saya tidak mengetahui ilmu ini, pastinya saya tidak akan sesekali memilih ayat yang mempunyai kata tanya sebagai subjek. Inilah pengalaman dan pengetahuan baharu yang sangat berguna kepada saya untuk lebih memahami sintaksis secara am dan linguistik secara khusus. Saya juga mendapat pemahaman baharu bahawa mengapakah setiap kali saya mengalami kekeliruan pastinya ada sahaja penjelasan tepat mengenainya. Itulah yang saya peroleh setiap kali mengutarakan soalan kepada pensyarah pembimbing apabila keliru dengan sesuatu. Yang pastinya pensyarah tanpa gagal atau bertangguh untuk memberikan penjelasan tentangnya. Malahan, penjelasan demi penjelasan dapat menambahkan pengalaman dan pengetahuan kepada saya. Bahkan, saya cuba pula mengaplikasikannya terhadap sebarang kekeliruan berikutnya yang hampir sama.Yang menjadi persoalannya mengapakah setiap kekeliruan yang dihadapi dalam bidang ini mempunyai penjelasan dan jawaban. Hal ini demikian kerana sintaksis merupakan salah satu daripada struktur linguistik. Yang dikatakan struktur ialah cara sesuatu terbina atau terbentuk daripada pelbagai bahagian, unsur, atau aspek hingga menjadi suatu pola, sistem atau bentuk tertentu seperti struktur dalam bahasa Melayu (Kamus Dewan Edisi Ketiga, 2000). Manakala, linguistik didefinisikan sebagai satu sains bagi mengkaji bahasa. Ini bermaksud bahasa digunakan sebagai bahan yang dikaji secara saintifik. Oleh sebab itulah, sintaksis dikatakan sebagai bidang bahasa yang dapat dibuktikan secara empirikal, iaitu melalui kajian. Disebabkan itu juga, setiap yang terkandung dalam bidang ini mempunyai penjelasannya dengan hujah yang relevan. Hal ini demikian kerana bidang sintaksis ini telah dikaji secara empirikal.

Selain itu, penjelasan tentang setiap kekeliruan dalam bidang sintaksis mempunyai jawaban dengan hujah yang utuh juga turut dikaji oleh Nor Hashimah Jalaluddin dalam GEMA Online Journal of Language Studies, Volume 6 (2) Order 2006: Research and Publications culture Barbarians: A Synergistic (2006) yang mengatakan bahawa, Linguistics is the scientific study of language. Ini jelas bermaksud bahawa linguistik ialah kajian bahasa secara saintifik. Dan ciri saintifik yang ada dalam bidang sintaksis membolehkan sebarang pertelingkahan yang wujud dapat diselesaikan menerusi penyelidikan. Menurut beliau lagi, penyelidikan bukan sahaja dapat memperlihatkan satu fenomena bahasa dengan lebih jelas, malah akan menjadikan ilmu itu lebih sahih kesaintifikannya. Beliau turut menambah bahawa ciri saintifik memberi ruang kepada ilmu linguistik itu untuk terus diselidiki. Ciri saintifik ini pula harus mampu memenuhi kriteria pengamatan (observatory), penghuraian (descriptive) dan penjelasan (explanatory). Ketiga-tiga kepadaan (adequacy) ini menjadi piawai kepada peningkatan mutu (tinggi) ilmu linguistik itu sendiri. Ketiga-tiga ciri ini akan mudah dilaksanakan dengan bantuan penyelidikan, kerangka teori yang baik dan persembahan yang menarik. Dan sekali lagi saya mendapat pengetahuan baharu tentang bidang sintaksis ini secara am dan linguistik secara khusus.Berdasarkan pengalaman yang saya peroleh setelah menjalankan tugasan ini, saya yakin bahawa pengalaman ini dapat membantu profesion saya sebagai seorang bakal guru bahasa Melayu dan dapat memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Keyakinan saya ini adalah berlandaskan kepentingan bidang sintaksis itu sendiri dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu. Dan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu akan dapat dimartabatkan sekiranya pengguna bahasa ini menggunakan bahasa dengan betul. Bagaimana hendak berbahasa menggunakan bahasa yang betul? Semuanya kembali kepada kepentingan bidang sintaksis itu sendiri yang merupakan ilmu tatababahasa yang merujuk kepada pengetahuan atau pelajaran tentang pembentukan perkataan dan proses pembinaan ayat (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005). Sekiranya tepat tatabahasanya, maka tepatlah penggunaan bahasanya. Dan apabila pengguna sendiri sebagai penutur menggunakan bahasa mereka dengan bahasa yang betul, mengapa bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu tidak dapat dimartabatkan? Sedangkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu sendiri sudah membawa maksud yang cukup tinggi, iaitu bahasa yang mampu menjadi perantaraan bagi penyampaian ilmu pengetahuan sehingga ke peringkat tinggi (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005).Dan menjadi tugas sayalah dalam meneruskan pencapaian ini, iaitu sebagai bakal guru bahasa Melayu yang dapat menggunakan kesemua pengalaman dan pengetahuan dalam bidang sintaksis dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu yang berkesan. Hal ini demikian kerana saya merupakan pengajar, pelatih, dan pendidik bahasa yang harus mempunyai pengetahuan dan kefahaman yang mantap terhadap bahasa yang akan diajarkan. Bahasa sendiri terdiri daripada ayat-ayat. Tanpa ayat-ayat, bahasa tidak akan berdiri dengan sendirinya. Oleh itu, pengetahuan dan kefahaman mengenai struktur sintaksis kepada bakal guru bahasa Melayu seperti saya sangat

penting kerana secara jelasnya bidang ini adalah berhubung dengan bagaimana hendak membentuk ayat. Tanpa pengetahuan yang mantap tentang sintaksis, bagaimanakah guru-guru bahasa dapat mengajarkan sesuatu bahasa dengan cemerlang? Berdasarkan persoalan ini, jelas menunjukkan betapa pentingnya pengetahuan sintaksis kepada guru-guru bahasa Melayu kerana pengetahuan dan kefahaman tersebut sendiri diaplikasikan dalam pengajaran bahasa Melayu. Jika guru bahasa Melayu sendiri gagal atau kurang memahami bidang sintaksis, bagaimana pula anak muridnya? Sedangkan guru bahasa itu adalah mewakili pengguna bahasa Melayu sekali gus pembawa bahasa Melayu kepada generasi berikutnya? Jika guru sendiri pincang ilmunya, ke mana hala tuju bahasa Melayu yang digunakan sebagai bahasa ilmu?Menurut dapatan jurnal yang dikaji oleh Loeb, S., Miller, L., dan Strunk, K. (2009) yang bertajuk, The State Role in Teacher Professional Development and Education throughout Teachers, mengatakan bahawa seorang guru yang profesional ialah guru yang mengetahui segala perkara yang diajarnya. Tambahan lagi, keupayaan guru mempengaruhi keupayaan murid. Namun demikian, bagaimana jika sebaliknya berlaku apabila guru sendiri yang ternyata kurangnya ilmu tentang sintaksis pastinya tidak akan dapat memberikan penerangan tepat mengenai sesuatu perkara yang mengelirukan. Kesannya, pelbagai jangkaan masalah lanjutan akan berlaku. Antaranya, masalah ini membuatkan murid sering melakukan kesilapan yang sama berulangkali kerana mereka kurang memahami apa yang diterangkan oleh guru mereka. Perkara ini semua adalah penting dititikberatkan kerana ia mendorong ke arah penggunaan bahasa Melayu yang betul. Bukankah kita ingin melahirkan pengguna bahasa Melayu yang menggunakan bahasa ilmu untuk menaikkan martabat bahasa ini di bumi gemilang ini? Jadi, inilah saluran tepatnya, iaitu saya menggunakan semua pengalaman dan pengetahuan sintaksis yang ada untuk membantu profesion saya pada masa akan datang dengan sebaiknya. Saya yakin bahawa jika segalanya diaplikasikan dengan baik, pastinya bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu akan dapat dimartabatkan. Dan untuk mengakhiri refleksi ini, semoga semua ilmu yang diperoleh ini akan saya manfaatkan sebaik mungkin apabila diaplikasikannya di sekolah apabila bergelar pendidik kelak.

BibliografiAbdullah Hassan. (1980). Linguistik Am untuk Guru Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.Abdullah Hassan dan Ainon Mohamad. (1995). Bahasa Melayu STPM Kertas 1 & 2. Shah Alam: Fajar Bakti.Abdullah Hassan. (2003). Tatabahasa bahasa Melayu. Morfologi dan sintaksis. Pahang: PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd.Abdullah Hassan, Seri Lanang Jaya Rohani, Zulkifli Osman dan Razali Ayob. ( 2006). Sintaksis. Pahang: PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd.Asmah Omar. (1986). Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Asraf. ( 2007). Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu. Selangor: Sasbadi Sdn. Bhd.Awang Sariyan. (1994). Ceritera Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Awang Sariyan. (2012). Bahasa Melayu: Bahasa Antarabangsa dan Upaya Pengantarabangsaannya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Awang Sariyan. (2012). Penterjemahan Memperkasakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu. Diperoleh pada: 25 Februari 2014. Daripada: http://dwnbahasa.dbp.my/?p=1251Dewan Bahasa dan Pustaka. (2008 - 2014). Laman Carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu dan Dewan Bahasa dan Pustaka. Daripada: http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=klausaFairose Shamsuddin. (6 Januari 2010). Cemerlang Bahasa Melayu. Dimuat turun pada 25 Januari 2012. Daripada: http://fairosesmkbtkbm.blogspot.com/2010/01/klausa.htmlGoay Teck Chong,Choo Say Tee dan Zainuddin Ahman. (2008). Teks Pra-U STPM Bahasa Melayu Kertas 1. Petaling Jaya. Pearson Longman.Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Kamus Pelajar Edisi Kedua. (2008). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Loeb, S., Miller, L., & Strunk, K. (2009). The State Role in Teacher Professional Development and Education throughout Teachers. Education Finance and Policy, 4(2), 212-228Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj, Musa, dan Abdul Hamid Mahmud. (1993). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur.Dewan Bahasa dan Pustaka.Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa, dan Abdul Hamid Mahmood. (2008). Tatabahasa Dewan ed. Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Norhairie Nordin. Mari Berbahasa Sebaiknya. Diperoleh pada: 25 Februari 2014. Daripada: http://hairiebmtutor.wordpress.com/sudut-pmr/memartabatkan-bahasa/Nor Hashimah Jalaluddin. (2006). Research and Publications Culture Barbarians: A Synergistic. GEMA Online Journal of Language Studies, Volume 6 (2), 1675-8021. Akamedia.(2014). Sintaksis. Diperoleh pada: 30 Februari 2014. Daripada: http://books.google.com.my/books?id=WhiTFhRQbTwC&printsec=frontcover&dq=sintaksis&hl=en&sa=X&ei=6IAoU7WA8WlrQfZpIGwDw&ved=0CC0Q6AEwAA#v=onepage&q=sintaksis&f=false

Siti Hajar Abdul Aziz. (2008). Bahasa Melayu 1.Siri Pendidikan Guru. Kuala Lumpur. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Lampiran Kerja Kursus Projek Sintaksis BMM3110 15