rbt 3210e sem 6 baru

42

Click here to load reader

Upload: nik-mohd-faizal

Post on 30-Sep-2015

82 views

Category:

Documents


18 download

DESCRIPTION

tugasan

TRANSCRIPT

Zawahil bin Mahmud (rbt 3120 e)

770612-02-6393

_____________________________________________________________________________________

PENGHARGAAN

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya dapat saya menyiapkan tugasan kerja kursus RBT3120E dengan jayanya. Keberhasilan tugasan ini adalah datangnya daripada dorongan dan sokongan daripada pelbagai pihak. Saya merakamkam jutaan terima kasih kepada pensyarah RBT 3120E En. Khairazmi , kerana telah banyak membantu memberi panduan dan penjelasan yang terperinci bagaimana untuk menghasilkan tugasan serta kerja amali seperti yang dikehendaki.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada keluarga yang selama ini banyak memberi sokongan moral dan memahami bidang tugasan yang perlu diselesaikan. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan IPG kumpulan Sains yang sentiasa bekerjasama dan berbincang bagi menyiapkan tugasan RBT 3120E ini mengikut tarikh yang dikehendaki.

Kepada rakan guru di Sekolah Kebangsaan Padang Matsirat yang sentiasa memberi idea-idea dan sokongan padu sepanjang menyiapkan tugasan ini didahulukan dengan ribuan terima kasih yang tidak terhingga. Penerangan mengenai penghasilan pakaian amat membantu saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Saya berharap agar tugasan ini dapat memenuhi spesifikasi yang telah ditetapkan oleh pihak Tuan.

Sekian, terima kasih.

ISI KANDUNGAN

BILPERKARAHALAMAN

1.PENGENALAN3

2.LAKARAN DAN HURAIAN STAIL PAKAIAN4

3.SENARAI UKURAN BADAN13

4.FABRIK DAN BAHAN16

5.PENGEKOSAN19

6. SUSUN ATUR POLA22

7.LANGKAH MENJAHIT30

8.ALATAN DAN BAHAN35

9.REFLEKSI44

10RUJUKAN46

11LAMPIRAN47

PENGENALAN

Malaysia mempunyai pelbagai jenis kain dan pakaian tradisional yang berbagai bentuk dan warna. Walaubagaimanapun, pakaian kasual turut diminati oleh kebanyakan masyarakat di negara ini selain ia mudah dijahit dan mudah untuk didapati. Blaus bermaksud baju pendek bagi orang perempuan di mana ukurannya dari leher ke punggung. Balus juga boleh disesuaikan dengan skirt, slek dan sarung. Pakaian ini mula dipakai pada tahun 1860. Blaus direka dengan pelbagai stail dan boleh dipakai secara kasual atau formal bergantung pada pilihan fabrik dan hiasan. Kepelbagaian corak dan bentuk dapat menarik perhatian orang ramai untuk memiliki blaus.

Di dalam penyediaan pakaian, terdapat tiga peringkat iaitu perancangan, pelaksanaan dan penilaian. Perancangan dilakukan dengan menyediakan rekod kerja dan seterusnya pelaksanaan melibatkan proses membuat pakaian dan penilaian dilakukan dengan menilai hasil kerja. Membuat pakaian perlu perancangan yang rapi supaya pakaian dapat dihasilkan mengikut rekaan fesyen yang dikehendaki, contohnya jenis belah kelepet sama lebar dan jenis belah berzip. Rekod kerja mengandungi lakaran stail pakaian hadapan dan belakang, fabrik yang digunakan, ukuran badan, proses menjahit, melakar pola, mengubahsuai pola, langkah menjahit dan pengiraan kos.

Projek akhir jahitan bagi semester ini adalah menghasilkan baju blaus di mana menggunakan ukuran untuk murid sekolah mengikut senarai ukuran piawai yang telah diberikan. Kemudian, melakar pola mengikut ukuran tersebut untuk menghasilkan blaus.

Alatan mengukurPemilihanPenggunaanPenjagaan

Pita ukur

-Diperbuat daripada gentian kaca, sintetik dan kaca

-Mempunyai penahan logam di kedua-dua hujungnya.

-Tidak memeri, teguh dan tahan.

-Mempunyai tanda ukuran metric yang terang dan jelas.-Mengukur ukuran badan dan fabrik dengan tepat - Gulung setelah digunakan dengan nombor kecil di sebelah luar.

- Simpan di dalam kotak jahitan.

Pembaris lurus

-Diperbuat daripada kayu atau plastik.

-Tepinya licin, lurus dan rata.

-Mempunyai ukuran yang tepat dalam unit metrik.-Mengukur dan menanda garisan lurus di kertas pola.

-Mengukur fabrik-Gantung atau simpan di tempat yang sesuai.

ALATAN MENDRAFPEMILIHANPENGGUNAANPENJAGAAN

Pembaris sesiku

-Diperbuat daripada kayu atau plastik.

-Mempunyai ukuran yang terang dan tepat di kedua-dua bahagian dalam unit metrik-Membuat garisan bersudut tepat dan garisan lurus pada pola atau fabric.

-Bahagian melengkung digunakan untuk membentuk garis leher dan lubang lengan.-Gantung pembaris atau simpan di tempat yang rata.

Pembaris melengkung

-Diperbuat daripada kayu atau plastik.

-Ukuran metrik yang terang

-Membentuk garis melengkung seperti garis leher, keruk lengan, rusuk blaus, rusuk skirt dan kaki seluar semasa mendraf pola.-Gantung atau simpan di tempat yang sesuai

ALATAN MENANDAPEMILIHANPENGGUNAANPENJAGAAN

Roda surih-Diperbuat daripada keluli berkilat supaya tahan karat.

-Pilih roda surih mengikut jenis fabrik.

-Mudah bergerak apabila ditolak.-Memindahkan tanda dan garisan pola pada fabrik.-Simpan di dalam kotak jahitan.

-Simpan di dalam sarung selepas digunakan.

Kertas karbon

-Diletak antara fabrik dan kertas pola jadi pemindahan akan meninggalkan kesan tanda pola pada fabrik

-Jangan lipat kertas karbon.

Kapur tukang jahit

-Kapur diperbuat daripada lilin dan tidak sesuai untuk fabrik sintetik.

Pilih kapur yang tidak mudah pecah.

-Pilih warna yang sesuai dengan fabrik.-Menandakan garis pemadan pada fabrik.

-Memindahkan garisan tanda pola pada fabrik.-Simpan di dalam bekas supaya tidak pecah.

ALATAN MENGGUNTINGPEMILIHAN PENGGUNAANPENJAGAAN

Gunting fabrik

-Diperbuat daripada keluli tahan karat.-Menggunting fabrik-Elakkan daripada terjatuh.

-Digunakan untuk menggunting fabrik.

-Simpan di dalam sarung selepas menggunakannya.

-Minyakkan sendi gunting jika perlu.

Gunting Triming

-Diperbuat daripada keluli tahan karat.

-Tajam dan skru yang tidak longgar.

-Pemegangnya berbentuk bulat.-Digunakan untuk trim kelim dan penjuru.-Elakkan daripada terjatuh.

-Simpan di dalam sarung.

-Sapu dengan minyak jika perlu.

Snipper

-Mempunyai mata yang tajam dan anjal-Digunakan untuk menggunting benang jahitan.-Simpan di dalam sarung.

-Sapu dengan minyak apabila perlu.

ALATAN MENEKAN PEMILIHAN PENGGUNAANPENJAGAAN

Seterika

-Pilih yang sederhana berat.

-Mempunyai kawalan pelaras suhu.

-Mudah diguna dan dijaga.

-Dua cara penggunaan iaitu kering dan wap.-Menekan dan menyeterika setiap proses pada peringkat jahitan supaya kemas dan rata.-Elakkan daripada terjatuh.

-Ikut panduan penggunaan.

-Bersihkan tapak seterika apabila perlu.

-Sejukkan sebelum disimpan.

Bord seterika

-Pilih ketinggian bangku yang sesuai.

-Permukaan boar dilapik dengan fabrik yang tahan panas.

-Pilih yang kukuh dan stabil.-Memudahkan semua proses menyeterika dan menekan.

ALATAN MENJAHITPEMILIHANPENGGUNAANPENJAGAAN

Mesin jahit

-Mudah digunakan.

-Harga yang berpatutan.

-Jenama yang mempunyai perkhidmatan selepas membeli.

-Pelbagai kegunaan.

-Alat gantimudah didapati.

-Dibekalkan buku panduan.-Menjahit dan mencantum fabrik.

-Menjahit jahitan sulaman, lubang butang.

-Mengemas tepi fabrik.

-Ditutup selepas digunakan.

-Mesin diservis jika perlu.

-Aksesori disimpan di dalam kotak.

Jarum mesin

-Lubang jarum adalah di hujung yang tajam

-Ia tebal dan mempunyai alur sehingga ke lubang jarum serta permukaannya rata-Saiz 9-10 digunakan untuk kain yang halus

-Saiz 12-14 untuk kain sederhana

-Saiz 14-16 untuk kain yang tebal-Elak daripada berkarat dan simpan di dalam aluminium foil

Jarum tangan

-Bermutu dan tajam

- Jahitan biasa saiz 7-9.

-Pelbagai saiz mengikut kegunaan -Untuk jahitan biasa seperti menjahit jelujur ,sembat dan menyembat kelepet

-Sesuai untuk semua jenis fabrik -Elak daripada berkarat dan simpan di dalam bekas jarum

-Jangan mencampurkan jarum baru dengan jarum lama

ALATAN MENEKAN PEMILIHAN PENGGUNAANPENJAGAAN

Jarum peniti

-Diperbuat daripada keluli berkilat

-Pilih yang panjang, halus dan tajam (2.5 cm 4.5 cm) -Digunakan untuk menetapkan pola pada fabrik semasa menggunting atau menjahit

-Untuk menandakan kedudukan -Disimpan di dalam bekas berlapik untuk mengelakkan jarum berkarat

Penetas

-Diperbuat daripada keluli tahan karat

- Kukuh dan tajam

-Mempunyai penutup -Digunakan untuk menetas mata jahitan , membuat lubang butang , menanggalkan butang dan menanggalkan benang jelujur -Simpan di dalam kotak jahitan

-Elakkan daripada terjatuh

-Tutup selepas digunakan

Benang jahit

-Ada berbagai-bagai warna, jenis dan ketebalan

-No yang tinggi menandakan benangnya halus

-No 50 untuk jahitan biasa

-N 70 untuk jahitan halus -Gunakan benang yang padan dengan kain dan jahitan yang hendak dibuat -Lilitkan benang dan selitkan hujungnya baik-baik supaya ia tidak disimpul

-Simpan dalam kotak selepas digunakan

SENARAI UKURAN BADAN

BILBAHAGIAN BADANCARA MENGUKUR

1.Leher -Ukur keliling pangkal leher

2.Dada-Ukur keliling dada yang paling penuh.

-Pastikan kedudukan pita ukur dibahagian belakang badan selari dengan lantai.

-Masukkan dua jari untuk kelinggaran.

3.Pinggang-Ukur keliling bahagian yang telah diikat dengan tali.

4.Punggung-Ukur keliling bahagian pinggul yang paling penuh.

-Pastikan kedudukan pita ukur selari dengan lantai.

-Masukkan dua jari untuk tujuan kelonggaran.

5.Bahu -Ukur dari sendi bahu kanan ke sendi bahu kiri melalui tulang tengkuk.

6.Bidang belakang-Ukur dari pangkal ketiak kanan ke pangkal ketiak kiri (lebih kurang 15cm ke bawah tulang tengkuk).

7.Keliling hujung lengan-Ukur keliling pergelangan tangan atau ukur bahagian keliling tapak tangan yang paling lebar.

-Masukkan dua jari untuk tujuan kelonggaran.

8Keliling atas lenagn (ketiak)-Letakkan dua jari dan longgarkan agar lebih selesa dipakai.

FABRIK DAN BAHAN

Fabrik yang sesuai untuk membuat baju ialah fabrik sederhana tebal bercorak atau tanpa corak. Jenis fabrik yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu jenis pakaian bergantung kepada keselesaan individu. Kebiasaannya fabrik yang digunakan ialah fabrik kapas campuran. Corak pada fabrik juga perlu menepati citarasa pemakai. Jenis fabrik dan coraknya mesti padan dan sesuai dengan pemakai agar lebih selesa dan menarik.

Fabrik yang digunakan dalam membuat blaus adalah fabrik cotton bercorak dan kosong. Fabrik bercorak digunakan untuk bahagian baju manakala fabrik kosong untuk leher dan lapik hujung lengan. Pemilihan fabrik ini keranan fabrik cotton adalah antara kain yang sesuai untuk negara kita yang panas. Penggunaannya di Malaysia adalah sangat meluas dalam baju Melayu,baju kurung, blaus, pakaian sekolah,T-shirt dan sebagainya. Fabrik cotton mudah menyerap peluh dan terasa amat selesa untuk dipakai dan biasanya agak keras serta cepat berkedut.

Fabrik cotton dipilih bagi tugasan ini kerana ia sesuai digunakan untuk membuat blaus selain dapat memudahkan proses menjahit dan membentuk terutamanya pada bahagian kolar yang dipilih. Fabrik cotton juga tidak licin dan memudahkan untuk membuat ukuran dengan tepat semasa mengunting selain ia mudah dijahit. Struktur fabrik cotton juga tidak mudah tertanggal dan memudahkan untuk menjahit hiasan berbanding dengan fabrik lain strukturnya mudah tertanggal dan koyak. Fabrik cotton yang digunakan juga murah berbanding fabrik lain dan secara tidak langsung ia dapat menjimatkan kos blaus yang ditugaskan. Selain itu, fabrik yang digunakan adalah tidak bercorak bagi memudahkan proses memotong fabrik tanpa memikirkan corak yang diperlukan pada fabrik. Pemilihan fabrik amat penting kerana hasil yang cantik, kemas dan berkualiti adalah bergantung pada fabrik yang dipilih

Manakala bahan lain yang digunakan untuk menlengkapkan penghasilan baju ialah benang dan butang.

KOS BAHAN

BIL.BAHANKUANTITIHARGA SEUNITJUMLAH HARGA

1FabriK kain kapas dengan corak bunga kecil (badan)2 meterRM 3.00RM 6.00

2FabriK kain kapas tanpa corak (lapik tangan kolar) meterRM 3.00RM3.00

3Kertas gam (nipis) meterRM 2.60RM 2.60

4Kertas gam (tebal) meterRM 3.00RM 3.00

5Kertas mahjung2 helaiRM 0.70RM 1.40

6Benang 1 gulungRM 1.00RM 1.00

7Butang baju6 bijiRM 0.60RM 3.60

JUMLAHRM 13.90

KOS UPAH

BILKEPAKARANUPAH/JAMBIL JAMJUMLAH HARGA

1Membuat polaRM 0.703 jamRM 2.10

2Menjahit RM1.0020 jamRM 20.00

3ElektrikRM 4.00RM 4.00

4Jahitan kemas tepiRM 1.50RM 1.50

5Jahitan lubang bajuRM 2.00RM 2.00

JUMLAHRM 22.10

JUMLAH KOS KESELURUHAN

Kos bahan + Kos upah = kos sehelai blouse

RM13.90 + RM 22.10 = RM36.00

SUSUN ATUR POLAPOLA

Pola untuk membuat pakaian boleh didapati dengan menyediakan sendiri pola blok atau membeli pola dagangan. Pola blok ialah pola asas yang didraf mengikut ukuran badan sendiri. Pola ini didraf tanpa basi jahitan dan digunakan untuk membuat stail pakaian dan juga pengubahsuaian

a) Penyediaan Pola

Pola asas

Ukuran utama yang diperlukan untuk mendraf pola asas ialah ukuran bahu, ukura dada, ukuran pinggang, ukuran punggung dan labuh tengah belakang.

Mendraf pola asas badan belakang

Ukuran yang diperlukan ialah:

i) Ukuran bahu

ii) Ukuran keliling dada

iii) Ukuran labuh tengah

b) Menyusun Atur Pola

Susunan pola ialah potongan kertas yang dipotong mengikut ukuran badan yang telah diukur di atas fabrik. Ukuran tersebut mestilah tepat dan betul supaya pakaian yang dihasilkan adalah mengikut saiz badan. Symbol dan tanda pola harus ditandakan disetiap bahagian pola agar memudahkan proses menjahit pakaian. Semasa proses menyusun pola, ira fabrik dan pola mestilah selari.

Beberapa langkah dalam penyusunan pola, iaitu penyusunan kepingan pola yang besar dahulu diikuti dengan pola kecil. Selepas itu, sematkan pola fabrik menyerong pada penjuru dengan peniti tajam yang menghala ke sebelah dalam. Kemudian sematkan pola yang mempunyai tanda lipatan tepat di atas lipatan fabrik. Akhir sekali, pindahkan semua tanda pola ke atas fabrik dengan cermat.

MENGGUNTING FABRIK:

Gunting fabrik dengan cermat

Pola ditanggalkan ketika hendak mencantum kepingan fabrik

CERAIAN FABRIK YANG TELAH SIAP DIPOTONG

LANGKAH LANGKAH MENJAHIT

Langkah menjahit ialah proses menjahit mengikut turutan sesuatu pakaian. Langkah menjahit bagi setiap pakaian adalah berbeza mengikut stail kerana proses menjahit bergantung kepada ciri-ciri yang terdapat pada stail sesuatu pakaian. Langkah menjahit sehelai blaus adalah berbeza jika dibandingkan dengan menjahit baju kurung. Langkah menjahit juga perlu dijalankan mengikut turutan agar mudah dikendalikan.

Berikut ialah langkah menjahit bagi sehelai blaus:

1. Menjahit kelim bahu

2. Menjahit belah tepi sama lebar

3. Menyediakan dan mencantum kolar

4. Mencantum dan menjahit lengan pada badan baju

5. Menjahit kelepet

6. Menjahit butang

7. Penyudah bawah tepi

8. Tekanan akhir

SEMASA MENJAHIT

1. Menjahit lisu cekung badan hadapan Lipat di garisan tengah lisu pemadan dengan sebelah luar bertemu dengan sebelah luar. Semat, jahit jelujur di sepanjang basi lisu bermula dari hujung tirus. Kemudian, tekan dan jahit lisu dengan jahitan mesin

2. Menjahit lisu beriring pada bahagian hadapan badan Lipat dan tekan lisu dengan kemas dan cermat. Sematkan, dan jelujur pada lisu yang telah ditanda. Jahit lisu dengan jahitan mesin. Kemudian, cantum tampalan lisu beriring pada bahagian hadapan badan.

3. Mencantum kelim bahu menggunakan kelim belah kangkung Temukan sebelah luar badan hadapan dengan garis bahu badan belakang. Semat, jelujur dan jahit mesin di garisan pemadan bahu. Tekan dan buka kelim.

4. Menjahit kelim rusuk Temu sebelah luar badan hadapan dengan sebelah luar

badan belakang.Temukan garisan pemadan garis rusuk badan hadapan dengan garis rusuk badan belakang. Semat, jelujur dan jahit mesin. Tekan buka kelim

5. Penyediaan dan mencantum kolar dan kaf blaus

I Menyedia dan meratakan kolar dan kaf:

- Temukan sebelah luar fabrik dan semat di garisan pemadan

- Jahit di kedua-dua tepi kolar dan kaf di garis pemadan

- Trim basi jahitan hingga 0.6cm

- Snip penjuru kolar dan kaf.

- Terbalikkan kolar serta kaf ke sebelah luar dan tekan dengan

seterika

- Jelujur pada tepi kolar dan kaf

- Jelujur tegak pada tengah kolar dan kaf.

II. Mencantum kolar dan kaf ke badan serta lengan:

- Letakkan kolar dan kaf atas pada sebelah dalam pakaian di

garisan pemadan. Tentukan hujung kolar dan kaf terletak di garis

tengah hadapan dan garis tengah belakang kolar serta kaf

bertemu dengan garis tengah belakang badan serta lengan .

- Jelujur kolar atas pakaian di sepanjang garis leher dan jahit mesin

- Trim dan snip basi jahitan hingga 0.2cm

III. Mengemas kolar dan kaf :

- Masukkan basi kelim ke dalam kolar dan kaf. Letak bahagian

bawah 0.2cm di bawah jahitan mesin

- Semat serta jelujur kolar dan kaf bawah ke garis leher di sebelah

luar

- Jahit mesin dari sebelah dalam pakaian di garis pemadan

- Tekan dengan seterika supaya kolar serta kaf kemas dan rata

6. Menyedia dan mencantum lengan padanan rata

I. Menyediakan dan menjahit kelim lengan:

- Jelujur dua barisan di atas dan di bawah garisan pemadan

dengan jarak 0.3cm

- Temukan sebelah luar garisan pemadan dan jelujur kasar

- Tekan garisan dengan jahitan mesin

II. Mencantum lengan:

- Masukkan lengan ke dalam lubang lengan dengan sebelah

luar bertemu

- Temukan garis tengah lengan dengan kelim bahu dan kelim

rusuk dengan kelim lengan

- Semat dan jelujur di garis pemadan bahagian lengan

- Jahit mesin di garis pemadan dan tindihkan mata jahitan yang

akhir di atas mata jahitan yang awal 3cm hingga 4cm untuk

mengukuhkan kelim

- Kemudian, kemaskan bahagian hujung lengan dan badan

dengan kelepet

7. Menjahit butang dan lubang butang

I. Menjahit butang:

Jahit dua lapis pada kedudukan butang Masukkan jarum melalui

satu lubang ke lubang yang lain Letakkan 1 peniti pada atas butang dan jahit berulang 3 atau 4 kali Tanggalkan peniti dan tarik butang ke atas Lilit benang pada tangkai butang hingga ketat Cucuk jarum dan tarik keluar ke sebelah dalam fabrik Pada sebelah dalam, jahit insang pari pada jahitan melintang.

II. Menjahit lubang butang:

Jelujur halus atau jahit mesin pada

garisan lubang butang kemudian, lipat fabrik hingga bertemu dan snip di antara garisan lubang Mulakan jahitan dari hujung garisan dengan jahitan lubang butang hingga ke hujung semula.

SELEPAS MENJAHIT

Mencuci blaus

1. Blaus yang telah siap dijahit dicuci supaya bersih

2. Rendam fabric dengan sabun kemudian gosok dengan perlahan agar tidak rosak

3. Bilas dengan air bersih dan jemur hingga kering

Menggosok dan mengemaskan blaus

1. Blaus yang telah kering boleh dikemaskan dengan menyeterika.

2. Laraskan kepanasan haba seterika dengan jenis fabrik blaus

3. Kemudian, gosokkan pada seluruh kawasan blaus

4. Utamakan pada bahagian kelim supaya ia terbuka dan kemas.

REFLEKSI

Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi kerana dengan izinNya dapat saya menyiapkan tugasan kerja kursus Amali jahitan pakaian. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah pembimbing En. Khairazmi atas segala tunjuk ajar dan bimbingan serta ilmu yang telah dicurahkan sepanjang melaksanakan amali jahitan pakaian. Selain itu, kerjasama yang diberikan oleh rakan PPG Sains , rakan setugas di sekolah Kebangsaan Padang Matsirat serta keluarga amat saya hargai dalam membantu saya melaksanakan tugasan Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian pada semester kali ini.

Semasa penghasilan tugasan ini, saya menghadapi pelbagai masalah. Ini kerana saya tidak mahir dalam asas menjahit pakaian. Semasa pengajaran di dalam kelas oleh pensyarah pembimbing, saya banyak merakam video dan mengambil gambar-gambar yang boleh membantu saya dalam menghasilkan sehelai blaus yang lengkap. Ini penting kerana dengan merekod video saya dapat mengulangi semula apa yang disampaikan oleh pensyarah di dalam kelas. Ini banyak memantu saya dalam menjahit sepasang blaus. Segala masalah dan kesukaran yang dihadapi semasa melaksanakan tugasan ini, Alhamdulillah dapat saya atasi dengan kesabaran.

Semasa menerima tugasan ini saya banyak merujuk kepada modul yang dibekalkan oleh PPG serta nota-nota di internet. Selain itu saya juga berusaha ke perpustaan awam bagi mendapatkan maklumat berkaitan tajuk tugasan serta merujuk kepada guru kemahiran hidup tahun 5 di sekolah. Hal ini penting sebelum saya mula menjahit pakaian bagi memudahkan pemahaman saya dalam proses menjahit pakaian.

Melalui tugasan ini saya dapat mengetahui banyak perkara mengenai penghasilan sehelai pakaian terutama blaus. Jika sebelum ini saya hanya melihat bagaimana proses jahitan baju kurung sahaja kerana ada saudara yang menjahit baju kurung di rumah, namun dengan amali jahitan ini, saya dapat mengetahui serba sedikit bagaiman penghasilan sehelai blaus, tambahan pula saya sendiri yang menjahit blaus tersebut dengan bantuan pensyarah, rakan dan keluarga. Walaupun saya mengalami beberapa kesukaran seperti terpaksa membuka semula kelim, kelepet, dan gelembung bahu berulangkali, namun semua ini merupakan satu pengalaman yang sangat berharga buat diri saya.

Dalam tugasan ini juga saya berpeluang mengenali jenis-jenis jahitan seperti jahitan kia, jelujur halus, jahitan sembat, jahitan silang pangkah, dan jahitan lubang butang . Walaupun jenis jahitan yang saya hasilkan pada blaus tidak seperti seorang tukang jahit profesional, namun saya amat berbangga kerana berjaya menghasilkan sehelai blaus.

Sungguhpun penghasilan tugasan ini amat berat bagi saya yang kurang mahir dalam proses jahitan, namun ia merupakan satu pengalaman baru yang boleh saya cuba untuk menghasilkan sehelai blaus jika berkelapangan kelak. Dengan pengetahuan serta ilmu baru yang diperolehi sepanjang tugasan ini juga akan saya aplikasikan pada anak-anak didik disekolah jika diberi peluang untuk mengajar matapelajaran kemahiran hidup atau reka bentuk teknologi pada masa akan datang.

RUJUKAN

1. Rosita Jaafar.(2013). Teknik Menjahit. Shah Alam Selangor: Group Buku Karangkraf Sdn Bhd.

2. Asra Shamsudin, Betty Lim, Foziah Buang (2009). Ekonomi Rumahtangga Fokus Jingga Spm. Kula Lumpur: Pelangi Sdn Bhd.

3. Noor Hababiah Hassan Bt Othman, Faudziah Binti Md Din dan Zahrah Binti Esa.(2002). Pengajian Pakaian Tingkatan 4. Kula Lumpur: Edusystem Sdn. Bhd.

4. Zaitun Zakiah Binti Mohd Noor, Norzaini Binti abdul Ghani & Nawawi Bin MOhd Jan.(2006). Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Membuat Pakaian Tingkatan 4 Dan 5. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

5. http://sifukreatif.blogspot.com/p/kelim-dan-kelepet.html6. http://jahitankami.blogspot.com/2011/10/jenis-jenis-kelim-blah-kangkung.html7. http://nurshafizazazhar.wordpress.com/proses-menjahit-dalam-membuat-pakaian/8. http://azimahaziz.wordpress/com/2010/04/06proses-jahitan.

ALATAN DAN BAHAN

ALATAN MENGUKUR

ALATAN MENDRAF

ALATAN MENANDA

ALATAN MENGGUNTING

ALATAN MENEKAN

ALAT MENJAHIT

ALATAN LAIN

SUSUN ATUR

POLA

Pola yang telah siap didraf dan dipotong

Rajah: Susun atur pola di atas fabrik

KOLAR

LAPIK TANGAN

LANGKAH MENJAHIT

Butang

FABRIK DAN BAHAN

Kain tanpa corak

Butang

Benang

PENGEKOSAN

PENGEKOSAN

20