kerja kususu seni visual sem 5

Upload: anakay90

Post on 14-Apr-2018

250 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 Kerja Kususu Seni Visual Sem 5

    1/39

    1.0 SENI VISUAL

    1.1 PENGERTIAN SENI VISUAL

    Menurut kamus dewan seni membawa maksud halus iaitu kecil, elok, tipis ddan

    halus, enak di dengar iaitu mengenai suara, comel bentuk badan manakala seni

    ll: membawa maksud karya termasuk sajak,lukisan,muzik dan lain lagi yang

    dicipta dengan bakat atau kecekapan dan hasill daripada sesuatu ciptaan. Visual

    pula dari segi bahasa bermaksud tampak iaitu yang boleh dilihat melalui deria

    penglihatan. Terdapat juga istilah seni rupa, seni halus, seni lukis dan seni reka.

    Dalam Ensikplopedia Malaysiana (1996 ) ialah satu istilah yang digunakan

    bagi sesuatu yang indah-indah pada pandangan pancaindera manusia sama ada

    melalui penglihatan atau pendengaran.

    Menurut buku Fine Art In Islamics Civilization( 1981), pemikir Islam iaitu

    imam Ghazali memperkatakan bahawa seni itu indah melalui pandangan

    kecantikan dan keindahan.

    Oleh itu, penjelasan konsep seni visual bolehlah didasarkan kepada

    beberapa aspek pernyataan diri ( self expression ), pengalaman dan sensasi

    visual dan sentuh sama ada dalam bentuk dua dimensi dan tiga dimensi.

    Menurut Herbert Read, seni adalah penghasilan rupa bentuk yang menimbulkan

    keceriaan , keseronokan dan kesenangan estetik . Kesenangan estetik adalah

    kesenangan dan keceriaan kepada pihak yang menerima mesej dan pihak

    penerima mesej tersebut akan saling bersama menyempurnakan mesej mesej

    yang disampaikan. .

  • 7/30/2019 Kerja Kususu Seni Visual Sem 5

    2/39

    Dengan lain perkataan , komunikasi yang berkesan hanya akan berlaku dengan

    sempurna apabila mesej pengirim dapat diterima dengan tepat oleh sipenerima.

    Sementara itu , menurut Muslim dalam Kitab Al-Iman , menjelaskan tentang

    kesenangan estetik dan konsep keindahan sebagai pertemuan antara seseorang

    yang mempunyai ilmu pengetahuan terhadap mesej atau objek yang ditemui .

    Bagi orang yang mempunyai ilmu seni apabila bertemu dengan objek alam

    semulajadi seperti bunga , daun , haiwan dan sebagainya, ia akan dapat

    mencipta dan melahirkan manifestasi pemikiran dan perasaannya terhadap

    objek tersebut melalui karya seni atau setidak-tidaknya , ia akan dapat

    menghargai objek tersebut .

    Berlandaskan kepada faktor bahawa kesenangan dan keindahan estetik

    memerlukan ilmu dan pengetahuan , tidaklah menghairankan jika dalam

    mendefinisikan maksud seni terdapat banyak pendapat yang berbeza .

    Perbezaan tersebut berlaku disebabkan oleh beberapa faktor bergantung

    kepada:

    Tinggi atau rendahnya ilmu pengetahuan seseorang

    Falsafah , estetik dan pegangan budaya seseorang atau sesuatu bangsa

    Zaman atau era ( masa )\

    Lantaran itu terdapat beberapa pendapat mengatakan bahawa seni adalah

    pernyataan diri (art as self-expression)

    Mereka yang berpegang kepada pendapat ini beranggapan bahawa Seni Halus

    iaitu catan , arca lukisan dan cetakan sahajalah yang dapat diterima sebagai

  • 7/30/2019 Kerja Kususu Seni Visual Sem 5

    3/39

    seni, kerana melalui aktiviti tersebutlah pernyataan diri dapat dilahirkan dengan

    bebas .

    Frank Cizek menyatakan bahawa terdapat daya kreatif yang hebat dalam diri

    kanak-kanak yang memerlukan jalan keluar untuk menyatakan ekspresi diri

    .Oleh itu kanak- kanak seharusnya diberi ruang dan peluang untuk melukis

    tentang apa yang mereka mahu , tentang apa yang mereka lihat dari kaca mata

    mereka sendiri , bukan melukis tentang apa yang orang lain fikiran .

    Berlainan pula dengan pendapat Walter Gropius ( Bayer , Gropius and Qropius )

    German Bauhaus (1991 ) yang berpendapat bahawa kraf dan rekabentuk

    adalah seni Halus . Seni seharusnya memberi faedah dan berfungsi kepada

    kehidupan seharian dan masyarakat bukan sekadar untuk menyatakan hasrat

    diri.

    Pada tahun 1930an satu kajian telah dibuat oleh Owatonna Art Education Study

    Project , University Of Minnesota mengangkat slogan Art , a way of life iaitu

    seni Halus tidak seharusnya terasing dengan Seni Gunaan kerana kedua-

    duanya merangkumi aspek kehidupan .

  • 7/30/2019 Kerja Kususu Seni Visual Sem 5

    4/39

    1.2 PENGKELASAN SENI VISUAL

    Seni visual boleh dibahagi kepada dua jenis penghasilan iaitu pengkaryaan

    dan perekaan.

    i) Pengkaryaan

    Penghasilan seni halus dalam bentuk 2d dan 3d. kebanyakan bahan-bahan

    yang terhasil menggunakan media dan teknik konvesional iaitu alatan dan

    media asas dan kurang menggunakan bantuan teknologi. Contoh pengkaryaan

    ialah lukisan, catan, seni cetak dn arca.

    ii) Perekaan

    Penghasilan 2D dan 3D yang lebih banyak menggunakan teknik dan media

    baru berteraskan teknologi. Contoh perekaan ialah grafik dan

    multimedia(komunikasi visual), reka bentuk teknologi seperti rekaan

    industry(automobil, logam halus,tekstil dll) dan reka bentuk persekitaran

    seperti seni hiasan dalaman dan seni landskap.

    1.3 PERANAN SENI VISUAL

    Peranan yang dimainkan oleh seni visual boleh dilihat dari dua aspek yang

    utama iaitu psikologi dan sosiologi.

    i) Peranan psikologi

    Peranan psikologi dilihat dari segi perkembangan dan pembentukan diri

    individu berdasarkan kepada perkembangan sensitiviti, emosi, kreativiti, dan

    ekspresi yang berlaku dalam diri individu melalui aktiviti seni visual.

  • 7/30/2019 Kerja Kususu Seni Visual Sem 5

    5/39

    Sensitiviti pula merupakan kepekaan dan kebolehan membuat

    pertimbangan dan persepsi dari segi sosial serta estetik. Pembelajaran SV,

    aktiviti dan apresiasinya dapat memantapkan kepekaan,sensibility ( kebolehan

    untuk merasa dan menghayati)

    Emosi ialah keupayaan melahirkan idea, rasa hati, membuat pertimbangan

    dan pernyataan diri. . Pembelajaran SV, aktiviti dan apresiasinya dapat

    membangkitkan perasaan dan memantapkan sensibility, mencorak perlakuan

    perasaan yang semulajadi seperti rasa cinta atau rasa takut.

    Kreativiti, boleh dilihat dari diri individu yang mempunyai daya kreatif.

    Individu ini berupaya mengubah dan mentafsir semula sesuatu benda yang ada

    kepada penghasilan yang lebih menarik.Individu ini sensitif kepada masalah di

    sekelilingnya, yang kemudiannya bertindak mencari jalan keluar dalam bentuk

    penghasilan. Penghasilannya yang dilakukannya adalah melalui daya

    kreatifnya berdasarkan keupayaan dan kehendaknya untuk mengubah sesuatu

    keadaan supaya lebih sempurna. Individu ini juga berupaya bertindak

    berdasarkan kebolehannya menyesuaikan sesuatu keadaan kepada sesuatu

    keadaan yang lebih baik. Pembelajaran SV, aktiviti dan apresiasinya dapat

    memantapkan keupayaan membuat dan merekacipta, menjadikan individu

    lebih imaginatif dalam pengkaryaan dan perekaan.

    Ekspresi ialah tindakbalas emosi hasil daripada interaksi atau komunikasi

    dengan persekitaran, orang lain,masyarakat, peristiwa dan benda.

    Pembelajaran SV, aktiviti dan apresiasinya dapat memantapkan pengucapan,

    curahan idea, gambaran pemikiran dan perasaan, menggambar, memberi

  • 7/30/2019 Kerja Kususu Seni Visual Sem 5

    6/39

    makna menerusi perkataan, pergerakan, arahan dan simbol. Selain itu ia dapat

    memberikan kepada individu berkomunikasi idea, perasaan dan emosi.

    II) Peranan sosiologi

    Peranan SV dalam membentuk dan mengembang budaya setempat

    dan sejagat ( seni dan masyarakat ). Antara peranan SV :

    Nasionalisme - Falsafah,pemikiran, manifestasi, idea, individu atau kumpulan

    dalam menyebar dan membangkit nilai, semangat dan perasaan melalui SV.

    Pembelajaran SV, aktiviti dan apresiasinya dapat membangkitkan semangat

    kebangsaan dan sayangkan negara. Contoh hasil karya yang memaparkan

    unsur nasionalisme ialah Tugu Negara (arca) dan juga potret-potret pemimpin

    negara.

    Persekitaran- Kesedaran nilai persekitaran, unsur keselesaan dan

    keharmonian dalam SV. Pembelajaran SV, aktiviti dan apreasiasinya dapat

    mengukuhkan kepekaan dan sesitiviti terhadap kepentingan sekeliling yang

    memberi kesan kepada kehidupan. Antara contohnya Rumah rakit Kuala

    Lipis karya Peter Harris dan Waktu Pagi Di Kampung, karya Lai Foog Mooi,

    reka bentuk lanskap dan hiasan dalaman. Rumah rakit - Kuala Lipis.

    Propaganda- SV sebagai saluran untuk menyampaikan dan menyebar idea,

    hasrat atau kepercayaan, pengaruh dan kuasa. Contohnya Poskad kepada

    Dunia, karya Awang Damit Ahmad.Poskad kepada dunia (1990)

    Ritual / upacara- SV dalam melaksanakan ritual/upacara sesuatu budaya dan

    adat resam dalam aktiviti kehidupan masyarakat. Kebanyakan hasil karya

  • 7/30/2019 Kerja Kususu Seni Visual Sem 5

    7/39

    adalah berbentuk 3D atau arca. Contohnya Patung Jah Hut dan Mah Meri,

    yang menjadi patung penyembahan orang-orang asli di Pahang dan Selangor.

    Spiritual SV untuk ketenangan, kepuasan dan keselesaan. Hasil karya yang

    dihasilkan adalah untuk kepuasan pelukis dari cetusan dalaman diri pelukis itu

    sendiri. Contohnya, Semangat Bumi, Air, dan Udara, karya Patrick Ng Kah

    Onn.

    Pengeluaran- Hasil seni SV berasaskan kepada faktor cita rasa, gaya, fungsi

    dan kegunaan. Pembelajaran SV, aktiviti dan apresiasinya dapat

    menghasilkan mutu pengkaryaan dan perekaan yang berkualiti dengan nilai

    keindahan yang tinggi. Kebanyakan hasil karya berunsur pengeluaran adalah

    bertujuan dikomersialkan. Contohnya penghasilan batik dan songket.

    Pemujukan- Hasil SV berkeupayaan membentuk empati dan tarikan. Contoh-

    contohnya yang jelas ialah papan billboard dan poster.

    Perniagaan dan perdagangan- Pembelajaran SV, aktiviti dan apresiasinya

    dapat menghasilkan barangan yang sangat berpotensi untuk perniagaan dan

    perdagangan. Antara contoh yang jelas ialah bidang pembungkusan.

    1.4 PENGALAMAN ESTETIK

    Dapat membina kepekaan dan pertimbangan dalam diri individu, masyarakat

    dan persekitaran.Terbahagi kepada

    Pengalaman langsung- Melalui proses membuat atau proses penghasilan

    produk seni. Melalui penglibatan deria. Antara yang terlibat ialah pelukis,

    pengarca, pandai tukang dan sebagainya.

  • 7/30/2019 Kerja Kususu Seni Visual Sem 5

    8/39

    Pengalaman intelektual- Melalui kajian, penerokaan, eksperimen dan

    dapatan dari pelbagai sumber dan maklumat dalam proses penghasilan

    produk seni.

    Melalui penguasaan maklumat daripada pelbagai sumber yang mendalami

    tentang konsep, falsafah dan nilai. Kebanyakan yang terlibat ialah para

    pengkritik, penggiat seni pengkaji dan individu yang sentiasa mengambil tahu

    tentang perkembangan bidang yang berkaitan dengan seni.

    2.0 PENDIDIKAN SENI VISUAL

    2.1 Konsep

    Pendidikan Seni Visual merupakan program pendidikan yang bersistem,

    terancang dan prestasinya boleh diukur bagi memenuhi keperluan individu.

    Keperluan individu dicapai melalui aktiviti seni yang melibatkan pengetahuan

    dan kemahiran mengenai proses, teknik dan media serta pembentukan nilai

    dan juga moral.

    Subjek ini dapat memenuhi keperluan pembentukan sahsiah dengan cara

    penerapan nilai-nilai murni yang merangsang kreativiti dan sebagainya. Selain

    itu aktiviti seni juga, para pelajar boleh mengalami aktiviti dan pengalaman

    tentang penggunaan media, alatan, proses dan teknik menghasilkan serta

    bermacam-macam lagi kaedah. Pendidikan seni Visual merupakan suatu

    bidang ilmu yang mengandungi pembentukan kurikulum, objektif, methodology

    dan sebagainya.

  • 7/30/2019 Kerja Kususu Seni Visual Sem 5

    9/39

    Konsep Pendidikan seni Visual dapat memenuhi keperluan pembentukan

    sahsiah dengan cara melahirkan perasaan, perluahan emosi, penzahiran idea

    dan memanifestasikan buah fikiran. Selain itu, bidang seni visual juga

    membenarkan pelajar mengalami aktiviti dan pengalaman ke arah membina

    keyakinan, menajamkan persepsi,meningkatkan kreativiti, dan meningkatkan

    nilai estetika.

    2.2 MATLAMAT

    Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah

    untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi

    pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid

    meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam

    persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke

    arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan

    hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

  • 7/30/2019 Kerja Kususu Seni Visual Sem 5

    10/39

    2.3 PERANAN SENI VISUAL DALAM PENDIDIKAN

    Peranan seni visual dapat dibahagikan kepada beberapa aspek antaranya ialah:

    1. Memupuk kreativiti kanak-kanak

    Kanak-kanak mengalami tiga tahap kreativiti perkembangan seni tampak

    mengikut Teori Perkembangan Artistik Kanak-kanak oleh Lowenfeld dan

    Britain.

    Rajah 1: Menunjukkan peringkat seni tampak.

    Perkembangan seni berlaku pada setiap kanak-kanak hanya

    perbezaan mungkin timbul berdasarkan faktor persekitaran, bimbingan

    daripada keluarga dan latar belakang pendidikan. Mental kanak-kanak

    berkembang melalui proses-proses lakaran.

    PeringkatContengan

    (2 hingga 4tahun)

    Peringkat Pra-skematik

    (4 hingga 7tahun)

    PeringkatSkematik

    (7 hingga 9tahun)

    Peringkat AwalRealisme

    (9 hingga 12tahun)

    PeringkatPenaakulan

    (12 hingga 14tahun)

    PeringkatRemaja

    (14 hingga 17tahun)

  • 7/30/2019 Kerja Kususu Seni Visual Sem 5

    11/39

    2. Memupuk dan mengembangkan sifat kreativiti dan inovatif para

    pelajar

    Menurut Lowenfeild dan Lembert (1965), umur 10 hingga 15 tahun

    merupakan peringkat yang paling sukar dalam membuta pilihan sama

    ada bidang seni sebagai satu bidang utama. Oleh itu, pelajar perlulah

    diberi bimbingan atau nasihat yang positif. Hal ini menjadikan mereka

    lebih berdisiplin, cekal dan berminat dengan subejk seni.

    3. Melahirkan tenaga profesional dalam pelbagai bidang

    Dalam bidang kerjaya, seni memainkan peranan besar untuk membentuk

    generasi hari ini dalam memilih kerjaya yang sesuai dengan minat

    mereka. Pelajar yang memilih bidang ini dapat merancang membentuk

    profesion baru sebagai contoh menjadi seniman sepenuh masa.

    4. Memupuk sifat kecintaan pada seni dan estetika

    Seni mampu menjadikan satu formua membentuk masyarakat cinta

    kepada niai-nilai estetika. Estetika wajar dijadikan asas dalam aktiviti seni

    sama ada dari aspek pembangunan insan, rohani, jasmani,

    perkembangan dan bimbingan kehidupan seharian.

    5. Memupuk perasaan sayang pada seni dan warisan dalam

    masyarakat

    Seni khazanah warisan budaya wajar dipertahankan daripada hilang atau

    mengalami kepupusan. Mempertengahkan kembali barangan kraf agar

    menjadi pilihan masyarakat kini.

  • 7/30/2019 Kerja Kususu Seni Visual Sem 5

    12/39

    6. Melahirkan masyarakat yang mempunyai jati diri

    Masyarakat yang memiliki jati diri yang kuat akan mengekalkan seni,

    budaya dan warisannya.

    Peranan murid, guru atau pendidik, pensyarah dan pihak

    kementerian pendidikan amat penting dalam menjadi arca yang dapat

    memberikan sumbangan dalam memupuk kepentingan nilai seni dan

    estetika.

    2.4 PENGHASILAN SENI VISUAL

    1. Media

    Bahan atau bahantara yang digunakan dalam penghasilan sesuatu

    karya. Contohnya seperti cat air, cat minyak dan cat akrilik.

    2. Teknik

    Kaedah atau cara yang digunakan untuk membentuk dan menghasilkan

    karya. Contohnya seperti catan minyak yang menggunakan teknik

    impasto.

    Hasil seni pula terbahagi kepada dua bentuk penghasilan karya, iaitu

    hasil karya dua dimensi dan tiga dimensi.

    Dalam seni halus, karya seni adalah hasil seni atau ciptaan seni seperti

    catan, arca atau cetakan dan lain-lain yang diolah dan dibentuk

  • 7/30/2019 Kerja Kususu Seni Visual Sem 5

    13/39

    sehingga menjadi sesuatu yang indah yang mengandungi lebih

    pernyataan simbolik daripada fungsi khusus.

    2.5 KANAK-KANAK DAN SENI VISUAL

    Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta

    berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja

    seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan

    refleksi pemikiran kanak-kanak.

    l. KEPENTINGAN PENGAJARAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN SENI

    VISUAL KEPADA KANAK-KANAK

    (a)Aspek Kognitif

    Penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat

    melahirkan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan

    masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan.

    (b) Aspek Fizikal

    Penggunaan alat dan bahan memberikan satu bentuk latihan berkesan

    kepada otot tangan (psychomotor) dan koordinasi tangan serta mata.

    (c) Aspek Kreativiti

    Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk

    mengembangkan aspek kreativiti mereka. Aktiviti dan projek di dalam

  • 7/30/2019 Kerja Kususu Seni Visual Sem 5

    14/39

    pendidikan seni visual mengutamakan proses, berbanding

    dengan hasilan akhir.

    (d)Aspek Persepsi

    Murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pancaindera

    dan deria melalui proses penghasilan dan hasilan seni,produk dan objek

    yang terdapat di sekelilingmereka.

    (e)Aspek Sosial dan Emosi

    Murid boleh berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial

    selain meningkatkan keyakinan diri. Mata pelajaran pendidikan seni

    juga menganjurkan semangat bekerjasama di dalam aktiviti

    berkumpulan yang dibentuk.

  • 7/30/2019 Kerja Kususu Seni Visual Sem 5

    15/39

    II. KANAK-KANAK DAN SENI LUKIS

    (a) Melukis sebagai Medium Komunikasi

    Lukisan merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum

    mereka berupaya untuk bertutur. Ianya dijadikan alat perhubungan

    yang berkesan untuk berinteraksi.

    (b) Melukis sebagai Cara Mencapai Kepuasan Diri

    Melukis merupakan aktiviti yang mampu memberikan kepuasan

    kepada kanak-kanak. Melalui lukisan, kanak-kanak dapatmeluahkan

    perasaan dan emosi selain dapat membina kekuatanotot. Aktiviti

    sebegini juga dapat membantu menajamkan daya intuisi kanak-kanak.

    (c) Melukis untuk Meningkatkan Daya Penguasaan Kendiri (Self

    Esteem)

    Aktiviti melukis dapat memberikan kepuasan kepada kanak-kanak

    dalam meluahkan apa yang dilihat lalu dipindahkan semula dalam

    bentuk dan rupa imej yang unik mengikut tahap pemahaman mereka.

    Melalui aktiviti melukis, kanak-kanak dapat meningkatkan daya

    sensitiviti pancaindera.

  • 7/30/2019 Kerja Kususu Seni Visual Sem 5

    16/39

    3.0 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

    Pendidikan Seni Visual menggantikan nama Pendidikan Seni yang terdahulu.

    Perubahan ini dirasakan lebih sesuai kerana dalam hubungan seni di sekolah,

    Pendidikan Seni Visual lebih menjurus kepada seni tampak atau visual, dan

    tidak merujuk kepada seni lain seperti seni muzik, seni sastera, seni tari dan

    seni mempertahankan diri. Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang

    kepada murid memupuk minat, memperkembang keperibadian, memberi

    kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta

    kaitannya dengan mata pelajaran lain. Murid di sekolah rendah pada

    keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan aktif. Pendidikan Seni Visual

    memainkan peranan memperkembang sifat ini melalui persepsi visual,

    imaginasi dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka

    bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka

    menyatakan idea dan ekspresi diri. Pengalaman ini penting kerana ia

    membantu murid membina keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali

    cita rasanya sendiri. Pendidikan Seni Visual sekolah rendah menyarankan

    strategi pembelajaran yang bersepadu dalam mata pelajaran ini dan antara

    mata pelajaran lain. Pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan

    dengan aktiviti kemahiran befikir secara kritis dan kreatif (KBKK). Murid

    digalakkan menyimpan rekod pengalaman pembelajaran dan hasil kerja

    sendiri. Amalan ini akan melatih murid membuat analisis, sintesis dan refleksi

    terhadap pembelajarannya untuk faedah sendiri. Pendidikan seni visual

  • 7/30/2019 Kerja Kususu Seni Visual Sem 5

    17/39

    sekolah rendah Setiap murid mempunyai pelbagai kecerdasan seperti ruang

    visual, kinestetik, interpersonel dan intrapersonel. Sifat ini amat penting untuk

    membantu murid berkarya, berkomunikasi dan mengukuh koordinasi

    pancaindera secara seimbang. Proses ini menjadikan pembelajaran lebih

    berkesan dan bermakna.

    3.1 MATLAMAT PSV KBSR

    Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah

    untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi

    pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid

    meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam

    persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke

    arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan

    hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

    3.2 OBJEKTIF PSV KBSR

    Setelah mengikuti Kurikulum Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah murid

    boleh:

    1. Menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan,

    2. Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif dan

    menyeronokkan,

    3. Menajamkan daya persepsi dan imaginasi melalui pancaindera,

    4. Mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya,

    5. Mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual.

  • 7/30/2019 Kerja Kususu Seni Visual Sem 5

    18/39

    6. Membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat dan selamat,

    7. Memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disiplin diri dan bertanggungjawab,

    8. Mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air,

    9. Menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan seni visual,

    10. Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti kesenggangan yang

    berfaedah.

    3.3. ORGANISASI KURIKULUM

    Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun

    bertujuan melibatkan murid dalam pelbagai kegiatan seni. Kegiatan seni yang

    dijalankan berdasarkan empat bidang utama. Bidang-bidang tersebut ialah

    bidang menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat

    binaan, dan mengenal kraf tradisional. Pengalaman seni ini adalah untuk

    memperkembang dan menyelaraskan persepsi dan konsepsi visual murid

    sebagai asas bagi menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif. Pengalaman ini

    juga selaras dengan perkembangan peringkat kesediaan dan penerimaan

    murid dari segi sosioemosi, psikomotor dan mental yang merangkumi

    perasaan, koordinasi, manipulasi dan persepsi visual. Dengan mempelajari

    Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah, murid akan dapat menguasai

    beberapa pengetahuan dan kemahiran. Antara pengetahuan yang dapat

    dimiliki murid ialah pengetahuan mengenai bahan, alat dan teknik yang

    digunakan dalam sebarang kegiatan seni. Murid juga akan mendapat

    pengetahuan mengenai sumber motif dalam persekitaran, kraf tradisional,

    unsur seni dan prinsip rekaan dalam pendidikan seni visual, proses pembuatan

  • 7/30/2019 Kerja Kususu Seni Visual Sem 5

    19/39

    hasil seni, menyimpan maklumat atau dokumentasi, mengintegrasikan

    maklumat dan aplikasi komputer dalam kerja seni visual. Sementara

    kemahiran yang akan diperolehi murid pula ialah kemahiran memanipulasi

    bahan, alat dan teknik, mengaplikasi disiplin seni visual, berfikir secara kritis

    dan kreatif, berkomunikasi secara berkesan, membuat pilihan, membuat

    interpretasi, menggunakan teknologi bahan dan perkakasan. Organisasi

    kurikulum ini merangkumi empat aspek utama yang dipentingkan iaitu:

    a. Pemerhatian secara aktif

    b. Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat bahan

    c. Apresiasi seni visual secara mudah

    d. Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan

    a. Pemerhatian secara aktif yang merangkumi kesedaran pemerhatian

    keseluruhan, berfokus dan terperinci dapat menajamkan persepsi murid.

    Selain memperkembangkan deria penglihatan ia juga melibatkan

    pancaindera lain melalui kajian perbandingan. Kajian seperti ini membantu

    perkembangan emosi dan imaginasi. Pemahaman tentang asas seni visual

    juga turut diperkembangkan melalui kegiatan pemerhatian ini. Murid akan

    dilatih membuat pemerhatian terhadap objek alam dan objek buatan

    manusia. Ini adalah untuk membolehkan murid merasai secara konkrit bagi

    mendapatkan imej mental. Kegiatan-kegiatan ini akan membantu terus

    menyelaraskan idea, imaginasi dan alam fantasinya ke arah perkembangan

    persepsi dan pemikiran abstrak.

  • 7/30/2019 Kerja Kususu Seni Visual Sem 5

    20/39

    b. Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan Peringkat ini

    menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam

    mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan.

    Proses ini akan memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran

    asas seni visual berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik-

    teknik mudah. Semasa berinteraksi dengan alat dan bahan, murid

    membuat interpretasi dan menyelaras konsepsi visualnya dengan objek

    yang dilihat. Proses pembelajaran ini amat penting kerana ia memberi

    peluang kepada murid belajar secara tidak langsung. Murid juga dapat

    mengenali perubahan yang mereka boleh lakukan dalam penghasilan seni

    di masa akan datang.

    c. Apresiasi seni visual secara mudah Apresiasi seni visual memberi

    pengalaman kepada murid mengenali aspek pengetahuan seni visual dan

    kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan

    fungsi. Murid terlibat dalam kajian perbandingan dan menyatakan apa yang

    dilihat dari aspek seni melalui hasil kerja. Pernyataan tentang hasil kerja

    pula boleh dibuat dalam pendidikan seni visual sekolah rendah.

    d. Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan Selain diberi

    pengalaman membuat apresiasi seni visual secara mudah, murid juga

    dipupuk nilai menyayangi dan menghargai segala aspek yang wujud dalam

    persekitaran dan kehidupan mereka. Ini termasuklah memelihara dan

    memulihara alam sekitar, nilai patriotisme, nilai kebersihan dan kepekaan.

  • 7/30/2019 Kerja Kususu Seni Visual Sem 5

    21/39

    Dengan ini murid akan dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya bila

    berdepan dengan semua keadaan.

    4.0 4 Bidang dalam PSV KBSR

    Kandungan Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah

    disusun dalam empat bidang kegiatan iaitu:

    1. Menggambar

    2. Membuat Corak dan Rekaan

    3. Membentuk dan Membuat Binaan

    4. Mengenal Kraf Tradisional

    Setiap bidang ini menekankan keempat-empat aspek iaitu pemerhatian secara

    aktif, interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan, apresiasi seni visual

    serta menghargai nilai baik. Pengajaran akan dilakukan secara bersepadu.

  • 7/30/2019 Kerja Kususu Seni Visual Sem 5

    22/39

    MENGGAMBAR

    Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran

    serta kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan membuat

    gambar dengan pelbagai media dan teknik yang menekankan aspek ruang,

    struktur, imbangan dan komposis.

    Definisi Menggambar

    Adalah satu representasi visual sesuatu objek atau imej yang dihasilkan di atas

    permukaan rata.

    Ia mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan melalui aplikasi warna di

    atas permukaan rata.

    Ilustrasi yang digunakan untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang

    sesuatu objek

    Gambaran huruf yang diterangkan dalam bentuk grafik.

    Representasi visual yang dihasilkan dalam bentuk 2 dimensi

    Gambar sebagai satu artifak yang menunjukkan satu kecenderungan terhadap

    sesuatu imej atau objek.

    Alat, Media dan Teknik

    Murid minat menghasilkan kerja-kerja seni menggunakan berbagai jenis kertas

    yang berbagai tekstur, warna dan berbagai saiz. Lain-lain kertas seperti kertas

  • 7/30/2019 Kerja Kususu Seni Visual Sem 5

    23/39

    surat khabar, majalah, kertas tisu, kertas sampul surat, kertas pembungkus

    hadiah dan lain-lain.

    Alat tulis samada yang berwarna atau tidak berwarna, media kering atau

    basah semuanya amat berguna untuk melengkapkan kerja-kerja menggambar.

    Tujuan Menggambar

    Meneroka beberapa teknik yang berbeza dalam melukis

    dan membuat gambar

    Menggunakan Asas Senireka dalam menggambar berdasarkan tema

    imaginasi murid

    Menggambar berdasarkan tema, pengalaman, imaginasi dan fantasi

    murid secara manual dan berbantukan komputer.

  • 7/30/2019 Kerja Kususu Seni Visual Sem 5

    24/39

    Antara teknik-teknik menggambar adalah:

    Rajah 2: Menunjukkan teknik-teknik menggambar.

    Lukisan Kolaj Stensilan

    Capan Gurisan Mozek

    Resis Montaj Percikan

    Catan Gosokan Cetakan

  • 7/30/2019 Kerja Kususu Seni Visual Sem 5

    25/39

    CONTOH KARYA SENI VISUAL MENGIKUT BIDANG MENGGAMBAR

    http://4.bp.blogspot.com/-9-F5LUoNUJk/Tb2gt_SP4pI/AAAAAAAAAPI/wzwtHbQ6zW4/s1600/101_4390.JPGhttp://www.google.com.my/imgres?q=lukisan+pemandangan&um=1&hl=en&biw=1366&bih=467&tbm=isch&tbnid=B_X5mGSBYIv7ZM:&imgrefurl=http://antiques-arts-crafts.dinomarket.com/ads/16676449/Jual-LUKISAN-PEMANDANGAN-DANAU/&docid=EOJ46HuhSodYLM&imgurl=http://media.dinomarket.com/docs/imgusr/2011-04/view1_170411090448_ll.jpg.jpg&w=500&h=375&ei=-zoZT8n-GI7JrQeW76TYDQ&zoom=1http://4.bp.blogspot.com/-9-F5LUoNUJk/Tb2gt_SP4pI/AAAAAAAAAPI/wzwtHbQ6zW4/s1600/101_4390.JPGhttp://www.google.com.my/imgres?q=lukisan+pemandangan&um=1&hl=en&biw=1366&bih=467&tbm=isch&tbnid=B_X5mGSBYIv7ZM:&imgrefurl=http://antiques-arts-crafts.dinomarket.com/ads/16676449/Jual-LUKISAN-PEMANDANGAN-DANAU/&docid=EOJ46HuhSodYLM&imgurl=http://media.dinomarket.com/docs/imgusr/2011-04/view1_170411090448_ll.jpg.jpg&w=500&h=375&ei=-zoZT8n-GI7JrQeW76TYDQ&zoom=1http://4.bp.blogspot.com/-9-F5LUoNUJk/Tb2gt_SP4pI/AAAAAAAAAPI/wzwtHbQ6zW4/s1600/101_4390.JPGhttp://www.google.com.my/imgres?q=lukisan+pemandangan&um=1&hl=en&biw=1366&bih=467&tbm=isch&tbnid=B_X5mGSBYIv7ZM:&imgrefurl=http://antiques-arts-crafts.dinomarket.com/ads/16676449/Jual-LUKISAN-PEMANDANGAN-DANAU/&docid=EOJ46HuhSodYLM&imgurl=http://media.dinomarket.com/docs/imgusr/2011-04/view1_170411090448_ll.jpg.jpg&w=500&h=375&ei=-zoZT8n-GI7JrQeW76TYDQ&zoom=1http://4.bp.blogspot.com/-9-F5LUoNUJk/Tb2gt_SP4pI/AAAAAAAAAPI/wzwtHbQ6zW4/s1600/101_4390.JPGhttp://www.google.com.my/imgres?q=lukisan+pemandangan&um=1&hl=en&biw=1366&bih=467&tbm=isch&tbnid=B_X5mGSBYIv7ZM:&imgrefurl=http://antiques-arts-crafts.dinomarket.com/ads/16676449/Jual-LUKISAN-PEMANDANGAN-DANAU/&docid=EOJ46HuhSodYLM&imgurl=http://media.dinomarket.com/docs/imgusr/2011-04/view1_170411090448_ll.jpg.jpg&w=500&h=375&ei=-zoZT8n-GI7JrQeW76TYDQ&zoom=1http://4.bp.blogspot.com/-9-F5LUoNUJk/Tb2gt_SP4pI/AAAAAAAAAPI/wzwtHbQ6zW4/s1600/101_4390.JPGhttp://www.google.com.my/imgres?q=lukisan+pemandangan&um=1&hl=en&biw=1366&bih=467&tbm=isch&tbnid=B_X5mGSBYIv7ZM:&imgrefurl=http://antiques-arts-crafts.dinomarket.com/ads/16676449/Jual-LUKISAN-PEMANDANGAN-DANAU/&docid=EOJ46HuhSodYLM&imgurl=http://media.dinomarket.com/docs/imgusr/2011-04/view1_170411090448_ll.jpg.jpg&w=500&h=375&ei=-zoZT8n-GI7JrQeW76TYDQ&zoom=1http://4.bp.blogspot.com/-9-F5LUoNUJk/Tb2gt_SP4pI/AAAAAAAAAPI/wzwtHbQ6zW4/s1600/101_4390.JPGhttp://www.google.com.my/imgres?q=lukisan+pemandangan&um=1&hl=en&biw=1366&bih=467&tbm=isch&tbnid=B_X5mGSBYIv7ZM:&imgrefurl=http://antiques-arts-crafts.dinomarket.com/ads/16676449/Jual-LUKISAN-PEMANDANGAN-DANAU/&docid=EOJ46HuhSodYLM&imgurl=http://media.dinomarket.com/docs/imgusr/2011-04/view1_170411090448_ll.jpg.jpg&w=500&h=375&ei=-zoZT8n-GI7JrQeW76TYDQ&zoom=1
  • 7/30/2019 Kerja Kususu Seni Visual Sem 5

    26/39

    MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

    Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk

    menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain. Corak adalah

    hasil ulangan motif yang disusun secara teratur ( sengaja atau tidak sengaja) dan boleh

    juga dipadankan kepada mana mana hasil daripada bidang kegiatan lain seperti binaan,

    kraf dan sebagainya..

    Corak terbahagi kepada dua, iaitu:

    i. Corak tidak terancang

    ii. Corak terancang

    Rajah 3: Menunjukkan

    pengenalan kepada corak

    Corak

    Corak TidakTerancang

    Anda boleh menghasilkan coraktidak terancang dengan cara:

    - tiupan

    - resis

    -ikatan dan celupan

    - renjisan

    - percikan

    - impasto

    -contengan

    CorakTerancang

    Anda boleh menghasilkan corakterancang dengan cara:

    - capan

    - catan

    - lipatan dan guntingan

    - kolaj

    - kaligrafi

    - cetakan

    - lukisan

  • 7/30/2019 Kerja Kususu Seni Visual Sem 5

    27/39

    Terdapat pelbagai jenis susunan corak, antaranya ialah:

    Rajah 4: Menunjukkan cara-cara membuat corak dan rekaan.

    Penuh

    Turunsepara

    Berulang

    Orgee

    Batu bata

    BerpusatSendeng

    Berombak

    Bertindih

    Berjalur

    Cerminan

  • 7/30/2019 Kerja Kususu Seni Visual Sem 5

    28/39

    CONTOH KARYA SENI VISUAL MENGIKUT BIDANG MEMBUAT CORAK DAN

    REKAAN

  • 7/30/2019 Kerja Kususu Seni Visual Sem 5

    29/39

    MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

    Objek tiga dimensi bersifat konkrit,berisipadu, mempunyai pandangan

    sisi,kiri,kanan,atas dan bawah. Di dalam menghasilkan objek yang bersifat tiga

    dimensi ini penstrukturan reka bentuknya perlu dirancang dan perhaalusi agar

    hasilannya nanti menepati spesifikasi yang dikehendaki. Hasilan yang wujud daripada

    membentuk dan membuat binaan ini dikenali sebagai objek maujud, iaitu objek nyata

    dan boleh dipegang.

    Rajah 5 Bentuk Geometri

    BENTUK

    GEOMETRI

    KUBOID

    KUBUS

    SELINDERPIRAMID

    KON

  • 7/30/2019 Kerja Kususu Seni Visual Sem 5

    30/39

    Rajah 6 Bentuk Organik

    BENTUKORGANIK

    HIDUPAN

    LAUT

    BUNGA-

    BUNGAAN

    BINAAN

    BUAH-

    BUAHAN

    TUMBUH-

    TUMBUHAN

    DEDAUNAN

  • 7/30/2019 Kerja Kususu Seni Visual Sem 5

    31/39

    CONTOH KARYA SENI VISUAL MENGIKUT BIDANG MEMBENTUK DAN

    MEMBUAT BINAAN

    http://1.bp.blogspot.com/-23bE6pYrtXo/TcfByvPuCvI/AAAAAAAAACM/8E28ftDda7g/s1600/Asemblaj.jpghttp://4.bp.blogspot.com/-gTdsRMMVlCY/TcfEE37_LCI/AAAAAAAAACg/WQL3OQletWw/s1600/Boneka+Lebah.jpghttp://2.bp.blogspot.com/-79Nt2ed6hLo/TcfDCQb3OwI/AAAAAAAAACQ/mRZwUyBefQc/s1600/mobail+ikan3+thn+6.jpghttp://3.bp.blogspot.com/-AXW-2o00cE8/TcfDuAobxDI/AAAAAAAAACc/IXLQSDBeTbE/s1600/Diorama.jpghttp://3.bp.blogspot.com/-d-dOWuJoj1g/TcfEguQc3AI/AAAAAAAAACk/eJMWoC6-2co/s1600/mask6.jpghttp://2.bp.blogspot.com/-oGheaNZDzao/TcfEtG2IM2I/AAAAAAAAACo/b1YeOLrFzrQ/s1600/origami.jpghttp://1.bp.blogspot.com/-23bE6pYrtXo/TcfByvPuCvI/AAAAAAAAACM/8E28ftDda7g/s1600/Asemblaj.jpghttp://4.bp.blogspot.com/-gTdsRMMVlCY/TcfEE37_LCI/AAAAAAAAACg/WQL3OQletWw/s1600/Boneka+Lebah.jpghttp://2.bp.blogspot.com/-79Nt2ed6hLo/TcfDCQb3OwI/AAAAAAAAACQ/mRZwUyBefQc/s1600/mobail+ikan3+thn+6.jpghttp://3.bp.blogspot.com/-AXW-2o00cE8/TcfDuAobxDI/AAAAAAAAACc/IXLQSDBeTbE/s1600/Diorama.jpghttp://3.bp.blogspot.com/-d-dOWuJoj1g/TcfEguQc3AI/AAAAAAAAACk/eJMWoC6-2co/s1600/mask6.jpghttp://2.bp.blogspot.com/-oGheaNZDzao/TcfEtG2IM2I/AAAAAAAAACo/b1YeOLrFzrQ/s1600/origami.jpghttp://1.bp.blogspot.com/-23bE6pYrtXo/TcfByvPuCvI/AAAAAAAAACM/8E28ftDda7g/s1600/Asemblaj.jpghttp://4.bp.blogspot.com/-gTdsRMMVlCY/TcfEE37_LCI/AAAAAAAAACg/WQL3OQletWw/s1600/Boneka+Lebah.jpghttp://2.bp.blogspot.com/-79Nt2ed6hLo/TcfDCQb3OwI/AAAAAAAAACQ/mRZwUyBefQc/s1600/mobail+ikan3+thn+6.jpghttp://3.bp.blogspot.com/-AXW-2o00cE8/TcfDuAobxDI/AAAAAAAAACc/IXLQSDBeTbE/s1600/Diorama.jpghttp://3.bp.blogspot.com/-d-dOWuJoj1g/TcfEguQc3AI/AAAAAAAAACk/eJMWoC6-2co/s1600/mask6.jpghttp://2.bp.blogspot.com/-oGheaNZDzao/TcfEtG2IM2I/AAAAAAAAACo/b1YeOLrFzrQ/s1600/origami.jpghttp://1.bp.blogspot.com/-23bE6pYrtXo/TcfByvPuCvI/AAAAAAAAACM/8E28ftDda7g/s1600/Asemblaj.jpghttp://4.bp.blogspot.com/-gTdsRMMVlCY/TcfEE37_LCI/AAAAAAAAACg/WQL3OQletWw/s1600/Boneka+Lebah.jpghttp://2.bp.blogspot.com/-79Nt2ed6hLo/TcfDCQb3OwI/AAAAAAAAACQ/mRZwUyBefQc/s1600/mobail+ikan3+thn+6.jpghttp://3.bp.blogspot.com/-AXW-2o00cE8/TcfDuAobxDI/AAAAAAAAACc/IXLQSDBeTbE/s1600/Diorama.jpghttp://3.bp.blogspot.com/-d-dOWuJoj1g/TcfEguQc3AI/AAAAAAAAACk/eJMWoC6-2co/s1600/mask6.jpghttp://2.bp.blogspot.com/-oGheaNZDzao/TcfEtG2IM2I/AAAAAAAAACo/b1YeOLrFzrQ/s1600/origami.jpghttp://1.bp.blogspot.com/-23bE6pYrtXo/TcfByvPuCvI/AAAAAAAAACM/8E28ftDda7g/s1600/Asemblaj.jpghttp://4.bp.blogspot.com/-gTdsRMMVlCY/TcfEE37_LCI/AAAAAAAAACg/WQL3OQletWw/s1600/Boneka+Lebah.jpghttp://2.bp.blogspot.com/-79Nt2ed6hLo/TcfDCQb3OwI/AAAAAAAAACQ/mRZwUyBefQc/s1600/mobail+ikan3+thn+6.jpghttp://3.bp.blogspot.com/-AXW-2o00cE8/TcfDuAobxDI/AAAAAAAAACc/IXLQSDBeTbE/s1600/Diorama.jpghttp://3.bp.blogspot.com/-d-dOWuJoj1g/TcfEguQc3AI/AAAAAAAAACk/eJMWoC6-2co/s1600/mask6.jpghttp://2.bp.blogspot.com/-oGheaNZDzao/TcfEtG2IM2I/AAAAAAAAACo/b1YeOLrFzrQ/s1600/origami.jpghttp://1.bp.blogspot.com/-23bE6pYrtXo/TcfByvPuCvI/AAAAAAAAACM/8E28ftDda7g/s1600/Asemblaj.jpghttp://4.bp.blogspot.com/-gTdsRMMVlCY/TcfEE37_LCI/AAAAAAAAACg/WQL3OQletWw/s1600/Boneka+Lebah.jpghttp://2.bp.blogspot.com/-79Nt2ed6hLo/TcfDCQb3OwI/AAAAAAAAACQ/mRZwUyBefQc/s1600/mobail+ikan3+thn+6.jpghttp://3.bp.blogspot.com/-AXW-2o00cE8/TcfDuAobxDI/AAAAAAAAACc/IXLQSDBeTbE/s1600/Diorama.jpghttp://3.bp.blogspot.com/-d-dOWuJoj1g/TcfEguQc3AI/AAAAAAAAACk/eJMWoC6-2co/s1600/mask6.jpghttp://2.bp.blogspot.com/-oGheaNZDzao/TcfEtG2IM2I/AAAAAAAAACo/b1YeOLrFzrQ/s1600/origami.jpg
  • 7/30/2019 Kerja Kususu Seni Visual Sem 5

    32/39

    MENGENAL KRAF TRADISIONAL

    Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan (kerja seni) yang melibatkan

    kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi

    turun-temurun. Bidang ini memberi kesedaran tentang adanya beberapa jeniskraf

    tradisional budaya tanah air. Di sekolah rendah, murid diperkenalkan dengan kraf

    tradisional seperti:

    Rajah 7 Jenis Kraf Tradisional

    Alat domestik

    Alat

    permainan

    Alat

    pertahanan

    diri

    Perhiasan diri Batik

    Tekat

    Ukiran

    Tenunan Anyaman

    tembikar

  • 7/30/2019 Kerja Kususu Seni Visual Sem 5

    33/39

    Bidang ini memberi kesedaran tentang adanya beberapa jenis kraf tradisional dalam

    budaya tanah air. Kegiatan kraf tradisional memperkenalkan fungsi, proses dan teknik

    membuat, alat dan bahan, motif, corak dan hiasan. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan

    sebagai satu proses pembelajaran yang merangkumi pengenalan, proses pembuatan

    serta mengenali tokoh-tokoh bagi setiap bidang kraf yang dinyatakan. Kegiatan ini

    boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan

    cerita.

  • 7/30/2019 Kerja Kususu Seni Visual Sem 5

    34/39

    CONTOH KARYA SENI VISUAL MENGIKUT BIDANG KARAF TRADISIONAL

  • 7/30/2019 Kerja Kususu Seni Visual Sem 5

    35/39

    PETA MINDA MENGENAI MODEL DAN TEORI PENGAJARAN DAN

    PEMBELAJARAN.

    Rajah 8: Menunjukkan kaedah pengajaran.

    KAEDAH

    Simulasi

    Sumbangsaran

    Projek

    Akses sendiri

    Lawatan

  • 7/30/2019 Kerja Kususu Seni Visual Sem 5

    36/39

    Rajah 9: Menunjukkan teknik pengajaran.

    TEKNIK

    Soal jawab

    Beri arahan

    Tunjuk cara/Demonstrasi

    Teknik tindakbalas

    Bercerita

  • 7/30/2019 Kerja Kususu Seni Visual Sem 5

    37/39

    Rajah 10: Menunjukkan strategi pengajaran.

    STRATEGI PENGAJARAN

    KemahiranBerfikir

    PembelajaranAkses Kendiri

    KecerdasanPelbagai

    Belajar CaraBelajar

    Konstruktivisme

    Kajian MasaDepan

    PembelajaranMasteri

    PembelajaranKonstektual

    Pembelajaran

    Konseptual

    Teknologi

    Komunikasi dan

    Maklumat (ICT)

  • 7/30/2019 Kerja Kususu Seni Visual Sem 5

    38/39

    TEORI PEMBELAJARAN

    TEORI

    KONSTRUKTIVIS

    ME

    TEORI

    BEHAVIORISME

    TEORI

    KOGNITIF

    TEORI

    HUMANIS

    TEORI

    PSIKOANALITIK

    PENDEKATAN

    PENGAJARAN

    PENDEKATANPROSES DAN

    PRODUK

    PENDEKATAN

    PENDIDIKAN

    SENI ( JOHNA.MICHAEL)

    PENDEKATAN

    DBAE

    PENDEKATAN

    CHAPMAN

    PENDEKATAN

    PSV KBSR

  • 7/30/2019 Kerja Kususu Seni Visual Sem 5

    39/39

    Tahun : 1

    Bidang : 2

    Tarikh : 17.Januari 2012

    Bil. Murid : 30 orang

    Masa : 11.45-12.45 p.m.

    Bidang : Membentuk dan Membuat Binaan

    Tajuk : Itik Comel

    Aktiviti : Mengguna teknik kolaj iaitu menggunting dan menampal untuk

    menghasil itik comel.

    Objektif :