kkp rbt sem 6

38
Penghargaan Jutaan terima kasih kepada pensyarah bagi mata pelajaran ini kerana Puan Jauyah Bt. Amit banyak memberikan sokongan dan tunjuk ajar dalam memastikan tugasan kali ini dibuat dengan lebih baik. Beliau sangat prihatin terhadap kesulitan yang kami hadapi ketika menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada seluruh ahli keluarga saya yang banyak memberikan saya dorongan dan semangat ketika saya menghadapi pelbagai masalah dalam menyiapkan tugasan ini. Terima kasih juga kepada kawan-kawan seperjuangan dengan saya yang banyak memberi kerjasama dan maklumat dalam menyiapkan

Upload: xiao-wei

Post on 12-Sep-2015

79 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Penghargaan

Jutaan terima kasih kepada pensyarah bagi mata pelajaran ini kerana Puan Jauyah Bt. Amit banyak memberikan sokongan dan tunjuk ajar dalam memastikan tugasan kali ini dibuat dengan lebih baik. Beliau sangat prihatin terhadap kesulitan yang kami hadapi ketika menyiapkan tugasan ini.Tidak lupa juga kepada seluruh ahli keluarga saya yang banyak memberikan saya dorongan dan semangat ketika saya menghadapi pelbagai masalah dalam menyiapkan tugasan ini.Terima kasih juga kepada kawan-kawan seperjuangan dengan saya yang banyak memberi kerjasama dan maklumat dalam menyiapkan tugasan ini dengan baik. Semoga segala usaha yang saya lakkan mendatangkan manfaat kepada diri saya dan orang lain.

Isi KandunganBilKandunganMuka surat

1Biodata diri

2Pengakuan

3Penghargaan

4Pendahuluan

5Pengenalan

6Lakaran dan huraian stail pakaian

7Mengenalpasti masalah

8Pencetusan idea

9Perekaan stail pakaian Senarai ukuran badan

Pola

Fabrik dan bahan

Pengekosan / pengiraan kos

Susun atur pola

Langkah-langkah menjahit

10Refleksi

11Bibliografi

12Lampiran

PendahuluanTeknologi merupakan ilmu yang menggali berbagao ilmu terapan. Teknologi juga sering dipakai untuk menyebut berbagai jenis peralatan yang mempermudah hidup kita. Jadi, teknologi dapat berwujud ilmu dapat pula berupa peralatan.Kursus ini terbahagi kepada tiga komponen utama iaitu Teknologi Rumah Tangga, teknologi pemeliharaan ikan hiasan dan teknologi penanaman tanaman sayur-sayuran dan hiasan. Komponen Teknologi Rumah Tangga meliputi tajuk kajian fabrik, pemilihan pakaian, proses jahitan dan membuat pakaian. Kursus ini meliputi tajuk kajian fabrik dan seni reka pakaian. Topik yang dibincangkan meliputi proses jahitan seperti kelim, kancing, belah, penghilangan gelembung,lengan, penyudah tepid an garis leher, mereka cipta stail pakaian, penyediaan rekod kerja dan membuat pakaian, dan penerapan unsur pedagogi dan pentaksiran.Bagi komponen teknologi penghasilan tanaman sayur-sayuran, tajuk-tajuknya merangkumi pengetahuan teori dan amali mengenai penanaman tanaman sayur-sayuran jangka pendek iaitu pengenalan kepada tanaman sayur-sayuran, penyediaan batas dan bekas menanam; pembiakan dan penanaman, penjagaan dan pengutipan serta penggunaan hasil. Kursus ini adalah mengenai teknologi tanaman sayur-sayuran; pengenalan kepada industri tanaman sayur-sayuran; penanaman; penjagaan dan pengendalian hasil tanaman; penanaman sayur-sayuran secara hidroponik; pembiakan serta pengurusan tanaman hiasan dan pelandskapkan, pengetahuan teori dan kemahiran amali.

PengenalanMatlamat mata pelajaran Rekaan dan Jahitan adalah untuk melatih pelajar untuk menghasilkan sehelai kemeja hasil daripada rekaan sendiri. Ia secara tidak langsung dapat melahirkan pelajar yang kreatif dan berkemahiran dalam mereka dan menjahit pakaian dengan mengamalkan budaya kerja yang baik dan selamat.Oleh itu, dalam tugasan ini memerlukan pelajar untuk membuat satu baju kemeja mengikut kehendak sendiri. Kemeja merupakan pakaian yang sesuai dipadankan dengan seluar dan kemeja juga memberikan keselesaan kepada pemakai. Kemeja boleh juga digunakan sebagai pakaian seharian, rekreasi dan majlis-majlis formal dan untuk pakaian pejabat juga amat sesuai.Selain itu, kemeja juga menampakkan orang yang memakainya kelihatan cantik dan tampak bergaya. Pada masa kini, pelbagai pilihan baju kemeja untuk perempuan dengan pelbagai rekaan dan stail yang cantik bagi memenuhi citaras perempuan. Namun, sesetengah individu agak susah untuk mencari saiz dan sukar untuk memenuhi kehendak mereka sendiri. Oleh itu, dengan tugasan ini saya boleh memilih dan mereka gaya baju kemeja yang saya inginkan sendiri dan mengikut ukuran saya sendiri.Secara kesimpulannya, saya telah merancang untuk membuat satu kemeja moden dengan menggunakan fabrik cottan dan beberapa hiasan yang lain.

Lakaran Dan Huraian Stail Pakaian

Lakaran

Huraian stail pakaian:1. Menggunakan bahan yang sesuai iaitu menggunakan fabrik cottonFiber semula jadi yang berasal dari tanaman kapas. Kapas membolehkan kulit untuk bernafas dengan baik. Oleh itu, ia merupakan jenis fabrik yang amat sesuai untuk dipakai. Malahan ia juga senang untuk dicuci.Antara ciri-ciri lainnya:i. Bahan terasa sedikit sejukii. Menyerap peluhiii. Boleh dicuci dengan mudah

2. Menggunakan bahan lain sebagai hiasan iaitu renda yang berwarna putih dan maroon.3. Stail baju sopan, mempunyai kolar, lengan panjang.Corak bajuCorak baju yang dipilih ialah bertindih-tindih memperlihatkan baju tersebut lebih menyerlah jika dipakai oleh seorang wanita. Warna bajuWarna dasar untuk fabrik yang saya pilih ini adalah warna merah jambu. Ini menimbulkan bagi keseceriaan kepada pemakai apabila memakai baju tersebut.Garisan dan cantuman Saya memilih fabrik yang bercorak tindih kecil agar Nampak lebih cantik.Garis leherGaris leher berbentuk U sesuai digunakan reka bentuk pakaian kemeja saya. Garis leher ini juga digunakan sesuai untuk saya yang sederhana tinggi. Saya memilih untuk membuat kolar agar baju kemeja saya lebih menarik.Garis lenganSaya memilih lengan baju yang separuh panjang bagi memberikan saya keselesaan dan menampakkan stail dan eksklusif pada si pemakai.

Mengenalpasti Masalah

Mengenalpasti masalah1. Tugasan ini dilaksanakan bagi menyelesaikan masalah baju kemeja biasa yang sedia ada tidak menepati kehendak pengguna.2. Masalah baju blaus yang sedia ada panas, tidak selesa dipakai.3. Fabrik yang digunakan untuk membuat blaus tidak sesuai.4. Jahitan blaus yang sedia ada tidak kemas, dan saiz tidak sama keseluruhannya.5. Kedudukan butang tidak sesuai dan bentuk tidak kemas dan tidak rata.6. Penyudah tepi tidak sesuai dengan stail pakaian, bentuk tidak kemas dan tidak rata.7. Lengan baju tidak sesuai dengan stail pakaian dan garis leher tidak lurus.Penyata masalahMenghadapi masalah untuk memilih blaus yang sesuai dari segi bahan yang digunakan dan tahap keselesaan untuk memakai kerana blaus yang sedia ada panas dan tidak begitu selesa untuk dipakai.Penyelasaian masalahMembuat satu blaus yang sesuai dengan diri sendiri dan menggunakan bahan yang sesuai dan tidak panas untuk dipakai dengan menggunakan fabrik cotton.

Pencetusan Idea

Pencetusan Idea1. Pengumpulan maklumat dan datai. Sumber maklumatii. Pengumpulan maklumatiii. Analisis maklumativ. Membuat keputusanSumber maklumat Laman sesawang Majalah Individu yang berpengalamanPengumpulan maklumat Pemerhatian Bimbingan guru Melayari internet Maklumat untuk membuat blaus dikumpul sendiri dan dinilai sendiri menggunakan hasil pembelajaran yang diberikan oleh pensyarah. Membuat senarai stail blaus yang hendak dipilih. Mencari maklumat tentang jahitan-jahitan. Belajar sendiri cara menjahit menggunakan tangan dan mesin.Analisis maklumat Membuat pertimbangan bahan yang digunakan. Belajar menjahit dan memilih jenis jahitan yang sesuai dengan blaus yang akan dibuat. Memilih fabrik yang sesuai.Membuat keputusan Memilih hanya satu jenis stail blaus yang hendak dibuat. Memilih dan belajar jenis jahitan untuk blaud tersebut. Memilih bahan yang sesuai dan selesa dan mampu menarik perhatian orang lain.

Perekaan stail pakaian

Senarai ukuran badan Pola Fabrik dan bahan Pengekosan / pengiraan kos Susun atur pola Langkah-langkah menjahit

Senarai ukuran badanNama: Yong Siew WeiUnit: PISMP SEJARAH (SJKC)PERKARAUKURAN

A-F (BAHU)

A-B (LABUH)

A-D (BAHU KE PINGGANG)

K-L (DADA)

B-C (PUNGGUNG)

E-D (PANGKAL KETIAK)

A-B (LABUH TANGAN)

G-F (KELILING LENGAN)

D-E (PINGGANG)

POLA BLAUS

Mula mengaris / melukis di kertas minyak mengikut ukuran badan yang betul menggunakan pembaris.

Membuat pola untuk tangan, ukuran baju depan, ukuran baju belakang dan kolar dengan teliti dan mengikut ukuran yang betul.

Hasil lukisan di kertas minyak mengikut ukuran yang telah dibuat.

Pola blausGambar pelaksanaanCatatan

1. Mengukur saiz blaus untuk diri sendiri.2. Mengukur: Bahu Labuh Bahu ke pinggang Dada Punggung Pangkal ketiak Labuh tangan Keliling lengan Pinggang

1. Peralatan yang perlu ada untuk membuat pola ialah: Pembaris sesiku L Kertas ukuran badan sendiri Pensel Gunting

1. Proses seterusnya ialah proses mengunting kertas minyak mengikut lukisan yang telah dibuat sama ada baju hadapan, tangan ataupun belakang.

1. Proses seterusnya ialah kertas yang digunting diletakkan di atas fabrik yang digunakan untuk membuat blaus seperti yang dirancang.2. Dengan menggunakan jarum peniti lekatkan pola tersebut menggunakan jarum peniti tersebut agar memudahkan proses mengunting kain tersebut.

1. Gambar pola yang telah dipinkan di atas kain yang dipilih.

1. Seterusnya, mengunting kain mengikut pola yang telah siap digunting ukuran badan yang dikehendaki.

1. Pola yang sudah siap.2. Kain yang sudah siap dipotong mengikut pola yang telah disediakan.

Fabrik dan bahan

Fabrik dan bahanBil Gambar Nama

1Kertas karbon Digunakan untuk memindahkan garisan ke atas fabrik.

2Gunting kainDigunakan untuk mengunting fabrik.

3Roda surihDigunakan bersama kertas karbon untuk memindahkan garis pemadan ke atas fabrik ataupun pola.

4Gunting benangDigunakan untuk mengunting benang kerana bersaiz kecil.

5Kapur penandaDigunakan untuk membuat garisan pemadan.

6PenetasDigunakan untuk menetas mata jahitan dan menanggalkan benang jahitan.

7JarumDigunakan untuk menjahit baju kemeja.

8

Langkah-langkah menjahit

Langkah-langkah menjahitSebelum menjahitPenyediaan peralatan untuk kegunaan menjahit.

Melakar dan merekacipta kemeja yang mempunyai ciri-ciri:Kolar kemejaLengan padanan rataBelah hadapan

Mengambil ukuran badan.Mengukur:BahuLabuhBahu ke pinggangDadaPunggungPangkal ketiakLabuh tanganKeliling lenganPinggang

Melakar pola dengan menggunakan pola dagangan sebagai sebagai asas kemudian membuat pengubahsuaian mengikut ukuran badan.

Membentang dan menyusun atur pola, mengunting dan juga memindahkan tanda-tanda pada fabrik. Kemudian mengemas bahagian tepi fabrik yang telah dipotong dengan jahitan tepi.

Mencantum kain:Menjahit lisu cekung badan hadapan.Lipat di garisan tengah lisu pemadan dengan sebelah luar bertemu dengan sebelah luar. Semat, jelujur dan mesin di sepanjang basi lisu bermula dari hujung tirus. Kemudian tekan dan jahit lisu dengan jahitan mesin. Menjahit lisu beriring pada bahagian hadapan badan.Lipat dan tekan lisu dengan kemas dan cermat.Sematkan dan jelujurkan dengan kemas dan cermat.Jahit lisu dengan jahitan mesin.Kemudian, tampat cantum tampatan lisu beriring pada bahagian hadapan badan.

Mencantum kelim bahu menggunakan kelim belah kangkungTemukan sebelah luar badan hadapan dengan garis bahu badan belakang.Semat, jelujur dan jahitan mesin di garisan pemadan bahu.Tekan dan buka kelim.Menjahot kelim rusukTemu sebelah luar badan haapan dengan sebelah luar badan belakang.Temukan garisan pemadan garis rusuk badan hadapan dengan garis rusuk badan belakang.Semat, jelujur dan jahit mesin.Tekan buka kelim.

Penyediaan dan mencantum kolarGunting basi kelim yang berlebihan dan srip bahgian yang melekung.Balikkannya ke sebelah luar.Cantumkan kolar ke garis leher dengan jahit mesin.Menyediakan dan mencantuk lenganBuatkan kedut lepas di kepala dan di hujung lengan.Cantumkan kelim dengan belah kangkung.Cantumkan lengan ke kubang lengan dengan jahit mesin.Gunting besi kelim yang berlebihan dan kemaskan dengan jahitan pengemas tepi.

Menjahit kelepetLipat kelepet di dalam garisan lipatan.Lekatkan pada pakaian dengan jahitan silang pangkah.

Menjahit butang dan hiasan lainUkur 6 inci dari kaki baju dan tandakan untuk butang kedua Ukur jarak di antara butang pertama dan kedue.Bahagikan ukuran jarak tersebut kepada empat untuk menentukan kedudukan butang dan lubang butang ketiga, keempat dan kelima.Jahit butang dan lubang di bahagian belahan hadapan yang telah ditanda.Menjahit butang dan lubang butang- continentalButang pertama terletak pada kepuk.Dari butang pertama, turunkan 3 inci untuk butang kedua.Dari bawah kaki baju, naikkan 6 inci untuk butang ketiga.Ambil ukuran jarak dari butang kedua hingga ketigaBahagikab ukuran jarak ini kepada empat untuk menentukan kedudukan butang dan lubang butang ketiga, keempat, kelima dan keenam.Jahit butanf dan lubang butanf di hadapan belahan hadapan yang telah ditanda.Menanda butang dan lubang butanf-kafLubang butang terletak pada hujung belahan.Kedudukan butang adalah di bahagian 1 inci lebihan kaf tersebut.Jahit butang dan lubang butang.

Hasil blaus