sem 6 - isu masalah kualiti air di malaysia - c5305 -tugasan 2

10
1 “ ISU MASALAH KUALITI AIR DI MALAYSIA“ © SEPTEMBER 2009 Hak Cipta Terpelihara RICKY MARDEN C 5305 Kejuruteraan Bekalan Air dan sisa Politeknik Kota Kinabalu © September 2009 Hak Cipta Terpelihara

Upload: openman

Post on 12-Jun-2015

2.779 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: SEM 6 - Isu Masalah Kualiti Air Di Malaysia - C5305 -Tugasan 2

1

“ ISU MASALAH KUALITI AIR DI MALAYSIA“

© SEPTEMBER 2009

Hak Cipta Terpelihara

RICKY MARDEN

C 5305 Kejuruteraan Bekalan Air dan sisa

Politeknik Kota Kinabalu

© September 2009

Hak Cipta Terpelihara

Page 2: SEM 6 - Isu Masalah Kualiti Air Di Malaysia - C5305 -Tugasan 2

2

Isi kandungan

Perkara m/s

Pernyataan tajuk 1

A. Isu yang dipilih 2

B. Kaedah Yang Boleh Diambil 5

Bagi Mencegah dan Mengawal

C. Tanggungjawab Yang Boleh 6

Diambil Oleh Masyarakat dan Pihak Berkuasa

D. Perkaitan Isu Yang Dipilih 7

Dengan Ujian Baki Klorin dan Ujian Bakteria

E. Kesimpulan 9

F. Rujukan 10

Page 3: SEM 6 - Isu Masalah Kualiti Air Di Malaysia - C5305 -Tugasan 2

3

A. Isu yang dipilih

Keratan 1 . Isu masalah kualiti Air 1

Sebatang sungai yang wujud di sesebuah kawasan kebiasaannya menjadi

tumpuan utama untuk dijadikan kawasan petempatan. Jika dilihat secara keseluruhan,

sejak permulaan kehidupan manusia, sungai telah memberikan banyak jasa kepada

kehidupan sejagat. Apa tidaknya, ia bukan sahaja membekalkan sumber makanan,

malah ia telah dikaji dan membolehkan ia digunakan untuk penjana elektrik.

Namun apa yang berlaku, jasa baik sungai tidak lagi dimanfaatkan sebagai

kemudahan kita. Sungai telah disalahpakai oleh kehidupan manusia.

Mengulas kejadian yang berlaku pada Keratan 1, Sungai Serai pada mulanya

digunakan punca utama penduduk sekeliling. Dahulunya, sungai tersebut di gunakan

sebagai punca utama sumber minuman harian, namun apa yang tinggal hanyalah

sebuah sejarah. Daripada isu yang berlaku dalam keratan ini, kita boleh mendapati

Page 4: SEM 6 - Isu Masalah Kualiti Air Di Malaysia - C5305 -Tugasan 2

4

punca utama yang melanda Sungai Serai ialah berpunca kegiatan manusia yang

tidak bertanggungjawab. Melalui kenyataan pada keratan akhbar tersebut, Sungai

Serai di Hulu Langat ini dijadikan tempat untuk mencuci pasir dan ini telah berlarutan

sehingga 7 tahun. Bayangkan selama 7 tahun ia digunakan sebagai kawasan mencuci

pasir, apakah nasib yang akan ditimpa oleh penduduk Hulu Langat yang berdekatan

dengan Sungai Serai. Apa yang dilhat sini, aktiviti mencuci pasir ini telah menjejsakan

kualiti air mentah di negara kita.

Walaubagaimana pun, masalah kualiti air yang melanda Sungai Serai

seharusnya tidak dilihat pada satu pandangan sahaja. Seharusnya ia juga dilihat

kepada punca lain yang boleh menyebabkan masalah kualiti air terjejas. Antara punca

lain yang boleh menjejaskan kualiti air ialah ;

a) Aktiviti manusia (*Selain mencuci pasir) ;

• Pembangunan tanah yang kurang mengambilkira pemeliharaan alam sekitar

• Pembalakan

• Pertanian

• Perumahan

• Industri

• pencerobohan rizab sungai

• perlombongan

b) Sisa buangan

• Sisa buangan domestik ; sampah sarap daripada kawasan perumahan,

perkampungan, setinggan dan lain-lain penempatan.

• sisa buangan racun/kimia ; dari kawasan pertanian dan industri serta

kumbahan yang tidak dirawat dengan sempurna.

• buangan minyak daripada bengkel-bengkel kenderaaan,

• buangan daripada pasar basah/restoran/gerai,

Page 5: SEM 6 - Isu Masalah Kualiti Air Di Malaysia - C5305 -Tugasan 2

5

B. Kaedah Yang Boleh Diambil Bagi Mencegah dan Mengawal

Masalah kualiti air ini seharusnya dikawal dan dicegah bagi mengekalkan

ekosistem di dalam negara. Dalam mengatur langkah yang tepat, satu langkah yang

paling utama yang seharusnya dilakukan ialah kajian semasa. Apabila kajian semasa

dilakukan, kita bukan sahaja menemui langkah pengawalan dan pencegahan, malah ia

membolehkan kita menambahkan pengetahuan dan pada kemungkinan yang lain kajian

tersebut menemukan kita kepada ubat-ubatan atau pun bahan ganti lain kepada

sumber lain.

Berikut merupakan antara kaedah yang boleh diambil;

a) Semua punca yang menghasilkan pencemaran perlu membina sistem

rawatan bagi memenuhi had piawaian yang dicadangkan iaitu;-

• Parameter PH -Had piawaian 5.5 - 9.0

• Parameter BOD mg/l -Had piawaian 50

• Parameter COD mg/l -Had piawaian 100

• Parameter SS mg/l - Had piawaian 100

b) Semua industri yang menghasilkan pencemaran air perlu menyediakan alat

kawalan pencemaran bagi merawat pencemaran air supaya memenuhi had

piawai yang ditetapkan.

c) Semua kawasan perumahan perlu menyediakan sistem rangkaian logi

rawatan kumbahan berpusat dan merawat kumbahan yang terhasil.

d) Air basuhan dari semua aktiviti perniagaan yang menghasilkan pencemaran

air seperti kompleks menjala makanan, restoran, kedai makanan dan

sebagainya perlu dikumpul dan dirawat sebelum melepaskan air basuhan

ke dalam parit.

Page 6: SEM 6 - Isu Masalah Kualiti Air Di Malaysia - C5305 -Tugasan 2

6

C. Tanggungjawab Yang Boleh Diambil Oleh Masyarakat dan Pihak Berkuasa

Selain mengatur langkah secara umum bagi mencegah dan mengawal masalah

ini, pendekatan yang lebih baik dapat dilakukan bagi melihat pendekatan menangani

masalah pada tanggungjawab oleh masyarakat dan pihak berkuasa.

Dalam konteks masyarakat ; pendekatan yang boleh dilakukan ialah dengan

menjalankan gotong-royong sekeliling kawasan sungai bagi mengekalkan daya

tarikan pada sungai dan sumber asli yang ada pada sungai. Pendekatan seterusnya

ialah dengan mewujudkan satu jawatankuasa perlindungan sungai. Wujudnya

jawatan kuasa perlindungan sungai, satu rangka perancangan perlindungan kawasan

sungai akan ada dan ini menunjukkan kemampuan kita untuk menjaga sungai kita

sendiri. Pendekatan seperti mewujudkan satu jawatankuasa sungai dapat dilakukan

pada perumahan/perkampungan /petempatan berdekatan dengan sungai

Tanggungjawab yang boleh digalas oleh pihak berkuasa ialah dengan

memperketatkan lagi sistem undang-undang perlindungan sungai sekaligus

mengenakan saman atau denda yang sangat berat kepada pesalah bagi.

Page 7: SEM 6 - Isu Masalah Kualiti Air Di Malaysia - C5305 -Tugasan 2

7

D. Perkaitan Isu Yang Dipilih Dengan Ujian Baki Klorin dan Ujian Bakteria.

Sebelum menggunakan sesuatuu sumber air sebagai kegunaan, adalah baiknya

sumber air tersebut diuji bagi mengetahui keadaannya lebih-lebih lagi sekiranya air

mentah tersebut digunakan sebagai kegunaan domestik. Seperti Sungai Serai,ia turut

digunakan oleh penduduk yang berdekatan sebagai punca bekalan air minum, adalah

sebaik-baiknya air tersebut ujian kualiti air dilakukan setelah ia telah dicemari oleh

aktiviti mencuci pasir.

Ujian kualiti air yang digunapakai ialah ujian baki klorin dan ujian bakteria.

Sebenarnya, ujian kualiti air ini adalah bertujuan memastikan semua air yang

dibekalkan/digunakan cukup jernih dan diklorinkan sepenuhnya, untuk memastikan

bahawa kualiti air mentah dan air terawat/bersih diperiksa oleh pemeriksa bakteriologi

setiap selang masa yang ditetapkan dan untuk memastikan bahawa punca atau potensi

pencemaran diketahui.

Ujian Baki Klorin

i. Tujuan utama ialah mendapatkan bacaan klorin bebas dan klorin bergabung dari

sampel sumber air sungai Serai dengan menggunakan kaedah titratan atau

menggunakan radas iaitu alat perbandingan Lovibond.

ii. Klorin digunakan meluas sebagai bahan pembasmi kuman kerana ia sangat

berkesan pada kepekatan yang rendah dan juga meninggalkan baki dalam air

jika dos yang mencukupi dikenakan.

Page 8: SEM 6 - Isu Masalah Kualiti Air Di Malaysia - C5305 -Tugasan 2

8

Ujian Bakteria

Kaedah untuk menentukan bakteria(menentukan paras pencemaran sesuatu air)

Dua kaedah:

1. kaedah kiraan plat agar ;

o digunakan menentukan sama ada bakteria atau tidak di dalam suatu sampel air

o kelemahan;tidak dapat membezakan kumpulan sesuatu bakteria yang hadir.

2. Kaedah nombor paling mungkin(MPN)

o kaedah biasa dilakukan bagi menentukan bilangan koliform yang hadir dalam

sampel.

o bertujuan :menentukan kualti air yang terdapat parameter

mikrobiologi(bakteria,virus,protozoa,alga & fungi)

Page 9: SEM 6 - Isu Masalah Kualiti Air Di Malaysia - C5305 -Tugasan 2

9

E. Kesimpulan

Secara keseluruhannya, masalah kualiti air di dalam keratan akhbar ini

merupakan satu masalah yang seharusnya di selesaikan dengan segera. Sekiranya

masalah ini berlarutan, bukan sahaja kita akan kekurangan sumber bekalan air mentah,

malah akan memburukkan keadaan semasa negara kita dan sekaligus menambahkan

buruk lagi tahap pencemaran di negara kita.

Walaupun kita telah menggariskan langkah dan apa jua kaedah yang harus

diambil dalam mengatasi masalah, namun jika dilihat di perspektif yang berbeza

komitmen awal kita harus dipupuk iaitu dalam diri kita masing-masing. Melalui

memupuk nilai cinta akan alam sekitar, kita sendiri akan bertindak sebagai pelindung

dan penjaga alam sekitar, iaitu melaporkan setiap aktiviti yang boleh menjejaskan kualiti

air mentah di negara kita dan lebih dekat lagi dengan tidak sengaja membuang apa

juga jenis buangan ke dalam sungai.

Maka, seharusnya kita melantik diri kita sebagai rakan alam sekitar dan

menunjukkan keprihatinan kita terhadap alam sekitar. Jagalah kebersihan alam sekitar

kita.

Page 10: SEM 6 - Isu Masalah Kualiti Air Di Malaysia - C5305 -Tugasan 2

10

F. Rujukan

i. Sungaijuru.com

ii. Doe.gov.my

iii. Modul kejuruteraan bekalan air dan air sisa C5305