peneraju kemahiran terbilang inovasi buletin filepertandingan tahniah kepada pelajar sem 6 amirul...

4
ILJTM Wilayah Utara BULETIN Peneraju Kemahiran Terbilang INOVASI PERTANDINGAN Tahniah!! Kumpulan S-GO ILP Jitra telah berjaya merangkul Anugerah Emas 4 Bintang. Majlis penyampaian Anugerah Team Excellence Kebangsaan 2018 di Sunway Pyramid Convention Centre, Bandar Sunway (SPCC). Pada tahun ini, Kumpulan S-GO dari Bahagian Teknologi Automotif ILP Jitra telah layak menyertai Konvensyen Team Excellence Kebangsaan 2018 yang berlangsung serentak dengan Annual Productivity & Innovation Conference And Exposition 2018(APIC) yang melibatkan sebanyak 305 kumpulan ICC dari seluruh agensi swasta dan kerajaan. Konvensyen ini merupakan kemuncak acara yang dianjurkan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) secara tahunan dengan tema ‘From Ideas to Reality’. Konvensyen ini telah diadakan pada 13 hingga 15 November 2018 bertempat di Sunway Pyramid Convention Centre, Bandar Sunway (SPCC). Super Gear Oil Filler S-GO merupakan hasil penambahbaikan (Kaizen) projek inovasi penciptaan terdahulu (Extreme Gear Oil Filler X-GO) dengan kefungsian rekabentuk daripada penggunaan Hand-Pressure Gear Oil Filler (HPGOF) bagi proses pengisian minyak gear. Penambah- baikan yang dilakukan adalah dengan pemasangan pemampat udara mini (compressor) dari kuasa motor pada balang yang tidak bergantung pada sumber angin yang lain dan mampu menjana tekanan angin sendiri. Pemampat udara dihidupkan dengan menggunakan punca kuasa power bank atau sumber elektrik terhampir menjadikan tekanan angin sentiasa berada di dalam balang S-GO. Penggunaan S-GO diperluaskan dalam bidang Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara semasa sesi latihan amali pelajar. Sebelum penggunaan S-GO para pelajar menggunakan gas refrigerant R410A bagi kerja-kerja semburan dan pembersihan pada outdoor dan indoor unit alat penyaman udara. Teknik ini menjadi kelaziman dan kebiasaan termasuk seperti yang diamalkan oleh pihak kontraktor luar. Kumpulan S-GO telah berjaya merangkul Anugerah Emas 4 Bintang. Majlis penyampaian Anugerah Team Excellence Kebangsaan 2018 telah disempurnakan oleh YB Dr. Ong Kian Ming, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Seterusnya Kumpulan S-GO telah dipilih oleh pihak MPC untuk mewakili Malaysia dalam 2019 International Convention on Quality Control Circles (ICQCC) yang akan berlangsung di Jepun tahun hadapan S-GO ILP JITRA Rangkul Anugerah Emas 4 Bintang

Upload: lyduong

Post on 13-Jul-2019

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • ILJTMWilayah UtaraBULETINPeneraju Kemahiran TerbilangINOVASI

    PERTANDINGAN

    Tahniah!! Kumpulan S-GO ILP Jitra telah berjaya merangkul Anugerah Emas 4 Bintang. Majlis penyampaian Anugerah Team Excellence Kebangsaan 2018 di Sunway Pyramid Convention Centre, Bandar Sunway (SPCC).

    Pada tahun ini, Kumpulan S-GO dari Bahagian Teknologi Automotif ILP Jitra telah layak menyertai Konvensyen Team Excellence Kebangsaan 2018 yang berlangsung serentak dengan Annual Productivity & Innovation Conference And Exposition 2018(APIC) yang melibatkan sebanyak 305 kumpulan ICC dari seluruh agensi swasta dan kerajaan. Konvensyen ini merupakan kemuncak acara yang dianjurkan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) secara tahunan dengan tema From Ideas to Reality. Konvensyen ini telah diadakan pada 13 hingga 15 November 2018 bertempat di Sunway Pyramid Convention Centre, Bandar Sunway (SPCC).

    Super Gear Oil Filler S-GO merupakan hasil penambahbaikan (Kaizen) projek inovasi penciptaan terdahulu (Extreme Gear Oil Filler X-GO) dengan kefungsian rekabentuk daripada penggunaan Hand-Pressure Gear Oil Filler (HPGOF) bagi proses pengisian minyak gear. Penambah-baikan yang dilakukan adalah dengan pemasangan pemampat udara mini (compressor) dari kuasa motor pada balang yang tidak bergantung pada sumber angin yang lain dan mampu menjana tekanan angin sendiri. Pemampat udara dihidupkan dengan menggunakan punca kuasa power bank atau sumber elektrik terhampir menjadikan tekanan angin sentiasa berada di dalam balang S-GO. Penggunaan S-GO diperluaskan dalam bidang Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara semasa sesi latihan amali pelajar. Sebelum penggunaan S-GO para pelajar menggunakan gas refrigerant R410A bagi kerja-kerja semburan dan pembersihan pada outdoor dan indoor unit alat penyaman udara. Teknik ini menjadi kelaziman dan kebiasaan termasuk seperti yang diamalkan oleh pihak kontraktor luar.

    Kumpulan S-GO telah berjaya merangkul Anugerah Emas 4 Bintang. Majlis penyampaian Anugerah Team Excellence Kebangsaan 2018 telah disempurnakan oleh YB Dr. Ong Kian Ming, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Seterusnya Kumpulan S-GO telah dipilih oleh pihak MPC untuk mewakili Malaysia dalam 2019 International Convention on Quality Control Circles (ICQCC) yang akan berlangsung di Jepun tahun hadapan

    S-GO ILP JITRARangkul Anugerah Emas 4 Bintang

  • CSR COMMUNITY SOCIAL RESPONSIBILITY

    ProgramKEPIMPINAN PELAJAR & KHIDMAT KOMUNITI @TANJUNG PIANDANG

    Tarikh :21/9/2018Tempat : SMK Raja Lope Nor Rashid & Surau Parit Sungai Bawah Betul, Tanjung Piandang, PerakPenglibatan: 40 JMTI Peer Facilitator Club (PFC)

    JMTI Peer Facilitator Club (PFC) merupakan Kelab Pembimbing Rakan Se-Institut di bawah Bahagian Pembangunan Insan telah menganjurkan program kepimpinan pelajar dan khidmat masyarakat bertempat di Tanjung Piandang, Perak. Program sehari yang diadakan pada 21 September 2018 ini turut dijayakan bersama-sama PRS SMK Raja Lope Nor Rashid dan penduduk Kampung Sungai Bawah Betul. Aktviti yang dijalankan dalam program ini melibatkan tiga fasa iaitu kem kepimpinan Pengawas Raja Lope yang dikendalikan sepenuhnya oleh PFC, taklimat kerjaya dan pameran robot yang dikendalikan oleh pegawai psikologi bersama pasukan robot JMTI serta gotong royong Surau Parit Sungai Bawah Betul. Program ini turut disertai oleh komuniti setempat. Di akhir program sumbangan barangan keperluan harian telah diserahkan kepada keluarga asnaf. Program ini bertujuan melatih para pelajar dalam kemahiran sosial dan kebertanggungjawaban. Di samping itu, ia dapat menyuntik semangat berpasukan dan kepimpinan melalui aktiviti yang dilaksanakan.Majlis penutup dan penyerahan sumbangan kepada keluarga asnaf telah disempurnakan oleh Pengarah JMTI, Tuan Teknologis Kamaruzaman Bin Hj Md Ali, bersama-sama pengurusan Kampung Sungai Bawah Betul dan pentadbiran SMK Raja Lope Nor Rashid.13 dan 15 Ogos 2018 bagi memastikan lukisan siap diwarna.

    PROGRAM PENANAMAN POKOK BAKAU SEMPENA HARI ALAM SEKITAR NEGARA

    HUBUNGAN INDUSTRI

    Program Penanaman Pokok Bakau sempena Hari Alam Sekitar Negara (HASN) peringkat negeri Pulau Pinang 2018 telah berlangsung di Sungai Acheh, Nibong Tebal. ILPAPNT turut sama terlibat dengan menghantar 17 orang pelajar bersama dengan pensyarah pengiring.

    RIDE TO PROMOTIONSeramai 13 orang staf ILP Perai telah menyertai program Ride To Promotion dari ILP Perai ke Cameron Highlands. Program diadakan pada 21 September 2018. Sebanyak 13 Motorsikal pelbagai CC dan model bergerak dari ILP Perai menuju ke Cameron Highlands.

    Rombongan singgah di SMK Simpang Pulai, Perak, SMK Sultan Ahmad Shah, Tanah Rata, Cameron Highlands dan Pusat Kegiatan Guru, Cameron Highlands untuk tujuan mempromosikan peluang latihan kemahiran di ILP Perai kepada para pelajar dan guru di sekolah sekolah dan PKG terbabit.

  • PERTANDINGAN

    Tahniah kepada Pelajar Sem 6 Amirul Asraf ( Jaminan Kualiti) dan Mohd Syahmi (Microelektronik) sem 5 kerana memenangi pingat Emas Sepak Takraw Quadrant Lelaki dan Bola Baling pada Sukma Perak XIX 2018

    SUKMA PERAK XIX 2018

    Telah berlangsung acara Pertandin-gan mural peringkat ILPAPNT pada 2 November yang lalu. Pertandingan ini di samping untuk menindahkan kawasan ILPAPNT juga sebagai aktiviti mencungkil kreativiti pelajar dan warga kerja.

    PERTANDINGAN MURAL PERINGKAT

    ILPAPNT

    ILP IPOH MENGGEGARKAN KEM MURNI GOPENG BAGI MEMBINA BUDAYA KERJA BERPASUKAN CEMERLANG

    Kejayaan dan kecemerlangan sesebuah organisasi memerlukan kerjasama dan persefahaman yang padu dari semua kakitangan organisasi dari semua peringkat. Bagi memastikan ILP Ipoh sentiasa cemerlang dan sentiasa membudayakan kerja berpasukan, pihak pengurusan institut mengambil langkah dengan menganjurkan Kursus Membina Budaya Kerja Berpasukan Cemerlang yang melibat-kan 110 orang pegawai institut ini. Kursus diadakan di Kem Murni Gopeng Perak selama 2 hari 1 malam dan dijalankan sebanyak 2 siri. Siri 1 diadakan pada 6-7 Oktober 2018 manakala siri 2 diadakan pada 27-28 Oktober 2018. Antara aktiviti yang dijalankan ialah tele-match, Flying Fox, Latihan dalam Kumpulan (LDK) dan River Tubing di samping aktiviti solat berjemaah dan senaman pagi yang turut dilakukan di sini. Gabungan aktiviti santai dan mencabar yang dilaksanakan ini berjaya mengeratkan silaturrahim antara pegawai institut ini disamping meningkatkan keyakinan dan jati diri pegawai dalam melaksana dan menyelesaikan sesuatu aktiviti yang mencabar. Rata-rata semua pegawai amat berpuas hati dengan kursus ini dan ia berjaya membina budaya kerja berpasukan yang cemerlang pegawai institut ini.

  • HUBUNGAN INDUSTRI

    LAWATAN KERJA YB MENTERI SUMBER MANUSIA

    2 Disember 2018 ADTEC Kulim, YB Menteri Sumber Manusia, YB. M. Kulasegaran telah mengadakan lawatan kerja rasmi beliau di ADTEC

    Kulim yang telah disambut oleh Tuan Pengarah ADTEC Kulim En, Zulkie Omar. Dalam lawatan ini YB. Menteri telah dibawa melawat di Pusat

    Inkubator dan ruang Pameran Inovasi Jabatan MT ADTEC Kulim. Beliau sempat memberi kenyataan mengenai hasrat kerajaan yang mahu memansuhkan Akta Pampasan Pekerja 1952 dimana ianya hanya

    melibat pekerja asing dan tiada kaitan dengan pekerja warganegara. YB. Menteri kemudianya meneruskan lawatan ke Jubilee Plastics Sdn. Bhd di Kulim. Seluruh warga kerja ADTEC Kulim mengucapkan terima

    kasih kepada YB. Menteri Sumber Manusia di atas lawatan kerja rasmi ini.

    B u l e t i n I L J T M W i l a y a h U t a r a a d a l a h s a t u m e d i u m s a l u r a n y a n g m e n c e r i t a k a n p e r k e m b a n g a n t e r k i n i d i I L J T M W i l a y a h U t a r a y a n g m e l i b a t k a n 9 I n s t i t u t i a i t u P e r a k ( I L P I p o h , A D T E C Ta i p i n g ) , P u l a u P i n a n g ( J M T I , I L P K e p a l a B a t a s , I L P P r a i , I L P N i b o n g Te b a l ) , K e d a h ( A D T E C K u l i m , I L P J i t r a ) d a n P e r l i s ( I L P K a n g a r ) . P e n e r b i t a n s e c a r a b e r k a l a i n i d i h a r a p k a n d a p a t m e m b e r i k a n m a k l u m a t y a n g b e r g u n a k e p a d a g o l o n g a n s a s a r a n .

    S u m b e r : D a r i I L J T M Wi l a ya h U t a ra G r a k & S u s u n A t u r : A DT E C Ta i p i n g - ( j i m b a r a )

    KARNIVAL KERJAYA ILP IPOHInstitut Latihan Perindustrian Ipoh dengan kerjasama Jabatan Tenaga Kerja Negeri Perak telah menganjurkan Karnival Kerjaya pada 18 November 2018 bertempat di Dewan Sri Kledang ILP Ipoh. Karnival ini telah dirasmikan oleh

    En. Jamil Bin Yahya, Pengarah Institut Latihan Perindustrian Ipoh. Objektif utama pengajuran Karnival Kerjaya ini adalah untuk membantu pencari

    kerja bermula lepasan SPM sehingga peringkat Ijazah terutama graduan ILP Ipoh sendiri bagi mendapatkan pekerjaan setelah tamat pengajian. Selain

    itu, penganjuran program seperti ini dapat mendedahkan kepada pelajar sedia ada di institut ini berkenaan peluang pekerjaan yang bersesuaian

    dengan mereka setelah tamat latihan kelak serta menemukan pelajar dengan rma dan juga pihak industri.

    Antara aktiviti yang dilaksanakan sepanjang program ini ialah temuduga terbuka oleh pihak industri, pameran dari institusi pengajian awam dan

    swasta serta pendedahan teknik-teknik dan bimbingan untuk mencari pekerjaan melalui ceramah kerjaya yang di laksanakan oleh pegawai dari Jabatan Tenaga Kerja Negeri Perak. Penganjuran karnival seperti ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan baik di antara pihak institut dengan

    pihak industri terutama bagi industri yang beroperasi di sekitar Negeri Perak. Karnival Kerjaya pada kali mendapat sambutan menggalakkan menerusi

    kunjungan hampir 1500 orang pengunjung dari dalam dan luar negeri Perak dengan penyertaan sebanyak 30 majikan yang menawarkan 1500 jawatan

    kosong untuk diisi. Antara syarikat yang menyertai kanival kerjaya kali ini adalah Hovid Bhd, Yamaha Electronic Industries, CARSEM Bhd, Kinta

    Switchgear Sdn. Bhd dan lain- lain lagi. Program selama satu hari ini menerima maklum balas positif daripada pelbagai golongan dan diharap

    dapat membantu pencari kerja terutama graduan ILP Ipoh bagi mendapat-kan pekerjaan.

    RIDE TO PROMOTIONSeramai 13 orang staf ILP Perai telah menyertai program Ride To Promotion dari ILP Perai ke Cameron Highlands. Program diadakan pada 21 September 2018. Sebanyak 13 Motorsikal pelbagai CC dan model bergerak dari ILP Perai menuju ke Cameron Highlands.

    Rombongan singgah di SMK Simpang Pulai, Perak, SMK Sultan Ahmad Shah, Tanah Rata, Cameron Highlands dan Pusat Kegiatan Guru, Cameron Highlands untuk tujuan mempromosikan peluang latihan kemahiran di ILP Perai kepada para pelajar dan guru di sekolah sekolah dan PKG terbabit.