tugasan elm 3033e pm sem 7 ( 1 ).docx

28
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGUNG IBRAHIM JOHOR BAHRU KUMPULAN : PPG RBT KOHOT 2 AMBILAN : FEB. 2012 PROFIL PELAJAR 1. NamaPenuh : Rohaila binti Jema at 2. No. Kad Pengenalan : 780204-01-7008 3. Jantina : Perempuan 4. Bangsa : Melayu 5. Agama : Islam 6. TarikhLahir : 04 hbFeb. 1978 7. TempatLahir : Bat u Pahat 8. No. Tel. : 013-7267768 9. AlamatTempatTinggal : No. 40, Jalan SS 23, Taman Sri Sulong,, 83000 BatuPahat, Johor. 10. Alamat e-mail : [email protected] 11. KelulusanTertinggi danTahun : Diploma Perguruan Malaysia / 2002 Tarikh : 11. 04. 2015 T/TanganPelajar, ______________________ ( ROHAILA BINTI JEMA AT) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN REKABENTUK TEKNOLOGI PENDIDIKAN RENDAH (RBT)

Upload: fairuzrohiat

Post on 12-Sep-2015

117 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIANREKABENTUK TEKNOLOGI PENDIDIKAN RENDAH (RBT)MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGUNG IBRAHIMJOHOR BAHRUKUMPULAN: PPG RBT KOHOT 2AMBILAN: FEB. 2012PROFIL PELAJAR

1. NamaPenuh: Rohaila binti Jemaat2. No. Kad Pengenalan: 780204-01-70083. Jantina: Perempuan4. Bangsa: Melayu5. Agama: Islam6. TarikhLahir: 04 hbFeb. 19787. TempatLahir: Bat u Pahat8. No. Tel.: 013-72677689. AlamatTempatTinggal : No. 40, Jalan SS 23, Taman Sri Sulong,, 83000 BatuPahat, Johor.10. Alamat e-mail: [email protected]. KelulusanTertinggi danTahun: Diploma Perguruan Malaysia / 2002

Tarikh : 11. 04. 2015 T/TanganPelajar, ______________________ ( ROHAILA BINTI JEMAAT)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGUNG IBRAHIM

TAJUK :MEMBINA JADUAL SPESIFIKASI UJIAN ( JSU ) PENDIDIKAN MORAL DAN MENGGUBAL SOALAN BERBENTUK OBJEKTIF DAN SUBJEKTIF

NAMA PELAJAR:ROHAILA BTE JEMAATANGKA GILIRAN:2012121360236NO K.P:780204-01-7008KUMPULAN / UNIT:PPG RBT AMBILAN FEB. 2012KOD / NAMA KURSUS:ELM 3033EPENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATAPELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAHTAJUK TUGASAN PROJEK:1. MEMBINA JADUAL SPESIFIKASI UJIAN ( JSU )2. MENGGUBAL SOALAN OBJEKTIF DAN SUBJEKTIFNAMA PENSYARAH AKADEMIK:DR. MAZLAN BIN ARISTARIKH HANTAR:11hb APRIL 2015 SENARAI KANDUNGAN

KANDUNGANHALAMAN PENGAKUANBORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUSSENARAI KANDUNGAN :1.0 PENGENALAN

2.0 TUGASAN 1MEMBINA JADUAL SPESIFIKASI UJIAN ( JSU ) PENDIDIKAN MORAL KSSR BAGI SOALAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN3.0 TUGASAN 2MENGGUBAL 20 SOALAN OBJEKTIF PELBAGAI JENIS DAN BENTUK DAN 5 SOALAN SUBJEKTIF ( STRUKTUR )

4.0 REFLEKSI

BIBLIOGRAFI

LAMPIRAN

HALAMAN PERAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya .

Tandatangan : Nama Penulis : Rohaila Bte Jemaat

INSTITUT PENDIDIKAN GURUKAMPUS TEMENGGONG IBRAHIMBORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS (PROJEK / AMALI)

Nama : ROHAILA BINTI JEMA'ATAngka Giliran Pelajar : 2012121360236

Tajuk Tugasan : TUGASAN 1 : MEMBINA JSU TUGASAN 2 : MENGGUBAL SOALAN OBJEKTIF DAN SUBJEKTIF

Pensyarah : DR. MAZLAN BIN ARISKursus / Mata Pelajaran : ELM 3033E / PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH

Tarikh Hantar : 11 APRIL 2015Tarikh Diterima ( Diisi oleh pensyarah)

Pengakuan Pelajar Saya mengaku bahawa tugasan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan :___________________ Tarikh : 11.4.2015 ( ROHAILA BINTI JEMAAT )

Perincian Maklum Balas Tugasan PemeriksaModerator (jika berkaitan)

Kekuatan:

Kekuatan:

Aspek yang boleh diperbaiki:

Aspek yang boleh diperbaiki:

Tandatangan: Tarikh:

Tandatangan: Tarikh:

Pengesahan Pelajar Terhadap Maklum balas Yang Diberikan Pensyarah. Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuk dan fahami.

Catatan (jika ada)

Tandatangan Pelajar : Tarikh :

1.0 PENGENALAN

Pentaksiran merupakan satu proses yang melibatkan pemerolehan bukti melalui hasil soalan khusus seperti ujian dan tinjauan dan digunakan untuk menentukan kesimpulan berdasarkan segala penemuan daripada kaedah tersebut ( Tabatha Rayment, 2011:1 ). Menurut Lembaga Peperiksaan Malaysia ( 2000 ), pentaksiran didefinisikan sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemah maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu. Pentaksiran pembelajaran merujuk kepada tahap pembelajaran individu, persekitaran dan situasi pembelajaran di sekolah atau institusi pendidikan.

Pentaksiran sangat berguna untuk murid dan guru serta pentadbiran pendidikan. Murid dapat mengetahui kelemahannya sama ada tentang penguasaan kandungan pelajaran atau amalan pedagoginya yang perlu diubah suai, diperbaiki atau dipelbagaikan. Terdapat beberapa kepentingan pentaksiran pembelajaran di sekolah seperti dapat membantu guru dan murid menentukan standard pembelajaran yang sepatutnya, merancang pengajaran yang berkesan untuk memenuhi keperluan individu dan memotivasikan murid. Selain itu juga, ia dapat memastikan penyampaian kurikulum dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Ia juga dapat membantu memastikan segala ujian dan tugasan adalah relevan dan boleh mendorong pencapaian murid. Hasil pentaksiran akan member maklum balas kepada guru dan murid untuk lebih erat bekerjasama bagi meningkatkan aspek yang berkaitan dengan pembelajaran.

Pentaksiran di bilik darjah boleh dikaitkan dengan tiga tujuan yang utama, iaitu pentaksiran untuk pembelajaran, pentaksiran sebagai pembelajaran dan pentaksiran kepada pembelajaran. Pemtaksiran dalam Pendidikan Moral dapat menggalakkkan perubahan tingkah laku dan mengukur kefahaman tentang norma dan nilai masyarakat yang melihat kemampuan murid memahami dan menguasai norma serta nilai masyarakat di Malaysia. Murid perlu mengetahui perkara yang baik dan buruk serta apa yang dibolehkan dan yang dilarang selaras dengan konteks adat dan agama masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Ia juga dapat mengukur penggunaan nilai murni yang menjadi asas pertimbangan kehidupan yang melihat sejauh mana murid telah dan boleh mengaplikasikan nilai murni dalam kehidupan.Di samping itu, ia juga melihat sejauh mana nilai murni dapat dijadikan asas dalam kehidupan murid. Selain nilai murni dapat diamalkan, murid juga dapat mengamalkan tabiat dan perlakuan bermoral dengan melihat nilai mulia dan peraturan masyarakat diamalkan dalam kehidupan seperti amalan menjaga kebersihan dan memberi ucap selamat.

Keberkesanan pelaksanaan roses pentaksiran akan mendatangkan kebaikan dan kejayaan kepada pembelajaran murid, pengajaran guru dan seterusnya system pendidikan. Pentaksiran juga merupakan pelengkap kepada proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

2.0 TUGASAN 1

Bina satu Jadual Spesifikasi Ujian ( JSU ) Pendidikan Moral sama ada Tahun 1, 2, 3 atau 4 untuk penyediaan satu set soalan Peperiksaan Pertengahan Tahun.JSU yang dibina perlu menggunakan aras kognitif Taksonomi Bloom Anderson.Sebanyak 20 item objektif dan 5 item struktur perlu diagihkan dalam JSU.

Menurut National Council of Measurement in Education ( 1995 ), pentaksiran ditakrifkan sebagai suatu proses memperoleh maklumat yang akan digunakan oleh guru atau individu yang berkaitan untuk membuat keputusan tentang murid, kurikulum atau program dan dasar pendidikan ( Noraini Idris dan Shuki Osman, 2009 : 189 ). Pentaksiran merupakan satu proses membuat keputusan berdasarkan kepada satu peraturan atau piawaian. Pentaksiran Pendiidkan Moral di sekolah boleh berlaku secara formal dan tidak formal.

Pentaksiran secara formal merupakan pentaksiran yang dilakukan secara terancang di bilik darjah dan sekolah dengan menggunakan alat pengukuran yang sesuai bagi memastikan proses pembelajaran mencapai objektif yang diharapkan. Ia melibatkan satu prosedur atau tatacara yang telah ditetapkan dan perlu dipatuhi oleh calon dan merangkumi pentaksiran sumatif dan formatif.

Pentaksiran formatif melibatkan penggunaan ujian untuk meningkatkan prestasi perkembangan pembelajaransemasa murid dan ia dilakukan semasa dan setelah murid selesai mengikuti satu unit pembelajaran. Keputusan yang diperolehi digunakan ungtuk memperbaiki proses pembelajaran atau pembetulan semula dan bukan untuk member gred atau kedudukan dalam bilik darjah. Contoh pentaksiran formatif adalah seperti soal jawab, kuiz, latihan yang diberi oleh guru, ujian mingguan dan lain-lain.

Pentaksiran sumatif pula merupakan penilaian yang dijalankan pada akhir suatu kursus, hujung semester atau hujung tahun. Pentaksiran ini bertujuan untuk menentukan gred pencapaian murid, menempatkan murid ke dalam kumpulan yang sesuai, member pengiktirafan sijil atau memperbaiki kurikulum. Pentaksiran ini dijalankan secara formal sahaja berbanding dengan pentaksiran formatif boleh dilaksanakan secara formal dan tidak formal. Contoh pentaksiran sumatif adalah penilaian pada akhir tahun, peperiksaan percubaan, UPSR dan SPM.

Terdapat beberapa jenis instrument pentaksiran secara formal yang sesuai digunakan untuk pentaksiran Pendidikan Moral iaitu item bentuk objektif, item bentuk subjektif, item bentuk esei dan kerja kursus. Beberapa jenis item bentuk objektif yang sesuai digunakan adalah seperti jenis betul salah, jenis padanan, aneka pilihan, isi tempat kososng dan lain-lain lagi manakala beberapa jenis item bentuk subjektif pula adalah seperti menjawab soalan berdasarkan cerita bergambar, menulis ayat, teka silang kata dan menjawab soalan berdasarkan bahan rangsangan.

Pentaksiran secara tidak formal dilakukan secara membuat pemerhatian dan mendapatkan maklum balas daripada pihak lain tentang seseorang murid di bilik darjah. Pemerhatian dan penilaian terhadap murid mungkin berasaskan tingkah laku, emosi dan kognitif. Matlamat utama penilaian tidak formal adalah untuk memberi gambaran menyeluruh tentang profil murid dari segi nilai dan sikap. Pelaporan penghayatan moral murid hendaklah membayangkan ciri-ciri perkembangan murid dan ianya tidak memberikan gambaran gagal atau lulus tetapi menghuraikan tahap kemajuan murid.

Terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan untuk menjalankan pentaksiran tidak formal dalam Pendidikan Moral, iaitu secara pemerhatian, senarai semak, rekod anekdot, portfolio, hasil kerja murid, maklumat daripada ibu bapa, rakan atau guru lain yang mengetahui tentang murid tersebut. Sebagai contoh, pemerhatian boleh dilakukan dengan mengumpul maklumat secara memerhati dan merekod dengan cepat apa yang dilakukan oleh seseorang murid dan hasil pemerhatian akan direkodkan dalam borang yang direka bentuk oleh guru atau borang pemerhatian yang telah ditentukan.

Sebelum membina instrumen dan item pentaksiran, seseorang guru perlu berpengetahuan dan mempunyai kemahiran dalam membina item. Guru perlu merujuk beberapa dokumen tertentu supaya item yang digubal sah, boleh percaya dan mengikut prinsip yang betul. Membina Jadual Spesiikasi Ujian ( JSU ) merupakan salah satu persiapan yang perlu dilakukan oleh guru sebelum membina item pentaksiran.

Jadual Spesifikasi Ujian ( JSU ) adalah satu dokumen yang bersifat member panduan kepada guru tentang bagaimana hendak membina item. JSU merupakan satu senarai kandungan / standard kandungan dan aras kognitif yang akan diuji. Ia menjelaskan tentang aras pencapaian yang akan diukur untuk setiap kandungan dan member anduan tentang apakah aras dan bentuk item yang akan digubal. Jadual ini mengandungi maklumat yang lengkap berkaitan tajuk pengajaran, objektif pengajaran dan bilangan soalan.

JSU dibina bertuuan untuk menetapkan senarai kandungan yang akan diuji, menghuraikan domain pencapaiana yang akan diukur, memberikan satu panduan untuk membina item-item mengikut kandungan dan aras yang dikehendaki, memastikan keesahan isi kandungan dan keseimbangan serta keselarasan ujian yang dibina.

Terdapat beberapa langkah yang perlu diambil dalam menyediakan JSU iaitu dengan membina carta atau jadual dua hala, memilih hasil pembelajaran atau standard embelajaran yang hendak diuji, menyenaraikan isi bahan pelajaran, keseimbangan sasaran ujian, menentukan bentuk ujian seperti objektif, struktur dan esei dan menetapkan item yang akan dibina mengikut aras kognitif Taksonomi Bloom Anderson.

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN ( JSU )MATA PELAJARAN:PENDIDIKAN MORAL SEK. RENDAH ( KSSR )TAHUN:1BILBentuk SoalanOBJEKTIF

KemahiranKognitif

Isi KandunganMengetahui Memahami Mengaplikasi MenganalisisMenilai Mencipta Jumlah item

1Kepercayaan kepada Tuhan112

2Baik Hati1214

3Bertanggungjawab 11114

4Berterima kasih123

5Hemah tinggi224

6Hormat 11

7Kasih sayang112

Jumlah item56531020

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN ( JSU )MATA PELAJARAN:PENDIDIKAN MORAL SEK. RENDAH ( KSSR )TAHUN:1BILBentuk SoalanSUBJEKTIF ( STRUKTUR )

KemahiranKognitif

Isi KandunganMengetahui Memahami Mengaplikasi MenganalisisMenilai Mencipta Jumlah item

1Kepercayaan kepada Tuhan0

2Baik Hati11

3Bertanggungjawab 112

4Berterima kasih11

5Hemah tinggi0

6Hormat 0

7Kasih sayang11

Jumlah item1210015

3.0 TUGASAN 2

Menggubal 20 item objektif yang pelbagai jenis dan bentuk dan 5 item subjektif ( struktur ) berdasarkan JSU yang telah disediakan .

Taburan item objektif : ( i ) 5 item mengetahui( ii ) 6 item memahami( iii ) 5 item mengaplikasi( iv ) 3 item menganalisis( v ) 1 item menilai

Taburan item subjektif ( struktur ) :( I ) 1 item mengetahui( ii ) 2 item memahami( iii ) 1 item mengaplikasi( iv ) 1 item mencipta

ITEM DAN KERTAS UJIAN

SK SERI TIGA SERANGKAIPARIT SULONG, BATU PAHAT

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN PENDIDIKAN MORAL TAHUN 1

NAMA: ..TAHUN : MASA:1 JAM

ITEM OBJEKTIFBulatkan jawapan yang betul..1.Antara berikut, yang manakah ciptaan Tuhan ?AKereta BHujanCLampu

2.Siapakah murid yang bersikap baik hati ?ARania menjaga adik ketika ibu memasakBAhmad menyelerakkan barang permainannyaCTian Hong mengemas katilnya3Apabila rakan membantu saya, saya mengucapkan _______________ AtahniahBterima kasihCselamat tinggal

4Apabila berada di perpustakaan, saya akan _______________Abermain-mainBmakan Csenyap5Selepas makan,, saya akan _______________Amenjilat tanganBmencuci tanganCmengelap tangan

6Kalau kita memecahkan pasu bunga jiran dengan tidak sengaja, kita harus lakukan perkara-perkara berikut kecuali AMembayar ganti rugi kepada jiranBMengaku kesalahan dan meminta maaf kepada jiranCMelarikan diri dari tempat kejadian

Warnakan jawapan yang sesuai.

7 ________________ kerana membantu saya menyiapkan kerja sekolah.

TolonglahTerima kasih

8________________ masuk. Nanti saya panggilkan ibu.

Janganlah Silakan 9Saya memberikan ciuman dan pelukan kepada ibu sebagai tanda _______________

Hinaan Penghargaan

Pilih jawapan yang paling tepat.

10Ibu membelikan kamu jam tangan baharu.AKenapa ibu beli jam ini, saya tidak suka dengan bentuknya.BTerima kasih, ibu kerana membelikan jam ini untuk saya.

11Ayah keletihan kerana baru pulang dari bersenam.AIni saya ambilkan minuman untuk ayah.BBuat apa ayah susah-susah pergi bersenam, buat penat sahaja.

12Rakan kamu tidak membawa wang ke sekolah.AKamu mempelawa rakan makan bersama-sama bekalan makanan kamu.BKamu membiarkan rakan kamu kelaparan

13Adik Josephine terjatuh dari katil.AJosephine mentertawakan adiknya yang terjatuh dari katil.BJosephine membantu adiknya dan memujuknya supaya tidak menangis. 14Aryan seorang pelajar yang jarang menguruskan diri dan jadual pembelajarannya. Dia selalu bergantung kepada orang lain untuk menyiapkan kerja rumahnya. Jelaskan nilai yang sepatutnya diamalkan oleh Aryan.____________________________________________________________________________________________________________________________________15Kamal bermain bola sepak ketika hujan lebat. Pakaiannya menjadi basah dan kotor. Apabila sampai di rumah, Kamal terus makan kerana keletihan dan lapar. Nyatakan tiga tindakan yang patut diambil oleh Kamal jika dia mengamalkan kebersihan diri.( I ) __________________________________________________________________( ii ) __________________________________________________________________( iii ) ______________________________________________________________16Selepas bangun tidur, saya akan( I ) __________________________________________________________________( ii ) __________________________________________________________________ Kategorikan perlakuan moral di bawah sama ada nilai kasih sayang, baik hati atau hormat.

17Menjaga kehormatan diri dan keluarga.Nilai: _________________________________

18Suzana memberikan segelas air kepada nenek.Nilai: _________________________________

19Membasuh tangan sebelum dan selepas makan.Nilai: _________________________________

20Beri alasan mengapa murid perlu beratur ketika membeli makanan di kantin.____________________________________________________________________________________________________________________________________ ITEM SUBJEKTIF1Beri contoh perlakuan baik hati dengan ibu bapa.( i ) __________________________________________________________( ii ) __________________________________________________________

2Huraikan maksud nilai bertanggungjawab.____________________________________________________________________________________________________________________________

3Lengkapkan ayat di bawah.Peperiksaan akhir tahun hampir menjelang, kamu harus _______________________________________________________________________________

4Senaraikan dua cara untuk memupuk sikap berdisiplin dalam diri seseorang pelajar.( I ) _________________________________________________________( ii ) _________________________________________________________

5Lengkapkan kad ucapan terima kasih kepada salah seorang guru anda.

Terima kasih Cikgu ________________________________________ ________________________________________________________ Ikhlas daripada , Ikhlas daripada :

REFLEKSIPertama-tamanya, saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan rahmat-Nya,dapatlah saya menyiapkan kerja kursus projek bagi kursus ELM 3033E Pentaksiran dan Pengurusan Mata pelajaran Pendidikan Moral di Sekolah dengan jayanya. Semua ini tidak akan berlaku jika rakan-rakan dan pensyarah, Dr Mazlan bin Aris tidak memberi galakan serta tunjuk ajar kepada saya bagi menyiapkan tugasan ini. Setelah menerima tugasan ini, saya dapat membayangkan betapa sukarnya untuk menghasilkan tugasan yang sempurna serta masalah yang bakal dihadapi sepanjang menyelesaikan tugasan ini. Walaupun saya berjaya menyiapkan tugasan yang telah diberikan, namun terdapat beberapa masalah yang ditempuhi. Antara masalah yang dihadapi adalah berkenaan dengan penyediaan soalan yang mengikut aras yang dikehendaki. Masih terdapat kekeliruan semasa hendak memahami bentuk-bentuk soalan yang mempunyai aras yang dikehendaki dalam tugasan, namun dengan membuat rujukan dan bahan bantu yang lain akhirnya dapatlah saya membezakan soalan yang mempunyai aras pengetahuan, kefahaman aplikasi, sintesis, analisis dan mencipta. Berpandukan kepada nota-nota serta bahan rujukan yang lain, saya dapat membina item / soalan seperti yang dikehendaki dalam tugasan.Banyak perkara yang dapat saya pelajari semasa melakukan tugaasan ini. Antara perkara yang dipelajari adalah bagaimana membina jadual spesifikasi ujian ( JSU ) dengan mengikuti langkah-langkah yang dipelajari. Saya perlu mengkaji sukatan pelajaran terlebih dahulu sebelum membina JSU seterusnya membina item / soalan objektif berbentuk aneka pilihan dan pelbagai bentuk dan jenis. Hal ini sangat berguna kepada saya kerana di samping menyiapkan tugasan, saya juga boleh menggunakan pengetahuan ini semasa menjalankan tugasan di sekolah.Semasa menyiapkan tugasan ini juga, saya telah mempelajari satu ilmu yang baru iaitu berkenaan penggunaan beberapa istilah dalam menggubal soalan atau item ujian. Walaupun menggunakan istilah yang agak mengelirukan dan seakan sama , namun saya berjaya untuk memahami bagaimana penggunaannya. Dengan adanya pengetahuan ini, saya dapat mengetahui aras kesukaran sesuatu item yang telah dibina.Semasa membina item ujian, saya banyak merujuk kepada beberapa contoh buku kerja yang berkaitan. Banyak soalan yang dibina menggunakan istilah yang lebih mudah untuk difahami oleh murid namun ianya tidak menjurus kepada aras soalan yang dikehendakia. Namun masalah tersebut dapat diatasi dengan meminta bantuan dari rakan guru yang lain.Setelah menempuhi pelbagai kekangan bagi menyiapkan tugasan ini, akhirnya saya berjaya juga menyempurnakannya di atas berkat doa dan pertolongan dari pelbagai pihak. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan guru, rakan-rakan kuliah dan semestinya pensyarah pembimbing, Dr Mazlan bin Aris di atas segala bantuan serta sumbangan ilmu yang dihulurkan sepanjang saya menyiapkan tugasan ini.Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh ,Rohaila binti JemaatPPG RBT Ambilan Feb 2012

BIBLIOGRAFI

Buku Abdul Rahman Md Aroff (1999 ), Pendidikan Moral : Teori Etika Amalan Moral, Serdang : Universiti Putra Malaysia.Abdullah Zhidi bin Omar dan Mahdi bin Shuid ( 2014 ), Pedagogi dan Pentaksiran Moral, Puchong, Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.Aida Othman dan Intan Mohd Salleh ( 2013 ) , Lembaran Bestari Mesra, Petaling Jaya, Selangor : Sasbadi Sdn Bhd.Norazizah Ab. Rahman ( 2013 ), A Plus PBS Tahun 1, Petaling Jaya, Selangor: Info-Didik Sdn Bhd.

Internethttp://www.bumigemilang.com/bank-soalan-tahun1http :///www.slideshare.net/ madzwan50/soalan-pendidikanmoraltahun1http://www.sistemguruonline.my/.../soalan-kssrhttp://www.fadhlah.blogspot.com/.../soalanpendidikanmoraltahun1

LAMPIRAN