tugasan pk oum sem 2 2009

Upload: abuharis

Post on 30-May-2018

262 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 tugasan pk oum sem 2 2009

    1/16

    ka surat| 1

    HBHE 1203 : PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN SEM MEI 2009 OUM

    Isi kandungan

    Pendahuluan 2

    Pembelajaran konstektual 4

    Proses REACT 5

    Kemahiran berfikir 7

    Kemahiran berfikir secara kritis 10

    Kemahiran berfikir secara kreatif 11

    Penutup 12

    Rujukan 13

    Lampiran 14

    Abuharis ilham IPGM(IPPP)

  • 8/14/2019 tugasan pk oum sem 2 2009

    2/16

    ka surat| 2

    HBHE 1203 : PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN SEM MEI 2009 OUM

    Pendahuluan :

    Pembelajaran kontekstual merupakan suatu kaedah pembelajaran yang mengabungkan isi

    kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan menyediakan

    pembelajaran secara konkrit iaitu melibatkan aktiviti Hand-On dan Mind. Pendekatan

    pembelajaran kontekstual dapat mencungkil potensi kecerdasan murid dengan lebih berkesan

    seperti visual ruang, logik-Matematik, Intrapersonal, Verbal Linguistik dan Naturalis. Menurut

    John Dewey (1916) yang menyimpulkan bahawa murid-murid akan belajar dengan baik jika apa

    yang dipelajari berkaitan dengan apa yang berlaku dipersekitaran.

    Pembelajaran ini menekankan pada daya fikir yang tinggi, pemindahan ilmu

    pengetahuan, pengumpulan dan penganalisis data, pemecahkan masalah-masalah tertentu samada

    secara individu atau berkumpulan. Kontekstual berasal dari ayat asalnya dalam Bahasa Inggeris

    yang bermaksud mengikut konteks atau dalam konteks. Konteks pula membawa maksud

    keadaan, situasi dan kejadian. Secara umum, kontekstual membawa pengertian yang berkenaan,

    releven, ada hubungan, atau berkaitan langsung, mengikut konteks. Selain itu kontekstual juga

    yang membawa maksud, makna dan kepentingan. Pendekatan kontekstual menyedari hakikat

    bahawa pembelajaran ialah satu proses pelbagai bentuk yang kompleks yang menjangkau

    melepasi kaedah-kaedah jenis latih tubi dan rangsangan dan tindak balas.

    Pengajaran dan pembelajaran kontekstual adalah merupakan satu konsep pengajaran dan

    pembelajaran yang membantu guru mengaitkan bahan subjek yang dipelajari dengan situasi

    sebenar. Keadaan tersebut secara tidak langsung berupaya memotivasikan pelajar untuk

    membuat perkaitan antara pengetahuan dan mengaplikasinya di dalam kehidupan seharian

    mereka sebagai ahli keluarga, warga masyarakat dan pekerja.

    Abuharis ilham IPGM(IPPP)

  • 8/14/2019 tugasan pk oum sem 2 2009

    3/16

    ka surat| 3

    HBHE 1203 : PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN SEM MEI 2009 OUM

    Kemahiran berfikir :

    Penerapan kemahiran berfikir dalam Pendidikan Kesihatan amat penting selaras dengan

    tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kemahiran berfikir adalah unsure utama diberikan

    penekanan dan dinyatakan secara tersurat. Kaedah ini bertujuan memberi pemahaman dan

    panduan tentang kemahiran berfikir dan pengoperasiannya agar guru dapat menerapkan dalam

    pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan. Menurut Beyer (1984), berfikir ialah

    kebolehan manusia untuk membentuk konsep, memberi sebab atau membuat penentuan. Oleh

    itu, berfikir merupakan suatu proses yang menggunakan minda untuk mencari makna dan

    pemahaman terhadap sesuatu perkara.

    Berfikir juga digunakan untuk membuat pertimbangan dan keputusan atau menyelesaikan

    masalah. Proses berfikir melibatkan interaksi antara pengetahuan, kemahiran kognitif serta sikap

    dan nilai dalam minda individu. Kemahiran berfikir boleh dibahagikan kepada pemikiran kritis

    dan pemikiran kreatif. Kemahiran berfikir secara kritis ialah kebolehan untuk menilai

    kemunasabahan idea. Kemahiran berfikir secara kreatif ialah kebolehan untuk mencerna ilmu

    pengetahuan yang sedia ada atau dipelajari.

    Abuharis ilham IPGM(IPPP)

  • 8/14/2019 tugasan pk oum sem 2 2009

    4/16

    ka surat| 4

    HBHE 1203 : PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN SEM MEI 2009 OUM

    Pembelajaran secara Konstektual

    Pengajaran dan pembelajaran konstektual adalah merupakan satu konsep pengajaran dan

    pembelajaran yang membantu guru mengaitkan bahan subjek yang dipelajari dengan situasi

    sebenar. Secara tidak langsung keadaan tersebut berupaya memotivasikan pelajar untuk

    membuat perkaitan antara pengetahuan dan mengaplikasikannya di dalam kehidupan seharian

    mereka sebagai ahli keluarga, warga masyarakat dan pekerja.

    Menurut Dr. Zolazlan Hamidin ( 2001 ) konstektual jika diambil daripada ayat asalnya

    dalam Bahasa Inggeris ( asal bahasa latin con = with + textum = wowen ) bermaksud mengikut

    konteks atau dalam konteks.

    Konteks pula membawa maksud keadaan, situasi dan kejadian.

    1. Yang berkenaan, relevan, ada hubungan atau kaitan langsung, mengikut konteks.

    2. Yang membawa maksud, makna dan kepentingan ( meaningful ).

    Oleh itu, kaedah konstektual iaitu kaedah yang dibentuk berasaskan maksud konstektual itu

    sendiri, seharusnya mampu membawa pelajar ke matlamat pembelajaran ini dan konsep yang

    berkenaan atau relevan bagi mereka dan juga memberi makna dalam kehidupan seharian mereka.

    Selain itu pembelajaran konstektual dapat mengalakkan pendidik memilih dan membina

    persekitaran pembelajaran yang menggabungkan seberapa banyak bentuk pengalaman yang

    boleh termasuk aspek social, fizikal, psikologikal, ke arah mencapai hasil pembelajaran yang

    diinginkan.

    Dalam persekitaran sedemikian, pelajar menemui perhubungan yang bermakna antara

    idea abstrak dan aplikasi pratikal dalam konteks alam yang nyata. Konsep dihayati melalui

    proses penemuan, pengukuhan dan menghubungkaitkannya dengan beberapa aspek. Di antara

    aspek-aspeknya ialah :-

    Individu mengekalkan maklumat dengan lebih berkesan melalui pengalaman sendiri Individu memiliki kecerdasan pelbagai Pendekatan konstektual mengambil kira pelbagai gaya pembelajaran.

    Abuharis ilham IPGM(IPPP)

  • 8/14/2019 tugasan pk oum sem 2 2009

    5/16

    ka surat| 5

    HBHE 1203 : PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN SEM MEI 2009 OUM

    Proses REACT dalam pembelajaran konstektual

    Dalam proses pembelajaran secara konstektual, murid akan melalui satu atau lebih daripada

    kaedah-kaedah pembelajaran berikut :

    Relating ( menghubungkait ) Experiencing ( mengalami ) Applying ( mengaplikasi ) Cooperating ( bekerjasama ) Transfering ( memindahkan )

    Rajah 1.1 : Proses pembelajaran secara konstektual

    Relating (menghubungkait)

    Murid melakukan aktiviti mengutip sampah di sekitar sekolah untuk menanam sikap cintakan

    kebersihan. Menerusi pengalaman ini murid dapat mengaitkan aktiviti yang dilakukan oleh ibu

    bapa mereka semasa membersihkan kawasan tempat tinggal mereka setiap hari.

    Abuharis ilham IPGM(IPPP)

  • 8/14/2019 tugasan pk oum sem 2 2009

    6/16

    ka surat| 6

    HBHE 1203 : PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN SEM MEI 2009 OUM

    Experia ncing (mengalami)

    Murid dibawa ke makmal untuk menyaksikan demontrasi serta membuat latihan amali

    menyambungkan wayar kepada plug 3 pin. Pengalaman ini boleh digunakan di rumah apabila

    berlakunya situasi di mana wayar plug 3 pin sterika tertanggal.

    Applying (mengaplikasi)

    Murid mempelajari teori dan konsep tuas. Mereka dapat mengaplikasikan pengetahuan ini

    apabila bertemu situasi di mana sebuah kereta yang tayarnya pancit tidak mempunyai jek.

    Dengan mengamalkan pengetahuan yang ada, murid boleh menggunakan konsep tuas untuk

    menggantikan jek kereta bagi membolehkan penukaran tayar.

    Cooperating (bekerjasama)

    Murid ditugaskan secara berkumpulan untuk menyelesaikan masalah pencemaran alam menerusi

    satu aktiviti yang memerlukan mereka berbincang dan bekerjasama dengan ahli kumpulan

    masing-masing. Hasil yang diperolehi adalah lebih baik disebabkan mereka menyelesaikanmasalah secara bekerjasama.

    Transferring (memindahkan)

    Murid mempelajari cara untuk mendapatkan sudut tegak dengan menggunakan Teorem

    Pythagoras. Murid boleh memindahkan pengetahuan bahawa segitiga bersisi 3m, 4m dan 5m

    akan menghasilkan sudut tegak dalam aktiviti mengecat garisan gelanggang permainan.

    Abuharis ilham IPGM(IPPP)

  • 8/14/2019 tugasan pk oum sem 2 2009

    7/16

    ka surat| 7

    HBHE 1203 : PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN SEM MEI 2009 OUM

    Kemahiran Berfikir

    Kemahiran berfikir adalah kecekapan menggunakan akal menjalankan proses pemikiran.

    Seseorang yang memperolehi kemahiran berfikir sanggup dan cekap dalam menyusun maklumat,

    konsep atau idea secara teratur dan membuat kesimpulan atau keputusan yang tepat untuk tindakan yang terarah dan sewajarnya.

    KONSEP BERFIKIR

    Edward De Bono (1976) mengatakan bahawa kemahiran berfikir ini membolehkan

    manusia melihat pelbagai perspektif untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi

    tertentu. Dewey (1910) menegaskan bahawa pemikiran yang dihasilkan adalah kerana terdapat

    situasi keraguan atau masalah tertimbul. Pemikiran merupakan aktiviti psikologikal

    dalam sesuatu proses yang dialami untuk digunakan menyelesaikan masalah dalam

    situasi yang dihadapi. Menurut pandangan Islam , berfikir ialah fungsi akal yang memerhatikan tenaga supaya

    otak manusia dapat bekerja dan beroperasi. Tenaga ini diperolehi melalui tafakur.

    Berdasarkan pandangan dan definisi yang dihuraikan Konsep Pemikiran bolehlah dirumuskan

    sebagai : Pemikiran ialah satu proses yang menggunakan minda untuk mencari makna dan

    penyelesaian terhadap sesuatu keraguan atau masalah yang tertimbul dengan menggunakan

    pelbagai cara iaitu membuat pertimbangan dan keputusan serta refleksi yang logikal dan

    munasabah terhadap proses yang dialami.

    PROSES BERFIKIR

    Abuharis ilham IPGM(IPPP)

  • 8/14/2019 tugasan pk oum sem 2 2009

    8/16

    ka surat| 8

    HBHE 1203 : PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN SEM MEI 2009 OUM

    Berfikir melibatkan pengendalian operasi mental tertentu dalam mida seseorang. Operasi

    terbahagi kepada 2 jenis iaitu :

    i. Operasi Kognitif :

    Adalah kemahiran berfikir yang sering kita gunakan setiap hari, seperti mengelas,membanding, membuat urutan dan lain-lain.

    ii. Operasi Meta Kognitif :

    Merupakan operasi yang mengarah dan mengawal kemahiran dalam proses

    kognitif iaitu memandu dan membimbing segala aktiviti pemikiran manusia di

    antara komponen-komponen berfikir.

    PRINSIP KEMAHIRAN BERFIKIR

    Sentiasa bersikap kostektif iaitu mempunyai sikap positif bagi semua jenis kemahiran

    berfikir dan elakkan dari bersikap negatif. Berfikir secara perlahan-lahan dan sentiasa berfikir secara mudah. Melupakan rasa ego, kita perlu mengikis perasaan ego kita jika inginkan setiap

    kemahiran berfikir yang digunakan itu dapat manfaatnya. Sentiasa menukar arah otak kita berfikir iaitu, bila kita perlukan berfikir secara logik,

    kreatif dan lateral. Kita juga perlu menggunakan pelbagai kemahiran berfikir untuk

    menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Tentukan tujuan kita berfikir dan sering bertanyakan diri sendiri tujuan dan apakah hasil

    yang diharapkan. Perlu mengambil kira emosi dan perasaan orang lain serta diri sendiri sewaktu berfikir. Kita perlu memikirkan alternatif lain sebelum kita membuat keputusan yang lebih baik.

    Setiap idea perlulah dilihat secara global supaya perincian kita tidak lari atau melencong

    dari skop atau landasan yang sebenar. Setiap pemikiran haruslah diakhiri dengan tindakan

    yang seharusnya mendatangkan kesan yang baik pada orang lain.

    Kepentingan kemahiran berfikir dalam P&P

    Abuharis ilham IPGM(IPPP)

  • 8/14/2019 tugasan pk oum sem 2 2009

    9/16

    ka surat| 9

    HBHE 1203 : PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN SEM MEI 2009 OUM

    Dari aspek pendidikan kemahiran berfikir akan menpengaruhi cara pembelajarannya sama ada

    kepantasan serta keberkesanan pembelajarannya. Kajian-kajian tentang berfikir menunjukkan

    bahawa pelajar yang dilatih untuk berfikir mempunyai perkembangan positif terhadap

    pembelajarannya.

    Kemahiran berfikir berupaya meningkatkan penguasaan pengetahuan dan seterusnya

    meningkatkan motivasi dalam diri pelajar. Peningkatan motivasi untuk belajar dengan cara tidak

    langsung membantu kemahiran berfikir.Salah satu cara meningkatkan kemahiran berfikir dalam

    kalangan pelajar sekolah ialah dengan mengadakan projek Pendidikan Kesihatan yang

    berunsurkan kreativiti.

    Penekanan terhadap daya pemikiran kritis dan kreatif dalam kurikulum merupakan

    tindakan dan pekembangan yang baik. Justeru itu, semua pihak harus mengembelingkan tenaga

    untuk menjana pemikiran yang kritis dan kreatif ini terhadap individu pelajar sejak kecil lagi.

    MODEL KEMAHIRAN BERFIKIR

    Model kemahiran berfikir terdapat dua prinsip iaitu ( rujuk rajah di bawah ):

    (a) Disusun berdasarkan keperluan prasyarat.

    (b) Disusun berdasarkan urutan dari mudah ke kompleks.

    KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS

    Abuharis ilham IPGM(IPPP)

  • 8/14/2019 tugasan pk oum sem 2 2009

    10/16

    ka surat| 10

    HBHE 1203 : PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN SEM MEI 2009 OUM

    Kemahiran berfikir secara kritis ialah kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk

    menilai kemunasabahan dan kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan dan kelemahan sesuatu

    hujah dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti.

    ISTILAH kritikal berasal dari perkataan Greek kritikos yang bermaksud judge atau menghakimiatau mengadili. Dalam tradisi orang-orang Greek dan Yunani, ia melahirkan pemikir-pemikir

    yang amat kritikal terhadap sesuatu subjek dan akhirnya menjadi ahli falsafah yang terkenal.

    Barat menjadikan asas berfikir Aristotle, Plato dan Socrates sebagai landasan mengembangkan

    ilmu dan kehidupan. Dalam tradisi orang-orang Islam pemikiran kritikal memang menjadi

    landasan dalam membuat sesuatu keputusan, tafsir dan takwil . Menafsir al- Quran dan hadis

    dilakukan secara kritikal supaya hasil pemikiran selari dengan kebenaran. Kebenaran dalam

    Islam merujuk kepada sumber naqliah atau sumber wahyu. Wahyu adalah autoriti atau wibawa

    yang tertinggi dalam memandu manusia berfikir supaya kebenaran yang diterima tidak saja zahir

    tetapi memberi makna yang hakiki.

    Berfikir secara kritikal membimbing pemikir ke arah kebenaran. Puncak kepada berfikir

    menemukan manusia mengenai kebenaran. Proses berfikir kritikal membolehkan seseorang

    membezakan yang benar dengan yang salah, yang buruk dengan yang baik, yang bermanfaat dan

    bermusibat, yang memberi faedah atau mendatangkan padah dan sebagainya. Sudah tentu asas

    yang memberikan kemampuan seseorang berfikir kritikal ialah ilmu, maklumat, pengalaman,

    pertukaran pandangan dan dalam tradisi Islam diakhiri dengan hikmah. Hikmahlah merupakan jalan terbaik membimbing manusia menemui kebenaran.

    Kemahiran berfikir kritis boleh dikuasai dan ditingkatkan melalui :

    Proses mencirikanProses perbandinganProses pengumpulan dan klasifikasiProses penyusunan mengikut kriteriaProses menganalisisProses mengesan kecondonganProses penilaian dan membuat keputusan

    KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIF

    Abuharis ilham IPGM(IPPP)

  • 8/14/2019 tugasan pk oum sem 2 2009

    11/16

    ka surat| 11

    HBHE 1203 : PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN SEM MEI 2009 OUM

    Kemahiran berfikir secara kreatif ialah kecekapan menggunakan minda untuk : Menjana dan menghasilkan idea Mencipta sesuatu yang baru, asli, luar biasa, pelbagai dan bernilai sama ada bersifat

    maujud, abstrak, idea atau gagasan. Menerokai dan mencari makna, pemahaman dan penyelesaian masalah secara inovatif.

    Kemahiran berfikir secara kreatif harus mempunyai :

    (a) Keupayaan untuk menjana idea

    (b) Keupayaan hubungkait

    (c) Keupayaan membuat inferens

    (d) Keupayaan meramal

    (e) Keupayaan hipotesis

    (f) Keupayaan mensintesis dan mengitlak

    (g) Keupayaan gambaran mental

    (h) Keupayaan penciptaan untuk penghasilan idea.

    Kemahiran berfikir secara kreatif dapat membantu pelajar mengembangkan lagi potensi mereka

    dalam aspek yang memerlukan penggunaan idea. Kemahiran ini juga dapat memotivasikan

    pelajar untuk berusaha dengan lebih gigih untuk berjaya. Kemahiran ini juga dapatmeningkatkan aspek kognitif dan efektif dan seterusnya perkembangan intelek pelajar.

    PENUTUP

    Abuharis ilham IPGM(IPPP)

  • 8/14/2019 tugasan pk oum sem 2 2009

    12/16

    ka surat| 12

    HBHE 1203 : PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN SEM MEI 2009 OUM

    Secara amnya, pengajaran konstektual dan kemahiran berfikir mampu menyajikan satu

    alternative bagi guru dalam usahanya untuk menghasilkan pembelajaran yang

    memberangsangkan di kalangan pelajarnya. Keadaan ini boleh menjadi lebih mudah kerana

    setiap yang dipelajari oleh pelajar melalui kaedah konstektual dan kemahiran berfikir secara

    kritis dan kreatif akan menjadi lebih bermakna dalam kehiduapan mereka sekiranya dapat

    dimanfaatkan sebagai panduan mereka untuk menceburi bidang kerjaya yang paling berkesan

    dan sesuai berdasarkan minat dan kecederungan mereka.

    RUJUKAN

    Abuharis ilham IPGM(IPPP)

  • 8/14/2019 tugasan pk oum sem 2 2009

    13/16

    ka surat| 13

    HBHE 1203 : PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN SEM MEI 2009 OUM

    1. Prof. Dr. Mansor Fadzil,dan Prof. Madya Dr. Widad Othman (2007).HBHE 1203

    Pedagogi Pendidikan Kesihatan . Open University Malaysia.

    2. Universiti Putra Malaysia. Kemahiran Berfikir.

    Di talian : www.educ.upm.edu.my/~gm/berfikir.htm

    3. Prof. Dr. Sidek Baba (2006). (atas talian)

    Di talian : http://jurnalakademik.blogspot.com/2006/06/pemikiran kritis.html

    Abuharis ilham IPGM(IPPP)

    http://www.educ.upm.edu.my/~gm/berfikir.htmhttp://jurnalakademik.blogspot.com/2006/06/pemikiran%20kritis.htmlhttp://jurnalakademik.blogspot.com/2006/06/pemikiran%20kritis.htmlhttp://www.educ.upm.edu.my/~gm/berfikir.htm
  • 8/14/2019 tugasan pk oum sem 2 2009

    14/16

    ka surat| 14

    HBHE 1203 : PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN SEM MEI 2009 OUM

    Contoh lembaran kerja kemahiran berfikir secara kreatif

    Abuharis ilham IPGM(IPPP)

  • 8/14/2019 tugasan pk oum sem 2 2009

    15/16

    ka surat| 15

    HBHE 1203 : PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN SEM MEI 2009 OUM

    Contoh lembaran kerja kemahiran berfikir secara kritis

    Contoh Mencirikan

    Tuliskan ciri-ciri yang terdapat pada objek di bawah:

    Abuharis ilham IPGM(IPPP)

  • 8/14/2019 tugasan pk oum sem 2 2009

    16/16

    ka surat| 16

    HBHE 1203 : PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN SEM MEI 2009 OUM

    Alat berfikir iaitu Rajah Pancaran digunakan untuk proses pencirian dilakukan kepadahaiwan di atas.

    Bulatan dilukis

    Tajuk untuk konsep atau item dilukis di tengah-tengah bulatan.

    Garisan yang memancar keluar dari bulatan dilukis di sekeliling bulatan.

    Pada setiap hujung garisan yang memancar itu dituliskan ciri yang wujud kepada

    konsep atau objek.

    Kemudian proses ini diulangi untuk ciri yang lain.

    Abuharis ilham IPGM(IPPP)