sdp : topik 5 - pengetahuan asas dalam muzik

Upload: akhi-muhammad-aiyas

Post on 04-Apr-2018

463 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 SDP : Topik 5 - Pengetahuan Asas dalam Muzik

    1/21

    75OUM

    TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK

    TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK

    Zulkiply Bin Yaakob

    PENGENALAN

    Muzik adalah sebahagian daripada alam kehidupan pelajar yang tidak boleh dipisahkan.Tanpa muzik bererti dunia bagi pelajar adalah kosong. Selain daripada itu muzik jugamerupakan satu budaya kepada masyarakat. Pelajar senantiasa memberi respon kepadamuzik dan akan merasa senang hati apabila dapat melahirkan ekspresi diri apabilamendengar muzik. Asas muzik iaitu irama dan ton juga terdapat dalam amalan pertuturandan interaksi harian. Sifat cenderung kepada muzik yang sedia ada pada pelajarmempunyai peranan tertentu dalam proses perkembangan diri dari segi kualiti diri dan

    sasiahnya.

    Peranan guru adalah ke arah memperkembangkan sifat-sifat yang merangkumi aspekemosi, kreativiti, nilai estetika dan etika tertentu. Dengan penglibatan pelajar secara aktifdalam kegiatan muzik akan dapat membina pertumbuhan dan perkembangan fizikal,mental, emosi dan sosial pelajar itu sendiri. Selain itu pengalaman muzik yang menarikakan membantu meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran lain.

    OBJEKTIF

    Pada akhir topik ini, anda akan dapat:

    1. memperkenalkan asas-asas muzik kepada pelajar dan membolehkan pelajar

    memahami prinsip-prinsip muzik;

    2. menjelaskan maksud muzik serta memahami matlamat dan objektif muzik;

    3. menyatakan konsep muzik dan kemahiran muzikal yang perlu ada pada setiap

    pelajar;

    4. menjelaskan faedah Seni Dalam Pendidikan dalam proses pengajaran danpembelajaran;

    5. menjelaskan kepada peserta tentang aktiviti-aktiviti muzikal yang perlu ada padasetiap pelajar seperti nyanyian, pergerakan dan permainan alat; dan

    6. merancangkan aktiviti-aktiviti muzikal yang bersesuaian mengikut tahapkemampuan pelajar.

  • 7/30/2019 SDP : Topik 5 - Pengetahuan Asas dalam Muzik

    2/21

    76OUM

    TOPIK 5PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK

    PETA MINDA

    Jika semua muzik atau bunyi-bunyian tidak ada di dunia ini, apa akan terjadi?Bagaimana pula keadaan kehidupan di sekeliling kita?

    5.1 PENGENALAN ASAS MUZIK

    Biasanya apabila disebut muzik, kita akan teringat kepada lagu-lagu nyanyian, mainanalat-alat muzik seperti gitar, dram, piano dan sebagainya; atau mendengar lagu-lagu dariradio, televisyen kaset, cakera padat dan lain-lain.

    Muzik mempunyai hubungan yang rapat dengan kehidupan kita. Oleh itu pada hakikatnyatidak ada orang yang sepatutnya bekata Saya tidak suka muzik. Melalui muzikseseorang itu akan dapat melahirkan dan menyatakan kegembiraan, keriangan,

    kesedihan, kemarahan, kedamaian, kemenangan, kekalahan, kekuatan dan lain-lainfenomena kehidupan. Muzik boleh menggambarkan emosi seseorang mahu pun bolehmenggantikan pernyataan melalui pertuturan atau tingkah laku.

    Kegiatan muzik merpakan satu saluran komunikasi yang sangat penting. Fahaman dapenglibatan pelajar dalam kegiatan muzik yang meluas dan sejagat akan dapat membantumengeratkan perhubungan dan persefahaman kemanusiaan.

    5.1.1 Definisi Muzik

    Hampir semua orang pernah mendengar perkataan muzik dan mungkin ramai juga yang

    mengatakan yang ia tahu maksud perkataan muzik. Tetapi untuk mendapatkanpersetujuan tentang definisi muzik mungkin tidak begitu mudah. Pada amnya muzik

  • 7/30/2019 SDP : Topik 5 - Pengetahuan Asas dalam Muzik

    3/21

    77OUM

    TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK

    adalah diakui sebagai satu cabang seni dan juga sains yang menggabungkan bunyi-bunyivokal dan atau instrumental termasuk bunyi-bunyi semula jadi dari persekitaran ataurekaan dengan satu cara yang dianggap memuaskan mengikut estetika, corak pemikiran,

    dan emosi manusia yang juga boleh mencerminkan sesuatu budaya tertentu.

    Bunyi burung, semboyan keretapi, azan dari masjid, bacaan quran, bunyi kipas dan bunyi-bunyi lain yang didengar dipersekitaran boleh didefinisikan sebagai muzik juga.

    Bahasa Arab, pengertian muzik dalah sebagai handasah alsawt yang bermaksudkejuruteraan bunyi secara artistik. Sebenarnya muzik ialah satu perkataan yang telahdiwarisi daripada cerita-cerita dongeng zaman puba Yunani diberi nama sebagai Musesyang bemaksud semua bentuk seni halus termasuk muzik. Tetaoi pada hari ini perkataanmuzik ini digunakan secara universal dan bermaksud seni bunyi-bunyian.

    5.1.2 Matlamat dan Objektif

    (a) MatlamatPendidikan muzik adalah bertujuan untuk memperkembangakan potensi dan kualitidiri individu dari segi nilai estetika muzik dan etika melalui pelbagai pengalamanmuzik ke arah meningkatkan kesejahteraan hidup dalam konteks budaya dan aspirasinegara.

    (b) ObjektifDengan memahami muzik pelajar akan dapat;

    (i) menikmati pelbagai pengalaman muzik;

    (ii) memperkembangkan nilai estetika, kreativiti, dan ekspresi diri;

    (iii) merasai dan mengenal konsep muzik;

    (iv) meningkatkan kemahiran mendengar muzik secara aktif;

    (v) mengenal dan memahami sistem notasi muzik yang asas;

    (vi) memperkembangkan kemahiran asas dalam kegiatan nyanyian, muzik dengangerakan dan permainan alat;

    (vii) memupuk semangat berusaha, disiplin diri dan yakin diri;

    (viii) mengamalkan semangat toleransi dan kerjasama;

    (ix) mengenal dan menghargai pelbagai jenis muzik tanah air, tradisional dansemasa yang sesuai;

    (x) mengenal muzik yang sesuai dari beberapa negara lain; dan

    (xi) menjadi pengguna muzik yang berpengetahuan dan berdiskriminasi.

    5.1.3 Prinsip Pengajaran dan Pembelajaran Muzik

    Mengikut Principles of the Pestalozzian System of Music mengenai prinsip pengajarandan pembelajaran muzik adalah seperti berikut:

  • 7/30/2019 SDP : Topik 5 - Pengetahuan Asas dalam Muzik

    4/21

    78OUM

    TOPIK 5PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK

    x Mengajar bunyi-bunyian dahulu sebelum tanda-tanda atau saimbologi (kaedahhafalan sebelum catatan) dan biarlah pelajar menyanyi dahulu sebelum mempelajarinotasi muzik.

    x Mendidik pelajar dengan memberikan galakan kepada mereka supaya memerhati,mendengar, meniru, sereta membezakan bunyi-bunyi yang didengarnya itu danmenentukan dengan pengalaman atau usaha mereka sendiri sama ada bunyi-bunyiitu sama atau berlainan, dan seronok untuk didengar atau tidak. Perkara ini dilakukandengan penerangan atau panduan yang pal;ing minimum daripada guru. Ini berertipembelajaran yang aktif dan bukan yang berbentuk pasif. (kaedah penemuankendiri).

    x Mengajar satu unsur muzik sahaja (melodi, harmoni, irama, ekspresi, bentuk, warnaton atau jalinan) pada satu ketika. Perkara ini harus dijalankan dengan teliti sebelummelakukan aktiviti gabungan dengan unsur muzik yang lain. Setiap pelajar harusmahir dan cekap dengan setiap unsur muzik tersebut melalui latihan yang

    mencukupi, sistematik dan berperingkat sebelum beredar kepada aspek yang berikut.(pembelajaran mengikut urutan).

    x Prinsip-psinsip dan segala teori harus diberi hanya selepas amalan praktik dijalankanDengan itu pelajar akan dapat mengaitkan amalan praktik dan teori dengan usahasendiri. (pembelajaran heuristik).

    x Pelajar harus diberi peluang yang mencukupi untuk mengkaji muzik dan membnuatlatihan-latihan dengan elemen-elemen muzik melalui usaha sendiri supaya dapatdipraktikkan dalam seni muzik (kaedah pendekatan berkonsep).

    x Nama-nama not untuk nyanyian dan muzik instrumental harus diselaraskan.Nyanyian solfa tidak digalakkan.

    Kaedah-kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Muzik

    Contoh Peta Minda

    Kebanyakkan pendekatan-pendekatan pengajaran dan pembelajaran muzik tgelahdiasaskan berdasarkan kepada Emile Jacques Dalcroze, Carl Orff, Shinuchi Suzuki,

    Zoltan Kodaly dan Edwin Gordon. Walau pun setiap pengkaedah muzik mempunyai latarbelakang yang berbeza, tetapi setiap daripada mereka banyak memberi perhatian kepada

  • 7/30/2019 SDP : Topik 5 - Pengetahuan Asas dalam Muzik

    5/21

    79OUM

    TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK

    bagaimana konsep-konsep muzik hendak diperkenalkan kepada pelajar-pelajar. Diantarakelima-lima pendekatan itu, pendekatan Edwin Gordon boleh dikatakan lebih diberikeutamaan kerana mengunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara

    berperingkat atau sequential.

    Pendekatan Dalcroze, Orff, Kodally dan Gordon lebih memberikan penumpuan kepadapembelajaran untuk pengajaran muzik di sekolah rendah. Manakala Suzuki lebihmenumpukan kepada pembelajaran muzik instrumental dan berkait dengan pembelajaranmuzik untuk pelajar prasekolah.

    Pergerakan secara berirama dan tarian dengan aktiviti eurhythmic adalah merupakanpendekatan Dalcroze. Dengan itu, gerakan, improvisasi dan nyanyian solfa diberikankeutamaan dalam pendidikan muzik oleh Dalcroze. Bagi Dalcroze, perkembangankebolehan muzik dikalangan pelajar boleh berlaku dengan baik tanpa tumpuan yangmengongkong dan formal kepada aktiviti-aktiviti muzik pada peringkat awal pelajar.

    Baginya aktiviti-aktiviti formal seperti latihan teori dan pembacaan notasi lebih melibatkanintelek sahaja. Oleh itu, Dalcroze telah banyak menggunakan gerak geri tubuh badanuntuk menanam kefahaman dan menimbulkan kepekaan atau sensitiviti terhadap aspek-aspek muzik seperti irama, rangkai lagu, melodi dan bentuk atau struktur muzikdikalangan pelajar. Beliau berpendapat bahawa tubuh badan manusia mempunyaihubungan yang rapat dengan otak melalui satu sistem urat saraf atau otot-otot yang bagitukompleks. Kajian dan penyelidikan dalam bidang neurologi telah banyak memberi bunktikepada pendapat Dalcroze mengenai kaedah kinestetiks yang dinamakan eurhytmics.

    Pendekatan Carl Orff memberi penekanan kepada beranika jenis pengalaman muzikal.Satu unsur yang tersendiri dalam pendekatan Orff adalah kegunaan peralatan muzik yangdireka atau dipilih khas untuk pendidikan muzik bagi pelajar. Sifat semula jadi kanak-kanak untuk bermain diberi makna sepenuhnya dalam pendekatan Orff. Ide-ide Dalcrozetelah mempengaruhi Orff. Beliau telah mengaitkan muzik dengan gerakan dan pertuturanpelajar yang berirama (chants) dalam bukunya Orff Schulwerk. Orff berpendapat bahawaIrama bahasa/ lagu dan pergerakan secara spontan kesemuanya boleh bayak membantupelajar supaya mempelajari dan memahami dengan lebih berkesan tentang konsep-konsep muzikal. Pelajar yang mempelajari muzik melalui pendekatan Orff diberi peluangyang mencukupi untuk mempelajari muzik dan melakukan improvisasi dengan muzikdengan cara penemuan sendiri.

    Pendekatan Orff boleh dibahagikan kepada empat komponen utama:

    (i) Imitasi (Mengajuk Balik)

    Berkait dengan perkembangan kemahiran-kemahiran asas dengan menggunakanpertuturan berirama dan juga irama badan. Irama badan yang dimaksudkan adalahmelalui aktiviti-aktiviti bertepuk tangan, petik jari, menampar peha, hentak kaki dansebagainya. Kesemua aktiviti ini boleh dilakukan besama pembelajaran nyanyian danbermain alat muzik. Alat-alat genderang yang tidak berpic dan yang berpic(glokenspiel, xylofon, metalofon, simbal, dram, kerincing, loceng) banyak digunakan.Manakala alat melodi yang utamanya ialah rekoder.

    (ii) Eksplorasi (Fasa Cari Sendiri)Pelajar digalakkan supaya membuat eksperimen dengan bunyi-bunyi muzikal danmembuat gerakan dengan usaha sendiri.

    (iii) ImprovisasiPelajar digalakkan supaya melakukan improvisasi secara individu atau kumpulandengan kesemua peralatan Orff. Pada mulanya hanya skel pentatonik disyorkan. Ia

  • 7/30/2019 SDP : Topik 5 - Pengetahuan Asas dalam Muzik

    6/21

    80OUM

    TOPIK 5PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK

    dilakukan dengan mengeluarkan not-not tertentu pada peralatan genderang Orff yangberpic seperti xylofon dan metalofon. Cuma memainkan not tonik do dan not yangkelima soh kesemua not-not lain ditanggalkan. Alat xylofon yang lain pula hanya

    menggunakan skel pentatonik iaitu mengeluarkan not ke tujuh ti dan not keempatfah.

    Skel Pentatonik

    Skel pentatonik ialah skel yang mempunya lima ton.

    (iv) Creation (Mencipta)Pada tahap ini pelajar akan melakukan penciptaan dengan menggunakan bahanasas dari fasa-fasa diatas. Bahan itu digunakan untuk mencipta rondos, mini suitesdan theme and variation. Diperingkat ini cerita pelajar dan puisi digunakan sebagaibahan muzikal untuk penciptaan muzik dengan menggunakan pertuturan berirama,gerakan, nyanyian dan permainan alat-alat muzik Orff.

    (v) LiterasiPada tahap ini pelajar akan belajar menulis dan membaca notasi muzik seperti sightsinging, menulis corak iraa dan skor muzik.

    Kodaly telah mengasaskan satu pendekatan yang bagitu terkenal diseluruh dunia. Beliautelah merancang satu kurkulum muzik untuk kegunaan sekolah dimana pembelajaranmuzik diadakan sebanyak empat hingga enam kali seminggu dari peringkat prasekolahhinggalah ke peringkat sekolah menengah Program muzik ini diaturkan secaraberperingkat atau sequential dalam beberapa aspek pembelajaran muzik sepertinyanyian, latihan aural, notasi muzik dan permainan alat muzik. Kodaly telah memberipenekanan yang jelas kepada aktiviti membaca dan menulis notasi muzik dari peringkatawal lagi melalui aktiviti nyanyian semerta dan menurunkan melodi dengan notasi.Kegunaan isyarat tangan, latihan solfa tangga nada pentatonik dan nyanyian lagu rakyatsecara a capella (nyanyian tanpa iringan alat muzik) .

    Pendekatan Suzuki pernah digelar pendekatan bahasa ibunda. Suzukimenamakan kaedanya talent education atau pendekatan bakat. Sepertipendekatan Orff, pendekatan Suzuki juga memerlukan alat-alat khas iaitu violinkecil. Ciri-ciri yang istimewa dalam pendekatan Suzuki termasuk penglibatan ibubapa dalam proses pengajaran dan pembelajaran muzik secara individu. Suzukijuga berpendapat bahawa pendidikan muzik harus bermula dari peringkat awalkanakkanak dan pengajaran muzik perlu dimulakan dengan bermain secaramenghafal rote playing sebelum menerima pembelajaran notasi formal note.Mendengar muzik secara berulang kali atau berkali-kali atau secara bertubi-tubidianggap amat penting di dalam pendekatan Suzuki. Kebanyakan dari ciri-ciriasas dalam pendekatan Suzuki masih dikekalkan sehingga kini dalam situasi

    pengajaran dan pembelajaran muzik.

  • 7/30/2019 SDP : Topik 5 - Pengetahuan Asas dalam Muzik

    7/21

    81OUM

    TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK

    Latihan solfa isyarat tangan:

    Curwin Hand Signs

    The Kodly approach emphasizes the importance of learning how to sing on pitch. In the18th century, Joh Spencer Curwin (England) developed hand signs to go with the solfegesyllables (do re mi, etc.). Kodly integrated these hand signs into his teaching methods.

    Hand sings are a way of giving a physical placement for a vocal pitch. The low do beginsat your midsection. Each pitch is then above the previous one. Thus, you have the handsigns going up when the pitch goes up. The upper do is at eye level.

    Pendekatan Edwin Gordon adalah berasaskan kepada hasil penyelidikan jangka panjangmengenai kandungan muzik dan turutan pembelajaran di peringkat sekolah rendah.Pendekatannya adalah bercorak formal berbanding kepada pendekatan Dalcroze, Orff,Suzuki atau Kodaly yang lebih berdasarkan kepada falsafah masing-masing. Gordonmengutamakan prinsip sound before symbol dimana keutamaan diberikan kepadapembelajaran permainan muzik tanpa notasi dahulu sebelum simbol-simbol muzikdiperkenalkan. Bagi Gordon, pembelajaran muzik boleh berlaku dengan baik jika setiappelajar dapat menguasai satu kebolehan yang digelar sebagai audiation iaitu satu prosesmental yang membolehkan seorang manusia supaya mendengar muzik dalam akal fikirantanpa rujukan mana-mana bunyi yang diakibatkan secara fizikal (sound vibration). Dengan

    itu punca bunyi dalam audiation adalah dari akal fikiran sendiri dan bukan daripersekitaran fizikal. Bahan dan strategi dalam pendekatan Gordon juga diatur secara

  • 7/30/2019 SDP : Topik 5 - Pengetahuan Asas dalam Muzik

    8/21

    82OUM

    TOPIK 5PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK

    perperingkat mengikut teori-teori pembelajaran semasa. Aspek-aspek kognitif juga diberikeutamaan yang sama sengan aspek-aspek pembelajaran muzik yang lain. Dengan itupelajar boleh membezakan irama, meter dan juga tonaliti selain dari menyanyi, bermain

    alat muzik, membaca notasi atau menghayati muzik.

    Latihan 5.1

    Berdasarkan pengetahuan anda bincangkan pendekatan Kodaly dalampelaksanaan pengajaran dan pembelajaran muzik di sekolah.

    5.2 KONSEP MUZIK

    Muzik ialah bunyian yang disusun secara sistematikndan mempunyai kualiti tersendiri.

    Penghaslan muzik yang berkualiti mempunyai penyusunan konsep muzik yang betul danterperinci. Konsep muzik merangkumi Irama, Melodi, Harmoni, Warna Ton, Tekstur,Bentuk dan Ekspresi.

    Unsur-unsur Muzik

    (a) Melodi

    Peta Minda Melodi

    Melodi mengandungi pic rendah, sederhana dan tinggi. Contohnya lagu RasaSayang.

    Pic adalah sesuatu bunyi yang tinggi atau rendah.

    Jeda ialah jarak pic di antara dua not. Contoh jeda iaitu do re mi (jeda tiga).

  • 7/30/2019 SDP : Topik 5 - Pengetahuan Asas dalam Muzik

    9/21

    83OUM

    TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK

    Skel ialah susunan lapan not dalam satu tanda nada dimainkan mengikut langkahtertentu. Contoh skel C major.

    Solfa ialah nyanyian pic menggunakan sebutan not C.

    Berikut adalah antara contoh-contoh skor muzik.

  • 7/30/2019 SDP : Topik 5 - Pengetahuan Asas dalam Muzik

    10/21

    84OUM

    TOPIK 5PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK

    (b) Harmoni

    Peta Minda Harmoni

    Harmoni: Harmoni ialah gabungan dua atau lebih not yang dibunyikan bersama atauserentak. Gabungan not-not ini akan membentukkan kod. Kegunaan kod adalahuntuk mengiringi melodi

    Triad: Gabungan tiga not maka terjadilah kod. Untuk membentuk triad not yangdigunakan adalah not asas, not ketiga dan not kelima dari satu skel.

    Arpeggio: Not-not dalam sesuatu kod boleh dimainkan secara satu persatu, menaikatau menurun. Susunan not secara ini dinamakan arpeggio atau kod curai.

    Pergerakan kod: Apabila satu kod bergerak kesatu kod yang lain, ianya disebutsebagai pergerakan kod. Diantara pergerakan kod yang lazim digunakan adalahpergerakan kod I IV V. Kod-kod ini dinamakan sebagai kod primer.

    (c) Irama

    Peta Minda Irama

  • 7/30/2019 SDP : Topik 5 - Pengetahuan Asas dalam Muzik

    11/21

    85OUM

    TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK

    Irama : Gabungan pelbagai jenis nilai not muzik yang berbeza akanmenghasilkan irama yang berbeza.

    Detik : Bit yang konsisten. Contoh denyutan jantung.

    Meter : Masa bagi muzik dikawal oleh meter yang ditulis seperti berikut

    2 3 4 2 64 4 4 2 8

    Angka diatas menunjukkan bilangan detik dan angka dibawahmenentukan jenis detik.

    CorakIrama

    : Gabungan nilai not yang berbeza akan menghasilkan corak irama yangberbeza.

    Rentak : Corak irama tertentu yang digunakan untuk mengiringi nyanyian ataupermainan alat. Contoh rentak masri.

    Tempo : Kelajuan sesebuah lagu atau muzik. Contoh allegro (cepat) moderato(moderate pace).

    (d) Ekspresi

    Peta Minda Ekspresi

    Ekspresi : Merupakan ciri muzikal yang mempengaruhi sesuatu persembahanvokal atau instrumental. Ciri muzikal ini ialah dinamiks, istilah dantanda isyarat. Gabungan aplikasi ciri muzikal boleh menghasilkaninterpretasi tersendiri.

    Dinamiks : Simbol-simbol yang berkaitan dengan bunyi kuat atau lembut dalamMuzik

  • 7/30/2019 SDP : Topik 5 - Pengetahuan Asas dalam Muzik

    12/21

    86OUM

    TOPIK 5PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK

    P (piano) lembut (soft)

    F forte) Kuat (loud)

    Istilah : Tempo berkaitan dengan kelajuan dalam muzik

    Alla marcia

    berentak mac

    Andante

    sederhana cepat

    Allegro

    rancak dan cepat

    Coda ( )

    bahagian tambahan dalam sesuatu ciptaan

    Da capo (D.C)

    dari permulaan

    Dal Segno(D.S)

    dari tanda segno

    Fine

    tamat

    Moderato

    sederhana

    Segno

    tanda

    Tanda

    Isyarat

    : Simbol-simbol yang digunakan dalam notasi muzik dengan maksud

    khusus. Contohnya:

  • 7/30/2019 SDP : Topik 5 - Pengetahuan Asas dalam Muzik

    13/21

    87OUM

    TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK

    (e) BentukKarya muzik mempunyai susunan struktur tersendiri. Karya yang mempunyai strukturdua bahagian dinamakan binari atau bentuk AB.

    Contohnya:

    x Penyusunan idea muzik dalam bentuk berikut:

    Bentuk dua bahagian

    Bentuk tiga bahagian

  • 7/30/2019 SDP : Topik 5 - Pengetahuan Asas dalam Muzik

    14/21

    88OUM

    TOPIK 5PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK

    Bentuk rondo

    Bentuk strofik

    Bentuk tradisional

    (f) Warna TonBunyi mempunyai sifat dan kualiti tersendiri dan ini dinamakan warna ton dalammuzik. Contoh bunyi yang mempunyai warna ton yang berbeza ialah:

    x Suara lelaki dengan suara perempuan;

    x Suara perempuan dengan suara pelajar;

    x Suara orang menjerit dengan suara berbisik;

    x Tepukan tangan dengan petikan jari;

    x Ketukan batu dengan ketukan kayu;

    x Kicauan burung dengan salakan anjing;

    x Geseran gelas dengan ketukan kayu;

    x Paluan gong dengan gesekan biola; dan

    x Petikan gitar dengan tiupan trumpet

    Warna ton bagi bunyi berbeza, berdasarkan bahan pembuatan alat tersebut sertacara ianya dimainkan. Warna ton dalam sesuatu muzik adalah seakan-akan samaseperti warna ton dalam sesebuah lukisan. Perkataan yang digunakan untukmenerangkan warna ton bunyi ialah seperti lembut, kasar, nyaring, garau, halius,

    gekap, terang, ringan dan berat.

    Dalam nyanyian, suara perempuan boleh dikategorikan dalam dua jenis iaitu sopranodan alto. Manakala suara lelaki boleh dikategorikan dalam tiga jenis iaitu bariton,tenor dan bes. Setiap jenis suara ini mempunyai warna ton tertentu. Dalam nyanyiankoir yang mempunyai pelbagai jenis suara, hasilan warna tonnya adalah menarikdan harmonis.

    Dalam permainan gabungan alat muzik seperti permainan orkestra terdapat alat tali,alat tiup brass, alat tiap kayu dan perkusi. Setiap alat mempunyai pembuatan dancara mainan tersendiri yang boleh menghasilkan pelbagai warna ton. Begitu jugakeadaannya dalam permainan ensemble alat tradisional di mana terdapat gabunganwarna ton alat ketukan logam, alat ketukan kayu an alat tiupan buluh. Permainanyang mempunyai gabungan alat-alat seperti ini boleh menghasilkan warna ton yangmenarik an indah didengar.

    (g) JalinanJalinan muzik merupakan satu ciri cara pemuzik mengadunkan bunyi muzik agarmenjadi lebih menarik dan diminati ramai.

    Jalinan boleh dibahagikan kepada;

    x Monofoni

    x Homofoni

    x Polifoni

  • 7/30/2019 SDP : Topik 5 - Pengetahuan Asas dalam Muzik

    15/21

    89OUM

    TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK

    Jalinan Monofoni: Apabila muzik itu hanya pada melodi sahaja iaitu tanpa adaalat iringan atau hanya mempunyai satu bunyi sahaja. Tiada iringan (noaccompaniment) Penggunaan satu alat muzik sahaja.

    Jalinan Homofoni: Apabila melodi diringi oleh alat muzikal yang berharmoni yangmempunyai kod. Seperti gitar, piano, organ dan sebagainya.

    Jalinan Polifoni: Apabila satu atau dua melodi dibunyiikan berterusan denganmenggunakan alat iringan.

    Aktiviti 5.1

    1. Nyatakan 5 contoh warna ton yang berbeza.

    2. Cuba hasilkan bunyi warna ton yang berbeza dengan menggunakananggota badan seperti:

    x Bibir x gigi

    x Lidah x suara

    x Jari x tangan

    x Kaki

    3. Nyatakan 5 contoh warna ton yang berbeza.

    4. Cuba hasilkan bunyi warna ton yang berbeza dengan menggunakananggota badan seperti:

    x Bibir x Gigi

    x Lidah x Suara

    x Jari x Tanganx Kaki

    5.2.2 Kemahiran Muzikal

    Untuk membina kemahiran menyanyi dan bermain alat muzik secara solo dan ensembledengan teknik yang betul melalui aktiviti nyanyian dan bermain alat muzik bagimembolehkan pelajar mengalami, menuikmati dan menilai persembahan muzik sertamengamalkan nilai-nilai murni. Di bawah ini ianya telah dibahagikan kepada tigakomponen besar dalam pendidikan muzik.

    x Kemahiran Muzikal Nyanyian

    x Kemahiran Muzikal Muzik dengan gerakan

    x Kemahiran muzikal Permainan alat muzik.

    (a) Kemahiran Muzikal Nyanyian(i) Mengetahui dan membina teknik menyanyi berasaskan elemen-elemen berikut:

    x postur

    x pernafasan

    x

    sebutanx artikulasi

  • 7/30/2019 SDP : Topik 5 - Pengetahuan Asas dalam Muzik

    16/21

    90OUM

    TOPIK 5PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK

    x ekspresi

    x penghasilan ton (register)

    x memfrasa

    (ii) Membina kemahiran menyanyi

    x Kemahiran Individu

    menyanyi pelbagai jenis lagu secara solo

    menyanyikan skel: jeda, arpeggio menaik dan menurun

    menyanyikan semula keratan lagu yang didengarkan

    menyanyi serta merta mengikut skor muzik

    x Kemahiran Ensemble

    menyanyi dalam ensemble vokal secara unison

    menyanyi secara ensemble vokal secra berharmoni dalam lapisansuara. Sporano, alto dan tenor.

    Mendengar secara aktif dan selektif

    (b) Kemahiran Muzikal Muzik dengan Gerakan

    x Bergembira bergerak dengan muzik

    x Melibatkan diri secara aktif

    x Mendengar secara aktif dan selektif

    x Melahirkan ekspresi diri melalui pergerakan

    x Memahami konsep muzik melalui pegerakan

    x Mengenali aspek budaya yang berkaitan dengan pergerakan dengan muzik

    x Meneroka dan menginterpretasi muzik melalui gerakan

    x Memupuk nilai yakin diri, disiplin diri dan daya estetika muzik.

    (c) Kemahiran Muzikal Permainan Alat Muzik

    x Bergembira bermain alat muzik

    x Melibatkan diri secara aktif

    x Mendengar secara aktif dan selektif

    x Bermain alat muzik secara muzikal dan terkawal

    x Memahami dan mengaplikasi konsep muzik dalam permainan alat

    x Mengenali alat muzik tradisional

    x Membuat improvisasi secara meneroka konsep muzik melalui aktiviti alatpermainan

    x Memupuk nilai yakin diri, disiplin diri dan daya estetika muzik.

  • 7/30/2019 SDP : Topik 5 - Pengetahuan Asas dalam Muzik

    17/21

    91OUM

    TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK

    5.3 PENYAMPAIAN KONSEP MUZIK DALAM AKTIVITIMUZIKAL

    5.3.1 Nyanyian

    Bidang nyanyian memberi penumpuan dan penegasan kepada aspek postur,pendengaran, sebutan, pernafasan da eknik pengeluaran suara. Kegiatan ensemble vokaldiadakan bagi memastikan penglibatan semua pelajar secara harmonis dan seimbang.Amalan nilai-nilai murni yang berkaitan dengan disiplin diri dan kerjasama diutamakandalam kegiatan ensembel. Penerapan nilai-nilai murni juga dipupuk melalui lirik laguterutama melalui lagu yang berunsur budaya tanah air masyarakat Malaysia. Konsepmuzik yang ditegaskan dalam bidang nyanyian ialah melodi dan irama.

    Antara kegiatan yang diadakan adalah seperti berikut;

    (a) Mari Menyanyi(i) Menyanyi lagu yang digemari-lagu beraksi

    x lagu berentak tradisional

    x lagu pusingan dan

    x lagu suara berlapis

    (ii) Menyanyi secara spontan dan hafalan

    (iii) Menyanyi dengan menggunakan skor muzik

    (b) Menyanyi Secara Muzikal

    (i) Menyanyi lagu dalam pelbagai meter dengan memberi penegasan kepadatekanan dan latihan sebutan berirama

    (ii) Menyanyi pelbagai jenis lagu dengan memberi tumpuan kepada:

    x pic, tempo,corak irama, melodi; dan

    x ekspresi mengikut mud dan dinamik.

    (c) Teknik dan Cara Menyanyi

    (i) Membuat latihan vokal dengan memberi tumpuan kepada latihan skel dan warnaton

    (ii) Membuat latihan teknik menyanyi untuk mengenal bentuk kontur, urutan danrangkai lagu dengan tumpuan kepada;

    x pernafasan

    x pengeluaran suara

    x artikulasi

    x sebutan, dan

    x postur.

  • 7/30/2019 SDP : Topik 5 - Pengetahuan Asas dalam Muzik

    18/21

    92OUM

    TOPIK 5PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK

    (d) Meneroka dan Mengenal Muzik Nyanyian

    (i) Mendengar dan menyanyi dalam beberapa jenis jalinan suara seperti monofonidan polifoni.

    (ii) Membuat pelbagai improvisasi dengan mengolah konsep muzik seperti pic,irama dan lirik seperti cara nyanyiannya.

    (iii) Mendengar dan menilai pelbagai jenis lagu dan nyanyian dari aspek;

    x Lirik;

    x Melodi;

    x cara menyanyi: dan

    x cara persembahan

    (iv) Mendengar secara bebas dan berpandu dengan memberi perhatian kepada

    konsep muzik dan jenis muzik vokal

    (v) Berbual mengenai sesuatu lagu dari segi cara hidup, alam sekitar, lagenda dantokoh.

    (vi) Memberi respon mengikut lagu dari segi perasaan dan pengalaman diri.

    (vii) Mendengar dan mengenali pelbagai jenis lagu yang berunsur tradisional danlagu dari negara lain.

    5.3.2 Muzik dengan Gerakan

    Muzik dengan pegerakan memberi peluang kepada pelajar menggunakan tubuh badansebagi respon kepada muzik. Kegiatan dalam bidang ini mementingkan kesedaranpenggunaan semua anggota badan untuk melahirkan ekspresi diri melalui rangsanganmuzik yang didengar sambil memahami konsep muzik khususnya irama dan ekspresi.Terdapat lima jenis kegiatan pergerakan dengan muzik yang disusun mengikutperkembangan dari yang mudah kepada yang kompleks. Kegiatannya adalah sepertiberikut:

    x Gerakan mengikut lirik lagu

    x Gerakan mengikut konsep muzik

    x Interpretasi muzik dengan gerakan

    x Gerakan bebas dengan muzik; dan

    x Gerakan yang menunjukkan cerita atau tema dengan muzik.

    Pergerakan ialah interpretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan secarasimbolik. Terdapat empat unsur pergerakan iaitu;

    x Imbangan berat badan

    x Ruang

    x Masa

    x Daya/ aliran.

  • 7/30/2019 SDP : Topik 5 - Pengetahuan Asas dalam Muzik

    19/21

    93OUM

    TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK

    (a) Imbangan Berat BadanFaktur ini ada kaitannya dengan tenaga bila bergerak, tegang dalam otot danpegangan. Bahagian anggota bawah badan (paras pusat ke bawah) mencerminkan

    tenaga kekuatan manakala bahagian anggota atas badan (paras pusat ke atas)mencerminkan keringanan. Pergerakan yang kuat memerlukan tenaga otot danketegangan otot tetapi pergerakan yang ringan memerlukan sedikit sahaja tenagaotot.

    (b) RuangPastikan ada ruang disekeliling angota badan. Dari satu tempat yang tetap kita bolehmenggerakkan badan ke merata-rata arah dan aras tertentu. Ruang ini dinamakanlingkungan pergerakan. Pergerakan ini boleh dibuat mengikut cara-cara berikut:

    x Dari jauh menuju ke pusat badan

    x Dalam ruang yang ada mengelilingi badan, bergerak mengikut aras

    x Dengan kaki, tangan, dekat atau jauh dari badan. Apabila sesuatu pergerakanbadan boleh dibuat dalam ruang, badan boleh membuat pelbagai bentuk sepertipanjang, bulat, luas dan sebagainya

    Bila sahaja badan digerakan, ia bergerak ke kawasan umum. Beberapa pergerakanboleh dibuat dalam beberapa arah seperti ke depan, belakang, sisi, atas dan bawah.Aras tinggi boleh dicapai dengan menghulur, melonjak dan berguling di atas lantai.

    (c) MasaFaktur ini melibatkan pergerakan yang cerdas dan banyak apabila membuat sesuatupergerakan. Tiap-tiap pergerakan menggunakan masa, pergerakan yang cepatmenggunakan sedikit masa dan pergerakan yang lambat menggunakan banyakmasa.

    Kederasan pergerakan itu atau punurutan pergerakan tidak semestinya berterusan.Had kederasanboleh dibentuk menjadi rentak. Kualiti masa boleh ditunjukkan denganpergerakan kawal lambat atau serta merta.

    Mengawal kederasan pergerakan amat penting untuk mengelakkan kemalangan.Kebolehan mempercepat atau melambat, memberhenti atau memulakan sesuatupergerakanserta merta sangat perlu untuk kawalan dan kemahiran dalampergerakan.

    (d) AliranAliran pergerakan boleh dikawal atau bebas. Pergerakan terkawal ialah pergerakanyang boleh diberhentikan dengan mudah pada bila-bila masa sahaja.

    Pergerakan bebas susah hendak diberhentikan dengan serta merta. Aliranpergerakan dalam satu gerakan atau beberapa gerakan boleh berpanjangan atauterputus. Pergerakan yang berpanjangan boleh melicinkan gerakan itu.

    5.3.3 Permainan Alat

    Permainan alat muzik melatih pelajar dalam kordinasi mata, pendengaran dan psikomotor

    melalui penglibatan pelajar dalam kegiatan permainan alat muzik. Bidang inimenggalakkan pelajar meneroka dan mengeksperimen pelbagai aat muzik termasuk

  • 7/30/2019 SDP : Topik 5 - Pengetahuan Asas dalam Muzik

    20/21

    94OUM

    TOPIK 5PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK

    pengunaan anggota tubuh badan mereka. Seterusnya kegiatan dalam bahagian inimemberi latihan asas untuk pendengaran secara selektif, teknik permainan alat dankreativiti melalui improvisasi susunan bunyi. Pelajar berpeluang merasai hasilan bunyi

    melalui penglibatan mereka bermain alat muzik.

    Terkandung di dalam bidang permainan alat muzik ialah amalan bekerjasama yangberlaku didalam kegiatan permainan alat secara ensemble. Konsep muzik yangditegaskan didalam permainan alat ialah corak irama, warna ton, melodi dan ekspresi.Kebanyakkan alat muzik yang digunakan didalam permainan alat secara ensemble iniiakah alat perkusi, melodian, rekoder dan pilihan beberapa alat tradisional tempatan yangdidikirkan sesuai.

    RUMUSAN

    Topik ini lebih memberi pengetahuan tentang pengetahuan asas dalam muzik. Ianyamerangkumi pengertian muzik, matlamat dan objektif pendidikan muzik di Malaysia.Beberapa pendekatan muzik yang menjadi panduan kepada guru untuk mengajarpendidikan muzik seperti Carl Orff, Dalcroze, Suzuki, Kodaly dan Gordon. Disamping itupenekanan terhadap konsep muzik yang hendak disampaikan juga diberi penerangansecara teliti berserta dengan aktiviti-aktiviti yang biasa dijalankan semasa berinteraksidalam pengajaran dan pembelajaran. Terdapat tiga komponen bidang penting yang diberitumpuan didalam mengajar pendidikan muzik iaitu bidang nyanyian, muzik denganpergerakan dan permainan alat muzik.

    GLOSARI

    Monofoni Apabila muzik itu hanya pada melodi sahaja iaitu tanpa ada alatiringan atau hanya mempunyai satu bunyi sahaja. Tiada iringan (noaccompaniment). Penggunaan satu alat muzik sahaja.

    Homofoni Apabila melodi diringi oleh alat muzikal yang berharmoni yangmempunyai kod. Seperti gitar, piano, organ dan sebagainya.

    Polifoni Apabila satu atau dua melodi dibunyiikan berterusan denganmenggunakan alat iringan.

    Komposisi Kebolehan mengubah lagu

    Kemahiranensemble

    Kemahiran bermain alat muzik secara kumpulan dengan pelbagai alatmuzik.

    UJIAN 1

    1. Anda akan mengajar konsep tempo cepat dan lambat dalam bidang permainan alatmuzik kepada pelajar tahun 2.

    2. Nyatakan langkah-langkah yang anda akan ambil dalam penyampaian konseptersebut?

  • 7/30/2019 SDP : Topik 5 - Pengetahuan Asas dalam Muzik

    21/21

    OUM

    TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK

    UJIAN 2

    1. Muzik dengan pergerakan merupakan satu cabang pendidikan muzik yang sangat

    diminati oleh setiap pelajar:

    (a) Nyatakan 2 unsur-unsur pergerakan yang diberi keutamaan dalam pengajarandan pembelajaran muzik dengan pergerakan.

    (b) Bincangkan 3 jenis kegiatan muzik dengan pergerakan untuk pelajar sekolahrendah.

    RUJUKAN

    Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Sukatan Pelajaran Pendidikan Muzik SekolahRendah (Semakan). Kuala Lumpur: PPK.

    Loh, P. K. (1991).A Handbook of music theory. Kuala Lumpur: Penerbit Muzikal.

    Taylor. E. (1989). The AB guide to music theory, Part 1. Great Britain: Associated Board.

    Hargreaves, D. J., and Zimmerman, M. P. (1992). Development theories of music learning.In R. Colwell (Ed.), Handbook of Research on Music Teaching and Learning. NewYork: Schirmer Books.