118311596 sdp topik 5 pengetahuan asas dalam muzik

21
75 OUM TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK Zulkiply Bin Yaakob PENGENALAN Muzik adalah sebahagian daripada alam kehidupan pelajar yang tidak boleh dipisahkan. Tanpa muzik bererti dunia bagi pelajar adalah kosong. Selain daripada itu muzik juga merupakan satu budaya kepada masyarakat. Pelajar senantiasa memberi respon kepada muzik dan akan merasa senang hati apabila dapat melahirkan ekspresi diri apabila mendengar muzik. Asas muzik iaitu irama dan ton juga terdapat dalam amalan pertuturan dan interaksi harian. Sifat cenderung kepada muzik yang sedia ada pada pelajar mempunyai peranan tertentu dalam proses perkembangan diri dari segi kualiti diri dan sasiahnya. Peranan guru adalah ke arah memperkembangkan sifat-sifat yang merangkumi aspek emosi, kreativiti, nilai estetika dan etika tertentu. Dengan penglibatan pelajar secara aktif dalam kegiatan muzik akan dapat membina pertumbuhan dan perkembangan fizikal, mental, emosi dan sosial pelajar itu sendiri. Selain itu pengalaman muzik yang menarik akan membantu meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran lain. OBJEKTIF Pada akhir topik ini, anda akan dapat: 1. memperkenalkan asas-asas muzik kepada pelajar dan membolehkan pelajar memahami prinsip-prinsip muzik; 2. menjelaskan maksud muzik serta memahami matlamat dan objektif muzik; 3. menyatakan konsep muzik dan kemahiran muzikal yang perlu ada pada setiap pelajar; 4. menjelaskan faedah Seni Dalam Pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran; 5. menjelaskan kepada peserta tentang aktiviti-aktiviti muzikal yang perlu ada pada setiap pelajar seperti nyanyian, pergerakan dan permainan alat; dan 6. merancangkan aktiviti-aktiviti muzikal yang bersesuaian mengikut tahap kemampuan pelajar.

Upload: mahaletchumy-subramaniam

Post on 26-Nov-2015

158 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

  • 75OUM

    TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK

    TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK

    Zulkiply Bin Yaakob

    PENGENALAN

    Muzik adalah sebahagian daripada alam kehidupan pelajar yang tidak boleh dipisahkan. Tanpa muzik bererti dunia bagi pelajar adalah kosong. Selain daripada itu muzik juga merupakan satu budaya kepada masyarakat. Pelajar senantiasa memberi respon kepada muzik dan akan merasa senang hati apabila dapat melahirkan ekspresi diri apabila mendengar muzik. Asas muzik iaitu irama dan ton juga terdapat dalam amalan pertuturan dan interaksi harian. Sifat cenderung kepada muzik yang sedia ada pada pelajar mempunyai peranan tertentu dalam proses perkembangan diri dari segi kualiti diri dan sasiahnya.

    Peranan guru adalah ke arah memperkembangkan sifat-sifat yang merangkumi aspek emosi, kreativiti, nilai estetika dan etika tertentu. Dengan penglibatan pelajar secara aktif dalam kegiatan muzik akan dapat membina pertumbuhan dan perkembangan fizikal, mental, emosi dan sosial pelajar itu sendiri. Selain itu pengalaman muzik yang menarik akan membantu meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran lain.

    OBJEKTIF

    Pada akhir topik ini, anda akan dapat:

    1. memperkenalkan asas-asas muzik kepada pelajar dan membolehkan pelajar

    memahami prinsip-prinsip muzik;

    2. menjelaskan maksud muzik serta memahami matlamat dan objektif muzik;

    3. menyatakan konsep muzik dan kemahiran muzikal yang perlu ada pada setiap

    pelajar;

    4. menjelaskan faedah Seni Dalam Pendidikan dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran;

    5. menjelaskan kepada peserta tentang aktiviti-aktiviti muzikal yang perlu ada pada

    setiap pelajar seperti nyanyian, pergerakan dan permainan alat; dan

    6. merancangkan aktiviti-aktiviti muzikal yang bersesuaian mengikut tahap

    kemampuan pelajar.

  • 76OUM

    TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK

    PETA MINDA

    Jika semua muzik atau bunyi-bunyian tidak ada di dunia ini, apa akan terjadi? Bagaimana pula keadaan kehidupan di sekeliling kita?

    5.1 PENGENALAN ASAS MUZIK

    Biasanya apabila disebut muzik, kita akan teringat kepada lagu-lagu nyanyian, mainan alat-alat muzik seperti gitar, dram, piano dan sebagainya; atau mendengar lagu-lagu dari radio, televisyen kaset, cakera padat dan lain-lain.

    Muzik mempunyai hubungan yang rapat dengan kehidupan kita. Oleh itu pada hakikatnya tidak ada orang yang sepatutnya bekata Saya tidak suka muzik. Melalui muzik seseorang itu akan dapat melahirkan dan menyatakan kegembiraan, keriangan, kesedihan, kemarahan, kedamaian, kemenangan, kekalahan, kekuatan dan lain-lain fenomena kehidupan. Muzik boleh menggambarkan emosi seseorang mahu pun boleh menggantikan pernyataan melalui pertuturan atau tingkah laku.

    Kegiatan muzik merpakan satu saluran komunikasi yang sangat penting. Fahaman da penglibatan pelajar dalam kegiatan muzik yang meluas dan sejagat akan dapat membantu mengeratkan perhubungan dan persefahaman kemanusiaan.

    5.1.1 Definisi Muzik

    Hampir semua orang pernah mendengar perkataan muzik dan mungkin ramai juga yang mengatakan yang ia tahu maksud perkataan muzik. Tetapi untuk mendapatkan persetujuan tentang definisi muzik mungkin tidak begitu mudah. Pada amnya muzik

  • 77OUM

    TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK

    adalah diakui sebagai satu cabang seni dan juga sains yang menggabungkan bunyi-bunyi vokal dan atau instrumental termasuk bunyi-bunyi semula jadi dari persekitaran atau rekaan dengan satu cara yang dianggap memuaskan mengikut estetika, corak pemikiran, dan emosi manusia yang juga boleh mencerminkan sesuatu budaya tertentu.

    Bunyi burung, semboyan keretapi, azan dari masjid, bacaan quran, bunyi kipas dan bunyi-bunyi lain yang didengar dipersekitaran boleh didefinisikan sebagai muzik juga.

    Bahasa Arab, pengertian muzik dalah sebagai handasah alsawt yang bermaksud kejuruteraan bunyi secara artistik. Sebenarnya muzik ialah satu perkataan yang telah diwarisi daripada cerita-cerita dongeng zaman puba Yunani diberi nama sebagai Muses yang bemaksud semua bentuk seni halus termasuk muzik. Tetaoi pada hari ini perkataan muzik ini digunakan secara universal dan bermaksud seni bunyi-bunyian.

    5.1.2 Matlamat dan Objektif

    (a) MatlamatPendidikan muzik adalah bertujuan untuk memperkembangakan potensi dan kualiti diri individu dari segi nilai estetika muzik dan etika melalui pelbagai pengalaman muzik ke arah meningkatkan kesejahteraan hidup dalam konteks budaya dan aspirasi negara.

    (b) ObjektifDengan memahami muzik pelajar akan dapat;

    (i) menikmati pelbagai pengalaman muzik;

    (ii) memperkembangkan nilai estetika, kreativiti, dan ekspresi diri;

    (iii) merasai dan mengenal konsep muzik;

    (iv) meningkatkan kemahiran mendengar muzik secara aktif;

    (v) mengenal dan memahami sistem notasi muzik yang asas;

    (vi) memperkembangkan kemahiran asas dalam kegiatan nyanyian, muzik dengan gerakan dan permainan alat;

    (vii) memupuk semangat berusaha, disiplin diri dan yakin diri;

    (viii) mengamalkan semangat toleransi dan kerjasama;

    (ix) mengenal dan menghargai pelbagai jenis muzik tanah air, tradisional dan semasa yang sesuai;

    (x) mengenal muzik yang sesuai dari beberapa negara lain; dan

    (xi) menjadi pengguna muzik yang berpengetahuan dan berdiskriminasi.

    5.1.3 Prinsip Pengajaran dan Pembelajaran Muzik

    Mengikut Principles of the Pestalozzian System of Music mengenai prinsip pengajaran dan pembelajaran muzik adalah seperti berikut:

  • 78OUM

    TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK

    x Mengajar bunyi-bunyian dahulu sebelum tanda-tanda atau saimbologi (kaedah hafalan sebelum catatan) dan biarlah pelajar menyanyi dahulu sebelum mempelajari notasi muzik.

    x Mendidik pelajar dengan memberikan galakan kepada mereka supaya memerhati, mendengar, meniru, sereta membezakan bunyi-bunyi yang didengarnya itu dan menentukan dengan pengalaman atau usaha mereka sendiri sama ada bunyi-bunyi itu sama atau berlainan, dan seronok untuk didengar atau tidak. Perkara ini dilakukan dengan penerangan atau panduan yang pal;ing minimum daripada guru. Ini bererti pembelajaran yang aktif dan bukan yang berbentuk pasif. (kaedah penemuan kendiri).

    x Mengajar satu unsur muzik sahaja (melodi, harmoni, irama, ekspresi, bentuk, warna ton atau jalinan) pada satu ketika. Perkara ini harus dijalankan dengan teliti sebelum melakukan aktiviti gabungan dengan unsur muzik yang lain. Setiap pelajar harus mahir dan cekap dengan setiap unsur muzik tersebut melalui latihan yang mencukupi, sistematik dan berperingkat sebelum beredar kepada aspek yang berikut. (pembelajaran mengikut urutan).

    x Prinsip-psinsip dan segala teori harus diberi hanya selepas amalan praktik dijalankan Dengan itu pelajar akan dapat mengaitkan amalan praktik dan teori dengan usaha sendiri. (pembelajaran heuristik).

    x Pelajar harus diberi peluang yang mencukupi untuk mengkaji muzik dan membnuat latihan-latihan dengan elemen-elemen muzik melalui usaha sendiri supaya dapat dipraktikkan dalam seni muzik (kaedah pendekatan berkonsep).

    x Nama-nama not untuk nyanyian dan muzik instrumental harus diselaraskan. Nyanyian solfa tidak digalakkan.

    Kaedah-kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Muzik

    Contoh Peta Minda

    Kebanyakkan pendekatan-pendekatan pengajaran dan pembelajaran muzik tgelah diasaskan berdasarkan kepada Emile Jacques Dalcroze, Carl Orff, Shinuchi Suzuki, Zoltan Kodaly dan Edwin Gordon. Walau pun setiap pengkaedah muzik mempunyai latar belakang yang berbeza, tetapi setiap daripada mereka banyak memberi perhatian kepada

  • 79OUM

    TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK

    bagaimana konsep-konsep muzik hendak diperkenalkan kepada pelajar-pelajar. Diantara kelima-lima pendekatan itu, pendekatan Edwin Gordon boleh dikatakan lebih diberi keutamaan kerana mengunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara berperingkat atau sequential.

    Pendekatan Dalcroze, Orff, Kodally dan Gordon lebih memberikan penumpuan kepada pembelajaran untuk pengajaran muzik di sekolah rendah. Manakala Suzuki lebih menumpukan kepada pembelajaran muzik instrumental dan berkait dengan pembelajaran muzik untuk pelajar prasekolah.

    Pergerakan secara berirama dan tarian dengan aktiviti eurhythmic adalah merupakan pendekatan Dalcroze. Dengan itu, gerakan, improvisasi dan nyanyian solfa diberikan keutamaan dalam pendidikan muzik oleh Dalcroze. Bagi Dalcroze, perkembangan kebolehan muzik dikalangan pelajar boleh berlaku dengan baik tanpa tumpuan yang mengongkong dan formal kepada aktiviti-aktiviti muzik pada peringkat awal pelajar. Baginya aktiviti-aktiviti formal seperti latihan teori dan pembacaan notasi lebih melibatkan intelek sahaja. Oleh itu, Dalcroze telah banyak menggunakan gerak geri tubuh badan untuk menanam kefahaman dan menimbulkan kepekaan atau sensitiviti terhadap aspek-aspek muzik seperti irama, rangkai lagu, melodi dan bentuk atau struktur muzik dikalangan pelajar. Beliau berpendapat bahawa tubuh badan manusia mempunyai hubungan yang rapat dengan otak melalui satu sistem urat saraf atau otot-otot yang bagitu kompleks. Kajian dan penyelidikan dalam bidang neurologi telah banyak memberi bunkti kepada pendapat Dalcroze mengenai kaedah kinestetiks yang dinamakan eurhytmics.

    Pendekatan Carl Orff memberi penekanan kepada beranika jenis pengalaman muzikal. Satu unsur yang tersendiri dalam pendekatan Orff adalah kegunaan peralatan muzik yang direka atau dipilih khas untuk pendidikan muzik bagi pelajar. Sifat semula jadi kanak-kanak untuk bermain diberi makna sepenuhnya dalam pendekatan Orff. Ide-ide Dalcroze telah mempengaruhi Orff. Beliau telah mengaitkan muzik dengan gerakan dan pertuturan pelajar yang berirama (chants) dalam bukunya Orff Schulwerk. Orff berpendapat bahawa Irama bahasa/ lagu dan pergerakan secara spontan kesemuanya boleh bayak membantu pelajar supaya mempelajari dan memahami dengan lebih berkesan tentang konsep-konsep muzikal. Pelajar yang mempelajari muzik melalui pendekatan Orff diberi peluang yang mencukupi untuk mempelajari muzik dan melakukan improvisasi dengan muzik dengan cara penemuan sendiri.

    Pendekatan Orff boleh dibahagikan kepada empat komponen utama:

    (i) Imitasi (Mengajuk Balik) Berkait dengan perkembangan kemahiran-kemahiran asas dengan menggunakan pertuturan berirama dan juga irama badan. Irama badan yang dimaksudkan adalah melalui aktiviti-aktiviti bertepuk tangan, petik jari, menampar peha, hentak kaki dan sebagainya. Kesemua aktiviti ini boleh dilakukan besama pembelajaran nyanyian dan bermain alat muzik. Alat-alat genderang yang tidak berpic dan yang berpic (glokenspiel, xylofon, metalofon, simbal, dram, kerincing, loceng) banyak digunakan. Manakala alat melodi yang utamanya ialah rekoder.

    (ii) Eksplorasi (Fasa Cari Sendiri) Pelajar digalakkan supaya membuat eksperimen dengan bunyi-bunyi muzikal dan membuat gerakan dengan usaha sendiri.

    (iii) ImprovisasiPelajar digalakkan supaya melakukan improvisasi secara individu atau kumpulan dengan kesemua peralatan Orff. Pada mulanya hanya skel pentatonik disyorkan. Ia

  • 80OUM

    TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK

    dilakukan dengan mengeluarkan not-not tertentu pada peralatan genderang Orff yang berpic seperti xylofon dan metalofon. Cuma memainkan not tonik do dan not yang kelima soh kesemua not-not lain ditanggalkan. Alat xylofon yang lain pula hanya menggunakan skel pentatonik iaitu mengeluarkan not ke tujuh ti dan not keempat fah.

    Skel Pentatonik

    Skel pentatonik ialah skel yang mempunya lima ton.

    (iv) Creation (Mencipta) Pada tahap ini pelajar akan melakukan penciptaan dengan menggunakan bahan asas dari fasa-fasa diatas. Bahan itu digunakan untuk mencipta rondos, mini suites dan theme and variation. Diperingkat ini cerita pelajar dan puisi digunakan sebagai bahan muzikal untuk penciptaan muzik dengan menggunakan pertuturan berirama, gerakan, nyanyian dan permainan alat-alat muzik Orff.

    (v) LiterasiPada tahap ini pelajar akan belajar menulis dan membaca notasi muzik seperti sight singing, menulis corak iraa dan skor muzik.

    Kodaly telah mengasaskan satu pendekatan yang bagitu terkenal diseluruh dunia. Beliau telah merancang satu kurkulum muzik untuk kegunaan sekolah dimana pembelajaran muzik diadakan sebanyak empat hingga enam kali seminggu dari peringkat prasekolah hinggalah ke peringkat sekolah menengah Program muzik ini diaturkan secara berperingkat atau sequential dalam beberapa aspek pembelajaran muzik seperti nyanyian, latihan aural, notasi muzik dan permainan alat muzik. Kodaly telah memberi penekanan yang jelas kepada aktiviti membaca dan menulis notasi muzik dari peringkat awal lagi melalui aktiviti nyanyian semerta dan menurunkan melodi dengan notasi. Kegunaan isyarat tangan, latihan solfa tangga nada pentatonik dan nyanyian lagu rakyat secara a capella (nyanyian tanpa iringan alat muzik) .

    Pendekatan Suzuki pernah digelar pendekatan bahasa ibunda. Suzuki menamakan kaedanya talent education atau pendekatan bakat. Seperti pendekatan Orff, pendekatan Suzuki juga memerlukan alat-alat khas iaitu violin kecil. Ciri-ciri yang istimewa dalam pendekatan Suzuki termasuk penglibatan ibu bapa dalam proses pengajaran dan pembelajaran muzik secara individu. Suzuki juga berpendapat bahawa pendidikan muzik harus bermula dari peringkat awal kanakkanak dan pengajaran muzik perlu dimulakan dengan bermain secara menghafal rote playing sebelum menerima pembelajaran notasi formal note. Mendengar muzik secara berulang kali atau berkali-kali atau secara bertubi-tubi dianggap amat penting di dalam pendekatan Suzuki. Kebanyakan dari ciri-ciri asas dalam pendekatan Suzuki masih dikekalkan sehingga kini dalam situasi pengajaran dan pembelajaran muzik.

  • 81OUM

    TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK

    Latihan solfa isyarat tangan:

    Curwin Hand Signs

    The Kodly approach emphasizes the importance of learning how to sing on pitch. In the 18th century, Joh Spencer Curwin (England) developed hand signs to go with the solfege syllables (do re mi, etc.). Kodly integrated these hand signs into his teaching methods.

    Hand sings are a way of giving a physical placement for a vocal pitch. The low do begins at your midsection. Each pitch is then above the previous one. Thus, you have the hand signs going up when the pitch goes up. The upper do is at eye level.

    Pendekatan Edwin Gordon adalah berasaskan kepada hasil penyelidikan jangka panjang mengenai kandungan muzik dan turutan pembelajaran di peringkat sekolah rendah. Pendekatannya adalah bercorak formal berbanding kepada pendekatan Dalcroze, Orff, Suzuki atau Kodaly yang lebih berdasarkan kepada falsafah masing-masing. Gordon mengutamakan prinsip sound before symbol dimana keutamaan diberikan kepada pembelajaran permainan muzik tanpa notasi dahulu sebelum simbol-simbol muzik diperkenalkan. Bagi Gordon, pembelajaran muzik boleh berlaku dengan baik jika setiap pelajar dapat menguasai satu kebolehan yang digelar sebagai audiation iaitu satu proses mental yang membolehkan seorang manusia supaya mendengar muzik dalam akal fikiran tanpa rujukan mana-mana bunyi yang diakibatkan secara fizikal (sound vibration). Dengan itu punca bunyi dalam audiation adalah dari akal fikiran sendiri dan bukan dari persekitaran fizikal. Bahan dan strategi dalam pendekatan Gordon juga diatur secara

  • 82OUM

    TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK

    perperingkat mengikut teori-teori pembelajaran semasa. Aspek-aspek kognitif juga diberi keutamaan yang sama sengan aspek-aspek pembelajaran muzik yang lain. Dengan itu pelajar boleh membezakan irama, meter dan juga tonaliti selain dari menyanyi, bermain alat muzik, membaca notasi atau menghayati muzik.

    Latihan 5.1

    Berdasarkan pengetahuan anda bincangkan pendekatan Kodaly dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran muzik di sekolah.

    5.2 KONSEP MUZIK

    Muzik ialah bunyian yang disusun secara sistematikndan mempunyai kualiti tersendiri. Penghaslan muzik yang berkualiti mempunyai penyusunan konsep muzik yang betul dan terperinci. Konsep muzik merangkumi Irama, Melodi, Harmoni, Warna Ton, Tekstur, Bentuk dan Ekspresi.

    Unsur-unsur Muzik

    (a) Melodi

    Peta Minda Melodi

    Melodi mengandungi pic rendah, sederhana dan tinggi. Contohnya lagu Rasa Sayang.

    Pic adalah sesuatu bunyi yang tinggi atau rendah.

    Jeda ialah jarak pic di antara dua not. Contoh jeda iaitu do re mi (jeda tiga).

  • 83OUM

    TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK

    Skel ialah susunan lapan not dalam satu tanda nada dimainkan mengikut langkah tertentu. Contoh skel C major.

    Solfa ialah nyanyian pic menggunakan sebutan not C.

    Berikut adalah antara contoh-contoh skor muzik.

  • 84OUM

    TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK

    (b) Harmoni

    Peta Minda Harmoni

    Harmoni: Harmoni ialah gabungan dua atau lebih not yang dibunyikan bersama atau serentak. Gabungan not-not ini akan membentukkan kod. Kegunaan kod adalah untuk mengiringi melodi

    Triad: Gabungan tiga not maka terjadilah kod. Untuk membentuk triad not yang digunakan adalah not asas, not ketiga dan not kelima dari satu skel.

    Arpeggio: Not-not dalam sesuatu kod boleh dimainkan secara satu persatu, menaik atau menurun. Susunan not secara ini dinamakan arpeggio atau kod curai.

    Pergerakan kod: Apabila satu kod bergerak kesatu kod yang lain, ianya disebut sebagai pergerakan kod. Diantara pergerakan kod yang lazim digunakan adalah pergerakan kod I IV V. Kod-kod ini dinamakan sebagai kod primer.

    (c) Irama

    Peta Minda Irama

  • 85OUM

    TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK

    Irama : Gabungan pelbagai jenis nilai not muzik yang berbeza akan menghasilkan irama yang berbeza.

    Detik : Bit yang konsisten. Contoh denyutan jantung.

    Meter : Masa bagi muzik dikawal oleh meter yang ditulis seperti berikut

    2 3 4 2 6 4 4 4 2 8

    Angka diatas menunjukkan bilangan detik dan angka dibawah menentukan jenis detik.

    CorakIrama

    : Gabungan nilai not yang berbeza akan menghasilkan corak irama yang berbeza.

    Rentak : Corak irama tertentu yang digunakan untuk mengiringi nyanyian atau permainan alat. Contoh rentak masri.

    Tempo : Kelajuan sesebuah lagu atau muzik. Contoh allegro (cepat) moderato (moderate pace).

    (d) Ekspresi

    Peta Minda Ekspresi

    Ekspresi : Merupakan ciri muzikal yang mempengaruhi sesuatu persembahan vokal atau instrumental. Ciri muzikal ini ialah dinamiks, istilah dan tanda isyarat. Gabungan aplikasi ciri muzikal boleh menghasilkan interpretasi tersendiri.

    Dinamiks : Simbol-simbol yang berkaitan dengan bunyi kuat atau lembut dalam Muzik

  • 86OUM

    TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK

    P (piano) lembut (soft)

    F forte) Kuat (loud)

    Istilah : Tempo berkaitan dengan kelajuan dalam muzik

    Alla marcia

    berentak mac

    Andante

    sederhana cepat

    Allegro

    rancak dan cepat

    Coda ( )

    bahagian tambahan dalam sesuatu ciptaan

    Da capo (D.C)

    dari permulaan

    Dal Segno (D.S)

    dari tanda segno

    Fine

    tamat

    Moderato

    sederhana

    Segno

    tanda

    TandaIsyarat

    : Simbol-simbol yang digunakan dalam notasi muzik dengan maksud khusus. Contohnya:

  • 87OUM

    TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK

    (e) BentukKarya muzik mempunyai susunan struktur tersendiri. Karya yang mempunyai struktur dua bahagian dinamakan binari atau bentuk AB.

    Contohnya:

    x Penyusunan idea muzik dalam bentuk berikut: Bentuk dua bahagian Bentuk tiga bahagian

  • 88OUM

    TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK

    Bentuk rondo Bentuk strofik Bentuk tradisional

    (f) Warna Ton Bunyi mempunyai sifat dan kualiti tersendiri dan ini dinamakan warna ton dalam muzik. Contoh bunyi yang mempunyai warna ton yang berbeza ialah:

    x Suara lelaki dengan suara perempuan; x Suara perempuan dengan suara pelajar; x Suara orang menjerit dengan suara berbisik; x Tepukan tangan dengan petikan jari; x Ketukan batu dengan ketukan kayu; x Kicauan burung dengan salakan anjing; x Geseran gelas dengan ketukan kayu; x Paluan gong dengan gesekan biola; dan x Petikan gitar dengan tiupan trumpet Warna ton bagi bunyi berbeza, berdasarkan bahan pembuatan alat tersebut serta cara ianya dimainkan. Warna ton dalam sesuatu muzik adalah seakan-akan sama seperti warna ton dalam sesebuah lukisan. Perkataan yang digunakan untuk menerangkan warna ton bunyi ialah seperti lembut, kasar, nyaring, garau, halius, gekap, terang, ringan dan berat.

    Dalam nyanyian, suara perempuan boleh dikategorikan dalam dua jenis iaitu soprano dan alto. Manakala suara lelaki boleh dikategorikan dalam tiga jenis iaitu bariton, tenor dan bes. Setiap jenis suara ini mempunyai warna ton tertentu. Dalam nyanyian koir yang mempunyai pelbagai jenis suara, hasilan warna tonnya adalah menarik dan harmonis.

    Dalam permainan gabungan alat muzik seperti permainan orkestra terdapat alat tali, alat tiup brass, alat tiap kayu dan perkusi. Setiap alat mempunyai pembuatan dan cara mainan tersendiri yang boleh menghasilkan pelbagai warna ton. Begitu juga keadaannya dalam permainan ensemble alat tradisional di mana terdapat gabungan warna ton alat ketukan logam, alat ketukan kayu an alat tiupan buluh. Permainan yang mempunyai gabungan alat-alat seperti ini boleh menghasilkan warna ton yang menarik an indah didengar.

    (g) JalinanJalinan muzik merupakan satu ciri cara pemuzik mengadunkan bunyi muzik agar menjadi lebih menarik dan diminati ramai.

    Jalinan boleh dibahagikan kepada;

    x Monofoni x Homofoni x Polifoni

  • 89OUM

    TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK

    Jalinan Monofoni: Apabila muzik itu hanya pada melodi sahaja iaitu tanpa ada alat iringan atau hanya mempunyai satu bunyi sahaja. Tiada iringan (no accompaniment) Penggunaan satu alat muzik sahaja.

    Jalinan Homofoni: Apabila melodi diringi oleh alat muzikal yang berharmoni yang mempunyai kod. Seperti gitar, piano, organ dan sebagainya.

    Jalinan Polifoni: Apabila satu atau dua melodi dibunyiikan berterusan dengan menggunakan alat iringan.

    Aktiviti 5.1

    1. Nyatakan 5 contoh warna ton yang berbeza.

    2. Cuba hasilkan bunyi warna ton yang berbeza dengan menggunakan anggota badan seperti:

    x Bibir x gigi x Lidah x suara x Jari x tanganx Kaki

    3. Nyatakan 5 contoh warna ton yang berbeza.

    4. Cuba hasilkan bunyi warna ton yang berbeza dengan menggunakan anggota badan seperti:

    x Bibir x Gigi x Lidah x Suara x Jari x Tanganx Kaki

    5.2.2 Kemahiran Muzikal

    Untuk membina kemahiran menyanyi dan bermain alat muzik secara solo dan ensemble dengan teknik yang betul melalui aktiviti nyanyian dan bermain alat muzik bagi membolehkan pelajar mengalami, menuikmati dan menilai persembahan muzik serta mengamalkan nilai-nilai murni. Di bawah ini ianya telah dibahagikan kepada tiga komponen besar dalam pendidikan muzik.

    x Kemahiran Muzikal Nyanyian x Kemahiran Muzikal Muzik dengan gerakan x Kemahiran muzikal Permainan alat muzik. (a) Kemahiran Muzikal Nyanyian

    (i) Mengetahui dan membina teknik menyanyi berasaskan elemen-elemen berikut:

    x postur x pernafasan x sebutan x artikulasi

  • 90OUM

    TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK

    x ekspresi x penghasilan ton (register) x memfrasa

    (ii) Membina kemahiran menyanyi

    x Kemahiran Individu menyanyi pelbagai jenis lagu secara solo menyanyikan skel: jeda, arpeggio menaik dan menurun menyanyikan semula keratan lagu yang didengarkan menyanyi serta merta mengikut skor muzik

    x Kemahiran Ensemble menyanyi dalam ensemble vokal secara unison menyanyi secara ensemble vokal secra berharmoni dalam lapisan

    suara. Sporano, alto dan tenor.

    Mendengar secara aktif dan selektif (b) Kemahiran Muzikal Muzik dengan Gerakan

    x Bergembira bergerak dengan muzik x Melibatkan diri secara aktif x Mendengar secara aktif dan selektif x Melahirkan ekspresi diri melalui pergerakan x Memahami konsep muzik melalui pegerakan x Mengenali aspek budaya yang berkaitan dengan pergerakan dengan muzik x Meneroka dan menginterpretasi muzik melalui gerakan x Memupuk nilai yakin diri, disiplin diri dan daya estetika muzik.

    (c) Kemahiran Muzikal Permainan Alat Muzik

    x Bergembira bermain alat muzik x Melibatkan diri secara aktif x Mendengar secara aktif dan selektif x Bermain alat muzik secara muzikal dan terkawal x Memahami dan mengaplikasi konsep muzik dalam permainan alat x Mengenali alat muzik tradisional x Membuat improvisasi secara meneroka konsep muzik melalui aktiviti alat

    permainan

    x Memupuk nilai yakin diri, disiplin diri dan daya estetika muzik.

  • 91OUM

    TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK

    5.3 PENYAMPAIAN KONSEP MUZIK DALAM AKTIVITI MUZIKAL

    5.3.1 Nyanyian

    Bidang nyanyian memberi penumpuan dan penegasan kepada aspek postur, pendengaran, sebutan, pernafasan da eknik pengeluaran suara. Kegiatan ensemble vokal diadakan bagi memastikan penglibatan semua pelajar secara harmonis dan seimbang. Amalan nilai-nilai murni yang berkaitan dengan disiplin diri dan kerjasama diutamakan dalam kegiatan ensembel. Penerapan nilai-nilai murni juga dipupuk melalui lirik lagu terutama melalui lagu yang berunsur budaya tanah air masyarakat Malaysia. Konsep muzik yang ditegaskan dalam bidang nyanyian ialah melodi dan irama.

    Antara kegiatan yang diadakan adalah seperti berikut;

    (a) Mari Menyanyi (i) Menyanyi lagu yang digemari-lagu beraksi

    x lagu berentak tradisional x lagu pusingan dan x lagu suara berlapis

    (ii) Menyanyi secara spontan dan hafalan

    (iii) Menyanyi dengan menggunakan skor muzik

    (b) Menyanyi Secara Muzikal

    (i) Menyanyi lagu dalam pelbagai meter dengan memberi penegasan kepada tekanan dan latihan sebutan berirama

    (ii) Menyanyi pelbagai jenis lagu dengan memberi tumpuan kepada:

    x pic, tempo,corak irama, melodi; dan x ekspresi mengikut mud dan dinamik.

    (c) Teknik dan Cara Menyanyi

    (i) Membuat latihan vokal dengan memberi tumpuan kepada latihan skel dan warna ton

    (ii) Membuat latihan teknik menyanyi untuk mengenal bentuk kontur, urutan dan rangkai lagu dengan tumpuan kepada;

    x pernafasan x pengeluaran suara x artikulasi x sebutan, dan x postur.

  • 92OUM

    TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK

    (d) Meneroka dan Mengenal Muzik Nyanyian

    (i) Mendengar dan menyanyi dalam beberapa jenis jalinan suara seperti monofoni dan polifoni.

    (ii) Membuat pelbagai improvisasi dengan mengolah konsep muzik seperti pic, irama dan lirik seperti cara nyanyiannya.

    (iii) Mendengar dan menilai pelbagai jenis lagu dan nyanyian dari aspek;

    x Lirik; x Melodi; x cara menyanyi: dan x cara persembahan

    (iv) Mendengar secara bebas dan berpandu dengan memberi perhatian kepada konsep muzik dan jenis muzik vokal

    (v) Berbual mengenai sesuatu lagu dari segi cara hidup, alam sekitar, lagenda dan tokoh.

    (vi) Memberi respon mengikut lagu dari segi perasaan dan pengalaman diri.

    (vii) Mendengar dan mengenali pelbagai jenis lagu yang berunsur tradisional dan lagu dari negara lain.

    5.3.2 Muzik dengan Gerakan

    Muzik dengan pegerakan memberi peluang kepada pelajar menggunakan tubuh badan sebagi respon kepada muzik. Kegiatan dalam bidang ini mementingkan kesedaran penggunaan semua anggota badan untuk melahirkan ekspresi diri melalui rangsangan muzik yang didengar sambil memahami konsep muzik khususnya irama dan ekspresi. Terdapat lima jenis kegiatan pergerakan dengan muzik yang disusun mengikut perkembangan dari yang mudah kepada yang kompleks. Kegiatannya adalah seperti berikut:

    x Gerakan mengikut lirik lagu x Gerakan mengikut konsep muzik x Interpretasi muzik dengan gerakan x Gerakan bebas dengan muzik; dan x Gerakan yang menunjukkan cerita atau tema dengan muzik. Pergerakan ialah interpretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik. Terdapat empat unsur pergerakan iaitu;

    x Imbangan berat badan x Ruang x Masa x Daya/ aliran.

  • 93OUM

    TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK

    (a) Imbangan Berat Badan Faktur ini ada kaitannya dengan tenaga bila bergerak, tegang dalam otot dan pegangan. Bahagian anggota bawah badan (paras pusat ke bawah) mencerminkan tenaga kekuatan manakala bahagian anggota atas badan (paras pusat ke atas) mencerminkan keringanan. Pergerakan yang kuat memerlukan tenaga otot dan ketegangan otot tetapi pergerakan yang ringan memerlukan sedikit sahaja tenaga otot.

    (b) RuangPastikan ada ruang disekeliling angota badan. Dari satu tempat yang tetap kita boleh menggerakkan badan ke merata-rata arah dan aras tertentu. Ruang ini dinamakan lingkungan pergerakan. Pergerakan ini boleh dibuat mengikut cara-cara berikut:

    x Dari jauh menuju ke pusat badan x Dalam ruang yang ada mengelilingi badan, bergerak mengikut aras x Dengan kaki, tangan, dekat atau jauh dari badan. Apabila sesuatu pergerakan

    badan boleh dibuat dalam ruang, badan boleh membuat pelbagai bentuk seperti panjang, bulat, luas dan sebagainya

    Bila sahaja badan digerakan, ia bergerak ke kawasan umum. Beberapa pergerakan boleh dibuat dalam beberapa arah seperti ke depan, belakang, sisi, atas dan bawah. Aras tinggi boleh dicapai dengan menghulur, melonjak dan berguling di atas lantai.

    (c) MasaFaktur ini melibatkan pergerakan yang cerdas dan banyak apabila membuat sesuatu pergerakan. Tiap-tiap pergerakan menggunakan masa, pergerakan yang cepat menggunakan sedikit masa dan pergerakan yang lambat menggunakan banyak masa.

    Kederasan pergerakan itu atau punurutan pergerakan tidak semestinya berterusan. Had kederasanboleh dibentuk menjadi rentak. Kualiti masa boleh ditunjukkan dengan pergerakan kawal lambat atau serta merta.

    Mengawal kederasan pergerakan amat penting untuk mengelakkan kemalangan. Kebolehan mempercepat atau melambat, memberhenti atau memulakan sesuatu pergerakanserta merta sangat perlu untuk kawalan dan kemahiran dalam pergerakan.

    (d) AliranAliran pergerakan boleh dikawal atau bebas. Pergerakan terkawal ialah pergerakan yang boleh diberhentikan dengan mudah pada bila-bila masa sahaja.

    Pergerakan bebas susah hendak diberhentikan dengan serta merta. Aliran pergerakan dalam satu gerakan atau beberapa gerakan boleh berpanjangan atau terputus. Pergerakan yang berpanjangan boleh melicinkan gerakan itu.

    5.3.3 Permainan Alat

    Permainan alat muzik melatih pelajar dalam kordinasi mata, pendengaran dan psikomotor melalui penglibatan pelajar dalam kegiatan permainan alat muzik. Bidang ini menggalakkan pelajar meneroka dan mengeksperimen pelbagai aat muzik termasuk

  • 94OUM

    TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK

    pengunaan anggota tubuh badan mereka. Seterusnya kegiatan dalam bahagian ini memberi latihan asas untuk pendengaran secara selektif, teknik permainan alat dan kreativiti melalui improvisasi susunan bunyi. Pelajar berpeluang merasai hasilan bunyi melalui penglibatan mereka bermain alat muzik.

    Terkandung di dalam bidang permainan alat muzik ialah amalan bekerjasama yang berlaku didalam kegiatan permainan alat secara ensemble. Konsep muzik yang ditegaskan didalam permainan alat ialah corak irama, warna ton, melodi dan ekspresi. Kebanyakkan alat muzik yang digunakan didalam permainan alat secara ensemble ini iakah alat perkusi, melodian, rekoder dan pilihan beberapa alat tradisional tempatan yang didikirkan sesuai.

    RUMUSAN

    Topik ini lebih memberi pengetahuan tentang pengetahuan asas dalam muzik. Ianya merangkumi pengertian muzik, matlamat dan objektif pendidikan muzik di Malaysia. Beberapa pendekatan muzik yang menjadi panduan kepada guru untuk mengajar pendidikan muzik seperti Carl Orff, Dalcroze, Suzuki, Kodaly dan Gordon. Disamping itu penekanan terhadap konsep muzik yang hendak disampaikan juga diberi penerangan secara teliti berserta dengan aktiviti-aktiviti yang biasa dijalankan semasa berinteraksi dalam pengajaran dan pembelajaran. Terdapat tiga komponen bidang penting yang diberi tumpuan didalam mengajar pendidikan muzik iaitu bidang nyanyian, muzik dengan pergerakan dan permainan alat muzik.

    GLOSARI

    Monofoni Apabila muzik itu hanya pada melodi sahaja iaitu tanpa ada alat iringan atau hanya mempunyai satu bunyi sahaja. Tiada iringan (no accompaniment). Penggunaan satu alat muzik sahaja.

    Homofoni Apabila melodi diringi oleh alat muzikal yang berharmoni yang mempunyai kod. Seperti gitar, piano, organ dan sebagainya.

    Polifoni Apabila satu atau dua melodi dibunyiikan berterusan dengan menggunakan alat iringan.

    Komposisi Kebolehan mengubah lagu

    Kemahiranensemble

    Kemahiran bermain alat muzik secara kumpulan dengan pelbagai alat muzik.

    UJIAN 1

    1. Anda akan mengajar konsep tempo cepat dan lambat dalam bidang permainan alat muzik kepada pelajar tahun 2.

    2. Nyatakan langkah-langkah yang anda akan ambil dalam penyampaian konsep tersebut?

  • 95OUM

    TOPIK 5 PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK

    UJIAN 2

    1. Muzik dengan pergerakan merupakan satu cabang pendidikan muzik yang sangat diminati oleh setiap pelajar:

    (a) Nyatakan 2 unsur-unsur pergerakan yang diberi keutamaan dalam pengajaran dan pembelajaran muzik dengan pergerakan.

    (b) Bincangkan 3 jenis kegiatan muzik dengan pergerakan untuk pelajar sekolah rendah.

    RUJUKAN

    Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Sukatan Pelajaran Pendidikan Muzik SekolahRendah (Semakan). Kuala Lumpur: PPK.

    Loh, P. K. (1991). A Handbook of music theory. Kuala Lumpur: Penerbit Muzikal.

    Taylor. E. (1989). The AB guide to music theory, Part 1. Great Britain: Associated Board.

    Hargreaves, D. J., and Zimmerman, M. P. (1992). Development theories of music learning. In R. Colwell (Ed.), Handbook of Research on Music Teaching and Learning. NewYork: Schirmer Books.