118311678 sdp-topik-9-pendekatan-bertema

19
147 OUM TOPIK 9 PENDEKATAN BERTEMA TOPIK 9 PENDEKATAN BERTEMA PENGENALAN Pendekatan Bertema seringkali digunapakai untuk memenuhi keperluan pendidikan asas dalam perkembangan kanak-kanak. Program ini mantap dan efektif kerana ia menggabungjalinkan pelbagai perspektif budaya, pengalaman dan kepakaran artistic.Pendekatan ini sesuai dengan gaya pembelajaran, mencerminkan budaya dan minat murid dan guru. Tema bukan sahaja sebagai tajuk atau subjek tetapi tema meneroka pengalaman manusia dari segi pandangan atau perspektif dan seringkali boleh menimbulkan isu. Ia merupakan kandungan maklumat dan memberi peluang kepada pelajar untuk memindahkan maklumat kepada ilmu melalui proses individu. Tema memberi makna dan tujuan untuk pembelajaran. OBJEKTIF Pada akhir topik ini, anda akan dapat: 1. menyatakan tujuan pendekatan bertema; 2. menerangkan kelebihan pendekatan bertema; 3. menjelaskan isu-isu yang berkaitan dengan pendekatan bertema; 4. menjelaskan hubungjait tema dengan matapelajaran; dan 5. membincangkan 3 jenis tema. PETA MINDA

Upload: herney-aqilah-kay

Post on 05-Dec-2014

5.142 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: 118311678 sdp-topik-9-pendekatan-bertema

147OUM

TOPIK 9 PENDEKATAN BERTEMA

TOPIK 9 PENDEKATAN BERTEMA

PENGENALAN

Pendekatan Bertema seringkali digunapakai untuk memenuhi keperluan pendidikan asas dalam perkembangan kanak-kanak. Program ini mantap dan efektif kerana ia menggabungjalinkan pelbagai perspektif budaya, pengalaman dan kepakaran artistic.Pendekatan ini sesuai dengan gaya pembelajaran, mencerminkan budaya dan minat murid dan guru. Tema bukan sahaja sebagai tajuk atau subjek tetapi tema meneroka pengalaman manusia dari segi pandangan atau perspektif dan seringkali boleh menimbulkan isu. Ia merupakan kandungan maklumat dan memberi peluang kepada pelajar untuk memindahkan maklumat kepada ilmu melalui proses individu. Tema memberi makna dan tujuan untuk pembelajaran.

OBJEKTIF

Pada akhir topik ini, anda akan dapat:

1. menyatakan tujuan pendekatan bertema;

2. menerangkan kelebihan pendekatan bertema;

3. menjelaskan isu-isu yang berkaitan dengan pendekatan bertema;

4. menjelaskan hubungjait tema dengan matapelajaran; dan

5. membincangkan 3 jenis tema.

PETA MINDA

Page 2: 118311678 sdp-topik-9-pendekatan-bertema

148OUM

TOPIK 9 PENDEKKATAN BERTEMA

9.1 PENGENALAN

9.1.1 Pendekatan Bertema

Pendekatan bertema merangkumi koleksi bahan, aktiviti dan teknik yang disusun sekitar konsep atau tema. Ia merupakan alat pengelolaan yang memberi peluang kepada guru untuk menghubungkan antara mata pelajaran. Ini akan menghindari program yang tidak tersusun berpunca dari pelajaran harian yang tidak berkaitan. Unit pengajaran bertema juga membolehkan pelajar menghubungkan di antara pemahaman, sikap dan kemahiran termasuk juga bidang-bidang kurikulum.

Dalam mengorganisasikan sesuatu pelajaran menggunakan Pendekatan Bertema pelajar diberi peluang untuk meneroka, mengalami dan mencari peluang mengekspresikan sesuatu tema yang diterimapakai.

9.1.2 Pemilihan dan Penentuan Tema

Justeru itu, memilih tema merupakan langkah yang penting untuk memperkembangkan unit pembelajaran. Ini adalah kerana banyak masa dan usaha yang perlu diberikan untuk meningkatkannya. Terdapat banyak tema dan cara untuk mengkategorikan pendekatan itu. Di sini, disenaraikan panduan untuk memilih tema yang boleh meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran pelajar:

(a) Pemilihan tema yang perlu dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah seperti berikut:

berasaskan konsep

berasaskan kemahiran

berasaskan kandungan dan kemahiran

berfokus kepada isu

berfokus kepada projek

berorientasikan kajian kes

(b) Pemilihan tema perlu mempertimbangkan aspek-aspek berikut: (i) Boleh merentas semua matapelajaran

Tema yang dipilih hendaklah yang boleh digunakan kepada semua matapelajaran. Contoh: Tema Pokok. Untuk itu semua mata pelajaran boleh menggunakan tema ini. Dalam mata pelajaran matematik, pelajar boleh menggunakan aktiviti mengira beberapa batang pokok dalam satu-satu tempat. Manakala dalam matapelajaran muzik, pelajar akan menyanyikan lagu pokok dan membuat pergerakan seperti pokok bergoyang, pokok tumbang dan sebagainya.

Page 3: 118311678 sdp-topik-9-pendekatan-bertema

149OUM

TOPIK 9 PENDEKATAN BERTEMA

(ii) Bersesuaian dan berkaitan dengan dengan pengalaman dan kehidupan pelajarPastikan tema yang dipilh ada kaitannya dengan pengalaman dengan kehidupan diri pelajar. Ini akan memudahkan guru untuk membuat interaksi dan aktiviti seni dalam pendidikan dapat dijalankan dengan berkesan.

(iii) Bersesuaian dengan situasi, masa atau peristiwa Tema yang dipilih ini perlulah bersesuaian dengan keadaan situasi, masa dan peristiwa yang berlaku pada masa kini. Secara tidak langsungan dapat memudahkan pelajar membuat perkaitan antara perkara yang diajar dengan kedaan situasi yang sebenar.

(iv) Kemudahan untuk mendapatkan bahan dan sumber yang akan digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Beberapa justifikasi perlu ada dalam membuat pemilihan tema, terutamanya dari segi penyediaan kemudahan untuk memperolehi bahan dan sumber yang akan digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya guru dapat mengajar dengan menunjukkan contoh-contoh yang sebenar dan ’hands on’ tidak kepada guru Cuma bercerita sahaja tanpa memberi pengalaman langsung kepada pelajar.

.(v) Guru berminat terhadap tema yang dipilih

Guru hendaklah berminat dengan tema yang dipilih dan ini akan dapat memotivasikan dan mempertingkatan lagi penglibatan pelajar terhadap aktiviti yang dijalankan.

(vi) Pemeringkatan tema dari yang mudah kepada yang lebih mencabar Pastikan tema yang dipilih dapat disampaikan dalam pengajaran dan pembelajaran mempunyai aktiviti dan langkah-langkah pengajaran dari yang mudah kepada yang lebih mencabar.

9.1.3 Kelebihan, Kekuatan dan Isu/Cabaran

Tahukah anda terdapat kelebihan, kekuatan dan isu/cabaran dalam melaksanakan Pendekatan Bertema?

(a) Kelebihan Pendekatan Bertema kepada Pelajar adalah Seperti Berikut;

(i) untuk mewujudkan suasana yang menyeronokan dan kondusif dalam proses pengajaran dan pembelajaran

(ii) untuk menyemai daya imaginasi melalui penerokaan,

(iii) dapat meluahkan perasaan melalui pelbagai aktiviti berlandaskan pengetahuan dan pengalaman lalu,

(iv) dapat menghadapi cabaran

(v) dapat membuat pilihan yang sesuai dan relevan dalam kehidupan,

(vi) untuk memperbaiki kemahiran interpersonal dan intrapersonal

(vii) menyemai nilai empati ,harmoni dan pemahaman sesame insan yang pelbagai budaya

Page 4: 118311678 sdp-topik-9-pendekatan-bertema

150OUM

TOPIK 9 PENDEKKATAN BERTEMA

(viii) untuk membangunkan pembelajaran menyeluruh yang menghubungkait pengetahuan dan kemahiran

(b) Kekuatan

(i) pelajar berpeluang untuk meluahkan perasaan berdasarkan pengalaman verbal dan bukan verbal sama ada berbentuk pergerakan, imej visual, prop, bunyi dan muzik berasaslam tema yang diberi

(ii) persembahan akan menjadi lebih menarik melalui pelbagai aktiviti dan kreativiti yang tinggi

(iii) pelajar lebih berkeyakinan dan pembelajaran lebih menyeronokkan

(iv) berpeluang untuk menyemai dan mengaitkan idea-idea dan imaginasi baru

(v) dapat menilai kefahaman konsep melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan

(vi) dapat menghubungkait pengetahuan dan kemahiran

(c) Isu/Cabaran

(i) kecekapan guru di dalam pelbagai bidang mata pelajaran

(ii) untuk membentuk jaringan ahli dalam kumpulan

(iii) hasil pembelajaran berbagai dalam bidang mata pelajaran yang berbeza-beza

(iv) sukar untuk menilai skop pemahaman yang luas

(v) kesukaran untuk membuat penilaian kerana kebolehan yang berbeza

9.2 PENGHUBUNGKAITAN TEMA DENGAN MATA PELAJARAN

Pendekatan bertema adalah pengurusan pengajaran dan pembelajaran melalui satu topik atau tema yang dipilih berrsesuaian dengan masa, tempat, minat dan latar belakang pelajar.

Tema yang dipilih dijadikan sebagai bahan untuk menguasai sesuatu kemahiran seperti kemahiran bertutur, membaca, menulsi, asas matematik, berfikir dan emosi serta sosial. Selain itu pendekatan ini memberi peluang kepada pelajar meluaskan pengetahuan melalui tema yang dipilih.

9.2.1 Tema dengan Isi Kandungan Mata Pelajaran

(a) Bagaimana memilih tema yang sesuai untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran? Pemilihan sesuatu tema merupakan satu langkah yang penting dalam perkembangan sesuatu unit. Prinsip asas bagi penciptaan tema untuk improvisasi ialah mudah dan berfungsi. Tema wujud dalam kehidupan seharian. Pilih tema yang berkaitan dengan kehidupan seharian anda dan cuba terokai.

Page 5: 118311678 sdp-topik-9-pendekatan-bertema

151OUM

TOPIK 9 PENDEKATAN BERTEMA

Berikut adalah beberapa soalan yang boleh membantu anda untuk memilih tema.

Apakah konsep atau isu utama yang penting pada tema yang dipilih?

Apakah hasil pembelajaran yang sering ada pada setiap sukatan?

Apakah aktiviti-aktiviti yang boleh digunakan?

Bagaimanakah aktiviti-aktiviti ini dapat membantu pelajar berfikir?.

Mampukah pelajar membuat perkaitan yang signifikan di antara disiplin-disiplin yang lain?

Bolehkah tema yang dipilih itu menarik dan sesuai kepada pelajar?

Adakah bahan-bahan sumber mencukupi untuk mengajar unit ini?

(b) Cara menjalankan Pendekatan Bertema Ada beberapa cara yang berbeza untuk memperkenalkan unit ini: (i) Aktiviti K-W-L adalah satu teknik yang boleh digunakan oleh guru untuk

memperkenalkan pendekatan bertema.

K (know) --- Apa yang saya tahu tentang tajuk ini?

W (want) --- Apa yang saya ingin tahu tentang tajuk ini?

L (learn) --- Apa yang saya belajar dari tajuk ini?

(ii) Dapatan seorang pembentang untuk bercakap mengenai sesuatu tajuk seperti alam semula jadi, komunikasi, perakaunan, iklim, puisi dan lain-lain seperti sains, agama, moral, kemahiran hidup.

(iii) Cara yang mudah untuk memulakan sesuatu unit ialah dengan membacakan sebuah cerita kepada kelas

(iv) Tunjukkan gambar-gambar atau rakaman video untuk memulakan sesuatu unit- jika tajuk-tajuk itu tentang bunyi-bunyian sebuah kolej tentang gambar-gambar boleh dipamerkan di atas papan bulletin bagi menunjukkan pelbagai contoh mengenai manusia dan mesin yang berupaya mengajar atau menyatakan mesej.

(v) Mainkan sebuah rakaman atau kaset

(vi) Dedahkan pelajar mempelajari puisi contohnya bahasa dan muzik

(vii) Dedahkan pelajar membuat aktiviti pemerhatian contohnya sains dan matematik

(viii) Bawa bahan bantu mengajar contoh batu karang

Tema daripada mata pelajaran sains, matematik ,kajian tempatan dan bahasa boleh diajar dengan menggabungjalinkan muzik seni visual dan pergerakan bagi membolehkan pengalaman pengajaran dan pembelajaran menjadi satu proses yang bermakna. Kelebihan dan kekurangan

9.2.2 Tema dengan Kemahiran

Tema yang dipilih hendaklah merupakan tema yang dapat mempertingkatkan kemahiran diri pelajar. Terutamanya kemahiran 3 M (membaca, menulis dan mengira) yang menjadi

Page 6: 118311678 sdp-topik-9-pendekatan-bertema

152OUM

TOPIK 9 PENDEKKATAN BERTEMA

tunjang kepada falsafah pendidikan negara yang dapat memperkembangan tahap potensi pelajar yang menyeluruh dari segi intelek, jasmani, emosi, rohani dan sosialisasi .

9.2.3 Penggabungjalinan Aktiviti dengan Menggunakan Pendekatan Bertema

Berikut adalah peta minda penggabungjalinan aktiviti dengan menggunakan pendekatanan bertema.

Rajah 9.1: Penggabungjalinan pendekatan bertema

9.3 JENIS TEMA

Rajah 9.2: Peta minda jenis tema

Page 7: 118311678 sdp-topik-9-pendekatan-bertema

153OUM

TOPIK 9 PENDEKATAN BERTEMA

9.3.1 Tema-Persekitaran

Organisma hidup dengan persekitaran tidak dapat dipisahkan dan sentiasa berinteraksi di antara satu sama lain. Persekitaran merangkumi elemen fizikal dan sosial. Persekitaran fizikal yakni pelbagai bahan, ruang untuk bermain dan cukup masa mampu memberi kesan ke atas perkembangan kanak-kanak bermain. Persekitaran sosial dipengaruhi oleh gaya penjagaan ibu bapa, interaksi dengan rakan sebaya serta sokongan. Elemen –elemen fizikal dan sosial ini berinteraksi dengan tahap perkembangan kanak-kanak, pengalaman lalu, masa dan ruang perlindungan.

Dalam kajian permainan merentas budaya, mendapati permainan olok-olok akan menjadi lebih kompleks apabila kanak-kanak didedahkan dengan bahan dan alatan permainan yang mencerminkan persekitaran yang spesifik terhadap budaya dan berkaitan dengan pengalaman kanak-kanak.

Tiga elemen dalam persekitaran yang mempengaruhi organisma hidup adalah alam semula jadi, buatan manusia dan teknologi. Ekosistem akan mengimbangi alam sekitar supaya semua kehidupan hidup dengan berharmoni.Perubahan buatan manusia terhadap persekitaran seperti penerokaan hutan , tapak pembinaan perumahan dana lain-lain akan mengakibatkan kesan positif dan negative terhadap kehidupan manusia. Teknologi telah membawa perkembangan dan perubahan kepada manusia. Teknologi juga melahirkan dunia tanpa sempadan dan telah memperkenalkan konsep globalisasi. Dalam Seni, teknologi menawarkan cara untuk mencapai matlamat-matlamat artistik, cendiakawan, penghasilan dan persembahan. Teknologi yang menarik dan hebat mampu menarik minat dan memotivasikan murid-murid untuk melibatkan diri dalam bidang kesenian.

Rajah 9.3: Kesan penerokaan hutan

Page 8: 118311678 sdp-topik-9-pendekatan-bertema

154OUM

TOPIK 9 PENDEKKATAN BERTEMA

Rajah 9.4: Persekitaran hutan

Dalam pengajaran dan pembelajaran, tema berkaitan dengan persekitaran boleh digunakan untuk mempertingkatkan daya kreativiti dan kefahaman di kalangan murid. Tajuk ‘persekitaran’ boleh diajar melalui mata pelajaran lain seperti Muzik, Seni Visual dan Pendidikan Jasmani. Pada masa yang sama, tema berkaitan dengan persekitaran juga boleh digunakan untuk mengajar mata pelajaran lain seperti sains, bahasa, matematik dengan menggunakan mata pelajaran lain iaitu Muzik, Seni Visual dan Pendidikan Jasmani.

Berikut adalah satu contoh pelajaran Sains yang mengintegrasikan aktiviti-aktiviti Muzik, Seni Visual dan Pendidikan Jasmani:

Tajuk : Bahagian-bahagian pokok. Tema persekitaran : Hutan

Murid diperkenalkan tentang pokok-pokok yang terdapat dalam hutan melalui gambar, rakaman video, penerangan dan sebagainya. Selepas itu, murid diminta melakukan pergerakan berkaitan dengan pokok diiringi muzik yang dihasilkan dengan pelbagai alat perkusi.

Pergerakan : (a) Cara dahan-dahan bergerak semasa angin bertiup,

(b) Memungut daun-daun yang gugur pada aras yang berbeza tinggi, rendah, berterbangan.

Muzik : (a) Bunyi yang kuat --- pokok tumbang

(b) Bunyi yang lembut --- daun gugur,angin bertiup

Seni Visual : (a) Mewarna danmenggambarkan perasaan seperti gembira, marah dengan menggunakan sapuan berus dengan pelbagai warna.

Pelajaran diteruskan dengan aktiviti-aktiviti lain seperti penerangan dalam kumpulan, sumbangsaran tentang aktiviti yang telah dibuat.

Page 9: 118311678 sdp-topik-9-pendekatan-bertema

155OUM

TOPIK 9 PENDEKATAN BERTEMA

Rajah 9.5 : Menunjukkan alam semulajadi, buatan manusia dan

teknologi yang memberi kesan kepada persekitaran

Persekitaran- Alam Semulajadi Melalui persekitaran alam semula jadi adalah diharapkan agar murid-murid akan dapat mengetahui dengan lebih jelas tentang peranan dan kefahaman tentang persekitaran alam semula jadi yang meliputi segala aspek yang berada dipersekitarannya, tempat dan habitat semua hidupan tingal dan berinteraksi antara satu sama lain dalam ekosistem yang seimbang, mendidik masyarakat agar lebih peka dan bertanggungjawab dalam menangani isu-isu alam sekitar.dan memupuk rasa cinta terhadap alam sekitar kepada murid serta ini akan dapat membantu mempertingkatkan pengajaran dan pembelajaran.

Pernahkan anda bersiar-siar dihutan? Bayangkan anda berada disitu sekarang. Bolehkah anda merasakan kedamaian dan ketenangan persekitaran? Perhatikan flora dan fauna yang berlainan dikawasan tersebut. Cuba anda lakarkan jenis-jenisnya diatas sehelai kertas.

Bincangkan dalam kelas semasa sesi tutorial.

Kesimpulan dari perbincangan itu secara tidak langsung akan dapat membantu,

untuk mengesan bahagian-bahagian pokok (Sains)

mengeluarkan sati urutan bunyi berkaitan dengan persekitaran (muzik)

menunjukkan perasaan melalui sapuan berus dengan warna yang berbeza-beza (seni visual)

melakukan pergerakan lokomotor (pendidikan jasmani)

Persekitaran – Buatan manusia Disamping alam semulajadi, persekitaran buatan manusia juga memainkan peranan penting untuk itu persekitaran buatan manusia ini termasuklah, rumah, pembinaan bangunan, jentera pembinaan, perabot dan lain-lain lagi. Untuk itu pelajar akan dapat mengenalpasti

kesan bahan kitar semula

menghasilkan bunyi yang kuat dan lembut (muzik)

mendemontrasikan sapuan berus mengikut bunyi yang dikeluarkan di tapak pembinaan (seni visual)

Page 10: 118311678 sdp-topik-9-pendekatan-bertema

156OUM

TOPIK 9 PENDEKKATAN BERTEMA

mendemontrasikan pergerakan manipulatif menggunakan bahan-bahan kitar semula (pendidkan jasmani)

Persekitaran- Teknologi Tema yang terkandung dalam persekitaran- teknologi adalah bercorak globalisasi, dunia tanpa sempadan, komunikasi melalui internet, pelbagai jenis pengangkutan dan lain-lain. Tema ini boleh digunakan dalam mengajar topik-topik daripada mata pelajaran lain seperti bahasa, sain, kaijan tempatan dan lain-lain lagi.

Senaraikan jenis-jenis pengangkutan yang menggunakan teknologi moden. Cuba bayangkan dan menghasilkan bunyi-bunyi kenderaan dengan menggunakan pelbagai alat perkusi iringan dengan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor. Buat satu model kenderaan dalam bentuk tiga dimensi dengan menggunakan kotak, botol yang saiz dann warna yang berbeza. Cuba kaitkan model ini dengan ukuran seperti besar, kecil, lambat, berat dan ringan.

Sebagai rumusan kepada tema persekitaran membolehkan anda memahami konsep persekitaran bersama dengan kelebihan dan penggunaan elemen-elemen yang terlibat. Ia juga bertujuan untuk melahirkan kesedaran tentang kepentingan muzik, pergerakan dan seni visual dalam pengajaran dan pembelajaran mengenai p[ersekitaran contoh tajuk ”pokok” dalam matapelajaran sains, dan dalam mata pelajaran lain dengan menggunakan tema persekitaran contoh tema ”hutan” dalam menulis karangan. Tema persekitaran ini juyga dapat membantu anda untuk meneroka pergerakan kreatif, imej, bunyi serta membantu murid untuk meluahkan perasaan mereka secara bebas.

9.3.2 Tema dan Masyarakat

Masyarakat dapat dibahagikan kepada 3 kumpulan besar iaitu;

masyarakat zaman purba,

zaman batu dan

masa kini.

Manusia telah wujud sejak zaman berzaman lagi. Kita semua termasuk pelajar adalah mahkluk sosial dan berkongsi keperluan asas yang sama. Oleh itu kita perlu untuk dimiliki, rasa selamat, dikasihi, merasai kejayaan dan memperolehi pengiktirafan. Dalam masyarakat manausia, sosial dan budaya tidak dapat dipisahkan. Kita perlu bekerjasama untuk kepentingan masyarakat. Perhubungan sosial ini memberi ruang kepada mereka mencipta aktiviti-aktiviti untuk memenuhi masa lapang. Aktiviti-aktiviti ini diwarisi sejak turun temurun dan menjadi sebati dlam masyarakat sehingga menjadi budaya dalam masyarakat.

Kanak-kanak memulakan penghidupannya dengan dirinya sendiri kemudian berkembang kepada hubungan keluarganya lalu bergerak kepada kumpulan yang besar dalam masyarakat. Dalam hubungan ini kita perlu fleksibel dengan memberi pertimbangan tertentu kepada ciri-ciri kematangan sosial dan memikirkan bagaimana fenomena tersebut wajar ditangani dengan sebaik mungkin disemua peringkat perkembangannya.

Mari kita lihat situasi masyarakat yang memberi penekanan terhadap manusia, sosial dan budaya. Kanak-kanak tidak dapat hidup secara bersendirian. Mereka perlu bergantung

Page 11: 118311678 sdp-topik-9-pendekatan-bertema

157OUM

TOPIK 9 PENDEKATAN BERTEMA

kepada masyarakat. Banyak pihak perlu memberi sokongan – sebagai contoh pihak polis, pemandu bas, pegawai bank. Kanak-kanak mempelajari pelbagai peranan yang dimainkan oleh manusia dan mereka lakonkan peranan-peranan ini dalam kehidupan seharian mereka.

Setiap insan adalah penting dalam kehidupan dan persekitaran kanak-kanak. Setiap insan juga memainkan peranan untuk mewujudkan pelbagai lapisan masyarakat seperti pemungut sampah berperanan untuk memungut sampah, tukang kebun menjaga taman bunga, tukang masak memasak makanan dikantin, pemandu bas membawa kanak-kanak kesekolah. Selain interaksi sosial dalam masyarakat, budaya dan isu perkauman dapat mempengaruhi dalam pergaulan kanak-kanak.

Kebudayaan adalah cara kehidupan yang merangkumi pelbagai perbezaan mengikut latar belakang, keluarga dan individu. Kepelbagaian dan perbezaan menjadikan individu itu unik. Elemen-elemen kepelbagaian termasuklah umur, jantina, kebolehan, bangsa, status sosial agama, saiz dan perwatakan. Kepelbagaian dan perbezaan ini boleh menyeronokan dan mengecewakan dalam usaha kita mencari kehendak individu, minat dan kebolehan. Guru perlu memastikan bahan-bahan budaya yang pelbagaii boleh diperolehi untuk permainan kanak-kanak.

Latihan 9.1

Apakah yang anda faham tentang tema masyarakat dalam pendekatan bertema?

(a) Apakah Tujuan Pendekatan Bertema Masyarakat?

Pengajaran dan pembelajaran muzik, seni visual dan pergerakan akan memberi peluang kepada murid untuk mengembangkan daya kognitif, efektif dan psikomotor

Pendekatan bertemakan masyarakat akan membantu murid memilih dan memindahkan idea, mengolah, sintesis dan penghargaan.

Murid meng aplikasikan kemahiran seperti memilih dan memindahkan idea, mengolah, sintesis dan penghargaan untuk mengembangkan pengetahuan muzik, seni dan pergerakan dan penghasilan karya kreatif.

Murid memahami bahawa penghasilan dan tindakbalas membuat karya muzik, seni dan pergerakan adalah terjalin diantara persepsi analisis dan kritikan.

Pendekatan bertemakan masyarakat juga memberi peluang secara mendalam untuk memahami peranan yang dimainkan oleh muzik, seni dan pergerakan dalam kejayaan insan.

Murid memperolehi pendekatan yang mendalam terhadap nilai-nilai murni diri mereka dan nilai-nilai murni orang lain. Mereka juga dapat menhubungkaitkan muzik, seni dan pergerakan dengan nilai, kepercayaan dan kehendak manusia sejagat.

Mereka akhirnya dpat memahami bahawa kesenian setiap budaya adalah dipengaruhi oleh idea-idea estetik dan sosial, politik, ekonomi dan lain-lain.

Page 12: 118311678 sdp-topik-9-pendekatan-bertema

158OUM

TOPIK 9 PENDEKKATAN BERTEMA

Sesi pengajaran dan pembelajaran seni dalam pendidikan melalui pendekatan bertema msayarakat dengan pengetahuan budaya dan sejarah dapat membantu memainkan peranan dalam menyesuaikan diri secara berkesan.

(b) Menggabungkan Tema Masyarakat dengan Mata Pelajaran Lain Terdapat beberapa langkah penting dalam menggabungkan tema masyarakat dengan pelbagai mata pelajaran yang lain.

Menghayati tema masyarakat dengan beberapa cara untuk mencapai tujuan utama.

Pelajaran perlu dibuat secara bersepadu suapaya pelajar dapat menguasai pelbagai konsep dan kemahiran.

Menggunakan tema masyarakat untuk menggabungkan pembelajaran merentasi disiplin dan tindakbalas pengalaman melalui Seni Dalam Pendidikan.

Penghubungkaitan kurikulum adalah aktiviti yang terdapat dalam bidang kurikulum lain yang boleh berlaku secara serentak.

Contoh aktiviti: Pohon Keluarga Ini adalah di antara contoh-contoh aktiviti yang menggunakan tema masyarakat dalam pendekatan bertema. Pendekatan ini boleh digunakan dalam pengajaran konsep ”keluarga” dalam mata pelajaran lain.

Dalam pembelajaran sains, penghasilan pohon keluarga sebagai suatu projek dapat membantu pelajar memperolehi proses sains seperti memerhati, membuat inferens, berkomunikasi dan menginterpretasi data. Pohon keluarga dipamerkan sebagai gambarajah membentuk suatu persembahan grafik yang dapat berkomunikasi secara terus kepada pelajar pelbagai maklumat mengenai ahli-ahli keluarga dalam suatu cara yang ringkas, secara langsung dan mudah difahami.

Contoh: Kekeluargaan

Manusia tinggal dlam kumpulan keluarga yang berbeza

Setiap keluarga mempunyai sejarahnya tersendiri

Manusia menggunakan bahasa bertulis dan bahasa lisan untuk berkomunikasi

Keluarga mengajar mengajar kanak-kanak untuk menghargai sesuatu

Keluarga saling bantu-membantu.

Tema masyarakat menekankan tentang manusia, masyarakat dan budaya. Pembelajaran sosial yang bertepatan dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dapat membantu seseorang itu untuk meningkatkan tahap kesedaran dan untuk lebih mendalami tentang masyarakat bersama dan juga pengalaman disamping mengharrgai pelgai budaya yang wujud dalam masyarakat kita. Dengan itu pengalaman pelajar berdasarkan aktiviti sekitar Tema Masyarakat dapat membantu untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi muzik, pergerakan dan seni visual.

Page 13: 118311678 sdp-topik-9-pendekatan-bertema

159OUM

TOPIK 9 PENDEKATAN BERTEMA

Latihan 9.2

Berdasarkan contoh Kekeluargaan di atas bincang dengan rakan pemerhatian anda terhadap penyataan yang terdapat dalam tema masyarakat yang boleh digabungkan ke dalam kurikulum.

9.3.3 Tema Komunikasi

Komunikasi merujuk kepada perlakuan tindak balas seseorang atau lebih untuk menghantar dan menerima berita yang berlaku dalam konteks mempunyai kesan dan memberi sedikit peluang untuk maklum balas. Semua komunikasi berlaku dalam konteks yang mengandungi sekurang-kurangnya empat dimensi iaitu fizikal, budaya, psikologikal sosial dan temporal.

Konteks fizikal adalah persekitaran yang nyata dimana komunikasi berlaku seperti dalam bilik atau ruang legar atau ditaman. Konteks budaya pula merujuk kepada peraturan dan norma komunikasi, kepercayaan dan sikap yang dipindah dari satu generasi kepada satu generasi yang seterusnya. Konteks sosio-psikologikal pula merangkumi seperti contoh hubungan status dikalangan peserta, peranan yang dimainkan oleh manusia dan peraturan budaya sesuatu masyarakat dimana komunikasi berlaku. Manakala dalam konteks temporal ianya merangkumi masa dan tarikh serta silam semasa kemunikasi telah berlaku.

Mesej komunikasi terdapat dalam pelbagai bentuk. Anda boleh menghantar dan menerima mesej melalui sesiapa atau mana-mana kombinasi organ-organ deria. Walau pun anda biasanya memikirkan tentang mesej sebagai verbal, anda juga boleh berkomunikasi secara bukan verbal. Contohnya pakaian yang anda pakai, cara anda berjalan, berjabat tangan, mengangguk kepala, menyisir rambut, duduk dan senyum atau menghantar mesej. Kesemuanya mengenai anda berkomuniksi.

Komunikasi sering mendatangkan sedikit kesan ke atas seseorang atau beberapa orang yang terlibat semasa berkomunikasi. Sebagai contoh, anda boleh mendapat pengetahuan atau mempelajari bagaimana untuk menganalisa, membuat sintesis atau menilai sesuatu. Semua ini merupakan kesan intelektual atau kognitif. Anda mungkin boleh mendapat atau mengubah sikap, kepercayaan, emosi dan perasaan anda. Semua ini adalah kesan afektif. Anda mungkin akan belajar pergerakan badan yang baru seperti melontar bola atau mengecat lukisan serta perlakuan verbal dan bukan verbal yang sesuai. Ini merupakan kesan-kesan psikomotor.

Agaknya, dia

mengata akulah tu

Page 14: 118311678 sdp-topik-9-pendekatan-bertema

160OUM

TOPIK 9 PENDEKKATAN BERTEMA

Sistem mesej yang digunakan untuk berkomunikasi yang bermakna dengan orang lain. Sistem ini mengandungi aspek verbal dan bukan verbal.Bahagian verbal adalah bahasa- perkataan, frasa dan ayat-ayat yang hendak digunakan. Manakala bentuk bukan verbal merangkumi pelbagai elemen – hubungan ruang, orientasi masa, bahasa isyarat, ekspresi muka, gerakan mata, sentuhan dan variasi dalam kadar kelajuan dan nada pertuturan.

(a) Komunikasi Verbal Komunikasi verbal merupakan satu sistem penyampaian mesej yang dilakukan dalam bentuk bahasa-perkataan, frasa dan ayat-ayat.

(b) Komunikasi Bukan Verbal Bentuk bukan verbal megandungi pelbagai elemen- hubungan ruang, orientasi masa, bahasa isyarat, ekspresi muka, gerakan mata, sentuhan dan variasi dalam kadar kelajuan dan nada pertuturan.

Latihan 9.3

Apakah yang anda faham dengan istilah ”Komunikasi verbal”? Berdasarkan pernyataan dibawah yang manakah menunjukkan komunikasi verbal dengan betul.

Bil Pernyataan Ya Tidak

1. Memberi kuliah

2 Membalas surat rakan

3 Bercakap melalui telefon

4 Melukis gambar

5 Memberi khidmat kaunseling

6 Bermain bola keranjang

7 Bermain alat muzik

8 Mempersembahkan drama

9 Mengenyit mata

10 Berbisik

Strategi Pengajaran-pembelajaran Guna gamitan (gesture) atau pergerakan badan untuk berkomunikasi antara satu sama lain ketika memerhati haiwan.

Pada sekeping kertas, anda dikehendaki melukis pelbagai haiwan yang dilihat semasa mengembara dihutan.

Page 15: 118311678 sdp-topik-9-pendekatan-bertema

161OUM

TOPIK 9 PENDEKATAN BERTEMA

Aplikasikan teknik kolaj pada lukisan haiwan itu dengan mengkhusus pada jenis jalinannya sama ada jalinan tampak atau jalinan sentuh.

Seni visual

Minta pelajar meniru perlakuan haiwan berbeza yang mereka jumpa dalam hutan. Gunakan stail ”Ikut Macam Saya” agar pelajar menerima pengukuhan dalam konsep perbezaan antara haiwan.

Pergerakan

Dengan menggunakan badan tunjukan pergerakan berlainan yang dilakukan oleh haiwan yang berbeza: memanjat, merangkak, menyusur, berjalan perlahan dan melompat.

Sains dan pergerakan

Diatas lantai yang bertanda, semasa membuat pergerakan haiwan yang berbeza dengan iringan pelbagai tempo daripada instrumen perkusi pelajar mengikut ketua untuk menekap rupa-rupa geometri berikut:

Segi tiga sama

Segi empat sama

Segi empat tepat

Pentagon

Heksagon

Oktagon

Bulatan

Muzik dan matematik

Kelaskan haiwan yang anda jumpa. Guna tanda gundalan untuk menunjukkan bilangan haiwan yang anda telah kelaskan.

Matematik dan sains.

Lukiskan piktograf untuk menunjukkan haiwan yang berbeza berdasarkan ciri-ciri fizikal. Lukis ikon-ikon yang sesuai untuk mewakili haiwan yang berbeza untuk digunakan dlam membina piktograf.

Matematik - seni visual.

Contoh Pembelajaran Matematik Melalui Seni dalam Pendidikan

Tajuk Aktiviti: Teselasi

Objektif Pembelajaran: Pelajar akan diajar untuk;

1. memahami dan menggunakan perbendaharaan kata yang berkaitan dengan bentuk-bentuk dua matra (2M) dan

2. menghuraikan dan mengelaskan bentuk-bentuk 2-M yang biasa

Page 16: 118311678 sdp-topik-9-pendekatan-bertema

162OUM

TOPIK 9 PENDEKKATAN BERTEMA

Hasil Pembelajaran: Pelajar akan dapat:

1. menghuraikan ciri-ciri bentuk 2-M

2. menyusun bentuk 2-M dan

3. mencipta reka bentuk dengan bentuk-bentuk 2-M

Penilaian:

Matematik : Pelajar boleh mereka cipta teselasi dengan menggunakan bentuk-bentuk 2-M (seperti segiempat sama, segitiga, bulatan, segiempat tepat, bintang)

Seni Visual : Mereka cipta corak teselasi/mereka cipta corak dengan menggunakan bentuk 2-M (seperti seperti segiempat sama, segitiga, bulatan, segiempat tepat, bintang)

Pergerakan : menggunakan isyarat atau gerakan badan untuk menunjukkan bentuk-bentuk 2-M seperti segiempat sama, segitiga, bulatan, segiempat tepat, bintang.

Muzik : nyanyi lagu berjudul ”shapes” sama ada secara individu atau berkumpulan.

ICT : guna perisian komputer (ms paint) untuk melukis dan membuat reka bentuk 2-M/teselasi.

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Permulaan/Warm up 1. Guna isyarat atau pergerakan badan untuk berkomunikasi di anatara satu sama lain

tentang bentuk 2-M yang dapat dilihat dalam kehidupan seharian seperti bentuk dan corak dalam kain, kain langsir, kertas pembungkus.

matematik & pergerakan

2. Secara individu atau dalam kumpulan sepuluh orang, pegang tangan dan membentuk formasi untuk menunjukkan bentuk-bentuk 2-M seperti seperti segiempat sama, segitiga, bulatan, segiempat tepat, bintang sambil menyanyikan lagu ”shape” dibawah.

Matematik, Muzik dan pergerakan

Page 17: 118311678 sdp-topik-9-pendekatan-bertema

163OUM

TOPIK 9 PENDEKATAN BERTEMA

Rajah 9.6 : Skor lagu ”Shapes”

Rajah 9.7: Contoh isyarat dan pergerakan badan untuk membuat bentuk-bentuk

Page 18: 118311678 sdp-topik-9-pendekatan-bertema

164OUM

TOPIK 9 PENDEKKATAN BERTEMA

Rajah 9.8: Contoh teselasi

RUMUSAN

Topik ini membantu anda memahami pendekatan bertema dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan tema serta dapat membantu pelajar untuk meningkatkan tahap kefahaman dan kesedaran untuk lebih mendalami tentang tema-tema yang ada serta dapat membantu untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi muzik, pergerakan dan seni visual.

GLOSARI

Gamitan – Gesture (pergerakan badan)

Teselasi – Puzzles

UJIAN 1

1. Senaraikan 5 cara memulakan pelajaran menggunakan pendekatan bertema untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar.

2. Huraikan bagaimana 5 cara itu dapat memberi kesan dan mempengaruhi sesi pengajaran dan pembelajaran anda.

Page 19: 118311678 sdp-topik-9-pendekatan-bertema

165OUM

TOPIK 9 PENDEKATAN BERTEMA

UJIAN 2

1. Nyatakan dan berikan contoh-contoh bentuk-bentuk mesej komunikasi?

2. Apakah tujuan pendekatan bertemakan masyarakat?

3. Bagimanakan untuk menggabungkan tema masyarakat dengan mata pelajaran lain.

RUJUKAN

Dauer, V. P. & Prangrazi R. P. (1989). Dynamic physical education for elementary school children. New York: Macmillan Publishing Company.

Edwards, L. C. (1997). The creative arts: A process approach for teachers and children.New Jersey: Prentice Hall.

Freeland, K., & Hammond, K. (1998). Curriculum for Integrated Learning: A Lesson Based Approach. New York: Delma Publishers.

Goldberg, M. R. (1992). Expressing and assessing understanding through the arts in ph delta kappan. April, pp. 619-623.

Salmah, Ayob. (1994). Aktiviti-aktiviti pergerakan kreatif panduan pengajar. Petaling Jaya: Flo Enterprise Sdn. Bhd.

Salmah, Ayob. (1998). Pergerakan kreatif dan pendidikan. Petaling Jaya: Flo Enterprise Sdn. Bhd.