sajak asap

3
Sajak “Asap” Asap, mengapakah bisamu memedihkan mataku menangis - tanpa sebab? Asap, mengapakah rongga-ronggamu semakin lama semakin membesar dan aku tenggelam lemas tanpa airnya? Asap, hanya satu jantungku ini telah kaurampas berjuta-juta yang lain tua dan muda tanpa belas. Asap. tidak dapat kurasai dengan sentuhan tetapi bahangmu cukup memusnahkan segala tanpa apinya Maksud sajak. RANGKAP 1: Penyair tertanya-tanya tentang asap yang memedihkan matanya hingga membuatkannya menangis. RANGKAP 2: Penyair ingin tahu sebab kewujudan asap semakin besar menyebabkan dirinya hampir lemas. RANGKAP 3: Asap telah menyebabkan jantungnya mengalami kesesakan. RANGKAP 4: Asap tidak boleh disentuh,tetapi bahangnya walaupun tanpa api boleh memusnahkan.

Upload: umaimah-othman

Post on 07-Feb-2016

33 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sajak

TRANSCRIPT

Page 1: Sajak Asap

Sajak “Asap”

Asap,mengapakahbisamumemedihkan matakumenangis - tanpa sebab?

Asap,mengapakah rongga-ronggamusemakin lama semakin membesardan aku tenggelam lemastanpa airnya?

Asap,hanya satu jantungku initelah kaurampasberjuta-juta yang laintua dan mudatanpa belas.

Asap.tidak dapat kurasaidengan sentuhantetapi bahangmu cukupmemusnahkan segalatanpa apinya

Maksud sajak.

RANGKAP 1:Penyair tertanya-tanya tentang asap yang memedihkan matanya hingga membuatkannya menangis.

RANGKAP 2:Penyair ingin tahu sebab kewujudan asap semakin besar menyebabkan dirinya hampir lemas.

RANGKAP 3:Asap telah menyebabkan jantungnya mengalami kesesakan.

RANGKAP 4:Asap tidak boleh disentuh,tetapi bahangnya walaupun tanpa api boleh memusnahkan.

Page 2: Sajak Asap

Tema

Temanya tentang alam sekitar, iaitu menceritakan kesan pencemaran alam terhadap manusia persekitaran. Hal ini dapat menyedarkan murid tentang pentingnya memelihara alam sekitar.

Persoalan sajak.

1.       Kesan kebakaran yang memudaratkan.Kebakaran boleh memudaratkan kepada manusia,haiwan dan alam sekitar.

2.       Asap boleh menyebabkan sesak nafas.Kesan asap kepada manusia yang boleh menyebabkan manusia sesak nafas

3.       Asap boleh menyebabkan sakit jantung.Kesan asap rokok kepada manusia yang boleh menyebabkan manusia menghidapi penyakit jantung tanpa mengira tua atau muda

4.       Asap boleh menyebabkan bumi menjadi panas.Kesan asap kepada alam yang boleh menyebabkan bumi mengalami peningkatan suhu.

Nilai1.       Nilai sayang akan alam sekitar 2.       Nilai menghargai kesihatan diri 3.       Nilai berhati-hati

Pengajaran1.       Kita hendaklah sayang akan alam sekitar 2.       Kita hendaklah menghargai alam sekitar 3.       Kita hendaklah berhati-hati terhadap api

Bentuk sajak

Bilangan rangkap 4 rangkapBilangan baris serangkap 5 hingga 6Jumlah kata sebaris 1 hingga 4Jumlah suku kata 2 hingga 11Pola rima akhir Rangkap 1 : a, b, c, c, d

Rangkap 2 : a, b, c, d, eRangkap 3 : a, b, c, d, eRangkap 4 : a, b, c, d, d

Page 3: Sajak Asap

Gaya bahasa

Jenis gaya bahasa ContohAnafora Tanpa airnya (R2 B5)

Tanpa airnya (R3 B6)Tanpa apinya (R4 B6)

Sinkope Mataku (R1 B4)Pesonafikasi Hanya satu jantungku ini kau rampas (R3 B2,3)Asonansi Tidak dapat kurasai (R4 B2)Aliterasi Semakin lama semakin membesar (R2 B3)