sajak

5
Masyarakat Madani Tanpa Dadah Tingkatkan kesedaran Kepada setiap bani insan Bahaya dadah angkara syaitan Merosakkan kehidupan Tarafmu begitu hina Kehadiranmu membawa petaka Hanyalah pemusnah bangsa Masyarakat kian binasa Dadah… Kau adalah racun Yang membunuh jiwa insan Membawa derita sengsara Memamah jasad manusia Keseronokan hanya seketika Khayalan sebentar cuma Hidup di dunia tidakkan ceria Di akhirat sana… kan mendapat seksa

Upload: ahmadi-abidin

Post on 11-Nov-2015

10 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sajak

TRANSCRIPT

Masyarakat Madani Tanpa Dadah (2008)

Masyarakat Madani Tanpa DadahTingkatkan kesedaranKepada setiap bani insanBahaya dadah angkara syaitanMerosakkan kehidupanTarafmu begitu hina

Kehadiranmu membawa petakaHanyalah pemusnah bangsaMasyarakat kian binasa

Dadah Kau adalah racunYang membunuh jiwa insanMembawa derita sengsaraMemamah jasad manusia

Keseronokan hanya seketikaKhayalan sebentar cumaHidup di dunia tidakkan ceria

Di akhirat sana kan mendapat seksaDadah Kau adalah durjanaImaginasi dusta di alam nyataMembawa rasa kesedihanBerakhir di laman kematianMalam MalamSemalam,Kulihat dia di lorong tenat,Bersama sahabat seneraka yang hebat.Sedekad malam lalu,Mampir langkahku,

Ini zaman karma yang lapar kepada nafsu,Aku dan dia persis satu nyawa,Bermalam-malam ganjaku tersisip hina,Bermalam-malam syabuku terselit dina,

Aku mayat hidup di bumi Malaysia,Disumpah masyarakat Asia hingga Andalusia,Disisih Tuhan Maha Esa,Membuatkan ibadatku sia-sia.Kerana dadah malamku nanah berdarah,Dan kerana dadah aku jadi padah,Semuanya sudah tidak terarah,Hilang maruah,Cukuplah,Aku bukan lagi penyembah,Tunduk segalanya tanpa sanggah.DADAH DURJANADadahTika dulu kau bagai penawarMengukir sejarah di bidang perubatanPenyelamat nyawa tika kesakitanNamun kiniMartabatmu begitu hinaHadirmu bak najis semataKau hanyalah pemusnahGenerasi duniaDadahKau umpama racun yang mengalirDalam pembuluh darahBagai jarum yang ditusuk hingga ke tulangBangsaku,Bangunlah dari lenamu,Lontarkan semua mimpi-mimpi palsumu,Jangan biarkan dadah durjana,Memimpin hidupmu.Bangsaku,Marilah bersama-samaku,Membangun sebuah Negara,Tanpa, Dadah durjana.