rumusan chapter f 2015 oleh dzulfaqar hashim
Embed Size (px)
TRANSCRIPT

RUMUSAN
CHAPTER F
2015 11 Jam Seminar kepada 1 eBook ringkas
Rumusan padat ini disediakan oleh
Dzulfaqar Hashim

Terima kasih kerana berminat dan terus download.
Ini adalah rumusan dari saya sendiri setelah menghadiri
seminar Chapter F 2015 lepas.
Saya nak minta tolong boleh?
minta tolong sangat supaya anda baca, hadam dan TERUS
PRAKTIK ilmu baru dalam rumusan ni.
Jangan baca, kemudian tak buat apa-apa.
Boleh?
Sekiranya rumusan saya ni SALAH dan tak boleh diguna
pakai, PM saya dan saya akan betulkan.
Saya tak nak sebarkan ilmu sesat kat orang. :p

Sebelum tu, izinkan saya perkenalkan diri saya dulu. Nama
saya Dzulfaqar Hashim. Saya bekerja sebagai Digital
Marketing Executive di salah sebuah syarikat education &
event terbesar di Malaysia.
Seorang anak kepada keluarga yang tak berada, datang
dari kampung ke bandar hanya bercita-cita nak ubah
hidup diri, hidup keluarga.
Saya Founder kepada Bumbu Studios, sebuah syarikat
Multimedia, Marketing dan Training.
ALHAMDULILLAH
Saya dah bantu ramai usahawan kecil dan sederhana
mengembangkan bisnes mereka dengan kepakaran saya
dan tim (team) saya selama beberapa tahun ini.
Teruskan bacaan...

PENTING: “Kenapa rumusan ini ditulis? diberi percuma
pulak tu?”
Saya join seminar ni dengan tiket VVIP dan dapat harga
yang sangat murah. Jadi, saya rasa tanggungjawab saya
untuk kongsikan kepada orang lain yang berminat tetapi
tak dapat hadir waktu tersebut...
OK. Straight to the point...
Apa tu CHAPTER F?
Chapter F ialah senarai 7F dalam pemasaran yang
digabungkan menjadi 1 CHAPTER khusus dan terus
dinamakan sebagai Chapter F.

Senarai 7F tu adalah;
1. FOLLOW RULES
Facebook ada beberapa rules (peraturan). contohnya,
jangan masukkan text dalam gambar fb ads lebih dari 20%,
jangan guna ayat "dewasa" dan lain-lain lagi.
Jadi, mesti ikut apa sahaja peraturan FB sediakan ya?
2. FORMATION
Bila nak buat marketing, mesti ada formation dia, strategi
dia, jangan main hentam je.
Contohnya, guna headline yang bagus, gambar yang
menarik, Call to Action yang sesuai.
3. FORMULA
CTR - ROI - NET PROFIT
Ini formula yang anda semua mesti perhatikan bila
membuat iklan. Tolong jangan abaikan!

Apa nak buat bila CTR rendah sangat, berapa ROI dari
jumlah semua sales...
4. FAST ACTION
Bertindak cepat! Jangan tunggu lama2.
Contohnya kalau orang dah PM tu, reply cepat2. masa tu
prospek tengah berkobar2 minatnya terhadap produk
anda!
5. FAN ENGAGEMENT
Sentiasa rapat dengan fan kita. Kalau mereka ada
pertanyaan, kita jawab. biar terjalin ikatan dan
kepercayaan antara penjual dan audien.
6. FOCUS
Sifu Jamal mengambil berat hal fokus dalam bisnes ni.
Jangan sesekali hilang fokus. kalau anda jual produk A,
fokus sampai berjaya dulu, lepas tu baru mula produk B
pulak.

7. FLEXIBLE
Gunakan sekali Instagram, Website, emel dan whatsapp
dalam pemasaran. Contohnya, simpan database client2
kita.
Seterusnya....
Sifu Jamal ada kongsikan mengenai Teknik O.R.E.N beliau.
Dia juga beritahu yang ramai student elite beliau buat sales
beratus ribu hanya guna teknik ini sahaja, teknik O.R.E.N.
Apa benda O.R.E.N ni?
Mengikut dari sifu Jamal, O.R.E.N ialah
OPTIMIZE the RESULT for EMOTION to create
NGAGEMENT (ngagement? :p)

Bahasa mudahnya ialah buat 1 iklan yang beremosi untuk
hasilkan hubungan/ikatan dengan audien. Macam mana tu
ye?
Banyak topik yang beliau ajarkan... Antaranya;
#1. Boleh ubah testimoni supaya lebih menarik.
#2. Gunakan video bawah 2 minit jika anda buat iklan
video.
#3. Gunakan huruf besar sebagai headline ayat iklan.
#4. Gambar screenshot testimoni bersebelahan gambar
customer.
dan banyak lagi lah...
Teruskan bacaan...

Bukan itu je, Sifu Jamal ada bagi BONUS kepada kami, iaitu
TEKNIK REMPIT OREN.
Teknik ni boleh bagi hasil yang BESAR dan CEPAT iaitu
dengan menggunakan 3 elemen;
#1. SOCIAL PROOF
#2. EMOTION
dan ketiga adalah NGAGEMENT.
#Social proof tu ada 3 faktor iaitu ramai yang LIKE, ramai
KOMEN, dan ramai juga SHARE post di fanpage anda.
Orang like post anda tak pelik lagi, tapi bila orang ramai
komen, ini yang ajaib!
Menurut Sifu Jamal, teknik ni boleh dapatkan PULUHAN
RIBU komen di post anda tersebut dalam masa singkat.
ini WOW!

#Emotion tu ialah bermain dengan emosi bila buat iklan.
tak kisah lah iklan tu gambar ke, video ataupun text. sebab
100% orang membeli sebab emosi.
#Engagement ialah hubungan/ikatan anda antara fan
anda. Cuba tanya mereka soalan, buat survey, reply komen,
ucap terima kasih, share tip dan lain2.
Sifu Jamal ada kongsikan 1 template ayat iklan teknik
rempit oren ni dalam Workbook kami. Anda nak?
Guna sebijik sama macam template, cuma tukar nama
produk anda je.
“Yang penting sekali, jangan berharap kat 1 platform je.
Guna semua, buat integration marketing.”
Teruskan bacaan anda...

Sifu Jamal bukan sahaja kongsikan tentang Facebook
Marketing, dia juga kongsikan mengenai
#1. Rahsia Emel Marketing
#2. Teknik Squeeze page marketing
#3. Sales letter marketing
#4. Bagaimana nak bina kepercayaan antara anda dan
prospek
#5. Cara tepat nak baca CTR, ROI dan NET PROFIT
#6. Paparan iklan yang mana satu tinggi conversion rate
dia, yang mana satu murah kosnya
#7. tips dan teknik buat testimoni yang terbukti berkesan
#8. Cara berkesan tukar Conversion rate dari rendah
kepada tinggi
dan banyak lagi yang mana saya akan kongsikan
SEMUANYA.
INSYAALLAH

Saya tak sempat nak kongsikan dalam rumusan kali ini,
tapi saya akan kongsikan dalam rumusan khas seterusnya,
tips dan teknik 1 hingga 8 di atas. Berminat tak?
Bukan kena bayar pun. Saya nak kongsikan ilmu yang saya
dapat.
Saya doakan anda berjaya dalam hidup, dalam bisnes dan
memanfaatkan ilmu kepada orang lain juga seperti saya
buat ini.
Itu sahaja rumusan saya kali ni. Terima kasih sebab baca
sampai habis.
Ikhlas dari kawan anda,
Dzulfaqar Hashim
www.sifu.im
p/s: Anda dapat eBook ini daripada rakan?
Masukkan nama dan emel anda kat sini kalau nak
dapatkan eBook seterusnya. www.sifu.im/chapterf