hashim jonet

8
288 HASHIM JONET (HASHIM Chargeman) BIODATA Hashim bin Jonet atau popular dengan panggilan Hashim Chargeman atau Yop Hashim dilahirkan pada 3 April 1939 di Telok Anson (Teluk Intan), Perak. Anak jati Perak ini lulus Pangkat III dari Sekolah Kebangsaan Sungai Pulau, Hutan Melintang, Telok Anson, Perak. Hashim juga ialah lulusan dari Junior Technical Trade School, Ipoh. Sebelum berkhidmat di FRI, Hashim telah memulakan tugas sebagai Aprentis di Jabatan Parit dan Tali Air pada 21 Mac 1961 dengan bayaran gaji harian RM3.76 sehari. Namun pada 1 Oktober 1963 taraf perjawatan beliau telah ditukar kepada gaji bulanan dengan kadar bayaran gaji sebanyak $108 sebulan. Jawatan Hashim ketika itu ialah 5. Pada 1 Mei 1971 telah dinaikkan pangkat sebagai 4, Tukang Kadar Biasa, Kumpulan III. Yop Hashim mula berkhidmat dengan IPP (FRI) Kepong pada 1 Ogos 1972 (Gaji permulaan $450 sebulan). Jawatan pertama Hashim di FRI ialah Penjaga Jentera Tingkatan II Kumpulan III Jenis ‘K’. Hashim telah dinaikkan pangkat daripada penjaga Jentera Tingkatan II kepada Penjaga Jentera Tingkatan I pada 1 Jun 1978 (gaji $670 sebulan). Melalui penyusunan semula struktur baru Perkhidmatan Teknikal pada 1 November 1989, jawatan Hashim telah ditukar daripada Tukang K2 Tingkatan Tertinggi ke jawatan Tukang K2 Tingkatan Kanan. Hashim bersara wajib pada 5 April 1994 pada umur 55 tahun. Jawatan terakhir disandang ialah Tukang K2 Gred R2. Hashim telah mendirikan rumahtangga dengan Rokiah Hassan pada tahun 1966 dan dikurniakan empat orang anak cahaya mata. Kini Hashim telah memiliki seramai 11 orang cucu. Alamat rumah Hashim ialah di No. 286, Jalan 2/6 Taman Ehsan, Kepong Selangor dan boleh dihubungi dengan nombor telefon 013-3084433. Hashim menerima kunjungan Hj Rahman Bakar, kakitangan jagaannya yang baru kembali dari Mekah

Upload: nguyenmien

Post on 15-Jan-2017

263 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Hashim Jonet

288

HASHIM JONET(HASHIM Chargeman)

BIODATA

Hashim bin Jonet atau popular dengan panggilan Hashim Chargeman atau Yop Hashim dilahirkan pada 3 April 1939 di Telok Anson (Teluk Intan), Perak. Anak jati Perak ini lulus Pangkat III dari Sekolah Kebangsaan Sungai Pulau, Hutan Melintang, Telok Anson, Perak. Hashim juga ialah lulusan dari Junior Technical Trade School, Ipoh.

Sebelum berkhidmat di FRI, Hashim telah memulakan tugas

sebagai Aprentis di Jabatan Parit dan Tali Air pada 21 Mac 1961 dengan bayaran gaji harian RM3.76 sehari. Namun pada 1 Oktober 1963 taraf perjawatan beliau telah ditukar kepada gaji bulanan dengan kadar bayaran gaji sebanyak $108 sebulan. Jawatan Hashim ketika itu ialah 5. Pada 1 Mei 1971 telah dinaikkan pangkat sebagai 4, Tukang Kadar Biasa, Kumpulan III.

Yop Hashim mula berkhidmat dengan IPP (FRI) Kepong pada 1 Ogos 1972 (Gaji permulaan $450 sebulan). Jawatan pertama Hashim di FRI ialah Penjaga Jentera Tingkatan II Kumpulan III Jenis ‘K’.

Hashim telah dinaikkan pangkat daripada penjaga Jentera Tingkatan II kepada Penjaga Jentera Tingkatan I pada 1 Jun 1978 (gaji $670 sebulan). Melalui penyusunan semula struktur baru Perkhidmatan Teknikal pada 1 November 1989, jawatan Hashim telah ditukar daripada Tukang K2 Tingkatan Tertinggi ke jawatan Tukang K2 Tingkatan Kanan. Hashim bersara wajib pada 5 April 1994 pada umur 55 tahun. Jawatan terakhir disandang ialah Tukang K2 Gred R2.

Hashim telah mendirikan rumahtangga dengan Rokiah Hassan pada tahun 1966 dan dikurniakan empat orang anak cahaya mata. Kini Hashim telah memiliki seramai 11 orang cucu. Alamat rumah Hashim ialah di No. 286, Jalan 2/6 Taman Ehsan, Kepong Selangor dan boleh dihubungi dengan nombor telefon 013-3084433.

Hashim menerima kunjungan Hj Rahman Bakar, kakitangan jagaannya yang baru kembali dari Mekah

Page 2: Hashim Jonet

289

KURSUS

Ketika mula berkhidmat di FRI, Hashim telah menghadiri kursus Ketua-ketua Unit Rela Negeri Selangor di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri pada 2 hingga 5 September 1975. Hashim juga telah menghadiri kursus dalam bidang penyelenggaraan alat pendingin hawa di Workshop Jabatan Kerja Raya Persekutuan.

KENANGAN DI FRIM

Kenapa digelar Hashim Jonet Chargeman? Pada asasnya Hashim memegang jawatan sebagai Penjaga Jentera di bengkel kerja Kayu TRL; namun kemahiran Hashim yang disertakan dengan sijil-sijil Pengendalian Boiler, Internal Convention Engine/Diesel menjadikan Hashim begitu penting dalam menentukan mesin-mesin berjalan dengan teratur. Ditambah dengan kemahiran pemasangan alat-alat elektrik telah memberikan Hashim kelebihan dari segi tenaga pekerja mahir yang serba boleh. Dari situ, Hashim lebih dikenali dengan panggilan Hashim Chargeman.

Malah kita dapat melihat Hashim mengamalkan budaya kerja berprestasi tinggi dengan mementingkan penerapan nilai-nilai aspirasi yang baik kepada pekerja-pekerja di bawah jagaannya. Ini dapat diterjemahkan apabila Hashim bukan sahaja menjalankan tugas utama sebagai Penjaga Jentera tetapi turut diperlukan dalam penyediaan pemasangan “PA system”, kemudahan-kemudahan pentas, lampu dan kain rintangan atau sepanduk sebelum majlis-majlis keramaian seperti majlis pertukaran atau persaraan pegawai-pegawai FRI diadakan.

Kadangkala Hashim juga dikehendaki mencari penari-penari kebudayaan atau kugiran jika diperlukan. Hashim juga melakukan kerja-kerja penyelenggaraan ibu sawat elektrik seandainya berlaku kerosakan pada bila-bila masa walaupun pada larut malam ketika penghuni FRIM sedang nyenyak tidur.

Hashim sering menjalankan kerja-kerja menentukan sistem pemanas dandang berjalan dengan baik bagi kerja-kerja pengeringan sampel kayu untuk penyelidikan yang menggunakan kaedah pengering tanur melalui alat pembekal wap dandang. Demikianlah antara beraneka tugasan Hashim sehinggalah beliau bersara.

Page 3: Hashim Jonet

290

Hashim bertanggungjawab dalam menentukan susunan dan simpanan kayu yang diproses bagi tujuan penyelidikan

Hashim merupakan seorang tenaga pengajar yang baik kepada kakitangan yang baru berkhidmat dengan FRI/FRIM

Page 4: Hashim Jonet

291

Sewaktu dikehendaki menjaga dandang (boiler) pengeringan tanur (kiln drying) pada waktu malam, isteri Hashim turut tidur di bilik pejabat. Dalam pada itu, Hashim sering menjadi ”jaga” yang menjaga keselamatan seluruh mesin di TRL. Kata Hashim memang di FRI ketika itu macam-macam kisah mistik didengar dan dikatakan dilihat apabila berjalan-jalan di waktu-waktu larut malam. Tapi kerana semangat dan rasa tanggungjawab serta niat untuk mencari rezeki, semua itu dianggap sebagai alah bisa tegal biasa lalu Hashim kuatkan iman untuk menghadapinya.

Satu perkara lagi yang menjadi kenangan ialah di awal era Tan Sri Dr Salleh menjadi Ketua Pengarah, kerja gotong-royong telah menjadi perkara biasa. Semua lapisan kakitangan daripada buruh hinggalah kepada pegawai disuruh duduk bertinggung dan mencabut rumput-rumput liar dan semalu yang tumbuh di atas padang bola FRI. Dan sekiranya berlaku malapetaka kebakaran di Bukit Hari maka riuh-rendahlah kedengaran suara Dr Salleh yang menaiki kereta berteriak di seluruh kuarters FRIM memohon penghuni-penghuni pergi ke Bukit Hari membantu menghalang merebaknya kebakaran di ladang.

Hashim tidak dapat melupakan peristiwa beliau pernah melaporkan diri sebagai Penjaga Jentera Tingkatan Tertinggi selama satu minggu di Jabatan Radio Televisyen Malaysia (RTM). Namun Hashim terpaksa berpatah balik lalu menolak tawaran jawatan tersebut dan bertugas semula di FRI atas nasihat Dr Salleh dan kepentingan FRI ketika itu.

Hashim dan keluarga rasa sungguh janggal pada waktu itu kerana majlis perpisahan untuknya telah dibuat di FRI manakala rumah sewa di Cheras telah ditempahnya. Namun bak perpatah Melayu, ”Kalau dah jodoh tak ke mana” maka Hashim bertugas semula di FRIM sehinggalah beliau bersara.

Mengenali Hashim yang sentiasa menepati masa tidak hairanlah jika dikatakan beliau telah membentuk sahsiah diri yang sungguh berdisiplin. Malah nilai tersebut sentiasa diterapkan kepada pekerja-pekerja di bawah jagaannya. Pada masa yang sama Hashim juga bersikap bertimbang rasa jika pekerja jagaan beliau menghadapi masalah di tempat kerja.

Page 5: Hashim Jonet

292

Menerima Pingat Pangkuan Negara (PPN) daripada

DYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Azlan Shah

Menerima Anugerah Khidmat Cemerlang daripada

pengerusi MFRDB Tan Sri Murad

Hashim merakam waktu buat kali terakhir menggunakan“punch card”

sebelum bersara

Menerima hadiah persaraan daripada Puan Wan Rahmah Wan A. Raof yang

mewakili pihak Pengurusan FRIM

Page 6: Hashim Jonet

293

Perjumpaan dengan Allahyarham Tun Hussein Onn (mantan Perdana Menteri) di jamuan makan malam UMNO di kediaman Tun di Sri Perdana

Hashim (kiri sekali) bersama-sama seniwati Sarimah dan pelakon popular Dayang Sulu di suatu jemputan majlis makan malam. Turut kelihatan ialah Zainab Salim

(dua dari kiri) dan Bibi Mahroh, juga pesara FRIM (dua dari kanan)

Page 7: Hashim Jonet

294

Gambar terkini Tuan Hj Hashim Jonet di kediamannya meniti detik persaraan

Hashim dan Kak Yah mengimbau kenangan mereka waktu tinggal di perkampungan FRI—indah dan permai, kata mereka

Page 8: Hashim Jonet

295

NASIHAT KEPADA WARGA FRIM

Hashim mengharapkan supaya FRIM terus meningkatkan lagi aktiviti-aktiviti penyelidikan melalui kajian tahap tinggi demi mendapatkan penemuan terbaharu yang boleh dibanggakan dan diguna pakai oleh industri dan membawa manfaat kepada rakyat jelata.

Hashim menasihati pekerja-pekerja FRIM generasi baharu supaya mempunyai sikap toleransi terhadap berbagai-bagai tugasan yang diamanahkan. Sikap dan fahaman yang terlalu individualistik bahawa “itu dan ini bukan kerja aku” akan memberikan kesan yang buruk terhadap pembentukan nilai-nilai murni seseorang penjawat awam.

ULASAN KETUA PENGARAH

Mengenali En Hashim bagi saya, adalah seperti mengenali peribadi seorang abang kepada saya. Seorang yang berdisiplin dan sentiasa menepati masa dalam tugasan dijalankan, beliau sebenarnya ialah seorang individu yang peramah dan suka memberikan nasihat dan tunjuk ajar kepada warga kerja yang lebih muda mahupun seangkatan dengannya. Kenangan paling manis saya bersama Hashim ialah ketika beliau dengan sukarela mengikut saya ke Pudu bagi mengambil kereta Proton Saga yang dibeli (WBF 5505) dan membawanya pulang ke FRIM; kerana saya belum mempunyai lesen memandu ketika itu.

Bagi saya dan kebanyakan warga kerja Bahagian Keluaran Hutan, aktiviti bahagian seperti tidak bermakna tanpa En Hashim. Beliau ialah seorang warga kerja yang serba boleh dan sentiasa dapat diharapkan untuk sebarang bantuan, sama ada dalam kerja atau mendapatkan nasihat peribadi. Atas khidmat beliau jugalah, sistem dandang terus terjaga dan masih boleh digunakan sehingga kini. Seorang warga kerja yang boleh menjalankan beberapa tugasan pada satu-satu masa, Hashim merupakan antara aset Bahagian Keluaran Hutan dan juga FRIM yang sukar dicari ganti. Dan sehingga kini, En Hashim tetap unggul pada pandangan ramai orang khususnya saya sendiri.

Salam hormat saya buat En Hashim. Moga disihatkan tubuh badan, sejahtera dan dipelihara-Nya jua dalam keberkatan dan kemuliaan.