pemarkahan rumusan

26
Pemarkahan Rumusan 1. Bahagian ini diperuntukkan sebanyak 30 markah 2. 20 markah untuk bahagian isi dan 10 markah untuk aspek bahasa 3. Pengenalan – 2 markah 4. Setiap isi tersurat dan tersirat – 2 markah 5. Kesimpulan – 2 markah 6. Aspek bahasa markah yang diperuntukkan ialah separuh daripada markah isi.Aspek bahasa seperti pengolahan bahasa, penggunaan istilah dan kosa kata, tanda baca dan sebagainya akan diteliti sebelum markah untuk bahagian bahasa diberikan. Perenggan 1. Pelajar bebas menulis perenggan sama ada dalam satu, dua, tiga, atau empat perenggan.sebenarnya, tidak ada peraturan khusus tentang bilangan perenggan. Pelajar dicadangkan supaya menulis rumusan dalamempat(4) perenggan seperti di bawah: 2. Perenggan 1 – Pengenalan 3. Perenggan 2- Isi-isi tersurat 4. Perenggan 3 – Isi-isi tersirat 5. Perenggan 4 – Kesimpulan

Upload: hazim-khairul

Post on 20-Jun-2015

1.620 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

markah

TRANSCRIPT

Page 1: Pemarkahan rumusan

Pemarkahan Rumusan

1. Bahagian ini diperuntukkan sebanyak 30 markah

2. 20 markah untuk bahagian isi dan 10 markah untuk aspek bahasa

3. Pengenalan – 2 markah

4. Setiap isi tersurat dan tersirat – 2 markah

5. Kesimpulan – 2 markah

6. Aspek bahasa markah yang diperuntukkan ialah separuh daripada markah isi.Aspek bahasa

seperti pengolahan bahasa, penggunaan istilah dan kosa kata, tanda baca dan sebagainya akan

diteliti sebelum markah untuk bahagian bahasa diberikan.

 Perenggan

1. Pelajar bebas menulis perenggan sama ada dalam satu, dua, tiga, atau empat

perenggan.sebenarnya, tidak ada peraturan khusus tentang bilangan perenggan. Pelajar

dicadangkan supaya menulis rumusan dalamempat(4) perenggan seperti di bawah:

2. Perenggan 1 – Pengenalan

3. Perenggan 2- Isi-isi tersurat

4. Perenggan 3 – Isi-isi tersirat

5. Perenggan 4 – Kesimpulan

 Bilangan Perkataan

1. Pelajar dikehendaki menulis rumusan antara 100 – 120 patah perkataan.Jika melebihi jumlah

perkataan yang dinyatakan isi rumusan yang terdapat dalam perkataan atau ayat selebihnya tidak

akan dibaca atau dinilai.

Page 2: Pemarkahan rumusan

 Contoh Soalan : Baca petikan di bawah dengan teliti.Kemudian, buat satu rumusan tentang punca-

punca berlakunya banjir kilat dan kesan-kesannya.Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120

patah perkataan.

Panduan Menulis Rumusan

Pendahuluan

1. Satu ayat yang dapat menggambarkan kandungan petikan secara keseluruhan. 

2. Contoh pendahuluan: Petikan menyatakan…..(unsur 1)….(tema)

Dengan berdasarkan rumus di atas, ayat pendahuluan, perkara yang perlu ada ialah :

1) Unsur 1- Mestilah terdiri daripada perkataan yang bersinonim dengan tugasan soalan yang

menyatakan isi tersurat.

2) Tema Petikan

3) Bilangan perkataan : (8) -(12) patah perkataan.

 

3. Contoh Ayat :

Petikan menyatakan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya banjir kilat di Kuala Lumpur.

1) Unsur 1- Faktor-faktor (perkataan yang bersinonim dengan punca-punca).

2) Tema Petikan – Banjir Kilat

3) Bilangan perkataan : 8 patah perkataan.

 

Page 3: Pemarkahan rumusan

1. Pendahuluan hendaklah ditulis dalam satu ayat sahaja.

Jangan menyalin bulat-bulat seperti yang terdapat dalam soalan.

1. Kata tugas atau kata kunci yang kedua dalam soalan rumusan tidak boleh dimasukkan dalam

bahagian pengenalan.

1. Jika pelajar menulis pendahuluan seperti di bawah ini, anda akan memperoleh satu(1)

markah sahaja.

1- “Petikan menyatakan punca-punca berlakunya banjir kilat.”

2- “ Petikan menyatakan punca-punca berlakunya banjir kilat dan langkah-langkah untuk

menanganinya.”(Langkah-langkah ialah kata tugas yang menghendaki calon mengemukakan iai

tersirat.)

Isi -isi Tesurat

1. Isi -isi yang terdapat dalam petikan berdasarkan kata tugas atau kata kunci yang pertama dalam

soalan.

2. Mencari sekurang-kurangnya 6 isi tersurat daripada petikan, jika gagal mendapat jumlah itu,

pelajar mestilah mengemukakan isi terurat yang lebih dalam gabungan 2:6, 3:5 atau 4:4.

3. Ayat-ayat hendaklah diolah dan disalin semula tanpa mengambil ayat-ayat tersebut bulat-bulat

daripada petikan.

4. Antara satu ayat dengan ayat yang lain pula, gunakan penanda wacana yang

sesuai seperti selain itu, seterusya, oleh itu dan sebagainya.

Contoh-contoh isi tersurat:

1- Hujan lebat hampir dua jam

2- Sistem perparitan gagal diselenggara dengan sempurna.

Page 4: Pemarkahan rumusan

3- Tiada sistem amaran awal.

Jawapan lengkap;

Banjir kilat yang berlaku di Kuala Lumpur berpunca daripada hujan lebat yang turun hampir dua

jam. Selain itu, sistem perparitan yang gagal diselenggarakan dengan sempurna menyebabkan

laluan air tersekat. Ketiadaan sistem amaran awal pula telah memburukkan keadaan.

 

Isi-isi Tersirat

 

1. Pelajar dikehendaki menulis sebanyak 2,3 atau 4 isi tersirat. 

2. Isi-isi tersirat yang dikemukakan mestilah tiada dalam petikan dan berdasarkan kata tugas atau

kata kunci kedua dalam soalan rumusan.

 Kesimpulan

1. Contoh format untuk ayat penutup/kesimpulan :

 Kesimpulannya,…………unsur1(Berbentuk.cadangan)………………..supaya/agar/bagi/

kerana………………(Tema)………………..unsur 2…..(memperlihatkan kesan)

2. Kesimpulannya, semua pihak mestilah bekerjasama menangani masalah banji

kilat supaya aktiviti pembangunan dan perniagaan berjalan lancar.

Page 5: Pemarkahan rumusan

PANDUAN MENJAWAB SOALAN

1. Bentuk Soalan

2. Pendekatan menjawab soalan

Bentuk Soalan

Soalan 2 (a).

1. Soalan ini wajib dijawab.

2. Berdasarkan petikan untuk soalan Rumusan. 

3. 3 soalan akan dikemukakan yang terdiri daripada:

1. 2 soalan pemahaman langsung terhadap kandungan petikan.

2. 1 soalan pemahaman atau aplikasi yang berasaskan KBKK.

4. Soalan pemahaman langsung terhadap kandungan teks menyoal berasaskan kata tanya berikut:

1. Apa...

2. Siapa...

3. Di mana...

4. Mengapa/Kenapa...

5. Bagaimana...

ataupun menggunakan arahan berikut:

6. Jelaskan...

7. Terangkan...

8. Huraikan secara ringkas...

Page 6: Pemarkahan rumusan

9. Gambarkan ...     

dan sebagainya.

5. Soalan pemahaman/aplikasi berasaskan KBKK:

1. Pada pendapat anda,...

2. Sekiranya anda....

3. Jika anda....

dan sebagainya. 

Pendekatan menjawab soalan

1. Baca petikan dari awal hingga akhir walaupun semasa menjawab soalan rumusan anda sudah

membacanya.

2. Fahami apa yang terkandung dalam petikan.

3. Baca soalan dan garis kata kunci soalan.

4. Pastikan manakah soalan langsung dan soalan KBKK.

5. Padankan apa yang disoal dengan markah yang diperuntukkan kerana jumlah markah boleh

menggambarkan berapa isi yang dikehendaki.

6. Tulis menggunakan ayat yang sempurna dari segi struktur ayat dan tanda baca yang digunakan.

7. Gunakan bahasa yang standard, bukannya yang dipengaruhi kata pinjaman atau loghat tempatan.

8. Sekiranya soalan terdiri daripada dua bahagian, jawab bahagian kedua dalam baris baru.

9. Untuk soalan KBKK terutama yang berkehendakkan pandangan anda, jangan sesekali menjawab

secara melawan arus, iaitu menentang gagasan atau saranan yang dikemukakan.

10. Dicadangkan anda menggaris setiap isi yang dikemukakan dengan pensel.

11. Contoh soalan dan jawapan:

Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan Malaysia untuk membendung

keganasan oleh golongan pelampau?                

(3 markah)

Page 7: Pemarkahan rumusan

Malaysia telah mengambil langkah-langkah yang wajar untuk mengatasi kegiatan ganas

golongan pelampau dengan memperkenalkan Akta Keselamatan Dalam Negeri

(ISA),memantau kegiatan persatuan dan pertubuhan yang diragui serta memberi

penerangan menerusi media massa. 

 

1. Dicadangkan anda menggunakan tidak lebih 15 minit untuk menjawab ketiga-tiga soalan dalam

bahagian ini.

FORMULA MENULIS KARANGAN

Pendahuluan

I = Isu

K = Kesan isu

T = Tindakan umum untuk menangani isu

H = Hasil tindakan

H = Hubung kait dengan soalan

Isi

T = Ayat Topik (terdiri daripada DUA Frasa

F = Frasa 1

F = Frasa 2

P = Penegasan

Kesimpulan

R = Rumusan keseluruhan

C = Cadangan umum

A = Amaran peringatan yang bakal berlaku

H = Harapan penulis terhadap isu.

Page 8: Pemarkahan rumusan

Semua perkara di atas diaplikasikan dalam karangan-karangan contoh sebelum ini.

Kelebihan penggunaan formula dalam aktiviti mengarang.

1. Karangan menjadi panjang dan memenuhi arahan soalan. (Biasanya 450 perkataan ke atas)

2. Murid tidak membuang masa memikirkan perkara yang hendak ditulis.

3. Hala tuju karangan jelas dan tidak terkeluar tajuk.

4. Perenggan yang seimbang dan sekata.

5. Komponen karangan lengkap - ada pendahuluan, perenggan isi yang jelas, dan kesimpulan.

Penulisan karangan (Bahagian A)

Perkara yang mesti dilakukan semasa memulakan penulisan karangan:

1. memilih satu tajuk

2. meyakini tajuk yang dipilih

3. mendefinisikan tajuk dengan tepat

4. memikirkan isi dan subtopik

5. menyusun isi-isi berdasarkan kepentingan

Semasa memulakan penulisan,anda perlu menulis pendahuluan dengan menitik beratkan

1. ringkas

2. tepat

3. padat

4. menarik minat pembaca

5. menggambarkan idea keseluruhan karangan

Kunci tajuk yang sering digunakan dalam penyoalan karangan:

1. berikan penilaian kamu

Page 9: Pemarkahan rumusan

2. huraikan

3. pendapat

4. bincangkan (umum)

5. terangkan (penerangan)

6. cadangkan (cadangan)

7. ceritakan

8. jawablah surat

9. tuliskan sepucuk surat

10. sediakan satu laporan

11. gambarkan

12. tuliskan komen

13. tuliskan surat permohonan

14. bincangkan tema/isu

15. bahaskan tajuk

16. anda sebagai pembahas pertama

17. dalam majlis perbahasan,anda sebagai pencadang/pembangkang

18. sediakan sebuah rencana tentang…

19. sediakan syarahan

20. sediakan ucapan

21. tuliskan butir-butir mengapa..

22. tuliskan sebuah rencana (umum)

23. tuliskan satu rencana sukan/berita pertanian

24. jelaskan pendapat anda dan sebab…..

25. sebagai ahli forum, sediakan hujah-hujah

26. tuliskan temuramah

27. tuliskan keadaan dan suasana

28. ceritakan pengalaman anda

29. tuliskan ucapan sepenuhnya

30. tuliskan rencana tentang

31. tuliskan wawancara

32. tuliskan laporan

33. tuliskan laporan minit mesyuarat

34. tuliskan pengalaman semasa

35. tuliskan laporan dalam majlis itu

Page 10: Pemarkahan rumusan

36. gambarkan peristiwa

Sesebuah karangan yang baik mempunyai kesinambungan idea yang berterusan. Kesinambungan ini

adalah berdasarkan kemampuan pengetahuan am pelajar. Adalah diingatkan bahawa kemampuan pelajar

menyampaikan idea secara kritis dan kreatif akan membantu para pelajar mendapat markah yang tinggi

Adalah penting para pelajar menambah pengetahuan am melalui pembacaan melalui hasil-hasil tulisan

yang menyentuh isu-isu semasa yang boleh didapati melalui akhbar atau majalah.

Isu-isu yang sering diberikan keutamaan di dalam soalan kertas 1 ini adalah meliputi aspek:

Pendidikan - disiplin - kemasyarakatan - adat resam sesuatu kaum - perindustrian -penyalahgunaan dadah

- bencana alam -kejiranan - telekomunikasi -kemiskinan -kesihatan-kebudayaan -jenayah - tenaga / kuasa

-perkembangan sains dan teknologi -keruntuhan akhlak - pencemaran -peranan belia - gerakan koperasi-

kempen-kempen kerajaan - peristiwa-peristiwa bersejarah -peranan akhbar - aspek tradisional- peranan

media elektronik - permainan rakyat dan soal-soal semasa .

Adalah satu kenyataan bahawa soalan-soalan yang diajukan di dalam peperiksaan benar-benar menguji

para pelajar dari segenap aspek seperti

1. aspek penulisan

2. pemikiran

3. kekemasan kerja ( tanggungjawab)

4. teknik

5. tatabahasa

6. pengetahuan am dan aspek-aspek kerohanian yang tergambar di dalam karangan

yang dihasilkan.

*** kematangan yang terselah di dalam karangan akan memberikan peluang mendapat markah yang

tertinggi. Kepentingan Bahasa Melayu ini dapat dilihat melalui kedudukannya melalui kedudukannnya di

dalam perlembagaan negara dan tahap pengukuran ini dilaku pada peringkat SPM.

Bahasa Melayu Kertas 1 ini juga perlu diberi pertimbangan yang wajar kerana markah yang diperuntukan

adalah 100 markah. iaitu ½ daripada markah keseluruhan kertas.

Page 11: Pemarkahan rumusan

Format (Bahagian B)

Pendahuluan

Memperlihatkan kematangan

Markah berdasarkan skema yang dinyatakan.(akan dibincangkan)

Isi

Isi yang baik dan tidak berputar-belit

Tekankan cara penyampaian isi atau tajuk teknik anda memperkenalkan (mengemukakan) isi anda.

Huraian berserta contoh yang konkrit

Semakin bertambah panjang anda semakin mantap penyampaian. (mengelakkan markah berkurangan)

Gunakan bahasa mantap

Elakkan menggunakan kata pinjaman seandainya perkataan asli wujud

Mantapkan ayat dengan berbendaharaan kata yang dapat menunjukkan kekuatan bahasa.

Penutup.

Page 12: Pemarkahan rumusan

Menggambarkan pendirian dan juga keseluruhan karangan yang dihasilkan. Lahirkan juga kenyataan

yang bernas yang dapat menunjukkan kita adalah kreatif dan kritis

Isu-isu menarik  

( Bincangkan bersama Guru anda yang sememangnya berpengalaman)

Contoh soalan karangan.

Generasi muda sekarang, khususnya yang dilahirkan selepas kemerdekaan Malaysia. Dikatakan

kurang mempunyai semangat kebangsaan. Bincangkan punca-punca yang menyebabkan keadaan

ini berlaku dan cadangkan langkah-langkah yang sesuai untuk mengatasinya.

Format penulisan : bebas/ tidak terikat dengan mana-mana format penulisan

Isu utama : generasi muda kurang semangat kebangsaan

Kehendak soalan : sebab-sebab remaja kurang semangat kebangsaan

langkah-langkah mengatasinya

                  Semangat kebangsaan atau semangat nasionalisme dapat ditakrifkan sebagai wujud rasa cinta

dan sayang terhadap tanah air sendiri. Kita dapati masa kini ramai generasi muda di negara kita kurang

mempunyai semangat kebangsaan dalam diri mereka. Pekara ini menjadi lumrah terutamanya di kalangan

generasi muda yang dilahirkan selepas kemerdekaan. Memandangkan semakin terhakisnya semangat

nasionalisme dikalangan generasi muda dewasa ini menyebabkan para pemimpin negara kita cuba

menyelami punca-punca berlakunya masalah ini dan sekaligus merangka langkah-langkah yang elektif

untuk membendungnya.

[ 4 ayat / lebih kurang 74 p.p]

Page 13: Pemarkahan rumusan

[merangkumi definisi , golongan sasaran/muda,fokus kepada kehendak soalan]

                  Punca-punca utama yang menyebabkan generasi muda kurang tersemai semangat

nasionalisme dalam diri ialah kerana ( ISI 1)   mereka tidak pernah mengalami dan merasai susah

payah membebaskan negara daripada cengkaman penjajah. H1(mereka tidak merasai pahit

maung yang dialami oleh pejuang kemerdekaan seperti [CONTOH] Tok Janggut, Dato Bahaman, Dato

Maharaja Lela,Rentap dan lain- lain lagi) H2 ( Ini tidak menghairankan kita kerana generasi muda

dilahirkan semasa negara dalam keadaan aman damai). H3 ( Lagipun negara kita telah mengalami

pertumbuhan ekonomi dan pembangunan yang amat pesat.) H4 ( Negara kita pada masa ini boleh

dikatakan duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain di rantau ini ). [K1] Oleh

itu dapat disimpulkan bahawa kemewahan dan kesenagan hidip yang dirasau dan dialami inilah

yang mengakibatkan generasi yang lahir selepas kemerdekaan nipis semangat nasionalisme dalam

diri mereka.

(Isi-H1-C-H2-H3-K1 lebih kurang 115 p.p)

                 PW [ di samping itu], kita dapati ( Isi 2) [sistem pendidikan yang dipraktikkan di

negara] kita juga kurang memberi penekanan ke arah melahirkan generasi yang cintakan negara].

Mengapa dikatakan begitu? H1(Perhatikan saja kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang

menulis atau mengira ataupun ringkasnya 3M ) H2 (lanjutan daripada KBSR kem,enterian Pendidikan

melaksanakan pula Kukikulum Bersepadu Sekolah Menengah pada tahun 1993.) H3 kedua-dua

kurikulum ini menjuruskearah kecemerlangan dalam peprperiksaan) H4 ( Melalui KBSR murid-murid

tahun tiga telah diberi peluang menduduki Penilaian Tahap Satu (UPTS). Sebagai imbuhannya murid-

murid yang lulus cemerlang berpeluang melangkau kelas) H5 (Begitu juga untuk mendapat tempat di

sekolah-sekolah yang berprestij seperti [ CONTOH ] Maktab Rendah Sains Mara dan sekolah

Menengah barasrama penuh kelulusan yang cemerlang menjadi kayu pengukurnya) Dalam pada

itu , H6 (perkara yang menghairankan kita mata pelajaran khusus untuk membina dan menyemai

semangat nasionalisme di kalangan pelajar kurang di beri penekanan oleh Kememterian

Pendidikan.) [K1]Jadi, dalam hal ini pihak manakah yang sepatutnya dipersalahkan?

( Isi- H1-H2-H3-H4-H5-C-H6-K1 lebih kurang 130 p.p)

PW [Sehubungan itu],ekoran itu lantaran itu namun demikian

H1 ( Kita tiidak menafikan matapelajaran Sejarah dan Pendidikan moral diajar kepada para pelajar.

Walau bagaimanapun kepentingan kedua-dua matapelajaran ini masih menjadi tanda

Page 14: Pemarkahan rumusan

tanya) H2 ( Bagaimankah kalau seseorang pelajar itu gagal dalam matapelajaran sejarah? Apakah yang

terjadi kepada pelajar yang hanya lulus di peringkat minimum dalam matapelajaran Pendidikan

Moral ?) H3 ( Mengapa tetap dianggap pelajar cemerlang sekiranya lulus dengan baik dalam kedua-dua

mata-mata pelajaran lain.) H4 ( Pelajar ini tetap diterima bagi meneruskan pelajarannya diperingkat yang

lebih tinggi.) H5 ( Kesan daripada sistem pendidikan sedemikianlah menyebabkan para pelajar

bersikap acuh tak acuh terhadap kedua-dua pelajaran tersebut. Kalau mereka belajarpun ibarat melepas

batuk di tangga sahaja) [K1] Jelas di sini tidak mantapnya sistem pendidikan merupakan satu

elemen nipisnya semangat nasionalisme di kalangan generasi masa kini .

( H1/P-H2/H-H3/9-H4/10-H5/11-K1 Lebih kurang 155 p.p)

Walau bagaimanapun / namun begitu……

Setiap penyakit tentu ada penawarnya. Begitulah juga dengan masalah kurangnya semangat,

nasionalisme di kalangan generasi muda ini. Bagi menagani kemelut ini, Kementerian Pendidikan wajar

menubuhkan jawatan kuasbagi (Isi 3) mengkaji dan merombak semula kurikulum pendidikan yang

sedia ada di negara ini. H1 ( para pelajar akan didedahkan sejak dan peringkat sekolah rendah dan

berterusan hinggga ke peringkat pengajian tinggi.) [CONTOH] Mata pelajaran sejarah dan mata

pelajaran pendidikan Moralpatut diberikan kedudukan istimewa menerusi kurikulum baru

nanti) H3( Langkah Kementerian Pendidikan memperkenalkan mata pelajaran kenegaraan kepada

mahasiswa dan mahasiwi di Unuversiti adalah sangat wajar dan patut di

puji). [K1] Ringkasnya ,langkah membaiki kurikilum memang wajar dan bertepatan dengan

peribahasa Melayu yang berbunyi melentur buluh biarlah dari rebungnya.

(Isi-C-H1-H2-C-H3-H4-K1 lebih kurang 144p.p )

PW [ Selain itu, (ISI 4) media massa baik media bercetak mahupun eletronik ] memainkan peranan

penting ke arah melahirkan masyarakat yang cintakan negara. [ CONTOH] RTM contohnya, H1 ( boleh

menyiarkan lebih banyak cerita yang bertemakan semangat kebangsaan.) H2 ( Langkah Kementerian

Penerangan menyalurkan bantuan kepada pengusaha filem berunsur penerapan semangat kebangsaan

adalah bertepatan sekali. Contohnya [ CONTOH ] inisiatif   Dato' Jin Shamsuddin mengusahakan filem

bertajuk Pasir Salak patut diberi pujian H3 (Apabila Filem ini ditayangkan kepada orang ramai sekurang-

kurangnya dapat membuka mata dan mindagolongan muda betapa sukarnya orang-orang dahulu

berjuang untuk mencapai kemerdekaan.) H4 (Golongan muda juga dapat melihat denagn lebih dekat

keperitan hidup mereka di bawah naungan kuasa penjajah.) [K1] Jesteru itu, langkah positif yang di

Page 15: Pemarkahan rumusan

mainkan oleh media Massa diharapkan dapat memberi keinsafan kepada generasi muda agar

timbul rasa sayang akan negara sendiri.

(ISI-C-H1-H2-C-H3-H4-K1 lebih kurang 115 p.p)

Konklusinya / oleh itu,…….

[PK] kesimpulannya, kita sebagai rakyat Malaysia bertanggungjawab dan tidak boleh sama

sekali memandang enteng akan gejala tidak menyayangi negara sendiri. Memandang ringan gejala ini

akan membawa kesan buruk kepada negara . kita harus ingat bahawa pemuda hari ini adalah bakal

menerajui pucuk pimpinan negara suatu hari kelak, bak kata pepatah Melayu patah tumbuh hilang

berganti. Oleh itu kita perlu melahirkan warganegara yang mempunyai semangat kebangsaan kerana

golongan sebeginilah mampu mengangkat martabat negara kita ke persada antarabangsa.

Page 16: Pemarkahan rumusan

FRASA MENARIK YANG BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MENULIS KARANGAN

-mendepani realiti baru dunia yang pantas berubah dan berkembang

-mendukung kebenaran yang kita sepakati

-mengamalkan sikap dan perwatakan yang murni

-mengambil langkah sederap

-menghirup udara hasil kemerdekaan

-mengikut acuan sendiri

-mengundang kontroversi

-menjadi cerucuk utama pembangunan

-menjulang negara ke puncak jagat

-menuntut setiap anak watan mengotakan aspirasi

-menyambut gamitan menara impian

-menyebabkan imej negara tercalar

-menyediakan kursus dan latihan yang relevan

-menyembunyikan masalah utama masyarakat

-mereka lebih cenderung kepada keseronokan dan berpeleseran

-mewujudkan masyarakat yang bermaklumat dan berpengetahuan

-milineum baru ini pasti sahaja sarat dengan muatan cabaran reformasi

-muafakat merupakan inti kepada perpaduan

-negara kita akan bersih daripada unsur sosial yang tidak sihat

Page 17: Pemarkahan rumusan

-nilai keinsanan yang syumul

-nilai-nilai material semakin memberkas dan meluas dalam masyarakat

-pandangan pro dan kontra yang dipaparkan

-pelbagai cabaran yang bakal menghambat

-pelbagai masalah sosial sedang menghinggapi masyarakat

-pembentukan masyarakat sakinah

-pembudayaan ilmu perlu dipupuk dan dibajai oleh generasi muda masa kini

-pendedahan oleh pihak media massa menghangatkan senario ini

-perlu dibaja kembali

-perubahan yang diharap masih belum menjelma

-petanda kehancuran generasi

-pewujudan masyarakat madani-propaganda negatif terhadap negara kita dapat ditepis

-kita perlu mengorak langkah

-kita tidak wajar hanya akur dengan arus yang songsang ini

-komitmen menyeluruh agensi yang terlibat

-kongkongan yang selama ini dianggap membelenggu

-Masalahnya, kita mahu memberi pendapat tetapi tidak rela dikritik

-makmur dari segi ekonomi tetapi muflis nilai kekeluargaan

-mampu mengadunkan satu kombinasi usaha yang cukup padu

-manifestasi kesanggupan bangsa

-manusia bukanlah `haiwan robotik’ yang tidak mempunyai rasa dan jiwa

-masa depan menjanjikan cabaran di luar jangkaan

-masalah putusnya komunikasi dan jurang generasi

-masalah sosial dan susila yang meruncing

-masih terbelenggu dengan cara berfikir yang sempit

-masyarakat yang naif dengan mata kebendaan yang melalaikan

-melangkah dengan seribu kekuatan

-melontarkan soalan yang cukup penting

-melupakan cita-cita yang lebih luhur

-membangunkan generasi yang berketerampilan, bersahsiah mulia dan berilmu

Page 18: Pemarkahan rumusan

-membebaskan mereka daripada belenggu kejahilan dan kegelapan

-membenam budaya hedonistik yang tidak berfaedah

-membetulkan ketidaktepatan fakta

-membimbing mereka memenuhi impian

-membina impian masa depan yang lebih gemilang

-membongkar kepincangan

-membuktikan sensitiviti, kepekaan dan keprihatinan mereka

-mempengaruhi minda generasi muda

-mempertahankan perasaan saling bersefahaman

-mempertingkat dan memperteguh kefahaman

-mempraktikkan elemen tolak ansur

-memudaratkan kesejahteraan rakyat

-menabur bakti kepada mereka yang kurang beruntung

-menaburkan nilai kebendaan yang tidak bertahan lama

-menagih komitmen dan pengertian serius semua pihak

-menampilkan wajah baru yang disulami tekad

-menangkis tuduhan yang tidak berasas

-mencapai tahap yang mencemaskan

-mencerminkan dengan jelas akan hakikat ini

-mencerminkan generasi yang muflis dan tercabut daripada akar tradisinya

-mendapat perhatian dan liputan media massa

-mendepani masa depan yang tidak menentu

Page 19: Pemarkahan rumusan

KATA-KATA HIKMAT YANG BOLEH DIGUNAKAN DALAM KARANGAN

01. Baik kaya adalah kaya hati, sebaik-baik bekal adalah takwa, seburuk-buruk buta adalah buta

hati dan sebesar-besar dosa adalah berdusta

02. Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan

terletak pada wajah dan pakaiannya.( Hamka).

03. Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju. (Home)

04. Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu, tetapi adalah orang

yang dapat menunjukkan kesalahan kamu.

05. "Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan." (Surah al-

Hajj:77) 06. "Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sahajalah tempat

meminta pertolongan" (Surah Yusuf:18)

07. Berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu.

08. Yang paling kita perlukan dalam kehidupan ialah adanya seseorang yang selalu memberi

semangat untuk melaksanakan hal-hal yang dapat kita kerjakan. (Davey John Schwartz)

09. Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat.

10. Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai.

11. Terbang bangau sepanjang hari, ke tasik jua akhirnya dicari.

12. Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan penduduk

langit.

13. Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah harga

dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan orang yang tidak

Page 20: Pemarkahan rumusan

warak itu bererti hatinya mati. (Saidina Ali Abu Talib)

14. Sabda Rasulullah s.a.w: "Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan

madu."

15. Kita sering mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali berusaha untuk mengejar

impian hari esok.

16. Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang

jujur. Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan

berpegang teguh dengan agama Allah. (Surah Al-Baqarah:214)

17. Kekitaan yang erat tiada yang berat.

18. Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari.

19. Kekayaan yang hilang boleh dikejar dengan usaha yang bersungguh-sungguh.

Kesihatan yang hilang boleh diperoleh dengan ubat-ubatan yang baik tetapi masa yang hilang

sekali hilang akan terus hilang.

20. Jadilah seperti pohon kayu yang berbuah lebat, dibaling dengan batu dibalas dengan buah.

21. Tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati.