latihan rumusan

67
A. MENULIS PENGENALAN: . 1. Tulis dan ubah perkataan daripada kunci kata soalan pertama sahaja. (tidak boleh ada perkataan ‘dan’ dalam pengenalan. . 2. Mengubah maksud perkataan kunci kata pertama soalan: * faktor = punca = sebab = penyebab = perkara yang mempengaruhi * langkah = inisiatif = cara = kaedah = tindakan * kesan = implikasi = kebaikan = keburukan = kesan positif = kesan negatif * ciri = sifat = bentuk * masalah = halangan = cabaran = kekangan . 3. Contoh: Contoh 1. Rumuskan langkah-langkah mengatasi hakisan tanah dan faedahnya kepada masyarakat di negara kita. Jawapan pengenalan rumusan : Rencana membincangkan cara-cara mengatasi hakisan tanah di negara kita. . Contoh 2. Buat satu rumusan tentang faktor yang menyebabkan berlakunya banjir kilat di kawasan bandar dan implikasinya kepada pembangunan di kawasan bandar tersebut. . Pengenalan rumusan : Petikan membincangkan punca-punca yang menyebabkan berlakunya banjir kilat di kawasan bandar. . Contoh 3. Rumuskan ciri-ciri yang terdapat di dalam diri seorang pelajar cemerlang dan langkah melahirkan pelajar cemerlang. Panjang rumusan hendaklah tidak lebih 120 patah perkataan. . Pengenalan rumusan : Rencana membincangkan sifat-sifat yang terdapat di dalam diri seorang

Upload: anis0909

Post on 27-Jun-2015

12.818 views

Category:

Documents


14 download

TRANSCRIPT

Page 1: LATIHAN RUMUSAN

A. MENULIS PENGENALAN:.

1. Tulis dan ubah perkataan daripada kunci kata soalan pertama sahaja. (tidak boleh ada perkataan ‘dan’ dalam pengenalan.

.2. Mengubah maksud perkataan kunci kata pertama soalan:* faktor = punca = sebab = penyebab = perkara yang mempengaruhi* langkah = inisiatif = cara = kaedah = tindakan* kesan = implikasi = kebaikan = keburukan = kesan positif = kesan negatif* ciri = sifat = bentuk* masalah = halangan = cabaran = kekangan.3. Contoh:Contoh 1. Rumuskan langkah-langkah mengatasi hakisan tanah dan faedahnya kepada masyarakat di negara kita.

Jawapan pengenalan rumusan :Rencana membincangkan cara-cara mengatasi hakisan tanah di negara kita..Contoh 2. Buat satu rumusan tentang faktor yang menyebabkan berlakunya banjir kilat di kawasan bandar dan implikasinya kepada pembangunan di kawasan bandar tersebut..Pengenalan rumusan :Petikan membincangkan punca-punca yang menyebabkan berlakunya banjir kilat di kawasan bandar..Contoh 3. Rumuskan ciri-ciri yang terdapat di dalam diri seorang pelajar cemerlang dan langkah melahirkan pelajar cemerlang. Panjang rumusan hendaklah tidak lebih 120 patah perkataan..Pengenalan rumusan :Rencana membincangkan sifat-sifat yang terdapat di dalam diri seorang pelajar cemerlang..Contoh 4. Baca petikan di bawah dan buat satu rumusan tentang kepentingan sektor pertanian kepada negara kita dan langkah untuk memajukan sektor pertanian negara. Panjang karangan mestilah tidak melebihi 120 patah perkataan..Pengenalan rumusan :Rencana tersebut membincangkan faedah sektor pertanian kepada negara.

Contoh 5. Buat satu rumusan tentang keburukan makanan ringan kepada kanak-kanak dan cara-cara untuk mencegahnya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan..

Page 2: LATIHAN RUMUSAN

Pengenalan rumusan :Rencana tersebut membincangkan kesan negatif makanan ringan kepada kanak-kanak...B. MENULIS ISI TERSURAT:.

1. Isi jawapan berdasarkan kunci kata soalan yang pertama. (gunakan kunci kata seperti yang terdapat dalam soalan. Jangan ubah)2. Isi hanya yang terdapat dalam petikan sahaja.3. Beri maksimum 6 isi. (Jumlah isi tersurat dan tersirat ialah 8 isi)4. Jika kurang isi tersurat, jangan panik. Tambah isi tersirat anda.5. Jika jumlah perkataan masih kurang 120 perkataan, anda digalakkan tambah isi tersurat.6. Pastikan, maksimum 2 isi dalam satu ayat. SEBAIK-BAIKNYA 1 isi dalam 1 ayat.7. Gunakan penanda wacana untuk menggabungkan setiap ayat. (selain itu, juga, malah, dan sebagainya).8. Contoh penggunaan ayat:.Contoh 1: Rumusan dengan ayat yang baik.(Katakanlah faktor banjir kilat).-Faktor utama yang menyebabkan banjir kilat ialah keadaan longkang yang tersumbat.-Selain itu, faktor yang lain termasuklah kurangnya kadar serapan air di kawasan bandar.-Sementara itu, hujan lebat yang berterusan juga turut menjadi faktor fenomena tersebut.-Terdapat juga faktor kurangnya sistem perangkap sampah di kawasan sungai berhampiran.-Di samping itu, kekurangan tumbuhan di bandar menyebabkan banjir kilat terjadi.-Faktor penyebab yang terakhir ialah hakisan tanah yang dihasilkan oleh pembinaan di bandar..Contoh 2 : Rumusan dengan ayat yang kurang baik. (akan ditolak 1 markah bahasa).-Faktor pertama yang menyebabkan banjir kilat ialah keadaan longkang yang sempit.-Faktor kedua ialah kurangnya kadar serapan di kawasan bandar.-Faktor ketiga ialah hujan lebat yang berterusan di bandar.-Faktor keempat ialah kekurangan tumbuhan di bandar.-Faktor terakhir ialah hakisan tanah dari kawasan pembinaan..9. JANGAN gunakan perkataan ‘harus/ patut/ mesti/ wajib/ hendaklah/ wajarlah’ dan lain-lain yang berbentuk cadangan. (Tiada markah diberi jika perkataan ini digunakan)Salah : Langkah mengatasinya ialah kerajaan harus menguatkuasakankan undang-undang.Betul : Langkah mengatasinya ialah kerajaan menguatkuasakan undang-undang..

Page 3: LATIHAN RUMUSAN

Salah : Selain itu, kerajaan harus mengenakan denda yang tinggi kepada pesalah trafik.Betul : Selain itu kerajaan mengenakan denda yang tinggi kepada pesalah trafik..10. Contoh :Contoh 1 :Rumuskan faktor kemalangan jalan raya dan langkah mengatasinya.

"Kemalangan jalan raya kerap berlaku di lebuh raya. Hal ini telah banyak menyebabkan kehilangan nyawa dan kerugian harta benda. Kejadian seperti ini perlu dibendung dan sikap orang ramai menjadikan jalan raya sebagai tempat berlumba-lumba harus disekat. ".Isi tersurat :-Faktor yang menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya ialah sikap orang ramai menjadikan jalan raya sebagai tempat berlumba-lumba..Contoh 2 : Rumuskan kesan-kesan kemajuan teknologi kepada negara dan masalah yang dihadapi.."Banyak kemajuan tercapai apabila manusia memperkenalkan sains dan teknologi. Pelbagai jenis ciptaan turut dihasilkan sehingga menyebabkan tugas yang dilaksanakan oleh orang ramai menjadi lebih mudah.".Isi tersurat :- Selain itu, kesan kemajuan teknologi kepada negara ialah tugas yang dijalankan oleh orang ramai menjadi lebih mudah..Contoh 3 : Rumuskan ciri-ciri tanaman kontan di negara kita dan kepentingannya.."Antara tanaman kontan tersebut termasuklah getah dan kelapa sawit. Tanaman ini banyak ditanam di sini kerana tanah lateritnya yang subur. Hasil tanaman ini adalah digunakan untuk jualan yang memberi keuntungan kepada negara.".Isi tersurat :- Ciri-ciri pertanian kontan yang lain termasuklah digunakan sebagai jualan bagi memberi keuntungan kepada negara..Contoh 4 : Rumuskan kesan negatif kafe siber dalam kalangan remaja dan langkah mengatasinya.."Umum mengetahui perkembangan kafe siber begitu pesat sehingga seperti cendawan tumbuh. Banyak pihak berpendapat bahawa perkembangan ini amat wajar bagi meningkatkan kemajuan IT dalam kalangan penduduk. Namun segelintir kecil menentangnya dengan alasan bahawa tempat ini akan menjadi tempat berkembangnya gejala sosial dalam kalangan remaja. ".Isi tersurat :

Page 4: LATIHAN RUMUSAN

- Kesan negatif yang terakhir ialah kafe siber akan menjadi tempat berkembangnya masalah sosial dalam kalangan masyarakat...C. MENULIS ISI TERSIRAT:.

1. Isi mesti berdasarkan kunci kata soalan yang kedua.2. Isi bahagian ini perlu anda fikir sendiri dan bukan diambil dari petikan juga.3. Jika isi tersirat yang anda fikirkan sudah ada dalam petikan juga, jangan ambil sebagai isi anda.4. Penggunaan ayat dan penanda wacana adalah sama dengan isi tersurat.5. Jumlah minimum ialah 2 isi tetapi jika isi tersurat kurang, bahagian isi ini perlu ditambah.6. JANGAN gunakan perkataan ‘harus/ patut/ mesti/ wajib/ hendaklah/ wajarlah’ dan lain-lain yang berbentuk cadangan. (Tiada markah diberi jika perkataan ini digunakan).7. Contoh :Contoh 1 : Rumuskan kesan-kesan kemajuan teknologi kepada negara dan masalah yang dihadapi.."Banyak kemajuan tercapai apabila manusia memperkenalkan sains dan teknologi. Pelbagai jenis ciptaan turut dihasilkan sehingga menyebabkan tugas yang dilaksanakan oleh orang ramai menjadi lebih mudah.".Isi tersirat :- Masalah yang dihadapi dalam menyebarkan kemajuan teknologi ialah kekurangan pakar yang mampu memberi perkhidmatan dalam bidang ini kerana masih baru di negara kita. (Perhatikan - isi ini tiada di petikan atas!).Contoh 2 : Tulis rumusan tentang kepentingan sektor pertanian kepada negara kita dan langkah untuk memajukannya..Isi tersirat :-Langkah untuk memajukan sektor pertanian yang seterusnya ialah kerajaan memberi kemudahan subsidi baja kepada para petani. (Isi ini mesti anda fikir sendiri dan tiada dalam petikan!).Contoh 3 : Rumuskan faktor kemalangan jalan raya dan langkah mengatasinya.."Kemalangan jalan raya kerap berlaku di lebuh raya. Hal ini telah banyak menyebabkan kehilangan nyawa dan kerugian harta benda. Kejadian seperti ini perlu dibendung dan sikap orang ramai menjadikan jalan raya sebagai tempat berlumba-lumba harus disekat.".Isi tersirat :

Page 5: LATIHAN RUMUSAN

- Langkah mengatasi kemalangan jalan raya yang terakhir adalah dengan menguatkuasakan undang-undang jalan raya kepada pemandu yang menyalahi peraturan di jalan raya. (Lihat! Isi yang ditulis ini mesti tiada dalam petikan di atas tadi.).Contoh 4 : Rumusan tentang keburukan makanan ringan kepada kanak-kanak dan cara-cara untuk mencegahnya..Isi tersirat :- Untuk mengatasi masalah ini, langkah lain ialah ibu bapa memberi didikan agar anak-anak memilih makanan yang seimbang. (Jawapan ini mesti merujuk kunci kata kedua soalan dan mestilah tiada dalam petikan.)..D. MENULIS PENUTUP / ULASAN:

.1. 3 aspek perlu ditulis iaitu:i. "siapa harus bertindak"

ii. "apa tindakan perlu dibuat"

iii. "tujuan tindakan itu dibuat dikaitkan dengan soalan"2. Ayat mesti mengandungi salah satu perkataan berikut:i. Kesimpulannya / Oleh itu / Justeru / Maka / Jadiii. harus / patutlah / mestilah / wajarlah / harus / patutiii. supaya / agar3. Ayat seharusnya berbunyi begini :.Contoh 1 :Kesimpulannya, (siapa bertindak) harus (apa tindakan) agar (tujuan tindakan yang dikaitkan dengan soalan)..Contoh 2 :Oleh itu, (siapa bertindak) harus (apa tindakan) agar (tujuan tindakan yang dikaitkan dengan soalan asal rumusan)..4. Contoh jawapan ulasan rumusan anda:

.Contoh 1 :Rumuskan faktor penyalahgunaan dadah dan langkah membanterasnya..Ulasan rumusan:Kesimpulannya, kerajaan dan masyarakat (siapa bertindak) harus berganding bahu ( apa tindakan) agar masalah penyalahgunaan dadah dapat diatasi (tujuan tindakan yang dikaitkan dengan soalan).

Page 6: LATIHAN RUMUSAN

.Contoh 2 :Buat rumusan tentang ciri makanan seimbang dan kebaikan makanan tersebut..Ulasan rumusan:Oleh itu, ibu bapa harus mendidik anak-anak mereka agar bijak memilih makanan yang seimbang..Contoh 3 :Rumuskan inisiatif untuk menggalakkan pelajar membaca dan masalah yang dihadapi.

Ulasan rumusan:Oleh hal yang demikian, para pelajar patut bijak memilih buku yang dibaca agar mendapat pengetahuan yang berfaedah.

Contoh 4 :Rumuskan faedah penggunaan Bahasa Inggeris dalam sains dan matematik serta permasalahannya.

Ulasan rumusan:Kesimpulannya, para pelajar haruslah menggunakan bahasa Inggeris dalam pembelajaran mata pelajaran tersebut agar mutu bahasa Inggeris mereka dapat dipertingkatkan.

LATIHAN 1

Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang keburukan internet dalam masyarakat dan langkah langkah mengatasinya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Perkembangan komunikasi khususnya dalam bidang teknologi maklumat (IT) sememangnya telah membawa perubahan secara menyeluruh kepada cara hidup kita. Perkembangan teknologi tersebut begitu cepat dan pantas sehinggakan dunia ini seolah – olah tiada sempadan. Salah satu daripada rangkaian teknologi maklumat yang tidak asing bagi kita ialah internet iaitu jaringan telekomunikasi secara maya.Internet sudah sinonim dengan rakyat negara kita. Kemudahan tersebut boleh diperoleh sama ada di rumah, sekolah, institusi –institusi pengajian tinggi, pejabat, pusat beli – belah dan sebagainya. Bagaimanapun, perkembangan tersebut telah mendapat teguran dan kritikan daripada pelbagai pihak kerana ada golongan tertentu cuba menyalahgunakan kemudahan internet untuk kepentingan peribadi. Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri pernah meminta pihak polis menahan dan menyoal siasat mana – mana pihak yang cuba menyalahgunakan kemudahan internet.

Sebenarnya, internet boleh mendatangkan pelbagai keburukan jika disalahgunakan. Pada kebiasaannya, kebanyakan laporan yang dikeluarkan melalui internet adalah berasaskan khabar angin dan tuduhan liar. Selain itu, internet juga boleh menimbulkan sentimen perkauman dalam masyarakat yang berbilang kaum. Penyebaran artikel, khabar – khabar angin, gosip, isu – isu

Page 7: LATIHAN RUMUSAN

sensitif seperti agama, hak istimewa orang Melayu misalnya akan merenggangkan hubungan antara kaum di negara kita. Penyebaran perkara yang tidak betul ini akan mencetuskan kekacauan sehingga memberi kesan terhadap pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara.

Terdapat sesetengah pihak menggunakan internet untuk memburuk – burukkan serta menabur fitnah terhadap individu lain sehingga menyebabkan maruah dan reputasi seseorang itu tercemar. Suatu ketika dahulu, kita telah dikejutkan dengan berita penyebaran gambar – gambar lucah yang melibatkan rakyat tempatan. Perbuatan seperti ini akan menjatuhkan maruah individu tersebut dan keluarganya. Selain itu, penggunaan internet tanpa kawalan telah meningkatkan kos penyelenggaraan. Pengguna internet terpaksa menjelaskan bil – bil internet, telefon dan sebagainya. Bagi pengguna yang berkunjung ke kafe siber, mereka terpaksa membayar sewa antara RM4 hingga RM5 sejam.

Ketagihan dalam internet turut mewujudkan masyarakat yang antisosial. Hal ini terjadi demikian kerana seseorang yang ketagih dengan internet, akan terus meluncuri internet sehingga mereka tidak mempunyai masa yang cukup untuk melakukan pelbagai aktiviti kemasyarakatan. Menurut kajian, seseorang yang terlalu lama meluncuri internet, tahap kesihatan mereka akan terjejas. Perkara ini berlaku kerana mereka tidak cukup tidur dan makan tidak mengikut waktu.

Walaubagaimanapun, kemunculan internet juga banyak mendatangkan kebaikan kepada manusia. Melalui internet kita dapat memperoleh banyak maklumat dan mengetahui perkembangan dunia luar. Apa yang penting, kita sebagai pengguna haruslah menjadi pengguna internet yang bijak.

LATIHAN 2

Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian tulis satu rumusan tentang usaha-usaha untuk

membendung budaya merokok dan punca-punca budaya tersebut semakin berleluasa. Panjang

rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan

Dewasa ini, tabiat merokok dalam kalangan pelbagai lapisan masyarakat semakin membimbangkan.

Budaya ini seolah-olah sudah sinonim dalam masyarakat kita tanpa mengira pangkat, agama, budaya ,

jantina atau status seseorang. Industri tembakau pula secara berterusan meraih keuntungan berlipat ganda

walaupun pelbagai usaha menyekat tabiat buruk itu telah dilaksanakan.

Jelaslah bahawa masalah ini semakin menggusarkan dan harus dipandang serius oeh semua pihak, terutama

ibu bapa. Usaha kerajaan dalam membendung budaya merokok ini harus dipandang positif oleh semua

pihak. Persoalan yang timbul ialah adakah tujuan mereka merokok ini sekadar untuk membuktikan status,

glamour dan personaliti atau sebagai lambang kebebasan ? Atau mungkinkah juga tabiat ini berlaku

disebabkan perokok ingin melepaskan tekanan atau kekusutan yang melanda hidup? Walau apapun alasan

yang dikemukakan oleh perokok, tabiat mereka ini ibarat membunuh diri secara perlahan kerana ternyata

Page 8: LATIHAN RUMUSAN

banyak kesan buruk akan timbul terhadap kesihatan. Tabiat ini tidak dipandang hina oleh masyarakat

kerana telah dianggap perkara biasa dalam kehidupan, namun barah ini tidak boleh dibiarkan merebak

dalam kalangan remaja termasuk pelajar sekolah rendah. Justeru, peranan ibu bapa amat penting dalam

memantau kegiatan anak-anak mereka supaya tidak terpengaruh oleh budaya rokok.

Pelbagai pendekatan telah diambil oleh pihak kerajaan dalam usaha menangani isu ini. Kadar cukai rokok

telah dinaikkan atas cadangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia demi menyedarkan rakyat seluruh dunia

tentang keburukan merokok. Kempen anti merokok yang dilancarkan baru-baru ini dengan tema ‘Tak Nak -

Setiap Sedutan Membawa Padah’ diharap menjadi satu wadah efektif dalam menyedarkan perokok dan

bakal perokok tentang keburukan penggunaan rokok. Kerajaan juga telah menandatangani satu Rangka

Kerja Konvensyen Mengenai Kawalan Tembakau, anjuran Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi

membuktikan komitmen kerajaan untuk mengubah tabiat merokok rakyat Malaysia. Selain itu, pendekatan

memujuk perokok agar berfikir sebelum merokok dilakukan melalui pemaparan foto kesan-kesan buruk

akibat merokok di kotak rokok. Walaupun strategi-strategi yang dilakukan oleh kerajaan tidak dipandang

serius oleh perokok-perokok tegar, sekurang-kurangnya kerajaan mungkin berjaya mengurangkan jumlah

perokok baru terutamanya dalam kalangan pelajar sekolah rendah.

LATIHAN 3

Baca petikan berikut dengan teliti. Buat satu rumusan tentang kesan-kesan obesiti dan punca-punca yang

menyebabkannya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Secara amnya, obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan

seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi

keterlaluan.

Obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan

masalah kesihatan yang serius. Kegemukan atau obesiti boleh mengakibatkan penyakit jantung,, strok,

tekanan darah tinggi, diabetis dan kanser. Obesiti juga memburukkan penampilan seseorang. Orang yang

gemuk mengalami masalah untuk mendapatkan pakaian yang bersesuaian dan juga sukar untuk berfesyen.

Kebanyakan orang yang gemuk juga berisiko untuk mengalami masalah jiwa akibat keinginan melampau

untuk kurus.

Page 9: LATIHAN RUMUSAN

Diskriminasi terhadap orang yang mengalami obesiti juga berlaku terutamanya dalam bidang kerjaya.

Mereka sering dilabelkan sebagai pemalas dan dianggap kurang efektif dalam melakukan kerja. Hal ini

adakalanya benar kerana dalam pergerakan orang yang mengalami obesiti agak terbatas.

Masalah kegemukan ini lebih ketara meninggalkan kesan terhadap golongan wanita. Perjalanan haid

mungkin terganggu yang seterusnya akan memberi kesan terhadap tahap kesuburan wanita. Jika

mengandung, kegemukan mungkin memberi kesan ke atas kandungan memandangkan tekanan darah akan

meningkat dan bayi mungkin terpaksa dilahirkan melalui pembedahan.

Bagi mengekalkan berat badan, seorang itu hendaklah memakan pelbagai jenis makanan. Elakkan makan

terlalu banyak makanan berkalori tinggi. Kuantiti makanan seperti nasi hendaklah mengikut keperluan.

Kurangkan makan makanan bergoreng dan berminyak dan gantikan minuman manis dengan yang kurang

manis seperti air kosong dan jus buah-buahan.  Kita juga harus menjaga waktu makan iaitu makan

mengikut waktu tetapi jangan makan terlalu banyak pada setiap waktu makan.  Di antara waktu makan

utama, makan buah sebagai snek.  Elakkan daripada meninggalkan waktu makan untuk berdiet kerana jika

meninggalkan satu  waktu makan, anda akan merasa terlalu lapar pada waktu makan yang seterusnya  dan

kita berpotensi untuk makan berlebihan. Selain daripada menjaga pemakanan, aktiviti fizikal juga perlu

ditingkatkan. Jadikan  hidup anda  lebih aktif dengan melakukan aktiviti  fizikal yang berintensiti sederhana

sekurang-kurangnya 30 minit sehari seperti  menaiki tangga, berkebun, mengemas rumah dan sebagainya.

Aktiviti ini boleh dilakukan secara berterusan atau terkumpul iaitu 10 minit setiap sesi sehingga mencapai

jumlah 30  minit.

LATIHAN 4

Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang khasiat kunyit dalam bidang perubatan dan masakan. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Kunyit merupakan sejenis tumbuhan tradisi yang berasal daripada keluarga Zingiberaceace. Tumbuhan ini mempunyai pelbagai nama. Di negara China, kunyit dikenali sebagai Jiang Huang dan Yu Jin. Bagi masyarakat Arab, kunyit sinonim dengan panggilan Kurkum. Masyarakat Indonesia pula memanggil kunyit sebagai Indian Saffraon, Curcuma dan Kunir. Mengikut catatan, kunyit banyak terdapat di kawasan – kawasan tropika dan negara asal yang dikenal pasti bagi tumbuhan ini ialah India. Hal ini memang ada kebenarannya kerana kalau kita perhatikan, masyarakat India kebanyakannya menggunakan tumbuhan tersebut terutama sekali sebagai ramuan dalam masakan.

Sebagai sejenis tumbuhan herba, kunyit sememangnya banyak mempunyai khasiat. Selain menjadi rempah ratus dan penyedap dalam masakan, kunyit turut digunakan dalam perubatan tradisional. Menurut kepercayaan masyarakat Melayu, ibu kunyit dapat membantu wanita yang baru bersalin untuk membersihkan dan mengecutkan rahim. Mereka juga menggunakan kunyit bersama – sama lada hitam untuk memanaskan badan. Perubatan tradisional turut menggunakan kunyit untuk mengubati penyakit seperti darah tinggi, demam kuning, cirit – birit, batuk, lelah

Page 10: LATIHAN RUMUSAN

dan sebagainya. Caranya adalah dengan menumbuk kunyit sehingga lumat dan kemudiannya ditapis untuk diminum.

Kunyit juga dipercayai dapat mengubati penyakit seperti sakit perut, asma, selain dapat mengurangkan rasa gatal pada mata. Bagi bayi yang menghidap penyakit kulit susu, kunyit yang dicampur dengan kapur dipercayai dapat mengatasinya dengan cara menyapukannya pada bahagian yang berkurap. Kunyit bersifat analgesik dipercayai dapat menyembuhkan luka serta dapat mengurangkan kesakitan. Hal ini dapat dilakukan dengan cara menumbuk kunyit hingga lumat dan seterusnya ditampal pada bahagian yang luka. Kecergasan ibu – ibu selepas bersalin dapat dipulihkan dengan cara mengisar kunyit dan pegaga kemudian airnya diminum. Bukan itu sahaja, malah cara ini dapat menghilangkan keputihan dalam kalangan kaum wanita.Di negara China, kunyit telah digunakan sejak beratus – ratus tahun dahulu sebagai bahan perubatan. Menurut pengamal perubatan tradisional negara China, kunyit dapat melancarkan peredaran darah manusia dengan cara menjadikan kunyit sebagai bahan minuman. Bagi seseorang yang mengalami rasa lebam dan darah beku, akan dapat dihilangkan dengan cara menyapu kunyit yang telah ditumbuk pada bahagian yang tertentu. Di Thailand, penduduknya menggunakan kunyit untuk menghilangkan kesan bisa akibat dipatuk oleh ular tedung. Perubatan tradisional India turut menggunakan kunyit sebagai salah satu bahan herba yang amat mujarab sebagai pencuci di samping dapat mengubati penyakit kulit atau gatal – gatal. Sebenarnya masih banyak lagi khasiat yang terdapat dalam kunyit. Kita berharap agar para penyelidik akan terus melakukan penyelidikan terhadap tumbuhan tersebut dan seterusnya kunyit dijadikan ubat penyakit kronik yang mujarab.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana Kunyit Kaya denganPelbagai Khasiat Boleh diperoleh, Melaka Hari Ini, 20 Julai 2006)

Soalan 2: Pemahaman

Soalan 2(a): Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas, jawab soalan – soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i)Apakah yang dimaksudkan dengan frasa penawar penyakit kronik yang mujarab?

(2 markah)

(ii)Nyatakan beberapa keistimewaan yang terdapat pada tumbuhan seperti kunyit.

(3 markah)

(iii)Walaupun kunyit dapat menyembuhkan pelbagai jenis penyakit,namun sambutan masyarakat masih kurang.Pada pendapat anda mengapakah hal ini demikian?(4 markah)

Page 11: LATIHAN RUMUSAN

LATIHAN 5

Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang faedah menyertai kegiatan kokurikulum dan kesannya dari segi kesihatan. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Kokurikulum negara yang dibentuk berdasarkan kehendak sukatan pelajaran mengikut Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dan Menengah merupakan salah satu aktiviti luar bilik darjah yang banyak manfaatnya kepada pelajar. Aktiviti tersebut bukan sahaja dapat melahirkan pelajar yang aktif dan kreatif, bahkan mampu melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Namun begitu, sejak belakangan ini, penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum amat mendukacitakan. Dalam hal ini, kerana pelajar tidak sedar akan faedah yang diperoleh daripada kegiatan kokurikulum.

Seseorang pelajar yang melibatkan diri dengan aktiviti kokurikulum akan dapat menggunakan masanya dengan aktiviti yang lebih berfaedah. Dalam pasukan unit beruniform seperti Pengakap, Kadet Polis, Pandu Puteri pelajar dituntut supaya sentiasa menepati dan menghargai masa. Dalam hal ini, pelajar dididik tentang kepentingan dan cara pengurusan masa dengan lebih baik kerana seperti yang kita sedia maklum, masa itu amat berharga bak kata pepatah, masa itu emas.

Page 12: LATIHAN RUMUSAN

Aktiviti kokurikulum yang disertai pelajar dapat mengasah bakat pelajar untuk lebih yakin dan berani dalam menghadapi cabaran luar yang kian mencabar . Lihat sahaja nama – nama seperti Datuk Azhar Mansur, Datuk Abdul Malik Maidin yang telah berjaya mengharumkan nama negara di persada antarabangsa. Selain itu, penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum akan dapat menyemai minat dan hobi mereka. Pelajar yang minat mengambil gambar akan menyertai Kelab Fotografi, pelajar yang gemar mengembara dan mendaki akan menyertai Kelab Kembara. Aktiviti kokurikulum juga mampu membentuk disiplin dan sahsiah diri pelajar yang kuat. Dalam pasukan Kadet Polis, aspek sahsiah, kekemasan pakaian, disiplin amat dititikberatkan. Selain itu, penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum mampu melahirkan pelajar cemerlang yang mempunyai pencapaian seimbang antara akademik dengan aktiviti kokurikulum.

Pelajar yang aktif dalam aktiviti kokurikulum turut memperoleh satu nilai tambah kerana kemahiran ini bukan diperoleh melalui pengajaran di dalam bilik darjah tetapi di luar bilik darjah. Di samping itu, perpaduan dalam aktiviti kokurikulum dapat disemai melalui semangat muafakat, bekerjasama dan tolong - menolong antara satu sama lain. Dalam kegiatan kokurikulum, nilai – nilai berani, bekerjasama, bersemangat, setia kawan, jujur, rajin banyak diterapkan. Keadaan seperti ini mampu membina daya kepimpinan, pengurusan dan seterusnya kaedah berorganisasi.

Pelajar yang aktif dalam kegiatan kokurikulum tidak mudah terpengaruh dengan gejala sosial seperti merokok, menghidu gam, melepak, seks rambang, mengambil dadah, dan sebagainya. Hal ini demikian kerana, pelajar yang aktif dalam kegiatan kokurikulum sentiasa berfikiran positif di samping memanfaatkan masa dengan aktiviti yang lebih berfaedah.Untuk menyedarkan pelajar tentang kebaikan menyertai aktiviti kokurikulum, semua pihak perlulah mengambil langkah yang lebih proaktif. Ibu bapa yang rapat dengan pelajar perlu menyokong penglibatan anak –anak mereka dengan aktiviti kokurikulum. Demikian juga halnya dengan guru – guru, peranan mereka dalam usaha menarik minat pelajar menyertai aktiviti kokurikulum tidak kurang pentingnya.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Faedah – faedah MenyertaiAktiviti Kokurikulum, Dewan Siswa, April 2006)

Soalan 2:Pemahaman

Soalan 2(a): Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas, jawab soalan – soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i)Berikan maksud rangkai kata masa itu emas.(2 markah)

(ii)Bagaimanakah aktiviti kokurikulum itu dapat memupuk perpaduan dalam kalangan pelajar?3 markah)

(iii)Pada pendapat anda, mengapakah pelajar kurang berminat untuk menyertai aktiviti kokurikulum?(4 markah)

Page 13: LATIHAN RUMUSAN

LATIHAN 6

Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang keburukan internet dalam masyarakat dan langkah langkah mengatasinya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Perkembangan komunikasi khususnya dalam bidang teknologi maklumat (IT) sememangnya telah membawa perubahan secara menyeluruh kepada cara hidup kita. Perkembangan teknologi tersebut begitu cepat dan pantas sehinggakan dunia ini seolah – olah terlalu kecil. Salah satu daripada rangkaian teknologi maklumat yang tidak asing bagi kita ialah internet iaitu jaringan telekomunikasi secara maya tanpa sempadan.

Internet sudah sinonim dengan rakyat negara kita. Kemudahan tersebut boleh diperoleh sama ada di rumah, sekolah, institusi –institusi pengajian tinggi, pejabat, pusat beli – belah dan sebagainya. Bagaimanapun, perkembangan tersebut telah mendapat teguran dan kritikan daripada pelbagai pihak kerana ada golongan tertentu cuba menyalahgunakan kemudahan internet untuk kepentingan sendiri. Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi misalnya, meminta pihak polis menahan dan menyoal siasat mana – mana pihak yang cuba menyalahgunakan kemudahan internet.

Page 14: LATIHAN RUMUSAN

Sebenarnya, jika internet disalahgunakan boleh mendatangkan pelbagai keburukan. Pada kebiasaannya, kebanyakan laporan yang dikeluarkan melalui internet adalah berasaskan khabar angin dan tuduhan liar. Selain itu, internet juga boleh menimbulkan sentimen perkauman dalam masyarakat yang berbilang kaum. Penyebaran artikel, khabar – khabar angin, gosip, isu – isu sensitif seperti agama, hak istimewa orang Melayu misalnya akan merenggangkan hubungan antara kaum di negara kita. Penyebaran perkara yang tidak betul ini akan mencetuskan kekacauan sehingga memberi kesan terhadap pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara.

Terdapat sesetengah pihak menggunakan internet untuk memburuk – burukkan serta menabur fitnah terhadap individu lain sehingga menyebabkan maruah dan reputasi seseorang itu tercemar. Suatu ketika dahulu, kita telah dikejutkan dengan berita penyebaran gambar – gambar lucah yang melibatkan rakyat tempatan. Perbuatan seperti ini, akan menjatuhkan maruah individu dan keluarganya. Selain itu, penggunaan internet tanpa kawalan telah meningkatkan kos penyelenggaraan. Pengguna internet terpaksa menjelaskan bil – bil internet, telefon dan sebagainya. Bagi pengguna yang berkunjung ke “cyber café”, mereka terpaksa membayar sewa antara RM4 hingga RM5 sejam.

Ketagihan dalam internet turut mewujudkan masyarakat yang antisosial. Hal ini terjadi demikian kerana seseorang yang ketagih dengan internet, akan terus melayari internet sehingga mereka tidak mempunyai masa yang cukup untuk melakukan pelbagai aktiviti kemasyarakatan. Menurut kajian, seseorang yang terlalu lama melayari internet boleh menjejaskan tahap kesihatan mereka. Perkara ini berlaku kerana mereka tidak cukup tidur dan makan tidak mengikut waktu.Walau bagaimanapun, kemunculan internet banyak mendatangkan kebaikan kepada manusia. Melalui internet kita boleh memperoleh banyak maklumat dan mengetahui perkembangan dunia luar. Apa yang penting, kita sebagai pengguna haruslah menjadi pengguna internet yang bijak.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada: Kabinet Mahu BlogInternet Dipantau, Berita Harian, 2 Ogos 2006)

Soalan 2:Pemahaman

Soalan 2(a): Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas, jawab soalan – soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i)Berikan maksud rangkai kata jaringan telekomunikasi secara maya.(2 markah)

(ii)Nyatakan isu – isu sensitif yang boleh menjejaskan hubungan antara kaum di negara kita.(3 markah)

(iii)Pada pendapat anda, bagaimanakah internet dapat membantu meningkatkan prestasi akademik pelajar?(4 markah)

Page 15: LATIHAN RUMUSAN

LATIHAN 7

Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang langkah – langkah menanam minat membaca dalam kalangan pelajar dan faedahnya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Amalan membaca dalam kalangan pelajar di negara ini berada pada tahap yang cukup membimbangkan. Secara puratanya, pelajar membaca satu halaman buku setiap tahun. Hal ini menunjukkan bahawa tahap pembacaan para pelajar masih lemah. Memang kita akui, ramai pelajar yang membaca kerana desakan peperiksaan. Apabila peperiksaan telah tamat, tabiat membaca ini tidak diteruskan. Sehubungan dengan itu, semua pihak harus bertanggungjawab dan berusaha untuk memupuk minat membaca khususnya dalam kalangan pelajar.

Minat membaca dalam kalangan pelajar dapat dipupuk oleh ibu bapa dengan cara menunjukkan model yang baik kepada anak – anak. Sikap ibu bapa yang sering membaca buku di hadapan anak – anak menyebabkan anak – anak mencontohi ibu bapa mereka. Selain itu, ibu bapa juga perlu menyediakan bilik bacaan atau perpustakaan mini dan menyediakan pelbagai bahan bacaan yang sesuai dengan peringkat umur mereka.

Selain ibu bapa, guru turut memainkan peranan dalam usaha memupuk minat membaca dalam kalangan pelajar. Ketika proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan misalnya, guru hendaklah menekankan kemahiran asas iaitu membaca, mengira dan menulis. Dorongan daripada

Page 16: LATIHAN RUMUSAN

guru supaya pelajar berkunjung ke perpustakaan sangat penting. Semasa di perpustakaan, pelajar digalakkan membaca buku – buku yang berunsur ilmiah, membuat rujukan atau menyiapkan kerja – kerja sekolah yang belum selesai. Pihak sekolah juga boleh menyediakan “Medan Membaca” atau mewajibkan pelajar membuat ulasan terhadap sebuah buku yang mereka baca pada hari perhimpunan sekolah. Usaha ini penting kerana pelajar berasa bahawa membaca itu menyeronokkan.

Kempen – kempen yang dapat memberi kesedaran kepada pelajar tentang faedah membaca perlu dipergiatkan dari semasa ke semasa. Penggunaan kata – kata yang menarik seperti “Membaca jambatan ilmu”, “Hidup membaca, hidup bahagia’’ mampu merangsang minat pelajar untuk membaca. Pertandingan perbahasan, pidato dan bercerita di peringkat sekolah, turut menyemai minat membaca dalam kalangan pelajar. Melalui pertandingan ini, pelajar yang muncul juara perlu diberi ganjaran sebagai motivasi agar terus membaca. Pembinaan pondok – pondok bacaan di kawasan sekolah yang dilengkapi dengan bahan – bahan bacaan seperti surat khabar lama, buku – buku cerita mampu menyemai minat pelajar. Sebagai contoh, ketika waktu rehat, sesetengah pelajar tidak ke kantin, jadi kesempatan ini mereka gunakan untuk duduk di pondok bacaan sambil membaca buku.

Pihak kerajaan turut berperanan dalam menyemai minat membaca dalam kalangan pelajar. Kerajaan misalnya, boleh mengurangkan cukai import bahan bacaan bermutu yang diimport dari negara luar. Selain itu, penubuhan lebih banyak perpustakaan di tempat – tempat yang lebih strategik perlu disegerakan. Perpustakan bergerak juga perlu disediakan oleh kerajaan untuk kemudahan pelajar yang tinggal di kawasan pedalaman atau luar bandar. Kesimpulannya, minat membaca dalam kalangan pelajar hendaklah ditekankan di peringkat awal lagi. Peribahasa Melayu ada mengatakan, “melentur buluh biar dari rebungnya”. Oleh itu, semua pihak haruslah bekerjasama untuk menanam minat membaca dalam kalangan pelajar.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada: Semua pihak MembantuKanak – kanak Membaca: Pendidik, BIL. 18-2006)

Soalan 2:Pemahaman

Soalan 2(a): Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas, jawab soalan – soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i)Berikan maksud rangkai kata melentur buluh biar dari rebungnya.(2 markah)

(ii)Ibu bapa boleh menyemai minat membaca dalam kalangan anak – anak. Bagaimanakah hal ini boleh dilakukan?(3 markah)

(iii)Pada pendapat anda, mengapakah minat membaca dalam kalangan pelajar masih berada pada tahap yang kurang memberangsangkan?(4 markah)

Page 17: LATIHAN RUMUSAN

LATIHAN 8

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang kesan-kesan buruk penggunaan kad kredit dan cara-cara mengawal penggunaan kad kredit. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

                Rakyat sentiasa diingatkan supaya bijak menggunakan wang dan mengatur perbelanjaan mereka.  Rakyat mempunyai kuasa membeli tetapi ada kalanya timbul masalah apabila mereka membeli barang yang tidak perlu atau secara membazir.  Keadaan menjadi lebih meruncing dengan penggunaan kad kredit yang tidak terkawal.

                Orang ramai seharusnya menggunakan kad kredit dengan penuh berhemah agar mereka tidak menghadapi beban hutang yang boleh menjurus ke arah muflis.  Jika pemegang kad kredit berbelanja besar, banyak yang perlu mereka bayar kepada bank.  Harus diingat, kad kredit ialah kemudahan pembayaran pendahuluan iaitu beli dahulu dan bayar kemudian, bukan untuk bermegah dan boros.  Bank Negara memberi amaran bahawa sudah wujud semacam pergantungan generasi muda terhadap kad kredit dalam melayan kehendak diri yang tiada berkesudahan.  Kad kredit seakan-akan menjadi lesen untuk tunduk kepada nafsu kebendaan sehinggakan konsep pengguna rasional ditolak ke tepi.

Page 18: LATIHAN RUMUSAN

                Kempen dan perang harga yang dilancarkan oleh syarikat pengeluar dan pasar raya ada ketikanya membangkitkan keghairahan pemegang kad kredit untuk berbelanja.  Selain memaparkan iklan di akhbar dan televisyen, kini sudah banyak syarikat mengedar risalah 'potongan harga' dan 'harga runtuh' dari rumah ke rumah.  Statistik tahun 2005 menunjukkan bahawa rakyat Malaysia membelanjakan RM45.2 ribu juta menerusi kad kredit, iaitu meningkat 13.9 peratus berbanding dengan tahun sebelumnya.

                Kelonggaran syarat pemilikan kad kredit meningkatkan jumlah pemegang "wang plastik" itu, khususnya pengguna muda.  Kegagalan melangsaikan hutang kad kredit tentunya membebankan institusi kewangan yang berkenaan, contohnya kos perhubungan dan guaman.  Dalam hal ini, kedua-dua pihak kerugian iaitu pengguna mungkin diisytihar muflis dan institusi kewangan terpaksa melupuskan hutang mereka.  Kecenderungan berhutang yang keterlaluan dan kes mahkamah yang membabitkan pemegang kad kredit boleh menjejaskan imej negara yang cuba bersaing sebagai pusat kewangan serantau.

                Salah satu ciri masyarakat maju ialah kemampuan membuat pertimbangan dan keputusan terhadap baik buruk sesuatu perkara.  Pemegang kad kredit tidak terkecuali dalam hal ini.  Kad kredit seharusnya kekal sebagai kemudahan untuk berbelanja, bukan mencetuskan masalah-masalah lain.

(Diubahsuaikan daripada Kad Kredit Bukan Sumber Berbelanja Besar olehZainuddin Ayip, Berita Harian, 15 April, 2006)

LATIHAN 9 Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang faedah-faedah hidup berjiran dan cara-cara memupuk semangat kejiranan. Panjang rumusan hendaklah  tidak melebihi 120 patah perkataan.              Kemakmuran sesebuah negara amat bergantung pada kemantapan dan kutuhan hubungan dalam setiap lapisan masyarakat. Hubungan yang erat antara jiran dalam masyarakat merupakan ciri  masyarakat yang berkualiti.  Semangat kejiranan dapat memainkan peranan yang amat penting dalam menjana kehidupan setempat yang aman dan harmoni.              Jiran ialah orang yang tinggal paling hampir  dengan tempat kediaman kita. Segala perkara yang berlaku pada diri kita terlebih dahulu diketahui oleh jiran. Oleh itu, jiran merupakan orang yang paling mudah memberikan pertolongan pada saat kita ditimpa bencana. Pertolongan seperti inilah yang amat diperlukan pada masa kecemasan sementara menunggu bantuan pihak berwajib atau sanak-saudara. Jiran yang berbeza latar belakang pekerjaan, pendidikan, agama dan budaya akan memberikan manfaat yang besar kepada kita. Hal ini kerana mereka memiliki pengetahuan dan kemahiran yang boleh kita kongsi bersama-sama. Di samping itu, jiran

Page 19: LATIHAN RUMUSAN

yang sepakat dan bersatu padu mampu menjamin keselamatan setempat  daripada sebarang ancaman seperti kecurian, penyalahgunaan dadah dan budaya samseng.              Segala perkara yang mencemarkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat dapat dicegah dengan semangat kerjasama dan keprihatinan sesama jiran. Gejala sosial seperti khalwat, penderaan kanak-kanak dan kes-kes jenayah dapat dibendung jika jiran memainkan peranan dan mengambil inisiatif melaporkannya kepada pihak berkuasa. Kita perlu bertindak sekalipun gejala tersebut tidak menimpa ahli keluarga sendiri. Setiap ahli masyarakat seharusnya beringat sebelum terjadi sesuatu yang buruk, bak kata pepatah, ‘sediakan payung sebelum hujan’. Jiran yang hidup dalam suasana bekerjasama dan mengambil berat antara satu sama lain sudah semestinya dapat menjana program yang menyumbang kebajikan kepada masyarakat setempat. Rahsia kejayaan program ini terletak pada persepakatan dan persefahaman yang mantap sesama jiran.              Perpaduan ialah kunci kemakmuran dan kesejahteraan negara. Tanpa perpaduan, negara akan berada dalam keadaan kucar-kacir dan masyarakat tidak lagi dapat hidup dalam keadaan aman dan damai. Perpaduan dapat dilahirkan melalui hubungan baik sesama jiran. Jiran yang baik ialah jiran yang berjaya memupuk semangat tolenrasi, saling mempercayai dan mengamalkan perkongsian pintar sesama mereka. Sekiranya hal ini diabaikan, maka lambat-laun akan tercetuslah bibit-bibit permusuhan yang akhirnya membawa kepada perbalahan dan perpecahan.             Kesimpulannya, jelaslah kepada kita betapa penting dan besarnya peranan jiran dalam menentukan kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah negara. Hanya negara yang makmur dan sejahtera sahaja yang akan dapat meneruskan agenda pembangunan yang lebih gemilang pada masa akan datang.                         (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Kejiranan, Cara Kekalkan                                                       Hubungan Baik, oleh Ahmad Tarmizi Zakaria,                                                                            Utusan Malaysia, Jun 2003) SOALAN PEMAHAMAN PETIKAN

i) Apakah maksud rangkai kata menjamin keselamatan setempat dalam petikan di atas?

(2 markah)

ii) Mengapakah perpaduan penting dalam kehidupan berjiran?

(4 markah)

iii) Pada pendapat anda, apakah peranan ibu bapa dalam menerapkan semangat kejiranan dalam diri anak-anak?

(4 markah)

Page 20: LATIHAN RUMUSAN

RUMUSAN 10

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah pemeliharaan alam sekitar dan kepentingan alam sekitar yang berkualiti. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Alam sekitar yang berkualiti ialah alam sekitar yang dapat memberi keselesaan hidup dan memenuhi kesemua keperluan hidupan dengan baik. Contohnya, udara yang bersih penting untuk pernafasan manusia, haiwan dan tumbuhan-tumbuhan. Sebaliknya, pencemaran udara akan menyebabkan sistem respirasi diserang penyakit. Air sungai yang dicemari dengan sisa kilang dan kawasan perlombongan pula merosakkan habitat hidupan akuatik dan seterusnya mengakibatkan kematian. Bagi mengatasi masalah pencemaran tersebut, semua undang-undang berkaitan alam sekitar perlu dikuatkuasakan sepenuhnya dengan serta-merta.

Pemeliharaan alam sekitar adalah penting demi warisan generasi akan datang. Oleh itu, pengurusan projek-projek pembangunan negara yang melibatkan alam sekitar hendaklah dirancang dengan teliti. Selama ini kita dapati kegiatan-kegiatan ekonomi yang melibatkan alam sekitar, seperti menangkap ikan dan membalak telah merubah alam semula jadi di sekeliling kita. Jadi, manusia harus tahu mengawal kegiatan-

Page 21: LATIHAN RUMUSAN

kegiatan yang dilakukan oleh mereka bagi mengekalkan keseimbangan ekologi alam sekitar. Begitu juga halnya dengan industri yang berasaskan pertanian dan pengilangan yang tidak diuruskan dengan baik telah menghasilkan sisa toksik yang berbahaya serta mendatangkan risiko tinggi kepada kesihatan manusia dan alam sekitar. Satu peraturan bawah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 menghendaki semua industri mengolah air buangan untuk mengasingkan bahan pencemar ke paras yang selamat. Manakala sisa toksik yang tidak boleh diolah perlu dibakar, dikitar semula atau dihapuskan dengan cara yang selamat seperti ditanam.

Kemudahan infrastruktur di negara kita semakin membanggakan. Walau bagaimanapun dalam pembinaan infrastruktur seperti pembinaan jalan raya dan lebuh raya, pemeliharaan alam sekitar tidak harus diabaikan. Di samping itu, pembukaan tanah untuk projek perumahan dan pembandaran perlu disertakan dengan pelan penanaman tumbuh-tumbuhan. Pihak berkuasa mesti mensyaratkan pemulihan kawasan hijau dilaksanakan sebelum sesuatu projek pembangunan diluluskan. Jika langkah pemuliharaan tidak disegerakan, orang ramai tidak lagi dapat menikmati keindahan alam sekitar. Selain ghairah meneroka hutan untuk mngejar pemodenan, kawasan hutan juga perlu dikekalkan. Seiring dengan itu, pewartaan hutan simpan hendaklah diperbanyak bukan sahaja untuk mengekalkan keseimbangan suhu malah sebagai kawasan tadahan hujan.

Tuntasnya, alam sekitar haruslah diutamakan dalam sebarang aktiviti manusia. Alam sekitar dengan keseimbangan ekologinya yang unik tidak harus dikorbankan demi kepentingan dunia sejagat.

(Dipetik dan diubahsuai daripada “Kualiti Alam Sekitar: Tahukah anda peranan alam sekitar yang berkualiti?” oleh Nasron Sira Rahim, Berita

Harian 2006)

RUMUSAN 11Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang kesan pudarnya penghayatan semangat patriotik dalam kalangan generasi muda dan halangan melaksanakannya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Semangat patriotik ialah perasaan cinta akan tanah air. Semangat ini sering dikaitkan dengan semangat nasionalisme, iaitu semangat kenegaraan bagi membina dan membangunkan negara. Semangat patriotik dapat menjadikan generasi muda memperkukuh pembangunan negara yang telah diasaskan oleh generasi terdahulu.

Semangat patriotik ini dapat menanamkan rasa tegas diri dalam diri anak-anak muda. Tegas diri ini ditonjolkan sama ada secara langsung atau tidak langsung. Kita akan berasa bangga apabila lagu kebangsaan dimainkan dan Jalur Gemilang dikibarkan atau apabila negara mencapai kemajuan dalam sesuatu bidang juga kejayaan di arena antarabangsa. Pendek kata, semangat patriotik mampu meningkatkan daya juang dan jati diri serta berupaya membangunkan dan memajukan diri sendiri, keluarga serta masyarakat.

Semangat patriotik ini perlu disematkan dengan kukuh dalam kalangan generasi muda. Contoh yang paling ketara ialah sambutan Hari Kebangsaan yang seharusnya dihayati oleh generasi ini. Hal ini demikian kerana mereka tidak terlibat dalam perjuangan memperoleh kemerdekaan negara yang pernah dilakukan oleh negarawan kita beberapa dekad yang lalu. Oleh itu, mereka mungkin kurang memahami pahit getir perjuangan untuk mendapatkan

Page 22: LATIHAN RUMUSAN

kemerdekaan tersebut. Namun demikian, kesedaran tentang pentingnya kemerdekaan negara dalam hubungan tidak terlalu bergantung pada negara lain amat perlu. Hal ini demikian kerana tanpa kebebasan membuat keputusan sendiri dalam hala tuju pembangunan negara, kita akan terus menjadi hamba atau orang suruhan kuasa lain. Kita juga akan mudah diperalatkan oleh negara lain untuk mencapai sesuatu agenda mereka.

Semangat patriotisme ini bertujuan membentuk generasi muda yang kental dari segi fizikal dan minda. Ini membolehkan generasi kini mengukuhkan jati diri dan semangat kenegaraan bagi membendung perkembangan gejala sosial untuk meruntuhkan akhlak dan akidah. Anak muda yang tebal semangat patriotiknya tidak akan tergamak terlibat dalam gejala sosial. Mereka tentunya sedar akan tanggungjawab dan peranan yang perlu dipikul oleh mereka sebagai peneraju masyarakat masa hadapan.

Semangat patriotik dapat mencorakkan dan meningkatkan komitmen penduduk pelbagai etnik. Dalam konteks budaya, perpaduan perlu ditunjukkan dalam bentuk perlakuan hidup seharian. Dalam hal ini, kita agak kurang bermasalah kerana generasi muda hari ini nampaknya lebih erat hubungannya walaupun mereka berasal daripada pelbagai kaum. Hal ini demikian kerana wawasan budaya kebangsaan nampaknya mempunyai kesan yang positif dalam kalangan mereka. Kedudukan kumpulan etnik ini dalam pelbagai bidang kehidupan juga nampaknya sudah agak setanding seperti peribahasa duduk sama rendah; berdiri sama tinggi.

Semangat patriotik ini perlu dijadikan landasan bagi meningkatkan kesetiaan terhadap negara, tanpa mengira kaum dan dalam apa jua situasi. Semangat ini juga amat perlu bagi mengekalkan kestabilan dan keharmonian negara serta hubungan antara kaum. Ini dapat memupuk amalan perkongsian dan kerjasama dalam pelbagai bidang, dan menanam sikap serta tanggungjawab bersama bagi menjayakan wawasan dan cita-cita negara.

Akhirnya, semangat patriotik mesti ditanamkan dalam generasi muda kita kerana semangat ini menyentuh soal maruah, martabat, pembangunan, identiti dan kesejahteraan hidup pada masa hadapan.

( Dipetik dan diubahsuaikan daripada buku teks Bahasa Melayu tingkatan 4 ms 165 – 166)

RUMUSAN 12Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang usaha-usaha membudayakan amalan berbudi bahasa dalam kalangan masyarakat dan kekangan-kekangannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Dewasa ini kita menghadapi satu senario, iaitu sifat-sifat luhur dan kesantunan budi bahasa yang semakin terhakis sedangkan dulu hal ini menjadi kebanggaan masyarakat Malaysia. Ungkapan infrastruktur kelas pertama dan mentaliti kelas ketiga tepat menggambarkan kerisauan masyarakat Malaysia tentang keadaan negara pada masa ini. Ekoran itu, kerajaan telah mengorak langkah yang bijaksana, iaitu pada 11 Januari 2005, Perdana Menteri Malaysia telah melancarkan Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni Peringkat Kebangsaan. Kempen ini dijalankan bagi tempoh masa lima tahun dari tahun 2005 hingga tahun 2010. Perdana Menteri menyatakan bahawa sebelum amalan ini terhakis seharusnya peranan kendiri, keluarga, dan masyarakat amat penting untuk membugarkan budaya berbudi bahasa.

Peranan institusi keluarga tidak boleh dikesisikan. Para ibu bapa perlu mengambil sikap bersungguh-sungguh apabila memberi didikan kepada anak-anak. Ibu bapa harus menyemai sikap berbudi bahasa yang tinggi kepada anak-anak kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya. Hal ini kerana remaja sering dikaitkan dengan gejala sosial seperti pergaulan bebas, lepak, lumba haram dan sebagainya. Perlakuan mereka sudah melanggar adab dan tatasusila yang menjadi norma dalam masyarakat. Pada masa inilah masyarakat harus mempunyai keupayaan

Page 23: LATIHAN RUMUSAN

untuk menegur perlakuan remaja dengan cara berhemah agar mereka dapat menerima teguran dengan sebaik-baiknya.

Sebaliknya, masyarakat hari ini lebih menekankan aspek materialisme, sekali gus meminggirkan nilai moral seperti berbudi bahasa. Ibu bapa dan guru-guru sepatutnya berganding bahu dengan masyarakat dalam memainkan peranan membentuk peribadi anak-anak kerana remaja diibaratkan seperti sehelai kain putih yang mudah menerima dan seterusnya mengamalkan nilai budi bahasa yang terpuji. Dalam kehidupan bermasyarakat, para remaja perlu sentiasa menggunakan tutur kata yang sopan, mempunyai fiil yang halus dan budi pekerti yang mulia, bertegur sapa, sedia memohon maaf, membiasakan diri memberi salam atau ucap selamat dan bantu-membantu ibarat berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Selain itu, institusi pendidikan formal, iaitu sekolah bertanggungjawab untuk melahirkaan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Tugas guru pula semakin mencabar bukan sahaja menghabiskan sukatan pelajaran, malah guru harus menjadi suri teladan kepada anak didik mereka. Jadi warga pendidik hendaklah menggunakan bahasa yang sopan apabila berinteraksi dengan pelajar. Tugas ini haruslah disambut baik oleh para pendidik kendatipun mereka menanggung beban tugas yang banyak. Seterusnya, masyarakat menyambut baik jika syarikat pengangkutan awam seperti bas, teksi, monorel, dan LRT menggunakan kenderaan mereka sebagai platform untuk mendidik masyarakat ke arah merealisasikan nilai-nilai berbudi bahasa dengan melekatkan pelbagai iklan dan cogan kata pada kenderaan awam. Hal ini demikian kerana pembangunan fizikal seharusnya seiring dengan pembangunan insan.

Sebagai konklusi, masyarakat yang maju tanpa nilai-nilai moral, khususnya budi bahasa dapat diibaratkan seperti seorang manusia tanpa roh. Kita tidak mahu generasi akan datang menjadi masyarakat yang tidak berbudi bahasa dan lupa akan adat yang selama ini diamalkan oleh masyarakat Melayu. Semua pihak harus menggemblengkan tenaga bersama-sama menyahut kempen kerajaan agar amalan berbudi bahasa yang menjadi amalan tradisi nenek moyang kita tidak luput ditelan arus globalisasi yang begitu hebat.

Diubahsuaikan daripada Berbudi Bahasa Amalan Hidup Kita oleh Tuan Ismail Tuan Muhammad, Dewan Siswa,

Februari 2008

RUMUSAN 13

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah menjaga kebersihan makanan dan kesan daripada langkah-langkah tersebut. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Kebanyakan penyakit yang berbahaya seperti kolera, cirit-birit, dan tifoid merebak kerana pencemaran makanan dan minuman oleh kuman. Hal ini demikian kerana kurang kesedaran dalam kalangan pengendali makanan dan pengguna. Makanan dan minuman yang tercemar bukan sahaja boleh menjejaskan kesihatan seseorang, malah juga boleh menyebabkan maut. Oleh sebab itu, pengendali makanan mesti memastikan makanan dan alat-alat yang digunakan untuk menyediakan makanan dalam keadaan yang bersih.

Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 519 kes penyakit kolera dengan 10 kematian telah berlaku di negara kita pada tahun 2001. Jumlah kes ini telah menurun berbanding dengan tahun 1998, iaitu sebanyak 1,304 kes dengan 19 kematian. Bagi kes keracunan makanan pula, sebanyak 5,469 kes telah berlaku pada tahun 2001

Page 24: LATIHAN RUMUSAN

berbanding dengan 8,640 kes pada tahun 1999. Dalam tempoh yang sama kes tifoid telah menurun daripada 811 kes kepada 610 kes.

Penurunan ini menggambarkan bahawa tahap kesihatan dan kebersihan makanan telah meningkat. Hal ini mungkin disebabkan peningkatan kesedaran masyarakat tentang pentingnya menjaga kebersihan atau kerana keberkesanan penguatkuasaan oleh pihak penguatkuasa kesihatan. Namun begitu setiap individu harus lebih berwaspada semasa memilih makanan di gerai atau restoran.

Kementerian Kesihatan sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti makanan dan kebersihan di premis-premis perniagaan makanan. Antara usaha yang telah dijalankan termasuklah melaksanakan peraturan kebersihan makanan yang bertujuan untuk mengawal kualiti dan kebersihan makanan. Untuk tujuan ini, Kementerian Kesihatan perlu mengeluarkan sijil Sistem Kepastian Keselamatan Makanan (SKKM). SKKM mula diperkenalkan pada tahun 1977.

Kesedaran masyarakat tentang kebersihan sangat penting. Penguatkuasaan undang-undang semata-mata tidak berkesan jika tahap kesedaran masyarakat masih rendah. Oleh itu, usaha yang berterusan perlu dilakukan untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat akan peri pentingnya menjaga kebersihan makanan dan persekitaran selaras dengan slogan Negara Bersih Rakyat Sihat.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripadaBuku Teks Tingkatan 5, muka surat 202)

RUMUSAN 14

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kelebihan pengangkutan moden dan masalah-masalah yang dihadapi oleh pengguna. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Operasi Express Rail Link (ERL) KLIA Ekspres melakar satu lagi sejarah pemodenan sistem pengangkutan negara dan standard industri kereta api rantau ini. Meskipun bukan kereta api laju bertaraf tren peluru di Jepun atau tren di Perancis yang boleh memecut sehingga melebihi 300 kilometer sejam, ERL yang mampu bergerak dengan kelajuan maksimum 160 kilometer sejam tetap mengagumkan. Projek ERL dicetuskan oleh Yang Amat Berhormat Mantan Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir Mohamad, untuk memastikan bahawa Malaysia dapat bersaing dalam kepesatan ekonomi.

Selaras dengan hasrat perkhidmatan ERL yang berpegang pada konsep ”Lapangan Terbang Dalam Bandar Raya”, maka kemudahan untuk penumpang pesawat membuat pendaftaran masuk disediakan di Terminal Udara Dalam Bandaraya Kuala Lumpur atau Kuala Lumpur City Air Terminal (KL CAT). Melalui perkhidmatan ini,

Page 25: LATIHAN RUMUSAN

penumpang tidak perlu lagi melakukan pendaftaran masuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kerana urusan itu dapat dilakukan di KL CAT. Melalui konsep ini juga, perjalanan KLIA Ekspres yang membawa penumpang dari KL CAT ke KLIA hanya mengambil masa yang pendek. Perjalanannya hanya memakan masa selama 28 minit dan kekerapan perkhidmatannya ialah 15 minit sekali. Konsep ini memberikan penekanan kepada elemen masa sebagai faktor utama pengurusan kerja yang efisien.

Bagasi penumpang kapal terbang dari Stesen Sentral Kuala Lumpur atau KLIA diangkut dengan alat pengangkut di dalam stesen terminal dan kontena kereta api dengan dipantau oleh sistem pengurusan bagasi. Untuk memastikan urusan perkhidmatan bagasi penumpang beroperasi dengan cekap, satu sistem yang dikenal sebagai Sistem pengendalian Bagasi secara automatik disediakan. Untuk meningkatkan keselamatan bagasi, kamera pengawasan digunakan bagi merekod transaksi beg dan merakamkan perbuatan orang yang tidak bertanggungjawab yang mungkin membuka atau mencuri beg-beg berkenaan. Dengan ini keselamatan bagasi penumpang adalah terjamin.

Dengan kadar tambang RM 35.00 sehala, perkhidmatan ERL menjanjikan keselesaan dan keselamatan yang maksimum. Tren berhawa dingin ini dilengkapkan dengan kerusi empuk yang selesa dan tempat bagasi yang lebih luas. Kemudahan yang disediakan dan kelajuan maksimum yang terdapat pada tren tersebut meletakkan KLIA Ekspres sama taraf dengan tren di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Jepun dan Perancis.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripadaBuku Teks Tingkatan 5, muka surat 61)

RUMUSAN 15

Baca petikan di bawah dengan teliti,kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah mengekalkan perpaduan kaum dan kesan-kesannya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Perpaduan merupakan pemangkin dalam mewujudkan kestabilan sosial dan pembangunan sesebuah negara. Suatu ikatan perpaduan yang erat perlu dijalin demi mewujudkan sebuah negara yang maju dengan memberi tumpuan kepada konsep pembangunan komuniti tanpa mengabaikan nilai-nilai murni kemasyarakatan. Oleh itu, kita harus menghargai segala yang diperoleh selama ini dan melipatgandakan usaha bagi meningkat perpaduan kaum. Dalam konteks ini, perpaduan dan kerjasama berkait rapat. Hal ini penting untuk mengekalkan kestabilan dan keharmonian negara.

Dalam usaha untuk memastikan perpaduan dapat dikekalkan, semangat ini hendaklah dipraktikkan sejak bangku sekolah lagi. Selain itu, semangat ini perlu diamalkan dalam kehidupan seharian demi menjamin keutuhan ekonomi dan berjuang bersama-sama untuk mempertahankan Malaysia bagi mengekalkan kemerdekaan dan keamanan.

Page 26: LATIHAN RUMUSAN

Di samping itu ,rakyat Malaysia perlu menyokong usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk mewujudkan perpaduan di negara ini agar keamanan negara dapat dikecapi. Seterusnya, walaupun di mana-mana kita berada di Malaysia ini,kita mestilah mematuhi undang-undang. Kita juga mestilah menghormati undang-undang negara ini supaya kehidupan kita lebih harmoni. Untuk mengelakkan ketegangan kaum pula, setiap kaum di negara ini mestilah menghormati kaum yang lain baik dari segi agama,bahasa,budaya dan sebagainya. Oleh itu prinsip hormat-menghormati ini sangat penting untuk menegakkan keamanan dan kesejahteraan hidup di negara kita.

Sesungguhnya perpaduan akan menjadi realiti jika setiap warga sedar akan tanggungjawab dan peranan masing-masing serta sedia menyahut cabaran untuk berubah sesuai dalam era globalisasi. Sememangnya perpaduan amat penting dalam apa-apa situasi sekalipun sama ada ketika senang dan lebih-lebih lagi ketika susah. Perpaduan yang perlu disuburkan dalam kalangan rakyat tidak harus terhad kepada aspek tertentu seperti perpaduan kaum, malah harus meliputi segala perkara yang melibatkan kepentingan bersama khususnya dan kepentingan negara amnya. Andai kata perpaduan di negara tergugat, akan terjadilah seperti maksud peribahasa”Ibarat telur sesangkak,pecah sebiji, pecah semua.

( Dipetik dan diubahsuai daripada buku teks tingkatan 5,halaman 97-99 )

RUMUSAN 16

Baca petikan di bawah dengan teliti,kemudian buat satu rumusan tentang kelebihan-kelebihan penggunaan MyKad dalam urusan harian dan kekangannya. Panjang rumusan anda tidak melebihi 120 patah perkataan.

Kad Pintar Pelbagai guna Kerajaan (KPPK) atau sekarang ini dikenal juga dengan nama MyKad bukan sahaja yang pertama di dunia,malahan juga ciptaan yang menjadi kebanggaan negara kita. MyKad merupakan satu daripada tujuh aplikasi perdana yang dibangunkan di bawah Koridor Raya Multimedia. Secara mudahnya, MyKad ialah penggunaan lebih daripada satu kad dalam sekeping kad. Sesuai dengan namanya, maka MyKad menggabungkan beberapa dokumen peribadi seperti kad pengenalan, lesen memandu,maklumat pasport antarabangsa, MEPS tunai dan capaian prasarana kekunci awam

Sehubungan perkara di atas, dapat menggunakan MyKad sebagai kad ATM atau sebagai alat urus niaga e-dagang.Selain itu dapat mengurangkan penggunaan kertas dan menjimatkan masa berurus niaga,semasa berurusan dengan pejabat-pejabat

Page 27: LATIHAN RUMUSAN

kerajaan atau swasta kerana pengisian borang secara konvensional tidak diperlukan lagi.

Projek KPPK ini telah mula dilancarkan pada 2001 dan pelancarannya ke seluruh negara pada 2002. Pelaksanaan KPPK ini merupakan satu titik sejarah negara dalam usaha menerokai dunia multimedia kerana Malaysia bukan sahaja menjadi negara pertama menggunakan kad pintar di dunia, malahan menjadi negara pencipta kad pintar pelbagai guna yang tercanggih..Penciptaan kad seperti ini juga akan menjadi perintis teknologi terunggul di rantau ini dan pada mata dunia.Teknologi cip dan biometriks yang yang digunakan pada kad pintar mampu meningkatkan keyakinan yang tinggi dalam kalangan pengguna khususnya dari segi keselamatannya. Ciri-ciri keselamatan tersebut melindungi pemiliknya daripada sebarang pemalsuan dan penyalahgunaan kad

Agensi-agensi yang terbabit akan menggunakan alat pembaca mudah alih yang direka khas untuk mengesan maklumat pemegang kad bagi tujuan pengesahan. Untuk tujuan urusan yang diperlukan, pemilik kad hanya dikehendaki meninggalkan kesan cap jari pada permukaan pengimbas kad di samping memasukkan kad ke dalam alat pembaca kad. Jika kesan cap jari itu sama seperti yang dipaparkan dalam cip makro yang terdapat pada permukaan kad tersebut, maka kad berkenaan dianggap sah dan urusan yang selanjutnya boleh diteruskan. Kejayaan kita mencipta kad pintar seperti ini meletakkan negara kita setaraf dengan negara maju.

( Dipetik dan diubahsuai daripada buku teks tingkatan 5,halaman 232-233 )

RUMUSAN 17Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan menganjurkan sukan bertaraf antarabangsa dan langkah-langkah meningkatkan mutu penganjuran sukan tersebut . Panjangnya rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah kata.

Sejak akhir-akhir ini, Malaysia telah mendapat pengiktirafan untuk menganjurkan pelbagai kejohanan yang bertaraf antarabangsa. Antara kejohanan yang pernah dianjurkan termasuklah Sukan Komanvel ke-XVI pada tahun 1998, Kejohanan Hoki Piala Dunia 2002, kejohanan Sukan Lumba Basikal Le Tour d’Langkawi , Kejohanan Bot Laju Formula 1 (F1), Kejohanan Perlumbaan Kereta Formula 1 sejak 1999 dan banyak lagi. Usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan ini sebenarnya banyak mendatangkan manfaat bukan sahaja kepada negara, malahan kepada rakyat juga.

Penganjuran sukan yang bertaraf antarabangsa ini akan mempromosikan negara kita ke seantero dunia. Setiap kejohahan yang dijalankan biasanya disiarkan secara langsung melalui siaran televisyen ke seluruh dunia. Hal ini akan menyebabkan

Page 28: LATIHAN RUMUSAN

penduduk di negara-negara lain yang juga merupakan peminat setia sesuatu jenis sukan itu akan mengetahui kedudukan negara Malaysia. Mereka sudah tentu akan terpikat dengan keunikan dan kecantikan flora dan fauna di negara kita. Selain itu, sebelum kejohanan berlangsung, pihak penganjur akan mengadakan promosi dengan pelbagai cara untuk menarik kehadiran penonton. Secara tidak langsung, kita dapat mempromosikan negara.

Selain itu, kehadiran penonton yang menyaksikan kejohanan ini juga akan merancakkan aktiviti pelancongan di negara kita. Kehadiran pelancong semasa temasya sukan ini berlangsung membantu meningkatkan pendapatan negara melalui pertukaran wang asing. Kebiasaannya, penonton yang menyaksikan sesuatu kejohanan itu akan datang lebih awal. Di samping menyaksikan pertandingan, mereka juga berkesempatan untuk menikmati keindahan dan keunikan flora dan fauna di negara kita. Selain meningkatkan industri pelancongan, kehadiran pelancong juga dapat memajukan industri perhotelan.

Mereka juga akan tertarik dengan keunikan hasil kraf tangan rakyat negara ini seperti anyaman , seramik, dan batik. Secara tidak langsung industri kraf tangan ini akan berkembang maju. Apabila mereka kembali ke negara asal, mereka akan menceritakan pengalaman yang diperoleh kepada ahli keluarga atau rakan-rakan yang lain. Hal yang demikian, hasil kraf tangan negara ini telah diperkenal ke negara-negara lain melalui penganjuran sukan tersebut.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa penganjuran temasya sukan peringkat antarabangsa membuktikan bahawa negara kita mampu menyaingi negara-negara lain terutamanya dari segi kemudahan infrastruktur dan penyediaan prasarana sukan . Stadium sukan, kemudahan menjalankan latihan secara berpusat, dan peralatan sukan yang bertaraf dunia menjadi kayu ukur semasa membuat persediaan menganjurkan sukan di peringkat antarabangsa. Di samping kejayaan negara menyediakan kemudahan dan menganjurkan sukan di peringkat antarabangsa, negara juga sebenarnya berjaya berjaya menjanakan ekonominya .

(Dipetik dan diubahsuai daripada buku teks Ting. 5, muka surat 219)RUMUSAN 18

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang kebaikan melabur dalam Saham Amanah dan usaha-usaha mengalakkan rakyat melabur. . Panjangnya rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah kata.

Amanah saham ialah suatu bentuk pelaburan terkumpul yang membenarkan pelabur yang mempunyai matlamat serupa mengumpulkan dana masing-masing untuk dilaburkan dalam satu portfolio sekuriti yang diuruskan oleh para pengurus dana profesional. Hal yan demikian, pelbagai skim amanah saham telah diwujudkan di negara kita sama ada yang dianjurkan pihak kerajaan mahupun pihak swasta. Antara skim amanah saham yang popular di negara kita termasuklah skim Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Bumiputra (ASB), Amanah Saham Wawasan (ASW) dan banyak lagi. Skim amanah saham yang dianjurkan ini bertujuan untuk meningkatkan tahap sosioekonomi yang menyeluruh dalam kalangan ahli masyarakat. Semua dana yang diwujudkan merupakan satu pelaburan yang baik untuk melatih rakyat menyimpan sambil melabur. Oleh itu, rakyat digalakkan merebut peluang melabur dalam skim amanah demi jaminan masa hadapan terutama golongan remaja

Page 29: LATIHAN RUMUSAN

Menerusi dana ini, pihak kerajaan memberikan peluang kepada rakyat untuk sama-sama berkongsi dan menikmati kemakmuran ekonomi negara . Rakyat diberi peluang dan kemudahan pinjaman melalui institusi kewangan untuk melabur dalam skim amanah saham. Selain itu, penglibatan semua kaum dalam pelaburan saham amanah dapat merapatkan jurang perbezaan sumber pendapatan antara kaum yang agak ketara pada masa ini seterusnya mewujudkan satu usaha yang lebih mantap ke arah pembentukan perpaduan nasional selaras dengan matlamat Wawasan 2020. Perpaduan nasional penting kepada sesebuah negara demi menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan bangga akan tanah air.

Melalui penyertaan skim ini, rakyat juga akan dapat membantu kerajaan dalam usaha membangunkan negara ini ke arah yang lebih pesat. Pengalaman lalu apabila negara kita dilanda kegawatan ekonomi telah menjadikan rakyat semakin matang dan sedar akan kepentingan sesuatu aktiviti pelaburan demi kesejahteraan masa depan. Secara tidak langsung, rakyat telah sama-sama menyokong usaha kerajaan supaya tidak membazir dan seterusnya bersama-sama membangunkan negara. Dengan simpanan yang besar, institusi kewangan negara juga bertambah kukuh lantaran sikap rakyat yang suka menyimpan.

Kejayaan dana ini bergantung kepada kesungguhan rakyat untuk sama-sama mengorak langkah menyahut seruan kerajaan yang menginginkan negara mencapai kemajuan setanding dengan negara-negara luar. Sikap rakyat yang suka melabur ini menunjukkan mereka telah sedar bahawa apa-apa yang telah dikecapi selama ini sebenarnya merupakan satu usaha ke arah menjamin masa depan mereka.

(Dipetik dan diubah suai daripada buku teks Ting 5, ms 176)

RUMUSAN 19

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah menangani masalah ponteng sekolah dan kekangan untuk menanganinya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Gejala ponteng sekolah boleh mengakibatkan pelajar terjerumus ke dalam gejala sosial yang lain pula. Perlakuan begini jika tidak dibendung akan mendatangkan masalah kepada ibu bapa, sekolah dan negara secara keseluruhannya. Masalah ini tidak boleh ditangani oleh satu pihak sahaja tetapi memerlukan kerjasama dari pelbagai pihak. Pihak sekolah harus sentiasa berhubung rapat dengan pihak ibu bapa apabila mereka mendapati pelajar yang berkenaan tidak hadir ke sekolah selama beberapa hari. Pihak ibu bapa pula disarankan supaya sentiasa memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak sekolah jika gejala sebegini rupa dilaporkan kepada mereka.

Ibu bapa tidak seharusnya melepaskan tanggungjawab mendidik anak-anak mereka hanya kepada guru semata-mata. Sebaliknya, ibu bapa perlulah mengawasi kegiatan luar anak-anak secara menyeluruh agar mereka tidak akan terjebak dengan

Page 30: LATIHAN RUMUSAN

kegiatan yang boleh merosakkan mentaliti dan sikap anak masing-masing. Dalam hal ini, ibu bapa tidak sepatutnya mengharapkan guru sahaja kerana mereka juga mempunyai beberapa tanggungjawab lain yang perlu dijalankan di sekolah. Anak-anak berada bersama guru-guru hanyalah di sekolah dalam tempoh lebih kurang 8 jam manakala selebihnya anak-anak akan bersama ibu bapa, ahli keluarga atau rakan-rakan mereka.

Antara punca pelajar ponteng sekolah ialah pelajar tidak minat datang ke sekolah. Pihak sekolah mestilah menggunakan pendekatan mesra pelajar bagi menarik minat mereka untuk datang ke sekolah. Guru-guru haruslah mendapatkan maklumat punca pelajar tidak minat untuk datang ke sekolah. Dalam hal ini, guru hendaklah bersifat terbuka dan tidak terus menghukum pelajar secara terburu-buru. Ibu bapa boleh membantu pihak sekolah untuk mendapatkan maklumat tersebut dengan bertanya kepada anak-anak mereka. Peningkatan kes ponteng dalam kalangan pelajar sekolah menengah atau rendah adalah disebabkan oleh perubahan psikologi dari kanak-kanak ke alam remaja. Mereka sedang mencari identiti diri, tidak mahu dianggap keanak-anakan dan berlagak seperti orang dewasa.

Pihak sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan yang mendidik dan menerapkan nilai-nilai murni di kalangan pelajar haruslah berperanan sepenuhnya dalam mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelajar. Pihak sekolah sepatutya merancang sesuatu aktiviti yang menarik bagi menimbulkan minat pelajar untuk datang ke sekolah. Aktiviti seperti ini boleh dijalankan melalui kegiatan kokurikulum ataupun kegiatan akademik secara menyeluruh.

(Dipetik dan diubahsuai daripada buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 4, Dewan Bahasa dan Pustaka)

RUMUSAN 20

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang kesan perbuatan buli terhadap mangsanya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 90 patah perkataan.

Perbuatan membuli diertikan sebagai mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan. Lebih 80 peratus pelajar mengakui pernah terlibat dalam kes buli. Kejadian buli tidak harus dipandang ringan. Hal ini bukan perkara yang remeh-temeh atau tingkah laku yang disifatkan oleh banyak pihak sebagai “suka-suka” dan “gurauan budak-budak” semata-mata. Mangsa buli akan mengalami kesan negatif dalam jangka panjang, malah boleh menyebabkan kejadian bunuh diri. Pernah dilaporkan berlaku di luar negara, seorang murid membunuh diri kerana diejek gemuk dan berambut kerinting, malah ada pelajar yang membunuh rakannya kerana tidak tahan dibuli. Lazimnya mangsa buli akan menjadi seorang dewasa yang terlalu emosional sehingga menjejaskan hubungannya dengan orang lain.

Page 31: LATIHAN RUMUSAN

Tingkah laku buli bukan sahaja boleh menimbulkan ketakutan kepada mangsanya, tetapi kepada rakan sekelasnya yang menyaksikan perlakuan itu walaupun mereka tidak dibuli. Pemerhati tingkah laku buli akan turut mengalami gangguan emosi. Kejadian yang menimpa rakannya menyebabkan murid berkenaan merasakan persekitaran sekolah tidak lagi selamat. Malah pemerhati buli juga berasa bimbang akan diancam oleh pembuli dan menjadi mangsa seterusnya.

Presiden Persatuan Kaunseling Malaysia dan Pensyarah Jabatan Pendidikan Psikologi dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM). Profesor Dr. Suradi Salim, berpendapat bahawa mangsa yang dibuli akan merobah personaliti mereka menjadi seorang yang penakut. Mangsa bukan saja takut ke sekolah, malah takut diugut, dipukul dan sebagainya. Jika dibiarkan, akan membentuk peribadi individu terbabit menjadi lemah dan kurang keyakinan diri.

Pelajar-pelajar sekolah perlu menyedari bahawa nyawa dan kehidupan adalah sesuatu yang sangat berharga. Melakukan sesuatu untuk membahayakan diri sendiri dan orang lain sering kali akan membawa padah yang sangat buruk bukan sahaja kepada diri sendiri, malah keluarga.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana Menangani Masalah Buli di Sekolah, oleh Haji Samat

Buang,

Dewan Siswa, Ogos 2005)

RUMUSAN 21

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang punca-punca berlakunya rasuah dalam masyarakat . Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 90 patah perkataan.

Rasuah bukanlah suatu fenomena baru yang wujud dalam masyarakat moden. Kewujudannya telah dikesan sejak ribuan tahun yang lalu dan masalah ini berlaku dalam semua masyarakat sejak manusia mengenal erti peradaban dan membina ketamadunan. Dalam masyarakat kita, rasuah juga dikenali sebagai sogokan, duit kopi, duit bawah meja dan makan suap. Perbuatan dan amalan ini dilakukan secara sembunyi dan rahsia dengan melibatkan sekurang-kurangnya dua orang ataupun dua pihak. Rasuah selalunya mengandungi unsur-unsur penipuan yang melibatkan masyarakat umum dan pelanggaran undang-undang yang dilakukan secara sedar bertujuan untuk mendapat keuntungan.

Sebenarnya terdapat banyak faktor berlakunya amalan rasuah ataupun korupsi. Faktor utama ialah kelemahan kepimpinan dalam sesuatu institusi yang berkaitan.

Page 32: LATIHAN RUMUSAN

Selain itu, rasuah berlaku disebabkan pemahaman bahawa perbuatan itu bukan satu kesalahan tetapi lebih merupakan ganjaran atas bantuan atau perkhidmatan yang diberikan. Rasuah juga berlaku apabila kemiskinan menjadi dominan dalam kehidupan. Oleh sebab itu, amalan rasuah di negara-negara dunia ketiga didapati lebih serius berbanding negara-negara maju.

Rasuah juga berleluasa kerana longgarnya kawalan dan pengawasan serta tindakan yang kurang tegas. Malahan mereka yang didapati melakukan rasuah dikenakan hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan tersebut. Di sesetengah negara, pesalah rasuah dikenakan hukuman yang berat seperti penjara, tetapi amalan itu tidak dapat dibanteras sehingga ke akar umbi. Keadaan ini berlaku kerana keuntungan yang diperoleh daripada kegiatan rasuah itu adalah jauh lebih besar berbanding risiko yang bakal dihadapi. Selain itu, ramai yang sanggup melakukannya kerana kesalahan rasuah sukar untuk dibuktikan berbanding kesalahan jenayah yang lain.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Rasuah: Penyakit SosialSepanjang Zaman, oleh Haslina Hassan, Minda, Mac 2004)

RUMUSAN 22

Baca petikan di bawah ini dengan teliti kemudian tulis satu rumusan tentang sebab-sebab yang boleh menghakis kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 90 patah perkataan.

Ramai juga orang yang memikirkan penggunaan bahasa Melayu sekarang agak terjejas. Lihat sahaja di sekeliling kita, pengumuman di pasar raya, kilang, tempat hiburan, malah di mana-mana sahaja, sering dibuat dalam bahasa Inggeris tanpa penggunaan dwibahasa, apatah lagi untuk mendahulukan bahasa Melayu. Yang menyedihkan lagi, ada kalanya pihak tertentu yang membuat ucapan dalam program awam menggunakan bahasa Inggeris atau diselang seli dengan bahasa Inggeris sedangkan khalayaknya seratus peratus rakyat tempatan.

Keadaan ini terjadi kerana sikap fanatik yang berlebihan apabila kerajaan mula menggalakkan penggunaan bahasa Inggeris. Sebenarnya mereka yang bersikap demikian terbabas daripada dasar sebenar kerajaan tentang penggunaan bahasa Inggeris, iaitu menggalakkan penguasaan bahasa Inggeris untuk tujuan

Page 33: LATIHAN RUMUSAN

melahirkan penggunaan berkomunikasi dan penguasaan ilmu. Dasar kerajaan itu telah disahut hingga boleh menjejaskan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Hal ini lebih menyedihkan apabila beberapa institusi pengajian tinggi turut meminggirkan bahasa Melayu dalam pengajian, walaupun untuk bidang bukan teknikal. Jikalau penggunaan bahasa Inggeris di tempat awam dan di majlis rasmi atau tidak rasmi ini tidak dibendung, gejala tidak sihat ini akan terus menular dengan cepat dan meluas tanpa keupayaan sesiapa pun untuk membendungnya. Akibatnya sudah pasti kedudukan bahasa Melayu tergugat dan dikhuatiri bahasa Melayu mungkin hilang ditelan zaman. Fenomena yang berlaku sekarang kerana rasa hormat akan bahasa rasmi negara sudah mula terhakis dan penggunaannya sudah tidak menjadi penting lagi. Sebaliknya bahasa Melayu seolah-olah digunakan secara terpaksa.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Tanggungjawab Melestarikan

Budaya oleh Ab. Halim Ab. Karim, Pelita Bahasa, Februari 2004)

RUMUSAN 23

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang pentingnya hutan kepada masyarakat. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan.

Hutan mempunyai pelbagai fungsi yang bermanfaat kepada masyarakat setempat dan sejagat. Selain menjadi habitat hidupan flora dan fauna, hutan juga membekalkan pelbagai aliran perkhidmatan alam sekitar yang penting, menjana aktiviti ekonomi serta pendapatan eksport negara.

Hutan kini dilihat sebagai satu sumber yang menawarkan pelbagai fungsi alam sekitar yang penting, bukan setakat kayu bakau sahaja. Di samping hasil kayu kayan, hutan juga menawarkan hasil bukan kayu kayan. Tumbuh-tumbuhan seperti Tongkat Ali, Kacip Fatimah mempunyai keupayaan perubatan tradisional yang tinggi dan dipercayaai sangat berkhasiat kepada manusia. Aliran perkhidmatan alam sekitar yang dibekalkan oleh sumber hutan termasuklah fungsi penyimpanan atau tadahan air, kawalan banjir dan perangkap karbon. Fungsi perangkap karbon atau penyimpanan

Page 34: LATIHAN RUMUSAN

karbon penting dari segi kawalan suhu atau cuaca setempat dan global. Perkhidmatan alam sekitar lain ialah fungsi hutan dari segi sumber rekreasi berasaskan alam semula jadi atau pelancongan seperti Taman Negara dan Taman Kinabalu serta Lembah Danum di Sabah.

Di kawasan hutan baru, hidupan-hidupan akuatik dapat membiak dengan baik. Pesisir pantai dan muaranya yang berlumpur membantu hidupan akuatik seperti ikan, ketam, udang, kerang, kepah, dan sotong membiak. Haiwan seperti kelawar yang banyak membiak di hutan paya bakau menjadi agen pendebungaan yang baik kepada pokok-pokok durian di kawasan sekitarnya. Hutan paya bakau juga merupakan agen pengawalan hakisan pantai yang penting. Akar-akar pokok di hutan paya bakau berfungsi untuk menguatkan struktur tanah di kawasan pantai. Kesedaran tentang pentingnya hutan dan suasana kehijauan dan persekitaran semula jadi haruslah dipupuk ke dalam sanubari masyarakat bandar dan desa. Pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak kerajaan atau swasta untuk menghijaukan kawasan-kawasan bandar atau kilang-kilang. Misalnya membina taman di bandar, taman di dalam sekolah dan taman di kawasan perumahan dengan tujuan sebagai kawasan riadah.

Rakyat Malaysia kini semakin menghargai landskap desa atau pertanian yang kebanyakan menepati konsep ciri-ciri landskap alam semula jadi. Oleh itu, keaslian desa dan hutan-hutan ini perlu dipertahankan agar tidak ditelan oleh arus pembangunan atau perbandaran.

(Dipetik dan diubahsuai daripada rencana Hutan: KhazanahAlam yang harus dipelihara, Dewan Siswa, September 2002)

RUMUSAN 24

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang sebab-sebab kerajaan mewajibkan Program Latihan Khidmat Negara bagi golongan remaja. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan.

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dilaksanakan di negara kita merupakan gabungan daripada latihan ketenteraan dan penanaman nilai-nilai patriotik kepada generasi muda ke arah cinta, kasih dan sayang akan negara. Program ini berbeza daripada kerahan tenaga yang dilaksanakan di beberapa buah negara lain kerana menggunakan modul dan acuan kita sendiri yang disesuaikan dengan keadaan sosial, budaya dan ekonomi.

Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk menyemai nilai-nilai patriotik yang semakin luntur dalam kalangan remaja pada hari ini. Perubahan masa dan cara hidup pada masa kini menjadikan mereka leka sehingga tidak tahu erti kesusahan dan penderitaan hidup generasi sebelum merdeka. Melalui program ini, para remaja boleh diberi penerangan dalam pelbagai aspek yang berkaitan dengan sejarah,

Page 35: LATIHAN RUMUSAN

perlembagaan, Rukun Negara, dasar-dasar kerajaan dan sebagainya. PLKN juga bertindak sebagai mekanisme bagi pembentukan disiplin diri remaja. Selain itu, masa lapang selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dapat diisi dengan kegiatan yang berfaedah dan mendisiplinkan diri dengan jadual aktiviti yang ditentukan. Program ini secara tidak langsung dapat mematangkan fikiran mereka setelah menjalani latihan yang menguji ketahanan mental dan fizikal.

Program ini yang melibatkan pelbagai kaum bertujuan untuk memperkukuh intergrasi nasional. Melalui program ini, remaja daripada berbilang kaum, kebudayaan dan agama dapat dihimpunkan dalam satu wadah bagi menyuburkan semangat perpaduan kaum. Program-program yang dilaksanakan dalam PLKN meliputi modul-modul tertentu iaitu latihan fizikal, kursus bina semangat, kursus bina perwatakan dan khidmat kemasyarakatan. Para pelajar akan belajar berkawat, tempur tanpa senjata, pertolongan cemas, merentas halangan dan kegiatan sukan. Melalui asas latihan ketenteraan ini, para pelajar didedahkan dengan kemahiran kepimpinan dan ikhtiar hidup.

Aktiviti khidmat sosial pula membolehkan para remaja melibatkan diri dalam agensi awam, aktiviti gotong-royong, khidmat bakti kepada masyarakat dan bekerja dengan badan bukan kerajaan (NGO) untuk memupuk perpaduan dan menanam nilai-nilai murni dalam jiwa para remaja. Semua pihak khususnya para remaja dan ibu bapa perlu menyambut seruan kerajaan dengan menyertai Program Latihan Khidmat Negara kerana banyak faedah yang dapat diperoleh daripadanya.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Program Latihan Khidmat Negara Pelaksanaan Secara 3 Dalam 1 oleh Haji Samat b. Buang,

Dewan Siswa, Februari 2004)

RUMUSAN 25

Baca petikan di bawah ini dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang masalah-masalah untuk membangunkan penduduk di luar bandar. Panjangnya rumusan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan.

Dasar dan strategi pembangunan luar bandar (PLB) ialah pendekatan bersepadu untuk mewujudkan peluang pekerjaan, meningkatkan pendapatan dan produktiviti serta mengatasi masalah kemiskinan bagi membaiki status ekonomi penduduk luar bandar. Dasar dan strategi ini dilaksanakan sejak negara mencapai kemerdekaan. Strategi ini turut mengambil kira isu dan cabaran baru yang wujud dalam pembangunan luar bandar yang terbit daripada senario dan realiti baru yang dipengaruhi oleh suasana persekitaran dalam dan luar negara. Strategi tersebut juga diwujudkan ekoran pengurangan peratusan penduduk luar bandar di negeri kurang maju seperti Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Sarawak dan Sabah berbanding dengan negeri-negeri yang maju.

Page 36: LATIHAN RUMUSAN

Pada masa yang sama terdapat kadar migrasi yang agak tinggi dari negeri yang kurang maju ke negeri yang maju. Sektor pertanian dan sektor utama yang lain merupakan penyumbang utama pada keluaran dalam negara kasar (KDNK) bagi negeri yang kurang maju. Struktur ekonomi negeri tersebut tidak banyak berubah berbanding dengan struktur yang terdapat sejak beberapa dekad yang lalu. Negeri-negeri ini juga mempunyai kadar kemiskinan yang tinggi terutamanya di luar bandar. Selain mengakibatkan wujudnya kekosongan di kawasan luar bandar, proses penghijrahan dari luar bandar ke bandar turut mengubah struktur umur penduduk luar bandar yang mengakibatkan peningkatan peratusan penduduk warga tua. Fenomena kadar peningkatan usia penduduk luar bandar telah berlaku di kalangan penanam padi, peneroka Felda dan masyarakat kampung tradisional yang memberikan kesan produktiviti guna tenaga.

Fenomena ini turut mempertingkatkan pergantungan ekonomi luar bandar terutamanya sektor pertanian terhadap buruh asing. Sungguhpun strategi dan program PLB yang dilaksanakan oleh kerajaan telah banyak menyumbang kepada kejayaan dalam meningkatkan kualiti hidup penduduk luar bandar dalam tempoh Dasar Ekonomi Baru (DEB), namun matlamat rancangan ini tidak dicapai sepenuhnya. Sebahagian daripada rancangan dan projek yang dilaksanakan bagi memajukan kawasan luar bandar lebih dinikmati faedahnya oleh penduduk kawasan bandar. Keadaan ini disebabkan antara lainnya penduduk kurang mahir dalam bidang teknologi di samping kekurangan asas ekonomi yang mapan.

Perindustrian yang berorientasikan eksport juga memberikan tumpuan pada pembangunan di kawasan bandar. Sehubungan dengan itu, tanpa penempatan industri di luar bandar serta pemupukan industri kecil dan sederhana, jurang antara bandar dan luar bandar sukar dikurangkan daripada pelbagai dimensi baik dari segi ekonomi, sosial, pendidikan atau budaya.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Cabaran Pembangunan Luar Bandardalam Millenium Baru oleh Dr. Ismail Md. Salleh, Berita Minggu, Julai 2003)

RUMUSAN 26

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang peranan guru untuk membantu pelajar yang hilang keyakinan diri. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan.

Keyakinan diri mempengaruhi apa-apa sahaja yang dilakukan oleh seseorang pelajar. Keyakinan diri yang tinggi dan positif pula akan menjadi tangga kejayaan sesebuah sekolah. Antara cabaran yang harus ditempuhi oleh para pendidik apabila berhadapan dengan pelajar yang kurang atau tidak ada keyakinan diri adalah untuk mengembalikan kepercayaan terhadap kebolehan atau keupayaan mereka.Guru tidak perlu mengadakan program tertentu untuk mengembalikan keyakinan diri pelajar-pelajar ini. Hal ini demikian kerana guru biasanya memberikan motivasi untuk meningkatkan keyakinan diri pelajar hampir setiap hari secara tidak formal di dalam bilik darjah. Guru perlu menyemai semangat itu dengan memberikan galakan, rangsangan serta sokongan moral yang berterusan.

Page 37: LATIHAN RUMUSAN

Guru perlu menunjukkan minat terhadap apa-apa yang mampu dilakukan oleh pelajar dengan baik. Guru juga perlu menunjukkan keyakinan bahawa pelajar itu akan dapat meningkatkan lagi keupayaannya dan membaiki segala kelemahan dirinya. Guru perlu memberi latihan atau kerja rumah yang sesuai dengan kebolehannya agar dia dapat menikmati kejayaan dalam apa-apa perkara yang dilakukannya.

Kebanyakan pelajar tahu membezakan antara pujian yang ikhlas dengan pujian yang dibuat-buat. Memberikan komen yang membina sebagai penghargaan dianggap oleh pelajar sebagai sesuatu yang sangat bermakna. Berikan dia peluang untuk menunjukkan keupayaannya di hadapan kawan-kawan. Beri peluang pelajar tersebut untuk bercakap mengenai sesuatu yang mudah di hadapan kelas. Guru juga boleh membantu pelajar ini berasa dirinya penting dengan memberikan tugasan bilik darjah yang penting kepada pelajar berkenaan seperti meminta dia menghantarkan sesuatu ke pejabat atau menjadi ketua kebersihan kelas.

Luangkan sedikit masa untuk berbual-bual dengannya mengenai hobinya, sukan dan sebagainya. Jangan biarkan pelajar ini terpinggir. Guru perlu mencari jalan supaya pelajar ini dapat bekerjasama dengan rakan-rakannya yang lain dalam aktiviti kelas. Libatkan mereka dalam kerja berkumpulan atau, kenal pasti beberapa pelajar yang agak peramah dan minta mereka ‘menemani’ pelajar berkenaan pada waktu rehat. Guru terlalu cepat memberitahu ibu bapa apabila anak-anak mereka terlibat dalam apa-apa masalah sebaliknya terlepas pandang untuk menghubungi ibu bapa apabila anak-anak mereka menempa kejayaan. Beritahu pelajar bahawa kejayaan yang dicapainya telah dimaklumkan kepada ibu bapa mereka. Tindakan ini amat bermakna kepada pelajar berkenaan. Guru dapat membantu pelajar melihat sendiri kekuatan dan kelebihan diri. Dengan ini, keyakinan dirinya akan terbina sedikit demi sedikit dan dapat mengembalikan kepercayaan mereka tehadap keupayaan mereka menghadapi cabaran terutama dalam bidang akademik.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana ‘Pengurusan Bilik Darjah Membantu Pelajar Yang Hilang Keyakinan Diri’, Pendidik, Bil 16- 2005)

RUMUSAN 27Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan inovasi dan langkah-langkah untuk membantu inovasi. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Inovasi ditakrifkan sebagai apa-apa aktiviti yang dilaksanakan, diusahakan menggunakan idea, pemikiran dan kemampuan akal serta segala kemudahan di sekitar bagi menghasilkan penemuan atau produk atau memberi nilai tambah bagi manfaat sosial. Inovasi merupakan hasil daripada kreativiti dan ia penting kerana beberapa sebab. Inovasi boleh membawa kepada peningkatan produktiviti dan pertumbuhan ekonomi. Inovasi akan memberi manfaat dari segi ekonomi dengan mengkomersialkan produk. Produk yang dijangka banyak menonjol pada masa akan datang lebih tertumpu kepada bahan yang mesra alam.

Inovasi juga memberi keperluan pelanggan dan masyarakat dalam perkara seperti perkhidmatan penyampaian yang cepat dan cekap. Kita boleh melihat kepentingan inovasi dalam penciptaan telegraf elektromagnetik pada tahun 1832. Bermula daripada penggunaan kod Morse kini kita beralih ke telefon mudah alih. Ia membolehkan orang ramai berkomunikasi dengan cepat dan efektif. Melalui inovasi dan kreativiti, kaedah baru dapat dilaksanakan dalam memenuhi

Page 38: LATIHAN RUMUSAN

kehendak pelanggan dan pengguna. Sebagai contoh, telefon bimbit direka cipta untuk berkomunikasi tetapi inovasi ke atasnya telah dilakukan membolehkan penambahan ciri-ciri lain yang menarik perhatian pembeli dan melariskan jualan. Inovasi juga dapat membuka pasaran tempatan dan global. Ini penting untuk pembangunan produk yang akan membawa kepada peningkatan permintaan dan menggalakkan pelaburan pekerjaan. Secara tidak langsung, ia dapat meningkatkan peluang pekerjaan dan mengurangkan masalah pengangguran serta meningkatkan taraf hidup masyarakat.

Idea untuk mencipta sebuah kanta kecil yang boleh digunakan di mata telah difikirkan oleh para saintis dan bijak pandai sejak kurun ke-16. Ia sebenarnya merupakan buah fikir artis terkenal Itali. Leonardo da Vinci. Kanta lekap pertama dicipta oleh seorang saintis Switzerland pada tahun 1888. Pada tahun 1947, seorang warga Amerika Syarikat mencipta kanta diperbuat daripada plastik yang hanya menutup bahagian konea mata. Ini menunjukkan inovasi dapat meningkatkan persaingan negara. Peningkatan persaingan global turut menguji keupayaan negara untuk memperkenalkan produk baru dan proses-proses. Ini juga akan menjana kekayaan dan keuntungan industri negara. Semuanya ini memerlukan inovasi dan kreativiti. Sifat kreatif inilah yang membawa kepada penghasilan ciptaan terbaru. Kreativiti menjadi asas kepada inovasi tetapi bukan sebaliknya. Kreativiti bukan semestinya bakat semula jadi kerana ia boleh digilap. Dengan beberapa kepentingan dan perlunya inovasi dihasilkan dalam masyarakat , maka budaya kreativiti perlu digalakkan.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana ‘Memupuk Kreativit Mencambah Inovasii’, Estidotmy, 26 Oktober 2005)

Soalan 2 (a) Petikan Umum

Berdasarkan petikan di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri

(i) Huraikan maksud rangkai kata menjana kekayaan dan keuntungan berdasarkan petikan di atas. [2 markah]

(ii) Mengapakah kreativiti penting kepada inovasi? [2 markah]

(iii) Pada pendapat anda, apakah kekangan yang dihadapi oleh individu untuk menghasilkan inovasi mereka. [4 markah]

RUMUSAN 28Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang punca-punca guru bertindak agresif terhadap para pelajar dan kesannya kepada pelajar. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Sejak akhir-akhir ini media massa kerap memaparkan kes guru bertindak kasar atau agresif terhadap pelajar. Fenomena ini tidak boleh dipandang ringan. Walaupun begitu kita tidak boleh menghukum para guru dengan sewenang-wenangnya. Sesuatu perkara yang berlaku pasti ada puncanya. Sistem pendidikan masa kini semakin mencabar. Ia perlu seiring dengan kemajuan dan keperluan negara. Oleh itu guru perlu menyediakan bahan-bahan pengajaran dengan pelbagai kemahiran dan pengetahuan supaya dia tidak tercicir. Ini menyebabkan sebahagian guru berasa tertekan dengan beban kerja tetapi guru tidak boleh mengambil cuti beberapa hari dengan alasan ada tekanan kerja. Mungkin guru ada masalah dengan kerjanya atau masalah di rumah. Dalam keadaan seperti itu, lebih baik para pelajar mendiamkan diri dan tidak mencari pasal.

Guru bertindak agresif kerana ingin mengawal keadaan kelas yang kadang-kadang riuh rendah seperti di pasar. Lagipun jumlah pelajar di dalam kelas terlalu ramai, sukar bagi guru

Page 39: LATIHAN RUMUSAN

mengawal kelas. Memang tindakan guru kadang-kadang agak keterlaluan, tetapi pihak pelajar juga sepatutnya memandang serius apabila guru memberi amaran atau arahan. Guru bertindak agresif apabila arahan dan amarannyan tidak diendahkan. Hal juga berpunca daripada sikap pelajar yang kurang sopan, tidak menghormati guru, biadab dan melawan cakap guru. Jarang-jarang guru bertindak agresif secara melulu atau spontan. Biasanya guru memberi peringatan atau amaran terlebih dahulu.

Pelajar kerap kali terlupa bahawa terdapat banyak guru di sekolah dan guru-guru itu pula berlainan perangainya. Ada guru yang tidak ambil kisah apabila pelajar bising, ada juga yang akan menegur dan ada juga yang menangis apabila keadaan kelas tidak terkawal. Guru kadang-kadang terlepas cakap dan mungkin berasa malu untuk menarik balik kata-katanya. Apabila terdapat pelajar yang melanggar peraturan, guru berkenaan pun mengotakan ‘janjinya’ itu. Salah satu sebab guru bertindak agresif adalah kerana berasa tidak puas hati dengan bentuk hukuman daripada pihak guru disiplin atau pihak pengurusan. Mungkin guru tersebut berasa hukuman yang pihak berkenaan berikan tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan oleh pelajar itu lalu menghukumnya lagi.

Kesimpulannya, hanya orang yang marah dan tidak berfikir panjang sahaja yang akan bertindak agresif. Keguruan merupakan profesion yang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Walau bagaimanapun, kesabaran ini kerap dicabar oleh tindakan yang berbentuk provokasi daripada pelajar-pelajar. Sekiranya guru dapat bertenang apabila menghadapi situasi yang tegang itu, tentulah guru boleh berfikir dengan lebih rasional, lebih matang dan lebih tepat dalam tindakannya. Ada kalanya lebih baik guru beredar sahaja dari situasi yang sangat mencabar kesabaran itu untuk mencari ketenangan. Pelajar yang melakukan salah laku tidak seharusnya dibiarkan sahaja.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana ‘Pandangan Pelajar: Mengapakah Guru Bertindak Agresif’, Pendidik, Bil 16- 2005)

Soalan 2 (a) Petikan Umum

Berdasarkan petikan di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri (i) Huraikan maksud rangkai kata tindakan yang berbentuk provokasi berdasarkan petikan di atas. [2 markah]

(ii) Apakah tindakan yang harus dilakukan oleh guru dalam menghadapi situasi yang tegang itu? [3 markah]

(iii) Sebagai pelajar, bagaimanakah anda dapat membantu mengatasi masalah guru yang bertindak agresif ini? [4 markah]

RUMUSAN 29Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian tuliskan rumusan tentang faktor-faktor pelajar tidak berminat mengambil mata pelajaran sastera dan akibatnya Panjang rumusan tidak melebihi 120 patah perkataan

Pada tahun 2002, Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah memperkenalkan Komponen Sastera (KOMSAS) dalam pendidikan Bahasa Melayu kepada pelajar sekolah menengah. Mulai tahun tersebut juga, semua pelajar peringkat menengah wajib mengikuti KOMSAS dalam subjek Bahasa Melayu di sekolah. Pendedahan kepada dunia sastera menjadi landasan kepada pelajar untuk menghayati dan seterusnya menghargai sastera. Namun, yang mengecewakan, pelajar hari ini tetap memandang rendah terhadap dunia sastera. Timbul pelbagai rungutan dan alasan daripada pelajar apabila bercakap tentang sastera.

Dalam ledakan teknologi maklumat kini, rata-rata pelajar menyatakan subjek Sastera tidak menjanjikan masa depan yang cerah berbanding dengan subjek lain. Arus globalisasi yang berlaku turut merubah pandangan pelajar terhadap sastera. Mereka lebih rela menghafal formula sains daripada membaca bait-bait puisi. Selain itu mereka juga berpendapat peluang melayakkan

Page 40: LATIHAN RUMUSAN

diri untuk memasuki Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) menjadi tipis jika mereka mengambil subjek Sastera. Hal ini disebabkan kursus yang ditawarkan dan peluang berkhidmat dalam bidang sastera agak terhad berbanding dengan subjek lain.

Budaya kurang membaca dalam masyarakat juga mendorong pelajar meminggirkan sastera. Tambahan pula, kebanyakan pelajar hari ini tidak mempunyai minat untuk membaca bahan bacaan yang serius. Mereka beranggapan bahawa pembacaan yang berterusan diperlukan untuk menguasai dan mendapat keputusan yang cemerlang dalam pelajaran sastera.

Persepsi yang berlainan juga berlaku terhadap subjek Sastera apabila segelintir daripada pelajar menganggap sastera merupakan mata pelajaran yang senang atau mudah untuk lulus dalam peperiksaan. Mereka menganggap, mereka tidak perlu bertungkus lumus untuk mempelajari mata pelajaran Sastera. Disebabkan faktor tersebut, mereka mengambil subjek sastera walaupun pada hakikatnya mereka tidak mengetahui makna sebenarnya sastera. Mereka belajar sekadar untuk lulus dalam peperiksaan semata-mata tanpa cuba untuk mendalaminya.

Tidak kurang juga yang menganggap bahawa sastera itu sebagai perkara yang terlalu sukar untuk difahami, memberatkan fikiran, dan seterusnya tanpa ragu-ragu menyatakan bahawa sastera merupakan subjek yang begitu susah. Pelbagai pandangan dan tanggapan negatif yang diberikan oleh pelajar terhadap sastera, secara tidak disedari menutup laluan yang telah dibuka oleh Kementerian Pendidikan kepada mereka.

Yang paling penting, kesedaran diri pelajar sendiri dalam memupuk minat akan sastera. Selain itu persekitaran merupakan faktor yang membantu menanam minat pelajar akan sastera. Kini, terpulanglah kepada pelajar sama ada hendak menggunakan laluan yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan dengan sepenuhnya atau bak kata pepatah, “tepuk dada, tanyalah selera”.

(Dipetik dan diubahsuai daripada rencana, “Pelajar dan Sastera”, oleh Norhafiza Abu Seman, Tunas Cipta, November, 2005).

Soalan 2 (a) Petikan Umum

Berdasarkan petikan di atas , jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata persepsi yang berlainan juga berlaku [2 markah]

(ii) Apakah faktor-faktor yang menyebabkan pelajar mengambil mata pelajaran Sastera? [3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, apakah faedah-faedah yang diperolehi dengan mengambil mata pelajaran sastera. [4 markah]RUMUSAN 30Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian tuliskan rumusan tentang keburukan produk kelangsingan badan terhadap kesihatan dan langkah-langkah untuk mengurangkan penggunaannya. Panjang rumusan tidak melebihi 120 patah perkataan

Masalah obesiti atau kegemukan sekarang menjadi fenomena sejagat. Kelangsungan fenomena ini mengundang kebanjiran pelbagai produk melangsingkan badan. Produk sebegini begitu kuat pengaruhnya kepada pengguna kerana keberkesanan strategi promosi yang dilakukan oleh pengeluarnya. Penggunaan selebriti untuk memperkatakan keberkesanan produk juga memikat hati pembeli. Malah promosi produk ini amat kerap dipaparkan melalui media massa.

Terdapat produk kelangsingan badan di pasaran yang mempunyai beberapa kesan negatif. Antaranya ialah produk yang merangsang peningkatan jumlah air kencing yang dikenali sebagai diuretik. Dengan penggunaan produk ini, penurunan berat badan belaku disebabkan oleh penurunan dalam jumlah air dan potasium yang terkandung dalam badan. Kekurangan potasium menyebabkan kelemahan otot termasuk otot jantung. Penyingkiran bahan ini juga boleh

Page 41: LATIHAN RUMUSAN

mengakibatkan kecelaruan pemikiran. Kekurangan air dalam tubuh juga menyebabkan dihidrasi yang turut membahayakan kesihatan.

Di samping itu terdapat juga produk kesihatan yang meningkatkan kekerapan membuang air besar. Kekerapan ini mengakibatkan penggunanya mendapat cirit-birit. Cirit-birit yang berterusan menghalang penyerapan zat makanan yang sempurna, yang mengakibatkan kehilangan vitamin dan mineral dalam tubuh. Oleh itu, individu yang menggunakan produk ini dinasihatkan menghentikan penggunaannya bagi mengelakkan kesan yang memudaratkan. Ini kerana, produk ini juga menghalang fungsi normal usus bagi menghasilkan najis yang normal.

Produk kelangsingan badan yang paling popular ialah produk yang boleh mengurangkan selera makan. Biasanya produk ini mengandungi dadah terbitan seperti adernalin, fenfluramin, norepinefrin atau norpseudoepinefrin. Produk kelangsingan tubuh jenis ini menyebabkan rasa loya, muntah, kekeringan mulut dan rasa dahaga. Malah produk jenis ini juga boleh menyebabkan rasa keresahan, sukar tidur (insomnia) dan mudah marah. Sekiranya dibiarkan berpanjangan keadaan ini akan membawa kepada permasalahan psikologi. Apa yang membimbangkan produk ini turut mengganggu kadar denyutan jantung yang akhirnya akan mengakibatkan penyakit jantung yang kronik. Terdapat juga laporan yang menunjukkan kesan produk kelangsingan ini terhadap kerosakan hati penggunanya. Hal ini demikian kerana kebanyakan dadah yang diambil ini masuk ke dalam aliran darah serta akhirnya akan dimetabolismekan di dalam hati.

Sebenarnya kaedah yang terbaik dalam menurunkan berat badan ialah dengan mengawal selera makan serta mengamalkan senaman yang berterusan. Kaedah ini tidak memberikan permasalahan kepada kesihatan dan jika diamalkan secara berterusan nescaya membolehkan seseorang mempunyai bentuk badan yang menarik.

(Dipetik dan diubahsuai daripada rencana, “Bahaya Produk Kelangsingan Badan”,

oleh Siti Balkis Budin, Dewan Masyarakat, Oktober, 2005).Soalan 2 (a) Petikan Umum

Berdasarkan petikan di atas , jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Apakah yang dimaksudkan dengan rangkai kata kelangsungan fenomena ini dalam petikan di atas? [2 markah](ii) Apakah faktor-faktor yang menyebabkan produk kelangsingan badan mendapat sambutan daripada pengguna? [3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, bagaimanakah masyarakat dapat menjaga kesihatan diri? [4 markah] RUMUSAN 31Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian tuliskan rumusan tentang usaha-usaha yang dijalankan untuk memartabatkan profesion keguruan dan kepentingannya kepada guru-guru . Panjang rumusan tidak melebihi 120 patah perkataan

“Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilngan”, begitulah tema hari guru pada tahun lepas dan tahun sebelumnya. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk melahirkan generasi yang mengutamakan kualiti dalam setiap pekerjaan mereka. Guru merupakan golongan yang berada di barisan paling hadapan untuk memastikan hasrat ini tercapai.

Untuk mencapai hasrat ini Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengaturkan beberapa strategi untuk memartabatkan profesion keguruan. Mungkin yang paling mudah antara startegi-strategi ini adalah menambah baik Skim Perkihdmatan Pendidikan. Memang selama ini pun banyak usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi menambah baik aspek ini. Tujuannya amat mudah iaitu untuk menjadikan profesion keguruan mempunyai skim yang menarik dan dengan

Page 42: LATIHAN RUMUSAN

itu dapat menarik calon yang berkualiti untuk menyertai profesion ini. Diharapkan, kehadiran guru yang berkualiti dapat memertabatkan profesion keguruan.

Dalam hal ini pujian harus diberikan kepada KPM sekarang yang berusaha mendapatkan calon terbaik melalui Program Pelajar Cemerlang dan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL). Melalui program ini setidak-tidaknya pelajar cemerlang yang benar-benar berminat telah dikenal pasti sejak selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Walau bagaimanapun KPM menghadapi cabaran kerana membuka laluan kepada graduan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI). Ini kerana mereka dikatakan memilih profesion ini sebagai pilihan terakhir. Oleh itu prestasi mereka dalam kerjaya tersebut kurang memuaskan malah dikatakan memilih dan tidak mahu ditempatkan di kawasan pedalaman.

KPM juga berusaha untuk menambah bilangan guru yang berkelulusan ijazah. Dengan itu KPM berura-ura untuk merealisasikan penaikan taraf maktab perguruan kepada institusi yang bertaraf universiti. Dengan usaha ini KPM dapat mengawal kualiti dan ciri guru yang hendak dihasilkan. Usaha ini juga dapat menawarkan tempat kepada pelajar martikulasi yang berminat untuk menjadi guru tetapi terhalang oleh jumlah tempat yang mampu disediakan oleh IPTA.

Untuk memastikan guru dapat memberikan perkhidmatan berkualiti, KPM akan memastikan penempatan guru bersesuaian dengan kehendak diri guru tersebut. Selain itu KPM juga berusaha untuk mempertimbangkan permohonan pertukaran guru dengan lebih mudah. Dengan cara ini tekanan yang dihadapi guru dapat dikurangkan. Bagi mengurangkan tekanan dan memastikan kualiti kerja guru tidak terjejas, KPM telah mengarahkan agar beban kerja guru dikaji. Dengan ini guru dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada tugas hakiki mereka iaitu mengajar dan mendidik.

Strategi seterusnya adalah dengan meningkatkan rasa bangga dan keyakinan guru terhadap profesion mereka. Diharapkan langkah tersebut akan mengembalikan penghormatan masyarakat terhadap profesion keguruan. Strategi ini bukanlah sukar, namun ia menuntut kesatuan fikiran dan tindakan warga guru. Melalui perubahan dalaman dan pembetulan kendiri ini, barulah pandangan masyarakat terhadap guru akan berubah.

(Dipetik dan diubahsuai daripada rencana, merenung kembali Profesion Keguruan di Malaysia”, oleh Siti Balkis Budin, Dewan Masyarakat, Oktober, 2005).

Soalan 2 (a) Petikan Umum

Berdasarkan petikan di atas , jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata berura-ura untuk merealisasikan dalam petikan di atas. [2 markah]

(ii) Apakah masalah yang dihadapi oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam menerima graduan Kursus Lepasan Ijazah (KPLI)? [3 markah](iii) Pada pandapat anda apakah yang perlu dilakukan oleh seorang guru supaya mereka dipandang tinggi oleh masyarakat? [4 markah] RUMUSAN 32Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang tujuan Sistem Taksiran Sendiri (STS) yang diperkenalkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan ke mana hasil cukai negara dibelanjakan. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Mulai tahun 2005, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mula memperkenal Sistem Taksiran Sendiri (STS) bagi mewajibkan kira-kira tiga juta pembayar cukai individu membuat taksiran dan menentukan sendiri jumlah cukai yang perlu dibayar. Sistem ini diperkenalkan sebagai satu usaha meningkatkan kutipan cukai. Walau bagaimanapun ramai orang tidak memahami STS dan merasakan ianya satu beban dan menyukarkan. Begitu juga pelbagai aspek percukaian lain yang kadang-kadang dianggap rumit. Sehubungan dengan itu, LHDN mengambil pelbagai inisiatif menerangkan mengenai STS kepada pembayar cukai. Melalui sistem ini LHDN menjangkakan tahap pematuhan pembayaran cukai dalam kalangan pembayar cukai akan meningkat. LHDN juga mahu meningkatkan jumlah pembayar cukai melalui pendidikan pembayaran cukai. Sebelum ini ramai tenaga kerja LHDN digunakan untuk menjalankan kerja-

Page 43: LATIHAN RUMUSAN

kerja taksiran, keadaan ini sebenarnya merugikan. Jika LHDN dapat mendidik orang ramai mengenai pembayaran cukai melalui tafsiran sendiri maka kita dapat mengurangkan penggunaan sumber tenaga.

LHDN juga akan terus memperbaiki mutu kerja kakitangan sedia ada dan menyediakan unit penerangan percukaian kepada pembayar cukai. Usaha-usaha mengutip cukai akan diberi keutamaan bukan lagi mentafsir cukai. Mengambil tindakan undang-undang kepada mereka yang ingkar membayar cukai merupakan jalan terakhir memastikan sumber kewangan kerajaan ini tidak tiris. Apa yang penting melalui sistem STS ini, orang ramai akan membuat bayaran tanpa banyak alasan. Pelbagai faedah akan dinikmati rakyat jika semua pihak sama-sama melaksanakan tanggungjawab membayar cukai. Jika kita tidak dapat merasai faedahnya sekarang mungkin faedahnya akan dirasai oleh anak cucu kita pada masa akan datang.

Semua pembayar cukai harus menghantar borang bayaran cukai mereka. Jika mereka tidak tahu atau tidak faham berhubung potongan cukai tersebut, adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk mengambil tahu mengenainya. Melalui kaedah STS ini juga pihak LHDN berharap dapat meningkatkan kemampuan menjejaki pembayar cukai yang culas selain dapat meringankan beban menjejaki individu yang ingkar hingga ke rumah atau menulis surat amaran. Semua ini membantu LHDN mengurangkan kos operasi yang semakin meningkat.

Setiap pembayar cukai pasti akan faham tanggungjawab mereka dan mereka akan terus melunaskan kewajipan penting ini setiap tahun. Sementara itu pihak LHDN pula akan berpegang, kepada logo Mesra, Membantu dan Memuaskan dalam melaksanakan amanah yang digalas.

(Diubahsuai daripada, “Hasil dijangka meningkat melalui STS”, Berita Minggu,Ahad, 27 Mac 2005)

Soalan 2 (a) Petikan Umum

Berdasarkan petikan di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Apakah yang dimaksudkan dengan Sistem Taksiran Sendiri (STS)?[ 2 markah ]

(ii) Mengapakah LHDN mengambil pelbagai inisiatif menerangkan mengenai STS kepada pembayar cukai? [ 3 markah ]

(iii) Pada pendapat anda, mengapakah sesetengah individu yang sepatutnya membayar cukai tidak berbuat demikian? [ 4 markah]

RUMUSAN 33Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang langkah memperkasa sekolah kebangsaan dan halangannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Proses pengintergrasian kaum memang wajar dimulakan daripada peringkat sekolah lagi, tetapi kita bagaikan masih tercari-cari apakah ramuan yang terbaik untuk menghasilkan generasi yang diharapkan? Sekolah Wawasan umpamanya merupakan satu usaha yang baik, namun mampukah dengan hanya berkongsi padang atau kantin sekolah berjaya merapatkan hubungan antara para pelajar berlainan kaum? Jika proses ini berlaku dalam dua bangunan yang berbeza, agak mustahil mereka dapat berkongsi aspirasi yang sama. Jika mereka hanya berinteraksi sewaktu di kantin atau di padang sekolah, semangat kekitaan tidak akan wujud sebagai satu entiti, sebaliknya secara berasingan. Maka kewujudan tiga buah sekolah berlainan aliran dalam satu kawasan seperti konsep Sekolah Wawasan dilihat sukar untuk mencapai matlamat perpaduan.

Page 44: LATIHAN RUMUSAN

Belajar dalam satu kelas dan dalam satu sekolah yang sama adalah kuncinya, bukan dalam satu kawasan sekolah tetapi kelas atau bangunan yang berasingan. Biarkan para pelajar Melayu, Cina, India, atau kaum-kaum lain berada dalam satu kelas untuk mengikuti mata pelajaran yang diwajibkan. Justeru proses memperkasakan sekolah kebangsaan agar sifatnya menjadi lebih nasional dilihat sebagai sesuatu yang amat wajar. Imej nasional tersebut mampu mengurangkan prasangka negatif. Pelbagai kemudahan di sekolah kebangsaan mesti ditingkatkan setanding atau lebih baik berbanding sekolah jenis kebangsaan. Persepsi kemudahan di sekolah kebangsaan yang selalunya usang, serba kekurangan, daif harus dihapuskan. Faktor-faktor inilah yang menjadikan sekolah kebangsaan di pandang rendah. Lokasi sesebuah sekolah antara faktor yang boleh mempengaruhi ibu bapa menghantar anak-anak mereka belajar di sana. Sekolah kebangsaan haruslah dibina di lokasi yang strategik seperti berhampiran dengan tempat kediaman, mudah dihubungi dan berdekatan dengan pelbagai kemudahan.

Langkah seterusnya yang boleh diambil adalah menawarkan semua mata pelajaran yang diajar di SJK Cina dan SJK Tamil, di sekolah-sekolah kebangsaan. Hilangkah identiti sesuatu kaum itu jika ia dikongsi dan diberi peluang kepada kaum lain untuk menghayatinya? Biarkan pelajar-pelajar Melayu diberi peluang mempelajari mata pelajaran yang selama ini ditawarkan di SJK Cina atau SJK Tamil. Memang sudah tertanam di dasar setiap minda kita bahawa sekolah adalah tempat untuk menimba seberapa banyak ilmu.

Menyediakan tenaga pengajar yang bertaraf dunia di sekolah-sekolah kebangsaan merupakan strategi penting. Tenaga pengajar yang berkualiti teras kecemerlangan sesebuah sekolah. Meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dianggap nadi utama menghasilkan insan atau pelajar yang berilmu. Justeru sekolah kebangsaan haruslah menekankan aspek tersebut agar lebih diyakini oleh semua lapisan masyarakat. Hal ini demikian untuk menjamin prestasi akademik, kokurikulum dan sahsiah pelajar sekolah kebangsaan sentiasa tinggi. Keadaan ini sudah tentu akan dapat menarik minat pelajar pelbagai kaum untuk belajar di sekolah kebangsaan dan seterusnya menjadi pewaris perpaduan pada masa depan.

(Diubahsuai daripada ‘Perkasakan Sekolah Kebangsaan’, Utusan Malaysia, Selasa 15 Mac 2005 )

Soalan 2 (a) Petikan Umum

Berdasarkan petikan di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.(i) Apakah yang dimaksudkan dengan Sekolah Wawasan?

[ 2 markah ](ii) Mengapakah kemampuan Sekolah Wawasan merapatkan hubungan antara para pelajar berlainan

kaum dipersoalkan?[ 3 markah ]

(iii) Pada pendapat anda mengapakah masyarakat Malaysia perlu bersatu padu?[ 4 markah ]

RUMUSAN 34Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang kebaikan menggunakan biodiesel dan usaha-usaha meningkatkan penggunaannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Minyak merupakan pembekal tenaga terbesar di dunia iaitu sebanyak 36% diikuti oleh arang batu 23%, gas asli 21%, dan lain-lain. Separuh daripada jumlah minyak yang digunakan adalah untuk kenderaan pengangkutan. Walaupun petroleum merupakan pembekal tenaga yang paling efisien, penggunaannya telah menimbulkan pelbagai masalah. Oleh itu, bahan api alternatif diperlukan bagi mengurangkan masalah-masalah tersebut. Antara bahan api alternatif yang dikenal pasti adalah biodiesel. Bahan api biodiesel semakin mendapat perhatian kerana selain mesra alam dan sumbernya pula boleh diperbaharui.

Pencemaran udara daripada asap kenderaan merupakan satu masalah besar dan semakin membimbangkan. Sejumlah 21% daripada gas karbon dioksida yang dibebaskan

Page 45: LATIHAN RUMUSAN

berpunca daripada asap kenderaan. Gas-gas karbon dioksida, karbon monoksida, sulfur dioksida dan nitrogen oksida yang dikeluarkan daripada pembakaran bahan api petroleum menyebabkan berlakunya peningkatan suhu dunia dan hujan asid selain boleh mengancam kesihatan manusia. Biodiesel didapati tidak mengandungi sulfur, maka tiada pencemaran sulfur dioksida. Sifatnya yang sedemikian menjadikan biodiesel antara pilihan bijak menyelamatkan alam sekitar dan seterusnya nyawa manusia. Pembakaran biodisel juga tidak mengeluarkan karbon dioksida berlebihan. Karbon dioksida yang dikeluarkan akan dikitar semula melalui proses fotosintesis selanjutnya.

Sumber membuat biodiesel berbeza-beza mengikut negara, contonya minyak kacang soya di Amerika Syarikat, minyak rapeseed di Eropah dan minyak sawit di Malaysia. Justeru kerana dihasilkan daripada sumber bahan-bahan organik semula jadi menyebabkan biodiesel mudah terurai.

Campuran biodiesel dan diesel petrol didapati sesuai digunakan dalam kereta-kereta moden tanpa perlu mengubah suai enjin kenderaan. Maka tiada sebarang kos tambahan diperlukan. Biodiesel juga berupaya melarut sisa mendapan diesel petrol yang terdapat dalam enjin dan sekaligus membersihkannya. Debu dalam asap kenderaan sebenarnya berpunca daripada pembakaran bahan api yang tidak lengekap. Penggunaan biodiesel boleh meningkatkan kecekapan pembakaran dan seterusnya mengurangkan pencemaran debu. Sama-samalah kita meningkatkan penggunaan bahan bakar biodiesel demi menyelamatkan alam sekitar dan kesejahteraan generasi akan datang.

(Diubah suai daripada ‘Bahan api bio’ Utusan Malaysia, Rabu 28 Disember 2005. )

Soalan 2 (a) Petikan Umum

Berdasarkan petikan di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata berupaya melarut sisa mendapan [ 2 markah ]

(ii) Apakah kesan pencemaran akibat daripada pembakaran bahan api petroleum?[ 3 markah ]

(iii) Pada pendapat anda, apakah masalah yang dihadapi dalam usaha meningkatkan penggunaan bahan api biodiesel ?

[ 4 markah]RUMUSAN 35

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang kesan-kesan buli dan usaha-usaha mengatasi masalah buli di sekolah. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Perbuatan buli diertikan sebagai mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan. Fenomena buli dapat dikategorikan kepada dua jenis, iaitu buli secara langsung dan buli secara tidak langsung. Buli secara langsung termasuklah aksi mengugut, menyepak, menumbuk, menendang dan sebagainya. Buli secara tidak langsung seperti mengejek, mengacau dengan kata-kata, diketawakan dan gosip-gosip liar. Lebih 80 peratus pelajar mengakui pernah terlibat dalam kes buli secara tidak langsung. Pelajar lelaki lebih banyak terbabit dalam kes buli berbanding pelajar perempuan. Pelajar tingkatan empat didapati paling sedikit terbabit dalam kes buli berbanding pelajar tingkatan rendah yang lain.

Page 46: LATIHAN RUMUSAN

Mangsa buli akan mengalami kesan negatif dalam jangka panjang, malah boleh menyebabkan kejadian bunuh diri. Di luar negara seorang murid membunuh diri kerana diejek gemuk dan berambut kerinting, malah ada yang membunuh rakannya kerana tidak tahan dibuli. Mangsa buli juga akan menjadi seorang dewasa yang terlalu emosional sehingga menjejaskan hubungannya dengan orang lain dan ahli keluarga. Tingkah laku buli bukan sahaja boleh menimbulkan ketakutan kepada mangsanya, tetapi rakan sekelasnya yang menyaksikan perbuatan itu walaupun mereka tidak dibuli. Presiden Persatuan Kaunseling Malaysia dan Pensyarah Jabatan Pendidikan Psikologi dan Kaunseling, Falkulti Pendidikan, Universiti Malaya, Profesor Dr. Suradi Salim, berpendapat bahawa mangsa buli akan merobah personaliti mereka menjadi seorang yang penakut. Mangsa juga takut ke sekolah.

Sebetulnya, perasaan ‘takut’ yang luar biasa ini amat memeritkan. Jika dibiarkan, akan membentuk peribadi individu terbabit menjadi lemah dan kurang keyakinan diri. Akibat ketakutan yang amat sangat inilah menyebabkan mereka tidak akan mengadu kepada guru atau ibu bapa. Sebaliknya pembuli berasa seronok kerana dapat membuli mangsanya. Masalah ini hanya dapat dikesan apabila menjadi serius sehingga berlaku kecederaan fizikal. Sedangkan selama ini emosi mangsa telah lama ‘cedera’ akibat perbuatan pembuli atau mereka yang tidak begitu mengendahkan aduannya. Atasi segera masalah berkenaan supaya pelajar dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran. Oleh itu, semua pihak perlu berkerjasama bagi menangani masalah yang semakin meruncing dan berbahaya ini.

(Diubahsuai daripada ‘Menangani masalah buli di sekolah’Dewan Siswa, Ogos 2005.

Soalan 2 (a) Petikan Umum

Berdasarkan petikan di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata gosip-gosip liar. [ 2 markah ]

(ii) Takrifkan dengan jelas fenomena buli di kalangan pelajar.[ 3 markah ]

(iii) Pada pendapat anda, mengapakah ramai pelajar terbabit dalam kes-kes buli di sekolah?[ 4 markah ]

RUMUSAN 36Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah membanteras penyalahgunaan dadah dan kepentingannya kepada negara . Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 perkataan.

Malaysia menggunakan pelbagai pendekatan untuk membanteras penagihan dadah yang menjadi ancaman kepada bangsa dan negara. Namun, jumlah penagih dadah di negara ini semakin meningkat. Ancaman dadah meragut beribu-ribu nyawa anak muda.

Ancaman yang dibawa oleh dadah kepada masyarakat dan negara menyebabkan kerajaan Malaysia mengisytiharkan dadah sebagai musuh nombor satu negara. Dari segi undang-undang, Malaysia melaksanakan undang-undang yang keras dan tidak bertolak ansur terhadap ancaman dadah. Hal ini termasuklah menguatkuasakan Akta Penagih Dadah 1983 dan Akta Dadah Berbahaya 1952, yang mengenakan hukuman mati mandatori ke atas pengedar dadah sekiranya jumlah dadah melebihi had 3 kilogram. Pengawalan yang lebih ketat juga

Page 47: LATIHAN RUMUSAN

dilakukan di lokasi yang strategik termasuk lapangan terbang antarabangsa, sempadan negara, kawasan perairan dan pelabuhan. Semua bentuk dadah yang dibawa masuk untuk tujuan perubatan dikawal ketat oleh agen antinarkotik dan agen antidadah negara.

Usaha membanteras penagihan dadah merupakan usaha jangka panjang dan melibatkan pelbagai agensi seperti polis, pegawai perubatan, kaunselor, badan bukan kerajaan hinggalah pemimpin politik. Bidang pendidikan juga mempunyai peranan yang tersendiri dalam mendepani masalah dadah ini. Kempen kesedaran perlu ditanam di peringkat sekolah terutama memasukkan isu dan kesan penagihan dadah ke dalam sukatan kurikulum sekolah. Pendidikan untuk menimbulkan keinsafan serta kebencian terhadap dadah perlu dipertingkat dalam kalangan masyarakat. Masyarakat perlu dididik dan diberi kesedaran supaya sentiasa membenci dadah. Antaranya ialah dengan memaparkan kesan buruk dadah, kesengsaraan hidup disebabkan dadah, tindakan undang-undang terhadap penagih dan pengedar dadah dan sebagainya.

Iklan dan filem yang berkesan berkait dengan keburukan dan penagihan dadah perlu disiarkan dalam media massa untuk menimbulkan kesedaran kepada orang ramai. Khutbah atau ceramah di masjid, gereja dan rumah ibadat perlu juga memberi perhatian kepada isu berkaitan ancaman dadah sebagai musuh utama masyarakat dan negara. Program pembangunan belia dan pembangunan komuniti wajar diperluas dan aktif dengan mengetengahkan agenda yang berkaitan dengan kehidupan yang sihat dan bebas daripada ancaman dadah. Seharusnya usaha-usaha yang dijalankan mendatangkan kesan dan hasil yang positif. Malangnya realiti yang berlaku amat mengecewakan. Dadah terus menjadi ancaman yang kritikal kepada masa depan Malaysia.

(Diubahsuaikan daripada rencana Penagihan Dadah:Merenung Kegagalan oleh Abdul Rahim Abdul Rashid,

Dewan Masyarakat, Oktober 2004)Soalan 2 (a) Petikan Umum

Berdasarkan petikan di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

i. Berikan maksud rangkai kata menggunakan pelbagai pendekatan berdasarkan petikan di atas.

[ 2 markah ]ii. Bagaimanakah caranya masyarakat dapat dididik untuk membenci dadah.

[3 markah ]iii. Pada pendapat anda, apakah punca-punca yang menyebabkan seseorang itu menagih

dadah. [ 4 markah ]

RUMUSAN 37Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang usaha-usaha untuk memajukan sukan bola sepak negara dan faedah-faedahnya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 perkataan.

Kejayaan skuad bola sepak negara bawah 23 tahun menumpaskan Thailand dalam Kejohanan Pesta Bola Sepak Merdeka baru-baru ini memberikan harapan baru kepada peminat-peminat bola sepak tempatan. Kemenangan ini berjaya membina keyakinan seterusnya meningkatkan moral pemain-pemain sebelum turun bertarung dalam Sukan SEA September ini. Lebih jauh daripada itu, peminat mula memasang impian untuk melihat skuad ini mengangkat kembali maruah bola sepak tempatan di peringkat antarabangsa seperti tahun 70-an dan 80-an. Malangnya pada peringkat separuh akhir, skuad ini tewas 0-2 kepada pasukan Bosnia yang menyerlahkan segala kelemahan pemain-pemain dari segi kekuatan fizikal, ketangkasan, pengalaman, kosentrasi dalam permainan dan kegagalan menangani tekanan. Oleh hal yang

Page 48: LATIHAN RUMUSAN

demikian, pihak yang bertanggungjawab perlu melakukan perancangan jangka panjang yang tersusun dan berterusan untuk membentuk pasukan bola sepak yang bertaraf dunia.

Pemilihan pemain-pemain yang berbakat perlu dilakukan seawal umur tujuh tahun. Saiz fizikal juga perlu diambil kira memandangkan persaingan pada peringkat tertinggi menuntut ciri ini. Seterusnya, pemain-pemain dihimpunkan di suatu tempat dan dilatih dengan cara ala ketenteraan untuk menguatkan aspek fizikal. Aspek mental juga perlu dititikberatkan untuk melahirkan skuad bertaraf dunia. Jurulatih dari luar negara yang mempunyai rekod yang memberangsangkan perlu diambil untuk mengajar teknik-teknik asas yang perlu dikuasai oleh pemain-pemain. Pada peringkat umur sebegini, teknik-teknik yang diajar lebih mudah dan cepat dikuasai.

Seterusnya, pemain-pemain yang berpotensi perlu dihantar berlatih di negara-negara Eropah. Jumlah pemain yang dihantar perlu dipertingkat bilangannya dan meliputi kesemua posisi. Pemain-pemain ini akan sentiasa terdedah dengan corak permainan, teknik, taktik dan kemahiran-kemahiran yang terkini. Di Eropah, saiz badan dan kekuatan pemain-pemain boleh membantu kekuatan pemain-pemain kita. Akhirnya, kepulangan pemain-pemain ini akan membantu memantapkan pasukan negara.

Permainan bola sepak tidak boleh dipisahkan daripada disiplin sains. Oleh sebab itu, pihak-pihak tertentu perlu sentiasa melakukan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) dalam menyediakan pemain-pemain yang berkualiti. Hal-hal seperti pemakanan dan bantuan perlu diselidik, dikaji dan diperkenalkan. Pengambilan pakar-pakar dalam bidang yang dinyatakan perlu dilakukan. Kita perlu mengkaji kemajuan pasukan bola sepak Jepun, Cina atau pun jiran terdekat, Thailand yang begitu cepat meningkat dan menduduki kedudukan yang lebih atas daripada kita.

(Dipetik daripada Surat Pembaca, Zulkifli Yusof,Dewan Masyarakat, Oktober 2002)

Soalan 2 (a) : Petikan Umum

Berdasarkan petikan di atas, jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

i. Berikan maksud rangkai kata mempunyai rekod yang memberangsangkan berdasarkan petikan di atas.

[ 2 markah ii. Bagaimana disiplin sains dapat membantu memajukan sukan bola sepak negara?

[ 3 markah ]iii. Pada pendapat anda, mengapakah mutu sukan bola sepak negara kini semakin merosot ?

[ 4 markah]

RUMUSAN 38Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang faktor-faktor siswazah menganggur dan kesannya kepada negara. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Kajian yang dijalankan oleh Persekutuan Pengeluar Malaysia (FMM) baru-baru ini mendapati bahawa peratus pengangguran di kalangan siswazah semakin meningkat dari tahun ke tahun. Kerajaan di bawah Kementerian Sumber Manusia telah menganjurkan Pesta Kerjaya untuk siswazah menganggur pada 7 April 2005. Pesta tersebut memberi peluang kepada siswazah untuk mendapatkan pekerjaan terutama dalam sektor pembuatan, perkilangan, pembinaan dan perkhidmatan.

Kebanyakan siswazah tidak memahami prospek pekerjaan yang dipohon sehingga menyebabkan mereka gagal dalam temu duga. Sering kali juga diuar-uarkan oleh banyak pihak bahawa penguasaan bahasa Inggeris yang lemah dalam kalangan siswazah menyebabkan mereka gagal mendapatkan pekerjaan. Menurut kajian yang dilakukan terhadap 3300 orang pengurus sumber manusia pelbagai syarikat

Page 49: LATIHAN RUMUSAN

di Malaysia mendapati 56 peratus siswazah yang datang temu duga di syarikat mereka lemah berbahasa Inggeris. Faktor ini ada rasionalnya memandangkan pekerjaan di sektor swasta memerlukan pengetahuan bahasa Inggeris yang tinggi kerana mereka berurusan dengan syarikat antarabangsa. Selain itu, kira-kira 26 peratus siswazah ini dikatakan tidak berketerampilan dan memiliki personaliti yang kurang menarik, manakala 32 peratus mendapati kebanyakan siswazah mengharapkan gaji serta ganjaran yang lumayan.

Jelas bahawa bahasa Inggeris diletakkan sebagai asas yang penting oleh majikan dalam menemu duga seseorang calon bagi sesuatu jawatan. Namun, Sistem Pendidikan Kebangsaan yang dibina sejak merdeka dahulu meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama. Ketidaksamaan antara dasar pendidikan dengan dasar majikan ini menimbulkan masalah pengangguran yang cukup membingungkan. Tidak dinafikan bahawa bahasa Inggeris penting sebagai bahasa komunikasi antarabangsa, tetapi kelemahan kemahiran berkomunikasi merupakan satu lagi faktor yang perlu diteliti. Hakikatnya, siswazah di negara ini bukan sahaja lemah penguasaan bahasa Inggeris malah tidak mempunyai keyakinan diri apabila berkomunikasi dengan khalayak. Terdapat juga faktor lain seperti mobiliti kerana siswazah masih terikat dengan tempat kelahiran dan tidak mahu keluar mencari kerja di tempat lain.

Siswazah seharusnya merebut peluang yang disediakan oleh kerajaan dalam Skim Latihan Siswazah Menganggur (SLSM) bagi menumpukan penyediaan kemahiran yang lebih tinggi selain mendedahkan siswazah kepada suasana dunia pekerjaan. Penglibatan siswazah dalam sesuatu sektor ekonomi juga harus dikembangkan. Usaha lain yang dapat membantu mengurangkan masalah pengangguran dalam kalangan siswazah adalah dengan mempelbagaikan kegiatan kokurikulum di institusi pengajian tinggi (IPT). Kegiatan kokurikulum merupakan pemangkin untuk siswazah meningkatkan motivasi selepas mereka tamat belajar.

Kesimpulannya, penguasaan bahasa Inggeris yang baik tidak dinafikan merupakan aset yang penting bagi seseorang siswazah apabila melangkah ke dunia pekerjaan, tetapi faktor kemahiran komunikasi tidak wajar dikesampingkan. Biar siapa pun diri kita yang penting ialah perlunya berkomunikasi.

(Dipetik dan diubahsuai daripada rencana: Mengapakan SiswazahMenganggur, oleh Puteri Roslinda Abdul Wahid,

Dewan Masyarakat,Julai 2005)Soalan 2 (a) : Petikan Umum

Berdasarkan petikan di atas, jawab-jawab soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

i. Berikan maksud rangkai kata cukup membingungkan seperti dalam petikan di atas.[2 markah ]

ii. Apakah usaha-usaha yang dilakukan untuk mengatasi masalah pengangguran dalam kalangan siswazah?

[3 markah ]

iii. Sekiranya anda seorang siswazah menganggur, apakah yang anda akan lakukan untuk mengatasi masalah ini?

[ 4 markah ]

RUMUSAN 39Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian tuliskan rumusan tentang ciri-ciri membuat teguran yang baik dan faedah-faedah membuat teguran. Panjang rumusan tidak melebihi 120 patah perkataan

Salah satu budaya yang dimiliki oleh bangsa maju di dunia ialah budaya menegur. Budaya menegur bererti budaya yang menggalakkan anggota budaya itu menegur antara satu sama lain dengan tujuan untuk memperbaik keadaan. Budaya menegur dapat dikaitkan dengan kehidupan berkomuniti yang membentuk perpaduan sosial dalam sistem (budaya) perhubungan sosial Melayu.

Apabila seseorang menegur, teguran tersebut mestilah bertujuan untuk menasihati orang. Teguran yang diberi semestinya tidak boleh menimbulkan perselisihan. Sekiranya teguran yang diberi itu mengakibatkan pergaduhan, maka sia-sialah tujuan teguran tersebut. Orang yang ditegur akan mengatakan bahawa orang yang menegurnya senghaja mencari fasal dengannya. Lazimnya tomahan ini berlaku sekiranya orang yang ditegur tidak dapat menerima teguran tersebut. Tidak berguna kalau orang yang

Page 50: LATIHAN RUMUSAN

menegur lebih banyak menimbulkan masalah daripada menyelesaikannya. Oleh sebab itu orang yang menegur itu mestilah mempunyai kelayakan ilmu dan moral yang dapat diteladani oleh pihak yang ditegur.

Tidak berlaku proses tegur-menegur sekiranya pihak yang menegur bersikap bahawa hanya pendapatnya sahaja yang betul. Oleh itu teguran yang baik mestilah ada ciri-ciri interaksi antara kedua-dua pihak. Melalui proses ini, pihak yang menegur pun dapat belajar daripada pihak yang ditegur. Amalan mengumpat tidak seharusnnya wujud dalam budaya menegur. Kalau sesebuah masyarakat anggotanya lebih suka mengumpat dan mengutuk, hal ini merupakan tanda-tanda bahawa amalan menegur tidak digalakkan dalam masyarakat tersebut. Lazimnya keadaan ini akan menyaksikan pandangan kritis tetapi membina tidak digalakkan. Masyarakat ini akan menganggap pandangan begitu boleh menjejaskan keputusan yang sudah dibuat oleh pihak yang berkuasa.

Kecemerlangan bangsa Melayu dalam apa-apa juga bidang bergantung pada banyak faktor. Antaranya ialah faktor amalan menegur dalam budaya Melayu. Amalan ini sebenarnya sudah lama wujud dalam budaya Melayu. Amalan menegur dalam masyarakat Melayu semestinya dilakukan secara halus dan bertatatertib. Dengan kata lain teguran dalam kalangan masyarakat Melayu adalah dalam bentuk kiasan dan sindiran, sehingga kesannya dapat meresap ke dalam jiwa orang yang menjadi sasaran. Seterusnya ketika membuat teguran sikap ‘baling batu sembunyi tangan’ seharusnya dihindarkan. Teguran mestilah dibuat secara bersemuka antara yang menegur dan yang ditegur. Cara ini membolehkan penerima teguran dapat menerimanya dengan hati terbuka.

Perbuatan menegur secara kasar dan biadab perlu dielakkan. Ini bukan bermakna orang yang menegur tidak berani atau lemah. Namun teguran secara berhemah akan membawa lebih banyak kebaikan daripada keburukan. Namun agak menyedihkan apabila akhir-akhir ini orang Melayu mengetahui terdapat banyak masalah yang boleh merosakkan masa depan bangsa mereka, tetapi mereka tidak boleh berbuat apa-apa untuk menyelesaikan masalah itu. Ini disebabkan oleh budaya menegur tidak lagi menjadi panduan bersama untuk memajukan bangsa mereka.

(Dipetik dan diubahsuai daripada rencana, “Budaya Menegur”, oleh Hassan Ahmad, Dewan Masyarakat, April, 2005).

Soalan 2 (a) Petikan Umum

Berdasarkan petikan di atas , jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

i. Berikan maksud rangkai kata lazimnya tomahan ini dalam petikan di atas.[2 markah]

ii. Apakah yang akan berlaku skiranya amalan mengumpat dibenarkan dalam sesebuah masyarakat? [3 markah]

iii. Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan yang akan berlaku sekiranya teguran dibuat secara tidak berhemah?

[4 markah]

RUMUSAN 40Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah mengatasi permasalahan sosial dan kesan gejala sosial kepada masyarakat. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Walaupun pelbagai kisah gemilang mewarnai pencapaian negara terutamanya dalam bidang ekonomi dan politik, namun dalam bidang sosial lebih banyak lakaran suram yang terpahat lantaran meningkatnya pelbagai kes jenayah dan gejala sosial yang cukup rencam sifatnya. Fenomena ini mendorong pelbagai pihak berusaha bersungguh-sungguh untuk merangka dasar , strategi dan tindakan untuk menanganinya. Antara tindakan jangka panjang kerajaan dalam usaha ini ialah memperkenalkan semula mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (FSK) kepada pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara.

Page 51: LATIHAN RUMUSAN

Dalam usaha memerangi kemelut sosial yang kian meruncing terutamanya di bandar-bandar, ada pihak yang mencadangkan pewujudan konsep bandar dan pekan selamat. Konsep ini mampu menjadikan sesebuah bandar itu bebas daripada sebarang ancaman fizikal, sosial dan mental yang boleh mengganggu kesejahteraan penduduk setempat. Konsep ini berkemungkinan dapat dilaksanakan apabila mendapat restu kerajaan. Di samping itu, kerajaan juga telah memperkenalkan Dasar Sosial Negara (DSN) dijangka dapat menggerakkan tenaga pelbagai sektor dalam menangani isu sosial. Dasar strategik ini bukan sahaja disasarkan kepada golongan remaja tetapi meliputi semua peringkat usia.

Selain daripada usaha pencegahan melalui penguatkuasaan undang-undang sedia ada, faktor hukuman juga seharusnya diberi perhatian oleh pihak kerajaan. Ini kerana hukuman yang lebih berat menjadikan mereka yang ingin melakukan kesalahan “berfikir dua kali” sebelum melakukannya. Faktor yang tidak kurang pentingnya, yang seharusnya diberikan perhatian ialah peningkatan penduduk bandar yang berterusan yang dianggap boleh mengundang lebih banyak masalah jenayah dan sosial. Oleh yang demikian pihak berkuasa mesti merangka dasar pengurusan bandar di negara ini secara bijaksana termasuklah melaksanakan sepenuhnya konsep bandar selamat. Apabila terlaksanannya konsep ini bandar akan bebas daripada keganasan yang merosakkan harta benda dan nyawa, bebas daripada kemusnahan dan malapetaka dan penduduk bebas daripada kemerosotan sosial dan moral.

Jenayah dan kemelut sosial juga amat sinonim dengan kemiskinan dan setinggan. Oleh yang demikian kerajaan perlu mengawal pertambahan penduduk bandar secara mendadak yang boleh menyumbang kepada masalah setinggan dan kemiskinan bandar. Dengan cara ini, adalah diharapkan tidak akan ada kelompok yang akan terpinggir daripada arus perdana pembangunan negara kerana kelompok yang terpinggir inilah yang selalunya cenderung untuk bertingkah laku secara negatif. Selain itu, komitmen ahli masyarakat untuk sekurang-kurangnya melaporkan kegiatan jenayah dan gejala sosial di persekitaran mereka merupakan satu usaha yang patut disanjung tinggi.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana Menggalas Cabaran Sosial Negara, oleh Zamri Misman, Dewan Masyarakat, Januari 2005)

Soalan 2 ( a ) : Pemahaman Petikan Umum

Berdasarkan petikan di atas , jawab soalan-soalan berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

( i ) Jelaskan maksud lakaran suram yang terpahat dalam petikan tersebut.[2 markah]

( ii ) Apakah kebaikan-kebaikan daripada pelaksanaan konsep bandar selamat?[3 markah]

( iii ) Pada pendapat anda, mengapakah undang-undang yang sedia ada tidak berupaya mengurangkan perlakuan jenayah dan gejala sosial di negara ini?

[4 markah]RUMUSAN 41Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah mengatasi jenayah seks dan kesan jenayah tersebut kepada mangsa dan masyarakat. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Mungkin agak keterlaluan jika dikatakan bahawa setiap wanita tanpa mengira umur atau kedudukan perlu beranggapan bahawa mereka mungkin pada bila-bila masa sahaja akan menjadi mangsa jenayah seks. Tetapi jika tanggapan ini diambil kira, segala usaha dan pemikiran harus digembleng untuk mencari kaedah dan formula bagi menangani jenayah terkutuk ini.

Page 52: LATIHAN RUMUSAN

Oleh sebab faktor-faktor yang mendorong perlakuan jenayah seks itu saling berkaitan, maka sebarang tindakan untuk menghapuskan salah satu daripada faktor-faktor tersebut perlu dicegah, sementara yang selebihnya diabaikan. Hal ini pastinya tidak akan menghasilkan impak yang diharap-harapkan. Tindakan undang-undang tanpa kompromi untuk membanteras pengedaran dan penjualan bahan-bahan lucah sememangnya wajar dialu-alukan dan disokong. Tetapi perlu diingat, tindakan ini tidak akan memberi impak jangka panjang yang berkesan sekiranya faktor-faktor lain yang mendorong kepada jenayah seks ini tidak tidak dibanteras sama. Memperuntukkan hukuman yang lebih berat dari segi undang-undang agar mereka yang ingin melakukan jenayah seks ini “berfikir dua kali” sebelum melakukannya, merupakan satu kaedah yang mesti diambil kira di samping mengurangkan had umur pengenaan hukuman kerana selama ini mereka yang berumur bawah18 tahun tertakluk kepada undang-undang juvana yang lebih ringan hukumannya.

Namun yang lebih baik ialah kesedaran untuk “ berfikir dua kali” itu adalah kesedaran yang datang dari dalam diri sendiri. Untuk itu pendidikan memainkan peranan penting khususnya pendidikan informal melalui aktiviti kemasyarakatan, pembacaan dan pergaulan. Selain itu, sikap keterbukaan yang terkawal dalam membincangkan isu-isu seks mesti dilakukan. Sudah sampai masanya, perspektif yang lebih positif terhadap seks disebarkan dengan mengkaji semula kaedah dan matlamat pendidikan seks yang sedia ada. Sehubungan itu, aspek pertama yang memerlukan kajian dan rumusan segera ialah kurikulum pendidikan seks sedia ada itu sendiri. Ini kerana, fungsi seks sebagai unsur kebahagiaan dan kesejahteraan keluarga serta sebagai faktor yang meneruskan kelangsungan kehidupan bermoral memang kurang dibincangkan apatah lagi sebagai unsur yang mampu mencetuskan kegawatan sosial memang tidak diketengahkan.

Para ibu bapa dan masyarakat keseluruhannya perlu menggembleng tenaga dan fikiran ke arah membasmi perlakuan jenayah seks ini. Langkah-langkah untuk memantau aktiviti remaja yang merupakan anak-anak atau jiran mereka merupakan sumbangan paling berharga ke arah pembasmian yang dimaksudkan. Para remaja itu sendiri pula, perlu memantapkan disiplin kendiri dan memantapkan harga diri.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana Membanteras Jenayah Seks Dengan Bijaksana, oleh Ramlan Abd. Wahab, Dewan Masyarakat, September 2001)

Soalan 2 ( a ) : Pemahaman Petikan Umum

Berdasarkan petikan di atas, jawab soalan-soalan berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

i Jelaskan maksud keterbukaan tetapi terkawal dalam petikan tersebut.[2 markah]

ii Mengapakah kurikulum pendidikan seks sedia ada perlu dikaji dan dirumus semula?

[3 markah]iii Pada pendapat anda, apah faktor-faktor jenayah seks di negara ini belum berjaya

dikurangkan?[4 markah]RUMUSAN 42Baca petikan berikut dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang sikap yang perlu ada pada pelajar yang ingin cemerlang dalam pelajaran dan cara-cara menyemai sikap positif tersebut. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Sesetengah pelajar kurang senang dengan teguran dan nasihat guru tentang sikap mereka. Malah ada yang sanggup melabelkan guru-guru berkenaan sebagai cerewet. Golongan pelajar ini tidak menyedari bahawa sikap mereka memainkan peranan penting menentukan sama ada berjaya atau gagalnya mereka dalam pelajaran. Oleh yang demikian ada beberapa sikap yang perlu disemai dan disuburkan dalam diri pelajar agar mereka berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran.

Page 53: LATIHAN RUMUSAN

Mendahului senarai terpenting dari segi sikap ini ialah setiap pelajar tanpa sebarang alasan mesti menghadiri kelas setiap hari. Hal ini demikian kerana pelajar yang selalu ponteng akan akan diburu rasa bersalah dan takut kepada guru dan berasa sukar mengikuti pengajaran guru kerana ketinggalan pelajaran terdahulu. Selain itu para pelajar mestilah sentiasa dalam keadaan siap sedia untuk belajar. Ini kerana dengan berbekalkan serba sedikit pengetahuan tentang tajuk yang akan dipelajari, pelajar akan lebih mudah memahami dan menerima isi pelajaran yang disampaikan oleh guru. Dengan cara ini juga para pelajar akan lebih yakin ketika mengemukakan pendapat dan berminat untuk mengetahui isi-isi pelajaran yang lebih mencabar. Persedian rapi juga membolehkan pelajar mengambil bahagian dalam proses pengajaran guru dengan cara bertanya atau mengemukakan pendapat.

Setiap pelajar juga mesti menyiapkan segala tugasan yang diberikan oleh guru mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Kebiasaannya pelajar yang suka menangguhkan tugasan yang diberi akan menghasilkan tugasan yang rendah mutunya kerana dibuat dalam keadaan tergesa-gesa. Kejayaan pelajar juga banyak bergantung kepada sejauh mana pelajar tersebut membuat rujukan untuk mencari isi-isi pelajaran sendiri sebagai tambahan kepada apa yang telah diberikan oleh guru. Usaha ini mesti dilakukan pada sebelah petang, malam, cuti hujung minggu atau pada musim cuti persekolahan.

Memang tidak dapat dinafikan, para pelajar memerlukan pergaulan. Namun demikian pergaulan dan berkawan mesti memberi manfaat yang baik. Sebab itu pelajar mesti bijak memilih rakan sebaya agar mereka tidak mempengaruhi pelajar ke arah yang merugikan. Selain itu pelajar juga mesti menjaga kesihatan tubuh badan kerana dengan tubuh yang sihat, para pelajar akan lebih mudah untuk menerima isi pelajaran dengan berkesan. Untuk itu, pelajar perlu cukup tidur dan meluangkan sedikit masa untuk bersenam dan beriadah. Dari segi mental pula, setiap pelajar mestilah melupakan sebarang masalah dan sentiasa menenangkan fikiran semasa guru sedang mengajar.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana Sikap Mempengaruhi Akademik Pelajar, Fokus, Jun 2005)

Soalan 2 ( a ) : Pemahaman Petikan Umum

Berdasarkan petikan di atas, jawab soalan-soalan berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

i Jelaskan maksud diburu rasa bersalah dalam petikan tersebut.[2 markah]

ii Apakah kebaikan sekiranya pelajar mempunyai serba sedikit pengetahuan tentang tajuk

yang akan diajar oleh guru?[3 markah]

iii Huraikan pendapat anda tentang ungkapan ”Minda yang cerdas berpunca daripada tubuh yang sihat”[4 markah]

RUMUSAN 43

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang sebab-sebab kita perlu menguasai Bahasa Inggeris dan langkah-langkah menggalakkan penguasaan bahasa Inggeris. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Menguasai lebih daripada satu bahasa merupakan satu kelebihan kepada penuturnya. Dalam konteks ini, bahasa Inggeris sebagai bahasa utama di dunia tidak dapat dinafikan peranannya dan kepentingannya. Menyedari hakikat bahawa banyak ilmu dan maklumat dapat diperolehi terutamanya dalam bidang sains dan teknologi dapat dikuasai jika sesaorang itu menguasai bahasa Inggeris, tidak boleh tidak setiap orang khususnya pelajar harus menguasai

Page 54: LATIHAN RUMUSAN

bahasa ini. Tanpa menafikan kepentingan dan kedudukan bahasa Melayu di negara ini, para pelajar perlu berfikiran positif untuk memahirkan diri menguasai bahasa Inggeris ini. Bagi seorang pelajar, menguasai bahasa Inggeris untuk lulus peperiksaan memang merupakan sesuatu yang sentiasa berlegar dalam fikiran mereka tetapi yang lebih menyedarkan mereka tentang kepentingan bahasa Inggeris ialah apabila mereka melangkah ke menara gading atau menceburi dunia pekerjaan kelak.

Kita perlu menerima hakikat bahawa sebahagian besar buku-buku rujukan dan bahan pengajian di universiti adalah dalam bahasa Inggeris. Bukannya tiada langsung rujukan dalam bahasa Melayu, tetapi bilangannya amat sedikit. Bagi pelajar yang ingin mendapat markah yang baik dalam tugasan yang dibuat, mereka perlulah membuat banyak rujukan yang tertulis dalam bahasa Inggeris. Jika mereka tidak memahami bahasa tersebut sudah tentulah sukar untuk mempersembahkan penulisan mahupun hasil kajian yang bermutu, lengkap dan menyeluruh. Tambah menyulitkan lagi apabila kuliah dan kursus-kursus tertentu disampaikan oleh pensyarah dalam bahasa Inggeris. Selain itu, apabila kita melayari internet untuk mendapatkan maklumat, kita dengan akan mendapati arahan-arahan untuk mendapatkan maklumat itu ditulis dalam bahasa Inggeris dan begitu banyak maklumat dari ribuan sumber ditulis dalam bahasa Inggeris. Kita juga tentunya tidak berpeluang untuk berinteraksi dengan rakan-rakan seperjuangan di luar negara yang menggunakan bahasa Inggeris menerusi internet.

Apabila kita mula melangkah ke pasaran kerja pula, kepentingan bahasa Inggeris akan lebih terasa. Bermula daripada temuduga untuk mendapatkan kerja lagi keadaan ini sudah dapat dirasakan. Ini kerana kebanyakan temuduga untuk memohon kerja terutamnya dalam sektor swasta kebanyakannya dijalankan dalam bahasa Inggeris. Keadaan ini berterusan apabila kita berhubung dengan “pelanggan” terutamanya yang datang dari luar Negara. Kita harus berinteraksi dalam bahasa tersebut. Lebih penting lagi, kegagalan menguasai bahasa Inggeris dengan baik akan menimbulkan perasaan rendah diri. Keadaan ini sudah tentulah meninggalkan kesan psikologi yang berpanjangan yang tentunya tidak baik dari segi produktiviti mahupun emosi.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana Kepentingan Menguasai Bahasa Inggeris , editor Fokus, Julai 2005)

Soalan 2 ( a ) : Pemahaman Petikan Umum

Berdasarkan petikan soalan 1, jawab soalan-soalan berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

i Jelaskan maksud sentiasa berlegar dalam fikiran dalam petikan tersebut.[2 markah]

ii Apakah masalah yang dihadapi oleh sesaorang yang tidak menguasai bahasa Inggeris apabila melayari internet?

[3 markah]iii Pada pendapat anda, apakah faktor yang menyebakan sesaorang itu sukar menguasai

bahasa Inggeris?[4 markah]