rpj pj

12
Tarikh : 27 Julai 2015 Hari : Isnin Masa : 7.30 – 8.30 pagi Kelas : 4 Anggerik Bil.Murid : 25 orang Mata pelajaran : Pendidikan Jasmani Tajuk : Kemahiran Pergerakan Standard Kandungan : 1.1 Berkebolehan melakukan pergerakan lokomotor dengan lakuan yang betul. Standard Pembelajaran : 1.1.2 Melakukan aktiviti guling hadapan Hasil Pembelajaran : Di sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran,murid dapat : a. Psikomotor - melakukan sekurang-kurang dua daripada tiga aktiviti yang melibatkan kemahiran guling hadapan dengan gaya yang betul serta menjaga postur

Upload: rabiah-wong

Post on 09-Sep-2015

237 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

k

TRANSCRIPT

Tarikh:27 Ogos 2014Hari :Rabu

Tarikh:27 Julai 2015Hari :IsninMasa :7.30 8.30 pagiKelas:4 AnggerikBil.Murid:25 orangMata pelajaran:Pendidikan JasmaniTajuk:Kemahiran PergerakanStandard Kandungan : 1.1 Berkebolehan melakukan pergerakan lokomotor dengan lakuan yang betul.Standard Pembelajaran :1.1.2 Melakukan aktiviti guling hadapanHasil Pembelajaran:Di sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran,murid dapat :a. Psikomotor - melakukan sekurang-kurang dua daripada tiga aktiviti yang melibatkan kemahiran guling hadapan dengan gaya yang betul serta menjaga postur badan. - melakukan sekurang-kurang dua daripada tiga aktiviti yang melibatkan kemahiran guling hadapan dengan gaya yang betul serta menjaga postur badan.b. Kognitif Menyatakan secara lisan aspek-aspek keselamatan yang perlu diambil kira semasa melakukan aktiviti guling hadapan - c. Afektif :- Memperlihatkan rasa seronok melakukan aktiviti guling hadapan semasa pengajaran dan pembelajaran dilakukan. Pengetahuan Sedia Ada:Murid pernah melakukan aktiviti yang melibatkan gulingan semasa kelas Pendidikan Jasmani sebelum ini.Penerapan Nilai:Bertanggungjawab dan bekerjasama Strategi utama: Teori Kecerdasan Pelbagai (TKP)KBAT:Menjana ideaBahan Bantu Mengajar:Video pembelajaran, laptop, kon, bola tilam ketangkasan.

FASAAKTIVITIBUTIR PENGAJARANORGANISASICATATAN

Permulaan(5 minit)

1. Memeriksa kehadiran, pakaian, kesihatan dan keselamatan murid.

1. Aktiviti memanaskan badan : Permainan Belalang dan Belatuk

1. Aktiviti regangan : Regangan tengkuk

Regangan tangan

Regangan kaki

1. Set InduksiVideo gimnastik

Guru memeriksa kehadiran murid. Guru memeriksa kekemasan pakaian murid. Guru menanyakan kesihatan murid dan menasihatkan murid menjalankan aktiviti mengikut kemampuan. Guru melarang murid untuk menolak satu sama lain, merempuh kawan, dan bergaduh ketika kelas Pendidikan Jasmani.

Murid dibahagikan kepada dua kumpulan dan melakukan aktiviti permainan Belalang dan Belatuk. Guru menerangkan peraturan permainan Belalang dan Belatuk kepada murid-murid. Kumpulan pertama adalah Belalang, manakala kumpulan kedua adalah Belatuk. Masing-masing berbaris dalam dua barisan dan berdiri di sebelah tali panjang. Murid perlu mendengar arahan daripada guru. Apabila guru menyebut Belalang, murid kumpulan Belalang perlu berlari ke belakang untuk balik ke rumah Belalang agar selamat dan tidak tertangkap oleh murid kumpulan Belatuk, begitu juga kepada murid kumpulan sebaliknya.

Rapatkan kedua-dua tapak tangan dan dibawa ke bawah dagu. Buat tolakan ke atas dan kira sebanyak 8 kali. Ulang perlakuan di atas tetapi secara tolakan ke bawah, ke sisi kanan, dan ke sisi kiri.

Berdiri lurus dengan buka kaki seluas bahu. Luruskan kedua-dua tangan ke depan dada dengan tapak tangan menghala ke luar. Silangkan jari-jemari kedua-dua tangan. Buat tolakan ke hadapan, dan kira sebanyak 8 kali. Ulang perlakuan di atas dengan tolakan ke atas kepala, sisi kanan dan sisi kiri.

Berdiri lurus dengan satu kaki di hadapan dan satu kaki di belakang. Jarak di antara kaki adalah lebih kurang 4 kaki luas. Rendahkan badan dan berikan tekanan pada kaki belakang. Tahan dalam kiraan 8 kali. Ulang perlakuan dengan kaki sebelah.

Guru menunjukkan video gimnastik artistik . Guru menyoal murid :1. Apakah yang video ini tunjukkan? Ramalan jawapan murid : Sukan gimnastik Guru mengaitkan jawapan murid dengan aktiviti yang akan dijalankan.

Perkembangan

Langkah 1(10 minit)

Langkah 2(10 minit)

Langkah 3(15 minit)

1. Aspek keselamatan

Ansur maju Membengkok badan V terbalik dengan sokongan

Gulingan Hadapan

Guling Hadapan berpenyokong

Guru menerangkan aspek keselamatan yang perlu diambil kira semasa menjalankan aktiviti. Tidak boleh merempuh kawan Tidak boleh tolak-menolak Tidak boleh bergaduh Berhati-hati supaya tidak tercedera

Duduk mencangkung sambil lutut dibuka seluas bahu. Masukkan siku dan tangan ke dalam kaki(tepi lutut). Turunkan badan ke bawah dan sokong berat badan dengan kepala. Pastikan siku menyentuh lutut. Kepala perlu dimasukkan ke dalam dan pastikan leher serta bahu berada di atas tilam. Pastikan penyokong menahan belakang badan.

Lutut perlu menyentuh siku dan badan berkeadaan v terbalik. Penyokong akan memegang bahu dan paha pelaku. Sokong berat badan dengan bahu di atas lantai Rendahkan badan, kaki dimasukkan ke dalam kangkang dan badan ditolak ke hadapan dengan bantuan penyokong.

Bengkokkan badan ke bawah. Leher dan bahu perlu mencecah tilam. Siku dan lutut bersentuhan. Condongkan badan ke hadapan dengan bantuan penyokong. Penyokong membantu dan membetulkan gulingan ke hadapan.

X

YZYZYZYZYZYZYZYZYZYZ

X = guru Z = penyokongY = pelaku = tilam ketangkasan

X

YYYYYYYYYYYYYYYYYYYY

X = guru Z = penyokongY = pelaku = tilam ketangkasan

X

YYYYYYYYYYYYYYYYYYYY

X = guru Z = penyokongY = pelaku = tilam ketangkasan

Kemuncak(15 minit)Permainan hantaran bola segar Aplikasikan semua teknik yang dipelajari dalam kemahiran Guling Hadapan Hanya kemahiran Guling Hadapan sahaja dibenarkan. Undang-undang permainan ditetapkan Murid dibahagikan kepada 6 kumpulan. Murid beratur dalam kumpulan masing-masing. Tunduk sambil lutut dibengkokkan. Bola dipegang dan dimasukkan dicelah peha. Murid belakang mengambil bola daripada murid dihadapan. Murid yang terakhir membawa bola kehadapan semula. Lakukan sehingga habis satu pusingan. Kumpulan yang paling awal menghabiskan satu pusingan dikira menang.

Pelajar dibahagikan kepada enam kumpulan

mulaBBBBBB BBB

B = pelajar B = arah pergerakan bola segar = bola segar = arah pergerakan murid

Penutup(5 minit)1. Aktiviit menyejukkan badan.

1. Bersoal-jawab

1. Rumusan Murid berdiri secara berselerak. Guru mengetuai murid membuat aksi Chicken Dance dengan iringan lagu. Tarik dan hembus nafas 3 kali.

Guru menyoal murid :1. Apakah aktiviti yang telah kamu jalankan pada hari ini?1. Apakah aspek-aspek keselamatan ketika bermain? Ramalan jawapan murid :1. Guling hadapan.1. Tidak boleh tolak kawan, rempuh kawan, dan bergaduh.1. Berhati-hati supaya tidak tercedera

Guru merumuskan keseluruhan isi pelajaran.