rph

6
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Tarikh : 27 Julai 2015 Masa : 11.30 pagi -12.30 tengah hari Tahun : 4 Baik Bilangan murid : 30 orang murid Mata pelajaran : Sains Tema : Sains Hayat Tajuk : Manusia (Sistem Pernafasan Manusia - pergerakan turun naik dada bagi pelbagai aktiviti) Objektif pengajaran 1. memahami bahawa kadar pernafasan individu yang sama bergantung kepada jenis aktiviti yang dilakukan melalui pemerhatian pada pergerakan dada. 2. Dapat mengira jumlah gerakan turun naik dada apabila melakukan aktiviti waktu rehat dan selepas berjalan. 3. Mampu menganalisis data pergerakan turun naik dada bagi pelbagai aktiviti. Standard Pembelajaran Di akhir pengajaran, murid akan dapat : 1. Menyatakan kadar pernafasan individu bergantung kepada jenis aktiviti yang dilakukan melalui pemerhatian pada pergerakan dada. 2. Murid mengira jumlah gerakan turun naik dada apabila melakukan aktiviti waktu rehat dan selepas berjalan. 3. Murid menganalisis data pergerakan turun naik dada dengan pelbagai aktiviti yang berlainan. Pengetahuan sedia ada 1. Murid sudah mempelajari pergerakan turun naik dada pada manusia. Kemahiran proses Sains : Memerhati, inferens dan komunikasi KBKK : Menjana idea, menghubungkait,

Upload: muhammad-idriez-abdul-hamid

Post on 12-Jan-2016

227 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

rph

TRANSCRIPT

Page 1: rph

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tarikh : 27 Julai 2015Masa : 11.30 pagi -12.30 tengah hariTahun : 4 BaikBilangan murid : 30 orang muridMata pelajaran : SainsTema : Sains Hayat Tajuk : Manusia (Sistem Pernafasan Manusia - pergerakan turun naik

dada bagi pelbagai aktiviti)

Objektif pengajaran

1. memahami bahawa kadar pernafasan individu yang sama bergantung

kepada jenis aktiviti yang dilakukan melalui pemerhatian pada pergerakan

dada.

2. Dapat mengira jumlah gerakan turun naik dada apabila melakukan aktiviti

waktu rehat dan selepas berjalan.

3. Mampu menganalisis data pergerakan turun naik dada bagi pelbagai

aktiviti.

Standard PembelajaranDi akhir pengajaran, murid akan dapat :

1. Menyatakan kadar pernafasan individu bergantung kepada jenis aktiviti

yang dilakukan melalui pemerhatian pada pergerakan dada.

2. Murid mengira jumlah gerakan turun naik dada apabila melakukan aktiviti

waktu rehat dan selepas berjalan.

3. Murid menganalisis data pergerakan turun naik dada dengan pelbagai

aktiviti yang berlainan.

Pengetahuan sedia ada

1. Murid sudah mempelajari pergerakan turun naik dada pada manusia.

Kemahiran proses Sains : Memerhati, inferens dan komunikasi

KBKK : Menjana idea, menghubungkait,

mengkonsepsikan

Page 2: rph

Sikap saintifik dan nilai murni : Sistematik, bekerjasama

Strategi pengajaran : Perbincangan, kerja kumpulan

Bahan Bantu Mengajar : Model pernafasan manusia, lembaran kerja, jam

randik, laptop.

Langkah/

masa

Kandungan Aktiviti pengajaran dan pembelajaran

Catatan

Set induksi

(5 Minit)

Pengenalan kepada isi kandungan

1.

1. Murid menonton tayangan video yang menunjukkan proses pernafasan manusia.

2. Murid dan guru bersoal jawab:

- Apakah yang dapat dilihat menerusi tayangan video ini?

(seseorang sedang menghembus dan menarik nafas)

- Bagaimana kamu tahu manusia itu bernafas?

(paru-paru manusia itu bergerak turun naik.)

3. Guru menyatakan jika manusia masih hidup, pergerakan turun naik dadanya kelihatan lebih jelas kerana ia bernafas.

KPS : Memerhati,

BBM: Tayangan video

Strategi : Perbincangan

Page 3: rph

Mengumpul idea

(15 Minit)

Mengeksperimen1. Murid-murid dibahagikan

kepada 5 kumpulan ( 1 kump=6 org [30murid] )

2. Wakil seorang setiap kumpulan diminta melakukan demonstrasi pergerakan turun naik dada dengan meletakkan tapak tangan di atas dadanya. (dalam keadaan rehat)

3. Setiap kumpulan dikehendaki mencatat bilangan pergerakan turun naik dada ahli yang dipilih selama 1 minit.

4. Murid yang sama menjalankan aktiviti berjalan dari hadapan ke belakang bilik darjah selama 1minit.

5. Ulangi langkah 2 dan 3 yang dilakukan untuk mendapatkan bacaan aktiviti yang lain. Rujuk kertas lembaran kerja.

6. Murid lain merekod bilangan turun naik dada di dalam lembaran kerja setelah melakukan berbagai aktiviti.

KPS : Mengeksperimen, memerhati

BBM: kotak kasut

Penstrukturan semula idea

(15 Minit)

Pengajaran dan pembelajaran

1. Guru dan murid bersoal jawab:

Apa yang kamu rasai setelah melakukan aktiviti-aktiviti tadi ?

Cadangan jawapan: (panas,berpeluh,dada berdegup dengan kencang )

2. Guru memberikan soalan “Namakan aktiviti-aktiviti lain

KPS : memerhati

KBKK : menghubungkait

Strategi : Pembentangan

Perbincangan

Page 4: rph

yang boleh dilakukan untuk menghasilkan bilangan turun naik yang banyak ?

Cadangan jawapan: (berlari, ,mengayuh basikal,melompat )

Mengaplikasikan idea

(15 Minit)

Pengukuhan pembelajaran

1. Murid membandingkan hasil dapatan mereka dengan kumpulan lain.

2. Guru memberikan pengukuhan dengan menunjukkan model pernafasan manusia yang dibuat.

3. Murid lebih cepat faham dengan membuat pemerhatian terhadap model pernafasan manusia yang ditunjukkan.

4. Soal jawab guru dan murid.i. Apakah yang dapat kita perhatikan?ii. Bolehkah antara kita jelaskan hubungan aktiviti dengan bilangan turun naik dada?

KPS : memerhati

Strategi :

Perbincangan

Page 5: rph

5. Cadangan jawapan :-Jika melakukan aktiviti yang lebih aktif seperti melompat dan berlari, bilangan turun naik dada bertambah dan sebaliknya.

Refleksi

(10 Minit)

Membuat rumusan

pengajaran

Guru membuat rumusan dan kesimpulan :

1. Setiap kumpulan mempunyai rekod bilangan turun naik dada yang berbeza kerana setiap kumpulan menghantar wakil yang berbeza.

2. Setiap manusia mempunyai kadar bilangan turun naik dada yang berbeza walaupun aktiviti yang dibuat adalah sama.

KPS : menghubung kait

Strategi : perbincangan

Page 6: rph

LEMBARAN KERJA

NAMA:…………………………………………………… KELAS:…………………

Nama murid melakukankan aktiviti:

………………………………………………………………………………………

Aktiviti 1: Dalam keadaan rehat.

Masa : 1 Minit

Bilangan pergerakan dada turun naik dada:___________________________________

Aktiviti 2 : Berjalan dari hadapan ke belakang kelas.

Masa : 1 Minit

Bilangan pergerakan dada turun naik dada:___________________________________

Aktiviti 3 : …………………………………………………………………………

Masa : _______ saat

Bilangan pergerakan dada turun naik dada: ___________________________________