rph

9
Contoh hujah: Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu Tahun 2 Musytari Tarikh :17 April 2013 (Rabu) Masa :11.30 12.30 tengah hari Kelas :2 Musytari il Muri! :32 "rang #$ur : % tahun Mata pela&aran : ahasa Melayu Te$a :'eni!an u!aya Ta&uk : Makanan Tra!isi"nal !i Malaysia Standard Kandungan : 3. Men atat $aklu$at yang betul tentang sesuatu perkara !aripa!a pelbagai su$ber. Standard Pembelajaran : 3. .1 Men atat $aklu$at penting !engan betul !aripa!a pelbagai su$ber. Objeti! Pengajaran: *a!a akhir pr"ses penga&aran !an pe$bela&aran ini+ $uri! akan !apat: i) Menulis $aklu$at berkaitan ,i!e" !engan tepat !an betul. ii) Men&a-ab s"alan yang !iberikan se ara bertulis !engan tepat !an betul. iii) Menyenaraikan perkataan yang $e$punyai i$buhan apitan !engan betul !an tepat. Sistem Bahasa : Tatabahasa : "mbuhan a#itan $dimasuan% #erayaan% mem#unyai& Kosa ata : meleit% adunan% inti 'lemen Merentas Kuriulum: i) l$u : *en!i!ikan 'i,ik !an Ke-arganegaraan+ M"ral+ 'e&arah ii) /ilai : erani+ $enghargai+ tanggung&a-ab+ bersyukur iii) TMK :bela&ar $elalui TMK i,) Kreati,iti : i$aginasi (kebaikan $enghargai $akanan tra!isi"nal) Pengisian Kuriulum: i) Ke$ahiran er ikir : agai$anakah (kebaikan $enghargai $akanan tra!isi"nal) ii) Ke er!asan *elbagai : erbal linguistik+ intrapers"nal+ kinestatik

Upload: mei-jiun-chong

Post on 06-Oct-2015

223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Contoh hujah:Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu Tahun 2 Musytari

Tarikh: 17 April 2013 (Rabu)Masa: 11.30 12.30 tengah hariKelas: 2 MusytariBil Murid: 32 orangUmur : 8 tahunMata pelajaran: Bahasa MelayuTema: Seni dan BudayaTajuk: Makanan Tradisional di Malaysia

Standard Kandungan:3.5 Mencatat maklumat yang betul tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber.Standard Pembelajaran:3.5.1 Mencatat maklumat penting dengan betul daripada pelbagai sumber.

Objektif Pengajaran:Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran ini, murid akan dapat:i) Menulis maklumat berkaitan video dengan tepat dan betul.ii) Menjawab soalan yang diberikan secara bertulis dengan tepat dan betul.iii) Menyenaraikan perkataan yang mempunyai imbuhan apitan dengan betul dan tepat.

Sistem Bahasa :Tatabahasa : Imbuhan apitan (dimasukkan, perayaan, mempunyai) Kosa kata : melekit, adunan, intiElemen Merentas Kurikulum:i) Ilmu: Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, Moral, Sejarahii) Nilai: Berani, menghargai, tanggungjawab, bersyukuriii) TMK: belajar melalui TMKiv) Kreativiti : imaginasi (kebaikan menghargai makanan tradisional)Pengisian Kurikulum:i) Kemahiran Berfikir : Bagaimanakah (kebaikan menghargai makanan tradisional)ii) Kecerdasan Pelbagai : Verbal-linguistik, intrapersonal, kinestatikiii) Belajar Cara Belajar : Membaca,mendengar, bertutur, menulisiv) Kontekstual : Mengaitkan cerita dengan pengalaman sedia ada.v) Konstruktivisme : Murid memberi pendapat dan pandangan mereka sendiri tentang (kebaikan menghargai makanan tradisional)vi) Kemahiran masa depan : Andaian perkara yang akan dilakukan.Bahan Bantu Belajar:i) Bahan maujud seperti muruku, baulu, ii) Maskot ketupatiii) Petikan Makanan Tradisional di Malaysia.iv) Alatan memancing melalui aktiviti Ikan Dipancing Minda Diuji.v) Kertas soalan melalui aktiviti Ikan Dipancing Minda Diuji.vi) Kad stesen melalui aktiviti Stesen Bergerak Muzik Bergema.vii) Video makanan melalui aktiviti Stesen Bergerak Muzik Bergema.viii) Kertas jawapan melalui aktiviti Stesen Bergerak Muzik Bergema.ix) Kertas soalan Stesen Bergerak Muzik Dialun.x) Facebook melalui aktiviti Jom Bermuka Buku.xi) Talking Board Jom Bermuka Buku.xii) Kad manila melalui aktiviti Jom Bermuka Bukuxiii) Belon melalui aktiviti Pecahkan saja Belon Ituxiv) Slaid powerpoint.Pengetahuan Sedia Ada :Murid pernah mengalami situasi yang terdapat dalam petikan tersebut.Langkah Pengajaran:Langkah/MasaIsi PelajaranAktiviti Pengajaran dan PembelajaranCatatan

Induksi Set(5 minit)Aktiviti Warisan Di Bawa Hati GembiraBarang maujud : muruku, nasi lemak, kuih bulan

Contoh teka-teki:Saya sering di makan sewaktu perayaan Deepavali. Saya diperbuat daripada tepung dan bentuknya berpusing-pusing seperti ubat nyamuk. Apakah saya?

Soalan :1) Apakah barang misteri ini?

2) Siapakah yang pernah makan makanan ini?

3) Nyatakan antara contoh makanan tradisional yang kamu tahu?

Tajuk:Makanan Tradisional di Malaysia

1) Guru meminta murid secara rawak untuk ke hadapan dan mencari barang-barang misteri di dalam kelas. Muzik latar dipasangkan. 2) Guru meminta murid meneka apakah barang misteri tersebut.3) Guru memanggil seorang murid untuk merasa makanan. (kuih bulan)4) Guru meminta murid untuk menghidu makanan tersebut (nasi lemak).5) Guru meminta murid membacakan teka-teki berkaitan makanan tersebut ( muruku).6) Guru meminta murid-murid lain untuk meneka jawapan teka-teki tersebut.7) Guru dan murid bersoal jawab berkaitan makanan-makanan tersebut.8) Maskot ketupat masuk ke dalam kelas dan memperkenalkan diri.9) Guru bertanyakan secara rawak kepada murid-murid tentang makanan tradisional yang terdapat di Malaysia.10) Guru mengaitkan jawapan dengan tajuk pelajaran pada hari ini.11) Guru memaparkan slaid tajuk pengajaran dan meminta murid membaca tajuk tersebut bersama-sama.BBB:-kotak misteri-barang maujud nasi lemak, muruku, kuih bulan.-maskot ketupat-komputer riba-pembesar suara

Teknik:-soal jawab

TKP:-verbal linguistik-visual-ruang-intrapersonal-interpersonal-kinestetik-muzik

BCB:-kemahiran mendengar-kemahiran bertutur

KB:-menjana idea-menyusun atur

Langkah 1(15 minit)Aktiviti Ikan Dipancing Minda Diuji

Kosa kata : - melekit- adunan- inti

1. Guru menerangkan cara aktiviti dijalankan.2. Guru meminta murid membaca senyap petikan dalam beberapa minit.3. Guru meminta murid-murid membaca petikan secara beramai-ramai.4. Guru meminta wakil murid untuk memancing satu nombor.5. Murid-murid dari setiap kumpulan yang mempunyai nombor tersebut dikehendaki untuk berdiri dan membaca perenggan yang dipaparkan oleh guru.6. Guru memberikan penerangan berkaitan petikan kepada murid-murid.7. Guru menerangkan perkataan yang tidak difahami oleh murid.8. Seterusnya, guru meminta wakil kumpulan untuk ke hadapan.9. Wakil kumpulan perlu memancing ikan mengikut nombor kumpulan.10. Setelah berjaya, wakil kumpulan perlu mengambil sampul yang berisi soalan dan memberikannya kepada ahli kumpulan.11. Soalan perlu diselesaikan secara individu.12. Guru membimbing jawapan murid.13. Guru dan murid bersama-sama membincangkan jawapan.14. Guru membuat rumusan berkaitan aktiviti.SK :3.5SP :3.5.1OBJ : 2

BBB:-petikan Makanan Tradisional di Malaysia-alatan memancing-kertas soalan-slaid powerpoint

Teknik:-Menjawab soalan

TKP:-verbal-intrapersonal-interpersonal

Nilai murni:-berkerjasama-disiplin

Langkah2(20 minit)AktivitiMisi Tugasan Warisan Terpelihara(Berkaitan video Upin dan Ipin : Dodol)

Contoh Arahan : Soalan Kumpulan Anda Berada di Stesen C. Soalan Kumpulan Anda Berada di Stesen A. Soalan Kumpulan Anda Berada di Stesen D. Soalan Kumpulan Anda Berada di Stesen B.

Susunan Cerita :

1. Guru memberikan penerangan kepada murid mengenai peraturan dan cara-cara aktiviti ini dijalankan.2. Guru meminta murid menonton video Upin dan Ipin dengan teliti.3. Guru meminta wakil kumpulan untuk ke hadapan dan mengambil kad arahan dan sebiji belon.4. Apabila muzik dipasang, murid-murid dikehendaki untuk bergerak ke stesen di mana soalan mereka berada.5. Murid-murid dikehendaki untuk melaksanakan tugasan yang terdapat dalam stesen tersebut.6. Apabila muzik dipasang, murid dikehendaki bergerak semula ke tempat masing-masing.7. Guru menayangkan soalan terakhir yang perlu dijawab pada belon tersebut.8. Jika belon pecah, kumpulan tersebut dianggap kalah.9. Murid dikehendaki membentangkan jawapan di hadapan kelas. 10. Guru membimbing jawapan murid.11. Guru membuat rumusan berkaitan aktiviti.SK :3.5SP :3.5.1OBJ : 1

BBB:- video Upin dan Ipin-Keratan maklumat-Kad soalan -Pembesar suara-lagu raya-slaid powerpoint

Teknik:Perbentangan

TKP:-interpersonal-intrapersonal-verbal

Langkah 3(5 minit)Aktiviti Jom Bermuka BukuTatabahasa : Imbuhan apitan

Maksud Imbuhan Apitan:Imbuhan yang terletak di awal dan akhir sesuatu kata dasar.

Contoh imbuhan apitan:- 1. Guru menerangkan mengenai imbuhan apitan secara umum.2. Guru memberi penerangan tentang cara pelaksanaan aktiviti.3. Guru memaparkan petikan pada laman Facebook.4. Guru meminta murid menulis perkataan yang mempunyai imbuhan apitan yang terdapat dalam petikan pada Talking Board.5. Guru secara rawak meminta murid untuk mengangkat Talking Board yang sudah siap ditulis.6. Guru memanggil murid secara rawak ke hadapan.7. Guru meminta murid tersebut untuk menunjukkan Talking Board kepada rakan-rakan yang lain.8. Guru meminta murid tersebut menyebut satu perkataan yang terdapat dalam Talking Board.9. Guru meminta murid membina ayat secara lisan menggunakan perkataan yang mempunyai imbuhan apitan.10. Guru membuat rumusan berkaitan aktiviti tersebut.SK :3.5SP :3.5.1

TKP:-interpersonal-intrapersonal-verbal

BBB:-Facebook-petikan makanan tradisional-talking board-slaid powerpoint-kad manila

Langkah 4(10 minit)

Aktiviti Pecahkan Saja Belon Itu!

Contoh soalan:

a) Sebutkan dua jenis makanan tradisional yang terdapat dalam petikan.b) Tuliskan dua perkataan yang mempunyai imbuhan apitan.c) Sebutkan contoh perkataan yang mempunyai imbuhan apitan.d) Pilih kad perkataan yang mengandungi perkataan yang mempunyai apitan.e) Bilakah kuih muruku biasanya dimakan?f) Bilakah ketupat biasanya dimakan?g) Pada pendapat anda, apakah kebaikan menghargai makanan tradisional di Malaysia?h) Apakah contoh makanan tradisional yang kamu ketahui?

1. Guru menerangkan cara aktiviti dijalankan.2. Guru meminta murid bersedia di tempat masing-masing.3. Guru memasang muzik dan meminta murid mengedarkan kotak misteri.4. Apabila lagu dihentikan, murid yang memegang kotak dikehendaki untuk mencabut satu nama yang terdapat di dalam kotak.5. Murid tersebut perlu ke hadapan dan menjalankan aktiviti Pecahkan Saja Belon Itu!.6. Murid tersebut perlu memecahkan belon yang disediakan.7. Di dalam belon tersebut mengandungi nombor soalan.8. Sekiranya murid tersebut berjaya melakukan aktiviti ini, murid tersebut akan mendapat lencana Saya Murid Pintar.9. Rakan-rakan yang lain perlu menyebut Pecahkan Saja Belon Itu apabila rakan berjaya menjawab soalan dengan betul.10. Guru membuat rumusan berkaitan aktiviti yang dijalankan. SK :3.5SP :3.5.1OBJ : 3

TKP:-verbal linguistik-interpersonal-intrapersonal

BCB:-kemahiran menulis-kemahiran lisan

BBB :- belon-kad nombor-kad perkataan-slaid powerpoint-kad manila-jarum

Penutup(5 minit)Rumusan isi pelajaran:

Kognitif:Soal jawab berkaitan makanan tradisional di Malaysia.

Sosial:Murid-murid bersama-sama bertepuk tangan.

1. Guru merumuskan isi pelajaran.2. Guru bertanya kepada murid tentang makanan tradisional di Malaysia.3. Guru menyatakan nilai-nilai murni.4. Guru mengaitkan bahawa walaupun kita berbeza agama dan bangsa, berbeza makanan, namun kita tetap hidup bersama sebagai sahabat.5. Guru memasang lagu Sahabat nyanyian Upin dan Ipin.6. Guru dan murid-murid bersama-sama menyanyikan lagu tersebut.7. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid-murid.8. Guru menyuruh murid bertepuk tangan di akhir sesi pengajaran.

BBM:-video lagu Sahabat-lembaran kerja rumah

TKP:-verbal-interpersonal-intrapersonalKB:-merumus

Nilai-nilai murni:Rajin, disiplin, semangat berkerjasama.

Aktiviti Soalan Di Mana Soalan Di Sana

Kuih Baulu :1. Kuih baulu dibuat oleh siapa?2. Bilakah kuih baulu biasanya dibuat?3. Apakah bahan membuat kuih baulu?4. Cara membuat kuih baulu.5. Mengapakah kita perlu mempelajari cara membuat kuih baulu?Aktiviti Siapa yang Kena?

1. Tuliskan dua perkataan yang mempunyai imbuhan apitan.2. Sebutkan contoh perkataan yang mempunyai imbuhan apitan.3. Pilih kad perkataan yang mengandungi perkataan yang mempunyai apitan.4. Berikan maksud imbuhan apitan.5. Pada pendapat anda, apakah kebaikan menghargai makanan tradisional di Malaysia?1) Apakah contoh makanan tradisional yang kamu ketahui?2) Antara perkataan berikut, perkataan yang manakah merupakan perkataan yang mempunyai imbuhan apitan?a) Makananb) Minumanc) Menjadikan3) Antara perkataan berikut, perkataan yang manakah bukan perkataan imbuhan apitan?a) Melakukanb) Menyanyikanc) bersenam