rph

9
Rancangan Pengajaran Harian Tarikh / Hari : 15 Januari 2014 Tahun : 2 Bestari Bil. Murid : 26 orang Masa : 60 minit Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia Tema : Kebudayaan, Keseniaan dan Estetika Tajuk : “Makanan kita Standard Kandungan 1!4 Bertutur, berbual dan menyatakan "ermintaan tentang sesuatu "erkara dari"ada "elbagai sumber dalam situasi #ormal dan tidak #ormal se$ara bertatasusila! %!% Membina dan menulis "erkataan ayat dengan betul! Standard Pembelajaran 1!4!4 Bertutur dan menyatakan "ermintaan dengan intonasi yang betul tentang sesuatu "erkara dalam situasi tidak #ormal se$ara bertatasusila! %!%!4 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat ma&muk berdasarkan bahan gra#ik dengan betul!

Upload: faaiza

Post on 04-Nov-2015

226 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

rph

TRANSCRIPT

Rancangan Pengajaran Harian

Tarikh / Hari: 15 Januari 2014Tahun : 2 BestariBil. Murid: 26 orangMasa : 60 minitMata Pelajaran: Bahasa MalaysiaTema : Kebudayaan, Keseniaan dan EstetikaTajuk: Makanan kita

Standard Kandungan1.4Bertutur, berbual dan menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dalam situasi formal dan tidak formal secara bertatasusila. 3.3 Membina dan menulis perkataan ayat dengan betul.

Standard Pembelajaran1.4.4 Bertutur dan menyatakan permintaan dengan intonasi yang betul tentang sesuatuperkara dalam situasi tidak formal secara bertatasusila.3.3.4 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan bahan grafik denganbetul.

Objektif: Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat:i. Bertutur dan menyatakan permintaan dengan intonasi yang betul dalam situasi yang tidak formal secara bertatasusila.ii. Membina dan menulis ayat tunggal tiga daripada lima ayat dengan betul. Sistem Bahasa Tatabahasa : Ayat permintaan Kosa kata : Karipap, keria, bingka dan tepung bungkus.Pengisian Kurikulum / Elemen Merentas Kurikulum Ilmu : Keusahawanan Nilai : Bertatasusila dan bertanggungjawab. Kemahiran Bernilai Tambah : Keusahawanan (sikap dan pemikiran keusahawanan)Bahan Bantu Mengajar1. Kad Gambar2. Petikan DialogPengetahuan Sedia Ada: Murid biasa mengalami situasi berjual beli.

LangkahIsi Pelajaran

Aktiviti P & P

Catatan

GuruMurid

Induksi Set(5 minit)

Soalan :1. Pernahkan anda mengalami situasi berjual beli sebelum ini?

Jawapan jangkaan: Ya Tidak pernah Belum pernahi. Guru memperdengarkan dialog pelanggan dan penjual berinteraksi dalam situasi jual beli di kedai makan.i. Murid diperdengarkan dialog pelanggan dan penjual berinteraksi dalam situasi jual beli di kedai makan.KP : Intrapersonal Verbal Linguistik

Langkah 1(5 minit)Soalan :1. Apakah yang biasa ditemui di kedai makanan?

Jawapan jangkaan: Kuih-muih Penjual

i. Guru bersoal jawab cara penjual dan pelanggan membuat urusan jual beli dan meminta murid memberi contoh dialog yang biasa didengar oleh mereka semasa pelanggan menyatakan permintaan ketika membeli.

ii. Guru meminta salah seorang murid mencatat pada papan tulis dialog pelanggan membuat permintaan untuk memesan barang.

iii. Guru meminta murid membaca dialog yang telah dicatat pada papan tulis.

iv. Guru membimbing murid cara membuat permintaan yang betul ketika berurusan dengan orang lain dengan memberi contoh pembeli berurusan dengan penjual semasa meminta barang yang dibeli. Penekanan diberi pada aspek keusahawanan iaitu cara yang betul membuat permintaan.

a. Bertatasusila.b. Menggunakan intonasi yang betuli. Murid menjawab soalan guru dan memberi contoh dialog yang biasa mereka dengar semasa pelanggan menyatakan permintaan ketika membeli.

ii. Murid diminta untuk mencatat pada papan tulis dialog tentang pelangganmembuat permintaan untuk memesan barang.

iii. Murid diminta membaca dialog yang telah dicatat pada papan tulis.

iv. Murid dibimbing oleh guru cara membuat permintaan yang betul ketika berurusan dengan penjual semasa meminta barang yang dibeli. Ilmu : Kajian Tempatan

Nilai : Bertanggungjawab

KBT : - Keusahawanan - Ciri-ciri usahawan

BBM Lampiran 1 (dialog yang dirakamkan/dilakonkan)

Langkah 2 (10 minit)Kad A Murid melakonkan watak penjual

Kad B Murid melakonkan watak pembeli

i. Guru memilih beberapa orang murid untuk menjalankan aktiviti main peranan berjual beli di kantin sekolah.

ii. Guru memberi kad situasi kepada murid yang telah dipilih.

iii. Guru meminta murid yang dipilih memainkan peranan seperti yang terdapat pada kad situasi dengan menggunakan dialog yang sesuai dan bertatasusila.

iv. Guru berbincang dengan murid tentang kesesuaian dialog yang digunakan dalam aktiviti main peranan dan makanan yang biasa digemari oleh murid sekolah.a. Beberapa orang murid dipilih oleh guru untuk menjalankan aktiviti main peranan berjual beli di kantin sekolah.

ii. Murid yang telah dipilih diberi kad situasi.

i. Murid diminta oleh guru untuk memainkan peranan seperti yang terdapat pada kad situasi dengan menggunakan dialog yang sesuai dan bertatasusila.

ii. Murid berbincang dengan guru tentang kesesuaian dialog yang digunakan dalam aktiviti main peranan dan makanan yang biasa digemari oleh murid sekolah. Ilmu : Kajian Tempatan

Nilai : Kerajinan

KBT : Keusahawanan (berjual beli secara bertatasusila)

BBM (Lampiran 2)

Langkah 3(25 minit) Rujuk Lampiran 3

i. Guru memperdengarkan beberapa dialog cara murid membuat permintaan untuk membeli barang daripada penjual di kantin sekolah.

ii. Guru meminta murid mengecam dialog-dialog yang mengandungi permintaan yang bertatasusila.

iii. Guru meminta murid menulis dialog yang bertatasusila dan membetulkan dialog yang kurang sesuai berdasarkan latihan yang diberi pada lampiran 3.

i. Murid diperdengarkan beberapa dialog cara membuat permintaan untuk membeli barang daripada penjual di kantin sekolah.

ii. Murid diminta mengecam dialog-dialog yang mengandungi permintaan yang bertatasusila.

iii. Murid diminta menulis dialog yang bertatasusila dan membetulkan dialog yang kurang sesuai berdasarkan latihan yang diberi pada lampiran 3EMK : Keusahawanan

BBM : Lampiran 3

Penutup (5 minit)Rumusan isi pelajaran

Sosial/Nilai Pujian atas usaha dan kejayaani. Guru menanyakan kepada tentang pelajaran.i. Murid menjawab soalan guru.KB Merumus

KP Verbal linguistik Intrapersonal

Pembelajaran Kontekstual Mengaitkan dengan pengalaman dalam kehidupan.

Kreativiti dan Inovasi Daya imaginasi Idea kreatif

Nilai Kerjasama Semangat bermasyarakat