rph

11
TARIKH/ HARI : 1 Januari 2014/ Isnin TAHUN : 2 Cergas BIL.MURID : 20 Orang MASA : 8.10 am-9.10am MATA PELAJARAN : Bahasa Malaysia TEMA : Kebudayaan, Kesenian dan Estetika TAJUK : Perayaan-perayaan di Malaysia Standard Kandungan: 2.3 Membaca kuat pelbagai bahan bacaan dengan lancar sebutan yang jelas dan intonasi yang betul. 3.3 Membina dan menulis perkataan , frasa, dan ayat dengan betul Standard Pembelajaran: 2.3.1 Membaca kuat ayat penyata dengan lancar, sebutan yang jelas, dan intonasi yang betul dan berjeda. 3.3.1 Membina dan menulis perkataan dan frasa dengan cara yang betul dan kemas.

Upload: faaiza

Post on 10-Sep-2015

224 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

rph

TRANSCRIPT

TARIKH/ HARI: 1 Januari 2014/ IsninTAHUN: 2 CergasBIL.MURID: 20 OrangMASA: 8.10 am-9.10amMATA PELAJARAN: Bahasa Malaysia

TEMA : Kebudayaan, Kesenian dan EstetikaTAJUK: Perayaan-perayaan di Malaysia

Standard Kandungan: 2.3 Membaca kuat pelbagai bahan bacaan dengan lancar sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.3.3 Membina dan menulis perkataan , frasa, dan ayat dengan betulStandard Pembelajaran:2.3.1 Membaca kuat ayat penyata dengan lancar, sebutan yang jelas, dan intonasi yang betul dan berjeda. 3.3.1 Membina dan menulis perkataan dan frasa dengan cara yang betul dan kemas.Objektif: Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat:i. Melafazkan sekurang-kurangnya tiga daripada lima ayat penyata dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.ii. Melengkapkan sekurang-kurangnya tiga daripada lima latihan ayat penyata dengan betul.iii. Membina sekurang-kurangnya tiga daripada lima ayat penyata dengan betul.

Sistem Bahasa Tatabahasa:Sintaksis Ayat PenyataPengisian Kurikulum Ilmu: Pendidikan Moral, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Nilai: Semangat PerpaduanKemahiran Bernilai Tambah Kemahiran Berfikir: Penyoalan, menghubung kait dengan pengalaman Kemahiran Belajar Cara Belajar: Mengumpul maklumat dan memproses maklumat tentang dialog.Bahan Bantu Mengajar1. Gambar perayaan2. Kad perkataan3. Lembaran kerjaPengetahuan Sedia Ada: Murid pernah menyambut hari perayaan kaum setiap tahun.

LangkahIsi PelajaranAktivitiCatatan

GuruMurid

Induksi Set(5 minit)Soalan1. Nyatakan lagu perayaan yang di dengar melalui rakaman lagu.

Jawapan jangkaan: Hari Raya

Soalan1. Apakah perayaan kaum yang terdapat di Malaysia selain Hari Raya?

Jawapan jangkaan: Tahun Baru Cina, Hari Deepavali, Hari Krismas.

Guru memperdengarkan lagu perayaan Hari Raya. Guru mengemukakan soalan untuk mencungkil pengetahuan murid. Murid diperdengarkan rakaman lagu perayaan. Murid diminta menyatakan lagu jenis perayaan yang diperdengarkan.Bahan Bantu Mengajar Radio

Kemahiran Berfikir Menghubungkait

Kemahiran Belajar Cara Belajar Memproses maklumat

Langkah 1(20 minit)Dialog Tajuk :Perayaan-perayaan di Malaysia.(Rujuk Lampiran 1)

Soalan1. Bila Hari Raya Aidilfitri diadakan?

Jawapan Jangkaan 1 Syawal

Lembaran kerja (Rujuk Lembaran Kerja 1) Guru mengedarkan petikan dialog Perayaan di Malaysia kepada murid.

Guru meminta murid membaca petikan dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Guru meminta tiga orang murid untuk melakonkan watak yang terdapat di dalam dialog yang diberi menggunakan sebutan dan intonasi yang betul.

Guru memaparkan gambar perayaan.

Guru bersoal jawab tentang perayaan Hari Raya Aidilfitri diadakan dan pengalaman murid dalam meraikan perayaan-perayaan mengikut kaum masing-masing.

Guru memilih murid secara rawak untuk menyampaikan maklumat yang terdapat di dalam gambar.

Guru meminta murid lain mencatatkan maklumat yang disampaikan oleh rakan.

Guru memilih murid lain dan meminta murid menceritakan semula maklumat yang telah disampaikan oleh rakan tanpa bantuan gambar.

Guru memberi lembaran kerja.

Murid mengambil petikan dialog yang diberikan.

Murid membaca petikan dialog dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul melalui bimbingan guru.

Murid melakonkan watak yang terdapat di dalam dialog dan membaca dialog tersebut dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Murid memerhati dan memahami gambar yang dipaparkan.

Murid menjelaskan bila perayaan Hari Raya Aidilfitri diadakan dengan bimbingan guru dan menceritakan pengalaman semasa meraikan perayaan.

Murid yang dipilih menjelaskan maklumat yang terdapat di dalam gambar.

Murid lain diminta mencatat maklumat yang disampaikan oleh rakan.

Beberapa orang murid lain dipilih untuk menceritakan semula maklumat yang disampaikan oleh rakan tanpa bantuan gambar.

Murid melengkapkan lembaran kerja yang diberi.Bahan Bantu Mengajar Petikan Dialog

Pendekatan Induktif

Teknik Penyoalan Mencatat Membentang

Nilai Murni Bekerjasama

Kemahiran Belajar Cara Belajar Mengumpul maklumat Memproses maklumat

Kemahiran BerfikirPenyoalan

Langkah 2(15 minit)Ayat PenyataDialog(Rujuk Lampiran 1)

Guru menyuruh murid membaca semula petikan dan menggariskan ayat penyata di dalam petikan dialog itu secara berpasangan.

Guru meminta murid menyebut ayat penyata di dalam petikan dialog.

Guru meminta beberapa orang murid membaca ayat penyata yang mereka bina dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul. Murid mendengar penjelasan guru berkenaan maksud ayat penyata.

Murid menyebut ayat penyata dalam petikan dialog.

Beberapa orang murid membaca ayat yang dibina dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.Bahan Bantu Mengajar Petikan Dialog

Pendekatan Induktif

Teknik Penyoalan Mencatat Membentang

Nilai Murni Bekerjasama

Kemahiran Belajar Cara Belajar Mengumpul maklumat Memproses maklumat

Kemahiran Berfikir Penyoalan

Langkah 3(15 minit)Ayat Penyata

Soalan latihan Perayaan-perayaan di Malaysia dan ayat penyata(Rujuk Lembaran Kerja 3 dan 4)Aktiviti I

1. Guru mengedarkan lembaran kerja.

2. Guru mengadakan latihan ayat penyata dan perayaan di Malaysia secara individu untuk tujuan penilaian.

Murid dikehendaki mengisi tempat kosong di dalam latihan yang diberi tentang perayaan-perayaan di Malaysia.

Murid dikehendaki menjawab menggunakan ayat penyata.

Murid menjawab dalam tempoh 15 minit.Bahan Bantu Mengajar Lembaran Kerja Kad bergambar Kad Perkataan

Penilaian ObjektifPemerhatian : Borang penilaian skor (kuiz)

Penutup (5 minit)Kognitif:Rumusan isi pelajaran Perayaan-perayaan di Malaysia

Sosial:Pujian atas usaha dan kejayaan. Guru meminta murid menceritakan semula tentang perayaan yang dipelajari pada hari ini.

Guru memberi pujian atas sikap murid yang memberi kerjasama dan saling hormat-menghormati antara kaum. Murid menceritakan semula tentang perayaan yang dipelajari.

Bahan Bantu Mengajar LCD Skrin Petikan dialog

Kemahiran Berfikir Merumus

Nilai Semangat perpaduan Bekerjasama

TEORI STRUKTURAL ( Bloomfield )Teori Struktural yang dipelopori oleh Bloomfield membuat kajian tentang fonem dan morfem.MengikutBloomfield, ciri-ciri bahasa bersifat pertuturan, bersistem, arbitrari dan sebagai alat untuk berhubung.Teori Struktural juga mengatakan bahawa ayat akan dipecahkan kepada unit-unit yang lebih kecil iaitu perkataan, frasa, klausa, subjek dan predikat.

Bersandarkan kepada Teori Struktural ini, guru disarankan menggunakan pendekatan induktif dalam pengajaran bahasa.Pendekatan induktif ini mengutamakan contoh-contoh dahulu daripada hukum-hukum bahasa.Guru memberikan contoh ayat penyata dan meminta murid mengenal pasti jenis ayat.Apabila murid dapat mengenal pasti jenis ayat, guru akan menerapkan konsep ayat itu sebagai contoh ayat penyata.

Dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, ciri-ciri bahasa dikaji melalui analisis struktural.Ini bermakna sesuatu pola ayat diperincikan sehingga yang paling kecil tatabahasanya.Guru melaksanakan analisis bahasa secara struktural dengan meminta murid membina ayat penyata untuk dipecahkan bahagian-bahagian yang paling kecil.Kemudian, murid dibimbing untuk mencerakinkan jenis golongan kata dalam ayat yang dibina.

Contoh :Kakak saya sangat rajin.a)Kakak saya ialah subjekb)Sangat rajin ialah predikatc)Kakak ialah kata nama amd)Kakak saya ialah Frasa Nama ( FN )e)Sangat rajin ialah Frasa Adjektif ( FA )f)Rajin ialah adjektif.