rph projek inovasi.doc

10
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Bidang : Sains hayat Tajuk : Proses Hidupan Tumbuhan Tahun : 5 Cergas ( 25 Orang ) Hari dan Tarikh : Rabu dan 15 APRIL 2015 Masa : 9.15 pagi – 10.15 pagi , 60 minit (2 waktu) Standard Kandungan : 4.2 Kemandirian spesies tumbuhan. Standard Pembelajaran : Murid boleh: 4.2.1 Menyatakan cara tumbuhan memencarkan biji benih atau buah melalui pemerhatian tumbuhan sebenar atau menerusi pelbagai media iaitu: melalui air contoh teratai, kelapa; melalui angin contoh lalang, angsana; melalui manusia dan haiwan contoh kemuncup, betik; mekanisma letupan contoh buah getah, buah saga, keembung 4.2.2 Menghubungkait cara pencaran tumbuhan dengan ciri-ciri biji benih atau buah melalui pemerhatian spesimen sebenar atau menerusi pelbagai media. Objektif : Di akhir pembelajaran murid dapat: 1. Menyatakan cara tumbuhan memencarkan biji benih atau buah. 2. Memberi contoh biji benih atau buah berdasarkan cara pencaran. 3. Menjelaskan melalui contoh hub- ungkait cara pencaran dengan ciri- ciri biji benih atau buah.

Upload: ahmad-ridzuan

Post on 27-Sep-2015

36 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Bidang:Sains hayat

Tajuk: Proses Hidupan Tumbuhan

Tahun: 5 Cergas ( 25 Orang )

Hari dan Tarikh :Rabu dan 15 APRIL 2015

Masa: 9.15 pagi 10.15 pagi , 60 minit (2 waktu)

Standard Kandungan:4.2 Kemandirian spesies tumbuhan.

Standard Pembelajaran:Murid boleh:

4.2.1 Menyatakan cara tumbuhan memencarkan biji benih atau buah melalui pemerhatian tumbuhan sebenar atau menerusi pelbagai media iaitu:

melalui air contoh teratai, kelapa;

melalui angin contoh lalang, angsana;

melalui manusia dan haiwan contoh

kemuncup, betik;

mekanisma letupan contoh buah getah, buah

saga, keembung

4.2.2 Menghubungkait cara pencaran tumbuhan dengan ciri-ciri biji benih atau buah melalui pemerhatian spesimen sebenar atau menerusi pelbagai media.

Objektif: Di akhir pembelajaran murid dapat:

1. Menyatakan cara tumbuhan memencarkan biji benih atau buah.

2. Memberi contoh biji benih atau buah berdasarkan cara pencaran.

3. Menjelaskan melalui contoh hub-ungkait cara pencaran dengan ciri-ciri biji benih atau buah.

4. Menaakul kepentingan pencaran kepada kemandirian spesies tumbuhan.

5. Menjana idea tentang kepentingan kemandirian spesies tumbuhan kepada hidupan lain.

Menyokong ramalan tentang cara pencaran biji benih atau buah bagi tumbuhan lain untuk memastikan ke-mandirian spesies berdasarkan pengetahuan ciri tumbuhan tersebut

Bahan Bantu mengajar: Kad Warna Warni, LCD, Komputer, Maker pen

Nilai Murni: Bekerjasama, Menghargai keseimbangan alam sekitar, prihatin

FASA

CADANGAN AKTIVITI

CADANGAN KOMUNIKASI

1. Persediaan

Indikator Amalan

Pemerhatian

Orientasi idea berasaskan pengetahuan sedia ada

Indikator Amalan

1.1.1 Menggunakan deria penglihatan,pendengaran, sentuhan, rasa atau bau.

1.2 Analisis

1.2 .1 Mengenalpasti persamaan dan perbezaan dengan betul

( 5 Minit )

Guru menayangkan gambar pokok kelapa di sebuah pulau

1) bagaimana pokok ini boleh tumbuh di pualu ini ?

2) Mengapakah pokok kelapa tidak pokok lain?

Seperti nenas, rambutan dan pisang

2. Imaginasi

Indikator Amalan

Penjanaan Idea

2.1.1 Menghasilkan idea-idea baru yang banyak (yang mungkin benar atau tidak logik)

Indikator Amalan

Sintesis Idea

2.2.2 penggunaan TMK dalam P d P.

( 8 Minit )

1. Guru menayangkan slaid berkenaan cara penyebaran biji benih dan ciri-ciri biji benih disebarkan ( powerpoint )

2. Murid membantu guru dengan mengerakkan mouse semasa penerangan guru

1) bersoal jawab tentang cara pencaran biji benih dan ciri biji benih yang disebarkan

2) Murid dikehendaki menanya guru soalan berkaitan tajuk pembelajaran

3) Guru memberi penerangan tentang penggunaan Minda Warni. Bagi memantapkan kefahaman murid

3. Perkembangan

Indikator Amalan

Penambahbaikan

3.1.3 Memberi pelbagai penerangan rasional tentang idea

3.1.4 Memberi pelbagai contoh berkaitan dengan tugasan

( 30 minit )

Murid dibahagikan mengikut kumpulan dan guru mengedarkan peta minda yang perlu dilengkapkan . Langkah-langkah menjalankan INOVASI dalam P d P

1. Murid-murid akan diberikan sehelai seorang peta minda seperti pada dan dikehendaki untuk mengingat cara pencaran tumbuhan berdasarkan warnanya. Mereka juga diberikan masa untuk menghafal ciri biji yang terdapat dalam setiap petak berwarna tersebut. Di samping itu guru akan sentiasa membantu mereka menghafal dengan cara menyebut berulang kali bersama-sama. Murid juga diberi sehelai peta minda untuk untuk mengingati buah atau biji benih berdasarkan warna anak panahnya.

2. Langkah kedua pula ialah murid-murid akan diberikan sehelai setiap kumpulan peta minda Peta Minda berwarna tanpa ciri biji/buah yang disebarkan. Mereka telah disuruh untuk mengisi ruangan kosong pada bahagian ciri biji atau buah tumbuhan yang disebarkan. Setelah siap mereka mengembalikan semula peta konsep tersebut.

3. Manakala bagi langkah ke-3 murid-murid pula diberikan Peta Minda Peta Minda berwarna hanya cara pencaran biji benih sahaja ditulis dan ciri-ciri biji benih dikosongkan. Mereka diminta untuk mengisi ruangan kosong dengan jawapan yang betul. Sekali lagi, selepas siap Peta Minda itu dikutip oleh guru.

4. Peta Minda berwarna dikosong kesemuanya akan diedarkan kepada murid-murid. Mereka sekali lagi dikehendaki untuk mengisi ruangan kosong pada peta konsep tersebut. Setelah siap Peta Minda itu dikutip semula.

5. Langkah diteruskan dengan memberi Peta Minda berwarna yang kosong dan bahagian ciri biji atau buah yang disebarkan tidak di warna kepada murid-murid. Mereka akan mengisi ruangan kosong dan setelah siap helaian itu dikutip oleh guru.

6. Langkah keenam pun hampir serupa kerana murid-murid diminta untuk mengisi ruangan kosong yang terdapat pada Peta Minda Peta Minda yang tidak diwarnakan langsung. Setalah siap helaian tersebut dikutip semula. Namun begitu murid-murid dikehendaki memasukan contoh biji benih ke dalam peta minda berpandukan peta minda yang telah diberi awal tadi

Murid membuat pemerhatian dan perbincangan kumpulan terhadap tumbuhan yang diberikan berdasarkan soalan:

a)Apakah ciri-ciri yang dapat kamu perhatikan berdasarkan jenis tumbuh-tumbuhan yang diberikan?

b)Nyatakan tumbuhan lain yang mempunyai persamaan dengan tumbuhan tersebut

5. Pentaksiran

(7 Minit )

1. Murid membuat lembaran kerja

2 Guru memantau murid dan membantu murid yang lemah

1. Guru menegaskan bahawa tajuk ini markah bonus bagi UPSR

2. Semua murid patut dapat jawab dengan mudah dan tepat tambahan lagi mengguna kaedah Minda Warni ini

4. Tindakan

Indikator Amalan

Pelaksanaan

4.1.1 Menghuraikan idea kepada butiran atau bahagian yang lebih kecil dan khusus

Indikator Amalan

Amalan Berterusan

4.2.2 Membuat pemerhatian untuk mengenalpasti masalah, kesilapan dan kelemahan.

( 10 Minit )

Setiap wakil kumpulan membentangkan hasil kerja mereka.

Guru membuat ulasan terhadap ciri-ciri yang dinyatakan oleh murid dan menerangkan apakah ciri sebenarnya tumbuhan yang boleh disebarkan oleh haiwan

Guru dan murid membuat kesimpulan.

1) Apakah nama buah yang kamu dapat?

2) Apakah ciri-ciri khas yang terdapat pada buah atau biji benih yang menarik perhatian haiwan untuk menyebarkan tumbuh-tumbuhan tersebut?

Refleksi

Berdasarkan kerjasama murid sewaktu program inovasi itu menjelaskan bahawa Kaedah Minda warni yang saya cipta ini sangat menarik dan dapat membantu murid dalam memahami dengan mudah isi pembelajaran hari ini. Berpandukan lembaran kerja yang diberikan 23 orang dapat menjawab soalan dengan tepat dan 2 orang lagi menjawab 2 salah, Namun begitu melalui soaaln lisan meraka dapat menjawab dengan betul. Ini membuktikan mereka berjawab salah kerana cuai bukan tidak memahami isi pelajaran.

Lembaran Kerja

Nama:________________________________________ Kelas :________________

1. Jawab soalan di bawah berdasarkan gambar yang diberi.

Rajah 1

a) Namakan buah pada rajah 1

P :__________________________ Q:_____________________________

R:__________________________S:_____________________________

b) Nyatakan cara tumbuhan dalam rajah 1 menyebarkan biji benihnya ataupun buahnya ?

P :__________________________ Q:_____________________________

R:__________________________S:_____________________________

c) Nyatakan satu ciri bagi setiap biji benih tersebut

P :__________________________ Q:_____________________________

R:__________________________S:_____________________________

1.Antara buah berikut, yang manakah tidak dipencarkan oleh agen pencaran angin?

A. Buah sena

B. Buah nipah

C. Buah meranti

D. Biji benih kapas

Rajah 2

2.Rajah 2 menunjukkan sejenis buah.

Apakah ciri khas yang terdapat pada buah tersebut untuk membantu dalam penyebaran bijih benihnya?

A. Mempunyai bahagian air di dalam biji benihnya.

B. Mempunyai bahagian kulit buah yang kalis air.

C. Mempunyai rasa sedap dan warna menarik

D. Mempunyai isi lembut di dalam buah yang telah matang.

-Buah bersaiz kecil dan ringan

-Buah mempunyai struktur kepak

3.Maklumat di atas adalah ciri-ciri sejenis buah. Antara buah berikut, yang manakah tidak mempunyai ciri-ciri ini?

A. Buah meranti

B. Buah keruing

C. Buah angsana

D. Buah getah

Hasil temu bual dengan murid

P Q R S

Rajah 1

Guru : Kalau warna kuning mewakili cara penyebaran apa?

Murid: Emmm.....angin....

Guru : Nyatakan satu ciri biji dalam petak merah?

Murid: Ciri biji dalam petak merah...emmm.....bersayap...emmm

Guru : Betul ke?

Murid: Hee...betulah cikgu...

Guru : Apakah biji benih yang disebarkan oleh warna kuning

Murid : Angsena cikgu

Guru : Awak pasti dengan jawapan awak

Murid: Yakin cikgu, kuning untuk angin

Guru : Bagus, awak memang pandai