rph perbincangan

5
Persediaan Pengajaran Tarikh : 28 Mac 2011 Masa : 8.00-8.40 Tingkatan : 4 Pertanian 1 Bilangan Pelajar : 20 orang Mata Pelajaran : Sains Pertanian Tajuk Pengajaran : Kepentingan Pertanian di Malaysia Pengetahuan Sedia ada: Pelajar telah mengetahui berkaitan dengan aktiviti yang dilakukan dalam pertanian dan sebahagian pelajar telah mempunyai pengalaman bercucuk tanam dan memelihara haiwan di rumah. Objektif Khusus : Pelajar akan dapat memperoleh pengetahuan dan kefahaman tentang kepentingan pertanian kepada negara. Objektif : Di akhir pengajaran pelajar akan dapat:- 1. Menyatakan kepentingan pertanian kepada negara. 2. Menghuraikan pertanian kepada negara. Isi Pelajaran : Menyatakan kepentingan pertanian kepada negara. - pengeluaran bahan makanan - pengeluaran bahan mentah - pendapatan eksport - peluang pekerjaan Nilai-nilai Murni : bekerjasama, bertanggungjawab, bersyukur

Upload: nadiatul-iman

Post on 01-Jul-2015

252 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: rph perbincangan

Persediaan Pengajaran

Tarikh : 28 Mac 2011

Masa : 8.00-8.40

Tingkatan : 4 Pertanian 1

Bilangan Pelajar : 20 orang

Mata Pelajaran : Sains Pertanian

Tajuk Pengajaran : Kepentingan Pertanian di Malaysia

Pengetahuan Sedia ada: Pelajar telah mengetahui berkaitan dengan aktiviti yang dilakukan dalam

pertanian dan sebahagian pelajar telah mempunyai pengalaman bercucuk

tanam dan memelihara haiwan di rumah.

Objektif Khusus : Pelajar akan dapat memperoleh pengetahuan dan kefahaman tentang

kepentingan pertanian kepada negara.

Objektif : Di akhir pengajaran pelajar akan dapat:-

1. Menyatakan kepentingan pertanian kepada negara.

2. Menghuraikan pertanian kepada negara.

Isi Pelajaran : Menyatakan kepentingan pertanian kepada negara.

- pengeluaran bahan makanan

- pengeluaran bahan mentah

- pendapatan eksport

- peluang pekerjaan

Nilai-nilai Murni : bekerjasama, bertanggungjawab, bersyukur

Media Pengajaran : LCD, Slaid Power Point, Papan Putih

Rujukan : Tai Lung Aik 2002. Sains Pertanian Tingkatan 4 (teks KBSM).

Percetakan Warni Sdn. Bhd.

Induksi Set (3 minit) :

1. Guru bertanyakan khabar pelajar.

2. Kemudian, guru menayangkan gambar sebiji burger.

3. Guru mengemukakan beberapa soalan:

- Apakah bahan-bahan yang terdapat di dalam sebiji burger?

- Dari manakah bahan-bahan tersebut di perolehi?

Page 2: rph perbincangan

- Apakah sektor yang terlibat dalam pengeluaran bahan makanan tersebut?

4. Guru menulis jawapan pelajar di atas papan putih.

Langkah Penyampaian :

Masa Isi Pelajaran Kaedah penyampaian

4 minit 1.Kepentingan pertanian

- Pengeluaran bahan makanan

a) Tujuan

b) Masalah import

c) Bahan makanan import

d) Cara mengatasi kekurangan

bekalan makanan

-MARDI

-TKPM

-Industri Ternakan

-Kementerian Pertanian

Guru menerangkan kepentingan utama

pertanian iaitu pengeluaran makanan dengan

menayangkan beberapa slaid yang berkaitan

dengan pengeluaran bahan makanan.

Guru meminta pelajar membentuk beberapa

kumpulan kecil.

Guru mengemukakan beberapa soalan kepada

pelajar dan meminta supaya berbincang di

dalam kumpulan. Antara soalan adalah seperti

berikut:

1. Apakah tujuan bahan makanan dikeluarkan?

2. Apakah yang akan dihadapi oleh negara jika

terlalu bergantung kepada import bahan-bahan

makanan?

3. Mengapakah kita masih perlu mengimport

bahan makanan dari negara lain?

4 minit - Pengeluaran bahan mentah

a) Tanaman

b) Tanaman minuman

c) Ternakan

Guru menayangkan slaid yang berkaitan dengan

pengeluaran bahan mentah.

Guru meminta pelajar berbincang di dalam

kumpulan masing-masing berkaitan dengan

hasil akhir bahan mentah.

Kemudian guru meminta wakil setiap kumpulan

untuk menulis jawapan di papan putih.

4 minit - Pendapatan eksport

a) Tujuan eksport hasil pertanian

Guru menunjukkan graf berkaitan dengan

pendapatan eksport pertanian negara.

Page 3: rph perbincangan

- Lebihan hasil pertanian.

- Sumber aliran masuk wang

asing.

Kemudian, guru mengemukan beberapa soalan

seperti berikut:

1. Mengapakah berlaku peningkatan dalam

pengeksportan hasil pertanian?

4 minit - Peluang pekerjaan

a) Pengeluaran

b) Perkhidmatan

c) Pembuatan

Guru meminta pelajar berbincang mengenai

peranan dan contoh pekerjaan dalam pekerjaan

kumpulan utama bidang pertanian.

Kesimpulan (3 minit) :

Guru merumuskan semula tentang kepentingan pertanian kepada negara dari segi

pengeluaran bahan makanan, bahan mentah, pendapatan eksport dan peluang pekerjaan. Guru

menjelaskan bahawa sektor pertanian merupakan salah satu penyumbang utama kepada

kemajuan dan kemakmuran negara dan rakyatnya.

Penilaian (3 minit) :

Di akhir pengajaran dan pembelajaran, guru mengemukakan beberapa soalan secara lisan untuk

menilai pelajar.

1. Nyatakan apakah kepentingan pertanian kepada negara?

2. Apakah tiga kumpulan pekerjaan utama yang penting dalam bidang pertanian?

Tugasan :

Guru memberikan tugasan kepada pelajar untuk disiapkan di rumah dan dihantar kelas

yang berikutnya merujuk dua soalan esei yang terdapat di muka surat 12 di dalam buku

teks.

Ulasan diri:

Page 4: rph perbincangan

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

Ulasan Penyelia:

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________