rph-math3

5
Satu tambah satu jumlah berapa Satu tambah satu jumlahnya dua Satu tambah dua cubalah kira Satu tambah dua jumlahnya tiga Mari mengira bersama-sama Ilmu berguna hingga dewasa Satu tambah tiga jumlah berapa Satu tambah tiga jumlahnya empat RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MATEMATIK TAHUN 3 (PENGINTEGRASIAN 3 SENI DALAM PENDIDIKAN) Tarikh : 14 Ogos 2014 Masa : 1030-1130 Kelas : Tahun 3 Bilangan murid : 8 Mata pelajaran : Matematik Bidang : Nombor dan Operasi Tajuk : Tambah dalam Lingkungan 10 000 Standard Kandungan : Murid dibimbing untuk 2.1 Menambah sebarang dua nombor. Standard Pembelajaran : Murid berupaya untuk (i) Menambah sebarang dua nombor hingga empat digit tanpa mengumpul semula. Objektif : Di akhir pembelajaran murid dapat menambah sebarang dua nombor hingga empat digit tanpa mengumpul semula. Fasa Aktiviti Komunikasi 1. Persediaan Pemerhatian dan Analisis a) Paparkan lirik lagu Mari Mengira . b) Perdengarkan lagu tersebut. Lirik: a) Baca lirik lagu. b) Dengar dengan teliti lagu ini.

Upload: cgu-nick

Post on 11-Nov-2015

225 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

math y3

TRANSCRIPT

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MATEMATIK TAHUN 3 (PENGINTEGRASIAN 3 SENI DALAM PENDIDIKAN)Tarikh: 14 Ogos 2014Masa: 1030-1130Kelas: Tahun 3Bilangan murid: 8Mata pelajaran: MatematikBidang: Nombor dan OperasiTajuk: Tambah dalam Lingkungan 10 000Standard Kandungan: Murid dibimbing untuk 2.1 Menambah sebarang dua nombor.Standard Pembelajaran: Murid berupaya untuk (i) Menambah sebarang dua nombor hingga empat digit tanpa mengumpul semula.Objektif: Di akhir pembelajaran murid dapat menambah sebarang dua nombor hingga empat digit tanpa mengumpul semula.

FasaAktivitiKomunikasi

1. Persediaan Pemerhatian dan Analisis

2. Imaginasi Penjanaan idea Sintesis idea

3. Perkembangan Penambahbaikan Menilai

4. Tindakan Pelaksanaan Amalan berterusan

a) Paparkan lirik lagu Mari Mengira.b) Perdengarkan lagu tersebut.Lirik:

Satu tambah satu jumlah berapaSatu tambah satu jumlahnya duaSatu tambah dua cubalah kiraSatu tambah dua jumlahnya tigaMari mengira bersama-samaIlmu berguna hingga dewasaSatu tambah tiga jumlah berapaSatu tambah tiga jumlahnya empatSatu tamah empat cubalah kiraSatu tambah empat jumlahnya lima

c) Semua murid diminta menyanyi bersama dan membuat aksi berkaitan.d) Murid menyebut nombor yang terlibat dalam nyanyian ; 1 , 2, 3, 4 dan 5e) Murid membina ayat matematik yang dinyanyikan.

1 + 1 = 21 + 2 = 31 + 3 = 41 + 4 = 5

f) Kaitkan operasi yang digunakan dalam lagu dengan tajuk pelajaran.

a) Paparkan empat keping kad angka seperti contoh di bawah:

5432

b) Minta murid bina satu nombor daripada kad angka tersebut. Contoh: 2534c) Minta murid menulis nombor tersebut pada sekeping kad dan mewarnakan kad itu mengikut warna nilai tempat.

d) Minta seorang murid lagi menampalkannya dalam kotak nilai tempat yang disediakan.e) Kemudian, seorang lagi murid membina nombor lain daripada kad angka yang dipaparkan. Contoh: 5342f) Ulang c) dan d)

g) Minta seorang murid lain menambah kedua dua nombor yang dibina tadi dalam bentuk lazim. Minta murid tersebut selesaikan. Contoh:

riburatuspuluhsa

2

5

3

4

+5

3

4

2

7876

h) Ingatkan murid supaya meletakkan digit pada nilai tempat yang betul dalam pengiraan bentuk lazim.

a) Kuiz Mari Menambahb) Bahagikan murid kepada dua kumpulan empat empat.c) Guru memaparkan soalan penambahan di hadapan kelas.d) Dalam kumpulan masing-masing, murid diminta berbincang dan menyelesaikan operasi tambah tanpa melibatkan pengumpulan semula bagi soalan tersebut.e) Jawapan bagi soalan tersebut perlu diwakilkan oleh murid mengikut nilai tempat.Contoh: 480 + 9 = 223 + 23 = 135 + 34 = 421 + 572 = 506 + 382 = 104 + 785 =

f) Kumpulan pertama yang berjaya menyelesaikan tugasan dengan tepat akan mendapat ganjaran daripada guru.

a) Edarkan lembaran kerja.b) Bincangkan hasil kerja murid.

a) Baca lirik lagu.b) Dengar dengan teliti lagu ini.

c) Mari kita menyanyi bersama-sama. Ikut aksi kawan kamu di hadapan.d) Nyatakan operasi yang digunakan dalam lagu Mari Mengira.e) Bina ayat matematik yang dinyanyikan.

a) Perhatikan dengan teliti empat keping kad angka ini. Sebutkan nombor pada kad angka.

b) Bina satu nombor dari kad-kad angka yang dipaparkan.

c) Tulis nombor pada kad kosong. Warnakan kad kamu mengikut warna nilai tempat iaitu; biru untuk sa, jingga untuk puluh, kuning untuk ratus dan hijau untuk ribu. d) Tampal kad nombor kamu pada kotak nilai tempat yang disediakan.e) Bina satu nombor lain.

f) Ulang langkah yang sama.

g) Selesaikan dalam bentuk lazim

a) Sekarang kita akan teruskan dengan kuiz Mari Menambahb) Bentukkan dua kumpulan empat empat.

c) Bincang bersama ahli kumpulan dan selesaikan operasi tambah tersebut tanpa melibatkan pengumpulan semula.d) Tunjukkan jawapan kamu mengikut nilai tempat yang diwakilkan oleh kawan kamu.

e) Kumpulan pertama yang berjaya menyelesaikan operasi tambah dengan tepat, akan mendapat ganjaran daripada cikgu.

a) Jawab semua soalan yang diberi.

PentaksiranPemerhatian dan keupayaan murid menjawab soalan di lembaran kerja yang disediakan.Murid perlu betul kesemua soalan yang diberi.

Nilai dan SikapBekerjasama, berani, mendengar arahan, berani mencuba