rph dr.nasir

6
Mata Pelajaran Bahasa Melayu Tema Kebudayaan, Keseniaan dan Ekstetik Tajuk Permainan Wau Tahun 4 USM Masa 9.15 -10.15 pagi Fokus Utama Standard Kandunagan 4.4 Melafaz dan memahami puisi dengan intonansi yang betul menggunakan bahasa yang indah secara didik hibur. Standard Pembelajaran 4.4 .1 Melafaskan pantun dua kerat dengan intonansi yang betul, dan dipersembahkan dengan menggunakan bahasa yang indah secara didik hibur. Objektif Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat : 1. Melafazkan pantun dua kerat dengan menggunakan intonasi yang betul. 2. Mempersembahkan pantun dua kerat yang telah dicipta dengan menggunakan bahasa yang indah secara didik hibur. 3. Menghasilkan Wau dengan menunjukkan kreativiti dan identity sendiri. Pengisian Kurikulum 1. Ilmu : Permainan, Dunia Muzik, Pendidikan Seni Visual 2. Nilai : Menhargai Warisan, Rajin Berlatih 3. Emk : Kreatif Dan Inovatif Sistem bBahasa Tatabahasa- Kata Nama, Kata Adjektif, Kosa Kata Umum Bahan Bantu Belajar Tayangan Slaid, Cd Lagu Dan Keratan Gambar

Upload: richard-hughes

Post on 25-Sep-2015

245 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

rph

TRANSCRIPT

Mata PelajaranBahasa Melayu

TemaKebudayaan, Keseniaan dan Ekstetik

TajukPermainan Wau

Tahun 4 USM

Masa 9.15 -10.15 pagi

Fokus UtamaStandard Kandunagan4.4Melafaz dan memahami puisi dengan intonansi yang betul menggunakan bahasa yang indah secara didik hibur.

Standard Pembelajaran4.4.1Melafaskan pantun dua kerat dengan intonansi yang betul, dan dipersembahkan dengan menggunakan bahasa yang indah secara didik hibur.

ObjektifPada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat :1. Melafazkan pantun dua kerat dengan menggunakan intonasi yang betul.2. Mempersembahkan pantun dua kerat yang telah dicipta dengan menggunakan bahasa yang indah secara didik hibur.3. Menghasilkan Wau dengan menunjukkan kreativiti dan identity sendiri.

Pengisian Kurikulum1. Ilmu : Permainan, Dunia Muzik, Pendidikan Seni Visual2. Nilai : Menhargai Warisan, Rajin Berlatih3. Emk : Kreatif Dan Inovatif

Sistem bBahasaTatabahasa- Kata Nama, Kata Adjektif, Kosa Kata Umum

Bahan Bantu BelajarTayangan Slaid, Cd Lagu Dan Keratan Gambar

Rancangan Pengajaran Harian (Model Personal)

AktivitiPengisian KurikulumCatatan

Nyayian lagu Wau Bulan1. Murid-murid menyayikan lagu Wau Bulan dengan bimbingan guru.Ilmu : Dunia MuzikSystem Bahasa : Kosa Kata UmumMedia : Cd Lagu

Melafazkan pantun1. Murid membaca pantun dua kerat pada slaid yang dipaparkan.2. Murid dibimbing melafazkan pantun dengan sebutan, nada, dan intonasi yang betul.3. Murid melafazkan pantun dua kerat yang dipaparkan secara individu dengan intonansi sendiri .4. Guru dan murid bersoal jawap tentang pantun tersebut.5. Murid mengumpul maklumat dengan menanya soalan-soalan yang bebas.System Bahasa:Kata AdjektifTayangan slaid

KBT : Kecerdasan Pelbagai Kinestetik, Verbal Linguistic

Belajar cara belajar :

Mendengar dengan berkesan.

Kaedah Pentaksiran : Pemerhatian dan Lisan

Membaca1. Murid membaca baris-baris pantun dengan mengulangi perkataan yang sukar disebut dengan bimbingan guru.2. Murid menyebut semula rangkap dalam pantun mengikut sebutan, nada dan intonasi yang betul.3. Murid mempersembahkan pantun dengan gaya kreativiti sendiri.4. Guru membimbing murid berani mencuba dengan gaya sendiri.5. Guru memberi motivasi dan ganjaran untuk menggalakkan murid mempersembahkan pantun dengan gaya sendiri. Ilmu : Pendidikan Seni VisualEmk:Kreativiti Dan Intonasi Fasa :PerkembanganSystem Bahasa :Kata Nama Kata AdjektifSebutan Dan IntonasiGambar bersiri : Cara-cara membuat wau

KBT : Kemahiran Berfikir-Menjana Idea.

Kaedah Pentaksiran : Pemerhatian dan Lisan

Mencipta1. Kemudian, murid melakar gambar wau mengikut kreativiti sendiri.2. guru membimbing murid untuk menghasilkan wau yang melambangkan identiti murid itu sendiri.3. murid mempersembahkan Wau tersebut dalam kelas dan memberitahu tentang keunikkanya.

Kaedah Pentaksiran : Penulisan

Penilain 1. Murid menerima latihan.2. Murid melengkapkan pantun dengan ayat sendiri.3. Murid melafazkan dua kerat dengan sebutan, nada dan intonasi yang betul.Nilai : Tekun

System Bahasa : Sebutan Dan Intonasi KBAT :Belajar cara belajar- mendengar dengan cekap.Kaedah Pentaksiran : Penulisan

Penutup 1. Murid menyayikan lagu Wau Bulan dengan nada kesukaan sendiri.2. Imbas kembali Pengajaran hari ini.

ULASAN Rancanga Pengajaran Harian (RPH) ini bertemakan Kebudayaan, Keseniaan dan Ekstetik. Tajuk yang diajar ialah Wau Bulan. RPH ini telah dihasilkan berpandukan Model Personal. Model personal, mempunyai tiga konsep utama iaitu, berasaskan pengajaran fasilitatif iaitu berpusatkan murid, konsep seterusnya membantu peningkatan kesedaran kendiri yang tertumpu kepada mengembangkan kesedaran dan penuaian potensi masing-masing dan konsep seterusnya, sintektik yang memberi perhatian kepada perkembangan dan aplikasi kreativiti.Ketiga-tiga konsep ini telah diterapkan dalam rancangan ph ini. Dalam pengajaran ini, guru menjadi fasilitator sepanjang pengajaran. Guru membimbing murid dalam menyebut pantun dengan intonasi yang betul, membimbing dan memberi motivasi kepada murid untuk mempersembahkan pantun dan lakaran Wau sendiri dengan kreativiti sendiri di hadapan kelas dengan berani. Dengan kaedah ini, murid boleh dikatakan dapat mempelopari bakat dan potensi sendiri serta dapat meningkatkan daya keyakinan diri sendiri. Pengajaran dan pembelajaran juga dijalankan berpusatkan murid dimana dalam sebahagian besar pengajaran penglibatan murid diperlukan. Dalam pengajaran ini murid sentiasa dilibatkan secara langsung untuk mencapai objektif pengajarana dan pembelajaran. kaedah sintektik juga diterapka dalam pengajaran dan pembelajaran ini. Murid diberi peluang untuk mengaplikasikan kreativiti sendiri dalam mengasilkan lakaran Wau sendiri dengan menonjolkan sifat atau identity sendiri. Selain itu, murid juga diberi peluang untuk menhasilakn pantun dua kerat dengan daya imaginasi mereka sendiri dan mempersembahkannya dalam kelas. Kaedah Penilaian seperti kaedah pemerhatian, lisan dan penulisan juga dijalankan sepanjang aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini. Penilaian berasaskan pemerhatian dijalankan sepanjang aktiviti dimana guru sentiasa membuat pemerhatian dalam aktiviti pengajaran. Pemerhatian telah dibuat atas penglibatan murid dalam kumpulan , penglibatan dalam mempersembahkan pantun dan wau yang telah dihasilkan oleh murid itu sendiri. Selain itu penilaian secara lisan juga dibuat apabila murid melafazkan pantun Wau Bulan dengan intonansi sendiri. Pada pengakhiran pengajaran pula, penilaian berasaskan penulisan juga dijalankan kepada para murid dimana murid murid diberi latihan melengkapkan pantun yang diberi dan menghasilkan pantun dua kerat dengan daya kreativiti sendiri.Rancangan Pengajaran Harian yang berkonsepkan Model Personal ini, boleh dikatakan memberi keutamaan kepada perspektif bersifat individu dan juga menggalakkan sifat berdikari yang produktif. Sehubungan dengan itu, model personal ini boleh dikatakan sangat sesuai untuk pengubahsuaian persekitaran pembelajaran dalam kelas oleh guru. Model ini akan membantu guru untuk meningkatkan kualiti peribadi serta perasaan murid dan juga untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang berasaskan komunikasi yang lebih berkesan sesama guru dengan murid serta murid dengan murid.