rph and rpi

8
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Nama Guru : Encik Velmurugan Sekolah : SK Sri Gading Kelas : 1 Biru Tarikh : 14.03.2015 Hari : Rabu Masa : 09.00 pagi - 10.00 pagi Mata Pelajaran : Pemulihan (Matematik) Nama murid: Anna Christine Emir Uzair Ali bin Mohd Fazil Nur Farah binti Ismail Tajuk: Jom tambah ! Hasil pembelajaran: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat i. Menyatakan jumlah bagi dua nombor. (Tambah dalam lingkungan 10) ii. Memahami konsep tambah. (Tambah dalam lingkungan 10) Pengetahuan sedia ada: Murid pernah melakukan konsep tambah tanpa disedari seperti membeli gula untuk kali kedua, mendapat hadiah beberapa kali, menghitung hari dan sebagainya. Bahan bantu mengajar: Video konsep tambah , komputer riba, boneka lidi haiwan, kertas, marker, gula-gula. Penerapan nilai: Bekerjasama, keyakinan, rajin dan cermat. Kemahiran berfikir: Menyusun atur, menyelesaikan masalah, menginterpretasi, menganalisis, menghubungkaitkan.

Upload: yamuna-nadarajan

Post on 18-Dec-2015

37 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

pemulihan matematik

TRANSCRIPT

Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

Nama Guru:Encik VelmuruganSekolah:SK Sri GadingKelas:1 BiruTarikh:14.03.2015Hari:RabuMasa:09.00 pagi - 10.00 pagiMata Pelajaran:Pemulihan (Matematik)Nama murid: Anna Christine Emir Uzair Ali bin Mohd Fazil Nur Farah binti Ismail

Tajuk: Jom tambah !

Hasil pembelajaran: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapati. Menyatakan jumlah bagi dua nombor. (Tambah dalam lingkungan 10)ii. Memahami konsep tambah. (Tambah dalam lingkungan 10)

Pengetahuan sedia ada:Murid pernah melakukan konsep tambah tanpa disedari seperti membeli gula untuk kali kedua, mendapat hadiah beberapa kali, menghitung hari dan sebagainya.

Bahan bantu mengajar:Video konsep tambah, komputer riba, boneka lidi haiwan, kertas, marker, gula-gula.

Penerapan nilai:Bekerjasama, keyakinan, rajin dan cermat.

Kemahiran berfikir:Menyusun atur, menyelesaikan masalah, menginterpretasi, menganalisis, menghubungkaitkan.

Aktiviti GuruAktiviti MuridCatatan

Langkah: Set induksi(5 minit)Tayangan video konsep tambahGuru menunjukkan tayangan video yang bertajuk konsep tambah kepada murid.

1. Guru bertanya kepada murid kaitan antara tayangan video tersebut dengan kandungan pengajaran dan pembelajaran pada hari ini:Soalan guru:Apakah yang akan kita belajar pada hari ini?

2. Guru mengaitkan kandungan video tersebut dengan isi pelajaran pada hari ini. Pada hari ini kita akan belajar tentang konsep tambah.Tayangan video konsep tambah

Murid menonton tayangan video yang bertajuk konsep tambah

1. Murid menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru.Jangkaan jawapan murid:Kita akan belajar konsep tambah hari ini.2. Murid mendengar dengan teliti penerangan yang dibuat oleh guru.Nilai: Keyakinan

KBT: Kemahiran berfikir menyusun atur

BBM: Video konsep tambah

Langkah 1:Pengajaran.15 minit1. Guru mengajar murid konsep tambah dengan menggunakan boneka lidi haiwan.2. Guru mengajar murid tambah dua nombor yang akan mempunyai jawapan dalam lingkungan sepuluh.3. Guru memaparkan jawapan menerusi slaid powerpoint.4. Guru bertanya kepada murid jika terdapat soalan.1. Murid mendengar penerangan dariapad guru.2. Murid menjawab soalan daripada guru, iaitu :-Soalan guru:-Berapakah jumlah haiwan selepas ditambah?3. Murid akan bertanya kepada guru jika terdapat sebarang soalan.Nilai: Kerajinan.

KBT: Kemahiran berfikir menganalisis, menginterpretasi.

BBM: boneka lidi haiwan

Langkah 2:15 minit1. Guru membahagikan murid-murid kepada pasangan.2. Setiap pasangan diedarkan dengan beberapa kepingan jawapan.3. Guru menampal soalan di papan hitam.4. Guru meminta pasangan datang ke hadapan dan menampal jawapan yang betul.5. Pasangan yang dapat menjawab satu soalan dengan tepat akan diberikan satu gula-gula.1. Murid dibahagikan kepada pasangan.2. Murid datang ke hadapan untuk menampal jawapan yang betul.3. Murid yang dapat menjawab satu soalan dengan tepat akan diberikan satu gula-gula sebagai ganjaran.Nilai: Keyakinan.

KBT: Kemahiran berfikir menyelesaikan masalah.BBM: kad manilla, papan hitam.

Langkah 3:(20 miit)Lembaran kerja1. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid.2. Guru menerangkan kepada murid terlebih dahulu yang perlu dilaksanakan oleh murid di dalam lembaran kerja tersebut.Arahan soalan:Tuliskan jawapan yang betul di tempat yang disediakan.Lembaran kerja1. Murid menerima lembaran kerja daripada guru.2. Murid menjawab semua soalan yang terdapat dalam lembaran kerja tersebut.Nilai: Kerajinan.

KBT: kemahiran berfikir menghubungkaitkan.

BBM: Lembaran kerja

Penutup(5 minit)Penutup sosial:- (Dipaparkan di slaid powerpoint)

Mari kita belajar,Konsep tambah tambah tambah,Sangat senang senang senang,Diingati sentiasa di mana juga.

Penutup keseluruhan:1. Guru menyimpulkan proses pengajaran dan pembelajaran tersebut dengan menanyakan semula kepada murid apa yang telah mereka pelajari.2. Guru menanya soalan secara umum dan para murid diminta untuk memberikan jawapan yang betul. Soalan adalah berdasarkan kepada latihan yang diberikan oleh guru.

Tujuan pengukuhan:Guru memantapkan lagi kefahaman murid berkenaan dengan isis pelajaran pada hari tersebut.Nilai: Keyakinan

KBT: kemahiran berfikir menghubungkait.

BBM: Slaid powerpoint.

Refleksi :-

Rancangan Pengajaran Individu (RPI)

Nama Pelajar:Nur Farah binti IsmailMata Pelajaran:Pemulihan (Matematik)Kelas:1 BiruTahun:2015Tarikh Lahir:16.05.2008Umur:7 tahunNama Guru:Encik VelmuruganTarikh RPI Dimulakan:04.03.2015

Tahap Pencapaian Sedia Ada:Nur Farah pernah belajar tentang konsep tambah dan melihat orang melakukan tambah dalam kehidupan seharian.

Matlamat:Nur Farah dapat melakuan konsep tambah yang lingkungannya dalam 10.

Objektif:1. Nur Farah dapat menyatakan jumlah yang lingkungannya dalam 2.2. Nur Farah dapat menyatakan jumlah yang lingkungannya dalam 3.3. Nur Farah dapat menyatakan jumlah yang lingkungannya dalam 4.4. Nur Farah dapat menyatakan jumlah yang lingkungannya dalam 5.5. Nur Farah dapat menyatakan jumlah yang lingkungannya dalam 6.6. Nur Farah dapat menyatakan jumlah yang lingkungannya dalam 7.7. Nur Farah dapat menyatakan jumlah yang lingkungannya dalam 8.8. Nur Farah dapat menyatakan jumlah yang lingkungannya dalam 9.9. Nur Farah dapat menyatakan jumlah yang lingkungannya dalam 10.

ObjektifStrategiPenilaian / AktivitiCatatan

Nur Farah dapat melakukan tambah yang mendatangkan jumlah dalam lingkungan 5. Contoh:-

1+1=1+2=1+3=1+4=2+1=2+2=2+3=3+1=3+2=4+1= Guru menanya soalan yang mendatangkan jawapan dalam lingkungan 5 secara lisan dengan menggunakan BBM. Guru meminta murid melakukan tambahan yang mendatangkan jawapan dalam lingkungan 5 dengan menyediakan BBM yang secukupnya. Murid membuat latihan di lembaran kerja yang disediakan.Tarikh: 04.03.2015Jangkamasa : 3 hari. Latihan melakukan tambahan yang mendatangkan jawapan dalam lingkungan 5 dengan menggunakan BBM. Latihan memberi jawapan secara lisan.

Nur Farah dianggap sudah berjaya kerana telah berjaya menjawab 100% betul dari latihan yang guru berikan.

Teruskan dengan objektif berikutnya.

ObjektifStrategiPenilaian / AktivitiCatatan

Nur Farah dapat melakukan tambah yang mendatangkan jumlah dalam lingkungan 10. Contoh:-

1+7=2+9=3+7=4+3=5+5=2+2=2+3=3+1=3+2=4+1= Guru menanya soalan yang mendatangkan jawapan dalam lingkungan 5 secara lisan dengan menggunakan BBM. Guru meminta murid melakukan tambahan yang mendatangkan jawapan dalam lingkungan 5 dengan menyediakan BBM yang secukupnya. Murid membuat latihan di lembaran kerja yang disediakan.

Tarikh: 09.03.2015Jangkamasa : 3 hariTarikh: 04.03.2015Jangkamasa : 3 hari Latihan melakukan tambahan yang mendatangkan jawapan dalam lingkungan 10 dengan menggunakan BBM. Latihan memberi jawapan secara lisan.

Nur Farah dianggap sudah berjaya kerana telah berjaya menjawab 100% betul dari latihan yang guru berikan.

Teruskan dengan objektif berikutnya.