kuliah 3 kenal pasti murid khas rpi dan peranan guru

Post on 03-Apr-2018

457 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 KULIAH 3 Kenal Pasti Murid Khas RPI Dan Peranan Guru

    1/14

    1

    KULIAH 3:

    MENGENAL PASTI DAN PENEMPATAN MURID BERKEPERLUAN KHAS

    Hasil Pembelajaran

    Pelajar dapat:

    1. Menerangkan cara mengidentifikasi murid berkeperluan khas2. Mengenal pasti jenis dan ciri murid khas

    Latihan 3.1

    1. Huraikan maksud kanak-kanak luar biasa dalam konteks pendidikan.2. Apakah perbezaan antara kanak-kanak luar biasa dengan kanak-kanak kurang

    upaya?

    3. Mengapa kanak-kanak bekerpuan khas dilabel atau dikategorikan mengikutketidakupayaan mereka? Bincangkan kebaikan dan keburukan melabel ataumengkategori kanak-kanak berkeperluan khas.

    MAKSUD KEPERLUAN KHASDalam konteks ini, keperluan khas merujuk kepada keperluan kanak-kanak iaitu atas

    satu sebab atau yang lain memerlukan bantuan khas, sokongan, dan rangsangan.

    Kanak-kanak yang dirujuk di sini boleh dirujuk kepada kanak-kanak yang mengalami

    perkembangan yang lambat dalam satu atau lebih daripada sebab berikut:

    Kerencatan akal Kecacatan fizikal Kekurangan penglihatan Kekurangan pendengaran Gangguan pertuturan Kesukaran dalam perkembangan sosial dan emosi

    Sebahagian daripada kanak-kanak ini mungkin memerlukan bantuan khas untuk

    sepanjang hayat mereka, sementara yang lain mungkin memerlukan bantuan untuk

    suatu jangka masa tertentu.

    KONSEP KANAK-KANAK LUAR BIASA (EXCEPTIONAL CHILDREN) Kanak-kanak dianggap luar biasa apabila program pendidikan perlu di ubahsuai

    untuk memenuhi keperluannya. Oleh itu kanak-kanak luar biasa bukan merujuk

    kepada mereka yang tidak dapat menguasai pembelajaran tetapi juga mereka yang

    mempunyai kepintaran dan bakat yang luar biasa.

    Kanak-kanak luar biasa daripada sudut pendidikan lebih sesuai dianggap sebagaikanak-kanak berkeperluan khas (KKBK *) atau kanak-kanak istimewa.

  • 7/28/2019 KULIAH 3 Kenal Pasti Murid Khas RPI Dan Peranan Guru

    2/14

    2

    Kirk dan rakan-rakan (1993):

    Kanak-Kanak luar biasa secara umum lebih sesuai dirujuk sebagai kanak-kanakberkeperluan khas atau kanak-kanak istimewa iaitu kanak-kanak yang berbeza dari

    kanak-kanak biasa dari segi:

    Ciri-ciri mental Keupayaan deria Keupayaan komunikasi Perkembangan tingkah laku dan emosi atau Ciri-ciri fizikal/saraf/otot

    Perbezaan ini menyebabkan mereka memerlukan amalan-amalan sekolah yangdiubahsuai atau perkhidmatan-perkhidmatan pendidikan khas supaya ia dapat

    berkembang sehingga mencapai tahap kebolehan yang maksimum.

    Konsep luar biasa dalam konteks pendidikan: Kanak-kanak hanya dianggap luar biasa apabila program pendidikan perlu diubah

    untuk memenuhi keperluannya.

    Oleh yang demikian, kanak-kanak luar biasa bukan hanya merujuk kepada merekayang tidak dapat menguasai pembelajaran tetapi juga mereka yang mempunyai

    kepintaran dan bakat yang luar biasa.

    Dalam pendidikan, kanak-kanak dikategorikan sebagai kanak-kanak luar biasaberdasarkan ciri-ciri tertentu bagi tujuan pengajaran yang meliputi:

    perbezaan intelek perbezaan komunikasi perbezaan deria perbezaan tingkah laku perbezaan fizikal kecacatan pelbagai dan serius

    Kanak-kanak berkeperluan khas mengikut Akta Pendidikan 1996: Murid-murid berkeperluan khas bererti murid-murid yang mempunyai kecacatan

    penglihatan, atau kecacatan pendengaran atau masalah pembelajaran.

    Kategori Kanak-Kanak Luar Biasa: Secara umumnya Kanak-kanak luar biasa bolehdikategorikan seperti berikut:

    Rencat akal Masalah Pembelajaran Masalah tingkah laku Masalah komunikasi Masalah pendengaran Masalah penglihatan Kecacatan fizikal dan kesihatan Kecacatan yang serius dan pelbagai Pintar cerdas dan pelbagai

  • 7/28/2019 KULIAH 3 Kenal Pasti Murid Khas RPI Dan Peranan Guru

    3/14

    3

    Taburan Skor IQ

    (1) Kanak-Kanak Berbeza Keupayaan Mental(a) Kanak-kanak defisit kognitif

    i Kanak-kanak rencat akal

    Dari kumpulan terendah dalam skala kecerdasan (DK=70, 2.14% dpd populasi)ii Kanak-kanak Down Syndrom

    Ciri DS: kelainan dari segi fizikal, intelek, dan personalitiiii Kanak-kanak bermasalah pembelajaran (Learning Disabilities)

    Kanak-kanak yang mengalami masalah pemprosesan maklumat dan mempunyaikeupayaan intelek yang rendah.

  • 7/28/2019 KULIAH 3 Kenal Pasti Murid Khas RPI Dan Peranan Guru

    4/14

    4

    (b) Kanak-kanak pintar cerdas

    Dari kumpulan tertinggi dalam skala kecerdasan (DK>130, 2.14% dpd populasi)(c) Kanak-kanak kreatif(Menghasilkan idea yang luar biasa dalam penyelesaian masalah

    dan berdaya cipta) dan berbakat khas (Mempunyai kebolehan luar biasa dalam bidang

    sukan, kraftangan, muzik, seni, drama, kepimpinan, dll)

    (2) Kanak-kanak Autistik Mereka yang mengalami gangguan perkembangan yang luas kerana mempunyai

    keperluan dalam banyak aspek spt: tingkah laku, sosial, akademik, aktiviti fizikal.

    Masalah utama: interaksi & komunikasi(3) Kanak-kanak Cacat Deria(a) Cacat Penglihatan

    buta (20/200) atau rabun (20/70)(b) Cacat Pendengaran

    tidak dapat mendengar langsung atau kurang pendengaran(4) Kanak-kanak Cacat Fizikal/Anggota

    Contoh: cerebral palsyboleh mengakibatkan masalah koordinasi anggota ataumasalah pergerakan-motor.

    Epilepsi: mengalami sawan, tidak sedarkan diri dan hilangan kawalan motor. Spastik:

    Cedera otak dan tidak berupaya menggerakkan anggota-anggotanya. Ototmenjadikan pergerakan tidak harmoni. Pergerakan lambat dan tersekat-

    sekat.

    Biasanya kanak-kanak ini disertai rencatan akal, kerosakan penglihatan,pendengaran, pertuturan dan/atau masalah-masalah motor.

    Cacat anggota (Haring & McCormick, 1990):

  • 7/28/2019 KULIAH 3 Kenal Pasti Murid Khas RPI Dan Peranan Guru

    5/14

    5

    (5) Kanak-Kanak Bermasalah Komunikasi

    Masalah pertuturan dan bahasa: pertuturan yang jauh menyimpang daripadapertuturan biasa atau kod bahasa seperti tidak boleh menyebut atau memahami

    perkataan.

    Masalah utama: gangguan artikulasi dan kesukaran dalam menghasilkan bunyi.Masalah lain ialah masalah suara dan kelancaran pertuturan seperti gagap

    (stuttering).

    Masalah komunikasi pula meliputi masalah reseptif (memahami apa yang dituturkanoleh orang lain) atau ekspresif (melahirkan apa yang ingin diperkatakan kepada

    orang lain), atau kedua-dua sekali menyebabkan individu tersebut tidak boleh

    berkomunikasi langsung dengan orang lain.

    (6) Kanak-Kanak Bermasalah Tingkah Laku (Behavioral Disorder)

    Merangkumi ketidakupayaan yang luas. Yang paling serius ialah gangguan emosiseperti tingkah laku psikotik dan childhood schizophrenia.

    Ciri-ciri: suka langgar peraturan, suka mengganggu, dan ada yang agresif, tarik diridan murung, dianggap tingkah laku yang tidak sesuai di sekolah. Mereka

    mempunyai kecerdasan yang normal tetapi menunjukkan pencapaian kemahiran

    akademik yang rendah walaupun ada yang menunjukkan pencapaian yang

    memuaskan.

    (7) Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD)

    American Psychiatric Association (1987) menyifatkan ADHD bercirikanperkembangan yang kurang sesuai daripada segi darjah tumpuan, impulsiveness,

    dan hyperactivity.

    Pelajar ADHD mengalami masalah dalam pencapaian akademik di samping masalahtingkah laku.

    Walaupun ADHD tidak tergolong sebagai ketidakupayaan daripada segi undang-undang, tetapi pelajar ini dianggap kurang upaya disebabkan oleh ketidakupayaan

    yang lain. Lagi pun, Jabatan Pendidikan Amerika Syarikat (1991) memerintahkan

    pelajar-pelajar ini diberi perkhidmatan pendidikan khas.

    Latihan 3.2

    1. Jelaskan kaedah mengenal pasti kanak-kanak berkeperluan.2. Bincangkan komponen penting dalam pendidikan kanak-kanak keperluan khas.3. Mengapakah Rancangan Pendidikan Individu (RPI) perlu diwujudkan dalam

    pelakasanaan pendidikan khas? Apakah masalah yang timbul dalam penyediaan

    RPI?

    4. Apakah peranan guru pendidikan khas dalam program Pendidikan Khas?

  • 7/28/2019 KULIAH 3 Kenal Pasti Murid Khas RPI Dan Peranan Guru

    6/14

    6

    KAEDAH MENGENAL PASTI KANAK-KANAK LUAR BIASA

    Prosedur Pelaksanaan Proses PenilaianLangkah 1Penapisan (Screening)

    Prosedur menguji/memeriksa sekumpulan pelajar sebagai usaha mengenal pastimereka yang mempunyai risiko yang tinggi; mereka yang dikenal pasti dirujuk untuk

    pemeriksaan dan pengukuran yang lebih bersungguh dan intensif.

    Guru, orang yang pertama melakukan penapisan dengan menggunakanpemerhatian di bilik darjah dan standardized group assessment tool(con: senarai

    semak, borang berkadar/rating, alat pengukuran yang piawai, pemerhatian dlm

    bilik darjah) untuk mengesan pelajar berisiko tinggi

    Langkah 2Pencalonan (Referral)

    Individu atau pasukan (di sekolah) menerima pencalonan untuk melaksanakanPenilaian Pendidikan Khas. Tugas pertama ialah menulis kepada ibu bapa supaya

    mereka memberi kebenaran dan menerima penerangan tentang proses tersebut.

    Selepas itu pasukan ini akan membentuk Pelan Penilaian Individu untuk mengenalpasti aspek-aspek yang memerlukan perhatian khas dalam prosedur ujian.

    Langkah 3Penilaian

    Ujian saringan-untuk tujuan mengklasifikasi, penempatan, dan penentuan programkhas

    Memberi penilaian yang bersesuaian kepada pelajar dengan menggunakanpenilaian formal dan informal untuk mengidentifikasi corak pembelajaran pelajar

    (perhatian: tidak menggunakan satu alat ukur secara Khusus untuk menentukan

    tahap kefungsian aspek-aspek tertentu.).

  • 7/28/2019 KULIAH 3 Kenal Pasti Murid Khas RPI Dan Peranan Guru

    7/14

    7

    Langkah 4Kelayakan

    Lepas proses penilaian (analisis dan penafsiran skor ujian) disempurnakan, pasukanini harus mengadakan perjumpaan untuk menentukan kelayakan pelajar untuk

    menerima Pendidikan Khas.

    Langkah 5melaksanakan ujian diagnostik dan Membentuk Program PendidikanIndividu /RPI (IEP)

    PENEMPATAN MURID BERKEPERLUAN KHAS Memberi penempatan pendidikan yang sesuai kepada murid dengan keperluan khas Prinsip Penempatan: Penempatan dibuat berdasarkan prinsip least restrictive environment iaitu

    persekitaran yang paling tidak menghadkan. Seboleh yang mungkin, seseorang murid harus ditempatkan belajar bersama-sama

    murid biasa.

    Amalan Penempatan: Penempatan akan dibuat berdasarkan tahap keterukan masalah murid Biasanya ibu bapa harus member persetujuan bagi penempatan yang dicadangkan

    Jenis-jenis Penempatan1. Kelas biasa

    Situasi ideal- Murid ditempatkan mengikut darjah/gred sendiri- Bantuan dan pemantauan diberikan oleh guru khas- Akomodasi dan modifikasi yang sesuai diberikan kepada murid

    Amalana) Model Konsultansi

    i. Konsultasi pakar

    - Guru khas memberi nasihat kepada guru biasa tentang pengurusan dan

    pengajaran murid khas

    ii. Konsultasi kolaborasi

    - guru dan pakar-pakar dalam bidang lain bekerjasama untuk menyelesaikan

    masalah yang dihadapi oleh murid

    b) Team/ Cooperative Teaching- Guru khas dan guru biasa berkongsi mengajar kelas yang ada murid khas

    c) Teacher assistance teams- Sekumpulan guru bekerjasama untuk membantu murid yang ditempatkan di kelas

    biasa

  • 7/28/2019 KULIAH 3 Kenal Pasti Murid Khas RPI Dan Peranan Guru

    8/14

    8

    2. Bilik Resos

    Juga dikenali sebagi program pull out Perlaksanaan:

    murid di kelas biasa di tarik keluar dari kelas untuk menerima pengajaranakademik (secara individu atau kumpulan)

    Perkhidmatan khas seperti latihan bahasa dan pertuturan, latihan orientasidan mobiliti atau terapi fizikal

    3. Kelas khas

    Juga dikenali sebagai self-contained class Perlaksanaan:

    murid ditempatkan dalam kelas bersama-sama murid lain yang juga darikategori yang sama (program integrasi)

    Kadangkala mereka menghabiskan sedikit masa di kelas biasa untukmenerima pengajaran tertentu (inklusif separa)

    4. Sekolah Khas

    Semua murid yang belajar di sekolah khas terdiri daripada mereka yang mengalamikecacatan (contoh: masalah penglihatan dan pendengaran)

    Biasanya murid terdiri daripada mereka yang mengalami kecacatan yang teruk Perlaksanaan: sekolah harian

    murid belajar di sekolah khas murid balik selepas waktu persekolahan

    Sekolah berasrama murid belajar di sekolah khas selepas waktu persekolahan murid balik ke asrama

    5. Pengajaran berdasarkan rumah/hospital

    guru pendidikan khas pergi ke rumah murid atau ke hospital untuk mengajarmurid

    Biasanya perkhidmatan sedemikian adalah buat sementara sehingga muridsedia pulang ke sekolah

    6. Pemulihan dalam Komuniti

    Perkhimatan pendidikan disediakan di kawasan tempat tinggal murid.

  • 7/28/2019 KULIAH 3 Kenal Pasti Murid Khas RPI Dan Peranan Guru

    9/14

    9

    PROSES PENDAFTARAN KANAK-KANAK KE PROGRAM PENDIDIKAN KHAS

    PROGRAM PENDIDIKAN KHAS KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIAProgram PK KPM dilaksanakan melalui :

    i. Sekolah Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran.

    ii. Program pendidikan khas intergrasi disediakan untuk murid-murid berkeperluan khas

    bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan. Ia

    diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah dan sekolah menengah

    teknik/vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran secara pengasingan dan

    separa inklusif.

    Tempoh Belajar

    Tempoh belajar bagi murid-murid berkeperluan khas rendah adalah enam (6) tahun Tempoh belajar bagi murid-murid berkeperluan khas menengah adalah Lima )5)

    tahun

    Tempoh ini boleh dilanjutkan hingga dua (2) tahun maksimum di mana-manaperingkat iaitu sama ada rendah atau menengah mengikut keperluan murid

    berkenaan.

    Kurikulum Program Pendidikan Khas

    Kurikulum yang diguna pakai di sekolah-sekolah pendidikan khas dan ProgramPendidikan Khas Intergrasi ialah kurikulum kebangsaan dan kurikulum alternative.

    Kurikulum kebangsaan adalah kurikulum yang diikuti oleh murid normal bagiprogram mas. pendengaran & mas. Penglihatan.

    Kurikulum alternatif diikuti oleh murid bermasalah pembelajaran. Murid Pendidikan khas menjalankan aktiviti kokurikulum seperti murid biasa

  • 7/28/2019 KULIAH 3 Kenal Pasti Murid Khas RPI Dan Peranan Guru

    10/14

    10

    Kurikulum kebangsaan

    Kurikulum mengikut matapelajaran seperti kelas biasa spt matematik tahun 2,Bahasa melayu tahun 5, sejarah tingkatan 3 dll.

    Kurikulum boleh diperolehi di PPK, Dewan Bahasa & Pustaka dan kadangkala dipasaran tempatan.

    Sehubungan itu, penilaian pencapaian akademik muridbermasalah pendengaran dan penglihatan sama seperti dengan murid biasa iaitu

    UPSR, PMR, SPM dibawah pengendalian Lembaga Peperiksaan. Format dan bentuk

    soalan adalah sama seperti yang diduduki oleh murid biasa. Hanya berbeza dari segi

    tambahan masa sahaja.

    Kurikulum Alternatif

    Hanya digunapakai oleh murid-murid bermasalah pembelajaran yang mengikutiprogram integrasi di kelas khas.

    Kurikulum ini digunapakai bagi sekolah rendah dan menengah. Ini adalah kerana terdapat murid yang perlu mengikuti kurikulum ini bermula dari

    sekolah rendah dan bersambung apabila dia telah ke sekolah menengah.

    Guru tidak boleh terlalu bergantung kepada kurikulum alternatif sahaja, sebaliknyakurikulum kebangsaan juga perlu dijadikan rujukan bergantung kepada kesesuaian

    dan pencapaian setiap murid.

    Kurikulum ini terdiri daripada 3 bidang komponen iaitua. Bidang akademik berfungsi

    Komponen Matematik Komponen Bahasa Melayu Komponen Bahasa Inggeris

    b. Bidang Pengurusan Kehidupan Komponen Pengurusan diri Komponen Kemahiran manipulatif Komponen Pengurusan tingkahlaku Komponen Kemahiran hidup (masakan, jahitan, pertukangan,

    perkebunan, pemeliharaan haiwan, asas mendobi)

    c. Bidang sosial, riadah dan kreativiti Komponen Pendidikan Jasmani Komponen Pendidikan Seni Komponen Pendidikan muzik, gerakan badan dan drama Komponen sains, sosial dan alam sekitar

    Penilaian pencapaian akademik murid bermasalah pembelajaran hanya dilakukan diperingkat sekolah sahaja. Guru-guru matapelajaran bertanggungjawab membuat

    penilaian ke atas mereka.

    Namun begitu, murid bermasalah pembelajaran yang telah mengikuti kelas inklusiflayak menduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM sama seperti murid biasa tanpa

    perbezaan dari segi format dan bentuk soalan serta masa.

  • 7/28/2019 KULIAH 3 Kenal Pasti Murid Khas RPI Dan Peranan Guru

    11/14

    11

    IMPLIKASI PENDIDIKAN KHASPengajaran kanak-kanak berkeperluan khas

    bertujuan memberi perkhidmatan-perkhidmatan yang tidak diberi di sekolah biasadan bilik darjah biasa

    berbeza dengan pengajaran kanak-kanak biasa kerana mengambil kira perbezaaninter dan intra individu

    Empat komponen penting dalam pengajaran kanak-kanak khas

    1. Persekitaran

    - melibatkan kemudahan dan kos- contoh: bilik resos, guru khas/resos, peralatan khas dan peralatan pembelajaran

    2. Kurikulum

    - Perlu diubahsuai mengikut keperluan khas pelajar- Aspek-aspek: (a) kandungan (b) kemahiran (c) bahan/ teknologi

    3. Kaedah Pengajaran

    - Pengajaran Individu

    - Analisis Tugasan

    - Pengurusan Kontingen

    - Modifikasi Tingkah Laku

    - Pembelajaran Kooperatif

    - Aplikasi Komputer

    4. Penilaian

    - satu proses yang sistematik dalam mengumpul maklumat yang relevan dengan

    pendidikan

    - jenis penilaian - Penilaian Sumatif

    - Penilaian Formatif

    Rancangan Pendidikan Individu (RPI)

    RPI merupakan satu perjanjian bertulis antara ibu bapa dengan pihak sekolahtentang keperluan-keperluan murid dan cara bagaimana keperluan ini dapat

    dipenuhi.

    Berdasarkan RPI yang telah dibentuk dan dipersetujui, murid berkeperluan khasberhak menerima perkhidmatan-perkhidmatan yang dinyatakan dalam RPI tersebut.

    Matlamat dan objektif RPI dirangka berdasarkan prestasi sedia ada murid. Dengan adanya RPI, pencapaian murid dapat dilihat dengan jelas dari semasa ke

    semasa.

  • 7/28/2019 KULIAH 3 Kenal Pasti Murid Khas RPI Dan Peranan Guru

    12/14

    12

    RPI bertindak sebagai penilaian yang berterusan bagi murid itu dalam mencapaimatlamat dan objektif yang telah ditetapkan.

    juga merupakan satu dokumen yang mengandungi pelbagai maklumat tentangkanak-kanak berkeperluan khas yang dapat membantu proses pengajaran

    pembelajaran mereka.

    menerangkan objektif-objektif pengajaran dan pembelajaran serta sumber-sumberyg. diperlukan utk mencapai objektif-objektif tersebut.

    disediakan oleh guru khas, ahli profesional, ibu bapa & ahli badan sukarela. Ringkasnya, RPI membekalkan satu keterangan yg. ringkas, tepat dan terperinci

    tentang program pendidikan terkini bagi pelajar istimewa.

    5 unsur yg. penting penting dlm RPI :

    keterangan tentang peringkat pencapaian pendidikan dlm kemahiran-kemahiranspt: bantuan-kendiri, membaca, mengira, perkembangan bahasa, motor kasar,

    motor halus, sosio-emosi, perkembangan fizikal dan kesihatan.

    Keterangan tentang maklumat tahunan termasuk objektif pengajaran jangkapendek.

    Keterangan tentang perkhidmatan pendidikan & bahan pengajaran tertentu yg akandiperuntukkan.

    Tarikh-tarikh yg. dianggarkan bagi permulaan & jangka masa bagi perkhidmatanberkenaan.

    Kriteria & prosedur penilaian yg. sesuai utk sekurang-kurang sekali setahun bagimenentukan sama ada objektif pendidikan telah tercapai.

    Perkara lain adalah spt: biodata dan masalah pelajar, tahap pencapaian tahunan,keterangan tentang sumber & pengubahsuaian alternatif pendidikan, senarai ahli

    prof. yg. terlibat serta tugasan & tanggungjawab mereka, akuan persetujuan &

    tanda tangan ibu bapa/penjaga.

    RPI perlu dibentuk oleh sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada pelbagai disiplinyang terlibat secara langsung dengan kanak-kanak berkeperluan khas. Di antaranya

    adalah:

    Ahli fisioterapi Ahli terapi cara kerja Ahli terapi pertuturan Kaunselor Doktor perubatan Guru Ibu bapa

  • 7/28/2019 KULIAH 3 Kenal Pasti Murid Khas RPI Dan Peranan Guru

    13/14

    13

    Aliran Pembentukan RPI

    PERANAN PENYELARAS PROGRAM PENDIDIKAN KHAS

    1. Melaksanakan segala program dan aktiviti yang diarahkan oleh JPN dan JPK2. Melaksanakan program khas bagi guru besar sekolah3. mewujudkan perhubungan yang baik dengan ibu bapa4. Membahagikan tugas program kepada guru5. Mewujudkan sistem-sistem berkesan mengendalikan perkara-perkara yang wajib6. menjalankan latihan perkembangan staf bagi cikgu di sekolah7. Mewujudkan suasana persekitaran yang menggalakkan pembelajaran8. Mewujudkan perhubungan yang baik dengan guru besar dan guru biasa9. Melaksanakan dan memantau pendidikan inklusif yang dijalankan10.memastikan peralatan dan keperluan fizikal mencukupi11.Mengembangkan program khas.

    PERANAN GURU PENDIDIKAN KHAS

    1. Melaksanakan P & P Pendidikan Khas

    2. Melaksanakan aktiviti kokurikulum bagi murid khas

    3. Mewujudkan suasana kelas yang menggalakkanpengajaran dan pembelajaran

    4. Mengurus tingkah laku murid khas

    5. Menjalankan pelbagai penaksiran

    6. Membantu penyelaras dalam usaha menjayakan program khas

    7. Menjadi Advocate bagi hak murid khas.

    8.

    Membantu murid berkeperluan khas bergaul dengan murid-murid biasa dari segisosial dan emosi

    9. Mencari kelemahan dan kekuatan murid-murid dan menjalankan pengajaran

  • 7/28/2019 KULIAH 3 Kenal Pasti Murid Khas RPI Dan Peranan Guru

    14/14

    14

    10. Membuat alat-alat bahan bantu mengajar untuk pengajaran yang lebih berkesandan menarik

    11. Berhubung dengan agensi-agensi bantuan12. Membantu murid mencapai perkembangan yang optimum13. Merancang IEP (RPI) untuk murid-murid bekeperluan khas mengikut keupayaan

    murid tersebut

    14. Merancang aktiviti untuk murid-murid berkeperluan khas berasaskan keperluanindividu dan ujian diagnostik

    15. Merancang penilaian berkala tentang pencapaian murid berdasarkan keputusanuntuk perubahan atau kutipan data

    16. melaksanakan sistem modifikasi tingkah laku untuk meningkatkan tingkah laku yangdikehendaki atau melupuskan yang tidak diingini