rancangan pendidikan individu (rpi)

36
RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU (RPI)

Upload: itishaidan

Post on 12-Jun-2015

13.398 views

Category:

Documents


47 download

TRANSCRIPT

Page 1: Rancangan Pendidikan Individu (Rpi)

RANCANGAN PENDIDIKAN

INDIVIDU (RPI)

Page 2: Rancangan Pendidikan Individu (Rpi)

PENGENALAN

Rancangan Pendidikan Individu (RPI) adalah satu program yang berkaitan dengan pendidikan khas dan perkhidmatan yang dibentuk khusus bagi memenuhi keperluan pembelajaran murid dengan keperluan khas. Program ini dibentuk dalam beberapa siri mesyuarat dan hasil perbincangan dinyatakan secara bertulis dalam bentuk rancangan pendidikan bagi setiap murid.

Page 3: Rancangan Pendidikan Individu (Rpi)

DEFINISI DAN KONSEP

“RPI merupakan satu perjanjian bertulis di antara ibu bapa dan pihak sekolah tentang keperluan kanak-kanak dan cara bagaimana keperluan-keperluan tersebut boleh dipenuhi. Dari segi perlaksanaan, RPI adalah sebuah kontrak tentang perkhidmatan-perkhidmatan yang perlu disediakan untuk seseorang murid tersebut”

(Hallahan D.P dan Kauffman, J.M.,1978)

Page 4: Rancangan Pendidikan Individu (Rpi)

DEFINISI DAN KONSEP

“RPI ialah suatu program pengajaran berasaskan penilaian pelbagai disiplin dan dibina untuk memenuhi keperluan-keperluan individu murid kurang upaya”

(Bender W.N (1995)

Page 5: Rancangan Pendidikan Individu (Rpi)

MATLAMAT

Matlamat jangka panjang di dalam RPI merupakan satu kenyataan berkaitan apa yang diharapkan dicapai oleh seseorang murid dengan keperluan khas dalam bidang tertentu. Ia ditulis bagi menegaskan tentang kelemahan yang dikenalpasti dalam pencapaian semasa seseorang murid itu. Matlamat yang dinyatakan menggambarkan pengetahuan berkaitan fungsi semasa murid itu dalam kemahiran , kemahiran seterusnya dan anggaran bagi kadar pembelajaran murid itu. Matlamat ini dinyatakan dalam bentuk yang dapat diukur, tingkah laku yang dapat diperhatikan dan melibatkan ketidakupayaan utama yang dikenalpasti dalam pencapaian pembelajaran murid.

Page 6: Rancangan Pendidikan Individu (Rpi)

CONTOH MATLAMAT JANGKA PANJANG

• Mengenal dan menulis angka-angka 0-100 dengan 95% ketepatan sebagai ukuran oleh guru untuk membuat ujian.

Page 7: Rancangan Pendidikan Individu (Rpi)

OBJEKTIF

Objektif jangka pendek melibatkan beberapa langkah dalam urutan bagi mencapai matlamat jangka panjang. Objektif ini tidak spesifik seperti rancangan pengajaran tetapi menyatakan langkah-langkah antara pencapaian semasa seseorang murid dengan matlamat jangka panjang. Objektif ini perlu dinyatakan dalam bentuk tingkah laku, dapat diukur dan mencatatkan apa yang dicapai oleh murid. Objektif ini haruslah menggambarkan kaedah-kaedah atau langkah-langkah untuk mencapai matlamat jangka panjang. Ia juga dapat membentuk konsep dan memajukan seperti labih khusus menunjukkan kemahiran yang dipelajari.

Page 8: Rancangan Pendidikan Individu (Rpi)

CONTOH OBJEKTIF JANGKA PENDEK

• Langkah 1 – mengenali angka 0–100 dengan 95% ketepatan

• Langkah 2 – menulis dan menyebut dalam urutan angka dari 0–100 dengan 95% ketepatan

• Langkah 3 – menulis dan menyebut dalam pengasingan angka-angka dari 0–100 dengan 95% ketepatan

• Langkah 4 – menulis daripada daya ingatan terhadap angka dari 0–100 dengan 95% ketepatan

Page 9: Rancangan Pendidikan Individu (Rpi)

TUJUAN RPI

1. PEMBELAJARAN

2. PERKHIDMATAN

3. MATLAMAT DAN KEMAHIRAN

4. KOMUNIKASI

5. KERJASAMA

Page 10: Rancangan Pendidikan Individu (Rpi)

1. PEMBELAJARAN

• Membolehkan murid mengikuti program yang dirancangkan secara berkesan.

• Menetapkan matlamat pembelajaran kepada murid-murid berkeperluan khas.

Page 11: Rancangan Pendidikan Individu (Rpi)

2. PERKHIDMATAN• Memastikan setiap perkhidmatan yang

disediakan adalah mencukupi bagi mencapai matlamat jangka panjang dan matlamat jangka pendek.

• MATLAMAT JANGKA PANJANG.– Terdiri daripada tempoh masa beberapa

minggu atau beberapa bulan tertentu.• MATLAMAT JANGKA PENDEK.

– Matlamat ini dapat dilihat,diukur dan dicapai dalam waktu yang dikhaskan.

– Matlamat ini perlu tepat dan spesifik bagi menilai perkembangan murid-murid tersebut.

Page 12: Rancangan Pendidikan Individu (Rpi)

3. MATLAMAT DAN KEMAHIRAN

• Memastikan matlamat dan perkhidmatan yang disediakan bergantung pada analisis murid mengikut bidang masing-masing.

• BIDANG PENGURUSAN – cara makan, cara memakai pakaian, cara membeli belah

• BIDANG KEMAHIRAN MOTOR – motor halus – sprt pergerakan jari dalam

memegang sesuatu objek– motor kasar – sprt tindakan menendang bola

Page 13: Rancangan Pendidikan Individu (Rpi)

SAMBUNGAN:

• BIDANG AKADEMIK – menulis, membaca, mengira

• BIDANG KEMAHIRAN EMOSI DAN SOAIAL – sosial, senyum, mencuba sesuatu yang baru

• KEMAHIRAN PRA-VOKASIONAL DAN VOKASIONAL – mematuhi arahan, menyiapkan tugasan, berdikari

Page 14: Rancangan Pendidikan Individu (Rpi)

4. KOMUNIKASI

Menggalakkan perhubungan komunikasi antara ibu bapa dan profesional lain berkaitan murid berkeperluan khas.

Ibu bapa memainkan peranan penting dalam menentukan objektif yang di perlukan oleh anak-anak mereka kerana mereka mempunyai maklumat mengenai latar belakang termasuk aspek kesihatan dan perkembangan murid tersebut.

Page 15: Rancangan Pendidikan Individu (Rpi)

5. KERJASAMA

• RPI ingin memastikan semua pihak memainkan peranan masing-masing dalam menyediakan pendidikan bagi murid-murid berkeperluan khas.Ini termasuklah ibu bapa dan pihak sekolah.

• Bagi memastikan setiap keperluan kanak-kanak dan cara melaksanakan setiap program tersebut dapat mencapai matlamat dalam bidang yang di tetapkan.

Page 16: Rancangan Pendidikan Individu (Rpi)

CIRI-CIRI RPI

1. KOMPREHENSIF

2. SPESIFIK

3. MENGIKUT URUTAN

4. REALISTIK DAN BERSESUAIAN

5. MUDAH DIFAHAMI

6. DIGUBAL BERSAMA

Page 17: Rancangan Pendidikan Individu (Rpi)

1. KOMPREHENSIF

RPI merangkumi semua aspek ketidakupayaan murid. Ia termasuk dalam aspek komunikasi, tingkah laku, social, pengurusan diri, akademik, kemahiran motor kasar dan koordinasi motor tangan, kemahiran vokasional dan transisi, perkhidmatan yang berkaitan dan penempatan yang diperlukan oleh murid tersebut sama ada di program biasa, vokasional ataupun pendidikan khas.

Page 18: Rancangan Pendidikan Individu (Rpi)

2. SPESIFIK

Matlamat & objektif RPI prlu ditulis dlm bentuk kemahiran tingkah laku yang dapat diperhatikan & boleh diukur. Cnthnya memerhatikan aktiviti murid sprti membaca, melompat & menari. Cacatan guru perlu mengandungi sasaran, tingkah laku, parameter, keadaan, penilaian ukuran

• Contoh : Ali blh mbaca perkataan bola, buku, siku dgn bantuan guru dalam masa 3 minit

• Setiap objektif yg dibuat memenuhi krateria yang ditetapkan iaitu kursus, boleh diukur, boleh dicapai,berhubungkait, menepati masa.

Page 19: Rancangan Pendidikan Individu (Rpi)

3. MENGIKUT URUTAN

• RPI dibentuk berasaskan urutan perkembangan kemahiran dan urutan fungsi kemahiran

Page 20: Rancangan Pendidikan Individu (Rpi)

4. REALISTIK DAN BERSESUAIAN

• Matlamat dan objektif yang dinyatakan di dalam RPI perlu sesuai dengan tahap fungsi dan kadar perkembangan sedia ada setiap murid.

Page 21: Rancangan Pendidikan Individu (Rpi)

5. MUDAH DIFAHAMI

• RPI direkodkan dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh para professional dan juga ibu bapa serta dapat menjelaskan apa yang perlu diketahui. Ia nya perlu ringkas dan tidak menggunakan ayat yang berbeli-belit.

Page 22: Rancangan Pendidikan Individu (Rpi)

6. DIGUBAL BERSAMA• RPI merupakan satu rancangan kerja yang telah

dipersetujui bersama sepenuhnya oleh murid, ibu bapa, guru, golongan professional, dan kumpulan pelbagai displin yang berkenaan. Semua pihak terbabit perlu bekerjasama sebagai satu pasukan untuk melaksanakan RPI. Mesyuarat RPI perlu diadakan dalam lingkungan 30 hari kalander untuk menentukan kesesuaian dalam program pendidikan khas. Setiap individu membawa peranan yang penting dalam melaksanankan RPI. Mereka akan bekongsi maklumat bersama untuk menulis RPI. Setiap maklumat tambahan yang diberikan membantu semua pihak memahami dan memutuskan perkhidmatan yang diperlukan oleh murid.

Page 23: Rancangan Pendidikan Individu (Rpi)

ELEMEN RPI

1 KERJASAMA

2 BERKONGSI MAKLUMAT

3 KEPUTUSAN BERSAMA

4 KEBOLEHPERCAYAAN

5 DOKUMENTASI

6 PROSES DAN HASIL

Page 24: Rancangan Pendidikan Individu (Rpi)

KERJASAMA

• Memerlukan kerjasama semua pihak agar perjalanan dalam menjayakan rancangan ini berjalan lancar tanpa ada pertikaian dan dapat dijayakan dengan berkesan

Page 25: Rancangan Pendidikan Individu (Rpi)

BERKONGSI MAKLUMAT

• Maklumat-maklumat yang dikumpul perlu dikongsi bersama dan menjadi asas kepada keputusan untuk membina perancangan pendidikan yang akan dibuat.

Page 26: Rancangan Pendidikan Individu (Rpi)

KEPUTUSAN BERSAMA

Untuk menyediakan RPI,ibu bapa dan golongan profesional perlu

bekerjasama. Mereka perlu membuat keputusan bersama bagi menentukan apa yang diperlukan oleh murid

berkenaan dalam proses pembelajarannya dan mencari kata putus bagaimana RPI

dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dari semasa ke semasa.

Page 27: Rancangan Pendidikan Individu (Rpi)

KEBOLEHPERCAYAAN

Objektif pengajaran dan prosedur penilaian perlu diterangkan dalam RPI agar tiada percanggahan atau pertikaian apabila rancangan dimulakan.

Ini juga memudahkan sesuatu rancangan dijalankan.Semakan,pemantauan dan penilaian RPI juga perlu dibuat dari semasa ke semasa agar objektif dan apa yang dirancang tidak bercanggah daripada rancangan.

Page 28: Rancangan Pendidikan Individu (Rpi)

DOKUMENTASI

RPI perlu didokumentasikan bagi tujuan rujukan dan panduan semua pihak terutamanya ibu bapa.

Dengan adanya dokumentasi ini,ibu bapa

dapat melihat perkembangan anak mereka dari semasa ke semasa sepanjang rancangan ini dijalankan

Page 29: Rancangan Pendidikan Individu (Rpi)

PROSES DAN HASIL

RPI merupakan proses yang meliputi pelbagai aktiviti bagi memastikan program pengajaran dan

pembelajaran (P&P) yang sesuai dan berkesan untuk murid berkenaan

Proses-proses RPI seperti mengumpul maklumat, mengadakan mesyuarat, membina rancangan secara

bertulis,menjalankan apa yang dirancang dan menilai pembelajaran yang telah dirancangkan.

Dengan adanya proses yang berkesan,barulah dapat menghasilkan hasil yang baik

Page 30: Rancangan Pendidikan Individu (Rpi)

KEPENTINGAN RPI1 Dapat menyimpan rekod jenis modifikasi dan

adaptasi yang dibuat ke atas kurikulum asal.

2 Dapat menyimpan rekod tentang perkara yang perlu dipelajari oleh setiap individu murid kurang upaya.

3 Dapat merekod jenis strategi dan teknik pengajaran yang perlu digunakan untuk mengajar individu kurang upaya.

4 Dapat merekod penilaian pencapaian kemahiran setiap individu murid kurang upaya.

Page 31: Rancangan Pendidikan Individu (Rpi)

1 Dapat menyimpan rekod jenis modifikasi dan adaptasi yang dibuat ke atas kurikulum asal.

Page 32: Rancangan Pendidikan Individu (Rpi)

2 Dapat menyimpan rekod tentang perkara yang perlu dipelajari oleh setiap individu murid kurang upaya. Ini termasuklah aspek komunikasi, tingkah laku, social, pengurusan diri, akademik, kemahiran motor kasar dan koordinasi motor-tangan, kemahiran vokasional dan transisi, perkhidmatan yang berkaitan dan penempatan yang diperlukan sama ada di program biasa, vokasional ataupun pendidikan khas.

Page 33: Rancangan Pendidikan Individu (Rpi)

3 Dapat merekod jenis strategi dan teknik pengajaran yang perlu digunakan untuk mengajar individu kurang upaya. Ini bagi memastikan program pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan berkesan untuk murid berkenaan untuk mendapatkan hasil yang baik. Program berasaskan penilaian pelbagai disiplin direka bagi memenuhi keperluan-keperluan individu murid kurang upaya.

Page 34: Rancangan Pendidikan Individu (Rpi)

4 Dapat merekod penilaian pencapaian kemahiran setiap individu murid kurang upaya. Pencapaian murid dapat menerangkan berkenaan kekuatan, kelemahan dan stail pembelajaran murid dalam bidang akademik, vokasional, social, tingkah laku, persepsi, fizikal, komunikasi dan kemahiran mengurus diri. Maklumat ini mestilah disokong dengan data yang releven daripada penilaian formal dan informal serta pemerhatian. Semua data perlu disertai dengan penerangan yang menjelaskan tahap fungsi murid.

Page 35: Rancangan Pendidikan Individu (Rpi)

SAMBUNGAN Penilaian juga dapat mengesan tahap pencapaian yang

diperlukan bagi objektif yang diberi. Ini dapat dinyatakan dalam bentuk peratus pencapaian, dan bilangan. Frenkuansi penilaian adalah jadual bagi menilai murid itu untuk menjelaskan kekerapan murid itu dinilai bagi satu-satu objektif yang ditentukan. Objektif yang dinilai sama ada setiap hari, setiap minggu, setiap bulan ataupun pada tarikh tertentu. Penilaian bergantung pada sifat dan bentuk objektif itu, tahap perkembangan murid dan kadar perkembangan murid. Penilaian dapat dijalankan melalui ujian yang spesifik, ujian yang dihasilkan oleh guru, bahan kurikulum, temu bual, rekod anekdot, pemerhatian dan portfolio murid.

Page 36: Rancangan Pendidikan Individu (Rpi)