laporan penuh ceramah rpi 2013 edit

29
PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS (PKU 3101) LAPORAN PENUH CERAMAH RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU ANJURAN PISMP 1C MAJOR PENDIDIKAN KHAS 4 SEPTEMBER 2013 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU LEMBAH PANTAI 59990 KUALA LUMPUR

Upload: mummy-rayyan

Post on 24-Jan-2018

1.159 views

Category:

Career


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan penuh ceramah rpi 2013 edit

PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS (PKU 3101)

LAPORAN PENUH CERAMAH RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU

ANJURAN PISMP 1C MAJOR PENDIDIKAN KHAS

4 SEPTEMBER 2013

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS BAHASA MELAYU

LEMBAH PANTAI

59990 KUALA LUMPUR

Page 2: Laporan penuh ceramah rpi 2013 edit

LAPORAN PENUH CERAMAH RANCANGAN INDIVIDU

2

Contents PENGHARGAAN ............................................................................................................................ 3

LAPORAN PENGERUSI ................................................................................................................... 4

LAPORAN SETIAUSAHA CERAMAH PENGAJARAN INDIVIDU ............................................................. 7

LAPORAN AJK BENDAHARI (ROSALIA ANAK NGINDANG) ................................................................. 8

PERBELANJAAN PROGRAM CERAMAH PENDIDIKAN INDIVIDU ................................................... 10

LAPORAN AJK SIARAYA & PERALATAN.......................................................................................... 12

LAPORAN AJK PUBLISITI .............................................................................................................. 14

LAPORAN AJK MAKANAN CERAMAH RANCANGAN PENGAJARAN INDIVIDU ................................... 18

LAPORAN AJK CENDERAHATI ....................................................................................................... 19

LAPORAN AJK JEMPUTAN CERAMAH PENGAJARAN INDIVIDU ....................................................... 20

LAPORAN PENGACARAAN MAJLIS................................................................................................ 22

LAPORAN AJK KEBERSIHAN ......................................................................................................... 24

LAPORAN AJK BUKU PROGRAM ................................................................................................... 25

LAPORAN AJK PERSIAPAN TEMPAT .............................................................................................. 26

LAPORAN AJK DOKUMENTASI CERAMAH RANCANGAN PENGAJARAN INDIVIDU (RPI) ..................... 27

LAMPIRAN.................................................................................................................................. 29

Page 3: Laporan penuh ceramah rpi 2013 edit

LAPORAN PENUH CERAMAH RANCANGAN INDIVIDU

3

PENGHARGAAN

Ucapan syukur saya ucapkan kerana dapat juga kami menyiapkan laporan penuh

untuk Ceramah Rancangan Pendidikan Individu ini dengan sempurnanya. Sekalung

tahniah diucapkan kepada semua Ahli Jawatankuasa diatas pengelolaan yang

cemerlang. Tidak dilupakan kepada pensyarah pembimbing iaitu Puan Rayahin

Zarifah yang banyak membantu secara langsung dan tidak langsung dalam

menjayakan program ini. Semoga Program yang dijalankan dapat member manfaat

kepada semua pihak.

Ucapan terima kasih juga kepada semua pensyarah daripada jabatan ilmu

pendidikan yang meluangkan sedikit masa untuk bersama-sama hadir di majlis ini

serta rakan-rakan yang lain yang memberi sokongan sehingga majlis selesai iaitu

kelas pismp 2f dan juga pismp semester 8 major pendidikan khas dan pemulihan.

Page 4: Laporan penuh ceramah rpi 2013 edit

LAPORAN PENUH CERAMAH RANCANGAN INDIVIDU

4

LAPORAN PENGERUSI

Bidang tugas Pengerusi

1. Memerhatikan dan mengetahui segala perancangan pengurusan hal-hal

berkaitan penganjuran ceramah bagi setiap Ajk Program.

2. Berkolaborasi dengan ahli jawatankuasa tertinggi terutamanya setiausaha

bagi mengenal pasti segala permasalahan yang berlaku bagi memberikan

kelancaran perjalanan program ceramah ini.

3. Mengetahui dan menyelaraskan segala maklumat berkaitan dengan ceramah

yang dijalankan seperti jumlah pensyarah dan pelajar yang akan terlibat

dalam ceramah tersebut.

4. Menyampaikan segala maklumat baru dan perubahan dari Pensyarah

Pembimbing kepada semua AJK yang terlibat.

5. Menjadi rujukan utama bagi semua AJK dalam berhubungan dengan

Pensyarah Pembimbing.

Sebelum Program

Pada 4 September 2013 yang lepas, saya telah terlibat dalam satu penganjuran

ceramah berkaitan Rancangan Pendidikan Individu ( RPI ) sebagai satu kerja

projek wajib yang telah ditetapkan dalam mata pelajaran Pengenalan kepada

pendidikan khas kod PKU 3101 pada semester ini. Program ceramah ini dikelolakan

oleh semua pelajar PISMP semester 1C. Program ini diadakan bertempat di Dewan

Tun Sri Lanang IPG Kampus Bahasa Melayu yang berlangsung selama sehari.

Pada awalnya Program Ceramah ini menggabungkan dua program dari 2

kelas iaitu Ceramah Rancangan Pendidikan Individu ( RPI ) oleh kelas PISMP 1C

dan Pameran BBM oleh kelas PISMP 2F. Program ini mensasarkan kepada

kalangan pelajar PISMP yang mengikuti kursus Major Pendidikan Khas. Namun

terdapat beberapa permasalahan berlaku, pelajar yang terlibat telah diubah hasil

Page 5: Laporan penuh ceramah rpi 2013 edit

LAPORAN PENUH CERAMAH RANCANGAN INDIVIDU

5

perbincangan Pensyarah Pembimbing dengan Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan, kami

telah memjemput kelas 8E Major Pemulihan dan 8H Major Pendidikan Khas.

Sebelum Program ini berlangsung, saya telah melalui beberapa proses dan

peringkat tertentu seperti taklimat dari pensyarah pembimbing, sesi perlantikan

jawatankuasa pelaksanaan program ceramah, mesyuarat dan perbincangan

penyediaan dan persiapan program. Hal ini penting kerana persediaan yang rapi

perlu dititikberatkan bagi mengelakkan sebarang kesulitan yang berlaku.

Semua jawatankuasa telah melakukan tugas mereka masing-masing

sebelum program ceramah dan pameran berlangsung. Cabaran kepada saya dan

rakan sekelas kerana disaat akhir persiapan program ini, tiba-tiba kami dikhabar

bahawa kelas PISMP 2F tidak dapat menyertai program ini atas sebab-sebab yang

tidak dapat dielakkan. Walaupun keadaan menjadi sedikit kelam kabut, saya telah

membuat sekali lagi perbincangan bersama jawatankuasa kelas saya bagi

membincang masalah-masalah yang mereka hadapi selepas PISMP 2F tidak jadi

menyertai program ini. Hasil kerjasama dari semua jawatankuasa akhirnya masalah

persiapan untuk program ceramah dapat diselesaikan.

Semasa Program

Program Ceramah Rancangan Pendidikan Individu ( RPI ) bermula pada pukul 10.30

pagi. Seawal 7.30 pagi lagi semua ahli kelas saya telah datang untuk membantu

Jawatankuasa yang terlibat dalam membuat persiapan akhir iaitu Jawatankuasa PA

Sistem, Jawatankuasa Jemputan, Jawatankuasa Makanan dan Pengacara Majlis.

Semasa program ceramah berlangsung, Cuma ada sedikit masalah yang

berlaku iaitu kehadiran pelajar yang dijemput agak lewat. Hanya separuh sahaja

pelajar yang sudah berada didalam dewan ketika majlis dimulakan, tetapi saya

bersyukur kerana pelajar tidak mengambil masa yang lama untuk masuk ke dalam

dewan.

Selepas selesainya majlis ceramah, Penceramah dan semua pensyarah

dijemput untuk menjamu selera. Jawatankuasa makanan mengambil tempat untuk

menjemput tetamu khas dan juga pensyarah dengan dibantu oleh rakan-rakan

sekelas. Selesai sahaja jamuan makan semua rakan-rakan sekelas berkerjasama

Page 6: Laporan penuh ceramah rpi 2013 edit

LAPORAN PENUH CERAMAH RANCANGAN INDIVIDU

6

mengemas dan membersihkan meja makan dan kawasan tempat makan.

Memasukkan semula meja dan kerusi kedalam stor sehingga semuanya selesai.

Selepas Program

Membuat post mortem bersama semua Jawatankuasa

Menghantar laporan kepada setiausaha

Mengenalpasti penambahbaikan yang perlu dibuat untuk masa hadapan

Disediakan oleh,

(Jessica Tan Mei Chan)

Page 7: Laporan penuh ceramah rpi 2013 edit

LAPORAN PENUH CERAMAH RANCANGAN INDIVIDU

7

LAPORAN SETIAUSAHA

Sebelum

Satu ahli jawatankuasa pelaksana telah ditubuhkan untuk menjalankan satu

program ceramah yang yang bertajuk rancancan pendidikan individu bagi memberi

pendedahan kepada pelajar sebelum menjadi guru yang sebenar. Sebelum membuat

program saya telah membuat kertas kerja bagi mendapatkan kelulusan daripada

pengarah serta membuat surat jemputan kepada penceramah iaitu Puan Suraya Binti

Ahmad Zhatu.

Selepas kertas kerja diluluskan kami membuat mesyuarat kali kedua bagi

memastikan perjalanan program berjalan dengan lancar serta memantau perjalanan

program bagi setiap Ahli jawatankuasa pelaksana .Sebarang masalah yang timbul

sebelum program dapat dibincangkan dan diselesaikan bersama pengerusi bagi

melancarkan perjalanan program.

Semasa

Ceramah berjalan dengan lancar walaupun ada sedikit kekeliruan berlaku dan majlis

bermula agak lewat. Alhamdulillah semua masalah dapat diatasi dengan jayanya.

Semasa ceramah dijalankan saya banyak membantu AJK pelaksana bagi memastikan

perjalanan program berjalan dengan sempurna.

Page 8: Laporan penuh ceramah rpi 2013 edit

LAPORAN PENUH CERAMAH RANCANGAN INDIVIDU

8

Selepas

Setelah ceramah tersebut selesai, saya berasa lega, gembira dan bangga kerana

ceramah yang dijalankan berjaya juga akhirinya. Sehari selepas ceramah diadakan,

kami telah membuat postmotem untuk memperbaiki kelemahan yang ada. Banyak

kelemahan yang dapat dilihat dan perlu diperbaiki untuk masa hadapan. Komunikasi

sangat penting bagi setiap Ahli jawatankuasa untuk membuat program yang terbaik.

Serta pengajaran yang paling penting adalah jangan membuat kerja minit terakhir dan

jangan mengharapkan orang untuk membuat kerja. Diharapkan dimasa hadapan kami

dapat membuat program yang lebih baik. Sekian

Disediakan oleh,

(Nurdiana Binti Yunus)

SETIAUSAHA

Page 9: Laporan penuh ceramah rpi 2013 edit

LAPORAN PENUH CERAMAH RANCANGAN INDIVIDU

9

LAPORAN BENDAHARI

SEBELUM

Secara keseluruhannya, tugasan sebagai bendahari adalah berkaitan

pengurusan kewangan maka sebelum terlaksananya Ceramah Rancangan Pendidikan

Individu (RPI), tugasan saya adalah mendapatkan sumber kewangan supaya segala

aktiviti yang dirancang akan berjalan dengan lancar.

Punca kepada sumber kewangan ini diperolehi melalui hasil kutipan daripada

rakan sekelas. Setiap seorang pelajar dikenakan RM15.00. Hasil kutipan tersebut

berjumlah RM255.00.

SEMASA

Sepanjang program berlangsung, tidak banyak tugas yang melibatkan

jawatankuasa kecuali terlibat dan membantu jawatankuasa lain. Contohnya membantu

Ajk Buku program mengedarkan buku program kepada pelajar-pelajar yang menghadiri

ceramah Rancangan Pendidikan Individu (RPI) ini. Saya juga membantu Ajk Makanan

menyediakan makanan untuk tetamu jemputan dan juga para pensyarah-pensyarah

Jabatan Ilmu Pendidikan (JIP).

SELEPAS

Selepas tamat program Ceramah Rancangan Pendidikan Individu (RPI) ini, saya

selaku Ajk Bendahari membuat laporan mengenai keluar masuk perbelanjaan

sepanjang program ini.

Disediakan Oleh,

(Rosalia Anak Ngindang)

Page 10: Laporan penuh ceramah rpi 2013 edit

LAPORAN PENUH CERAMAH RANCANGAN INDIVIDU

10

Bendahari

PERBELANJAAN PROGRAM CERAMAH PENDIDIKAN INDIVIDU

Tarikh

Butiran

Duit

Masuk

(RM)

Duit Keluar

(RM)

Baki

(RM) Catatan

02/09/2013 Kutipan RM 255.00 RM15.00 x 17orang pelajar

03/09/2013 Banner(minyak) RM 10.00 RM 245.00 Bayar kepada Ambigavvathy

04/09/2013 Makanan

Nasi ayam

Buah

Air

RM102.00

RM 143.00

Ajk Makanan (Mardiyah)

RM 6.00 x 17orang pelajar

Kuih RM 28.00 RM115.00 RM 0.40 x 72

05/09/2013 Fotastat RM 12.00 RM 103.00 Ajk Publisiti (Emily Juan)

Page 11: Laporan penuh ceramah rpi 2013 edit

LAPORAN PENUH CERAMAH RANCANGAN INDIVIDU

11

Baki duit sekarang ialah RM2.50 dan akan dimasukkan ke duit Lawatan.

07/09/2013 Ktm RM 26.00 RM 77.00

Bayar kepada Siti Norain Tol RM 14.00 RM 63.00

Minyak Kereta RM 30.00 RM 33.00

Air Mineral RM 20.00 RM 13.00

07/09/2013 C-Perfumed

Card

RM 4.50 RM 8.50 Bayar kepada Jessica

07/09/2013 Reben

Cenderamata

RM 4.00 RM 4.50 Bayar kepada Rosalia

07/09/2013 Reben Kad

Jemputan

RM 2.00 RM 2.50 Bayar kepada Entuyan

Page 12: Laporan penuh ceramah rpi 2013 edit

LAPORAN PENUH CERAMAH RANCANGAN INDIVIDU

12

LAPORAN AJK SIARAYA & PERALATAN

NAMA : MUNIRAH BINTI MOKHTAR

MOHD AL-AZHAR BIN JULIO@MOHD ZULKIFLIE

SEBELUM

Sebelum ceramah ini dijalankan, ahli jawatankuasa siaraya dan peralatan telah

melakukan pelbagai persediaan seperti mengisi borang peminjaman alatan dan

peralatan siaraya. Selain itu juga, kami telah berjumpa pensyarah untuk menyemak

lakaran tersebut dan bertanyakan mengenai senarai peralatan siaraya yang diperlukan

untuk program tersebut. Peralatan tersebut kami pinjam di bilik mikro, IPG Kampus

Bahasa Melayu.

Setelah semua penyemakan dan pembetulan dilakukan, kami menghantar

senarai peralatan siaraya untuk ditempah. Berikut merupakan senarai peralatan yang

dipinjam :

BIL BARANG KUANTITI

1 Pemegang mikrofon 1

2 Mikrofon 1

3 Siaraya 1

4 Wayar Penyambung 1

Sehari sebelum kami menjalankan ceramah tersebut, kami telah memeriksa

keadaan dewan Tun Sri Lanang kerana ceramah ini telah ditukar tempat pada saat-saat

akhir manakala bagi persediaan peralatan siaraya terpaksa berjumpa dengan

kakitangan juruteknik dan memberitahu tentang pertukaran tempat supaya ceramah

dapat dijalankan dengan lancar. Kami juga berkolaberasi dengan unit perkhidmatan

untuk mengetahui prosedur-prosedur peminjaman barang seperti meja bulat yang

digunakan pada jamuan di akhir seminar itu akan berlangsung. En Zakaria dari unit

Page 13: Laporan penuh ceramah rpi 2013 edit

LAPORAN PENUH CERAMAH RANCANGAN INDIVIDU

13

perkhidmatan memberitahu prosedur yang betul bagi melaksanakan sesebuah

program.

SEMASA

Semasa program ini berlansung, tiada masalah segi peralatan mahupun siaraya

yang berlaku. Semuanya berjalan lancar seperti yang telah disediakan.

SELEPAS

Terdapat beberapa kelemahan yang turut kami kenal pasti. Antaranya,kekangan

masa yang sangat singkat juga turut memberi satu cabaran. Kami hanya diberitahu

tarikh sebenar ceramah dua minggu sebelum cuti dan berlaku perubahan tarikh di saat-

saat akhir yang tidak dapat dielakkan. Oleh itu persiapan yang dibuat tidak begitu

terancang oleh kerana masa yang sangat singkat. Beberapa peluang juga turut kami

kenal pasti dalam usaha kami untuk memperbaiki diri. Selain itu, ceramah kali ini juga

turut memberi saya ruang untuk menimba pengalaman baharu. Menjadi AJK teknikal

siaraya dan peralatan merupakan satu pengalaman yang baharu dan asing bagi diri

kami. Pelbagai ilmu dan pengalaman baharu yang telah kami pelajari sepanjang

program berlangsung.

Selepas ceramah Rancangan Pendidikan Individu (RPI) ini tamat, ahli

jawatankuasa alatan dan siaraya telah mengemaskan dan membuat semakan alatan

yang dipinjam, dan dikembalikan alatan siaraya ke bilik Mikro, IPG Kampus Bahasa

Melayu untuk mengelakkan sebarang kehilangan atau kerosakan yang tidak dijangka.

Alhamdulillah, semua peralatan dapat dikembalikan dengan baik seperti yang dipinjam.

Disediakan oleh,

(MUNIRAH BINTI MOKHTAR)

AJK Teknikal Siaraya dan Peralatan,

Page 14: Laporan penuh ceramah rpi 2013 edit

LAPORAN PENUH CERAMAH RANCANGAN INDIVIDU

14

LAPORAN AJK PUBLISITI

Salam sejahtera,salam 1 Malaysia.Selaku AJK Publisiti,disini saya ingin

berkongsi pelbagai pengetahuan dan juga kesedaran yang mungkin akan lebih

mematangkan akal fikiran dalam mengelolakan sesuatu program di masa akan

datang.Sebagaimana yang diketahui,kumpulan PISMP 1C akan menganjurkan satu

ceramah yang berkaitan dengan Rancangan Pendidikan Individu (RPI),bagi memenuhi

tugasan kerja kursus PKU 3101,yang dibimbing oleh Puan Rayahin Zarifah Abd.Hafidz.

Sebagaimana yang telah dibincang sebelum ini,kumpulan kami memang harus

melaksanakan tugasan ini dengan sebaik mungkin kerana ia akan mempengaruhi

markah tugasan kami kelak.Oleh yang demikian,selaku jawatankuasa publisiti,saya

memikul tanggungjawab untuk membuat publisiti tentang ceramah yang akan diadakan

pada 4 September 2013.Ini bukanlah yang pertama kalinya saya menggalas

tanggungjawab di bahagian publisiti,oleh itu saya aplikasikan apa yang telah saya

pelajari sebelum ini dalam tugasan saya pada kali ini.Sebagai seorang yang

bertanggungjawab membuat kain rentang atau banner,saya sedikit terkilan dengan

peruntukan yang disediakan kerana ia tidak memenuhi keperluan bahagian

publisiti.Namun begitu,alternatif lain juga difikirkan bagi mengelakkan masalah yang

tidak diingini berlaku.

Minggu terakhir sebelum kembali ke IPG Kampus Bahasa Melayu,saya

mendapat pesanan ringkas yang mengatakan bahawa kumpulan PISMP 1C akan

bergabung dengan kumpulan PISMP 2F untuk menjayakan ceramah tersebut yang

disertai sekali dengan pameran Bahan Bantu Mengajar (BBM).Sesungguhnya,kita

hanya merancang,tapi Tuhan yang menentukan segala perancangan kita dan dugaan

yang diberikan tidak kurang hebatnya.Oleh kerana hal yang demikian,saya telah

menghubungi jawatankuasa bendahari pengelolaan ceramah ini agar menyediakan

peruntukan untuk bahagian publisiti setibanya di kampus kelak.Bendahari mengatakan

bahawa tiada masalah untuk peruntukan banner kerana sudah mendapat persetujuan

sebelum ini bahawa banner akan ditempat mengikut saiz yang telah ditetapkan.

Page 15: Laporan penuh ceramah rpi 2013 edit

LAPORAN PENUH CERAMAH RANCANGAN INDIVIDU

15

Kembalinya ke IPG Kampus Bahasa Melayu,perbincangan segera telah

dijalankan bersama dengan kumpulan PISMP 2F,dan juga perbincangan saya selaku

jawatankuasa publisiti yang lebih terperinci bersama dengan jawatankuasa publisiti

kumpulan PISMP 2F.Setelah perbincangan dilakukan bersama,kami mempersetujui

untuk mengutip RM 2.00 seorang untuk menempah banner dalam kadar segera.Dan

kutipan ini tidak melibatkan kewangan mana-mana jawatankuasa,kerana peruntukan

Rm 2.00 seorang ini hanya untuk bahagian publisiti sahaja.Kumpulan PISMP 2F

seramai 14 orang telah membuat kutipan sebanyak RM 28.00,manakala kumpulan

PISMP 1C seramai 17 orang telah membuat kutipan sebanyak RM 34.00.Setelah

ditambah kutipan kedua-dua kelas,maka jumlah keseluruhan adalah sebanyak RM

62.00.Kutipan ini adalah bagi menampung kos perbelanjaan tempahan dan juga

penghantaran banner ke IPG Kampus Bahasa Melayu.

Kemudian,tibalah minggu yang ditunggu,dan juga setelahnya tibanya hari

terakhir,sekali lagi kejutan telah diterima setelah semuanya sudah ditempah.Dinyatakan

bahawa kumpulan PISMP 2F telah menarik diri daripada penggabungan ceramah dan

juga pameran bahan bantu mengajar tersebut.Dan saat itu adalah saat yang paling

mencabar sebagai seorang yang dipertanggungjawabkan dalam bahagian

publisiti.Impak dari sikap yang tidak berpendirian teguh seorang pemimpin,akan

membuatkan anak buahnya tidak akan mempercayai segala apa yang dilakukan

selepas ini.Dan nasib sungguh menyebelahi kumpulan PISMP 1C,walaupun menjadi

mangsa kecelaruan keadaan kerana tempahan banner yang dibuat masih lagi belum

dicetak.Dan saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada tuan empunya tempat

mencetak banner tersebut kerana masih boleh bertolak ansur dengan perubahan saat

akhir.

Dan pengajarannya disini,saya mendapati sebagai seorang bakal pendidik,maka

seharusnya kita mempunyai pendirian yang teguh dalam apa jua keadaan.Dan

seharusnya juga,sebagai seorang yang dididik dengan pelbagai aspek

pedagogi,seharusnya kita pandai dalam membuat penilaian sesuatu kerja sebelum

melepaskan sebegitu sahaja,kerana kesannya bukan hanya pada diri kita seorang

malah semua yang terlibat dalam pengelolaan sesuatu program juga akan turut merasa

Page 16: Laporan penuh ceramah rpi 2013 edit

LAPORAN PENUH CERAMAH RANCANGAN INDIVIDU

16

tempiasnya.Pada hari kejadian ceramah juga,selaku jawatankuasa publisiti saya berasa

sangat terkilan dengan kehadiran pelajar yang tidak memuaskan.Seandainya bahagian

publisiti tidak membuat tampalan memo di seluruh bangunan utama IPG Kampus

Bahasa Melayu,mungkin bahagian publisiti boleh disalahkan.Tapi ini,sudah terang

malah boleh disuluh lagi kejelasan memo yang ditampal di dada bangunan yang

menyatakan bahawa kumpulan PISMP 1C akan mengadakan ceramah Rancangan

Pendidikan Individu (RPI) yang sangat berguna terutamanya untuk pelajar opsyen

Pendidikan Khas.Namun begitu ada juga segelintir pelajar yang tidak mempedulikan

memo yang tertampal di sudut informasi bangunan termasuk juga di menara IPG

Kampus Bahasa Melayu.

Pengalaman baharu dalam semasa bertugas sebagai jawatankuasa publisiti ini

juga telah memberi suntikan semangat baharu yang tinggi untuk berhadapan dengan

karenah pensyarah yang senantiasa harus dipenuhi.Selain itu,bahagian publisiti juga

walaupun kerja tidak kelihatan berat,namun seharusnya diketahui bahawa publisiti juga

bertugas dan berhubung dengan pelbagai pihak termasuk Bahagian Hal Ehwal Pelajar

(HEP) untuk memohon persetujuan membuat publisiti berkenaan dengan ceramah yang

akan dilaksanakan.Dan juga segala draf yang dibuat juga harus disemak semula

dengan pensyarah pembimbing untuk mendapatkan kepastian dan juga tiada lagi

perubahan saat akhir contohnya seperti tarikh,masa dan juga tempat ceramah

dilaksanakan.Setelah semakan terakhir dibuat,maka barulah tempahan boleh dibuat

tanpa sebarang keraguan.

Page 17: Laporan penuh ceramah rpi 2013 edit

LAPORAN PENUH CERAMAH RANCANGAN INDIVIDU

17

Jawatankuasa bahagian publisiti juga disini merakamkan setinggi tinggi

penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun

tidak langsung sepanjang tempoh pelaksanaan program ini.Dan juga,jawatankuasa

bahagian publisiti ingin memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat kekurangan

dalam bahagian publisiti ini.Semoga apa yang dipelajari sepanjang pengelolaan

ceramah ini akan dijadikan teladan di masa akan datang. Sekian,terima kasih.

Disediakan

(Emily Anak Juan)

AJK Publisiti

Page 18: Laporan penuh ceramah rpi 2013 edit

LAPORAN PENUH CERAMAH RANCANGAN INDIVIDU

18

LAPORAN AJK MAKANAN

NAMA : NURHASLIZA BINTI YAHYA

MARDHIYAH BINTI ABD MUTHALIB

Sebelum program dilakasanakan, semua ahli jawatankuasa membuat perbincangan

mengenai program RPI. Ahli jawatankuasa makanan telah berbincang dan semua

telah bersetuju dengan menu Nasi Ayam. Kemudian ajk makanan telah membuat

tempahan Nasi Ayam, kuih-muih, air serta buah-buahan untuk 37 orang makan . Kami

bersetuju menempah makanan di Kafe Asrama Adibah Amin bagi memudahkan pihak

kami berurusan mengenai pembayaran kerana ia melibatkan peruntukan daripada

pihak Institut Pendidikan Guru Kampus bahasa Melayu (IPGKBM). Sebelum itu kami

dikehendaki mengisi borang peruntukan mengenai perbelanjaan makanan mengikut

jumlah yang ditetapkan dan diserahkan kepada unit kewangan.

Selain itu,sebelum program dijalankan, kami telah membuat persediaan tempat

menyediakan dengan kerjasama ajk lain membantu kami menyediakan tempat.

Makanan yang telah ditempah telah dihantar pada pukul 10.40 pagi. Semasa program

dijalankan, kami AJK Makanan telah menyediakan hidangan untuk tetamu jemputan

dan pensyarah di luar Dewan Tun Sri Lanang. Kami telah menyediakan empat set

hidangan di atas meja bulat yang telah disediakan. Makanan yang disediakan

mencukupi seperti yang dirancang. Alhamdulillah jamuan tersebut selesai dalam pukul

2.00 petang dan berjalan dengan baik. Setelah selesai, semua AJK bekerjasama

membersihkan tempat yang telah digunakan tanpa sebarang masalah.

Disediakan oleh,

-------------------------

(NURHASLIZA BINTI YAHYA) AJK Makanan Ceramah RPI.

Page 19: Laporan penuh ceramah rpi 2013 edit

LAPORAN PENUH CERAMAH RANCANGAN INDIVIDU

19

LAPORAN AJK CENDERAHATI

Pada 4 September 2013, Seminar Pindidikan yang bertajuk “RPI Dalam Pendidikan

Khas” telah diadakan di Dewan Tun Sri Lanang yang bermula pada pukul 10.00 pagi

hingga pukul 12.30 tengahhari. Program ini dikendalikan oleh kelas PPISMP (1C). Pada

awal perancangan, seminar ini akan digabungkan dengan program “Pameran Bantu

Mengajar” yang dikendalikan oleh kelas ( 2F).Pada mulanya pihak kelas 1C sudah

mendapatkan peruntukan dari IPG untuk membeli cenderahati sebanyak RM50 (RM25

x 1).Selepas mesyuarat yang pertama dilakukan oleh kelas 1C besama kelas 2F,

hasilnya dari perbincangan, Kelas 1C perlu pula mengutip yuran sebanyak RM2 lagi

setiap seoranguntuk membeli 5 cenderahati yang belum cukup untuk pensyarah. Tetapi

pada saat akhir, ada perubahan pada perancancangan program ini. Iaitu, program kelas

(1C) dengan program kelas (2F) tidak dapat digabungkan diatas sebab-sebab tertentu.

Maka,kutipan yuran RM2 setiap seorang untuk kelas PISMP (1C) telah dikembalikan

oleh kelas 2F kepada ketua kelas PISMP 1C (2 cenderahati yang sudah dibeli dengan

baki duit RM14.00). Baki yuran RM14 itu telah dibelanjakan untuk menambah

perbelanjaan untuk membeli banner.Maka, pihak kelas 2C sudah mempunyai 4

cenderahati. Cenderahati ini, disediakan untuk penceramah ( Pn. Suraya Md.Zhaib),

Timbalan pengarah(Dr,Ali), Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan (Dr. Hj Mohamad Isa bin

Azis) dan Pensyarah Subjek Pengenalan Pendidikan khas (Pn. Rayahin Zarifah binti

Abdul Hapidz). Hadiah ini disampaikan semasa penutupan majlis diadakan.Sekian

terima kasih.

Disediakan Oleh,

............................................................

(NOORHAFIZA BINTI SHMSUDIN)

AJK Cenderahati Program Seminar Pendidikan.

Page 20: Laporan penuh ceramah rpi 2013 edit

LAPORAN PENUH CERAMAH RANCANGAN INDIVIDU

20

LAPORAN AJK JEMPUTAN Sebelum

Pada 04 September 2013 lepas, kami telah menjalankan satu program ceramah

Rancangan Pendidikan Individu (RPI) ini berkaitan dengan proformal kerja kursus

Pengenalan Kepada Pendidikan Khas (PKB 3101). Sebelum menjalankan ceramah ini,

kami PISMP Ambilan Jun 2013 1C- Pendidikan Khas yang dipimpin oleh pensyarah

pembimbing Puan Rayahin Zarifah Binti Abdul Hapidz telah mengadakan perjumpaan

bersama-sama untuk menerangkan kehendak soalan pfoformal tersebut. Setelah itu

kami sama-sama membuat perjumpaan untuk melantik menubuhkan ahli jawatankuasa

bagi ceramah ini. Antara ahli jawatankuasa yang dilantik ialah pengerusi, setiausaha

dan AJK kecil iaitu cenderamata, jemputan, pengerusi majlis, peralatan, makanan,

dokumentasi dan kebersihan. Setelah perlantikan AJK dijalankan, Jessica Tan Mei

Chen selaku Ketua Kumpulan (PISMP 1C) dilantik sebagai pengerusi. Manakala ajk-ajk

lain dilantik secara cabutan undi. Jawatan naib pengerusi dan setiausaha disandang

oleh Nurdiana Binti Yunus. Seterusnya saya memegang jawatan AJK Jemputan.

Setelah habis perjumpaan kali pertama kami bersurai.

Dipanggil untuk perjumpaan kali kedua berkenaan dengan penggabungan aktiviti

ceramah RPI dengan Pameran Bahan Bantu Mengajar oleh PISMP 2C. kami membuat

rombakan gabungan bagi jawatan ajk-ajk yang sama yang telah dilantik bagi

bekerjasama. Aktiviti ini akan diadakan di Dewan Za’ba, IPGM Kampus Bahasa Melayu.

Sebanyak 3 buah kelas Kursus Pendidikan Khas dan sebuah kelas Kursus Bahasa

Melayu yang akan terlibat dalam ceramah tersebut. Penambahan kelas yang terlibat ini

juga amat mengejutkan kerana pada perjumpaan pertama kami hanya diberitahu

sebuah kelas sahaja yang turut terlibat. Saya terkejut juga dengan penambah jumlah

jemputan selain daripada 20 orang pensyarah yang akan terlibat. Saya menyediakan

draf dan ditunjukkan kepada penysarah pembimbing untuk tindakan.

Setelah hampir dengan hari ceramah tersebut kami dikejutkan lagi dengan gabungan

untuk aktiviti bersama-sama tersebut dibatalkan atas alasan yang tidak dapat dielakkan.

Pada sangat-sangat akhir perlu juga menjemput Pengarah dan Timbalan Pengarah

Page 21: Laporan penuh ceramah rpi 2013 edit

LAPORAN PENUH CERAMAH RANCANGAN INDIVIDU

21

IPGM KBM. Saya membuat draf dan print untuk dihantar terus sebelum sehari ceramah

tersebut. Saya sediakan hiasan reben untuk hiasan dan helaian bercorak lain pada kad

jemputan tersebut. Untuk jemputan penceramah dan pensyarah saya menggunakan

helaian yang lain dengan jemputan kelas yang terlibat dengan ceramah. Saya

menyediakan tiga helaian yang berbeza untuk setiap jemputan yang dijemput.

Semasa

Pada permulaan ceramah tersebut terdapat kekurangan.Disebabkan masa hadiri dan

hadiran jemputan hadir dengan tetamu jemputan yang dijemput pada masa yang sama.

Ini terjadi kerana waktu tercatat pada kad jemputan yang saya hantar telah berselisihan.

Keadaan ini tanpa saya sedari akan terjadinya begini. Pada masa yang sama juga saya

pergi menjemput Timbalan Pengarah Tuan Haji Ali Bin Mahmood untuk menghadiri diri

ke ceramah. Kehadiran beliau disebabkan Pengarah IPG KBM tidak dapat hadir kerana

beliau merasmikan acara lain pada waktu dan hari yang sama. Beliau ada hadir pada

akhir acara iaitu jamuan makan. Beliau sempat berbual dan beramah mesra dengan

tetamu jemputan dan para pensyarah pada masa itu.

Selepas

Setelah tamat ceramah tersebut saya merasakan lega, gembiradan bangga kerana

ceramah yang dijalankan berjaya juga akhirinya. Kemudian sehari selepas ceramah

tersebut kami membuat postmontem. Pada bahagian saya iaitu kad jemputan terdapat

banyak kelemahan dan kekurangan. Saya memohon maaf dengan segala kekurangan

yang datangnya dari saya dan yang baik datang dari Tuhan. Segala usaha rakan-rakan

saya yang membantu secara langsung atau tidak langsung diucapkan dengan ribuan

terima kasih. Di sini saya amat berdukacita dan berupaya untuk membaiki kelemahan

tersebut. Saya akan bertanggungjawab untuk aktiviti yang lain mana-mana aktiviti yang

akan mendatang. Saya berharap kemudian akan lebih kerjasama daripada rakan-rakan.

Sekian, terima kasih.

Disediakan,

(Entuyan Anak Ramba)

Page 22: Laporan penuh ceramah rpi 2013 edit

LAPORAN PENUH CERAMAH RANCANGAN INDIVIDU

22

LAPORAN PENGACARAAN MAJLIS

Pada minggu lepas, 4hb September 2013,kelas saya PISMP 1C

(Pendidikan Khas ) ambilan Jun 2013, telah menganjurkan suatu ceramah. Tajuk

ceramah tersebut adalah ‘Rancangan Pendidikan Individu (RPI). Saya telah menjadi

pengacara majlis untuk ceramah tersebut. Ini adalah pengalaman pertama saya untuk

menjadi pengacara majlis.

Sebelum menganjurkan ceramah tersebut, ahli kelas saya telah mengagihkan

tugas kepada setiap orang di kelas saya. Pada mulanya, saya telah dipilih sebagai

pengacara majlis bersama dengan Mohd. Al-Azhar bin Zulkiflie. Tetapi selepas

beberapa hari, kelas kami telah di minta untuk bergabung dengan kelas PISMP 2F,

untuk menganjurkan program tersebut. Selepas pelajar kelas kami bermesyuarat

dengan pelajar kelas 2F, saya telah mendapati perubahan dalam pengacara majlis.

Saya diberitahu bahawa, salah seorang pelajar dari kelas tersebut akan menjadi

pengacara majlis bersama saya. Seterusnya, Mohd Al-Azhar tidak akan menjadi

pengacara majlis dan akan memberikan tugasan yang lain.Oleh itu, saya telah

membuat skrip pengacara majlis daegan pelajar dari kelas 2F.

Tetapi, petang Isnin, iaitu 2.09.2013, saya telah diberitahu bahawa kelas 2F tidak

akan bergabung dengan kelas saya untuk menganjurkan program tersebut.Saya

seorang sahaja diminta untuk menjadi pengacara majlis. Selepas itu, saya trepaksa

membuat balik skrip pengacara majlis yang baharu disebabkan oleh terdapat beberapa

perubahan dalam program tersebut. Kawan-kawan saya telah banyak menolong saya

untuk membuat balik skrip tersebut.

Saya juga mengalami beberapa masalah semasa menganjurkan program

ceramah tersebut. Saya juga terpaksa membuat perubahan skrip pada pagi sebelum

ceramah dimulakan. Hal ini kerana, saya tidak dapat maklumat yang betul tentang

ketibaan tetamu khasnya. Selepas itu semuanya berjalan dengan lancar biarpun pada

mulanya terdapat sedikit masalah dan keraguannya.

Page 23: Laporan penuh ceramah rpi 2013 edit

LAPORAN PENUH CERAMAH RANCANGAN INDIVIDU

23

Saya berasa sangat gembira kerana dapat menjalankan tugas saya sebagai

pengacara majlis dengan lancar dan baik, walaupun terdapat beberapa kesalahan dan

kesilapan. Saya mendapat banyak pengalaman yang baharu, kerana ini adalah

pengalaman yang pertama untuk saya menjadi pengacra majlis.

Disediakan

Ambigavvaty a/p Purshpurlingam

Page 24: Laporan penuh ceramah rpi 2013 edit

LAPORAN PENUH CERAMAH RANCANGAN INDIVIDU

24

LAPORAN AJK KEBERSIHAN

Pada 4 september yang lalu telah diadakan satu ceramah bagi pelajar persediaan

ijazah sarjana muda pendidikan(PISMP) major Pendidikan khas. Ceramah tersebut

merupakan salah satu daripada tugasan yang harus dilaksanakan oleh kami bagi

memenuhi tugasan kerja kursus kami pada semester ini. Ceramah tersebut diadakan di

Dewan Tun Sri Lanang. Saya selaku ajk kebersihan tugas saya ialah menyediakan

plastik sampah dan memastikan sampah sarap dibuang di tempat yang sepatutnya

selepas makan serta memastikan sisa makanan tidak berselerak. Keadaan kawasan

persekitaran sebelum, semasa dan selepas ceramah diadakan di dalam Dewan Tun Sri

Lanang mahupun di luar kawasan dewan dalam keadaan yang bersih.Kerjasama

daripada semua rakan amatlah dihargai.

sekian terima kasih.

disediakan

(Lydia Natalia anak Magin)

AJK Kebersihan

Page 25: Laporan penuh ceramah rpi 2013 edit

LAPORAN PENUH CERAMAH RANCANGAN INDIVIDU

25

LAPORAN AJK BUKU PROGRAM

Buku program telah disiapkan 2 hari sebelum program ceramah berlangsung. Sebelum

buku program disiapkan dengan sepenuhnya, saya telah berhubung terus dengan

setiausaha supaya susun atur dapat dijalankan dengan baik. Semasa menyediakan

buku program saya juga ada menunjukkan buku program kepada rakan kelas yang lain

untuk penambah baikkan kepada buku program tersebut.

Selaku ajk buku program saya telah menyediakan sebanyak 20 keping untuk pensyarah

dengan tulisan bewarna, manakala saya telah mencetak 30 keping bagi pelajar.

Pada 4 september 2013, tiada sebarang masalah yang dihadapi untuk mengedarkan

buku program kerana mendapat kerjasama dari rakan sekelas dan pihak-pihak yang

berkenaan.

Disediakan oleh :

Mawar jingga

( SITI NORAIN BINTI SHAFFIE )

AJK BUKU PROGRAM

Page 26: Laporan penuh ceramah rpi 2013 edit

LAPORAN PENUH CERAMAH RANCANGAN INDIVIDU

26

LAPORAN AJK PERSIAPAN TEMPAT

NAMA : DOLL WINE WILLIAM AWET

NORUL IZZAH BINTI AWAB

Persiapan tempat telah dijalankan pada 3 September 2013 pada pukul 12

tengahari sehingga 2 petang.Ini kerana dewan Tun Sri Lanang diguna untuk program

lain pada pukul 3 petang.Persiapan awal dijalankan kerana tidak mahu berlakunya

sebarang kecacatan untuk keesokan harinya iaitu 4 September 2013.Dengan

itu,persiapan tempat banyak merujuk dan berhubung dengan pihak perkhidmatan dan

Encik Zakaria.Dengan bantuan Encik Zakaria,meja bulat makan sebanyak 4 buah dan

20 kerusi telah disusunkan terlebih dahulu.

Pada 4 september 2013, 7.30 pagi persiapan tempat untuk tetamu jemputan dan

pensyarah telah diatur.Tiada sebarang masalah yang dihadapi untuk persiapan tempat

kerana mendapat kerjasama dari rakan sekelas dan pihak-pihak yang berkenaan.

Disediakan oleh :

dollywine

( DOLLY WINE WILLIAM AWET )

AJK PERSIAPAN TEMPAT

Page 27: Laporan penuh ceramah rpi 2013 edit

LAPORAN PENUH CERAMAH RANCANGAN INDIVIDU

27

LAPORAN AJK DOKUMENTASI CERAMAH RANCANGAN PENGAJARAN

INDIVIDU (RPI)

Nama-nama AJK:

1. NURUL HUDA BINTI MOHD IHWAN

2. LEMOK ANAK NABAU

Program Ceramah Rancangan Pengajaran Individu telah dilaksanakan pada 4

September 2013, hari rabu di Dewan Tun Sri Lanang, IPG Kampus Bahasa Melayu.

Program ceramah ini diadakan bagi bertujuan untuk menambahkan lagi pengetahuan

dalam bidang Pendidikan Khas dan sekaligus dapat meningkatkan nilai-nilai murni

seperti kerjasama, keyakinan diri, kekemasan , dan sebagainya bagi menjayakan

sesuatu program.

Pada program ceramah kali ini ahli jawatankuasa dokumentasi yang terlibat

adalah Nurul Huda bte Mohd Ihwan dan Lemok Anak Nabau. Bidang tugas ahli

jawatankuasa dokumentasi adalah mengumpul maklumat penting sebelum, semasa

dan selepas program ini di jalankan. Oleh yang demikian, ahli jawatankuasa

dokumentasi telah membuat perbincangan bagi membahagikan tugas masing-masing

antaranya dalam menyediakan peralatan untuk dokumentasi seperti kamera sebanyak

satu unit dan juga handycamp satu unit sahaja dan juga membuat tempahan dari unit

pengurusan bilik mikro untuk perkhidmatan jurukamera dan juga jurufotografi.

Semasa program berlangsung, ahli jawatankuasa dokumentasi ini juga

bertanggungjawab untuk merakam segala aksi dan gelagat para peserta serta AJK-AJK

yang terlibat dalam bentuk foto dan video. Kemudian, foto-foto ini perlu

didokumentasikan dalam laporan selepas program.

Selesai sahaja program tersebut, ahli jawatankuasa telah membuat tapisan

untuk setiap aktiviti yang dijalankan dan mengedarkannya kepada setiap ahli

jawatankuasa yang lain atau ahli kelas sebagai lampiran. Ahli jawatankuasa

dokumentasi juga meminta kepada pihak jurukamera yang mengambil rakaman

semasa ceramah dijalankan memasukkan ke dalam satu DVD yang telah kami

Page 28: Laporan penuh ceramah rpi 2013 edit

LAPORAN PENUH CERAMAH RANCANGAN INDIVIDU

28

sediakan dan mengumpul maklumat dari semua ahli jawatankuasa program bagi

pendokumentasian yang lengkap. Malah tugasan telah diagihkan dengan sama rata

agar keseimbangan dalam pelaksanaan tugas dapat dicapai.

Masalah yang dihadapi adalah jurukamera yang ditempah datang awal daripada

waktu sebenar program bermula atas kesalahan kami sendiri kerana lupa untuk

memaklumkan perubahan masa tersebut. Penambahbaikan dari permasalahan tersebut

adalah ahli jawatankuasa dokumentasi akan memastikan masa program bermula dan

memaklumkan dengan lebih awal kepada pihak yang terlibat.

Kerjasama yang diberikan oleh ahli jawatankuasa program Ceramah Rancangan

Pengajaran Individu (RPI) amat memuaskan dalam menjayakan program ini. Ahli

jawatankuasa dokumentasi juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang

terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam melaksanakan tugas kami. Sekian ,

terima kasih

Disediakan oleh :

Nurul Huda

( NURUL HUDA BTE MOHD IHWAN ) AJK DOKUMENTASI

CERAMAH RANCANGAN PENGAJARAN INDIVIDU (RPI)

Page 29: Laporan penuh ceramah rpi 2013 edit

LAPORAN PENUH CERAMAH RANCANGAN INDIVIDU

29

LAMPIRAN