rekreasi mate.docx

9
Rekreasi dalam P&P Matematik Matematik dikatakan suatu subjek yang sangat kompleks dan memerlukan bahan atau kaedah khas untuk mempelajarinya. Matematik juga sering dikaitkan sebagai subjek yang mempunyai taraf dan jenis matapelajaran yang tinggi. Isi kandungannya juga adalah sangat berturutan dan berhieraki iaitu melibatkan proses mental yang tinggi dan perlu memenuhi turutan kognitif iaitu berfikir secara analisis, rasional, logik, berupaya membuat penaakulan dan mahir dalam menyelesaikan sebarang masalah. Matematik rekreasi dalam P&P matematik merupakan salah satu medium bagi memastikan matematik diminati dan berada di hati setiap pelajar demi untuk membantu meningkatkan pencapaian mereka. Bagi merealisasikannya para guru mesti berperanan sebagai agen penggerak dan penggalak kepada minat pelajar terhadap matematik seterusnya membawa kepada peningkatan pencapaian pelajar. Matematik rekreasi merupakan aktiviti manusia dalam era tamadun dengan menggunakan ilmu pengetahuan matematik untuk mereka pelbagai permainan yang bercorak aktiviti rekreasi. Sejak tamadun kuno, manusia khasnya ahli matematik, telah mencipta pelbagai aktiviti permainan berdasarkan prinsip, hukum dan teorem matematik, sama ada bertujuan untuk hiburan mahupun untuk mencari hukum matematik yang baru. Teorem Pythagorus ( a 2 =b 2 +c 2 ), Hukum Euler (V – E + F = 2) dan teori kemungkinan (nCr) adalah hasil daripada kajian ahli matematik yang berlandaskan kepada aktiviti permainan. Matematik rekreasi boleh menyediakan aktiviti yang sangat efektif dan menyumbang kepada peningkatan motivasi di semua peringkat umur murid. Di samping itu, ia juga sesuai digunakan dalam semua peringkat keupayaan murid baik di peringkat awal

Upload: vani-taah-g

Post on 03-Oct-2015

23 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Rekreasi dalam P&P Matematik

Matematik dikatakan suatu subjek yang sangat kompleks dan memerlukan bahan atau kaedah khas untuk mempelajarinya. Matematik juga sering dikaitkan sebagai subjek yang mempunyai taraf dan jenis matapelajaran yang tinggi. Isi kandungannya juga adalah sangat berturutan dan berhieraki iaitu melibatkan proses mental yang tinggi dan perlu memenuhi turutan kognitif iaitu berfikir secara analisis, rasional, logik, berupaya membuat penaakulan dan mahir dalam menyelesaikan sebarang masalah.Matematik rekreasi dalam P&P matematik merupakan salah satu medium bagi memastikan matematik diminati dan berada di hati setiap pelajar demi untuk membantu meningkatkan pencapaian mereka. Bagi merealisasikannya para guru mesti berperanan sebagai agen penggerak dan penggalak kepada minat pelajar terhadap matematik seterusnya membawa kepada peningkatan pencapaian pelajar.Matematik rekreasi merupakan aktiviti manusia dalam era tamadun dengan menggunakan ilmu pengetahuan matematik untuk mereka pelbagai permainan yang bercorak aktiviti rekreasi. Sejak tamadun kuno, manusia khasnya ahli matematik, telah mencipta pelbagai aktiviti permainan berdasarkan prinsip, hukum dan teorem matematik, sama ada bertujuan untuk hiburan mahupun untuk mencari hukum matematik yang baru. Teorem Pythagorus (), Hukum Euler (V E + F = 2) dan teori kemungkinan (nCr) adalah hasil daripada kajian ahli matematik yang berlandaskan kepada aktiviti permainan.Matematik rekreasi boleh menyediakan aktiviti yang sangat efektif dan menyumbang kepada peningkatan motivasi di semua peringkat umur murid. Di samping itu, ia juga sesuai digunakan dalam semua peringkat keupayaan murid baik di peringkat awal usia sehinggalah ke peringkat remaja dan dewasa. Ini disokong oleh kenyataan berikut : -Mathematical recreactionals can serve as a very effective means of motivation atalmost all levels of instruction and for students of varying levels of ability.(Max A. Sobel & Evan M. Maletsky, 1988; pg. 73)Menurut Saiful Azrul (2009) kaedah ini dijalankan secara spontan untuk faedah aktiviti itu sendiri. Ini bermakna aktiviti ini memberi kepuasan dalam keadaan sedar atau tidak. Terdapat juga unsur-unsur spontan, kurang berstruktur, tiada paksaan dan menimbulkan kepuasan dalam aktiviti permainan matematik.

Selain itu, rekreasi matematik juga boleh dikatakan sebagai suatu aktiviti yang melibatkan seorang atau lebih daripada seorang pemain, mempunyai peraturan- peraturan tertentu, memerlukan pemain memikir tentang strategi-strategi tertentu untuk menguasai permainan, disusun berasaskan kepada prinsip matematik dan direka serta dipersembahkan dengan gaya, lakaran, warna serta corak yang menarik. Apa yang lebih penting dalam setiap rekreasi matematik terdapat kemahiran tersirat dan apabila dimainkan ia dapat membantu murid dalam pembelajaran matematik itu sendiri.

Di dalam melaksanakan aktiviti permainan, Saiful Azrul (2009) berpendapat pemilihan rekreasi matematik perlu berkaitan dengan objektif pembelajaran, peringkat umur, pengalaman, kebolehan serta kecenderungan murid. Arahan tentang permainan matematik juga perlu jelas, tepat dan mudah difahami. Kaedah ini juga perlu melibatkan semua murid. Maklum balas tentang betul atau salah dalam sesuatu permainan hendaklah diberi serta merta agar murid bermotivasi untuk meningkatkan lagi motivasi mereka. Tempoh permainan tidak boleh pendek dan tidak boleh terlalu panjang. Ia seharusnya mengambil masa yang sederhana dan sesuai. Ia juga perlu melibatkan aspek psikomotor, kognitif dan efektif. Selain daripada itu, penekanan nilai seperti kerjasama, keadilan, keseronokan dan kemahiran sosial juga perlu diselitkan. Permainan matematik juga perlu dijalankan dalam bentuk yang boleh menarik minat murid dan ia merupakan satu bentuk pengajaran dan bukan sebagai penganti kepada guru.

Tujuan kaedah dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik adalah untuk menimbulkan keseronokan dan hiburan di samping merangsang murid mempelajari sesuatu kemahiran matematik dengan cara yang aktif dalam keadaan yang tidak formal. Kaedah ini membantu perkembangan fizikal, sosio-ekonomi dan mental di mana murid juga dapat meningkatkan kekuatan dan ketangkasan di samping dapat berinteraksi serta mempelajari nilai-nilai sosial yang positif seperti bertolak ansur, bertimbangrasa, jujur dan sebagainya. Kesan keseronokan bermain dapat mempercepatkan lagi proses pembelajaran murid di mana maklum balas yang diberi oleh guru secara serta merta tentang betul atau salah bagi mengukuhkan lagi pembentukan satu-satu konsep.

Selain daripada itu, rekreasi matematik boleh dijadikan pilihan dalam kaedah atau teknik pengajaran guru. Ada masanya mata pelajaran matematik dianggap suatu pelajaran yang sukar dan membosankan oleh murid. Keadaan ini wujud apabila guru gagal memilih kaedah atau teknik pengajaran yang menarik dan tidak dapat menarik minat murid belajar dan memahami sesuatu konsep dan kemahiran matematik yang hendak diajar. Rekreasi matematik diwujudkan dalam pelbagai situasi samada untukdimainkan bagi tujuan menimbulkan keseronokan di samping membina konsep atau diolah untuk mewujudkan persaingan dan ada pula pemenangnya. Namun, apa bentuk permainan matematik pun, asas permainan matematik adalah bertujuan untuk meningkatkan motivasi dan menarik minat murid dalam mata pelajaran matematik itu sendiri. Kenyataan ini disokong oleh Jonassen (1996) yang menyatakan murid mempunyai motivasi yang tinggi untuk belajar apabila mereka dilibatkan dengan permainan matematik. Begitu juga bagi Max A. Sobel & Evan M. Maletsky (1988) yang menyatakan bahawa rekreasi matematik boleh digunakan untuk pelbagai tujuan termasuklah sebagai bahan rekreasi untuk memotivasikan pelajar agar timbul minat untuk mereka belajar matematik.

Rekreasi matematik juga merupakan bahan konkrit yang mampu menyokong perkembangan kognitif murid. Teori Pembelajaran Kognitif Piaget (1952) menyatakan bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berbeza-beza dan berubah-ubah melalui empat peringkat mengikut umur di mana pada umur 7 hingga 11 tahun murid-murid berada pada peringkat operasi konkrit. Murid pada peringkat ini berupaya untuk berfikir secara logik tetapi masih terbatas kepada sesuatu yang bersifat nyata. Sebagai kesimpulannya jika dilihat kepada pendapat Withall (1991) yang menyatakan bahawa:- skills are not acquired by drill and rote memorization but by activities that the learners, with the aid of educator, employ to serve their interests and need

Jadi, tidak keterlaluan jika dikatakan di sini bahawa guru matematik perlu bijak memilih kaedah dan bahan pembelajaran mereka agar dapat menarik minat serta mampu memenuhi kehendak murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik. Di samping itu, guru matematik juga perlu menyedari bahawa rekreasi matematik dalam P&P mampu menyelesaikan banyak masalah yang dialami oleh murid seperti yang dibincangkan dengan panjang lebar di atas.

Perspektif guru terhadap keberkesanan penggunaan permainan matematik dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik akan mempengaruhi keberkesanan proses pembelajaran murid-murid (Jaworski, 1994) dan konsepsi asas guru yang positif terhadap matematik sangat berkait rapat dengan tingkah laku mengajar mereka nanti (Jurdak, 1991). Sebab itu, guru perlu didedahkan dengan seberapa banyak idea dan kemampuan rekreasi matematik ke arah perubahan persepsi positif pelajar terhadap mata pelajaran matematik.

Guru-guru juga perlu digalakkan untuk menghadiri pelbagai seminar, bengkel serta perkembangan staf tentang kepentingan dan cara pengendalian sesi permainan supaya membuka minda dan memberi idea kepada guru tentang bagaimana permainan itu boleh dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang santai dan mudah. Seterusnya dapat mengubah persepsi guru tentang kekangan yang bakal mereka hadapi sekiranya mengguna kaedah permainan dalam pengajaran mereka.

Untuk melahirkan guru berkualiti, mereka mestilah diberi peluang seluas- luasnya untuk meningkatkan dan mengubah diri mereka ke arah yang lebih positif terhadap kualiti kerja seperti melanjutkan pelajaran dalam bidang kepakaran mereka. Sikap positif terhadap kualiti kerja ini perlu dibentuk semoga usaha untuk meningkatkan kualiti kerja menjadi budaya kerja.

Dalam latihan keguruan di maktab, guru pelatih pengkhususan matematik telah didedahkan dengan pelbagai kaedah mengajar yang memusatkan pelajar, sumber-sumber pengajaran pembelajaran dan juga bagaimana menggunakan bahan bantu mengajar dengan berkesan. Kaedah-kaedah yang dipelajari itu diharapkan dapat dicuba dan diterokai apabila mereka bertugas sebagai guru mata pelajaran matematik di sekolah kelak. Seseorang guru juga harus mahir mengenal pasti , membuat keputusan untuk memilih rekreasi matematik yang paling berkesan dan mengoptimumkan sumber untuk mencapai objektif pengajaran yang dirancang.

Kualiti sesuatu pelajaran yang memusatkan pelajar amat bergantung kepada keberkesanan guru memilih dan rekreasi matematik yang sesuai dengan kemahiran yang hendak diajar. Namun sekiranya guru yang ada tidak mahir atau bukan guru option maka menjadi tanggungjawab Guru Besar, Guru Penolong Kanan Kurikulum dan Ketua Panitia sekolah untuk mencari jalan membantu guru tersebut. Antara penyelesaian yang boleh membantu termasuklah dengan menggunakan pusat sumber sebagai pusat yang dilengkapi dengan bahan bantu mengajar seperti permainan matematik yang boleh membantu guru serta pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Selain daripada itu, para guru juga berperanan menerapkan nilai-nilai murni dan bersepadu semasa di dalam bilik darjah. Di sini jelas menunjukkan bahawa seseorang guru perlu mempunyai persediaan perasaan dan sikap yang positif. Ini penting bagi mempengaruhi pembentukan dan pengembangan anak-anak muridnya. Tambahan pula harapan ibu bapa dan masyarakat sekitar terhadap sekolah adalah tinggi bagi mendapatkan pendidikan yang sempurna. Guru-guru sewajarnya peka dengan perbezaan individu untuk menguasi konsep atau sesuatu pengetahuan. Mereka perlu menyedari bahawa murid-murid datang dari pelbagai latar belakang dan sosio budaya, suasana rumahtangga, keadaan fizikal dan kedudukan sosio ekonomi. Guru mesti melibatkan diri bersama-sama dengan murid, aktiviti yang dijalankan oleh murid-murid mestilah mendapat perhatian dari guru. Maksudnya, guru bukan berfungsi sebagai pengarah tetapi lebih kepada pembimbing. Mereka. mesti ada bersama-sama dengan pelajar dalam semua aktiviti yang dijalankan untuk memastikan murid-murid membuat aktiviti belajar melalui bermain agar dapat mencapai objektif yang diharapkan.

Guru perlu menyertai kursus yang berkaitan dengan pendidikan awal kanak- kanak. Bagi memastikan guru lebih memahami konsep belajar melalui bermain, guru perlu didedahkan dengan pelbagai kursus yang berkaitan dengan pendidikan awal kanak-kanak. Konsep pendidikan secara tradisional dapat digantikan dengan konsep belajar melalui bermain jika sekiranya kaedah tersebut dapat memberi kefahaman yang lebih jelas kepada guru.

. Kesediaan guru terhadap pendidkan awal kanak-kanak. Guru haruslah memang meminati bidang pendidikan. Secara tidak langsung, mereka akan sentiasa bersedia untuk memahami sebarang keperluan dan perkembangan diri murid-murid dari masa ke semasa tanpa paksaan. Dengan ini mereka akan lebih melibatkan diri secara lebih aktif untuk membantu murid-murid dalam aktiviti belajar melalui bermain khususnya dalam permainan matematik.

Proses pengajaran dan pembelajaran matematik pastinya akan menjadi lebih menarik serta menyeronokkan dengan kaedah atau teknik pengajaran guru yang berasaskan rekreasi matematik ini. Murid-murid juga akan mengubah persepsi negatif mereka terhadap matematik dan akan menganggap matematik itu sebagai mata pelajaran yang seronok dan sering dinanti-nantikan setiap hari. Dengan itu, tahap pencapaian murid-murid juga akan meningkat .