kerja kursus rekreasi

18
1.0 Batu Seremban 1

Upload: michael-l-king

Post on 12-Dec-2015

329 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

sharing

TRANSCRIPT

Page 1: kerja kursus rekreasi

1.0 Batu Seremban

1

Page 2: kerja kursus rekreasi

2.0 Sejarah Batu Seremban

Batu Seremban merupakan salah satu darippada permainan tradisional yang

dimainkan oleh kanak-kanak pada masa. Batu Seremban dikenali sebagai Batu

Selambut atau Serembat. Permainan tersebut ini digemari dan dimain oleh kanak-

kanak perempuan. Permainan ini boleh dimain secara berkumpulan, dua orang atau

lebih. Pelbagai jenis objek boleh digunakan dalam permainan Batu Seremban seperti biji

getah, guli kaca, ketulan batu kerikil sederhana besar atau ketulan-ketulan objek lain

yang berbentuk bulat supaya menjadikan permainan ini menjadi lebih menarik perhatian.

Batu Seremban juga boleh diperbuat daripada kain percah yang dijahit dan diisikan

dengan beras, kacang hijau atau pasir. Objek-objek yang digunakan dalam permainan

tersebut dikenali sebagai buah.

Selain itu, Batu Seremban biasanya dimain pada masa lapang. Permainan ini

boleh dimain di serambi rumah, di dalam rumah atau di mana-mana sahaja mereka

ingin dengan memerlukan permukaan lantai yang rata. Apabila bermain permainan ini,

pemain harus duduk di atas lantai agar lebih senang untuk dimainkan. Terdapat

beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan dalam permainan Batu

Seremban. Permainan ini akan bermula dengan peringkat pertama yang paling mudah,

di mana sebiji buah yang dinamakan buah satu digunakan, sehingga ke peringkat yang

lebih sukar atau peringkat yang teratas dinamakan buah lapan.

Oleh itu, permainan tradisional sepert iini berupaya membentuk sebahagian

daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Perkara utama yang menjamin

kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup

nenek moyang kita. Permainan tradisional batu seremban ini juga dikenali sebagai

permainan rakyat.

2

Page 3: kerja kursus rekreasi

3.0 Undang-undang Batu Seremban

Pemain akan bermula dengan menimbang batu-batu tersebut setelah

menyelesaikan kesemua peringkat permainan. Ini adalah bertujuan untuk mendapatkan

mata bagi setiap pemain. Terdapat dua kaedah dalam menimbang buah di peringkat ini.

Cara pertama sama seperti permulaan menentukan pemain, mata dikira hanya mengikut

bilangan biji buah yang dapat ditimbang. Tetapi jika buah yang ditimbang itu disambut

dengan cara mencangkuk, maka mata dikira sekali ganda dari jumlah biji buah yang

dapat disambutnya. Pemain juga boleh meneruskan permainan semula dari buah satu

sehingga tamat sekiranya pemain itu dapat bermain sehingga ke peringkat menimbang

dengan memperoleh mata.

3 .1 Peraturan Permainan

Permainan ini akan berpindah kepada pihak lawan jika pemain tidak dapat

menyambut buah yang dilambung. Jika pemain tersentuh buah lain atau buah-buah

yang terhempit bergerak semasa memungut buah di lantai, permainan juga akan

berpindah kepada pihak lawan.Selain itu, permainan juga akan dipindah apabila pemain

terlupa tahap dia berada ketika menyambung semula permainan. Pemain juga akan

dibuang gelanggang apabila melakukan perkara yang di luar permainan. Pemain tidak

dibenarkan bercakap, memberi atau menerima sebarang isyarat daripada rakan. Jika

pemain melanggar peraturan di atas, permainan akan berpindah kepada pihak lawan.

3.2 Syarat Permainan

Setiap kumpulan akan diwakili dengan dua orang wakil sebagai pemain. Dalam

permainan ini, pemain akan dikira mati semasa menhutip buah di atas lantai dimana

tangan mengenai biji buah yang lain atau tidak dapat mengutip buah sehingga ibu jatuh.

Hanya dua peluang sahaja yag akan diberi kepada pemain yang dikira mati untuk

meneruskan permainannya. Jumlah mata yang dikumpul melebihi had masa permainan

berlangsung tidak akan dikira. Bagi pemain yang dikenlpasti menipu dalam permainan,

jumlah mata yang dikumpul oleh nya akan dibatalkan atau tidak disahkan. Kumpulan

yang mendapat mata tertinggi dalam 10 minit permainan akan dinobatkan sebagai

pemenang dalam permainan Batu Seremban.

3

Page 4: kerja kursus rekreasi

4.0 Pelan permainan Batu Seremban

4.1 Cara bermain Batu Seremban

Permainan batu seremban mempunyai cara bermainnya yang tersendiri. Seperti

permainan yang lain, batu seremban juga ada peringkatnya yang digelar sebagai buah.

Keseluruhannya, batu seremban mempunyai lapan peringkat yang perlu dilalui oleh

pemain sebelum dikira sebagai pemenang.

Buah Satu:

Kesemua buah hendaklah diselerakkan, di mana kedudukan semua buah tidak

boleh menyentuh antara satu sama lain. Sebiji buah akan dijadikan ibu dan ibu itu harus

dilambung ke udara dengan setinggi mungkin. Dalam masa yang sama, sebiji buah di

4

Page 5: kerja kursus rekreasi

atas harus dikutip. Proses tersebut akan berterusan sehingga semua buah di atas lantai

sudah dikutip.

Buah Dua :

Cara buah dua dimainkan ialah sama seperti buah satu. Pemain hanya boleh

mengutip dua biji buah pada masa yang sama. Ini bermakna ibu akan dilambungkan

sebanyak dua kali sahaja.

Buah Tiga :

Buah yang ketiga ini ada sedikit perbezaan dengan buah yang sebelumnya.

Pada lambungan peertama, hanya satu biji buah akan dikutip. Bagi lambungan yang

kedua pula, tiga biji buah akan dikutip dengan serentak.

Buah Empat :

Buah ibu akan dilambungkan ke udara. Pada masa yang sama, pemain harus

mengutip kesemua empat buah yang berada di lantai dengan serentak.

Buah Lima :

Buah lima akan dimainkan seperti buah empat. Pemain harus melanbungkan

buah ibu ke udara dan kempat-empat biji buah di atas lantai dengan serentak. Selepas

itu, buah ibu harus dilambungkan ke udara dan pada masa yang sama, empat biji buah

yang ada di dalam tangan pemain harus diletakkan di atas lantai supaya hanya buah

ibu sahaja yang akan disambut.

Buah Enam :

Pada peringkat yang keenam, pemain akan mendapat sedikit perbezaan. Pada

peringkat ini, pemain akan mendapat bahawa dua iji buah akan menjadi ibu. Apabila

sebiji daripadanya dilambung ke atas udara, sebiji lagi buah ibu haruus ditukar dengan

buah yang lain terdapat di atas lantai hingga selesai.

5

Page 6: kerja kursus rekreasi

Buah Tujuh :

Buah tujuh adalah urutan daripada buah enam. Dua biji buah yang di dalam

tangan harus dilambungkan dengan serentak. Selepas itu, hanya satu biji buah yang

akan dikutip. Buah ibu hendaklah disambut dengan kedua-dua belah tangan. Satu di

tangan kiri dan lagi satu akan di tangan kanan. Pada akhirnya, buah ibu yang dilambung

terakhir juga akan disambut.

Buah Lapan :

Kelima-lima buah akan dicampakkan di atas lantai. Ahli yang lain boleh memilih

satu batu untuk dilambungkan ke atas. Pemain itu harus mengambil batu ini tanpa

menggerakkan batu yang lain. Pemain itu juga harus melambungkan batu itu dan

mengutip batu-batu yang lain dengan sekali gus.

Timbang :

Selepas seorang pemain sudah berjaya menyelesaikan Batu Lapa, dia harus

timbang untuk mendapat mata. Kelima-lima batu seremban akan diletakkan di atas

tapak tangan. Semua batu seremban dilambung ke atas sambil tangan diterbalikan.

Batu seremban yang telah jatuh ke lantai tidak boleh dikutip semula lagi. Batu seremban

yang ada di tangan harus ditangkap.

Batu yang berjaya ditangkap = 1 mata.

Batu yang dijatuhkan = 0 mata

Selepas menimbang, pemain boleh mengulangi semuanya dan bermula dengan

Batu Satu.

Tamat Permainan :

Dalam bila-bila masa pemain itu gagal untuk menghabiskan lapan peringkat ini,

pemain ini harus member gilirannya kepada ahli yang lain. Jika ahlinya gagal untuk

menghabiskan lapan peringkat tersebut, pemain itu aakan kembali kepada peringkat

yang tidak diselesaikan bermula daripada permulaan peringkat itu.

6

Page 7: kerja kursus rekreasi

Alatan Batu Seremban

7

Page 8: kerja kursus rekreasi

4.2 Ilustrasi Cara Bermain Batu Seremban

8

Page 9: kerja kursus rekreasi

5.0 Nilai-nilai murni yang diperoleh daripada permainan Batu Seremban

Dalam permainan tradisional, pelbagai jenis nilai-nilai murni boleh diperolehi

melalui permainan dan ia merupakan salah satu keistimewaan permainan tradisional.

Kanak-kanak akan mendapat ilmu pengetahuaan dan pendidikan yang tidak formal.

Oleh itu, permainan tradisional berupaya memberi satu kesan yang positif dalam

perkembangan kank-kanak yang boleh diperolehi. Terdapat beberapa nilai yang boleh

diambil untuk membentuk jati diri masyarakat kita sejak daripada kanak-kanak lagi

dalam permainan batu seremban. Antara nilai-nilai murni yang boleh didapati ialah :

5.1 Membentuk disiplin masyarakat

Salah satu utama dalam permainan tradisional melayu ialah terdapatnya

peraturan atau undang-undang permainan. Pemain-pemain akan diikat dengan

peraturan semasa bermain. Pemain akan mematuhi segala peraturan yang telah

ditetapkan dan tidak berani untuk melanggarnya. Secara tidak langsung membentuk

disiplin diri pemain-pemain agar boleh mematuhi peraturan. Dengan ini, permainan batu

seremban ini dapat dimainkan dengan lancar dan menjadi menarik.

5.2 Menanamkan perasaan hormat-menghormati

Salah satu nilai utama dalam permainan batu seremban iaitu kanak-kanak

ditanamkan dengan perasaan hormat-menghormati dengan keputusan pengadil dan

menghormati pasukan yang menang atau kalah. Selain itu, permainan yang berbentuk

permainan keluarga juga penting kerana ia berpengaruh untuk mewujudkan perasaan

hormat-menghormati antara ahli keluraga. Sikap saling menghormati dapat mewujudkan

suasana yang harmoni dan aman damai dalam sesuatu permainan.

5.3 Menggunakan masa dengan berfaedah

Kebiasaannya, permainan tradisional dimainkan oleh kanak-kanak pada waktu

petang atau masa lapang yang lain. Kanak-kanak bermain setelah selesai daripada

melakukan kerja sekolah atau tugasan yang diberikan oleh ibu bapa mereka. Hal ini

dapat melatih kanak-kanak menggunakan masa mereka dengan cara yang berfaedah.

Di samping itu, ia juga mengelakkan kanak-kanak membuang masa dengan aktiviti yang

tidak berfaedah.

9

Page 10: kerja kursus rekreasi

5.4 Berkomunikasi dan berinteraksi

Kebanyakkan permainan tradisional melayu dimainkan secara berkumpulan. Ini

membantu kanak-kanak berhubung antara satu sama lain. Dalam permainan batu

seremban, pemain akan bersosial dengan rakan-rakan di sekeliling. Melalui ini, pemain

boleh mengenali rakan yang baru. Ahli kumpulan biasanya akan sentiasa bekerjasama

untuk memperolehi kemenangan. Cara ini memudahkan kanak-kanak berkomunikasi

dan berinteraksi antara satu sama lain. Kemahiran berkomunikasi dan berinteraksi ini

boleh diamalkan sepanjang masa.

5.5 Menghargai warisan bangsa

Permainan tradisional merupakan warisan bangsa yang amat bernilai.

Permainan batu seremban merupakan salah satu permainan yang lama dan dimain oleh

nenek moyang kita. Permainan ini amat berharga kepada setiap masyarakat.

Apabila kanak-kanak sering bermain batu seremban, ia akan membantu mengekalkan

permainan ini yang diwarisi oleh nenek moyang mereka. Dengan ini, kanak-kanak akan

sentiasa menghargai, mencintai dan menyanjungi permainan warisan bangsa melayu.

Pada zaman teknologi ini, permainan tradisional semakin dilupa oleh generasi baru.

Oleh itu, kita harus mendedahkan permainan tradisional tersebut kepada generasi baru

yang akan datang.

5.6 Melahirkan perasan toleransi dan tolak ansur

Secara tidak langsung permainan tradisional ini turut menyemai perasaan

toleransi atau tolak ansur di kalangan kanak-kanak melalui permainan, Kanak-kanak

boleh sentiasa mengamalkan sikap sabar apabila bermain batu seremban. Dengan

adanya kesabaran yang sepenuh, barulah kanak-kanak berjaya bermain ke peringkat

Batu Lapan. Di samping itu, segala pertelingkahan dan peselisihan faham dapat

dielakkan dalam permainan. Kanak-kanak mudah diasuh untuk bekerjasama sesama

rakan dan bantu-membantu antara satu sama lain.

10

Page 11: kerja kursus rekreasi

5.7 Bertanggungjawab

Dalam permainan tradisional, pemain-pemain lazimnya akan diberikan peranan

tertentu etika bermain. Dengan cara ini, kanak-kanak dapat dilatih bagi memegang

suatu tanggungjawab tertentu. Dalam permainan batu seremban, pemain-pemain boleh

memberi sepenuh komitmen apabila melambung buah ke atas udara. Pemain boleh

menjalankan tugas atau peranan dan berusaha sedaya upaya untuk mendapat mata

semasa bermain batu seremban supaya dapat menjadikan permainan lebih bercabar

dan menarik perhatian. Dengan ini, nilai tanggungjawab dapat disemai di kalangan

masyarakat.

5.8 Jujur dan amanah

Sifat jujur dan amanah juga boleh diterapkan dalam diri kanak-kanak yang mana

mereka boleh mengamalkannya dalam kehidupan sehariannya. Dalam permainan batu

seremban, kanak-kanak tidak berani untuk menipu kerana mereka tahu bahawa tipu

merupakan perkara yang negatif. Ini membantu dalam membentuk kanak-kanak menjadi

manusia yang boleh dipercayai, amanah dan jujur. Dengan ini, kanak-kanak boleh

mendapt kepercayaan dan keyakinan daripada orang lain.

5.9 Mengelakkan pembaziran

Kebanyakkan permainan tradisional tidak menggunakan peralatan tertentu.

Walau bagaimanapun, ada yang menggunakan peralatan daripada bahan-bahan

terbuang atau pun bahan-bahan yang boleh diperolehi tanpa mengeluarkan sebarang

perbelanjaan. Permainan batu seremban pula menggunakan objek-objek yang boleh

dibuat oleh sendiri dan tidak menggunakan kos yang tinggi untuk membelinya. Ini dapat

menjimatkan perbelanjaan dan mengelakkan daripada berlakunya pembaziran.

Keadaan ini akan melatih kanak-kanak agar berjimat cermat.

Akhir sekali, nilai-nilai murni yag dinyatakan di atas, banyak lagi nilai-nilai murni

yang lain. Antaranya ialah ia dapat menanamkan semangat patriotik, kerajinan,

kecekapan dan sebagainya. Oleh itu, permainan tradisional melayu dapat memberikan

banyak manfaat kepada kanak-kanak.

11

Page 12: kerja kursus rekreasi

6.0 Kebaikan permainan Batu Seremban

Permainan Batu Seremban merupakan satu permainan tradisional yang amat

popular dalam kalangan masyarakat. Permainan ini bukan sahaja menarik perhatian

kanak-kanak, maka ia juga memberi banyak kebaikan terhadap masyarakat. Kebaikan

permainan ini boleh dianalisikan dari sudut perkembangan jasmani, emosi, rohani,

intelek dan sosial.

Dari segi jasmani, permainan Batu Seremban ini telah meningkatkan

ketangkasan seseorang. Apabila bermain permainan ini, kanak-kanak akan melambung

buah ke udara, pada masa yang sama, mereka harus mengutip buah yang berada di

lantai. Kanak-kanak perlu mengutip buah dengan secepat mungkin supaya boleh

menjadi pemenang dalam permainan tersebut. Di samping itu,otot tangan akan menjadi

kuat melalui permainan tersebut. Kanak-kanak harus memegang buah yang ada pada

tangan dengan kuat supaya tidak mudah jatuh. Ia juga meningkatkan stabiliti tangan

seseorang. Oleh itu, permainan ini boleh meningkatkan fizikal seseorang.

Dari segi emosi pula, kanak-kanak boleh memupuk sikap kesabaran dalam

permainan ini. Apabila melambung buah ke atas udara, mereka harus memberi sepenuh

perhatian dan kesabaran supaya dapat menyambut buah dengan tepat. Apabila

berlakunya pertelingkahan atau peselisihan faham dalam permainan, semangat bertolak

ansur harus diamakan oleh masyarakat supaya dapat mewujudkan suasana yang

harmoni. Selain itu, masyarakat boleh sentiasa memberi motivasi kepada rakan

sepasukan supaya dapat meningkatkan keyakinan seseorang. Dengan ini, prestasi

seseorang itu akan semakin tingkat.

Dari segi rohani, masyarakat akan mempelajari sikap tidak mudah putus asa

dalam permainan. Sikap tidak mudah putus asa adalah digalakkan dalam setiap agama.

Apbila menghadapi sebarang kekalahan dalam permainan, seseorang itu harus tabah

daan mencari jalan yang lain untuk mencapai kejayaan. Jika seseorang berputus asa

dalam sesuatu permainan, dia tidak akan memajukan kelemahan diri dan sentiasa

singgah di langkah yang sama. Oleh itu, permainan Batu Seremban boleh menjadi

seseorg menjadi lebih tabah apabila menghadapi sebarang cabaran.

12

Page 13: kerja kursus rekreasi

Dari segi intelek pula, seseorang akan menjadi lebih matang dan bijak melalui

permainan Batu Seremban. Sebelum bermain, seseorang itu akan mula memikir

strategi-strategi yang bagus untuk mencapai kemenangan dalam permainan. Di

samping itu, permainan ini akan berlaku proses pemerhatian, pengulangan dan

pengiraan yang cekap. Dengan ini, seseorang boleh meningkatkan kemahiran berfikir

dan mengira apabila sering bermain dengan Batu Seremban.

Dari segi sosial, seseorang itu akan memupuk nilai kerjasama dengan ahli

kumpulan yang lain. Dengan ini, hubungan antara seseorang dengan ahli kumpulan

akan menjadi lebih erat. Apabila hubungan dengan orang lain menjadi erat, semangat

kesukanan pula akan disemai. Seseorang itu akan mencuba sedaya upaya untuk

menunjukkan prestasi yang terbaik dalam permainan. Di samping itu, seseorang itu

akan lebih memahami peraturan permainan jika mereka dapat bersosial dengan ahli

kumpulan. Mereka boleh berkomunikasi dan berinteraksi dengan ahli kumpulan. Dalam

proses bermain, mereka boleh menjadi lebih fokus untuk mendapat mata.

Akhir sekali, permainan Batu Seremban memang merupakan satu permainan

yang memberi banyak kelebihan kepada setiap orang. Kita harus mewariskan

permainan ini kepada generasi yang baru supaya tidak ditelan zama. Jadikanlah

permaianan Batu Seremban ini sebagai salah satu aktiviti yang boleh dijalankan pada

waktu lapang.

13

Page 14: kerja kursus rekreasi

7.0 Rujukan

Bahasa, O. (2010). Batu seremban. Kuala Lumpur: Penerbit Sinar Cemerlang.

Fatimah Hairullah (2013). Jenis permainaan tradisional kaum melayu.

http://fatimahhairullah.wordpress.com/tag/permainan-tradisional/. Dilayari pada

14 March 2014

Fieda, . (2003). Permainan batu seremban. Petaling Jaya: Oak Publications.

Jasiman, A. (2011). Permainan tradisional. Kuala Lumpur: Edumark Distributors.

Nur, A. (2010). Batu seremban. Kuala Lumpur: Jade Green Publications.

Rosnah, D. (2003). Batu seremban, jelon, rebut tiang: (Negeri Sembilan).

Petaling Jaya: Pustaka Murni.

Sumijelly (2014). Batu Seremban kegemaran zaman dahulu.

http://sumijelly.com/2014/01/10/batu-seremban-permainan-kegemaran-dahulu-

kala/. Dilayari pada 14 March 2014.

Suziana, C. W., & Siti, M. E. (2006). Batu seremban. Kuala Lumpur: Caberawet

Publishing.

Tay Wui Ling (2011). Cara bermain Batu Seremban.

http://wuiling212.blogspot.com/2011/12/cara-bermain-permainan-batu-

seremban.html. Dilayari pada 14 March 2014.

Zalizan, M. J., & Tan, C. W. (1992). Main batu seremban. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

14