pelan konsep rekreasi sara

7
PENGENALAN Taman rekreasi adalah suatu tempat tumpuan orang ramai bagi mendapatkan atau menjalankan aktiviti riadah, berehat dan sebagainya. Bagi mewujudkan taman rekreasi yang menarik, dua pelan konsep telah dicadangkan bagi kawasan rekreasi teluk batik mewujudkan suatu taman rekreasi, yang mempunyai kepelbagaian elemen dari segi kemudahan dan aktiviti, pelan konsep yang dicadangkan adalah untuk menarik minat dan sambutan daripada orang ramai MATLAMAT Merancang serta menaiktaraf kawasan taman rekreasi Teluk Batik sebagai destinasi pelancongan utama yang memenuhi kehendak pengunjung dengan dilengkapi pelbagai kemudahan dan aktiviti OBJEKTIF Antara objektif yang terdapat ialah : i.Menyediakan kawasan aktiviti aktif dan pasif yang sesuai mengikut peringkat umur ii.Menyediakan kemudahan infrastruktur dan utiliti yang mencukupi di kawasan rekreasi ini. iii.Mengenalpasti elemen kemudahan yang perlu disediakan di kawasan Teluk Batik iv.Menambahbaikkan lanskap yang sedia ada menjadi lebih baik untuk menjadikan taman rekreasi Teluk Batik

Upload: harithharace3330

Post on 24-Jun-2015

557 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pelan Konsep Rekreasi Sara

PENGENALAN

Taman rekreasi adalah suatu tempat tumpuan orang ramai bagi mendapatkan

atau menjalankan aktiviti riadah, berehat dan sebagainya. Bagi

mewujudkan taman rekreasi yang menarik, dua pelan konsep telah

dicadangkan bagi kawasan rekreasi teluk batik mewujudkan suatu taman

rekreasi, yang mempunyai kepelbagaian elemen dari segi kemudahan dan

aktiviti, pelan konsep yang dicadangkan adalah untuk menarik minat dan

sambutan daripada orang ramai

MATLAMAT

Merancang serta menaiktaraf kawasan taman rekreasi

Teluk Batik sebagai destinasi pelancongan utama yang memenuhi

kehendak pengunjung dengan dilengkapi pelbagai kemudahan

dan aktiviti

 

OBJEKTIF

Antara objektif yang terdapat ialah :

i.Menyediakan kawasan aktiviti aktif dan pasif yang sesuai mengikut peringkat umur

ii.Menyediakan kemudahan infrastruktur dan utiliti yang mencukupi di kawasan rekreasi ini.

iii.Mengenalpasti elemen kemudahan yang perlu disediakan di kawasan Teluk Batik

iv.Menambahbaikkan lanskap yang sedia ada menjadi lebih baik untuk menjadikan taman rekreasi Teluk Batik

Page 2: Pelan Konsep Rekreasi Sara

ASAS-ASAS PERANCANGAN

1) Fizikal

Menyediakan komponen-komponen yang mampu menarik

perhatian

2) Rangka Kerja Wilayah

Kepelbagaian aktiviti rekreasi dan pelancongan di dalam

meningkatkan kepentingan dalam perancangan

3) Rekreasi

Memperbanyakkan aktiviti rekreasi yang dapat menarik

pelancong

4) Lanskap

Mewujudkan identiti kawasan

5) Infrastr

Page 3: Pelan Konsep Rekreasi Sara

GREENISH MINT PARK

Konsep ini merupakan kawasan rekreasi yang persekitarannya kehijauan iaitu alam semulajadi serta memberikan suasana kehijauan,bersih dan nyaman serta memberi kemudahan dan keselesaan disamping baik untuk kesihatan pengunjung dan pelancongan. Konsep ini juga menghubungkan setiap elemen di kawasan rekreasi melalui perhubungan jalanraya dan trek pejalan kaki. Selain itu juga,terdapat elemen dari segi jenis aktiviti dan kemudahan yang sesuai bagi kawasan rekreasi .

Justifikasi Pelan Konsep 1

i) Taman Rekreasi Aktif Di kawasan rekreasi zon ini terdapat taman permainan kanak – kanak, padang

futsal ,litar mini bike ,trek jogging, berbasikal ,serta aktiviti pantai seperti berkayak. Rekreasi aktif yang extreme dicadangkan termasuklah gelanggang ‘skateboard’, ‘wall climbing’, ‘paintball’ dan ‘fitness station’.

ii) Rekreasi Pasif Rekreasi pasif ini, ia akan menarik pengunjung untuk meluangkan masa menikmati keindahan dan ketenangan di dalam kawasan rekreasi ini. Elemen – elemen rekreasi pasif yang dipenuhi dengan tumbuh – tumbuhan hijau yang mendamaikan. Antara elemen rekreasi pasif yang dicadangkan ialah dataran, air pancut, refleksologi, menara tinjau dan tapak perkhemahan.

iii) Kemudahan

Antara kemudahan yang dicadangkan surau, tandas, tempat letak kereta, bangku, gazebo, lampu ,medan selera ,kiosk. dan hotel terapung

iv) Taman herba Aktiviti yang mengenali pelbagai jenis herba dan kegunaan serta kepentingan dan

penjagaannya. Terdapat tempat teduhan pokok yang rendang untuk mewujudkan suasana hijau dan redup

v) Pusat tumpuanMerupakan di kawasan persisiran pantai kerana pengunjung bermandi-manda di situ

dan terdapat juga aktiviti pantai seperti berkayak, banana boat ,dan jet ski

Page 4: Pelan Konsep Rekreasi Sara

BEAUTY HEALTHY PARK

Konsep ini diambil daripada keperluan elemen rekreasi bagi setiap peringkat umur iaitu kanak – kanak, remaja, dewasa, orang tua dan juga golongan orang kurang upaya (OKU). Selain itu, konsep ini juga dibangunkan kerana ingin memenuhi kehendak dan keperluan masyarakat agar mereka akan merasa selesa dan sihat. Konsep ini dirancang melalui laluan pejalan kaki yang dibina di tengah – tengah tapak secara memanjang ke dataran hingga ke persisiran pantai. Laluan pejalan kaki ini memberi kesinambungan kepada aktiviti – aktiviti di sekitarnya

Justifikasi Pelan Konsep 2i) Taman Rekreasi Aktif Terdapat aktiviti seperti tapak perkhemahan, gelanggang turut disediakan untuk aktiviti seperti badminton dan futsal. Selain itu, terdapat taman permainan kanak – kanak , fitness station dan tapak perkhemahan

ii) Taman Rekreasi Pasif Aktiviti yang terdapat di kawasan ini adalah berkelah, beriadah, aktiviti memancing

bersantai,taman refleksologi dan elemen air seperti air pancut .Kawasan wakaf disediakan untuk pengunjung berehat sambil menikmati keindahan alam

semulajadi dan suasana pantai yang nyaman.

iii) Kemudahan

Antara kemudahan yang dicadangkan surau, tandas, tempat letak kereta, bangku, gazebo, lampu ,medan selera ,dan kiosk.

iv) Taman Bunga Taman bunga yang dicadangkan dipenuhi dengan bunga-bungaan pelbagai spesis dan berwarna-warni serta mengeluarkan bau yang harum

v) Pusat tumpuanPusat tumpuan yang merupakan air pancut yang diletakkan di dataran iaitu di

tengah- tengah kawasan rekreasi.Hal ini dapat menarik pengunjung di situ kerana elemen air memberikan ketenangan kepada pengunjung

Page 5: Pelan Konsep Rekreasi Sara

ASPEK PENILAIAN ALTENATIF 1 ALTERNATIF 2

SIRKULASI JALAN

-Sirkulasi dan interaksi antara

kawasan

3 2

AKTIVITI AKTIF DAN PASIF

-Perletakan dan kesesuaian aktiviti

pasif dan aktiviti aktif

3 2

KEMUDAHAN

-Kemudahan yang mencukupi dan

perletakan yang bersesuaian

3 1

PUSAT TUMPUAN

-Persisiran pantai

-Air pancut

3 2

JUMLAH KESELURUHAN 12 7

MARKAH PETUNJUK

1 Baik

2 Sederhana baik

3 Sangat baik

PENILAIAN JADUAL MATRIK

Berdasarkan jadual kaedah pengiraan matrik pelan konsep 1 telah mendapat markah yang tertinggi dan pelan konsep ini akan dijadikan pelan tatatur kawasan rekreasi .Konsep 1 mempunyai sirkulasi dan interaksi antara kawasan yang baik. Selain itu, perletakan aktiviti rekreasi aktif dan pasif adalah sesuai.

Page 6: Pelan Konsep Rekreasi Sara

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, pembangunan kawasan rekreasi

merupakan penyediaan kawasan kepada pengunjung untuk

menjalankan aktiviti riadah dan santai. Dalam merencanakan

pembangunan tersebut, pelbagai elemen perlu dikaji seperti

perletakan dan kesesuaian aktiviti pasif dan aktiviti aktif serta

kemudahan yang mencukupi dan perletakan yang bersesuaian

Pembangunan kawasan rekreasi memerlukan perancangan yang

baik supaya kawasan berkenaan dapat berfungsi dengan jayanya.

Kawasan ini bukan sahaja hanya dilengkapi dengan lanskap yang

menarik malah memerlukan penyediaan fasiliti dan kemudahan

untuk melengkapkan kawasan berkenaan. Kawasan rekreasi yang

selamat dan selesa akan mewujudkan sebuah suasana taman yang

dilengkapi dengan pelbagai aktiviti yang dapat digunakan oleh

semua peringkat umur pengunjung.

Page 7: Pelan Konsep Rekreasi Sara

CADANGAN PELAN KONSEP PERANCANGAN REKREASI DAN TAMAN TELUK BATIK, MUKIM LUMUT, DAERAH MANJUNG,

PERAK DARUL RIDZUAN (84.4 EKAR)

NAMA : SARA HIDAYAH BINTI OTHMAN

NO MATRIK : 2008740537

KUMPULAN : TRP4B

PENSYARAH : EN JOHARI TAHARIM

PN. NORSHIDA ABDULLAH