refleksi tugasan bmm3043e

7
REFLEKSI TUGASAN BMM3043E OLEH: JANETTHY RONNY ANAK SAING MORGAN ANAK MANDOR 1.0 PENGENALAN Kami dan Morgan telah menjalani pengalaman berasaskan sekolah (PBS) di Sekolah Orang Kaya Temenggung Tanduk pada 14 hingga 18 September 2015 yang lalu. Kami dikehendaki untuk melakukan pemerhatian dan berinteraksi dengan komuniti sekolah sepanjang menjalani PBS. Kami perlu merekodkan dapatan kami mengenai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang kerap dan kurang dilaksanakan oleh guru dan implikasinya terhadap pengajaran dan pembelajaran. Namun, terlebih dahulu kami akan menerangkan apa erti kaedah dan juga teknik. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), kaedah bermaksud cara atau aturan membuat sesuatu atau hukum atau prinsip. Kaedah itu merupakan sesuatu siri tindakan yang sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat. Menurut Mok Soon Seng (1992 dalam Adenan Ayob, 2012) kaedah pengajaran adalah tentang cara sesuatu objektif pembelajaran didekati dengan langkah penyampaian tersusun. Hassan Langgulung (1981 dalam Adenan Ayob, 2012) turut mengatakan pendapat bahawa kaedah itu merupakan satu aktiviti pengajaran yang mempunyai langkah-langkah tersusun. Terdapat lapan jenis kaedah dalam pengajaran Bahasa Melayu iaitu kaedah natural, kaedah tatabahasa terjemahan, kaedah terus, kaedah ajuk hafaz, kaedah linguistik, kaedah kod kognitif, kaedah bahasa komuniti, dan kaedah oral-aural. Teknik pula menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), bermaksud kaedah penciptaan sesuatu hasil seni seperti muzik, mengarang dan sebagainya. Anthony (1963 dalam Khairuddin Mohamad, 2012) mentakrifkan

Upload: janetthy-lurve-chai

Post on 07-Dec-2015

235 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

tugasan Pbs fasa 3

TRANSCRIPT

Page 1: REFLEKSI TUGASAN BMM3043E

REFLEKSI TUGASAN BMM3043E

OLEH: JANETTHY RONNY ANAK SAING

MORGAN ANAK MANDOR

1.0 PENGENALAN

Kami dan Morgan telah menjalani pengalaman berasaskan sekolah (PBS) di Sekolah

Orang Kaya Temenggung Tanduk pada 14 hingga 18 September 2015 yang lalu. Kami

dikehendaki untuk melakukan pemerhatian dan berinteraksi dengan komuniti sekolah

sepanjang menjalani PBS. Kami perlu merekodkan dapatan kami mengenai kaedah dan teknik

pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang kerap dan kurang dilaksanakan oleh guru

dan implikasinya terhadap pengajaran dan pembelajaran.

Namun, terlebih dahulu kami akan menerangkan apa erti kaedah dan juga teknik.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), kaedah bermaksud cara atau aturan membuat

sesuatu atau hukum atau prinsip. Kaedah itu merupakan sesuatu siri tindakan yang sistematik

dan tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat. Menurut Mok Soon Seng (1992 dalam Adenan

Ayob, 2012) kaedah pengajaran adalah tentang cara sesuatu objektif pembelajaran didekati

dengan langkah penyampaian tersusun. Hassan Langgulung (1981 dalam Adenan Ayob, 2012)

turut mengatakan pendapat bahawa kaedah itu merupakan satu aktiviti pengajaran yang

mempunyai langkah-langkah tersusun. Terdapat lapan jenis kaedah dalam pengajaran Bahasa

Melayu iaitu kaedah natural, kaedah tatabahasa terjemahan, kaedah terus, kaedah ajuk hafaz,

kaedah linguistik, kaedah kod kognitif, kaedah bahasa komuniti, dan kaedah oral-aural.

Teknik pula menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), bermaksud kaedah

penciptaan sesuatu hasil seni seperti muzik, mengarang dan sebagainya. Anthony (1963 dalam

Khairuddin Mohamad, 2012) mentakrifkan teknik itu ialah satu muslihat atau taktik yang

digunakan oleh guru untuk mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu pengajaran bagi

bahagian bahasa tertentu. Guru menggunakan teknik atau alat untuk menyampaikan sesuatu

bahan pengajaran. Teknik pengajaran digunakan adalah untuk menarik perhatian murid,

mengekalkan perhatian murid, dan juga untuk membangkitkan inkuiri murid. Terdapat empat

jenis teknik iaitu teknik drama, teknik permainan bahasa, teknik latih tubi, dan teknik bercerita.

Page 2: REFLEKSI TUGASAN BMM3043E

2.0 TUJUAN PERNYATAAN

Melalui aktiviti pemerhatian ini semasa menjalani PBS di sekolah, kami dapat

memperolehi pendedahan awal mengenai pembelajaran murid. Hal ini kerana kami dapat

melihat bagaimana seseorang Cikgu Jalimah itu menjalankan sesi pengajaran dan

pembelajaran Bahasa Melayu di dalam kelas. Selain itu, kami dapat membina kemahiran

berinteraksi dengan murid, Cikgu Jalimah, dan kakitangan sekolah. Semasa kami menjalani

PBS, kami perlu berinteraksi dengan Cikgu Jalimah, murid, dan pihak sekolah untuk

mendapatkan maklumat yang diperlukan untuk menyiapkan tugasan dan juga untuk meluaskan

pergaulan sosial kami. Kami juga dapat membina kemahiran inkuiri penemuan dan kemahiran

berfikir secara kreatif dan analitikal melalui tugasan yang diberikan. Pengalaman yang telah

dikutip sepanjang berada di sekolah dapat didokumentasikan untuk perbincangan semasa sesi

refleksi selepas PBS dilaksanakan.

3.0 PERNYATAAN PROFESIONAL

3.1 Sebelum PBS

Sebelum kami pergi ke sekolah untuk menjalani PBS, kami telah berbincang di IPG

mengenai tugasan yang perlu kami siapkan dan juga melakukan pembahagian tugas. Salah

satu tugasan yang perlu kami lakukan ialah melakukan pemerhatian dan interaksi dengan

komuniti sekolah untuk dapatan pemerhatian mengenai kaedah dan teknik pengajaran dan

pembelajaran Bahasa Melayu.

3.2 Semasa PBS

Semasa menjalani PBS di Sekolah Orang Kaya Temenggung Tanduk, kami telah

berkenalan dengan Cikgu Jalimah yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu yang

sememangnya telah pernah mendidik kami satu ketika dahulu iaitu pada tahun 2002-2007.

Kami telah melakukan pemerhatian terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa

Melayu untuk tahap dua iaitu Tahun 5 semasa Cikgu Jalimah Taiben melakukan pengajaran.

Pada ketika masuk ke dalam kelas, Cikgu Jalimah akan memastikan kelas dalam

keadaan yang bersih dan teratur. Sekiranya dalam keadaan sebaliknya, Cikgu Jalimah akan

Page 3: REFLEKSI TUGASAN BMM3043E

mengarahkan murid-muridnya membersihkan dahulu kelas. Hal ini kerana dalam menjamin

keadaan kelas yang kondusif, persekitaran bilik darjah haruslah dalam keadaan yang bersih.

Selepas itu, Cikgu Jalimah mengedarkan satu helaian kertas kepada setiap muridnya. Pertama

sekali, Cikgu Jalimah akan menyuruh murid-muridnya membaca dalam keadaan mekanis

beberapa minit. Hal ini supaya mereka memahami teks dan juga dapat meneliti dari aspek

tatabahasa, intonasi dan juga tanda baca. Selepas beberapa minit, Cikgu Jalimah telah

meminta murid-muridnya membaca bersama-sama dalam kumpulan.

Selain itu juga, Cikgu Jalimah telah meminta muridnya membaca seorang demi seorang

dalam mengesan masalah membaca ataupun intonasi yang salah. Hal ini ditunjukkan melalui

cara Cikgu Jalimah menekankan sebutan dan intonasi setiap kali muridnya membaca. Dalam

proses pengajaran dan pembelajaran ini, Cikgu Jalimah kerap menggunakan kaedah ajuk hafaz

iaitu kaedah yang menggunakan latih tubi dan demonstrasi. Pada mulanya, Cikgu Jalimah akan

menyebut ayat atau perkataan, kemudian diikuti oleh murid-murid sehinggalah murid-murid

dapat mengingati perkataan atau ayat tersebut. Kaedah ini digunakan dengan cara hafazan dan

menggunakan beberapa ayat asas melalui cara ajukan. Antara kebaikan menggunakan kaedah

ajuk hafaz ini ialah sesi pembelajaran menjadi mudah kerana murid belajar melalui hafazan dan

ajukan. Murid juga dapat menguasai pelajaran dengan cepat dan betul. Namun begitu, terdapat

juga kelemahan dalam kaedah ajuk hafaz ini iaitu tugas Cikgu Jalimah menjadi makin

bertambah kerana perlu menyediakan latihan pertuturan yang banyak, dan Cikgu Jalimah juga

perlu menguasai cara sebutan yang betul terlebih dahulu.

Kemudian, kaedah tatabahasa terjemahan turut digunakan oleh Cikgu Jalimah di

Sekolah Orang Kaya Temenggung Tanduk. Kaedah ini lebih menekankan kepada kemahiran

menulis apabila murid-murid membuat aktiviti dalam kumpulan. Aktiviti yang dilakukan oleh

Cikgu Jalimah ialah menyuruh anak muridnya mencari 5 pengajaran di dalam teks yang dibaca

tadi iaitu “Si Tompok dan Si Belang” dimana mereka akan menggariskan ayat yang

mengandungi pengajaran dan menyusun ayat tersebut menggunakan cara 4 petak yang selalu

diaplikasikan oleh mereka. Tujuan kaedah ini digunakan ialah untuk membolehkan murid-murid

memahami tatabahasa sesuatu bahasa disamping melatih murid-murid menulis dengan

menggunakan bahasa yang betul. Tatabahasa yang diajarkan oleh Cikgu Jalimah ialah

tatabahasa formal. Kaedah tatabahasa terjemahan ini berteraskan pendekatan deduktif dan

menekankan hafazan peraturan tatabahasa. Kebaikan menggunakan kaedah ini dalam

pengajaran dan pembelajaran bahasa ialah dapat menjimatkan masa kerana tidak perlu

menggunakan masa yang panjang, dapat menjimatkan kos kerana tidak memerlukan

Page 4: REFLEKSI TUGASAN BMM3043E

penggunaan kos yang tinggi, dan tidak membebankan Cikgu Jalimah kerana tidak perlu

menggunakan bahan bantu mengajar yang pelbagai. Kelemahan menggunakan kaedah ini pula

ialah murid beranggapan bahawa pembelajaran struktur bahasa adalah tidak penting kerana

lebih menekankan aspek hafazan.

Kaedah yang kurang digunakan oleh Cikgu Jalimah Bahasa Melayu tersebut semasa

sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah ialah kaedah natural, kaedah terus, kaedah

linguistik, kaedah kod kognitif, kaedah bahasa komuniti, dan kaedah oral-aural. Kami

merasakan Cikgu Jalimah patut mempelbagaikan kaedah pengajaran semasa sesi pengajaran

dan pembelajaran dan disesuaikan dengan jenis murid dan tahap. Dengan itu pembelajaran

yang lebih berkesan akan berlaku. Selain itu, kami mendapati Cikgu Jalimah tersebut tidak

menggunakan teknik drama, teknik permainan bahasa, dan teknik bercerita semasa

menjalankan pengajaran dan pembelajaran bahasa di dalam kelas. Implikasinya, murid akan

berasa bosan dan tertekan kerana hanya diberikan latih tubi tanpa ada aktiviti-aktviti lain yang

lebih menyeronokkan seperti drama, permainan, dan bercerita di dalam kelas. Cikgu Jalimah

perlu mempelbagaikan lagi teknik pengajaran agar dapat mengekalkan minat dan perhatian

murid untuk belajar bahasa.

3.3 Selepas PBS

Selepas kami pulang dari menjalani PBS di Sekolah Orang Kaya Temenggung Tanduk,

kami telah meneliti hasil dapatan yang kami perolehi sepanjang berada di sekolah tersebut.

Kami telah menyiapkan laporan aktiviti kami ini dalam bentuk penulisan dan perlu ditulis

sebanyak 1000 hingga 1500 patah perkataan. Kami telah dapat membuat refleksi dan

kesimpulan bahawa sepanjang kami berada di sekolah tersebut, kami telah berusaha untuk

mencari Cikgu Jalimah ketua panitia Bahasa Melayu untuk berjumpa dan menyatakan hasrat

kami mengenai tugasan Bahasa Melayu ini. Meskipun dalam kesibukan beliau dalam

menguruskan makan malam anjuran sekolah pada minggu berikutnya, beliau dapat

memberikan komitmen yang padu/ Kemudian kami telah mengikuti kelas Cikgu Jalimah

tersebut untuk menjalani pemerhatian kami terhadap pengajaran dan pembelajaran beliau.

Kemudian kami telah mengenalpasti murid yang ingin kami temui dan menguji tahap

penguasaan Bahasa Melayu murid tersebut.

Pada hari berikutnya, kami berasa bertuah kerana berpeluang untuk menggantikan

Cikgu Jalimah yang tidak hadir selama 1 jam di kelas yang kami masuki pada hari pertama iaitu

Page 5: REFLEKSI TUGASAN BMM3043E

tahun 2 ( Kelas Linus ). Kami telah menggunakan masa 1 jam tersebut untuk berinteraksi

dengan murid-murid dan menjalankan satu sesi pengajaran dan pembelajaran suku kata KVK.

Kami telah menggunakan bahan bantu mengajar seperti tayangan slide power point, kertas

bergambar, dan audio muzik. Kami telah menggunakan kaedah oral-aural dan teknik bercerita.

Kami mendapati bahawa murid-murid tersebut gemar dengan bahan bantu mengajar kami

terutamanya semasa menggunakan audio muzik. Namun begitu, masih terdapat beberapa

kelemahan yang perlu kami perbaiki iaitu, kami tidak dapat mengawal keseluruhan kelas

dengan baik. Terdapat murid yang kurang memberikan perhatian dan ada yang bergaduh

sesama mereka. Kami juga tidak dapat menunjukkan tayangan dan video muzik dengan baik

kerana ketiadaan alat LCD di dalam kelas tersebut.

Kami juga merasakan bahawa kami perlu berusaha untuk masuk ke kelas dengan lebih

banyak untuk melakukan pemerhatian sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

Dengan itu kami akan dapat meluaskan lagi pandangan dan pengalaman kami.

Walaubagaimana pun, kami berasa berpuas hati kerana berpeluang untuk berinteraksi dengan

pihak sekolah, Cikgu Jalimah, staf, dan juga murid. Kami dapat meluaskan lagi pergaulan kami,

menambahkan pengalaman, dan pengetahuan dalam bidang pendidikan dan juga pengajaran

Bahasa Melayu.