refleksi seni

Upload: hapizah-haron

Post on 08-Jan-2016

251 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

psv ipg

TRANSCRIPT

Refleksi

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Syukur dengan izin yang Maha Kuasa akhirnya dapat jua saya menyiapkan Folio PSV3073E iaitu Pedagogi Pendidikan Seni Visual KBSR/KSSR. Semoga apa yang saya kongsikan ini akan dapat memberi sedikit pengetahuan dan pengalaman yang boleh meningkatkan lagi daya kreativiti semasa pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Bermula daripada interaksi kedua, kami telah menerima soalan tugasan mata pelajaran ini. Setelah beberapa sesi soal jawab dan penerangan yang diberikan oleh En Suhaimi bin Zakaria selaku pensyarah kami, saya mula mencari beberapa bahan daripada internet. Beberapa buah buku rujukan juga saya cuba memahaminya terutama dalam bidang pedagogi PSV.

Sepanjang saya menyiapkan tugasan ini, banyak ilmu dan manfaat yang berguna yang telah saya perolehi apabila saya membat rujukan dari buku-buku, jurnal-jurnal dan juga rujukan di internet. Saya dapat melihat bahawa Pendidikan Seni Visual merupakan satu mata pelajaran yang amat menarik dan banyak aktiviti seni yang menarik boleh dilakukan di dalam kelas sekiranya seseorang guru itu mempunyai daya kreativiti dan mampu mewujudkan sesi pengajaran dan pembelajaran yang dapat menarik perhatian dan tumpuan murid. Aktiviti di dalam kegiatan membentuk dan membuat binaan juga merupakan aktiviti-aktiviti yang amat menarik dan aktivitinya adalah di luar daripada kebiasaan murid iaitu melukis dan mewarna. Dalam bidang ini, murid berupaya menjana idea dan kreativiti mereka untuk menghasilkan karya seni yang cantik, menarik dan boleh digunakan.

Banyak info dan maklumat dari internet yang membantu saya sepanjang tempoh saya menyiapkan tugasan ini. Saya juga merujuk kepada rakan-rakan guru yang lebih senior dan lebih berpengalaman dalam Pendidikan Seni Visual. Selain daripada itu, rujukan daripada buku-buku dan pembacaan ilmiah juga banyak membantu saya. Alhamdulillah, dengan segala info dan maklumat yang saya perolehi daripada berbagai sumber telah dapat saya garap dan diolah sebaik mungkin bagi menyempurnakan tugasan ini. Tugasan ini juga telah dapat memantapkan lagi ilmu pengetahuan saya berkaitan dunia seni visual.

Walaubagaimanapun, tidak dinafikan banyak masalah, gangguan dan kekangan yang terpaksa saya hadapi sepanjang proses menyempurnakan tugasan ini. Saya akui bahan dan maklumat berkaitan bidang membentuk dan membuat binaan banyak diperolehi sama ada dalam bentuk buku ataupun rujukan dari internet. Tetapi saya menghadapi masalah kekurangan sumber rujukan berkaitan Shape Book. Masalah ini pada awalnya agak melambatkan proses pelaksanaan tugasan saya ini. Namun begitu saya selesaikan dahulu mana-mana bahagian yang dapat diselesaikan dan rujukan berkaitan Shape Book ini saya cuba perolehi secara beransur-ansur melalui internet dan juga info dari pensyarah dan rakan-rakan sekuliah.

Semasa menjalankan tugasan ini, perkara yang amat terkesan kepada saya ialah semasa saya menjalankan tugasan menyiapkan karya seni menbentuk dan membuat binaan. Saya akui walaupun saya terpaksa meluangkan lebih masa dan kewangan untuk menyiapkan tugasan ini, tapi saya amat berpuas hati dengan hasil yang saya perolehi. Yang paling penting ilmu yang saya perolehi sepanjang saya menyiapkan bahan / hasil karya saya. Walaupun hasilnya tidak sehebat mana, tetapi saya berpuas hati dengan karya yang saya hasilkan. Harapan saya semoga hasil karya yang dihasilkan menepati apa yang dikehendaki oleh tugasan yang diamanahkan ini.

Ketika melaksanakan tugasan ini, saya cuba memahami objektif subjek ini. Saya juga cuba menghadam maksud sebenar Falsafah pendidikan Kebangsaan dengan teliti. Kemudian saya cuba mengaitkan pedagogi dan objektif pendidikan seni visual ini dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Apa yang saya lihat menerusi pendidikan yang seimbang akan melahirkan masyarakat yang seimbang. Usaha untuk mencungkil dan memperkembangkan bakat dan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu ini saya lihat sangat bersinonim dengan objektif mata pelajaran pendidikan seni visual.

Kemajuan sesuatu tamadun, peradaban, budaya ilmu sesuatu negara bergantung kepada sesuatu sistem pendidikan negara tersebut. Perkara ini disokong kuat oleh Mohd Razali Kamarudin(1998), yang menyatakan kemajuan sesuatu sistem pendidikan sesebuah negara sering dikaitkan dengan ketepatan falsafah pendididkan. Oleh yang demikian, Malaysia juga menyokong satu falsafah yang dinamakan sebagai Falsafah Pendidikan Negara atau dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dilaksanakan pada tahun 1989. Antara intipati falsafah tersebut, pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. (sumber : Penjana Minda Insan, ms 67).

Pendidikan seni visual ini mempunyai satu perkaitan yang amat rapat dengan jiwa seseorang. Kehadiran mata pelajaran pendidikan seni ini dapat memenuhi aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang di antaranya ialah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu. Kursus ini menyedarkan saya betapa pentingnya mendalami sesuatu ilmu itu supaya dapat dimanfaatkan bukan sahaja untuk diri malah masyarakat.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan mengamalkan pendekatan berpusatkan murid dengan kaedah berguru. Oleh itu, sebagai seorang guru yang mengajarkan mata pelajaran ini harus menyedari minat, bakat, kebolehan dan potensi murid yang kenal pasti, kemudian disuburkan dan dikembangkan hingga ke tahap dunia tetapi dalam acuan pendidikan Malaysia. Hasil tugasan ini saya sedar bahawa dengan menjalankan pedagogi pendidikan seni visual ini, saya berupaya bertindak sebagai pembimbing dalam mengenal pasti bakat, kekuatan, minat serta kelemahan murid-murid saya.

Melalui pengalaman membuat tugasan ini, saya juga sedar bahawa tidak semua manusia itu dilahirkan berbakat. Setiap manusia itu berbeza cenderung dan minatnya. Ini dibuktikan dengan salah satu kemahiran bernilai tambah iaitu kecerdasan pelbagai. Satu daripada teori yang dipelopori oleh Gardner itu ialah kecerdasan visual-ruang. Kemahiran bernilai tambah ini perlu dinyatakan dengan jelas dalam rancangan pengajaran harian semua mata pelajaran. Tugasan ini secara tidak langsung membantu saya memahami kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan memudahkan saya meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran saya.

Dalam mereliasasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, saya seharusnya bertindak sebagai fasilitator, pembimbing dan kaunselor. Menurut Pullias, Ear V (1962) dalam bukunya A teacher is many things yang menyatakan bahawa guru adalah segala-galanya. Sebagai pendidik yang mengamalkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, saya bukan sahaja bertindak sebagai penyampai ilmu tetapi juga bertindak sebagai fasilitator, pembimbing dan kounselor bagi meningkatkan kualiti pendidikan. Tokoh pendidik, pemikir muslim tersohor, Iman Al Ghazali dalam ihya Ulum al-Din juga menekankan bahawa pendidikan ialah usaha untuk menanam perangai baik supaya mereka dapat menilai antara yang benar dan yang salah. Dan tugasan ini adalah sebagai satu metodogi untuk saya memahami bidang tugas sebagai seorang pendidik khasnya guru pendidikan seni visual.

Di sini jelas menunjukkan pendidik yang mengamalkan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bukan sahaja berperanan menyampaikan ilmu pengetahuan tetapi dipertanggungjawabkan untuk membentuk keperibadian dan tingkahlaku murid sama ada di bilik darjah ataupun di luar bilik darjah.

Akhir kata, sekalung penghargaan dan terima kasih saya tujukan kepada semua individu yang telah banyak membantu saya sepanjang proses melaksanakan tugasan ini dari mula hingga akhirnya terutamanya kepada Encik Suhaimi bin Zakaria, selaku pensyarah pembimbing kami pada semester ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan sekuliah, ahli keluarga dan semua rakan-rakan setugas yang tidak jemu membantu dan memahami keadaan dan tanggungjawab yang perlu saya pikul. Tanpa bantuan dan bimbingan dari semua, tidak mungkin saya mampu menyempurnakan tugasan yang diamanahkan ini dengan jayanya. Semoga tugasan saya ini juga dapat memberi info dan maklumat kepada mana-mana individu yang memerlukannya. Terima kasih sekalung budi kepada semua.

Sekian, terima kasih.