refleksi seminar program bina insan guru

3
Refleksi Seminar Program Bina Insan Guru Seminar sepanjang tiga jam ini merupakan salah satu komponen yang penting dalam Program Bina Insan Guru (BIG). Ceramah yang diberi oleh Encik Zainal Zbidin Bin Yaacob, Ketua Penolong Pengarah, Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang amat memanfaatkan saya sebagai seorang bakal guru. Ceramah ini dibahagi kepada dua sesi. Pada sesi pertama, kriteria yang patut ada pada seseorang guru dan perundangan yang berkaitan dengan guru telah dibincangkan. Kepentingan Akta 550(1996) juga telah disentuh oleh penceramah. Beliau telah menyatakan kepentingan menulis buku rekod pengajaran seperti yang dicatat dalam akta, guru yang tidak menulis rekod mengajar akan didenda sebanyak RM500. Beliau juga menyentuh isu-isu yang lain seperti keperluan menuliskan refleksi selepas setiap sesi pengajaran dalam buku rekod mengajar, kelarangan memukul murid, pekeliling perkhidmatan, tindakan tatatertib yang boleh diambil sekiranya seseorang guru melanggar peraturan tatatertib dan sebagainya. Ini memberikan saya satu gambaran yang lebih jelas tentang tugas-tugas seorang guru dan perkara-perkara yang seharusnya diberi perhatian oleh seorang guru. Melalui sesi ceramah ini, saya mendapati banyak pengetahuan lagi yang berkenaan dengan dunia pendidikan yang saya tidak fasih lagi. Saya sedar perlunya

Upload: annices-sing-yi

Post on 15-Jan-2016

28 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

refleksi

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi Seminar Program Bina Insan Guru

Refleksi Seminar Program Bina Insan Guru

Seminar sepanjang tiga jam ini merupakan salah satu komponen yang penting dalam

Program Bina Insan Guru (BIG). Ceramah yang diberi oleh Encik Zainal Zbidin Bin

Yaacob, Ketua Penolong Pengarah, Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Negeri

Pulau Pinang amat memanfaatkan saya sebagai seorang bakal guru.

Ceramah ini dibahagi kepada dua sesi. Pada sesi pertama, kriteria yang patut

ada pada seseorang guru dan perundangan yang berkaitan dengan guru telah

dibincangkan. Kepentingan Akta 550(1996) juga telah disentuh oleh penceramah.

Beliau telah menyatakan kepentingan menulis buku rekod pengajaran seperti yang

dicatat dalam akta, guru yang tidak menulis rekod mengajar akan didenda sebanyak

RM500. Beliau juga menyentuh isu-isu yang lain seperti keperluan menuliskan refleksi

selepas setiap sesi pengajaran dalam buku rekod mengajar, kelarangan memukul

murid, pekeliling perkhidmatan, tindakan tatatertib yang boleh diambil sekiranya

seseorang guru melanggar peraturan tatatertib dan sebagainya.

Ini memberikan saya satu gambaran yang lebih jelas tentang tugas-tugas

seorang guru dan perkara-perkara yang seharusnya diberi perhatian oleh seorang guru.

Melalui sesi ceramah ini, saya mendapati banyak pengetahuan lagi yang berkenaan

dengan dunia pendidikan yang saya tidak fasih lagi. Saya sedar perlunya saya belajar

lagi untuk melengkapkan diri saya dengan pelbagai ilmu pengetahuan yang diperlukan

sebagai seorang guru.

Pada sesi ceramah yang kedua pula, Encik Zainal Zbidin Bin Yaacob mulakan

sesi ini dengan membincang tentang Bidang Keberhasilan Utama Nasional(NKRA).

Program ini memnitikberatkan empat arah, iaitu, prasekolah, literasi dan

numerasi(LINUS), sekolah berprestasi tinggi(SBT) dan tawaran baru kepada pemimpin

sekolah. Seterusnya, beliau meneruskan ceramahnya tentang surat perkeliling ikhtisas

dan Fungsi JPN dan pelbagai sektornya.

Page 2: Refleksi Seminar Program Bina Insan Guru

Melalui sesi ini, saya berpeluang untuk menimba ilmu pengetahuan tentang

operasi dan pengurusan JPN serta sektor-sektornya. Saya juga berkesempatan untuk

memahami program yang dianjur oleh pihak kerajaan dalam pembangunan pendidikan

negara. Saya sedar banyak lagi yang saya kurang faham dan perlu belajar supaya

dapat menyumbangkan tenaga saya dalam bidang ini untuk membantu memaju dan

meningkatkan kualiti pendidikan negara kita.

Secara umumnya, menerusi ceramah ini, saya sedar kemajuan dalam bidang

pendidikan bukanya suatu usaha yang mudah. Pelbagai perancangan dan usaha perlu

dilaksanakan supaya murid kita dapat dibentuk untuk menghadapi keperluan tenaga

pekerja dalam masyarakat kini. Sebagai seorang bakal guru, memang ia merupakan

tugas saya untuk membantu dalam pembangunan kualiti pendidikan negara dengan

memberikan pendidikan yang berkesan kepada anak murid. Untuk mencapai tahap ini,

saya percaya bahawa banyak lagi usaha yang perlu saya curahkan.

Wong Pei Miin

5PISMP MU/PJ/PC