refleksi sem 5

6
REFLEKSI Pada semester kali ini, kami diarahkan untuk menyiapkan tugasan ELM 3033 iaitu Pentaksiran dan Pengurusan Mata Pelajaran Pendidikan Moral di sekolah. Saya berasa sangat bersyukur kerana akhirnya dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Tugasan kali ini, kami diarahkan untuk menyiapkan 2 tugasan utama iaitu tugasan berkumpulan dan tugasan individu. Tugasan berkumpulan yang terdiri daripada saya, Khairunnisa, Sisisnita, Sophia dan Amirul Farhan telah menjalankan beberapa perbincangan awal. Sebelum melaksanakan tugasan ini, kami ada membuat sedikit carian di internet tentang prinsip-prinsip pembinaan item. Hal ini adalah untuk memastikan Jadual Spesifikasi Ujian yang dibina oleh kami betul dan berkualiti. Kami telah membahagikan tugas-tugas mengikut nombor soalan. Saya sangat bertuah kerana mendapat ahli kumpulan yang saling bekerjasama dan bertoleransi di dalam menjayakan tugasan ini. Di tambah pula dengan sokongan dan bantuan daripada rakan kelas ELM3033 ini, saya berasa sangat bersyukur kerana dapat berkongsi sedikit sebanyak pengetahuan yang ada. Sememangnya saya berpendapat bahawa seorang guru moral haruslah mempunyai ciri dedikasi seperti ini. Seorang guru haruslah mengetahui prinsip-prinsip dalam pembinaan item ujian. Hal ini adalah untuk menentukan Jadual Justifikasi Ujian yang akan dibina kelak. Pada mulanya, saya berasa ragu-ragu kerana terdapat sedikit perbezaan dalam merangka ujian pendidikan moral ini berbanding ujian lain. Bedasarkan pengalaman saya membina jadual Spesifikasi Ujian ini iaitu bagi mata pelajaran Matematik, terdapat sedikit perbezaan dalam aras kemahiran yang dipilih. Oleh itu, dengan adanya tugasan ini, kami dapat mengetahui perbezaan dalam membina Jadual Spesifikasi Ujian mengikut subjek- subjek tertentu. Kami juga menghadapi sedikit masalah dalam membina

Upload: cik-sarimah

Post on 07-Dec-2015

227 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

nbbbccvh

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi Sem 5

REFLEKSI

Pada semester kali ini, kami diarahkan untuk menyiapkan tugasan ELM 3033 iaitu

Pentaksiran dan Pengurusan Mata Pelajaran Pendidikan Moral di sekolah. Saya berasa

sangat bersyukur kerana akhirnya dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Tugasan

kali ini, kami diarahkan untuk menyiapkan 2 tugasan utama iaitu tugasan berkumpulan dan

tugasan individu.

Tugasan berkumpulan yang terdiri daripada saya, Khairunnisa, Sisisnita, Sophia dan

Amirul Farhan telah menjalankan beberapa perbincangan awal. Sebelum melaksanakan

tugasan ini, kami ada membuat sedikit carian di internet tentang prinsip-prinsip pembinaan

item. Hal ini adalah untuk memastikan Jadual Spesifikasi Ujian yang dibina oleh kami betul

dan berkualiti. Kami telah membahagikan tugas-tugas mengikut nombor soalan. Saya

sangat bertuah kerana mendapat ahli kumpulan yang saling bekerjasama dan bertoleransi di

dalam menjayakan tugasan ini. Di tambah pula dengan sokongan dan bantuan daripada

rakan kelas ELM3033 ini, saya berasa sangat bersyukur kerana dapat berkongsi sedikit

sebanyak pengetahuan yang ada. Sememangnya saya berpendapat bahawa seorang guru

moral haruslah mempunyai ciri dedikasi seperti ini.

Seorang guru haruslah mengetahui prinsip-prinsip dalam pembinaan item ujian. Hal

ini adalah untuk menentukan Jadual Justifikasi Ujian yang akan dibina kelak. Pada mulanya,

saya berasa ragu-ragu kerana terdapat sedikit perbezaan dalam merangka ujian pendidikan

moral ini berbanding ujian lain. Bedasarkan pengalaman saya membina jadual Spesifikasi

Ujian ini iaitu bagi mata pelajaran Matematik, terdapat sedikit perbezaan dalam aras

kemahiran yang dipilih. Oleh itu, dengan adanya tugasan ini, kami dapat mengetahui

perbezaan dalam membina Jadual Spesifikasi Ujian mengikut subjek-subjek tertentu. Kami

juga menghadapi sedikit masalah dalam membina item ujian tetapi dengan bantuan rakan-

rakan kami dapat mengatasi masalah tersebut dengan jayanya.

Tugasan seterusnya merupakan tugasan individu, kami diminta untuk

menjawab satu soalan sahaja. Saya telah memilih peranan guru pendidikan moral dalam

merealisasikan aspirasi Negara sekali gus memacu Pelan Pembangunan Pendidikan

Malaysia 2013-2025. Hasil dapatan saya pada tugasan kali ini adalah, Aspirasi Negara

merupakan salah satu elemen yang penting dalam pembentukan sesebuah Negara. Hal ini

juga berlaku kepada guru di Malaysia. Motto “Guru Berkualiti Aspirasi Negara” mempunyai

pengertian yang amat meluas. Guru yang berkualiti ialah guru yang dapat menunaikan

tanggungjawab menyediakan sumber manusia terlatih dan berpengetahuan, berperanan

membentuk identiti warga, menyemaikan perasaan kenegaraan dan membina perpaduan

nasional di kalangan warga. Pemahaman terhadap perkara yang saya sebutkan ini adalah

Page 2: Refleksi Sem 5

penting kerana guru perlu menyedari bahawa mereka adalah paksi kepada segala usaha

dan harapan untuk mencapai wawasan negara, wawasan 2020.

Peranan dan juga tanggungjawab guru pendidikan moral dalam merealisasikan

aspirasi Negara adalah sangat penting. Hal ini kerana, sekolah merupakan institusi formal

pertama di mana murid-murid memperoleh ilmu dan kemahiran asas. Sekolah juga adalah

tempat pemupukan minat setiap murid untuk terus mencari ilmu dan selanjutnya memberi

memberi sumbangan kepada khazanah ilmu yang sedia ada. Sepanjang saya menjalankan

tugasan ini, saya berpendapat bahawa, tidak kira sebagai guru pendidikan moral ataupun

guru mata pelajaran lain, kita haruslah berusaha dalam menggarap usaha murni kerajaan

iaitu untuk melahirkan insan yang produktif. Pada bulan Mac yang lalu, kami telah menjalani

bicara ilmu dan bengkel penerapan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang

diadakan di Auditorium Tun Ahmad Zaidi Adruce. Dengan adanya bicara ilmu ini, secara

tidak langsung dapat membantu saya dalam menyelesaikan tugasan pada kali ini.

Tugasan yang seterusnya adalah menyediakan fail panitia Pendidikan Moral.

Tugasan ini sangat menarik perhatian saya kerana segala item yang disediakan di dalam fail

tersebut adalah berdasarkan aktiviti pendidikan moral di sekolah tidak kira sesi P&P ataupun

tidak. Sebagai contoh penyediaan minit mesyuarat, takwim panitia dan carta organisasi.

Kaedah penyediaan fail ini haruslah diketahui oleh seorang guru.

Tugasan yang ketiga adalah, kami diarahkan untuk membuat satu produk inovasi dan

menerangkan cara untuk membuat dan menggunakan kit tersebut. Sewaktu menjalankan

inovasi ini, saya dapati bahawa sebagai seorang guru kita haruslah kreatif dalam

menjalankan rancangan PdP agar pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan.

Semasa menjalankan projek inovasi ini, kami ada bertanya kepada pensyarah lain seperti Dr

Siti Zohara dari Jabatan Penyelidikan IPG Kampus Batu Lintang. Menurut beliau, sewaktu

berada di semester akhir nanti, tugasan seperti inilah yang bakal dijalankan oleh kami.

Beliau berasa amat bangga sekiranya kami mampu menghasilkan satu produk inovasi

dalam masa yang singkat. Dengan bimbingan daripada beliau, saya dapat menjalankan

tugasan ini dengan baik sekali. Tidak kurang juga kami menjalani banyak kekangan yang

berlaku sewaktu saya menjalankan tugasan inovasi ini, antaranya ialah kekangan masa

kerana terlalu banyak program yang dikendalikan oleh IPGM. Tetapi ia bukanlah

penghalang untuk saya menjalankan projek ini dan perkara ini berjaya dielakkan kerana

komitmen yang ditunjukkan sangat memberangsangkan.

Page 3: Refleksi Sem 5

Hasil dapatan saya mengenai inovasi ini secara kasar adalah proses dimana

pembaharuan berlaku tetapi masih mengekalkan keaslian bahan yang telah diinovasikan.

Sebagai seorang guru, elemen kreativiti haruslah diguna pakai agar dapat melahirkan satu

hasil yang memuaskan. Saya juga telah membuat carian di internet mengenai dengan

inovasi yang terdapat di Negara kita Malaysia. Hasil dapatan saya mengenai inovasi ini

dalam sistem pendidikan secara berpusat yang diamalkan di Malaysia, pelaksanaan inovasi

pendidikan adalah bersifat menjunam melalui proses dari atas ke bawah. Proses yang perlu

dilalui untuk menyebarkan inovasi kepada penerima adalah panjang dan berliku, melibatkan

beberapa peringkat penyebaran tertentu.. Lazimnya, penyebaran inovasi itu dilaksanakan

secara stereotaip melalui mesyuarat, kursus, bengkel, seminar dan sebagainya.

Berdasarkan cara ini beberapa kekurangan dikenal pasti. Misalnya, apa yang difahami oleh

penerima tidak semestinya apa yang dihajati oleh penyampai asalnya. Ataupun jika difahami

seperti apa yang dihajati, ada kemungkinan tidak dipersetujui. Selain itu, sewaktu saya

menjalankan inovasi PdP ini, saya dapati bahawa murid-murid akan diterapkan dengan nilai-

nilai moral secara langsung mahupun tidak langsung dalam aktiviti inovasi PdP ini.

Selain halangan dari segi pergeseran maklumat mengenai inovasi pendidikan itu,

strategi kursus juga memerlukan kos yang tinggi, bilangan penyampai yang ramai, halangan

pentadbiran yang banyak, hingga dengan itu keberkesanan sistem lain sering dipersoalkan.

Antara masalah lain yang wujud dalam inovasi pendidikan adalah seperti berikut:-

1. Bidang atau sempadan inovasi pendidikan terlalu luas dan umum bagi mendapat

sesuatu persetujuan

2. Kepakaran dalam bidang inovasi yang ingin diperkenalkan adalah terhad justeru

ketiadaan pengetahuan dan pengalaman mengenainya

3. Kajian atau penyelidikan yang telah dibuat dalam usaha ke arah inovasi pendidikan

adalah dilakukan secara sendiri-sendiri dan bersifat beberapa usaha di sana sini. Ia

tidak mengkhusus dan tidak berterusan. Justeru timbul masalah kesinambungan

antara kajian-kajian dan kemantapan hasil

Berbalik kepada skop tugasan ELM 3033 pada kali ini, saya memilih permainan scrabble

sebagai bahan inovasi pada kali ini. Merujuk kepada pernyataan diatas, masalah yang

wujud dalam inovasi pendidikan adalah kepakaran dalam bidang inovasi yang ingin

diperkenalkan adalah terhad. Justeru itu, saya dan rakan saya ada membuat sedikit

perbincangan dan mengambil jalan yang mudah dan di inovasikan dengan idea serta

elemen-elemen kreativiti. Maka, kami memilih permainan scrabble sebagai tajuk inovasi

kami pada kali ini. Mengapa saya memilih permainan scrabble? Hal ini adalah kerana

permainan tersebut sangat bagus untuk merangsang kognitif kanak-kanak.. Dasawarsa ini,

Page 4: Refleksi Sem 5

kita dapat lihat bahawa kanak-kanak semakin hanyut dengan dunia modenisasi. Oleh itu,

kami memlilih satu permainan yang sudah kian dilupakan, yang ringkas tetapi dekat dengan

jiwa kanak-kanak iaitu permainan scrabble.

Dengan hanya berbekalkan pengalaman, saya telah membuat lakaran awal

mengenai projek inovasi ini, kami telah berbincang dengan Encik Richard mengenai idea-

idea serta elemen-elemen yang perlu ada dalam membuat inovasi ini. Akhirnya berkat

usaha dan bimbingan, kami dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Banyak manfaat

serta input yang saya telah pelajari ketika melaksanakan tugasan ini. Saya akan

mengaplikasikan pada suatu masa kelak. Saya yakin ia bukan hanya dapat diaplikasikan

dalam kelas Pendidikan Moral sahaja. Tetapi semua subjek yang bakal diajar kelak. Pada

pandangan saya, tugasan mencabar seperti ini, wajar dilakukan untuk merangsang minda

guru pelatih untuk berfikir di luar kotak dan bukan hanya mengikut Rancangan Pengajaran

Semester semata-mata. Oleh itu, melalui projek inovasi ini saya dan rakan saya dapat

berfikir secara kreatif dalam usaha untuk menjayakan satu proses Pengajaran dan

Pembelajaran yang lebih menarik dan berkesan.

Tugasan seterusnya adalah penulisan refleksi iaitu kami perlu membuat analisis

pengalaman serta menyatakan kelemahan dan kekuatan sewaktu menjalankan tugasan ini.

Akhirnya, tugasan ini selesai dijalankan dan saya berasa sangat beruntung kerana berada

dalam kursus minor Pendidikan Moral kerana banyak ilmu dan manfaat yang berguna yang

boleh diaplikasikan pada suatu hari kelak.