refleksi program bina insan guru fasa 6

4
Refleksi Program Bina Insan Guru Fasa 6 Program Bina Insan Guru Fasa ke-6 adalah sesi ceramah yang berkaitan dengan Pedagogi Futuristik yang disampaikan oleh seorang guru cemerlang merangkap Guru Besar Sekolah Kebangsaan Minden Height, Pulau Pinang iaitu encik Ilias bin Tajudin. Tajuk ceramah yang disampaikan oleh beliau adalah ‘Selangkah ke Arah Kecemerlangan Pedagogi Futuristik’. Sesi ceramah yang berlangsung hampir tiga jam ini sememangnya telah memberikan saya banyak input mengenai peranan sebenar seorang guru untuk membentuk murid dan sekolah yang cemerlang. Perkongsian penceramah tentang bagaimana proses serta usaha yang dilaburkan oleh beliau untuk membangunkan Sekolah Kebangsaan Minden Height daripada sebuah sekolah yang serba kekurangan kepada salah sebuah sekolah berprestasi tinggi yang telah dikenali di seluruh negara malahan di peringkat antarabangsa telah memberikan saya kesedaran bahawa tiada yang mustahil untuk dicapai oleh seorang guru asalkan kita mempunyai azam, usaha dan pastinya diiringi dengan keikhlasan untuk mencapai sesuatu matlamat. Saya juga menyedari bahawa alasan yang sering diberi oleh sesetengah pendidik bahawa kekurangan infrastruktur dan kemudahan pembelajaran menjadi faktor utama pencapaian akademik dan kurikulum murid kurang memberansangkan sebenarnya kurang releven. Saya berpendapat bahawa seorang guru perlu bijak melihat dan

Upload: imelda-joseff

Post on 15-Jan-2016

47 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Contoh refleksi program bina insan guru fasa 6

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi Program Bina Insan Guru Fasa 6

Refleksi Program Bina Insan Guru Fasa 6

Program Bina Insan Guru Fasa ke-6 adalah sesi ceramah yang berkaitan

dengan Pedagogi Futuristik yang disampaikan oleh seorang guru cemerlang

merangkap Guru Besar Sekolah Kebangsaan Minden Height, Pulau Pinang iaitu encik

Ilias bin Tajudin. Tajuk ceramah yang disampaikan oleh beliau adalah ‘Selangkah ke

Arah Kecemerlangan Pedagogi Futuristik’.

Sesi ceramah yang berlangsung hampir tiga jam ini sememangnya telah

memberikan saya banyak input mengenai peranan sebenar seorang guru untuk

membentuk murid dan sekolah yang cemerlang. Perkongsian penceramah tentang

bagaimana proses serta usaha yang dilaburkan oleh beliau untuk membangunkan

Sekolah Kebangsaan Minden Height daripada sebuah sekolah yang serba kekurangan

kepada salah sebuah sekolah berprestasi tinggi yang telah dikenali di seluruh negara

malahan di peringkat antarabangsa telah memberikan saya kesedaran bahawa tiada

yang mustahil untuk dicapai oleh seorang guru asalkan kita mempunyai azam, usaha

dan pastinya diiringi dengan keikhlasan untuk mencapai sesuatu matlamat.

Saya juga menyedari bahawa alasan yang sering diberi oleh sesetengah

pendidik bahawa kekurangan infrastruktur dan kemudahan pembelajaran menjadi faktor

utama pencapaian akademik dan kurikulum murid kurang memberansangkan

sebenarnya kurang releven. Saya berpendapat bahawa seorang guru perlu bijak

melihat dan memahami realiti persekitaran pembelajaran murid-murid dan perlu

responsif secara positif terhadap keperluan persekitaran yang berbeza, bukannya

membentuk alasan. Setiap guru perlu menyedari bahawa realitinya bukan setiap

sekolah mempunyai kemudahan pembelajaran yang mencukupi. Namun begitu harus

ditanamkan dalam minda setiap guru bahawa potensi setiap murid tidak patut dihadkan

dengan menggunakan alasan tidak cukup kemudahan. Berdasarkan ceramah yang

telah saya ikuti, perkara sebenar yang membezakan tahap pencapaian murid-murid

adalah daya usaha serta kebijaksanaan guru untuk mengatur strategi untuk mencapai

kejayaan.

Page 2: Refleksi Program Bina Insan Guru Fasa 6

Saya juga amat bersetuju dengan saranan penceramah tentang keperluan

seseorang guru untuk mendukung saranan untuk mengamalkan pembelajaran

sepanjang hayat bagi melahirkan seorang guru yang kompiten. Pengetahuan baru tidak

pernah berhenti. Hanya manusia yang berhenti belajar. Oleh itu, saya menanamkan

azam untuk sentiasa meneruskan pembelajaran saya dan meningkatkan kepekaan

saya terhadap ilmu-ilmu baru tanpa mengira usia. Dengan menanamkan sikap ini, saya

percaya saya akan mampu mengekalkan kompetensi saya sebagai seorang guru yang

cemerlang kelak. Saya menyedari bahawa saya harus saya mengembangkan

pengetahuan dan bidang pembelajaran saya tanpa mengira pengkhususan saya untuk

terus kekal sebagai seorang pendidik yang berkualiti seperti yang disarankan oleh

penceramah kali ini.

Berdasarkan perkongsian yang disampaikan oleh penceramah, saya juga

menyedari bahawa sesebuah institusi khususnya sekolah tidak harus mengamalkan

sikap tertutup dan bertekad membina kecemerlangan sendiri tanpa berhubung dengan

pihak luar. Apa yang cuba saya sampaikan adalah, sesebuah sekolah harus

mengadakan interaksi dan bekerjasama dengan institusi lain bagi meluaskan lagi

peluang untuk mencari platform bagi mengasah potensi murid secara maksimum

seperti yang dilakukan oleh en. Ilias. Beliau telah berusaha bekerjasama dengan

institusi-intitusi lain seperti Universiti Sains Malaysia bagi mencari peluang

mengembangkan potensi murid-muridnya dalam pelbagai bidang. Untuk merealisasikan

matlamat ini, saya percaya bahawa seseorang guru harus bijak merancang strategi,

melaksana, memimpin dan seterusnya bekerjasama dengan pihak yang lain bagi

mencapai sesuatu matlamat yang ingin dicapai.

Penceramah juga telah membuka minda dan mengubah perspektif asal saya

bahawa pembelajaran berasaskan multimedia adalah cara pembelajaran yang lebih

baik berbanding dengan cara tradisional yang hanya melibatkan kemudahan asas

seperti papan tulis, kertas mahjong dan sebagainya. Ya, tidak dinafikan

pebembelajaran bestari berasaskan multimedia memang memainkan peranan yang

besar dalam pendidikan serta lebih releven digunakan pada zaman globalisasi kini.

Namun saya telah terbuka dan melihat persepsi inilah yang sebenarnya menutup minda

Page 3: Refleksi Program Bina Insan Guru Fasa 6

dan kreativiti golongan pendidik kini. Apabila pembelajaran yang berasaskan

multimedia terlalu diagung-agungkan, sekolah tidak mempunyai kemudahan ini kurang

dipersoalkan jika mempunyai pencapaian rendah dalam pembelajaran. ‘mindset’ inilah

yang sebenarnya yang menjadi batasan terbesar bagi sekolah-sekolah yang tidak

mempunyai kemudahan multimedia untuk melaksanakan pembelajaran harian untuk

mencapai tahap yang sama dengan sekolah yang lengkap dengan pelbagai

kemudahan pembeklajaran. Penceramah telah menegaskan bahawa cara pelaksanaan

sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran serta cara seseorang guru mengolah dan

memanfaatkan sumber serta kemudahan yang ada adalah perkara utama dan paling

penting kearah membentuk kecemerlangan murid.

Walaupun saya mendapat input yang banyak melalui sesi ceramah ini, namun

saya berharap saya diberi peluang untuk melibatkan diri secara lenih aktif dalam

perancangan dan pelaksanaan program BIG pada kali ini. Penglibatan 8 buah kelas

sekaligus dalam mengurus pelaksanaan ceramah kali ini mengehadkan peluang setiap

pelajar guru untuk terlibat secara aktif dalam perancangan dan pelaksanaan program

secara keseluruhan. Namun begitu, secara keseluruhannya, sesi ceramah kali ini

sememangnya telah berjaya menyedarkan saya mengenai sifat yang harus dimiliki oleh

seseorang guru, realiti persekitaran pembelajaran yang pelbagai dan cara

menanganinya sekaligus menanamkan azam yang kuat di dalam diri saya untuk

membentuk diri menjadi seorang bakal guru yang cemerlang dan mempunyai

kompetensi dalam diri.