refleksi program bina insan guru

3
Refleksi Bina Insan Guru Peringkat 2 Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu subjek wajib yang harus dijalankan oleh semua pelajar PPG di semua Institusi Pendidikan Guru di seluruh Malaysia. Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang dilaksanakan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) dalam usaha melahirkan insan guru yang berkualiti tinggi, berilmu, berkemahiran serta mempunyai spiritual dan sahsiah yang tinggi. Bagi menjayakan Program BIG yang dirancang ini, guru-guru Malaysia bukan sahaja perlu mempunyai kekuatan ilmu dari pelbagai bidang tetapi perlu juga mengaplikasikan segala yang dipelajari melalui praktikalnya. Penghayatan yang begitu mendalam terhadap pelbagai aktiviti yang dijalankan di dalam proram BIG ini akan mengukuhkan keperibadian dan sahsiah yang terpuji serta etika keguruan dalam diri setiap guru iaitu selaras dengan hasrat negara. BIG Peringkat dua ini mewajibkan kami melaksanakan beberapa aktiviti yang telah ditetapkan secara “School Base” dan masanya adalah dua puluh (20) jam. Antara aktiviti-aktiviti yang telah saya jalankan ialah mengadakan Kem Motivasi UPSR, Hari Permuafakatan, Gotong- royong di sekolah, Program Warga Emas dan Tertib/ Adab di meja makan. Sebelum melaksanakan kelima-lima aktiviti ini saya telah membuat kertas kerja pelaksanaan aktiviti dengan pihak sekolah dan rakan sejawat saya . Selepas aktiviti saya

Upload: leslieting

Post on 17-Jan-2016

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi Program Bina Insan Guru

Refleksi Bina Insan Guru Peringkat 2

Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu subjek wajib yang harus

dijalankan oleh semua pelajar PPG di semua Institusi Pendidikan Guru di seluruh

Malaysia. Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang

dilaksanakan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) dalam usaha melahirkan

insan guru yang berkualiti tinggi, berilmu, berkemahiran serta mempunyai

spiritual dan sahsiah yang tinggi. Bagi menjayakan Program BIG yang dirancang

ini, guru-guru Malaysia bukan sahaja perlu mempunyai kekuatan ilmu dari

pelbagai bidang tetapi perlu juga mengaplikasikan segala yang dipelajari melalui

praktikalnya. Penghayatan yang begitu mendalam terhadap pelbagai aktiviti yang

dijalankan di dalam proram BIG ini akan mengukuhkan keperibadian dan sahsiah

yang terpuji serta etika keguruan dalam diri setiap guru iaitu selaras dengan

hasrat negara. BIG Peringkat dua ini mewajibkan kami melaksanakan beberapa

aktiviti yang telah ditetapkan secara “School Base” dan masanya adalah dua

puluh (20) jam.

Antara aktiviti-aktiviti yang telah saya jalankan ialah mengadakan Kem

Motivasi UPSR, Hari Permuafakatan, Gotong-royong di sekolah, Program Warga

Emas dan Tertib/ Adab di meja makan. Sebelum melaksanakan kelima-lima

aktiviti ini saya telah membuat kertas kerja pelaksanaan aktiviti dengan pihak

sekolah dan rakan sejawat saya . Selepas aktiviti saya juga menyediakan

laporan dan membuat refleksi bagi setiap aktiviti yang telah dilaksanakan.Hasil

daripada melaksanakan tugasan BIG peringkat dua ini, saya telah menperolehi

banyak pengalaman dan pengetahuan. Misalnya, saya telah menimba ilmu yang

amat banyak tentang cara mengendalikan sesuatu aktiviti, menimba ilmu tentang

cara membuat kertas kerja, membuat laporan dan membuat refleksi. Selain itu,

saya juga dapat belajar menguruskan sesuatu aktiviti, mencari atau mengumpul

maklumat-maklumat yang berkaitan dengan aktiviti yang hendak saya

laksanakan. Pada masa yang sama, saya juga telah meningkatkan lagi

kemahiran berkomunikasi serta kemahiran interpersonal dan intrapersonal dalam

diri saya.

Page 2: Refleksi Program Bina Insan Guru

Bagi menjayakan program BIG ini saya telah banyak bertanyakan

pendapat, pandangan dan buah fikiran daripada rakan-rakan sejawat, pihak

sekolah serta rakan-rakan pelajar PPG. Justeru itu, secara tidak langsung, saya

telah dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan saya terhadap bidang ini.

Selain itu, melalui aktiviti-aktiviti program BIG ini, kami dapat memupuk sikap dan

nilai-nilai positif. Misalnya, kami dapat mengeratkan lagi hubungan,

persefahaman serta perpaduan dilkalangan warga pendidik dan juga para pelajar

yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan budaya. Namun demikian,

tugasan BIG ini amat mebcabar bagi saya. Saya telah mengalami pelbagai

masalah dan cabaran untuk melaksanakan kesemua aktiviti ini.

Ini adalah kerana saya mengalami masalah kekangan masa disebabkan

kesibukan menjalankan aktiviti-aktiviti atau program-program yang berfokus

kepada UPSR. Namun demikian, berkat daripada kesabaran, kecekalan dan

kegigihan saya, saya dapat menjalankan semua aktiviti BIG ini dengan jayanya.

Kejayaan aktiviti-aktiviiti yang telah saya jalankan ini adalah kerana adanya

kerjasama dan sokongan yang amat baik daripada pihak sekolah, rakan sejawat,

dan murid-murid di sekolah saya. Tidak kurang penting juga sumbangan

daripada rakan-rakan pelajar PPG sama ada dari segi ilmu pengetahuan,

pendapat, cadangan dan sebagainya. Tanpa kerjasama yang padu dan bantu

daripada mereka sudah pesti saya akan gagal melaksanakan semua aktiviti

tersbeut.

Dengan kesempatan keemasan ini saya mengucapkan setinggi-tinggi

penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat dalam

membantu saya menjayakan aktiviti BIG ini, sama ada secara langsung atau

tidak langsung. Tanpa bimbingan daripada pensyarah, kami membuat tugas bak

berjalan dalam kegelapan. Saya berjanji akan mempraktikkan segala ilmu yang

dicurahkan untuk kebaikan diri saya sendiri dan juga orang lain. Semoga tuhan

mencucuri rahmat ke atas kalian.