refleksi pra 3113

5
Alhamdulillah saya berjaya menyiapkan tugasan ini walaupun banyak kekangan yang berlaku sepanjang pembikinan kerja kursus. Untuk tugasan ini kami telah diminta untuk membuat satu instrumen senarai semak lengkap berdasarkan rujukan dan pemerhatian dokumen KSPK yang sedia ada dan seterusnya kami diminta secara individu menghuraikan dengan jelas kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak-kanak prasekolah. Bagaimana ianya dapat membantu anda sebagai seorang guru prasekolah untuk mengukuhkan kefahaman tentang konsep, objektif dan prinsip-prinsip penaksiran dan penilaian perkembangan kanak-kanak. Sebelum melakukan pemerhatian, saya telah mencari bahan- bahan berkaitan. Ini penting dalam memberikan saya serba sedikit ilmu pengetahuan dalam membuat penilaian ke atas murid nanti. Saya telah membuat semakan dan sedikit analisa mengenai jenis senarai semak yang mudah digunakan. Saya juga ada membuat sedikit perubahan dalam rekod senarai semak supaya ianya lebih jelas dan mudah difahami. Melalui kerja kursus ini saya dapat meningkatkan pengetahuan tentang Pemerhatian. Pemerhatian merupakan satu kaedah penilaian di mana apa yang dilakukan oleh seorang kanak-

Upload: fida-fy

Post on 22-Nov-2015

19 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

pra 3113

TRANSCRIPT

Alhamdulillah saya berjaya menyiapkan tugasan ini walaupun banyak kekangan yang berlaku sepanjang pembikinan kerja kursus. Untuk tugasan ini kami telah diminta untuk membuat satu instrumen senarai semak lengkap berdasarkan rujukan dan pemerhatian dokumen KSPK yang sedia ada dan seterusnya kami diminta secara individu menghuraikan dengan jelas kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak-kanak prasekolah. Bagaimana ianya dapat membantu anda sebagai seorang guru prasekolah untuk mengukuhkan kefahaman tentang konsep, objektif dan prinsip-prinsip penaksiran dan penilaian perkembangan kanak-kanak. Sebelum melakukan pemerhatian, saya telah mencari bahan-bahan berkaitan. Ini penting dalam memberikan saya serba sedikit ilmu pengetahuan dalam membuat penilaian ke atas murid nanti. Saya telah membuat semakan dan sedikit analisa mengenai jenis senarai semak yang mudah digunakan. Saya juga ada membuat sedikit perubahan dalam rekod senarai semak supaya ianya lebih jelas dan mudah difahami. Melalui kerja kursus ini saya dapat meningkatkan pengetahuan tentang Pemerhatian. Pemerhatian merupakan satu kaedah penilaian di mana apa yang dilakukan oleh seorang kanak-kanak.Kita sebagai guru akan memerhatikan begaimana kanak-kanak melakukan sesuatu aktiviti atau bagaimana mereka menguruskan diri mereka sendiri. Selain itu saya juga dapat belajar cara menyedia dan nyatakan maklumat kanak-kanak.Seterusnya saya juga dapat belajari menggunakan instrumen pemerhatian terhadap kanak-kanak dan dapat membelajari merancang dan mengelola aktiviti susulan dan tindakan susulan yang sesuai bagi meningkatkan lagi perkembangan kanak-kanak. Saya juga dapat memahami tentang aspek-aspek pemerhatian dan penilaian kanak-kanak secara mendalam lagi.Selain itu kerja kursus ini memberi banyak pengajaran seperti cara pengumpulan maklumat menggunakan pendekatan terus dan pendekatan tidak langsung.Kerja kursus ini juga meliputi instrumen pemerhatian dan instrumen lisan yang boleh digunakan di kalangan kanak.Saya juga dapat membelajari cara membuat penilaian secara menyeluruh yang merangkumi domain kognitif,afektif dan psikomotor.Terdapat beberapa aspek perkembangan dalam setiap domain.Saya baru mengetahui bahawa hasil kerja kanak-kanak adalah himpunan aktiviti yang dilaksanakan sepanjang mereka berada di prasekolah. Selain di atas saya juga mengetahui maksud tindakan susulan dan bagaimana mengaplikasikan tindakan susulan.Saya juga dapat mengenali murid dengan lebih dekat melalui pelbagai aktiviti dan perbualan dengannya. Naim adalah seorang murid yang normal dan cergas. Tahap kognitif,psikomotor dan afektif yang seimbang membuatkan saya mudah untuk menilainya. Perbincangan dengan Guru Prasekolah amat penting bagi memberi peluang kepada saya mendalami ilmu penaksiran dan penilaian. Daripada konsep, objektif dan prinsip ini, saya akan bertanya dan berbincang pelbagai soalan mengenai penilaian. Saya juga akan berbincang tentang keberkesanan penilaian berterusan terhadap kanak-kanak prasekolah. Saya juga berbincang dengan rakan-rakan untuk mencambahkan lagi pemikiran.Di sini juga saya dapat melihat perubahan kemajuan yang ditunjukkan oleh murid. Secara langsung saya dapat mengesan kelemahan yang dia ada dan cara untuk memperbaiki kelemahannya. Saya sedar betapa pentingnya bimbingan oleh orang dewasa dalam perkembangan maksimum kanak-kanak. Jadi saya perlu membimbing mereka ke arah tahap yang sepatutnya agar tidak membebankan diri mereka dan orang lain pada masa akan datang. Kesan daripada tidak membimbing kanak-kanak pada tahap sepatutnya akan menyebabkan mereka akan merasa rendah diri dengan rakan sebaya yang lain. Selain itu mereka tidak yakin dengan kebolehan sebenar yang mereka ada. Oleh itu penilaian berterusan sangat penting dilakukan pada usia prasekolah bagi mengesan dan memulih secara serta-merta dapat memudahkan kerja guru agar kelemahan murid tidak terkumpul.Sesungguhnya melalui tugasan ini, telah banyak memberi input dan pengetahuan baru kepada saya. Melalui tugasan ini saya telah mengenal pasti dan menjelaskan konesp yang berkaitan dengan penilaian dan penaksiran prasekolah. Tugasan ini juga mengajar saya untuk membuat penilaian yang. Selain itu, tugasan ini telah menyedarkan saya betapa pentingnya penilaian berterusan untuk kanak-kanak. Pengetahuan yang saya perolehi darpada kerja kursus ini sangat berguna kepada saya kerana satu hari nanti semua ilmu ini pasti saya perlukan untuk melaksanakan tugas harian sebagai seorang guru yang begitu mencabar. Saya sebagai bakal guru yang akan mengajar di prasekolah pastinya akan melakukan semua ini. Melalui semua pengalaman ini,saya boleh membuat persediaan dalam menghadapi dunia perguruan ini.Tambahan pula, pengalaman berinteraksi bersama pensyarah,guru-guru dan rakan-rakan bagi melaksanakan tugasan ini membolehkan saya memperbaiki dan meningkatkan cara saya berkomunikasi. Hal ini sekaligus dapat melatih saya untuk berkomunikasi dengan baik dan membuat persediaan untuk menjadi seorang guru yang berkualiti. Selain itu, tunjuk ajar yang diberikan oleh para pensyarah dalam proses menyiapkan tugasan ini membolehkan saya memperbaiki kelemahan yang terdapat pada diri saya dan tidak akan mengulanginya lagi pada masa hadapan.Secara keseluruhannya, tugasan kerja kursus ini telah memberikan banyak faedah kepada saya dan membuatkan saya lebih memahami tugas seorang guru sekaligus menanamkan rasa cinta terhadap profesion yang mulia ini serta menambahkan lagi semangat saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan sanggup berkorban demi agama bangsa dan negara.