mte 3113 - pengendalian data

Upload: puanyana

Post on 02-Jun-2018

319 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/11/2019 Mte 3113 - Pengendalian Data

    1/42

    MTE 3113 : MENGAJAR GEOMETRI, SUKATAN DAN PENGENDALIAN

    DATA

    PENGGUNAAN PETA PEMIKIRAN DAPAT MENGUKUH DAN MENGHASILKAN

    PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG BERKESAN

    Kekuatan dan kemajuan sesebuah negara adalah terletak kepada tahap

    ilmu dan kemahiran yang dikuasai oleh rakyat negara tersebut. Oleh itu, sistem

    pendidikan diberi mandat besar untuk menyampaikan ilmu dan kemahiran kepada

    rakyatnya. Sehubungan dengan itu Malaysia telah mengalami tranformasi dalam

    bidang pendidikan. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025

    menekankan kepada konsep kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) untukmelahirkan pelajar yang dapat berdaya saing menjelang abad ke 21.

    Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) merupakan salah satu komponen

    utama dalam kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis dan ia merupakan aras

    yang paling tinggi dalam hierarki proses kognitif.. Kemahiran berfikir aras tinggi itu

    berlaku apabila seseorang itu mendapat maklumat baru, menyimpan, menyusun

    serta mengaitkannya dengan pengetahuan sedia ada dan akan memanjangkan

    maklumat itu untuk mencapai sesuatu tujuan atau penyelesaian situasi rumit.

    Menurut kamus dewan edisi keempat, berfikir ialah menggunakan akal untuk

    menyelesaikan sesuatu . Kamus dewan edisi kedua pula menyatakan berfikir ialah

    bekerja dengan otak untuk membuat sesuatu keputusan. Beyer,B.K,1991

    mendefinisikan berfikir sebagai kebolehan manusia untuk membentuk konsep,

    memberi sebab, atau membuat penentuan. Menurut Nickerson, Perkins dan Smith,

    1985, berfikir ialah satu koleksi kemahiran atau operasi mental yang digunakan oleh

    seseorang individu.

    Fraenkel, J.R, 1980 pula menyatakan bahawa berfikir merupakan

    pembentukan idea, pembentukan semula pengalaman dan penyusunan maklumat

    dalam bentuk tertentu. Mayer, R.E. 1977 memberi maksud berfikir ialah satu proses

    yang melibatkan pengelolaan operasi mental tertentu yang berlaku dalam minda

    atau system kognitif seseorang yang bertujuan untuk menyelesaikan masalah.

  • 8/11/2019 Mte 3113 - Pengendalian Data

    2/42

    Strategi yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran

    Matematik adalah menggunakan kaedah peta minda. Menurut Tony Buzan (2003),

    dimana beliau menyatakan manusia akan mudah mengingati sesutau yang menarik

    untuk dipandang dan tulisan atau gambar ringkas yang mengandungi maklumat

    yang boleh disimpan di dalam minda manusia. Ini menunjukkan selain pemahaman

    terhadap apa yang diulangkaji, proses untuk mengingat juga haruslah penting untuk

    pelajar memanggil kembali data yang telah disimpan tadi. Oleh itu, dalam

    memudahkan pemahaman serta dapat menarik minat dan memanipulasi kedua-dua

    otak, kaedah pembelajaran secara peta minda yang diperkenalkan oleh Tony

    Buzan adalah satu daripada kaedah pembelajaran yang boleh diaplikasikan dalam

    bentuk modul.

    Pandangan beliau dipersetujui kerana melalui peta pemikiran yang

    dihasilkan, orang ramai dapat memperbaiki daya konsentrasi, pemahaman, dan

    mengaktifkan fungsi kedua-dua belah otak. Apabila konsep sains difikir dalam

    bentuk tulisan dan lukisan, kedua-dua belah otak diaktifkan dan dapat mengingat

    konsep sains tersebut. Penggunaan peta pemikiran lebih mudah untuk dirakamkan

    dalam ingatan jangka panjang.

    Amalan pengajaran menggunakan konsep peta minda dalam pembelajaran

    dan dalam bilik darjah amat penting dalam merealisasikan matlamat kurikulum. Ini

    adalah kerana menurut Wahidin et al. (2004), penggunaan konsep peta minda

    dalam pengajaran dapat menunjukkan peningkatan sikap pelajar terhadap

    matapelajaran yang diajar. Kaedah-kaedah alternatif yang selari dan bersesuaian

    dengan kehendakkurikulum perlu diketahui dan difahami oleh pengamal-pengamal

    kurikulum.

    Menurut Huo Kok Sen (dalam Tukiran, 2004), kesan penggunaan konseppeta minda ini telah banyak dilihat keberkesanannya di luar negara sebagai satu

    advancer organizer untuk pembelajaran sains. Peta konsep dilihat sebagai bahan

    bantu mengajar yang baru untuk memperbaiki kaedah pembelajaran yang lama

    bagi menggalakkan pemikiran yang kritis. Selain daripada itu, peta konsep juga

    digunakan untuk mengukuhkan pengalaman pembelajaran pelajar bagi

    mewujudkan suasana pembelajaran yang efektif (Canas et al., 2003). Pendekatan

    pembelajaran yang betul dan tepatdilihat sebagai penyumbang ke arah

    merealisasikan kecemerlangan pendidikan seiring dengan Falsafah Pendidikan

  • 8/11/2019 Mte 3113 - Pengendalian Data

    3/42

    Kebangsaan bagi melahirkan insan berkebolehan, berkemahiran tinggi,

    bertanggungjawab dan berfikiran positif.

    Pembelajaran melalui konsep peta minda akan menjadi pembelajaran lebih

    bermakna kerana ia tidak membosankan dan menggunakan pengetahuan sedia

    ada dan pengetahuan yang baru diterimanya bagi menunjukkan perkaitan dan

    perhubungan di antara sesuatu konsep yang dipelajari. Dengan cara ini,

    pemahaman pelajar dapat dikukuhkan dan prestasi pelajar dalam sesuatu

    matapelajaran akan meningkat.

    Pada pandangan Azizah Abdullah (2000), penggunaan peta konsep dapat

    memudahkan pemikiran pelajar, membantu mengukuhkan daya ingatan, dan

    mengingati fakta-fakta penting yang kemudiannya boleh dihuraikan dengan baik.

    Manakala Poh Swee Hiang (2006) berpendapat, peta pemikiran membantu

    mencatat nota dengan pantas dan mengelakkan pengulangan perkataan. Nota

    tersebut wujud sebagai satu gambaran mental yang lengkap, bermakna, dan

    senang diingati.

    Dapatan pentaksiran antarabangsa (TIMSS dan PISA) mendapati

    kedudukan Malaysia semakin menurun dalam subjek bahasa, Sains dan Matematik.

    Kajian mendapati murid berpengetahuan, tetapi tidak tahu untuk

    mengaplikasikannya. Jadi Program i-THINK telah diperkenalkan. Ia ialah adalah

    bertujuan untuk melahirkan modal insan masa depan yang mempunyai pemikiran

    kreatif, kritis dan inovatif serta memupukkemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan

    mampu berdaya saing.

    Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT atau HOTs) ialah kemahiran berfikiryang tidak menggunakan algoritma dan boleh mempunyai banyak penyelesaian. Ini

    juga membawa maksud tidak berfikir dengan cara kebiasaan kita berfikir dalam

    menyelesaikan sesuatu masalah. Seseorang itu perlu lebih kreatif apabila

    menghadapai masalah dengan mempunyai lebih dari satu penyelesaian. Ia

    merupakan empat aras teratas dalam Taksonomi Bloom iaitu mengaplikasi,

    menganalisis, menganalisa, menilai dan mencipta. Ia termasuk pemikiran kritial,

    pemikiran kreatif, pemikiran logical, pemikiran reflektif dan meta-kognitif. Kemahiran

    berfikir aras tinggi (KBAT) dicetuskan melalui masalah bukan rutin iaitu masalah

    yang tidak jelas.

    http://www.cikguhailmi.com/2013/02/HOTs-higher-order-thinking-skills-kemahiran-berfikir-aras-tinggi-sains-matematik.htmlhttp://www.cikguhailmi.com/2013/02/HOTs-higher-order-thinking-skills-kemahiran-berfikir-aras-tinggi-sains-matematik.html
  • 8/11/2019 Mte 3113 - Pengendalian Data

    4/42

    Pemikiran Aras Tinggi (HOTs) merupakan salah satu komponen utama

    dalam kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis (KBKK). George Polya dalam

    tahun 1957 berjaya membina satu model penyelesaian matematik yang dikenali

    sebagai "Model Polya". KBAT juga merupakan aras yang paling tinggi dalam hirarki

    proses kognitif. Ianya berlaku apabila seseorang mendapat maklumat baru,

    menyimpan dalam memori dan menyusun, mengaitkan dengan pengetahuan sedia

    ada dan memanjangkan maklumat ini untuk mencapai sesuatu tujuan atau

    penyelesaian situasi rumit.

    Manakala Onosko dan Newmann (1994) pula mendefinasikan Pemikiran

    Aras Tinggi (higher order thinking) sebagai penggunaan minda secara meluas untuk

    menghadapi cabarancabaran baru. Penggunaan minda secara meluas berlaku

    apabila seseorang itu perlu mentafsir, menganalisis atau memanipulasi maklumat

    untuk menjawab soalan atau menyelesaikan masalah yang dikemukakan. Hanya

    dengan mengaplikasikan maklumat yang telah diperoleh lebih awal untuk menjawab

    soalan atau menyelesaikan masalah dalam situasi baru mungkin tidak akan

    membuahkan hasil.

    Zevin (1995) pula berpendapat, Pemikiran Aras Tinggi merupakan perluasan

    maklumat yang sedia ada dalam minda untuk menghasilkan sesuatau yang baru

    atau asli. Masalah-masalah yang mempunyai pelbagai kemungkinan penyelesaian

    merupakan nadi kepada Pemikiran Aras Tinggi.

    Menurut kajian yang yang dilakukan oleh UN Education Index, Malaysia

    muncul ditempat ketiga terakhir daripada 181 buah Negara. Manakala kajian

    Programme for International Student Assesment(PISA) pula meletakkan Malaysia

    di tangga 55 daripada 74 buah Negara. Laporan TIMSS 2011 juga mendedahkan

    kejatuhan kedudukan Malaysia dalam mata pelajaran Matematik iaitu padakedudukan 16 (1999), 10 (2003), 20 (2007) dan 26 (2011). Begitu juga dengan

    kejatuhan markah purata iaitu 519 (1999), 508 (2003), 474 (2007) ke 440 (2011).

    Dalam PPPM 2013-2025, ada menetapkan sasaran, Malaysia perlu

    mencapai skor purata 500 di TIMSS menjelang 2015 dan menjelang 2025, Malaysia

    perlu mencapai 1/3 tempat teratas dalam TIMSS dan Pisa. Oleh itu kemahiran

    berfikir aras tinggi perlu diterapkan dalam sistem pendidikan di Malaysia umumnya

    dan pendidikan Matematik khasnya kerana murid perlu ada keupayaan penaakulan,

    membuat unjuran dan mengaplikasi pengetahuan secara kreatif dalam suasana

  • 8/11/2019 Mte 3113 - Pengendalian Data

    5/42

    yang berlainan. Murid juga memerlukan ciri-ciri kepimpinan untuk bersaing di

    peringkat global.

    Pentaksiran antarabangsa TIMSS dan PISA menunjukkan murid di Malaysia

    sukar mengaplikasi kemahiran berfikir aras tinggi. Kajian tinjauan ke atas syarikat

    Malaysia dan syarikat antarabangsa juga melaporkan bahawa murid Malaysia gagal

    menguasai kemahiran insaniah yang diperlukan oleh bakal majikan.

    Menurut definisi yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia,

    kemahiran berfikir aras tinggi ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan,

    kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan

    masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.

    11 anjakan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-

    2025 ada menyatakan bahawa, untuk meningkatkan kualiti pendidikan bertaraf

    antarabangsa, rombakan semula peperiksaan dan pentaksiran untuk meningkatkan

    tumpuan terhadap kemahiran berfikir aras tinggi (higher order thinking skills) adalah

    perlu untuk menghasilkan modal insan yang cerdas, kreatif dan inovatif bagi

    memenuhi cabaran abad 21 agar Negara mampu bersaing di persada dunia.

    Menjelang tahun 2016, peratusan soalan berbentuk pemikiran aras tinggi

    akan ditambah sehingga merangkumi 80% daripada keseluruhan soalan UPSR,

    80% dalam pentaksiran pusat untuk Tingkatan 3, 75% daripada keseluruhan soalan

    bagi mata pelajaran teras SPM dan 50% bagi soalan mata pelajaran elektif SPM.

    Perubahan dalam reka bentuk peperiksaan bermaksud guru tidak lagi perlu

    meramal bentuk soalan dan topik yang akan diuji, dan pada masa yang sama tidak

    perlu melaksanakan latih tubi terhadap topik terhadap topik tertentu.Sebaliknya

    murid dilatih berfkir secara kritis dan mengaplikasi ilmu yang dipelajari dalam

    pelbagai konteks keperluan. Penilaian berasaskan sekolah juga memberikantumpuan untuk kemahiran berfikir aras tinggi.

    Sistem pendidikan Malaysia yang berlandaskan sistem peperiksaan , telah

    memaksa guru menggunakan konsep hafalan terhadap para pelajar. Pengajaran

    disediakan sepenuhnya untuk peperiksaan. Maka dengan mudah pelajar dapat

    menggarap markah sepenuhnya melalui soalan-soalan awal yang memerlukan

    penghafalan fakta dan sebagainya. Justeru itu kemahiran berfikir aras tinggi(KBAT)

    diperkenalkan untuk mengubah amalan tersebut kepada konsep kefahaman sejajar

    dengan hasrat hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia Negara maju menjelang

  • 8/11/2019 Mte 3113 - Pengendalian Data

    6/42

    abad 21. Di samping itu, tujuan lain kemahiran berfikir aras tinggi(KBAT)

    diperkenalkan adalah untuk:

    i. meningkatkan tahap kesedaran pengetahuan

    ii. mewajarkan penyelesaian dan penemuan(lebih banyak analisa,

    menilai dan mencipta)

    iii. diperlukan untuk penyiasatan saintifik

    iv. konsep matematik dapat dipelajari dengan lebih berkesan

    menggunakan KBAT

    v. meningkatkan keupayaan murid dalam menyiasat dan meneroka

    idea Matematik

    Dengan adanya peta pemikiran, murid dan pelajar mendapat latihan berfikir

    secara kritis dan kreatif untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah

    dengan bijak. Mereka dapat mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman dan

    kemahiran berfikir secara lebih praktik sama ada di dalam atau di luar sekolah.

    Di samping itu, mereka dapat menghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif

    dan inovatif mengatasi kesilapan-kesilapan berfikir yang terburu-buru, bercelaru,

    kabur dan sempit. Seterusnya, ini dapat meningkatkan aspek kognitif dan afektif,

    dan seterusnya perkembangan intelek mereka seperti bersikap terbuka dalam

    menerima dan memberi pendapat, membina keyakinan diri untuk memberi hujah

    membuat pertimbangan berdasarkan alasan dan bukti serta berani memberi

    pandangan dan kritik.

    Penyataan ini disokong oleh kajian yang dibuat oleh Nor Azura binti Mohd

    Zaki (2008), menunjukkan bahawa penggunaan unsur grafik dan warna dapat

    menarik minat perhatian pelajarnya. Unsur ini penting dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran kerana dapat meningkatkan kefahaman terhadap sesuatu konsepsains.

    Antara kegunaan peta pemikiran ialah murid dapat mencatat nota, mencatat

    isi penting daripada teks atau bahan yang dibaca, perancangan dalam membuat

    laporan, membuat synopsis dan membuat persembahan hasil perbincangan dan

    sumbang saran.

  • 8/11/2019 Mte 3113 - Pengendalian Data

    7/42

    Walau bagaimanapun, masih terdapat kelemahan peta pemikiran iaitu ia

    hanya difahami oleh segelintir golongan sahaja. Contoh peta minda terlalu ringkas,

    guna singkatan, bahasa atau perkataan tertentu. Di samping itu, kata kunci tak

    sesuai mengakibatkan sukar untuk diingati, tiada huraian yg jelastulis hanya dlm

    bentuk singkatan, terlalu panjang dan kompleks (berserabut atau berselerak).

    Namun begitu masih lebih banyak kebaikan peta minda dalam proses

    pembelajaran iaitu ia mudah diingati kepada pembuat peta minda, dapat dibaca dgn

    mudah, mudah memahami sesuatu konsep serta dapat membantu membentuk

    gambaran mental daripada perkara yg didengari, dilihat, dibaca dan difikirkan.

    Kajian yang dibuat oleh Mohd Zamri bin Ibrahim (2009), beliau cuba

    mengalihkan perhatian pelajarnya supaya dapat menguasai tajuk pengajaran yang

    diajar dan cuba mengaplikasi pengetahuan menggunakan peta minda dan borang

    grafik sebagai satu cara mencatat nota dan memudahkan proses menyimpan

    maklumat dan mengingatkan kembali. Baginya, kemahiran belajar secara berkesan

    meningkatkan prestasi dalam semua mata pelajaran.

    Kajian yang dibuat oleh Zalekha binti Haji Elie (2005) juga melibatkan

    penggunaan peta minda. Kajiannya adalah untuk melatih murid-murid melahirkan

    dan menghuraikan isi-isi penting yang berkaitan dengan tajuk karangan yang diberi.

    iTHINK bermaksud innovative thinking (Pemikiran Inovatif) yang bertujuan

    untuk mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan

    pelajar ke arah menghasilkan pelajar yang kreatif, kritis dan inovatif. Program ini

    adalah hasil kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan Agensi

    Inovasi Malaysia (AIM) serta telah dirintis di 10 buah sekolah yang terdiri daripada 6

    sekolah rendah dan 4 sekolah menengah sebelum diperkembangkan ke seluruhMalaysia.

    Program i-Think merupakan satu program yang memberi perhatian kepada

    Peta Pemikiran. Peta pemikiran digunakan untuk meningkatkan daya pemikiran

    seseorang. Setiap peta pemikiran mempunyai proses pemikiran yang disesuaikan

    mengikut tajuk atau unit pelajaran. Peta Pemikiran adalah alat berfikir yang

    dipersembahkan dalam 8 bentuk peta pemikiran secara visual yang mudah

    digunapakai dan difahami merentasi kurikulum. Ia boleh digunapakai oleh murid

    seawal usia 4 tahun. Ada 8 jenis peta pemikiran yang boleh digunakan.

  • 8/11/2019 Mte 3113 - Pengendalian Data

    8/42

    Menerusi program i-Think ini, mengemukakan 8 jenis peta iaitu Peta

    Bulatan, Peta Buih, Peta Buih Berganda, Peta Pokok, Peta Dakap, Peta Alir. Peta

    Pelbagai Alir dan yang terakhir adalah Peta Titi.

    Berikut adalah gambaran keseluruhan Peta Pemikiran yang terdapat dalam i-Think.

    1. Circle Map (Peta Bulatan)

    Circle Map digunakan untuk sumbangsaran idea dan mempamerkan

    pengetahuan sedia berkaitan sesuatu tajuk dengan memberikan maklumat

    mengikut konteks. Bulatan mendefinisikan proses pemikiran seperti

    mengikut konteks/senaraikan, jelaskan, tuliskan semua yang anda tahu,

    sumbangsaran, kenalpasti, kaitkan dengan pengetahuan sedia ada,

    meneroka makna atau maklumat.

    Contoh:Apa yang anda tahu tentang pengukuran?

  • 8/11/2019 Mte 3113 - Pengendalian Data

    9/42

    2. Bubble Map (Peta Buih)

    Bubble Map digunakan untuk memperkaya kebolehan murid bagi

    mengenalpasti atau menunjukkan kualiti. Biasanya menggunakan perkataan

    deskriptif atau huraian. Peta Buih melibatkan proses pemikiran yang

    menerangkan kualiti seperti terangkan, jelaskan, gunakan 5 pancaindera

    untuk menerangkan sesuatu, kualiti, sifat, dan ciri-ciri.

    Contoh: Huraikan proses bahagi dan ciri-cirinya.

    3. Double Bubble Map (Peta Buih Berganda)

    Double Bubble Map digunakan untuk membanding beza sesuatu. Peta Buih

    Berganda melibatkan proses pemikiran seperti bandingkan, bezakan,carikan

    persamaan dan perbezaan, atau bezakan antara A dengan B.

    http://1.bp.blogspot.com/-Gkr-33Kd4D4/Un2KuXvXT2I/AAAAAAAAFwE/2Su8FaKKqKQ/s1600/double+bubble+map.jpghttp://1.bp.blogspot.com/-Gkr-33Kd4D4/Un2KuXvXT2I/AAAAAAAAFwE/2Su8FaKKqKQ/s1600/double+bubble+map.jpg
  • 8/11/2019 Mte 3113 - Pengendalian Data

    10/42

    4. Tree Map (Peta Pokok)

    Tree Map digunakan untuk mengklasifikasikan bahan atau idea. Peta pokok

    melibatkan proses pemikiran sepertu membuat pengelasan, kelaskan,

    asingkan, kategorikan, kenalpasti antara idea utama dan penjelasannya.

    5. Brace Map (Peta Dakap)

    Brace Map digunakan untuk menganalisis objek fizikal. Garisan sebelah kiri

    adalah nama atau imej keseluruhan objek. Garisan pada bahagian kedua

    adalah bahagian utama. Ia melibatkan proses pemikiran seperti hubungan

    seluruh bahagian, sebahagian daripada.., tunjukkan struktur., ambil

    sebahagian daripada., kenalpasti struktur, komponen fizikal, atau anatomi.

  • 8/11/2019 Mte 3113 - Pengendalian Data

    11/42

    6. Flow Map (Peta Alir)

    Flow Map digunakan untuk membuat urutan sesuatu proses. Peta Akir

    melibatkan proses pemikiran seperti susunkan mengikut aturan yang betul,

    ceritakan/ kira semula, kitaran, tunjukkan proses, selesaikan masalah, atau

    mengkaji corak (trend).

    7. Multi-flow Map (Peta Pelbagai Alir)

    Multi-flow Map digunakan untuk menunjukkan dan menganalisis hubungan

    sebab dan akibat. Segiempat yang berada di tengah adalah peristiwa yang

    penting. Bahagian sebelah kiri adalah sebab-sebab peristiwa tersebut,

    manakala bahagian sebelah kanan pula adalah akibat daripada peristiwa

    tersebut. Ia melibatkan proses pemikiran seperti sebab dan akibat,

    bincangkan akibatnya/ pengajaran, apakah yang akan berlaku sekiranya.,

    jika.maka.., terangkan perubatan., kenalpasti pengajarannya,

    kenalpasti keputusan daripada., dan apa yang berlaku jika.

    http://3.bp.blogspot.com/-p8aZ6jn5Igk/Un2Kvd-al6I/AAAAAAAAFwM/BlgvYKrJMzI/s1600/flow+map.jpghttp://4.bp.blogspot.com/-mv5HIxCy4l0/Un2Kto3eXiI/AAAAAAAAFv8/9b8ml_XbZ1Q/s1600/multi+flow+map.jpghttp://3.bp.blogspot.com/-p8aZ6jn5Igk/Un2Kvd-al6I/AAAAAAAAFwM/BlgvYKrJMzI/s1600/flow+map.jpghttp://4.bp.blogspot.com/-mv5HIxCy4l0/Un2Kto3eXiI/AAAAAAAAFv8/9b8ml_XbZ1Q/s1600/multi+flow+map.jpg
  • 8/11/2019 Mte 3113 - Pengendalian Data

    12/42

    8. Bridge Map (Peta Titi)

    Bridge Map digunakan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk

    mengaplikasikan proses analogi dengan menggunakan faktor

    penghubungan. Peta titi melibatkan proses pemikiran seperti analogi

    (hubungan yang sama, mencari faktor penghubung), kenalpasti perkaitan,

    meneka peraturan, simbol, analogi, dan kesetaraan.

    Menurut Krulik dan Rudnick (1989), penyelesaian masalah merupakan satu

    proses yang kompleks dan sukar dipelajarinya. Ia mengandungi satu siri tugasan

    dan proses pemikiran yang dihubungkait rapat untuk membantu pembentukan satu

    set heuristik atau corak heuristik. Ia merupakan satu set cadangan dan soalan yang

    harus dilalui oleh pelajar untuk membantunya dalam penyelesaian masalah.

    Heuristik adalah kaedah umum yang dapat diaplikasikan kepada semua

    kelas masalah. Terdapat beberapa model penyelesaian masalah yang sering

    digunakan dalam pendidikan matematik seperti Model Lester (1975), Model Mayer

    (1983), Model Polya (1973) dan Model Schoenfeld (1985).

    Model Polya digunakan di sekolah dalam kurikulum matematik bagi

    Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dan sekolah rendah (KBSR).

    Model empat langkah ini juga mudah difahami dan sering digunakan dalam

    penyelidikan masalah matematik di Malaysia (Lau, Hwa, Lau, & Limok 2003; Noor

    Azlan & Lui, 2002). Menurut Model Polya (1973), terdapat empat fasa penyelesaian

    masalah matematik merangkumi; memahami masalah; memahami pelan;

    merancang pelan, dan mengimbas kembali.

    http://2.bp.blogspot.com/-D4K-1c6pFCs/Un2Kl8mk5tI/AAAAAAAAFvk/zt7Ffna-gQo/s1600/bridge+map.jpg
  • 8/11/2019 Mte 3113 - Pengendalian Data

    13/42

    1. Berikut adalah contoh pelajar menyelesaikan masalah menggunakan peta

    pemikiran I-Think.

    Dalam setiap fasa penyelesaian masalah, beberapa soalan ditanya atau

    cadangan untuk membantu para pelajar memahami masalah serta mendapat

    penyelesaian tentang masalah tersebut. Salah satu pendekatan pengajaran ialah

    pendekatan berpusatkan masalah (problem-centered approach). Pendekatan ini

    dipercayai dapat menerokai idea idea penting dalam matematik serta

    memperkembangkan kuasa matematik iaitu keupayaan untuk membuat matematik

    dan mempunyai celik akal dalam pembelajaran matematik. Ianya juga dapat

    mengelakkan penekanan daripada melakukan aktiviti matematik kepada

    memikirkan hubungan antara ideaidea matematik. Menurut Schroeder dan Lester

    (1989) sesuatu masalah boleh digunakan sebagai satu cara untuk mempelajari isi

    kandungan dalam matematik.

    Dalam penyelesaian masalah juga terdapat dua jenis masalah iaitu masalah

    rutin (routine problem) dan masalah bukan rutin (non-routine problem). Masalah

    rutin (routine problem) ialah ialah jenis masalah matematik secara mekanikal iaitu

    pengiraan, ianya bertujuan untuk melatih pelajar untuk menguasai kemahiran asas

  • 8/11/2019 Mte 3113 - Pengendalian Data

    14/42

    terutamanya kemahiran aritmetik yang melibatkan empat operasi dalam matematik

    iaitu penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian. Dan juga aplikasi

    secara terus (direct) yang menggunakan formula matematik, mengikut prinsip

    matematik, secara teori dan persamaan.

    Secara umumnya masalah rutin ini ialah jenis penyelesaian masalah dalam

    matematik yang paling mudah atau asas ianya bertujuan untuk memudahkan

    pelajar menguasai konsep algoritma. Manakala masalah bukan rutin (non-routine

    problem) pula ialah penyelesaian masalah yang unik dimana memerlukan pelajar

    mangaplikasikan kemahiran dan konsep atau prinsip dalam matematik yang telah

    dipelajari dan dikuasai. Kaedah penyelesaian masalah bukan rutin dalam matematik

    tidak boleh dihafal atau dicongak tidak sepertimana menjawab soalan yang

    berbentuk pengiraan.

    Proses penyelesaian masalah ini memerlukan satu set aktiviti yang

    sistematik dimana ianya mempunyai perancangan yang logik termasuk strategi

    yang hendak digunakan serta pemilihan kaedah yang sesuai untuk

    melaksanakannya.

    Dalam penyelesaian masalah dalam matematik, lebih daripada satu strategi

    digunakan untuk memperolehi penyelesaiannya. Strategi strategi yang biasa

    digunakan di sekolah rendah adalah seperti:

    1) Analysis method:

    Kaedah analisis ini biasanya untuk membantu para pelajar untuk

    memikirkan langkah yang paling sesuai untuk menyelesaikan masalah matematik.

    Pada dasarnya, kaedah ini mengandungi beberapa langkah penyelesaian yang

    mana beberapa soalan yang ditanya kepada murid untuk membantu mereka

    membuat analisis dengan betul iaitu:

    a) Apa yang telah diberi dalam soalan?

    b) Apa yang hendak dicari dalam soalan?

    c) Apakah langkah yang sesuai digunakan untuk selesaikan masalah?

  • 8/11/2019 Mte 3113 - Pengendalian Data

    15/42

    Contoh so alan :

    Harga kos bagi sebuah televisyen berjenama ialah RM 2880. Seorang jurujual telah

    menjual televisyen tersebut dengan harga RM 3400. Cari untuk yang diperolehi oleh

    jurujual tersebut?

    Strategi penyelesaian masalah :

    a) Apa yang telah diberi?harga kos dan harga jual

    b) Apa yang hendak dicari?untung

    c) Bagaimana untuk mencari untung? menggunakan operasi

    penolakan

    Penyelesaian :

    Harga kos : RM 2880 harga jual : RM 3400

    Untung : Harga JualHarga Kos

    RM 3400RM 2880

    = RM 520

    Dalam pendekatan kaedah analisis ini, strategi penyelesaian masalah ialah

    mengenalpasti maklumat dan itemitem yang terkandung dalam masalah tersebut.

    Analisis ini biasanya untuk memudahkan pelajar menjawab soalan yang bersiri.

    2) Analogy method :

    Kaedah analogy ini pula telah digunakan untuk menyelesaikan masalah

    dalam matematik yang mana ianya mengandungi langkah penyelesaian yang sama

    dengan penyelesaian masalah matematik yang sebelumnya. Apabila ingin

    menyelesaikan masalah matematik yang baru, guru akan melakarkan pemerhatian

    yang dibuat oleh pelajar berdasarkan kepada pengalaman lepas mereka tentang

    soalan tersebut, jadi mereka boleh mengaplikasikan proses penyelesaian masalah

  • 8/11/2019 Mte 3113 - Pengendalian Data

    16/42

    daripada apa yang telah mereka pelajari dengan menggunakan pendekatan yang

    sama untuk menyelesaikan masalah bagi soalan yang baru.

    Contoh soalan :

    Tukarkan 4 kg kepada unit gram?

    Pengalaman lepas (previous experience): pelajar telah belajar bagaimana untuk

    menukarkan unit 6 km kepada meter.

    Masalah baru : pelajar telah diarahkan untuk menukar unit 4kg kepada garam.

    Kedua-dua kaedah pertukaran unit itu adalah sama, oleh yang demikian pelajar

    pelajar ini sepatutnya boleh menggunakan strategi yang telah mereka perolehi

    daripada pengalaman lepas untuk menyelesaikan masalah yang baru.

    3) Diagram Method

    Dalam kaedah melukis gambar rajah ini biasanya maklumat atau situasi

    soalan ditunjukkan dalam bentuk gambar rajah. Dengan cara ini dapat

    memudahkan dan menolong pelajar untuk mengenalpasti hubungan diantara

    kuantiti yang dinyatakan dalam bentuk lebih mudah dan jelas. Dalam proses

    penyelesaian masalah dalam matematik boleh dilaksanakan dalam pelbagai jenis

    pendekatan penyelesaian masalah. Dalam pemerhatian ini, sesetengah pelajar

    lebih suka menggunakan pendekatan melukis gambar rajah untuk menyelesaikan

    masalah dalam matematik.

    Contoh soalan 1:

    Berapakah biji guli yang terdapat dalam 4 kotak jika setiap kotak mengandungi 5 biji

    guli?

    Penyelesaian :

    a) Pelajar perlu untuk membaca dan memahami kehendak soalan.

    b) Pelajar melukis gambar rajah untuk menyelesaikan masalah :

    c) Dengan menggunakan rajah yang telah dilukis, pelajar akan menulis :

  • 8/11/2019 Mte 3113 - Pengendalian Data

    17/42

    1 kotak ada 5 biji guli

    4 kotak ada = 4 x 5 giji guli

    = 20 biji guli

    4) Deduction Method:

    Deduction method adalah satu kaedah dimana ianya dilihat sebagai salah

    satu penyelesaian masalah yang kompleks berbanding dengan cara yang lain.

    Ianya bergantung kepada apa yang pelajar perolehi pada pengalaman lepas untuk

    selesaikan masalah matematik. Dalam pendekatan deduction (deduction approach),

    pelajar bukan sahaja diminta untuk menganalisis masalah tetapi pelajar juga perlu

    untuk mengingati dan menggunakan formula, prinsip atau teori dalam matematik

    bergantung kepada masalah yang telah dianalisis.

    Contoh soalan :

    Harga bagi 3 buah buku cerita ialah RM12. Berapakah harga bagi 10 buah buku

    cerita yang sama jenis?

    Penyelesaian :

    a) Selepas membaca soalan, pelajar ditanya objektif utama soalan tersebut?

    (untuk mencari harga 10 buah buku cerita)

    b) Apakah cara atau operasi yang sesuai untuk menyelesaikan masalah

    tersebut?

    ( kaedah operasi bercampur yang berkenaan dengan unit wang )

    c) Apakah maklumat yang boleh diperolehi daripada maklumat tersebut ?

    ( harga bagi 3 buah buku cerita = RM 12 )

  • 8/11/2019 Mte 3113 - Pengendalian Data

    18/42

    d) Pelajar telah diberi panduan untuk menggunakan maklumat yang diberi dan

    menyelesaikan masalah dengan menggunakan kaedah berkenaan dengan

    unit dibawah deductive approach.

    Harga 3 buah buku cerita = RM 12

    Harga 1 buah buku cerita = RM 12 3

    Harga 10 buah buku crita = RM 12 3 x 10

    = RM 4 x 10

    = RM 40

    5) Working Backwards :

    Working backwards merujuk kepada aplikasi yang menggunakan kaedah

    songsangan (inverse method) dalam menyelesaikan masalah dalam matematik.

    Contoh soalan :

    158 = ? ? + 8 = 15

    18 3 = ? ? x 3 = 18

    Dalam kedah ini fokus kepada matlamat untuk mendapat jawapan serta melihat

    kepada titik permulaan dalam proses penyelesaian masalah.

    6) Simplify The Problem :

    Kaedah ini merujuk kepada transformasi ayat matematik kepada bentuk

    bahasa matematik yang paling mudah dan ringkas.

  • 8/11/2019 Mte 3113 - Pengendalian Data

    19/42

    Contoh soalan :

    Berapakah yang perlu ditambah kepada hasil darab lima dan empat untuk

    mendapat jawapannya tiga puluh?

    Untuk menyelesaikan masalah matematik diatas, kita perlu tukarkan soalan dalam

    bentuk ayat berikut kepada bentuk persamaan matematik :

    5 x 4 + ? = 30

    7) Identification of Mathematics Pattern:

    Sesetengah masalah dalam soalan matematik mengandungi pola yang

    spesifik di mana ianya memerlukan kepastian dan kesimpulan yang betul untuk

    menyelesaikannya.

    Contoh soalan :

    Cari jumlah : 1+2+3+4+5+6+7+8+9+10

    Penyelesaian : dengan menggunakan kaedah yang paling ringkas untuk mencari

    jawapan.

    1+2+3+4+5+6+7+8+9+10

    8) Using experiment :

    Menggunakan eksperimen atau bahan untuk kajian yang melibatkan penyelesaian

    masalah adalah aplikasi kaedah yang paling praktikal dengan menggunakan bahan

    konkrit (menda maujud). Biasanya ia melibatkan tajuk isipadu, berat, pecahan,

    statistik dan masa.

  • 8/11/2019 Mte 3113 - Pengendalian Data

    20/42

    Antara con toh peta i-Think ialah:

    1. Senaraikan jenis-jenis poligon dalam peta bulatan di bawah.

    POLIGON

    PENTAGON

    TRAPEZIUMSEGITIGA

    HEPTAGON

    SISI

    EMPAT

    OKTAGONHEKSAGON

    NONAGON

  • 8/11/2019 Mte 3113 - Pengendalian Data

    21/42

    2. Cerakinkan nombor 5742

    Antara kelebihan i-THINK adalah Penyelesaian Masalah Berstruktur (PMB).

    Masalah/tugasan matematik yang diberi (contohnya buku teks) kepada pelajar:

    memerlukan murid berfikir secara mendalam untuk menyelesaikan masalah. Di

    samping itu murid dapat Mengenalpasti pengetahuan sedia ada murid dan

    menghubungkannya dengan konsep baru yang akan dipelajari. Seterusnya, kita

    dapat lihat kepelbagaian pendekatan penyelesaian yang boleh dibanding dan

    dianalisis untuk mengetengahkan idea-idea matematik.

    CERAKINKAN 5742

  • 8/11/2019 Mte 3113 - Pengendalian Data

    22/42

    Pengetahuan sedia ada pelajar perlu untuk menjangkakan pendekatan

    penyelesaian murid yang akan muncul, rancang pendekatan yang mana boleh

    dibincangkan di dalam bilik darjah. Walaubagaimanapun, strategi pengajaran

    sangat mencabar kerana guru bukan sahaja perlu merancang bahagian mereka,

    tetapi perlu menjangka pemikiran murid dan merancang bagaimana ianya boleh

    dipersembahkan dan dibincangkan untuk membentuk pemahaman matematik yang

    baru.

    Untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara yang maju, apa yang lebih

    penting ialah kita perlu menggunakan sepenuhnya apa yang berada di antara dua

    telinga kita, yakni minda kita, bukan apa yang berada di antara dua bahu kita, iaitu

    kekuatan, atau apa yang berada di antara dua tapak kaki kita iaitu sumber

    semulajadi. Dipetik daripada ucapan Y.A.B Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad,

    sewaktu melancarkan Wawasan 2010 pada 6 Februari 1996. Dapatlah dirumuskan

    bahawa kemahiran berfikir aras tinggi amatlah penting dalam pendidikan Matematik

    dan ia merupakan satu keperluan dalam penyelesaian masalah Matematik.

    Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) juga perlu untuk membina pengetahuan

    Matematik di kalangan pelajar agar dapat meningkatkan kecemerlangan dan

    mencapai hasrat dan aspirasi Negara.

  • 8/11/2019 Mte 3113 - Pengendalian Data

    23/42

    RUJUKAN

    Buku:

    Azizah Abdullah. (2000). Keberkesanan penggunaan peta konsep dalam mata

    pelajaran Sains tingkatan 1. DisertasiSarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan.

    Universiti Kebangsaan Malaysia.

    Poh Swee Hiang. (2006). Kemahiran Berfikir - Kurikulum Kursus Persediaan

    Program Sarjana Muda Pendidikan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn

    Bhd.

    Jurnal:

    Mohd Zamri Bin Ibrahim. (2009). Meningkatkan penguasaan pelajar dalam tajuk

    landskap menggunakan peta minda dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup

    Bersepadu Pilihan Sains Pertanian Tingkatan 3. Jurnal Penyelidikan Jabatan

    Pelajaran Negeri Kedah Tahun 2009, 124-132.

    Nor Azura binti Mohd Zaki. (2008). Menerangkan konsep istilah penging dalam

    mata pelajaran Pengajian Perniagaan Tingkatan 6 dengan motivasi My Aura

    Map. Jurnal Penyelidikan Pejabat Pelajaran Kota Kinabalu Sabah Tahun

    2008, 89-98.

    Zalekha Binti Hj Elie. (2005). Meningkatkan prestasi murid Tahun 5 Jaya dalam

    penulisan Bahasa Melayu menggunakan kaedah peta minda dan kata soal.

    Jurnal Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan Tahun 2005, 160-166.

    Internet:

    https://www.ithinkonline.org.my/

    http://eprints.uthm.edu.my/4169/1/WAHIDAH_ABU_BAKAR.pdf

    Buzan, T. (n.d). Official website of Mind Maping.Dimuat turun pada 28 Februari

    2012 darihttp://www.ThinkBuzan.com

    https://www.ithinkonline.org.my/https://www.ithinkonline.org.my/https://www.ithinkonline.org.my/https://www.ithinkonline.org.my/http://eprints.uthm.edu.my/4169/1/WAHIDAH_ABU_BAKAR.pdfhttp://eprints.uthm.edu.my/4169/1/WAHIDAH_ABU_BAKAR.pdfhttp://www.thinkbuzan.com/http://www.thinkbuzan.com/http://www.thinkbuzan.com/http://www.thinkbuzan.com/http://eprints.uthm.edu.my/4169/1/WAHIDAH_ABU_BAKAR.pdfhttps://www.ithinkonline.org.my/
  • 8/11/2019 Mte 3113 - Pengendalian Data

    24/42

    B. PENYEDIAAN PETA PEMIKIRAN (30%)

    Pilih salah satu topic MTE3113: Mengajar Geometri,

    Ukuran dan Pengendalian Data dan bina sekurang-

    kurangnya sepuluh (10) peta pemikiran yang berbeza

    dan relevan untuk dijadikan dalam bentuk buku skrap.

    Daripada peta pemikiran tersebut, pilih 3 yang paling

    sesuai dengan pindahkan peta pemikiran tersebut dalam

    bentuk poster dengan menggunakan kertas A3 dan

    dilaminate atau sebarang kertas keras yang sesuai.

  • 8/11/2019 Mte 3113 - Pengendalian Data

    25/42

    PETA POKOK

    PENGENDALIAN DATA

    MANIPULASI DATA

    PENGUMPULANDATA

    PENTERJEMAHAN

    DATA

    PAPARAN

    DATA

    PURATA

    MENGHASILKAN RUMUS

    MENGGUNAKAN RUMUS

  • 8/11/2019 Mte 3113 - Pengendalian Data

    26/42

    PETA ALIR

    PERINGKAT PERINGKAT PENGUMPULAN DATA

    PETA BUIH

    1. Menanya soalanutama yang ingin

    dibincangkan

    2. Perancangan apa yangperlu dibuat kepada data

    yang ingin dikutip

    3. Mengutip data denganmengikut syarat tertentu

    4. Persembahan datayang sesuai dengankaedah yang dipiih

    5. Mengintepretasi datadengan memberikanpenegasan dan fokus

    kepada data yangdigunakan

  • 8/11/2019 Mte 3113 - Pengendalian Data

    27/42

    PETA BUIH

    MASALAH-MASALAH

    DALAMPENGENDALIAN

    DATA

    DATA DARIPADAGRAF DIANGGAP

    TIDAKBERMAKNA

    KURANG BAHANYANG

    MEMBANTUPELAJAR

    MEMAHAMIKONSEP

    TIDAK DAPATMEMBUAT

    HUBUNGKAITDATA DENGAN

    KEHIDUPANSERIAN

    KURANG MAHIRPENGIRAAN

    DAN STRATEGIPENYELESAIAN

    MASALAH

  • 8/11/2019 Mte 3113 - Pengendalian Data

    28/42

    PETA BULATAN

    JENIS-JENIS

    CARTA DALAM

    PENGENDALIAN

    DATA

  • 8/11/2019 Mte 3113 - Pengendalian Data

    29/42

    PETA BUIH

    CIRI-CIRI

    CARTA

    PAI

    TERBAHAGIKEPADA

    BEBERAPASEKTOR

    MEMPUNYAITAJUK

    BERBENTUKBULAT

    SETIAP SEKTORADALAH

    SEBAHAGIANDARIPADA

    KESELURUHAN

    SETIAP SEKTORPERLU DILABEL

  • 8/11/2019 Mte 3113 - Pengendalian Data

    30/42

    PETA ALIR

    LANGKAH LANGKAH MELUKIS OGIF

    1. BINA JADUALKEKERAPAN

    LONGGOKAN

    2. TAMBAHKAN SATUKELAS DENGANKEKERAPAN 0

    SEBELUM KELASPERTAMA

    3. TENTUKAN

    SEMPADAN ATASSETIAP KELAS

    4. PILIH SKALA YANG

    SESUAI BAGI PAKSI XDAN PAKSI Y

    5. PLOTKAN SETIAPTITIK DAN LUKISKAN

    LENGKUNG

  • 8/11/2019 Mte 3113 - Pengendalian Data

    31/42

    PETA POKOK

    JENIS-JENISPURATA

    MIN

    PURATA BAGISEMUA NILAI

    RUMUS(JUMLAH

    BILANGAN)

    MOD

    KEKERAPANTERTINGGI

    PENGIRAANMELALUI FORMULA

    / KAEDAHHISTOGRAM

    MEDIAN

    TITIK TENGAH

    NOMBORDISUSUNMENAIK

  • 8/11/2019 Mte 3113 - Pengendalian Data

    32/42

    PETA BUIH

    JENIS-JENIS

    PERWAKILAN

    DATA

    HISTOGRAM

    Satu bentuk

    paparan data

    bergambar khas

    untuk data kuantitatif

    seperti data diskret

    dan data selanjar.

    CARTA PAI

    Carta berbentuk

    bulatan yang dibahagi

    kepada beberapa

    bahagian atau sektor di

    mana setiap sektor

    menggambarkan

    perkadaran kategori

    pengelasan data.

    CARTA PALANG

    Graf khas yang

    menggunakan palang

    atau bar untuk

    menunjukkan saiz

    data.

    POLIGON KEKERAPAN

    Graf yang terdiri

    daripada penyambungan

    titik tengah dengan

    menggunakan garis lurus

    bagi menggambarkan

    taburan kekerapan data

    kuantitatif.

    GRAF GARISAN

    Graf dimana maklumat

    ditunjukkan dan dikaitkan

    di antara satu sama lain

    dengan melukis satu

    garisan untuk

    menunjukkan nilai yang

    berbeza bagi satu tempoh

  • 8/11/2019 Mte 3113 - Pengendalian Data

    33/42

    CARTA BUIH BERGANDA

    PERBEZAAN ANTARA CARTA BAR DAN CARTA GARIS

    CARTABAR

    SISI YANGLURUS

    BERBENTUK

    SEGIEMPATTEPAT

    ADA 2JENIS:

    MELINTANG DAN

    MENEGAK

    CARTAGARIS

    ADA PAKSI XDAN PAKSI Y

    BENTUKSATU

    GARISANATAS GRAF

    TITIK-TITIK

    DISAMBUNGDENGANGARISAN

    PLOT TITIKDI ATASGRAF

  • 8/11/2019 Mte 3113 - Pengendalian Data

    34/42

    34

    PETA DAKAP

    SEJENIS

    CARTA

    BERBENTUK

    BULATAN

    BULATAN

    DIBAHAGIKAN

    KEPADA

    SEBILANGAN

    SEKTORTERTENTU

    LUAS SEKTOR

    ADALAH

    BERKADARAN

    DENGAN DATAYANG

    DIWAKILI

    LANGKAH-LANGKAH

    MEMBINA CARTA PAI:

    1. Lukis bulatan

    2. Tentukan saiz sudut

    sektor

    3. Bahagikan bulatanmengikut saiz sudut

    sektor

    4. Labelkan sektor bulatan

    FORMULA:

    JEJARI:

    Punca ganda dua -/ Jumlah

    ASPEK:

    Nilai setiap aspek x 360O

    Jum. keseluruhan aspek

    PERATUS:

    Nilai setiap aspek x 100%Jum. keseluruhan aspek

  • 8/11/2019 Mte 3113 - Pengendalian Data

    35/42

    35

    C. Penyediaan Prosedur Aktiviti PdP (30%)

    Kenal pasti satu standard pembelajaran dalam satu topik

    MTE3113 dan cipta tiga cadangan prosedur yang

    berbeza. Pembinaan prosedur yang lengkap hendaklah

    dibutirkan dengan terperinci dan dilengkapi dengan

    gambar rajah yang sesuai.

  • 8/11/2019 Mte 3113 - Pengendalian Data

    36/42

    36

    Topik : Pengendalian Data

    Sub-topik : Menyusun dan Mentafsir Data

    Bidang Pembelajaran : Membina Carta Pai Daripada Sekumpulan Data

    Objektif : Pada akhir pembelajaran, murid-murid dapat:

    i. Mentafsir data dengan betul.

    ii. Membina carta pai dengan polisterin bulat.

    Bahan : Polisterin bulat, pin bulat (merah, biru, dan hijau)

    Langkah-langkah:

    1. Aktiviti ini boleh dilaksanakan dalam kumpulan lima orang.

    2. Setiap kumpulan diberikan polisterin besar berbentuk bulat dan beberapa pin

    berwarna.

    3. Setiap kumpulan mencucuk pin berwarna pada lilitan bulatan. Jaraknya dipastikan

    sama.

    a) 5 pin merah

    b) 3 pin biru

    c) 2 pin hijau

    4. Setiap kumpulan diminta membuat garisan seperti dalam rajah di atas.5. Setiap kumpulan diminta membuat anggaran bilangan sektor yang diperolehi.

    6. Murid diminta menampal kad berwarna bersesuaian dengan setiap sektor.

    7. Guru menekankan kepada murid dengan konsep:

    a) Carta pai mewakili sebahagian daripada keseluruhan.

    b) Satu bulatan adalah keseluruhan dan setiap sektor adalah sebahagian daripada

    bulatan.

    8. Setiap kumpulan diminta menampal hasil kerja masing-masing di papan hitam.

    9. Setiap kumpulan diminta mencipta cerita melalui carta pai tersebut.10. Guru memberikan contoh:

    a) Sektor yang dilitupi oleh pin berwarna merah mewakili pizza yang diberi kepada

    Ranjit.

    b) Sektor yang dilitupi oleh pin berwarna biru mewakili pizza yang diberi kepada Ah

    Seng.

    c) Sektor yang dilitupi oleh pin berwarna hijau mewakili pizza yang diberi kepada

    Abu.

    11. Seorang murid dipilih mewakili kumpulan masing-masing untuk bercerita tentang

    cerita yang dicipta di hadapan rakan sekelas.

  • 8/11/2019 Mte 3113 - Pengendalian Data

    37/42

    37

    Topik : Pengendalian Data

    Sub-topik : Menyusun dan Mentafsir Data

    Bidang Pembelajaran : Membina Carta Pai daripada Sekumpulan Data

    Objektif : Pada akhir pembelajaran, murid-murid dapat:

    i. Membina Carta Pai Menggunakan Fraction Templates

    Bahan : Powerpoint, Kad fraction templates

    Langkah-langkah:

    1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.

    2. Setiap kumpulan dibekalkan dengan sehelai kertas yang mengandungi 3 fraction

    templates setiap kumpulan:

    a) Fraction template persepuluh

    b) Fraction template perlapan

    c) Fraction template perlima

  • 8/11/2019 Mte 3113 - Pengendalian Data

    38/42

    38

    3. Murid ditayangkan jadual melibatkan jumlah kekerapan sebanyak 10 menggunakan

    powerpoint.

    4. Setiap kumpulan dibimbing untuk memilih fraction template yang bersesuaian:

    a) Kira jumlah data dan kekerapan data. Jika 10, maka gunakan fraction template

    persepuluh

    5. Setiap kumpulan diminta untuk mewarnakan jumlah pecahan dengan warna yang

    bersesuaian dengan data.

    6. Murid dibimbing untuk mencari peratusan yang terlibat bagi setiap sektor.

    7. Murid dibimbing untuk melabel dan menamakan data.

    8. Guru perlu menerangkan serta mengaitkan peratusan dengan pecahan carta pai:

    a) Semakin luas kawasan yang diliputi oleh sesuatu warna, semakin besar

    peratusannya.

    9. Murid ditayangkan dengan data berlainan dan langkah membina carta pai diulang.

    10. Murid membina carta pai mengikut data yang berlainan.

  • 8/11/2019 Mte 3113 - Pengendalian Data

    39/42

    39

    Topik : Pengendalian Data

    Sub-topik : Menyusun dan Mentafsir Data

    Bidang Pembelajaran : Membina Carta Pai daripada Sekumpulan Data

    Objektif : Pada akhir pembelajaran, murid-murid dapat:

    i. Mentafsir data dengan betul untuk membina carta pai.

    Bahan : Jangka lukis, pembaris, dan pensel warna

    Langkah-langkah:

    1. Murid diminta duduk dalam kumpulan berlima.

    2. Murid diberikan satu kertas soalan penyelesaian masalah.

    3. Murid diminta melengkapkan jadual dan membina carta pai mengikut langkah yang

    betul pada ruang yang disediakan.

    4. Guru membimbing murid dengan memaparkan data memberikan contoh pengiraan

    bagi membina carta pai.

    Contoh:

    Jadual berikut menunjukkan hasil sebuah ladang dalam tahun 2014. Berdasarkan

    maklumat dalam jadual, lukiskan sebuah carta pai yang menunjukkan peratusan.

    HasilKuantiti

    (ton metrik)

    Kobis 2100

    Sayur manis 720

    Tembikai 360

    Teh 1500

    Kacang soya 540

    Jagung 180

    i) Jumlah hasil = 2100 + 720 + 360 + 1500 +540 + 180 = 5400 ton metric

  • 8/11/2019 Mte 3113 - Pengendalian Data

    40/42

    40

    ii) Kirakan saiz sudut sektor bagi:

    Kobis = (2100/5400) x 360o

    = 140o

    Sayur manis = (720/5400) x 360o

    = 48o

    Tembikai = (360/5400) x 360o

    = 24o

    Teh = (1500/5400) x 360o

    = 100o

    Kacang soya = (540/5400) x 360o

    = 36o

    Jagung = (180/5400) x 360o

    = 12o

    5. Murid dipilih secara rawak untuk menyatakan langkah-langkah membina carta pai:

    a) Lukis bulatan

    b) Bahagikannya kepada sektor-sektor mengikut saiz sudut yang ditentukan

  • 8/11/2019 Mte 3113 - Pengendalian Data

    41/42

    41

    c) Warnakan setiap sektor mengikut bilangan kekerapan bagi setiap item

    d) Cari peratusan bagi setiap sektor berikut:

    Kobis = (2100/5400) x 100% = 38.9%

    Sayur manis = (720/5400) x 100% = 13.3%

    Tembikai = (360/5400) x 100% = 6.7%

    Teh = (1500/5400) x 100% = 27.8%

    Kacang soya = (540/5400) x 100% = 10%

    Jagung = (180/5400) x 100% = 3.3%

  • 8/11/2019 Mte 3113 - Pengendalian Data

    42/42

    e) Labelkan sektor bulatan

    6. Kumpulan yang terpantas menjawab dengan betul dikira pemenang.

    7. Pemenang membentangkan hasil dapatan di hadapan kelas.