refleksi permainan tradisional -guli

4
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN (PJM3112) REFLEKSI NORIZZATI BT MOHD ADENAN 900406-09-5104 Syukur Alhamdulillah ke hadrat Ilahi kerana limpah kurniaNya, dapat juga saya menyiapkan tugasan yang telah diberikan dengan jayanya. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua ibu bapa dan kawan-kawan yang telah memberi dorongan dan sokongan kepada saya bagi menyiapkan tugasan Kerja Kursus Permainan Tradisional bagi mata Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani & Sukan (PJM 3112) . Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga kepada pensyarah pembimbing atas segala tunjuk ajar yang telah diberikan. Kumpulan kami telah menganjurkan permainan “Guli” sempena Karnival Kecil Permainan Tradisional Inter-Kumpulan bagi unit PISMP Pendidikan Jasmani Semester 5.Pelbagai input yang saya perolehi sepanjang menjayakan karnival berkenaan. Antara kekuatan yang saya dapati ialah dari aspek pengurusan permainan. Dari pemilihan permainan sehinggalah ke perlaksanaan permainan saya dan rakan-rakan dapat diuruskan dengan baik. Alhamdulillah, semua dapat melaksanakan tugas dengan baik. Di samping itu, banyak perkara yang saya pelajari sepanjang melaksanakan karnival kecil ini. Semua ini dapat diaplikasi kelak khususnya apabila sudah berada di sekolah. Bagi aspek perlaksanaan permainan semasa karnival. Semuanya berjalan dengan baik dan lancar. Kerjasama yang diberikan oleh pemain juga amat memuaskan dan mereka dapat bermain dengan gembira. Objektif dan matlamat kami tercapai. Ianya adalah hasil daripada usaha ahli

Upload: zati-denan

Post on 11-Dec-2014

260 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

^_^

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi Permainan Tradisional -Guli

P E N G U R U S A N D A N P E N T A D B I R A N P E N D I D I K A N J A S M A N I D A N S U K A N ( P J M 3 1 1 2 )

REFLEKSI

NORIZZATI BT MOHD ADENAN

900406-09-5104

Syukur Alhamdulillah ke hadrat Ilahi kerana limpah kurniaNya, dapat juga saya

menyiapkan tugasan yang telah diberikan dengan jayanya. Saya ingin mengucapkan ribuan

terima kasih kepada kedua ibu bapa dan kawan-kawan yang telah memberi dorongan dan

sokongan kepada saya bagi menyiapkan tugasan Kerja Kursus Permainan Tradisional bagi

mata Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani & Sukan (PJM 3112) . Ucapan terima

kasih yang tidak terhingga juga kepada pensyarah pembimbing atas segala tunjuk ajar yang

telah diberikan.

Kumpulan kami telah menganjurkan permainan “Guli” sempena Karnival Kecil

Permainan Tradisional Inter-Kumpulan bagi unit PISMP Pendidikan Jasmani Semester

5.Pelbagai input yang saya perolehi sepanjang menjayakan karnival berkenaan. Antara

kekuatan yang saya dapati ialah dari aspek pengurusan permainan. Dari pemilihan permainan

sehinggalah ke perlaksanaan permainan saya dan rakan-rakan dapat diuruskan dengan baik.

Alhamdulillah, semua dapat melaksanakan tugas dengan baik. Di samping itu, banyak perkara

yang saya pelajari sepanjang melaksanakan karnival kecil ini. Semua ini dapat diaplikasi kelak

khususnya apabila sudah berada di sekolah.

Bagi aspek perlaksanaan permainan semasa karnival. Semuanya berjalan dengan baik

dan lancar. Kerjasama yang diberikan oleh pemain juga amat memuaskan dan mereka dapat

bermain dengan gembira. Objektif dan matlamat kami tercapai. Ianya adalah hasil daripada

usaha ahli kumpulan yang menggembleng idea dan tenaga bagi menjayakannya. Di sini,

kerjasama dan peranan ahli amat penting untuk mendapatkan hasil yang baik. Malah, melalui

permainan tradisional ini juga dapat memberi kepada saya pendedahan mengenai peraturan

dan juga jenis permainan yang ada. Bukan sahaja fokus kepada permainan kumpulan kami,

bahkan permainan ahli kumpulan lain juga memberikan saya satu maklumat tambahan yang

mana mungkin sebelum ini saya tidak tahu atau pernah main permainan-permainan tersebut

sebelum ini.

Namun, sudah menjadi lumrah manusia. Tidak sempurna, ada beberapa kelemahan

yang perlu dibaiki dari masa ke masa. Antaranya, pemilihan permainan amat penting kerana

Page 2: Refleksi Permainan Tradisional -Guli

P E N G U R U S A N D A N P E N T A D B I R A N P E N D I D I K A N J A S M A N I D A N S U K A N ( P J M 3 1 1 2 )

perlu melihat keperluan semasa dan keadaan. Misalnya, sesuatu permainan perlu dipilih

melihat kepada keupayaan dan objektif permainan itu dipilih. Peraturan dan cara bermain juga

berbeza mengikut daerah dan negeri. Contohnya, permainan “Guli” juga mempunyai pelbagai

cara dan jenis yang dimainkan. Mungkin berlalu salah faham daripada aspek peraturan dan

kaedah bermain. Namun, ianya dapat diatasi dengan penjelasan peraturan sebelum bermain.

Dengan ini peserta lebih jelas dan memahami apa yang dikehendaki pengajur dan bagaimana

permainan itu dimainkan walaupun sebelum ini cara mereka bermain agak berbeza.

Antara peluang yang saya dapati semasa karnival adalah peluang untuk kami guru

pelatih untuk belajar menguruskan sebuah karnival sebagai persediaan untuk mengurus

sesuatu program besar semasa di sekolah nanti. Kami juga belajar cara berkomunikasi dengan

berkesan antara peserta dan pengelola bagi memastikan permainan dapat dijalankan dengan

lancar dan berkesan. Malah, kami juga berpeluang untuk bermain permainan yang sudah lama

dilupakan oleh generasi sekarang ini. Terdapat sebilangan permainan yang saya tidak pernah

saya main iaitu permainan lubang cina,tindih getah, dan kabadi. Melalui peluang untuk belajar

benda baru seperti ini, saya boleh menggunakan permainan ini sebagai salah satu permainan

kecil semasa pengajaran dan pembelajaran di sekolah nanti.

Selain itu, dalam menganjurkan sesuatu program pasti akan ada ancaman. Antara

ancaman yang saya dapati adalah mengenai cuaca dan persekitaran. Cuaca yang tidak

menentu pada minggu karnival sangat merisaukan kami kerana ada permainan yang

memerlukan kawasan yang luas seperti padang untuk bermain. Oleh itu, kami mengambil

langkah berjaga-jaga iaitu kalau hujan pada hari tersebut, semua permainan akan dipindahkan

ke gym. Selain itu, kawasan padang juga perlu diberi perhatian untuk mengelakkan

kecederaan. Ini kerana, terdapat permukaan padang ynag berlubang dan tidak rata. Ini mungkin

boleh menyebabkan peserta terjatuh semasa bermain. Oleh itu, kami mengambil langkah untuk

memilih kawasan bermain yang selamat, rata dan tidak licin. Selain itu, kami menanda kawasan

untuk mengelakkan pertembungan antara satu permainan dengan permainan yang lain.

Akhirnya, dapat saya katakan bahawa dengan penganjuran karnival kecil permainan

tradisional ini banyak mengajar saya berkaitan pengurusan dan pengelolaan sesuatu program.

Tidak kira ianya kecil atau besar. Aspek pengurusan dan pentadbiran ini amat penting dalam

memastikan sesuatu aktiviti itu dapat dijalankan dengan baik dan matlamat akhirnya tercapai.

Daripada aspek organisasi sehinggalah perlaksanaan perlu diberi perhatian dan dititik beratkan

Page 3: Refleksi Permainan Tradisional -Guli

P E N G U R U S A N D A N P E N T A D B I R A N P E N D I D I K A N J A S M A N I D A N S U K A N ( P J M 3 1 1 2 )

kerana kejayaan sesuatu aktiviti di nilai sama ada keadaan atau kejayaan sebelum, semasa

dan selepas ianya dilaksanakan.

Sekian, terima kasih.