Download - Refleksi Permainan Tradisional -Guli
P E N G U R U S A N D A N P E N T A D B I R A N P E N D I D I K A N J A S M A N I D A N S U K A N ( P J M 3 1 1 2 )
REFLEKSI
NORIZZATI BT MOHD ADENAN
900406-09-5104
Syukur Alhamdulillah ke hadrat Ilahi kerana limpah kurniaNya, dapat juga saya
menyiapkan tugasan yang telah diberikan dengan jayanya. Saya ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada kedua ibu bapa dan kawan-kawan yang telah memberi dorongan dan
sokongan kepada saya bagi menyiapkan tugasan Kerja Kursus Permainan Tradisional bagi
mata Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani & Sukan (PJM 3112) . Ucapan terima
kasih yang tidak terhingga juga kepada pensyarah pembimbing atas segala tunjuk ajar yang
telah diberikan.
Kumpulan kami telah menganjurkan permainan “Guli” sempena Karnival Kecil
Permainan Tradisional Inter-Kumpulan bagi unit PISMP Pendidikan Jasmani Semester
5.Pelbagai input yang saya perolehi sepanjang menjayakan karnival berkenaan. Antara
kekuatan yang saya dapati ialah dari aspek pengurusan permainan. Dari pemilihan permainan
sehinggalah ke perlaksanaan permainan saya dan rakan-rakan dapat diuruskan dengan baik.
Alhamdulillah, semua dapat melaksanakan tugas dengan baik. Di samping itu, banyak perkara
yang saya pelajari sepanjang melaksanakan karnival kecil ini. Semua ini dapat diaplikasi kelak
khususnya apabila sudah berada di sekolah.
Bagi aspek perlaksanaan permainan semasa karnival. Semuanya berjalan dengan baik
dan lancar. Kerjasama yang diberikan oleh pemain juga amat memuaskan dan mereka dapat
bermain dengan gembira. Objektif dan matlamat kami tercapai. Ianya adalah hasil daripada
usaha ahli kumpulan yang menggembleng idea dan tenaga bagi menjayakannya. Di sini,
kerjasama dan peranan ahli amat penting untuk mendapatkan hasil yang baik. Malah, melalui
permainan tradisional ini juga dapat memberi kepada saya pendedahan mengenai peraturan
dan juga jenis permainan yang ada. Bukan sahaja fokus kepada permainan kumpulan kami,
bahkan permainan ahli kumpulan lain juga memberikan saya satu maklumat tambahan yang
mana mungkin sebelum ini saya tidak tahu atau pernah main permainan-permainan tersebut
sebelum ini.
Namun, sudah menjadi lumrah manusia. Tidak sempurna, ada beberapa kelemahan
yang perlu dibaiki dari masa ke masa. Antaranya, pemilihan permainan amat penting kerana
P E N G U R U S A N D A N P E N T A D B I R A N P E N D I D I K A N J A S M A N I D A N S U K A N ( P J M 3 1 1 2 )
perlu melihat keperluan semasa dan keadaan. Misalnya, sesuatu permainan perlu dipilih
melihat kepada keupayaan dan objektif permainan itu dipilih. Peraturan dan cara bermain juga
berbeza mengikut daerah dan negeri. Contohnya, permainan “Guli” juga mempunyai pelbagai
cara dan jenis yang dimainkan. Mungkin berlalu salah faham daripada aspek peraturan dan
kaedah bermain. Namun, ianya dapat diatasi dengan penjelasan peraturan sebelum bermain.
Dengan ini peserta lebih jelas dan memahami apa yang dikehendaki pengajur dan bagaimana
permainan itu dimainkan walaupun sebelum ini cara mereka bermain agak berbeza.
Antara peluang yang saya dapati semasa karnival adalah peluang untuk kami guru
pelatih untuk belajar menguruskan sebuah karnival sebagai persediaan untuk mengurus
sesuatu program besar semasa di sekolah nanti. Kami juga belajar cara berkomunikasi dengan
berkesan antara peserta dan pengelola bagi memastikan permainan dapat dijalankan dengan
lancar dan berkesan. Malah, kami juga berpeluang untuk bermain permainan yang sudah lama
dilupakan oleh generasi sekarang ini. Terdapat sebilangan permainan yang saya tidak pernah
saya main iaitu permainan lubang cina,tindih getah, dan kabadi. Melalui peluang untuk belajar
benda baru seperti ini, saya boleh menggunakan permainan ini sebagai salah satu permainan
kecil semasa pengajaran dan pembelajaran di sekolah nanti.
Selain itu, dalam menganjurkan sesuatu program pasti akan ada ancaman. Antara
ancaman yang saya dapati adalah mengenai cuaca dan persekitaran. Cuaca yang tidak
menentu pada minggu karnival sangat merisaukan kami kerana ada permainan yang
memerlukan kawasan yang luas seperti padang untuk bermain. Oleh itu, kami mengambil
langkah berjaga-jaga iaitu kalau hujan pada hari tersebut, semua permainan akan dipindahkan
ke gym. Selain itu, kawasan padang juga perlu diberi perhatian untuk mengelakkan
kecederaan. Ini kerana, terdapat permukaan padang ynag berlubang dan tidak rata. Ini mungkin
boleh menyebabkan peserta terjatuh semasa bermain. Oleh itu, kami mengambil langkah untuk
memilih kawasan bermain yang selamat, rata dan tidak licin. Selain itu, kami menanda kawasan
untuk mengelakkan pertembungan antara satu permainan dengan permainan yang lain.
Akhirnya, dapat saya katakan bahawa dengan penganjuran karnival kecil permainan
tradisional ini banyak mengajar saya berkaitan pengurusan dan pengelolaan sesuatu program.
Tidak kira ianya kecil atau besar. Aspek pengurusan dan pentadbiran ini amat penting dalam
memastikan sesuatu aktiviti itu dapat dijalankan dengan baik dan matlamat akhirnya tercapai.
Daripada aspek organisasi sehinggalah perlaksanaan perlu diberi perhatian dan dititik beratkan
P E N G U R U S A N D A N P E N T A D B I R A N P E N D I D I K A N J A S M A N I D A N S U K A N ( P J M 3 1 1 2 )
kerana kejayaan sesuatu aktiviti di nilai sama ada keadaan atau kejayaan sebelum, semasa
dan selepas ianya dilaksanakan.
Sekian, terima kasih.