refleksi permainan tradisional

6
REFLEKSI Bersyukur kepada Tuhan kerana kumpulan kami berjaya melaksanakan karnival tradisional dengan jayanya. Penyediaan sebelum pelaksanaan permainan memang membebankan namun kami tetap berpegang teguh kepada pepatah Inggeris “Rome wasn’t built in a day” dengan bekerjasama antara satu sama lain untuk menjayakan pengajuran karnival tersebut. Dalam pelaksanaan karnival tersebut, saya telah mendapati beberapa kekuatan dan kelemahan pelaksanaan permainan dengan jelasnya. Antara kekuatan yang dimiliki oleh kumpulan kami adalah kami berjaya menjalankan permainan mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Sepuluh minit yang pertama telah kami gunakan bagi menerangkan peraturan-peraturan permainan kepada para peserta manakala permainan pula dimainkan dalam masa lima minit satu set secara tepatnya. Saya juga bangga dengan diri sendiri kerana saya mampu menjadi seorang pengadil yang saksama dengan memastikan permainan berjalan dengan adil tanpa sebarang aduan daripada pihak lain. Hal ini demikian kerana saya telah menumpukan sepenuh perhatian dengan memerhatikan setiap tingkah laku yang dilakukan oleh peserta. Sekiranya mereka melakukan sebarang kesalahan, maka saya akan meniup wisel dan memastikan permainan dijalankan berdasarkan peraturan yang ditetapkan. Peranan pengadil dalam permainan tersebut telah mengingatkan saya bahawa

Upload: alice-liong

Post on 24-Dec-2015

230 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Refleksi diri

TRANSCRIPT

Page 1: refleksi permainan tradisional

REFLEKSI

Bersyukur kepada Tuhan kerana kumpulan kami berjaya

melaksanakan karnival tradisional dengan jayanya. Penyediaan sebelum

pelaksanaan permainan memang membebankan namun kami tetap

berpegang teguh kepada pepatah Inggeris “Rome wasn’t built in a day”

dengan bekerjasama antara satu sama lain untuk menjayakan pengajuran

karnival tersebut.

Dalam pelaksanaan karnival tersebut, saya telah mendapati beberapa

kekuatan dan kelemahan pelaksanaan permainan dengan jelasnya. Antara

kekuatan yang dimiliki oleh kumpulan kami adalah kami berjaya menjalankan

permainan mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Sepuluh minit yang

pertama telah kami gunakan bagi menerangkan peraturan-peraturan

permainan kepada para peserta manakala permainan pula dimainkan dalam

masa lima minit satu set secara tepatnya.

Saya juga bangga dengan diri sendiri kerana saya mampu menjadi

seorang pengadil yang saksama dengan memastikan permainan berjalan

dengan adil tanpa sebarang aduan daripada pihak lain. Hal ini demikian

kerana saya telah menumpukan sepenuh perhatian dengan memerhatikan

setiap tingkah laku yang dilakukan oleh peserta. Sekiranya mereka

melakukan sebarang kesalahan, maka saya akan meniup wisel dan

memastikan permainan dijalankan berdasarkan peraturan yang ditetapkan.

Peranan pengadil dalam permainan tersebut telah mengingatkan saya

bahawa sikap adil perlu diamalkan oleh bakal guru dalam pengajaran mereka

supaya para murid akur dengan perintahnya.

Selain daripada itu, kawasan tapak permainan yang disediakan juga

cukup untuk memuatkan kesemua peserta dan penonton yang jumlahnya

mencecah sehingga 100 orang termasuklah pensyarah-pensyarah, guru

pembimbing, guru pelatih dan pelajar sekolah. Menurut analisis data

penilaian, 19 orang pelajar bersetuju bahawa kawasan permainan adalah

selamat, ceria dan sesuai. Pensyarah dan guru pembimbing telah kami

tempatkan di khemah sementara manakala para peserta disediakan bangku

kecil dan payung besar untuk dijadikan sebagai tempat teduhan. Para

Page 2: refleksi permainan tradisional

penonton pula dijemput untuk duduk di atas kanvas yang disediakan bersama

dengan teduhan payung besar supaya mereka dapat menyaksikan permainan

dalam keadaan yang selesa.

Walaubagaimanapun, saya juga mendapati beberapa kelemahan

sepanjang pelaksanaan permainan tersebut. Kelemahan yang paling ketara

adalah penerangan yang diberikan oleh ahli jawatankuasa permainan

termasuk saya mengenai peraturan permainan kurang jelas kerana

penggunaan ayat yang panjang lebar dan hal ini secara tidak langsung telah

menyukarkan pelajar dalam pemahaman peraturan permainan tersebut.

Walaupun kami telah melakukan demonstrasi kepada para peserta namun

terdapat segelintir peserta yang masih lagi gagal dalam pemahaman

permainan tersebut memandangkan permainan tersebut agak kompleks.

Di samping itu, kawalan pelajar juga gagal dilaksanakan kerana kami

tidak menyediakan penunjuk-penunjuk mengenai zon rehat para pelajar.

Mereka kelihatan berkeliaran di kawasan permainan dan membuat bising

semasa permainan dijalankan. Suasana yang riuh-rendah telah menjejaskan

prosedur permainan kerana hal ini telah menyebabkan peserta gagal untuk

mendengar secara teliti mengenai cara bermaian permainan tersebut.

Kawalan disiplin pelajar haruslah diambil berat supaya permainan dapat

dilaksanakan dengan lancarnya.

Pada pendapat saya, penambahbaikan yang perlu dilakukan dalam

aspek penerangan peraturan permainan adalah kami seharusnya

menggunakan ayat yang pendek dan jelas supaya para peserta dapat

memahami cara permainan dengan senang. Sementelahan itu, kami juga

boleh menambahkan unsur jenaka dalam penerangan peraturan permainan

sekiranya dapat bagi menarik minat pelajar. Demonstrasi yang dilakukan juga

perlu jelas dan mudah difahami. Seterusnya, risalah mengenai cara bermain

juga boleh disediakan dan diberikan kepada para peserta supaya mereka

mampu untuk memahami cara permainan tersebut secara menyeruluh.

Seterusnya, kawasan permainan haruslah dilabel dengan jelasnya

supaya disiplin pelajar dapat dikawal. Bagi pendapat kami, makanan ataupun

minuman boleh disediakan kepada para pelajar bagi mengawal tingkah laku

Page 3: refleksi permainan tradisional

mereka. Hal ini demikian kerana pelajar pasti akan duduk diam bagi

menikmati makanan ataupun minuman yang disediakan dan hal ini secara

tidak langsung telah menyelesaikan masalah disiplin pelajar. Misalnya, kami

boleh menyediakan ice-cream ataupun air sejuk kepada pelajar yang menjadi

penonton pada hari tersebut memandangkan matahari terik dan panas.

Dengan adanya makanan yang begitu enak sekali, maka pelajar pasti tidak

akan membuat kekecohan sepanjang permainan dijalankan.

Secara kesimpulannya, pelaksanaan permainan tuju selipar yang

dijalankan oleh kumpulan kami mempunyai beberapa kecacatan namun

demikian saya sudi untuk belajar dari kesilapan dan berjanji tidak akan

mengulangi kesilapan yang sama pada masa yang akan datang.

Page 4: refleksi permainan tradisional

LAMPIRAN

Demonstrasi permainan. Permainan dijalankan.

Penyediaan bangku kecil kepada peserta.

Penyediaan khemah sementara kepada pensyarah dan guru

pembimbing.

Penyediaan kanvas kepada para penonton.

Pengisian borang maklum balas oleh peserta.

Page 5: refleksi permainan tradisional